You are on page 1of 4

Post ini khas buat sdra Jay Denson. Tuan, Malaysia ini lahir pada 16hb Sept 1963.

Ia dinamakan Persekutuan Malaysia, sebuah negara baru yg disertai 4 negara berdaulat dan merdeka iaitu Malaya, Singapore, Sarawak dan Sabah. Keempat-empat negara ini punya tarikh kemerdekaannya sendiri, tp di bawah penjajah yg sama iaitu British. Yg memulakan idea pembentukan Malaysia ialah Tunku Abd. Rahman, PM Malaya ketika itu. TAR memberi kita jaminan dan janji ketika memujuk kita membentuk Malaysia. Antaranya ialah kita berdikari sendiri, memerintah sendiri, merdeka dgn segera, akan menjadi rakan kongsi yg sama taraf dan sama rata dgn 1Malaya dan Malaya tdk akan menjajah Sabah. British pula beri kita amaran bahawa dgn pendidikan pemimpin dan rakyat Sabah ketika itu, kita belum bersedia utk merdeka utk 20 tahun lagi. Malah, jika kita bergabung jg, British bimbang pemimpin kita akan jd kuda tunggangan pemimpin Malaya demi menjayakan agenda tersembunyi Malaya yg beriya-iya mahu Sabah berada dlm Malaysia. Utk makluman jg, 2/3 dari rakyat Sabah menolak pembentukan Malaysia ini. Pemimpin utama Sabah ketika itu, Tun Fuad menegaskan, beliau bimbang Sabah akan hilang taraf sbg negara dan akan menjadi negeri yg ke 13 dlm Malaysia. Beliau bimbang kita akan dijajah Malaya dan jawatan2 d Sabah akan dipegang oleh org2 Malaya. Namun, akibat perbincangan mendlm semua parti politik Sabah masa itu, selepas ditakuttakutkan dgn ancaman Filipina, akhirnya mereka bersetuju membentuk Malaysia secara bersyarat. Syaratnya ialah Perkara 20 dan memorandum ini ditandatangi oleh semua parti politik Sabah waktu itu. Tanpa P20, kita sama sekali tdk akan setuju membentuk Malaysia. Bg saya, antara terpenting dlm P20 ialah P8, Borneonisasi, P11, hasil dan cukai dan P20, penguasaan ke atas tanah dan kerajaan tempatan Sabah. Tdk kurang penting jg ialah berkaitan imigresen dan pelajaran d Sabah. Maksudnya, kerana jaminan TAR dan kerana P20, kita telah sanggup korbankan kemerdekaan total kita lalu membentuk Persekutuan yg memberi kebenaran kpd pihak lain berkongsi dgn kita milik kita, Sabah. Namun, persetujuan kita diikat oleh kita tetap memerintah sendiri wlu pun dlm Malaysia, kita tetap berkuasa ke atas semua hasil kita, tanah kita. Ia kekal menunjukkan Sabah ini kekal Sabah yg punya dan bukan Malaya yg punya. Tiba2 kita tersedar selepas lebih 49 tahun kita tertidur. Rupanya semua janji Malaya itu sudah tdk ditepati. P20 dibakulsampahkan, Perjanjian Malaysia yg mengikhtiraf semua aku janji, jaminan dan syor pembentukan Malaysia spt dgn jelas tertera dlm Artikel 8, segera disembunyikan Malaya. Rupanya kependudukan kita telah dirosakkan, parti2

