You are on page 1of 12

Soalan 1 a) Bincangkan secara kritis faktor-faktor yang menyumbang kepada kejatuhan kesultanan melaka.

Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara, seorang putera Srivijaya beragama Hindu yang berasal dari Palembang di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka. Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negerinegeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata, "Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia" (He who is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice). Namun begitu terdapat beberapa faktor yang telah membawa kepada kejatuhan kesultanan melayu Melaka.

Ramai dalam kalangan sejarawan bersetuju bahawa kejatuhan Kesulatanan Melayu Melaka bermula sebaik sahaja Sultan Mahmud Syah menaiki takhta Kerajaan Melaka. Mereka berpendapat faktor utama yang menyumbang kepada kejatuhan ini ialah kelemahan dalam sistem kepimpinan Melaka . Menurut Ahamd Fawzi et.al 2009, selepas kematian Bendahara Tun Perak, tapak pemerintahan diganti pula oleh Bendahara Tun Mutahir. Namun begitu, Tun Mutahir yang bersikap pilih kasih serta gemar melantik sanak saudara dan sahabat handainya sebagai pegawai Melaka menyebabkan timbul perasaan iri hati di kalangan pembesar lain terhadap beliau. Hal ini telah menyebabkan Tun Mutahir difitnah cuba mengatasi kekayaan sultan Melaka. Ia menyebabkan Sultan Mahmud Shah menjatuhkan hukum bunuh terhadap Tun Mutahir dan ahli keluarganya tanpa usul periksa. Namun begitu, selepas sultan menyedari kesilapannya, baginda menyerahkan pemerintahan negeri kepada puteranya Raja Ahmad sebagai sultan Melaka. Malangnya, Sultan Ahmad Shah merupakan seorang pemerintah yang lemah dan tidak cekap. Jawatan Bendahara pula di gantikan oleh Tun Perpatih Putih yang uzur dan tepok. Ketiadaan pemimpin yang berwibawa menyebabkan pentadbiran melaka ketika itu lemah.

Kemerosotan dalam sistem peentadbiran menyebakan pelbagai masalah lain timbul seperti berlaku rasuah, fitnah yang berleluasa. Sistem cukai sedia ada tidak diamalkan serta kadar cukai yang tinggi dikenakan menyebabkan pedagang memilih pelabuhan lain seperti Acheh, Bantam, Patani dan Brunei.

Masalah perpaduan merupakan salah satu lagi faktor kejatuhan Kesultanan Melaka. Perlantikan Tun Mutahir sebagai bendahara Melaka menimbulkan semula persaingan antara orang Melayu dengan orang India Muslim. Persaingan yang berlaku kesan dari amalan pilih kasih yang di amalkan dalam sistem pentadbiran oleh Tun Mutahir. Perebutan kuasa antara Laksamana Khoja Hassan dengan Tun Mutahir yang berketurunan India Muslim juga telah mengeruhkan lagi keadaan. Seterusnya, Raja Mendeliar telah memfitnah Tun Mutahir yang dikatakan cuba mengatasi kekayaan sultan mengakibatkan sultan mengambil tindakan dengan membunuh Tun Mutahir dan keluarganya tanpa usul periksa. Peristiwa-peristiwa yang berlaku menyebabkan rakyat Melaka berpecah belah, perdagangan Melaka merosot serta keutuhan kerajaan terjejas (Syed Arash, 2011).

Faktor seterusnya yang membawa kejatuhan Melaka iaitu kelemahan askar Melaka. Sejarah rasmi sering menyebut Melaka jatuh kerana kelengkapan moden angkatan Portugis mengatasi kelengkapan kuno orang Melayu. Menurut Ahamd Fawzi et.al 2009 lagi pihak Portugis memiliki meriam-meriam yang berkuasa tinggi, istinggar iaitu pistol lama, baju dan perisai besi sedangkan orang Melayu ketika itu cuma mengharapkan tombak, lembing, pedang dan keris. Peralatan atau senjata yang di gunakan oleh askar Melaka kebanyakannya daripada senjata tradisional seperti keris, tombak, panah, perisai, sumpit beracun. Namun begitu, askar Melaka juga mempunyai senjata seperti senapang dan meriam namun tidak setanding dengan pihak Portugis. Hal ini kerana, senjata Portugis lebih baik, contohnya meriam Portugis boleh menembak dari jarak yang lebih jauh, mereka juga lebih terlatih dan mendapat sokongan dari pangkalan tentera mereka di Goa, India. Selain itu, angkatan perang Portugis dipimpin oleh Alfonso de Albuquerque yang telah dilantik oleh Raja Portugal untuk mengetuai serangan. Hal ini berbeza sama sekali dengan angkatan perang Melaka yang tidak mempunyai struktur yang lengkap. Masalah ini dikusutkan lagi apabila askar upahan Melaka dari Jawa melarikan diri ketika Portugis menyerang Melaka.

