You are on page 1of 11

1.

0 PENGENALAN

Permainan bola baling adalah sejenis permainan berpasukan yang melibatkan 14 orang iaitu tujuh orang sepasukan. Biasanya, dalam sesuatu perlawanan bola baling. Satu pasukan akan terdiri daripada 12 orang pemain, termasuk lima oang pemain simpanan atau pemain gantian. Antara 7 orang pemain dalam satu pasukan, seorang akan menjadi penjaga gol manakala yang lain akan menjadi pemain gelanggang.

Bola baling boleh dimainkan oleh lelaki dan perempuan dari pelbagai peringkat umur. Sesuatu perlawanan bola baling akan diadili dua orang pengadil.

Bagi membolehkan sesuatu perlawanan dimulakan, sekurang-kurangnya 5 orang pemain daripada bilangan maksimum tujuh orang dari kedua-dua pasukan harus berada di padang atau di gelanggang permainan. Sekiranya, bilangan pemain kurang daripada 5 orang, perlawanan akan ditangguhkan atau dibatalkan kerana undangundang telah menetapkan 5 orang sebagai bilangan pemain minimum bagi membolehkan perlawanan dimulakan.

Ketua pasukan dari kedua-dua pasukan akan dipanggil oleh pengadil untuk membuat pengundian melalui lambungan duit syiling bagi menentukan pasukan yang akan memulakan perlawanan terlebih dahulu. Ketua pasukan yang memenangi undian berhak membuat lontaran mula atau memilih salah sebelah kawasan permainan. Lontaran mula mesti dilakukan dalam tempoh 3 saat dari tengah-tengah gelanggang setelah pengadil meniupkan wisel.

Semasa perlawanan dimulakan, setiap pemain perlu berada di kawasan gelanggang atau padang sendiri, manakala pemain dari pasukan lawan perlu berada sekurang-kurangnya 3 meter dari pemain yang membuat lontaran sehingga bola dilepaskan daripada tangannya.

Bola baling dimainkan dalam dua tempoh permainan. Tempoh permainannya adalah seperti berikut:

1) Untuk pemain lelaki dan perempuan dewasa atau mereka yang berumur lebih daripada 18 tahun, tempoh permainan ialah 30 minit bagi tiap-tiap satu tempoh atau separuh masa dengan 10 minit masa rehat diberikan antara dua tempoh tersebut. Sebarang masa gangguan atau masa kecederaan akan ditambahkan selepas setiap tempoh berakhir.

2) Untuk pemain lelaki dan perempuan dari peringkat umur atau kategori lain, tempoh permainan ialah 20 minit bagi tiap-tiap separuh masa permainan dengan 10 minit masa berehat diberikan antara dua tempoh tersebut.

3) Untuk pertandingan di peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM), tempoh permainan adalah seperti berikut:

a) Secara liga : 20 minit diberikan untuk setiap separuh masa dengan 10 minit masa rehat (20:10:20).

b) Secara kalah mati : 20 minit diberikan untuk setiap separuh masa dengan 10 minit masa rehat (20:10:20).

Keduadua pasukan akan menukar kawasan permainan semasa separuh masa kedua bermula, dan pasukan yang tidak membuat lontaran mula pada separuh masa pertama akan melakukannya pada separuh masa kedua ini. Permainan akan berakhir dengan kemenangan dan kekalahan salah satu pasukan ataupun seri. Jika peraturan permainan memerlukan satu pasukan digelar pemenang pada akhir permainan dan permainan berakhir dengan keputusan seri, masa tambahan selama 5 minit bagi tiaptiap separuh masa tanpa masa rehat harus diberikan. Permainan pada masa tambahan ini akan dimulakan dengan undian sekali lagi, iaitu melalui lambungan duit syiling oleh pengadil.

