You are on page 1of 18

Apa itu Dadaisme?

Dadaisme ialah satu era seni yang bermula pada tahun 1916 di Zurich dan berakhir pada tahun 1922.Ia terjadi selepas kejatuhan zaman Futurisme.Dadaisme atau Dada adalah luahan protes kemarahan dan ketidakadilan pada masa zaman itu.Ia merupakan respon golongan artis terhadap kesan Perang Dunia Pertama. Kata Dada menurut kamus Jerman membawa maksud keriangan kanak-kanak.Kononnya

ungkapan kata dada..adalah ungkapan yang sering terlafaz bagi kebanyakkan kanak-kanak ketika mereka dalam keadaan gembira.Di Perancis pula,kata dada diertikan sebagai hobi,persaingan dan obsesi.Kata Dada juga menggambarkan keadaan yang huru-hara akibat perang. Terdapat juga kajian yang mengatakan bahawa kata Dada ini dipetik secara rambang dan tidak membawa apa-apa makna.Pergerakkan Dadaisme memperjuangkan konsep seni tidak bermakna.Ringkasnya seni itu adalah kosong dan tidak menyumbang sebarang faedah kepada masyarakat pada zaman pancaroba itu. Walaupun kata Dada ini lahir daripada pelbagai sumber namun secara keseluruhannya perjuangan ini bertujuan untuk mengolok-olokkan sesuatu perkara khasnya isu-isu yang berkaitan dengan Perang Dunia Pertama. Faktor Kebangkitan Gerakan Dadaisme Berikut ini merupakan faktor yang menyumbang kepada kebangkitan gerakkan Dadaisme ini:1. Kegiatan Penerbitan Kegiatan penerbitan yang pesat telah mencetuskan satu revolusi dalam seni moden Eropah awal abad ke-20.Kewujudan syarikat penerbitan majalah di Eropah ini mempercepatkan proses mencetak karya-karya seni Dadaisme pada masa itu. 2. Protes Terhadap Kemusnahan Akibat Perang Kesan daripada Perang Dunia Pertama sekitar di Eropah dan adalah kemusnahan harta

benda,bangunan,khazanah

seni,alam

kematian

beribu-ribu

penduduk

Eropah.Banyak bangunan termasuk galeri-galeri seni

lukis di Eropah telah musnah akibat

perang itu.Ekoran daripada itu,para artis dan penyair telah mengambil subjek kejadian perang itu sebagai sumber inspirai dan saluran untuk meluahkan rasa protes,kemarahan dan ketidakpuasaan. 3. Gerakan Politik Penglibatan golongan ahli politik dalam gerakan kesenian Dadaisme mempunyai agenda lain iaitu untuk kepentingan perniagaan dan pengaruh kuasa mereka dalam politik.Dengan kata lain mereka bukannya mahu memperjuangkan Dadaisme itu,tetapi memperalatkannya sebagai senjata perjuangan mereka.

Media dan Teknik Penghasilan Karya Karya dihasilkan dengan menggunakan pelbagai media.Ini secara tidak langsung membawa mereka meneroka teknik penghasilan seni yang baru.Antara teknik baru yang diterokai ialah teknik montaj foto.Karya yang terhasil semasa zaman Dadaisme ini terdiri daripada catan,arca,poster dan penulisan sastera seperti puisi serta gambarfoto. Karya catan Dadaisme menggunakan teknik penghasilan dan rayograf.Teknik montaj foto ialah dihasilkan dengan memotong gambar yang lain kemudian digabungkan dengan gambar yang satu yang mempunyai kaitan dengan sesuatu peristiwa. Sementara itu mix media yang digunakan pula adalah keratan akhbar,poster,pembalutpembalut buku,pelbagai bentuk fon tulisan yang diperolehi daripada majalah yang pernah diterbitkan pada masa itu dan bahan-bahan terbuang. Bagi karya seperti arca para artis Dadaisme menggunakan kayu,besi dan kertas tebal untuk menghasilkannya.Selain daripada itu mereka juga menggunakan bahan terbuang untuk digabungkan menjadi satu arca secara spontan. Terdapat satu lagi cara penghasilan karya Dadaisme iaitu menconteng sesuatu pada bahagian tertentu gambar atau poster yang sedia ada.Contohnya,naskah lukisan potert Monalisa yang telah diconteng oleh Marcell Duchamp dengan membentuk misai di bawah hidungnya.

Contoh karya

Potret Monalisa yang di conten

Teknik Montaj Foto

Ciri-Ciri Karya Dadaisme Kecenderungan para artis apabila mereka menghasilkan karya pada era Dadaisme ini ialah kespontanan,intuitif,dan fantastik.Adakalanya karya mereka bersifat absurd,sardonic dan jenaka melampau.Selain daripada itu bagi karya catan ia sedikit di pengaruhi oleh aliran seni sebelumnya iaitu aliran Kiubisme dan Futurisme dari segi gaya persembahan dan olahan karya.

Garfu Dan Spoon Hans Arp,1924 Bercirikan aliran Kiubisme.