Seterusnya faktor kedatangan portugis juga telah membawa kepada kejatuhan Melaka. Portugis merupakan bangsa Eropah yang pertama ke timur pada abad ke-15, mereka datang ke Melaka kerana beberapa faktor seperti perdagangan (Gold) kerana ingin

menguasai perdagangan rempah. Seterusnya kemegahan (Glory) iaitu bagi meningkatkan martabat. Portugis juga datang ke Melaka kerana faktor keagamaan (Gospel) untuk menyebarkan agama Kristian serta galakan Putera Henry yang mendirikan sebuah sekolah pelayaran di Portugal pada tahun (1394-1460). Pihak Portugis telah menghantar sepasukan peninjau dengan lima buah kapal yang diketuai oleh Diego Lopez de Sequeira. Pihak Melayu bertindak menangkap Ruy de Aranjo, salah seorang nakhoda Portugis bersama dua puluh kelasinya yang tidak bersenjata yang sedang membeli barang keperluan. De Sequeira gagal membebaskan tahanan menyebabkan Alfonso D Albuquerque iaitu Gabenor dan Ketua Nakhoda Portugis di Timur telah mempersiapkan sebuah angkatan untuk menakluki dan menubuhkan sebuah kerajaan baru di Melaka pada 1 Julai 1511. Akhirnya Melaka ditawan secara rasminya pada 24 Ogos 1511 dan Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri ke Kampar dan Mangkat di sana.

Kesimpulannya kejatuhan kerajaan Melaka berpunca daripada beberapa faktor yang saling berkait antara satu sama lain. .....

b) Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa kejatuhan kesultanan melaka? Bincangkan.

Sebagai rakyat Malaysia terutamanya kaum Melayu, kita seharusnya menyedari Kesultanan Melayu Melaka sebelum bangsa penjajah Portugis datang ke alam Melayu secara agresif awal abad ke-16, dunia Melayu sudah mempunyai tamadun yang besar dan kuat. Namun begitu, banyak faktor yang telah membawa kepada kejatuhan Melaka yang boleh di jadikan iktibar ... masyarakat sekarang. Di sebalik peristiwa itu ada Rahmat dan pelajaran yang perlu direnungi oleh bangsa Melayu dan para pemimpin kerajaan negeri Melayu hari ini. Antara faktor-faktor yang membawa kepada kejatuhan melayu melaka ialah dari segi sistem pentadbiran yang lemah, perpaduan masyarakat yang berpecah belah dan faktor kedatangan portugis ke tanah Melaka.

Seperti yang di ketahui Sistem pentadbiran di Melaka pada .................. Ringkasnya, semasa Portugis sedang mengatur serangan terhadap Melaka, keadaan di Melaka tidak tenang. Kerajaan Melaka pada masa itu tiada pemimpin yang cekap bersih, amanah, dan adil tidak seperti zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah.

Sistem politik

Kemudian Sultan Alauddin berpesan tentang permuafakatan

antara raja dengan orang-orang di bawahnya. Katanya ...hendaklah engkau muafakat dengan segala perdana menteri dan segala orang besar-besar, kerana raja itu jikalau bagaimana sekalipun bijaksananya dan tahunya sekalipun jikalau tiada ia muafakat dengan segala pegawai tiada akan sentosa adanya, dan tiada akan dapat ia melakukan adilnya.Adapun raja-raja itu upama api, segala perdana menteri upama kayu, kerana api itujikalau tiada kayu tiada akan nyala. .... (SM, hal. 152).

