You are on page 1of 17

disebut sebagai hutan tropika lembap.

merupakan satu biome yang merangkumi pelbagai jenis ekosistem yang paling rumit. dibahagikan kepada dua kumpulan yang besar.

1. Ekosistem hutan hujan tropika malar hijau (rain forest)- ekosistem hutan paya air tawar, ekosistem hutan paya bakau, ekosistem tumbuhan pantai. 2. Ekosistem hutan hujan tropika separa malar hijau ekosistem hutan rawa, ekosistem hutan gambut, ekosistem hutan di atas batu kapur, ekosistem hutan gunung, ekosistem hutan sekunder.

malar hijau (rain forest)


dikenali sebagai Hutan Hujan Khatulistiwa merupakan tumbuh-tumbuhan klimaks yang tumbuh di kawasan yang menerima hujan antara 2000mm hingga 4000 mm setahun dan purata suhunya kira-kira 25 hingga 27 celcius. Di Malaysia, hutan ini tumbuh dengan subur krn ia mempunyai jumlah hujan yang banyak. Namun, taburan dan komposisi hutan ini adalah berbeza mengikut ketinggian muka bumi dari aras laut.

ciri paling ketara- kewujudan kepelbagaian biologi atau kepelbagaian spesies yang banyak. Di dalam ekosistem ini, memang kaya dengan kepelbagaian spesies flora dan fauna. ekosistem ini ialah sifatnya yang berlapis-lapis atau bersrata. Terdapat empat lapisan utama.

Merujuk kepada gambar diatas, I. Lapisan A lapisan tertinggi dengan ketinggian ant 40-50 meter dgn munculan pokok yang lurus dan tegak. Kedudukan pokok di lapisan ini menunjukkan kedudukannya yang jauh lebih tinggi berbanding kanopi hutan seluruhnya. wujud secara sepokok-pokok atau secara berkumpulan.

Silara pokok agak lebar dan berbentuk payung. pokok balak besar. Contoh: cengal, meranti, tualang, keruing, nyatoh. habitat burung dan serangga seperti lebah.

II. Lapisan B : dikenali lapisan kanopi, ketinggian ant 25 hingga 30 meter. Di Malaysia, pokok Hopea dan Vatica dari keluarga Dipterocarpaceau. silara pokok bulat dan tidak selebar pokok munculan akibat halangan kemasukan cahaya matahari. mempunyai banyak akar banir(sejenis akar yang timbul permukaan tanah).

III. Lapisan C : dikenali lapisan tengah, ketinggian 15 hingga 20 meter. lapisan paling padat terdiri pokok-pokok berbatang kecil dan lurus. terdiri juga pokok-pokok lapisan A dan B yang sedang membesar. terdapat banyak tumbuhan epifit. Cth : orkid, lumut, kulampair.

IV. Lapisan D : dibahagikan kpd dua peringkat: 1. lapisan pokok renek:ketinggian sekitar 5 meter,menerima cahaya matahari yg sedikit, habitat utam bagi monyet, tupai ,musan. 2. Lapisan bawah/lapisan lantai hutan : agak jarang lapisan ini, tidak ditembusi cahaya matahari maka tumbuhan tidak berklorofil spt saprofit dan parasit.Cth saprofit ialah Rafflesia mempunyai bunga yg besar.

wujud persaingan antara pokok-pokok utk mendapatkan cahaya matahari. kewujudan Simbiosis( tumbuhan hidup bersama) terbahagi kpd 3 jenis iaitu : komensalisme(satu perkongsian yg satu organisma mendpt faedah tanpa merugikan yg satu lagi),kesalingan(keduadua organisma mendpt faedah) dan parasitisme(hanya satu organisma shj mendapat faedah manakala satu lagi memperolehi kerugian)

1.Penting kepada sistem ekonomi tradisional *masih bergantung kepada sumber hutan. *habitat dan tempat tinggal orang asli dan menjadikan sumber hutan sebagai makanan mereka. *Hasil hutan sebagai sumber ekonomi seperti rotan, damar, akar-akar kayu untuk perubatan

2.penting untuk sektor pembalakan. *sumber kayu pbg kegunaan tempatan dan eksport, menghasikan pendapatan negara. 3. menjadi kawasan tadahan air *membekalkan air kepada empangan. 4. perlindungan daripada hakisan tanah. *liputan tumbuh-tumbuhan melindungi tanih drp hakisan percikan atau hempasan air hujan serta mengurangkan kadar hakisan larian air permukaan melalui cengkaman akar dan juga proses cegatan silaranya.

5.hutan sbg habitat pelbagai spesies biologi. * fauna spt hidupan liar * Cth: Hutan Amazon seluas 0.5billion hektar mempunyai berjuta haiwan dan tumbuhan. haiwan ini boleh hidup, membesar dan membiak dengan sempurna tanpa diganggu oleh manusia

6. menyederhanakan suhu sekitar dan mengekalkan kelembapan udara *tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Udara nyaman ini menjamin habitat yang sesuai untuk flora dan fauna hidup, membesar dan membiak.

*komponen biotik : bertindak sebagai pengeluar, pelbagai peringkat pengguna( herbivor- rusa , kijang, pelanduk; karnivorharimau, buaya; omnivor- manusia) serta pereput dan pengurai yg terdiri drpd kulat, protozoa dan alga. *komponen abiotik: tenaga matahari, hujan dan tanih.

You might also like