Kespontanan dalam karya

Mesej dan Tema Karya Mesej yang disampaikan lebih kepada protes dan rasa tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara.Tema karya berkait langsung dengan kebinasaan yang berlaku kesan Perang Dunia Pertama.Luahan perasaan pengkarya jelas menggambarkan kebodohan,kerugian,penderitaan dan kekejaman semasa perang.Kesemua karya tidak kira catan,montaj foto,arca ,poster mahupun sastera mengangkat mesej dan tema yang sama.Subjek perang adalah isu utama dalam perbicaraan apresiasi seni.

Montaj foto yang bertemakan Kemusnahan, dan kematian akibat perang

Pancutan, 1917, Marcel Duchamp

Tokoh Pelopor Gerakan Seni Dadaisme

1.Marcehel Duchamp Marchel Duchamp atau juga dikenali sebagai Henri Robert dilahirkan pada 28 Julai 1887 di Blainville-Crevon,Perancis.

Beliau adalah salah seorang tokoh yang terkenal dalam gerakan seni Dadaisme ini.Pada awal kerjayanya sebagi pelukis,gaya karyanya banyak dipengaruhi oleh aliran seni sebelumnya iaitu Fauisme,Kubisme dan Futurisme.Beliau dilahirkan dalam keluarga yang mencintai seni dan kegiatan kebudayaan.Ibunya,Emile Nicolle adalah seorang pelukis dan tukang ukir.Sementara itu datuknya dan ahli keluarga yang lain meminati permainan catur,membaca buku,mengecat dan bermain muzik. Pada tahun 1905,beliau bekerja di sebuah syarikat percetakkan buku.Di sinilah beliau mula mempelajari teknik tipografi dan proses percetakkan.Marchel Duchamp adalah anak yang ke3.Ketika zaman kanak-kanaknya beliau berjauhan dengan abangnya yang bersekolah di Rouen jauh dari tempat tinggal mereka.Beliau selalu merasa kesunyian dan hanya kakaknya Suzanne yang menjadi sumber inspirasinya dalam melukis. Ketika berumur 7 tahun beliau telah bersekolah dan pembelajarannya lebih tertumpu kepada perkembangan intelek.Beliau mahir dalam bidang Matematik dan pernah dua kali memenangi hadiah Matematik di sekolahnya itu. Pada tahun 1903 dan 1904,beliau telah memenangi hadiah melukis di sekolahnya.Kemudian beliau pun belajar teknik melukis daripada seorang guru seni lukis yang beraliran Impersionisme dan Post-Impersionisme.Sikap keseriusan beliau dalam kegiatan seni lukis jelas terbukti apabila beliau dengan pertama kalinya melakukan percubaan melukis aksi aksi kakaknya,Suzanne Duchamp dengan menggunakan media cat air. Sepanjang hidupnya beliau terkenal berkarya dalam bidang lukisan,arca dan filem.Beliau juga adalah seniman yang menyumbang kepada gerakan Surelisme iaitu aliran selepas Dadaisme.Beliau yang asalnya dari Perancis telah menjadi warganegara Amerika Syarikat pada tahun 1955.Sumbangan beliau dalam bidang seni mendapat pengiktirafan antarabangsa pada tahun 1960. Namun walaupun cemerlang dalam bidang seni ,namun beliau tidak cemerlang dalam rumahtangganya.Dipercayai beliau terpaksa menceraikan isteri pertamanya yang bernama Sarazin-Lavassor kerana berlaku curang dengannya.

Sehinggalah pada tahun1954,beliau berkahwin dengan Alexina Sattler dan hidup bersamanya sehingga beliau meninggal dunia pada 2 Okteber 1968 di Neuilly-Surseine,Perancis,pada umur81 tahun.

Berikut adalah antara karya-karya Dadaisme daripada Marchel Duchamp:-

Menuruni Tangga 1912

Biscllye Whell 1913

Hydrometric 1920 Peluncur Kincir Air 1913

Hans Arp.

2.Hans Arp Hans Arp atau Jean Hans Arp adalah seorang pengukir,pelukis,dan penyair.Beliau lahir pada 16 September 1887 di Straburg. Pada tahun 1904,Hans Arp telah pergi melawat Paris dan beliau sangat tertarik pada lukisanlukisan moden yang terdapat di galeri Paris.Oleh sebab tertarik dengan lukisan moden,Hans Arp telah pergi mengikuti kursus melukis lukisan moden di bawah bimbingan Professor Ludwig Von Hoffmann iaitu seorang professor dalam bidang lukisan moden. Sepanjang hidupnya dalam berkarya serta mencari ilham dalam melukis,Hans Arp seoarng yang banyak berkelana untuk menambah ilmu pengetahuannya.Pada tahun1908,Hans Arp telah sekali lagi melawat Paris lalu menubuhkan akademi lukisan moden di sana yang dikenali sebagai Julian Akademi Paris.Kemudian pada tahun 1911,beliau telah mengasaskan persatuan lukisan moden yang dikenali sebagai Liga Moden di Switzerland.Antara ahli-ahli peluki s dalam persatuan ini ialah.Amiet,Friesz,Gauguin,W Gimmi,Helbig,Hodler,Mattise dan Picasso. Hans Arp banyak menyertai pameran seni lukisan moden.Antaranya ialah menyertai pameran di Berlin bersama dengan ahli-ahli persatuan Liga Moden.Ketika beliau menyertai pameran ii,beliau telah bekenalan dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Sophie Taeuber yang akhirnya mereka pun berkahwin. Beliau meninggal dunia pada tahun 1966 pada usia 79 tahun.

