You are on page 1of 2

UNIT KOKURIMULUM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS JALAN YAACOB LATIF 56000 KUALA LUMPUR

Telefon

Faks

: 03-9131 8452 = Pengarah : 03-9131 8160 = Pejabat Am 03-9131 8244 : 03-9131 9393

__________________________________________________________________________________ Rujukan Kami : MPIK 144/1/160 Jid.3(74) Tarikh : 30 September 2012

Encik Mohd Dahlan bin Abdul Kadir, Ketua Jabatan Unit Kokurikulum, Institut Perguruan Kampus Ilmu Khas,

Tuan,
MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN PERALATAN PERKEMAHAN SEMPENA AKTIVITI PERKHEMAHAN & REKREASI PELAJAR PPISMP SEMESTER 3.

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa pelajar PPISMP Sem 3 Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas akan menganjurkan Program Sukan dan Rekreasi bagi memenuhi syarat kursus Sukan dan Rekreasi. Maklumat ringkas berkenaan program adalah seperti berikut:

Tempat Tarikh Peserta Pensyarah

: Taman Negara, Pahang : 8 11 Oktober 2012 (Isnin Khamis) : 87 orang : 7 orang

2. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon untuk meminjam peralatan perkhemahan sebanyak 25 buah khemah, sebuah main tent & ground sit beserta tali, 4 lampu kalimantan, extension wire (panjang), dan extension 6 Gang. bagi tujuan tersebut. Pihak kami akan memastikan semua peralatan perkhemahan yang digunakan akan dijaga dengan baik. Kami juga akan memulangkannya selepas aktiviti tersebut berakhir pada 11 Oktober 2012.

3. Oleh yang demikian, pihak kami amatlah berharap agar pihak tuan dapat meluluskan permohonan ini. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menjalankan tugas, Yang benar, .................................................................. ( MUHAMMAD HARIZ BIN HASSAN ) Ketua Biro Logistik dan Penempatan, Pendidikan Jasmani dan Rekreasi, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.

Disokong oleh, ( ENCIK JALALUDDIN BIN ABDUL LATIF ) Pensyarah Penasihat, Pendidikan Jasmani dan Rekreasi, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.

s.k Fail Setiausaha Program

You might also like