You are on page 1of 4

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL. Objektif Pertandingan.

1. Merapatkan tali silaturahim melalui sukan. 2. Melahirkan belia remaja yang sihat dan berpotensi dalam sukan Futsal. 3. Menyenarai pendekkan pemain yang berpotensi dalam untuk menyertai pemilihan PIALA BELIA FUTSAL BAWAH 18 TAHUN . 4. Menghindari belia remaja dari salah laku dan pengunaan dadah dan alcohol. BELIA MAJU SIHAT DAN BERSIH TANPA DADAH & ALKOHOL

Syarat Pertandingan. 1. Terbuka kepada semua individu dibawah umur 18 tahun atau lahir pada tahun 1994. 2. Seorang pemain hanya berhak mewakili 1 pasukan sahaja . 3. Setiap pasukan hanya boleh mendaftar 8 pemain sahaja. 4. Setiap pasukan mesti mempunyai jersi atau pakaian yang sama setiap kali bermain. 5. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas risiko kemalangan yang dihadapi setiap pemain. Peraturan Pertandingan . 1. Pertandingan akan di laksanakan dalam sistem liga. 2. Johan dan naib johan setiap kumpulan layak meneruskan pertandingan dalam sistem kalah mati. Peraturan pertandingan.

1. Pertandingan di langsungkan mengikut undangundang dan peraturan yang telah di tetapkan oleh FIFA dan FAM. 2. Pihak penganjuran berhak meminda atau membuat keputusan atas kesesuaian dan keselamatan mengikut keadaan semasa pertandingan. 3. Pihak penganjur atau pegawai pertandingan mempunyai kuasa untuk memberhentikan perlawanan sekiranya berlaku keadaan di luar kawalan. 4. Setiap keputusan yang dibuat oleh pengadil adalah muktamad. Kekasaran yang melampau ,pergaduhan dan kegagalan pasukan mengawal pemainnya adalah ditegah sama sekali. Panganjur berhak menyingkirkan pasukan yang memulakan keadaan di luar kawalan termasuk penyokong . Bantahan .

1. Setiap bantahan yang munasabah harus disertakan dengan wang cagaran RM100.00 . 2. Wang cagaran akan dikembalikan sekiranya permohonan diterima. 3. Setiap bantahan harus diajukan sebelum,semasa,atau selepas tamat perlawanan.selepas mula perlawanan yang seterusnya.bantahan akan di tolak atau tidak relevan. 4. Ahli panel penganjur akan menaliti setiap bantahan,mereka berhak memutus keputusan.Setiap keputusan adalah muktamad. Kehadiran 1. Setiap pasukan harus bersedia 5 minit sebelum perlawanan dimulakan. 2. Selepas 5 minit wisel amaran dibunyikan pasukan yang gagal hadir atau kurang dari 4 orang akan dikira kalah dan dengan jaringan 3-0. 3. Pihak penganjur tidak akan berkompromi mengenai masa.

You might also like