Jika keputusan masih seri, masa tambahan seperti yang dinyatakan akan diberi dan dimulakan setelah 5 minit masa rehat diberikan kepada kedua-dua pasukan. Jika keputusan masih seri, undang-undang pertandingan boleh diamalkan dan biasanya lontaran penalti diadakan untuk menentukan pasukan pemenang. Ringkasan Undang-undang

A)KAWASAN PERMAINAN

1. Kawasan permainan adalah berbentuk segiempat bujur, panjangnya 40 meter di garisan tepi dan lebarnya 20 meter di garisan gol. Kawasan ini dibahagikan kepada dua kawasan gol dari garisan tengah. 2. Gol hendaklah didirikan ditengah-tengah garisan gol kedua-dua bahagian

permainan. Gol mengandungi dua batang tiang tegak yang sama jarak dari dua penjuru kawasan permainan, 3 meter jarak dan 2 meter tinggi, disambung oleh sebatang palang empat persegi tepat 8 cm 8 cm. Bahagian belakang tiang gol hendaklah selari dengan tepi garisan bahagian luar garisan gol. Tiang gol hendaklah dibuat daripada kayu atau bahan sintetik yang serupa dan dicat dengan dua warna yang terang. Gol hendaklah dipasangkan jaring. 3. Kawasan gol mengandungi satu garisan selari jarak 6 meter daripada gol dan disambung dengan dua suku bulatan di kedua-dua hujung garisan selari dengan garisan gol. 4. Garisan balingan percuma ditanda dengan garisan putus-putus berjarak 3 meter dari garisan kawasan gol. Garisan putus-putus dan jarak antaranya ialah 15 cm tiap-tiap satu. 5. Garisan penalti ditanda dengan satu garisan (1 meter panjang) selari dengan jarak 7 meter dari tengah-tengah garisan gol. 6. Semua garisan hendaklah mudah dilihat dan berukuran 5 cm lebar. Hanya garisan gol berukuran 8 cm antara dua tiang gol. 7. Satu garisan 15 cm panjangnya dan selari dengan garisan gol, diukur 4 meter dari tengah garisan gol dan terdapat di dalam kawasan gol, disebut garisan penjaga gol.

8. Dari garisan tepi, dua garisan 15 cm panjang diukur ke dalam kawasan permainan dan 4.5 meter dari garisan tengah. Kawasan ini ialah kawasan pemain keluar dan masuk, disebut kawasan pertukaran pemain.

B)MASA PERMAINAN

1. Masa permainan adalah seperti berikut: Lelaki: Terdiri daripada dua tempoh dengan 30 minit tiap-tiap separuh masa dan 10 minit masa rehat di antaranya (dalam pertandingan sebagai peraturan, 15 minit tiaptiap separuh masa tanpa rehat). Remaja lelaki: Terdiri daripada 2 tempoh dengan 25 minit tiap-tiap separuh masa dan 10 minit masa rehat di antaranya (pertandingan 10 minit tiap-tiap separuh masa tanpa rehat). Peringkat lain: Terdiri daripada 2 masa dengan 20 minit tiap-tiap separuh masa dan 10 minit masa rehat di antaranya (pertandingan, 10 minit tiap-tiap separuh masa tanpa rehat). 2. Di hadapan kedua-dua ketua pasukan, pengadil akan membuat undian dengan melambung duit syiling dan pasukan yang menang berhak memilih sama ada kawasan permainan atau memulakan permainan. 3. Apabila pengadil telah memulakan permainan dengan meniup wiselnya, balingan mula (balingan percuma) hendaklah dilakukan dalam tempoh 3 saat dari tengahtengah gelanggang. 4. Tiap-tiap pemain hendaklah berada di gelanggang masing-masing dan pemainpemain lawan hendaklah berada sekurang-kurangnya 3 meter dari pemain yang memulakan permainan, sehingga bola dilontarkan daripada tangannya. 5. Sesudah rehat, kedua-dua pasukan bertukar kawasan dan permainan dimulakan oleh seorang pemain dari pasukan yang menentang di awal permainan (separuh masa pertama). 6. Tambahan masa akan diganti untuk masa-masa yang hilang dan ditentukan oleh pengadil.Pengadil akan memberitahu penjaga masa, pengadail kedua dan keduadua ketua pasukan tentang tambahan masa.

7. Jika perlawanan berkeputusan seri, maka 5 minit rehat akan diberikan sebelum tambahan dua separuh masa. Pengadil akan melambung duit syiling untuk menentukan pasukan sama ada memilih kawasan atau memulakan permainan. 8. Hanya pemain-pemain dalam pasukan dibenarkan bermain dalam pertandingan tambahan masa.