Perpaduan masyarakat...........Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Menurut Ruslan Zainuddin (2005) dalam buku Kenegaraan Malaysia, Perpaduan penting dalam bagi sesebuah negara yang mempunayi kepelbagaian sama ada dari segi ras tenik, bahasa, agama, kebudayaan dan pegangan seperti yang terdapat di Malaysia.Jadi bagaimanakah kita hendak melahirkan perpaduan Nasional dalam situasi sebegini? Bahasa Kebangsaan boleh menjadi asas segera dengan dibantu oleh jentera perundangan bagi menyatukan pelbagai bangsa dan masyarakat di Negara ini. Peranan bahasa kebangsaan dapat dan patut dilaksanakan bukan sahaja melalui saluran pendidikan, malah politik,

pentadbiran dan undang-undang. Semua kaum hendaklah menghormat antara satu sama lain dalam membangunkan negara. Dengan adanya semangat nasionalisme juga dapat membentuk masyarakat yang tidak hanya mementingkan kepentingan sesuatu kaum sahaja. Kita dapat dapat mengambil iktibar daripada peristiwa 13 Mei 1969 yang membawa kerugian kepada kita sebagai bangsa Malaysia. nasionalisme mempunyai peranan yang penting dalam membentuk jati diri pelajar. Semangat nasionalisem hendaklah ditanam di dalam diri pelajar agar dapat memberi impak yang positif kepada diri, masyarakat dan negara. Tanpa semangat nasionalisme, negara kita akan musnah dan maruah tercalar. Dalams keadaan negara kita yang pesat membangun, semangat nasionalisme mestilah dibangun terlebih dahulu agar kita tidak menjual harga kemerdekaan negara dengan gejalagejala sosial, jenayah-jenayah dan mengkhianati negara sendiri. Sebagai warga pasca merdeka, kita tanamkanlah semangat nasionalisme yang cintakan negara Malaysia

Campur tangan kuasa asing ..........Dipendekkan cerita, orang Melayu Melaka telah menentang serangan Portugis itu dengan gagah dan berani, tetapi akhirnya kalah. Banyak faktor yang menyebabkan kota Melaka jatuh ke tangan Portugis. Kita telah menyebut beberapa faktornya. Yang penting ialah Sultan, anaknya, dan askar-askar Melayu Melaka tidak cabut lari apabila melihat kekuatan senjata Portugis menyerang mereka. Mereka memberikan tentangan yang hebat

Kesimpulannya Hal ini hendaklah disemai dalam diri pelajar (generasi muda) kini dalam membangunkan negara dengan memberi taat setia kepada Raja dan negara. Kita harus mengambil iktibar dan tidak melupakan apa yang telah berlaku pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tanggungjawab kita kini adalah mengulangi lagi kegemilangan empayar Melaka dalam membina negara Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Semangat tidak berputus asa orang-orang Melaka dalam mempertahankan dan menawan semula Melaka daripada tangan penjajahan sehingga sanggup mengorbankan nyawa mereka demi tanah air tercinta hendaklah dijadikan contoh teladan kepada kita bahawa betapa besarnya pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka. Kita hendaklah menjadikan satu pembakar semangat dalam membangun negara serta mempertahankan negara daripada ancaman musuh.

Soalan 2 a) Mengapa malaysia dibentuk?

Negara Malaysia ialah sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama. Ia di bentuk dan di dicadangkan oleh perdana menteri yang pertama Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman. Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Menurut Ramlah Adam, pengumuman yang dibuat oleh Tunku Abdul Rahman pada bulai Mei 1962 sebenarnya adalah hasil daripada mesyuarat yang telah dianjurkan oleh Lord Selkirk (Gabenor Jeneral Borneo) pada tahun 1960 dan telah dipersetujui bersama oleh pegawai-pegawai British di rantau ini. Terdapat beberapa faktor dan sebab yang mendorong beliau untuk menubuhkan sebuah kerajaan daripada cantuman negeri-negeri Melayu menjadi 1 kerajaan.