Malaya sudah berkuasa d Sabah, hasil2 kita dingap Malaya, kita dipecah dan diperintah, sempadan kawasan pilihan raya dibuat sesuka pihak Malaya, pemimpin kita diikat dan digading dan paling penting, taraf kita sebagai sebuah negara dibuang dan dituruntaraf menjadi sekadar sebuah negeri. Ketika Malaysia dibentuk, Sabah setaraf dgn 1Malaya, kini Sabah hanya setaraf Perlis. Perlis berganda-ganda kecil banding Ranau, tp Perlis layak dpt Raja, MB, 15 ADUN dan 3 MP sedangkan Rnu hanya ada 1 MP dan 3 ADUN. Perlis diberi lebih RM200j/tahun, sedangkan Rnu mungkin sekadar RM2j/tahun. Maka tdk hairan jika Perlis lebih maju banding Rnu, sedangkan Rnu jauh lebih kaya dari Perlis. Dari kesedaran ini, kami bangkit bersuara dan berjuang. Ada yg sehingga letak jawatan, ada yg merisiokokan pekerjaan, ada yg menyumbang tenaga, ringgit dan masa dan tdk kurang yg beri sokongan moral sama ada lisan atau penulisan. Kami berjuang agar hak Sabah dipulihkan sbg sebuah negara spt janji dahulu. Kuasa kemerdekaan Sabah wajib dipulangkan agar Sabahan jg mampu menikmati makna kemerdekaan. kami tdk mahu pejabat tanah jajahan hanya bertukar dari London ke Kuala Lumpur. Sabah mesti dihormati haknya sebagai negara merdeka dan malah pernah bertanding d Olimpik pada tahun 1959! Ibu segala perjuangan ini ialah Perjanjian Malaysia 1963 mesti dilaksanakan. Bila perjanjian ini dilaksana, bermaksud Malaysia ini adalah sebuah negara yg punya dua sistem. Satu sistem utk Malaya, dan satu sistem utk Sabah dan Sarawak. Malaysia perlu bergerak sebagai Sabah, Sarawak dan Malaya masing2 urus kedaulatan sendiri dan hanya bekerjasama utk kepentingan bersama. Keduanya, spt terkandung dlm P20, hasil Sabah mesti dipulangkan kpd Sabah. hasil cukai yg berjumlah RM22.7b (2011) tdk wajar dingap Malaya tanpa tinggalkan wlu 1 sen duit togoron utk Sabah. Hasil minyak kita hanya kita dpt titisan yg terbocor (5%), jawatan2 utama terus diambil Malaya, Menteri Persekutuan hanya 4 dari Sabah, Senator hanya 3 dari Sabah dan Duta ke luar negeri jg amat sukar kita cari org Sabah. Tdk hairanlah negeri terkaya d Malaysia iaitu Sabah menjadi negeri termiskin rakyatnya kerana kita terus menyuap Malaya dgn hasil kita. Ketiganya, kita mahu hak kita sebagai Anak Negeri dilaksana. Mengapa d Malaya, Melayu adalah no 1, tp d Sabah Anak Negeri menjadi bangsa dan lain2? Hak ke atas tanah NCR jg mesti dihormati dan syarikat2 sawit Malaya tdk boleh sewenangwenangnya merampas hak tanah adat kita. Keempat, kita mesti bersatu menuntut agar polisi kabotaj dihapuskan sama sekali dan bukan sekadar dikaji. Polisi ini menguntungkan pengusaha kapal Malaya dan

menuntungkan Malaya dan amat merugikan Sabah. Akibat polisi ini, harga barang pengguna d Sabah mahal dua kali ganda berbanding Malaya dan harga keluaran kita murah dua kali ganda banding Malaya. Contohnya, jika getah Sabah berharga RM7/kg, d Malaya, harganya ialah RM15/kg. Perbezaan harga ini amat tdk logik. Akibat lain ialah pelabur asing tdk mau melabur ke Sabah, tiadanya peluang pekerjaan kita dan belia kita terpaksa ke malaya atau Singapore. Belia kita menjadi sama taraf spt org Filipina, org Indon, org Bangla yg terpaksa ke negara org demi sesuap nasi. Kelimanya, kita mahu pembangunan utk Sabah setaraf dgn Malaya. Kita terlalu kaya tp hasil kita diguna utk membangunkan tempat org. Jalan bertar d malaya ialah 22 ribu KM, dan d Sabah dlm sekitar 6 ribu KM, itu pun keadaannya adakalanya bertaraf lolobuhonraya dan bukannya lebuhraya. D Malaya, adakalanya ambulan spt helikopter diguna utk hantar pesakit, tp d Sabah, tdk hairan klu kita guna lukaptoh sbg ambulan. Lihatlah semua segi, dlm semua bidang pembangunan, kita amat jauh ketinggalan berbanding Malaya. Keenam, kita mahu penyelesaian utk PTI dan PATAI. Kebanjiran PTI tanpa kawalan memberi kesan sosial kpd org tempatan. PATAI pula bertaraf lebih tinggi banding Anak Negeri kerana mereka adalah 'Melayu' spt kata DS Najib d Perhimpunan Agong UMNO. Merekalah yg lebih berpeluang dlm semua bidang d Sabah sbb kini Sabah dipaksa menerima 'Ketuanan Melayu' spt yg diamalkan d Malaya. Terakhir, Agensi Pusat telah ke sabah utk menjajah kita dan mengambil hasil kita. Umpamanya FELDA, yg telah mengambil secara halus tanah Sabah seluas 300 ribu dgn anggaran hasil RM3b/tahun. Tanah FELDA inilah aset utama Felda Global, dan kita tdk sedar berkaitan ini. Kita tdk mahu Agensi Pusat datang ke Sabah sbg agen utk merampas hak dan hasil kita. Utk semua ini, kuasa sebenarnya ada d tangan kita, Jgn biarkan diri kita terus mengharap Malaya mengubah nasib kita. Kuasa ke atas Sabah terletak d DUN Sabah dan bukannya d Parlimen Malaysia. Dengan menguasai DUN dan Kerajaan Negeri Sabah, kita boleh tuntut P20 dan MA63 utk dilaksana oleh Kerajaan Malaysia tanpa kelulusan Parlimen. Jika mereka enggan, kita akan bawa kes ini ke Mahkamah Keadilan Antara Bangsa. Mari bersatu demi keadilan utk Sabah. Kita tdk akan kerugian apa2 utk memperjuangkan hak sendiri tp kita akan dipergunakan pihak lain dan jd bacul lg dayus jika kita sedar, tp kita terus biarkan diri kita ditindas. Selamat berjuang sdra Jay Denson dan semua Sabahan yg prihatin akan hak negeri

kita yg satu2nya ini. Ikhlas dari, Jalibin Paidi., Entilibon, 12.45pm, 26.11.12.

You might also like