C)BOLA

1. Bola hendaklah berbentuk bulat, tidak terlalu keras, dan kulitnya hendaklah berwarna. 2. Berat dan lilitan bola untuk kategori pemain adalah seperti berikut: i. Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas) Bola saiz 3 Berat antara 425g hingga 475g Lilitan antara 58cm hingga 60cm. ii. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12 tahun hingga 16 tahun) Bola saiz 2 Berat antara 325g hingga 375g Lilitan antara 54cm hingga 56cm iii. Remaja perempuan (8 tahun hingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 hingga 12 tahun) Bola saiz 1 Berat antara 290g hingga 330g Lilitan antara 50cm hingga 52cm. 3. Dua biji bola yang telah diakui, diperlukan untuk tiap-tiap perlawanan. Bola hendaklah diperiksa dan dipilih oleh pengadil untuk digunakan. Bola tidak boleh digantikan semasa dalam perelawanan, tetapi dibolehkan atas sebab-sebab tertentu dan jika dibenarkan oleh pengadil. 4. Hanya bola yang ditandakan dengan logo IHF sahaja yang boleh digunakan dalam pertandingan-pertandingan di peringkat antarabangsa.

D)PEMAIN-PEMAIN

1. Biasanya mengandungi 12 orang pemain (10 orang pemain gelanggang dan 2 orang penjaga gol). Bilangan maksimum, iaitu 7 orang pemain hendaklah berada di dalam gelanggang (6 orang pemain gelanggang dan seorang penjaga gol. 5 orang pemain lain ialah pemain pengganti. Penjaga gol dibenarkan bermain sebagai pemain gelanggang dan pemain-pemain gelanggang boleh mengambil tempat sebagai penjaga gol. 2. Sekurang-kurangnya 5 orang pemain dari sesebuah pasukan hendaklah berada di kawasan permainan pada permulaan perlawanan. Bilangan pemain boleh ditambahkan hingga ke 7 orang, semasa perlawanan. 3. Seseorang pemain dibenarkan memasuki gelanggan hanya dari tempat pengganti. Tempat duduk pemain-pemain pengganti hendaklah berdekatan dengan meja penjaga masa. 4. Jika seseorang pemain semasa bermain, menyeberangi atau melangkah keluar satu daripada garisan-garisan sempadan, tetapi dengan serta-merta memasuki semula ke dalam gelanggang , maka dia tidak dianggap sebagai meninggalkan gelanggang.Nota: Menyeberangi atau melangkah garisan sempadan dengan tujuan untuk mendapatkan kelebihan akan dihukum dengan memberikan balingan percuma kepada pihak lawan. 5. Pengganti dibenarkan menyambung permainan pada bila-bila masa tanpa memberitahu penjaga masa. Pemain yang digantikan hendaklah meninggalkan padang dahulu sebelum penggantinya masuk. 6. Kesalahan penggantian akan dihukum dengan balingan percuma dan diambil dari tempat di mana pemain itu melakukan kesalahan. Selain itu, pemain berkenaan akan digantung selama 2 minit. Jika kesalahan penggantian berlaku pada masa permainanan berhenti, pemain berkenaan akan digantung 2 minit dan permainan akn dimulakan dengan balingan percuma. 7. Semua pemain gelanggang hendaklah berpakaian serupa (seragam). Penjaga gol hendaklah memakai warna yang berasingan dengan pemain-pemain pasukannya dan pemain-pemain pasukan lawan. Pemain-pemain akan memakai nombor 1