Salah satu sebab yang membawa kepada penubuhan Malaysia iaitu bagi mengurangkan dan menghapuskan ancaman komunis di Tanah Melayu. Menurut Mohd. Noor Abdullah (1979), Pengaruh komunis ketara semakin merebak apabila anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP) menubuhkan Barisan Sosialis yang berhaluan kiri di bawah pimpinan Lim Chin Siong. Kekalahan calon PAP dalam dua pilihan raya kecil bagi kawasan Hong Lim dan Anson memperlihatkan pengaruh komunis yang semakin merebak di Singapura. Perkembangan pengaruh komunis di Asia Tenggara terutamanya Singapura membimbangkan Tunku Abdul Rahman dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Tunku risau jika Singapura merdeka bersendirian, Singapura mungkin akan jatuh ke tangan komunis dan seterusnya menggugat keselamatan Tanah Melayu. Oleh itu, jika Singapura bergabung dengan Malaysia, pengaruh komunis dapat disekat. Kebimbangan Tunku Abdul Rahman dapat dibayangkan dalam ucapannya di Dewan Rakyat pada 16 Oktober 1961. Tunku menyatakan: While Singapore is under the British, we feel that there is no treat of open action by the Communists, which might endanger the peace, and security of the Federation, but an independent Singapore, anything could happen Sumber: Mohd Noor Abdullah, 1979.

Seterusnya faktor yang membawa kepada pembetukan Malaysia iaitu isu perkauman. Penyertaan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu mampu menyelesaikan satu masalah utama yang di hadapi iaitu dapat menyekat pengaruh komunis, malangnya timbul pula masalah dalam keseimbangan kaum. Menurut Mahdi Shuib et.al (2005), jumlah orang Cina akan melebihi orang Melayu kerana lebih kurang 75% penduduk Singapura terdiri daripada orang Cina. Sekiranya Singapura bersatu dengan Malaysia tanpa Sabah dan Sarawak, penduduk Cina akan menjadi 55.925% berbanding dengan kaum bumiputera yang berjumlah 32.135% daripada kepada jumlah keseluruhan penduduk. Masalah dalam keseimbangan jumlah penduduk dapat di kurangkan jika Sabah dan Sarawak bersatu dengan Tanah Melayu dan Singapura. Jumlah penduduk bumiputera akan menjadi 49.65% manakala orang Cina pula 41.72%.

Faktor yang seterusnya iaitu latar belakang yang hampir sama. Menurut,.....(pnlis bku teks f5) Tunku Abdul Rahman menyatakan Singapura memang berhasrat untuk bercantum dengan Malaya atas alasan ekonomi dan politik. Seterusnya negeri-negeri lain yang dicadangkan untuk menyertai Malaysia dianggap mempunyai latar belakang yang sama dari segi ekonomi, pentadbiran dan sejarah yang sama. Penubuhan Malaysia membolehkan negeri-negeri ini berkongsi faedah terutamanya dari segi perdagangan, pasaran, pelaburan asing dan kestabilan politik.

Mempercepatkan Kemerdekaan juga merupakan salah satu sebab dalam membentuk sebuah Negara Malaysia. Menurut Suriawati(2010) Mempercepatkan kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. Pembentukan Malaysia merupakan jalan pintas bagi Singapura, Sabah dan Sarawak mendapat kemerdekaan tanpa berusaha bersendirian. Kerajaan British tidak yakin untuk memberi kemerdekaan kepada negeri-negeri ini kerana ancaman komunis. Melalui penubuhan Malaysia, penjajahan British di Asia Tenggara dapat dihapuskan. Usaha ini seiring dengan ketetapan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1960 yang meminta supaya penjajahan di seluruh dunia ditamatkan melalui Resolusi 1514(XV). Antara lain, resolusi itu menegaskan: Convinced that all peoples have as inalienable right to complete freedom, the exercise of their sovereignty and the integrity of the national territory , Declares that all peoples have the right to self-determination, by virtue of that right, they freely determine

their political status and freely pursue their economic, social and cultural development Sumber: Mohd Noor Abdullah,1979.

Kesimpulan........ ............

b) Apakah reaksi dan penentangan yang dihadapi sebelum terbentuknya malaysia pada 16 september 1963? Bincangkan secara kritis.

.......Pembetukan Malaysia pada awalnya mendapat pelbagai reaksi dan sambutan daripada pelbagai pihak. Antaranya, reaksi dari negeri-negeri yang terlibat seperti Tanah Melayu, Singapura, Brunie, Sabah dan sarawak. Reaksi dari negeri-negeri jiran seperti Indonesia dan Filipina serta negara-negara barat.

