You are on page 1of 10

KEBUDAYAAN MELAYU: DAHULU DAN SEKARANG

ANALISIS KEBUDAYAAN MELAYU BERDASARKAN BAHAN SASTERA DAN BUKAN SASTERA DARI ASPEK :

i. Sosial ii. Ekonomi iii.Politik dan pentadbiran iv. World View

1. SISTEM NILAI DAN CARA PEMIKIRAN


Penyebaran agama Islam menjadikan pandangan dunia terhadap masyarakat Melayu mempunyai jaringan yang luas serta tradisi dan temadun yang tinggi Nilai-nilai seperti eglitarian, penghormatan kepada hak manusia dan tanggungjawab manusia akan segala tindakan juga diterima dalam sistem nilai orang Melayu

W.F Wertheim
Beliau menjelaskan: Islam telah memberikan manusia kerdil rasa harga diri sebagai ahli masyarakat yang beragama Islam. Sebagai seorang Muslim kedudukan sama rata diberikan tidak mengira pangkat dan darjat. Malahan dalam struktur masyarakat, sifat sebagai Muslim lebih tinggi kedudukannya daripada mereka yang bukan Muslim walaupun berpangkat tinggi.

2. SISTEM POLITIK
Dalam sistem politik kesultanan Melayu, Raja dianggap sebagai Devaraja atau penjelmaan Tuhan telah digantikan kepada seorang pemerintah rakyat sahaja. Perkataan pemimpin dalam Islam bukanlah satu keistimewaan tetapi merupakan satu tanggungjawab

Ismail Hamid

Menurut beliau sejak Islam mula diperkenalkan di rantau Nusantara, perundangan Islam telah banyak mempengaruhi bidang sahsiah dan pentadbiran di negeri-negeri Melayu dan banyak membantu dalam proses pengurusan dan perundangan dengan lebih sempurna

3. BIDANG INTELEK
Islam membawa ilmu Metafizika Sufisme yang membuka minda orang-orang Melayu kepada daya intelektual tinggi dan semangat keagamaan beebentuk rasionalisme. Ini dibuktikan dengan melahirkn ramai penulis dan pentafsir ilmu seperti ilmu tasawuf. Bahana Islam telah mengembangkan tradisi pendidikan dan pengajaran kepada setiap

BAHASA
Kedatangan Islam telah mempengaruhi peningkatan penggunaan bahasa Melayu melalui sistem penulisan jawi. Pelbagai genre yang timbul dengan kedatangan Islam dalam memperkayakan koleksi karya kesusasteraan Melayu. Hikayat sastera Islam seperti Hikayat Nur Muhamad dan Hikayat Amir Hamzah adalah karya yang telah dihasilkan

Cerita-cerita

tasawuf dan ahli sufi diperkenalkan untuk dijadiakn teladan seperti Hikayat Sultan Ibrahim Magnum Opus masyarakat Melayu seperti Tajussalatin dijadikan panduan kepada golongan pemerintah di mana kandungannya berkaitan dengan ajaran dan hukum-hukum tentang Islam Islam turut memperkenalkan syair kepada budaya dan masyarakat

PENUTUP
Kedatangan Islam banyak mempengaruhi budaya masyarakat Melayu yang telah mendasari identiti orang melayu hingga ke luhurnya bahkan menjadi penentu kepada takrif Melayu dan mengubah kehidupan dan pandangan orang Melayu itu

You might also like