hingga 20. Nombor 1, 12 dan16 dihadkan kepada penjaga gol sahaja. Pemainpemain dibenarkan memakai kasut biasa atau boot. Kasut berpaku tidak dibenarkan. Memakai gelang, jam tangan dan apa jua alat yang dianggap merbahaya kepada pemain-pemain tidak dibenarkan. 8. Hanya pemain-pemain pengganti dan pemain-pemain yang digantung serta 4 orang pegawai pasukan sahaja dibenarkan berada di tempat penggantian. 9. Tiap-tiap ketua pasukan mesti memakai kain lengan dengan ukuran 4 cm lebar dan warnanya mesti bertentangan dengan warna pakaian pemain itu. 10. Jika seorang pemain berdarah atau terdapat darah pada badannya atau pakaiannya, pemain itu mesti meninggalkan gelanggang dengan serta-merta dan digantikan supaya luka dan badannya dapat dirawat dan pakaiannya dapat dibersihkan sebelum masuk semula ke dalam gelanggang. Jika seorang pemain itu tidak mematuhi syarat di atas, dia dianggap sebagai tidak mempunyai semangat kesukanan dan akan diberi amaran. 11. Dalam kes kecederaan, pengadil akan memberi kebenaran kepada dua orang pemain atau pegawai pasukan berkenaan masuk ke gelanggang untuk menolong pemain yang cedera itu.

E)PENJAGA GOL

1. Penjaga gol dibenarkan menjaga golnya dengan menggunakan kaki dan di bahagian bawah lututnya dengan sebarang cara. 2. Penjaga gol boleh bergerak ke mana-mana sahaja dengan bolatanpa mengira langkah dan had masa dalam kawasan gol tetapi dia tidak boleh melambatkan balingan gol dengan sengaja. 3. Penjaga gol dibenarkan meninggakan kawasan gol tanpa bola. Dalam gelanggang, dia hendaklah patut akan peraturan-peraturan sebagai pemain gelanggang yang lain, kecuali dia tidak akan dihukum jika memasuki kawasan gol. 4. Penjaga gol tidak dibenarkan meninggalkan kawasannya bersama-sama dengan bola.

5. Apabila penjaga gol telah membaling bola ke gelanggang permainan dari kawasannya, maka dia tidak boleh lagi memegang bola itu, kecuali telah dimainkan atau terkena seorang pemain lain. 6. Penjaga gol tidak dibenarkan memegang bola sama ada bola itu menggolek atau terletak di kawasan gelanggang permainan di luar garisan kawasan gol. 7. Sewaktu permainan, penjaga gol tidak dibenarkan mengambil dan memainkan bola ke kawasannya. 8. Penjaga gol tidak dibenarkan merbahayakan pemain lawan semasa

mempertahankan golnya. 9. Penjaga gol tidak dibenarkan menyentuh bola dengan tapak kaki atau bawah lutut ketika bola itu sedang mara ke kawasan permainan atau apabila terhenti di kawasan gol. 10. Penjaga gol tidak dibenarkan menyentuh atau melintas garisan penjaga gol (garisan 4 meter) atau garisan sambungan di keduadua belah semasa balingan penalti.

F)KAWASAN GOL

1. Hanya penjaga gol sahaja dibenarkan memasuki atau berada di dalam kawasan gol. 2. Hukuman-hukuman kerana memasuki kawasan gol adalah seperti berikut: a. Balingan percuma jika pemain gelanggang memasuki dengan membawa bola. b. Balingan percuma jika pemain gelanggang memasuki tanpa bola tetapi mendapatkan keuntungan dengan memasuki kawasan gol. c. Balingan penalti jika pemain gelanggang dari pihak pertahanan dengan sengaja memasuki kawasan gol. Walaupun tujuannya mempertahankan pasukannya. 3. Seorang pemain gelanggang memasuki kawasan gol sesudah memainkan bola tidak akan dihukum, kecuali merugikan pihak lawan. 4. Bola di dalam kawasan gol menjadi hak penjaga gol, dan tidak seorang pun pemain gelanggang dibenarkan memegang bola sama ada bergerak atau sebaliknya. 5. Pemainan hendaklah diteruskan jika bola yang masuk ke kawasan gol keluar semula ke gelanggang tanpa terkena penjaga gol.