Pada umumnya, rancangan pembentukan Malaysia yang dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman adalah satu usaha murni bagi membantu dan memimpin negeri-negeri anggota. Idea ini mendapat sambutan baik daripada parti-parti politik lain di Tanah Melayu. Kesemua parti politik bersetuju dengan prinisip tersebut tetapi berbeza pendapat tentang bagaimana hendak melaksanakannya. Menurut Mustapha K.S (1998), Parti Islam se-Tanah Melayu (PAS) dan Barisan Sosialis meminta supaya idea ini dirundingkan terlebih dahulu dengan pemimpin politik tempatan sebelum ia di kemukakan secara terbuka. Selain itu parti PAS juga mencadang pembentukan Melayu Raya merangkumi Indonesia manakala parti UMNO menyetujui penggabungan Sarawak, Sabah dan Brunei tanpa Singapura.

Manakala keadaan yang berbeza berlaku di Singapura kerana tidak semua parti politik yang bersetuju. Pihak kerajaan People's Action Party (PAP) di bawah pimpinan Lee Kuan Yew menyambut baik dan menyokong cadangan itu. Menurut Abdul Halim Ramli et al (2012) Pencantuman tersebut amat dialukan-alukan oleh PAP dan Lee Kuan Yew. Parti ini melihat, cadangan pembetukan Malaysia ini membolehkan Singapura mecapai kemerdekaan dengan lebih cepat serta dapat mengelakkan Singapura daripada dikuasai oleh parti berhaluan kiri. Manakala parti Barisan Sosialis menentang dan menganggap idea pembentukan Malaysia merupakan satu penjajahan bentuk baru agar kerajaan British dapat mengekalkan pengaruhnya. Barisan Sosialis menuntut agar pandangan rakyat Singapura diperoleh terlebih dahulu. Pandangan Barisan Sosialis disokong oleh Parti Buruh dan Parti Rakyat Bersatu (Mustapha K.S (1998). Dengan ini, satu referendum berhubung dengan persoalan dan syarat penggabungan telah diadakan pada 1 September 1962. Dalam referendum tersebut, pengundi-pengundi Singapura memilih penggabungan diadakan mengikut cadangan kerajaan Singapura seperti yang dipersetujui dengan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan November 1961.

Manakala idea penubuhan Malaysia telah mengejutkan para pemimpin parti-parti politik di Sabah dan Sarawak. Akibat kesedaran politik yang baru muncul, ada di kalangan pemimpin parti yang tidak mahu bersatu kerana ingin mendapatkan kemerdekaan bagi negeri masing-masing secara berasingan atau membentuk sebuah Kesatuan Negeri-negeri Borneo yang merdeka. Hal ini kerana, mereka menganggap rancangan pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk penjajahan yang baru untuk menggantikan penjajahan British. Namun begitu, menurut Mahdi Shuib et.al (2005), di negeri Sabah suara hati rakyat ditunjukkan melalui penubuhan parti-parti politik baru. Antaranya ialah Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang menyokong pertubuhan Malaysia. Manakala Parti Bersatu dan Parti Demokratik pada awalnya menyokong dengan syarat Sabah perlu merdeka terlebih dahulu tetapi akhirnya menyokong tanpa syarat. Seterusnya parti Pasok Momogun yang

menentang kerana menganggap Sabah perlu bersatu dengan Sarawak dan Brunei sahaja namun akhirnya menyokong tanpa syarat. Kesannya semua parti politik di Sabah bergabung membentuk Perikatan Sabah pimpinan Donald Stephens dan Tun Datu

Mustapha bin Datu Harun telah sepakat menyokong gagasan yang dicadangkan.