Berikut adalah antara karya-karya Hans Arp:-

Tatarajah 1927-1928

Bentuk Daratan 1917

Draf For Tearom 1926

Monsand 1966

Before My Birth 1914

Human 1933

Kronologi Gerakan Seni Dadaisme Dadaisme bermula dari Zurich kemudian tersebar di negara-negara lain seperti New York,Jerman,dan Paris.

Sumber Rujukan 1.Sejarah Seni Zaman Pertengahan Hingga Abad ke-20 Penulis:Muliyadi Mahamood Diterbitkan Oleh Univision Press Sdn.Bhd Cetakan ketiga,2007 2.Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual(Tingkatan 4-5) Penulis :Zailani Yaccob dan Azimah A.Samah Diterbitkan Oleh Fajar Bakti Sdn.Bhd. Cetakan 2004 3.Sejarah Seni Lukis(Sepintas Lalu) Penulis:Ahmad Rashidi Hasan Diterbitkan Oleh Karisma Publication Sdn.Bhd. Cetakan 2001 4.Sejarah Seni Eropah 5. Art in Morden Culture Penulis:Franscina 6.Http//:www.peak.org/Dadaist/Art/index.html 7.http//:www.wikinfo.org/index.php/Dadaism 8.http//:www.en.wikipedia.org/Dadaism 9.Rujukan Melalui Terjemahan, www.citcat.com

Rumusan Dadaisme atau Dada adalah luahan protes kemarahan dan ketidakadilan pada masa zaman selepas perang yang berlaku antara tahun1916 hinngga tahun 1922. Aliran ini juga dikatakan tidak mempunyai apa- apa makna atau lebih tepat lagi aliran yang kosong serta memperjuangkan konsep seni yang tidak bermakna. Walaupun aliran Dadaisme ini lahir daripada pelbagai sumber namun secara keseluruhannya perjuangan ini bertujuan untuk mengolok-olokkan sesuatu perkara khasnya isu-isu yang berkaitan dengan Perang Dunia Pertama. Secara keseluruhannya aliran dadaisme ini berfungsi sebagai propaganda bagi peperangan pada zaman tersebut.

Pendahuluan Sejarah seni khususnya seni catan sebenarnya bermula sejak zaman pra sejarah di mana manusia melukis pada dinding-dinding gua.Segala penceritaan tersebut semuanya telah dicatatkan dalam Sejarah Seni Barat yang menceritakan tentang asal-usul dan penerokaan sesuatu gerakan seni atau aliran. Antara aliran tersebut ialah Realisme,Renaissme,kiubisme,Futurisme,Surelisme,Pop Art,Ekpressionisme,Barok,Fotorealisme , Dadaisme dan sebagainya.Kebangkitan sesuatu aliran atau gerakan seni pada sesuatu zaman disebabkan oleh beberapa faktor dan kepentingan dalam perjuangannya.Contohnya gerakan seni Dadaisme yang saya kaji adalah memperjuangkan seni yang kosong dan tidak bererti.Ia juga dikenali sebagai aliran anti seni.Aliran ini lahir akibat luahan sikap protes,kemarahan dan kejengkelan rakyat terhadap kemusnahan dan ketidakadilan dalam perang Dunia Pertama.Aliran ini bangkit sebaik sahaja tamat perang Dunia Pertama di Eropah pada tahun 1916. Adalah begitu penting bagi seseorang artis seni catan untuk mengetahui sejarah sesuatu seni itu.Jika tidak ia tidak akan tahu asal-usul dan pengasas gerakan seni tersebut.Ekoran daripada itu,dia tidak akan dapat mencapai pembaharuan atau penerokaan baru dalam karya seninya.Selain daripada itu pengetahuan tentang sejarah seni amat penting agar seseorang artis itu akan dapat membentuk identitinya serta stylenya sendiri dalam penghasilan karyanya khasnya seni catan. Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mencari maklumat-maklumat mengenai dengan aliran atau gerakan seni yang dikhaskan dalam setiap kumpulan.Laporan ini adalah laporan bagi tugasan dalam kumpulan,tetapi ia ditulis dan diolah dengan cara penyampaian tersendiri untuk dinilai oleh pensyarah dalam pemarkahan individu

Sekian.

SEJARAH SENI BARAT


ALIRAN DADAISME

NAMA: ALBERT ULANA NO MATRIK: SV 2008- 010 PENSYARAH: CIK SANIAH AHMAD SEMESTER TIGA

You might also like