6. Jika pemain dengan sengaja memainkan bola ke kawasan golnya, sendiri dan bola itu tidak keluar,hukuman-hukuman berikut akan dikenakan: a. Dikira gol, jika bola memasuki gol. b. Balingan penaiti, jika penjaga gol menahan dan bola tidak masuk gol. c. Balingan percuma dalam keadan yang lain. 7. Permainan diteruskan jika semasa bertahan, pemain pertahanan terkena bola, tetapi dengan serta-merta bola itu diambil oleh penjaga gol atau bola itu terletak dalam kawasan gol. 8. Pemain pertahanan tidak akan didenda sekiranya dia memasuki kawasan gol utuk menahan tetap sebaliknya dai akan didenda jika menyebabkan erugian kepada pihak lawan. 9. Apabila bola berhenti di dalam kawasan gol, penjaga gol akan memulakan permainan dengan membuat balingan gol.

G)MEMAINKAN BOLA

1. Pemain dibenarkan menahan, menangkap, membaling, melantun atau memukul bola dengan apa cara sahaja menggunakan tangan (sama genggam atau tapak tangan), lengan, kepala, peha dan lutut. 2. Pemain dibenarkan menyimpan bola selama 3 saat waktu maksimum termasuk ketika bola berada di atas tanah. 3. Pemain dibenarkan mengambil 3 langkah paling maksimum sewaktu memegang bola. 4. Pemain dibenarkan : a. Melantun bola sekali dan menangkapnya semula dengan satu atau kedua-dua belah tangan sama ada semasa berlari atau berdiri; b. Menangkap, melantun dan menangkap bola itu semula apabila telah terkena pemain lain atau tiang gol; c. Berulang kali melantun bola dengan tangan sama ada semasa berlari atau berdiri. Seseorang pemain boleh melakukan seberapa banyak langkah ketika melantun dan menangkap bola semula.

5. Pemain dibenarkan membuat hantaran dari tangan ke tangan, dengan syarat tindakannya itu tidak terganggu oleh perbuatan lain. 6. Pemain dibenarkan menahan bola dengan satu atau kedua-dua belah tangan, kemudian menangkapnya tanpa bergerak. 7. Pemain dibenarkan menahan bola dengan keadaan berlutut, duduk atau berbaring di tanah. 8. Pemain dibenarkan menepis bola sekali ke arah tanah dan menyambutnya balik dengan satu atau kedua-dua tangan. 9. Pemain tidak dibenarkan menyentuh bola lebih daripada sekali, kecuali bola telah terkena tanah, pemain atau kedua-duanya. 10. Pemain tidak dibenarkan mengenakan bola dengan bahagian kaki di bawah lutut atau dengan kaki. 11. Pemain tidak dibenarkan menjatuhkan diri untuk menangkap bola yang sedang bergolek atau terletak di tanah, kecuali penjaga gol di kawasannya sendiri. 12. Pemain tidak dibenarkan dengan sengaja melintas garisan tepi atau garisan gol di luar gol dengan membawa bola. 13. Permainan tidak terganggu jika bola terkena pengadil. 14. Pasukan yang menyimpan bola dibenarkan mengambil sebarang langkah untuk menyeberang atau cuba menjaringkan gol. 15. Permainan pasif, iaitu dengan tujuan tidak mahu mencuba sebarang serangan atau jaringan gol tidak dibenarkan

2.4 Kemahiran yang kami pilih: kemahiran menjaring


Menjaringkan gol

Jaringan dari bawah lengan

Jaringan dari atas kepala

Langkah-langkah permainan: 1. Pemain mengambil satu

Langkah-langkah permainan: 1. Pemain mengambil tiga langkah ke depan dengan kaki Kaki kiri kiri bola

langkah ke depan dengan kaki kiri. Kaki kanan dibengkokkan sambil bola dibawa ke belakang bawah aras bahu.

terlebih

dahulu.

dibengkokkan

sambil

dinaikkan ke atas kepala.

2. Tangan memegang sambil melangkah seterusnya

pemain bola kaki ke

yang diluruskan kanannya

2. Tangan

pemain

yang

memegang bola dinaikkan ke atas kepala sambil kaki kiri melangkah ke depan dan

depan

dan

bola

dilontar

seterusnya bola dilontar kuat ke sasaran.

dengan kuat ke sasaran.

3. Kaki kiri pemain dilajakkan ke belakang dan tangan kanan dilepaskan.

3. Kaki kanan pemain dilanjakkan ke depan dan tangan kanan dilepaskan.

You might also like