Di Sarawak pula kebanyakan parti politik menentang pada awalnya. Ramai yang ingin kekal di bawah pemerintahan British kerana belum ada keyakinan untuk membentuk pemerintahan sendiri. Hal ini kerana Sarawak telah lama berada di bawah pemerintahan British, iaitu melebihi satu abad menyebabkan peluang mereka dalam politik adalah terhad. Menurut Mahdi Shuib et.al (2005), Parti Negara Sarawak (PANAS) dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) pada awalnya menentang tetapi akhirnya menyokong cadangan pembentukan Malaysia. Parti-parti lain seperti Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA), Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) dan Persatuan Cina Sarawak (SCA) juga menyokong usul tersebut. Walau bagaimanapun Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) menentang usul tersebut kerana berpendapat Sarawak patut bersatu dengan Sabah dan Brunei. Akhirnya, kesemua parti politik di Sarawak kecuali SUPP telah membentuk parti Perikatan Sarawak dan memenangi Pilihan raya Majlis Daerah pada tahun 1963.

Cadangan memasukkan Brunie dalam gagasan Malaysia telah mewujudkan pelbagai reaksi penduduk Brunei. Terdapat golongan yang menyokong dan membantah penyertaan Brunei dalam gagasan Malaysia. Menurut Mahdi Shuib et.al (2005), Pada peringkat awal sultan Brunei iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong cadangan Malaysia dan

menyifatkan cadangan itu sebagai sesuatu yang menarik

kerana wujudnya tali

perhubungan agama, bangsa, adat resam dan kebudayaan antara kedua-dua negeri. Brunei juga memerlukan Tanah Melayu bagi melindungi daripada Filipina dan Indonesia Sokongan ini jelas dilihat dalam kenyataan baginda sendiri, iaitu bahawa Brunei bersetuju pada dasarnya untuk menyertai Malaysia sekiranya dalam persekutuan itu bersesuaian dengan kehendak kita dan boleh mendatangkan faedah kepada kita. Sumber: Sabihah Osman, 1995.

Namun begitu, pada 16 september 1963, apabila malaysia ditubuhkan Brunei telah menarik diri dari menyertai Malaysia. Terdapat 2 faktor utama yang menyebabkan Brunei menarik diri iaitu Penentangan A.M.Azhari serta sikap sultan Brunei yang tidak bersetuju soal taraf dan kedudukannya dalam majlis raja-raja serta sebab-sebab lain. Mahdi Shuib et.al (2005).

Indonesia memberi respon negative dengan membantah pembentukan Malaysia, mereka berpendapat pembentukan Malaysia merupakan satu neokolonialisme yang akan mengancam Indonesia. Pada awalnya Indonesia menyokong pembentukan Malaysia. Ini ditunjukkan apabila Menteri Luar Indonesia, Dr. Subandrio mengutus surat tahniah kerana usaha tersebut. Namun begitu, pendirian Indonesia berubah kerana terpengaruh dengan dakyah Parti Komunis Indonesia (PKI) yang menuduh Persekutuan Malaysia sebagai neokolonialisme (penjajahan baru melalui tekanan ekonomi). Menurut Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin (2007), wujud beberapa faktor yang mencetuskan penentangan ini, pertamanya Sukarno merasakan Tunku Abdul Rahman membelakangi jiran terbesar apabila membuat pengumuman tanpa berunding dengannya dahulu. Selain itu, penubuhan Malaysia dipercayai menggagalkan rancangan Sukarno untuk menubuhkan empayar Indonesia raya (Melayu Raya). Penentangan Indonesia berakhir pada tahun 1965 apabila Sukarno digulingkan dan tempatnya diambil alih oleh Jeneral Suharto.

Selain Indonesia, sebuah lagi negara luar yang menentang pembetukan Malaysia ialah Filipina. Menurut menurut Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin (2007), presiden Macapagal dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan Filipina menuntut hak terhadap Sabah. Filipina mendakwa Sabah masih sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu melalui surat rasmi bertarikh 22 jun 1962. Presiden Macapagal membuat kencaman secara terbuka

terhadap penubuhan Malaysia pada kongress Filipina pada 28 januari 1963. Fenomena ini menyebabkan hubungan diplomatik antara persekutuan tanah melayu dengan Filipina terjejas.

Seterusnya bagi negara-negara barat, idea pembetukan gagasan Malaysia disokong oleh kerajaan Britain dan Amerika Syarikat. Hal ini kerana, pembentukan Malaysia dapat mempercepatkan proses kemerdekaan Singapura, Sarawak, Sabah & Brunei serta masalah pengaruh komunis juga dapat disekat.

Kesimpulan....

You might also like