You are on page 1of 11

1.

PENGENALAN

Imperialisme Inggeris di Malaysia bermula dengan bertapaknya kuasa British di Pulau Pinang ,Singapura dan Melaka antara tahun 1786 dengan tahun 18241.Pada abad ke 19 , dasar-dasar yang diperkenalkan oleh British telah banyak mengubah struktur kependudukan Malaysia .Kependudukan boleh ditakrifkan sebagai segala hal penting mengenai penduduk (sesuatu tempat, daerah, negeri dan sebagainya2.Berdasarkan kajian kependudukan, aspek yang perlu untuk menjelaskannya ialah tempat, masa dan pelaku.Tempat merujuk kepada Malaysia terutama di semenanjung Malaysia ,masa pula meliputi abad 19 dan pelakunya adalah penduduk Malaysia itu sendiri.Aktiviti migrasi adalah punca utama yang bertanggungjawab mengubah keseluruhan wajah kependudukan Malaysia sekaligus memberi kesan yang mendalam terhadap pelbagai aspek kehidupan dalam bermasyarakat .Dasar ekonomi bebas yang telah membawa masuk migrasi dari Cina dan India mennyebabkan berlakunya pertambahan bilangan penduduk di Malaysia . Dasar politik pada ketika ini, berlaku secara tidak langsung seperti dasar pecah dan perintah juga telah mengubah struktur kependudukan Malaysia.Oleh itu,Untuk mengkaji kesan dasar-dasar British ke atas struktur kependudukan,kita akan dapat lihat dalam beberapa aspek. 2. KEMASUKAN IMIGRAN Imigran sebenarnya sudah ada tetapi lebih ketara selepas penjajahan British iaitu setelah penguasaan negeri-negeri Selat .Hal ini disebabkan oleh kepentingan perdagangan yang berkaitan dengan dasar ekonomi British iaitu Dasar ekonomi bebas. Perubahan sistem ekonomi daripada sara diri kepada sistem komersial
1

Abdul Rahman Haji Ismail( penyelenggara) , Malaysia Sejarah Kenegaraan dan Politik , Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka ,2007 , hlm 229 . 2 Kamus Dewan edisi ke 3,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka , 2002,hlm 318.

membawa kepada pembukaan tanah dan ladang serta peningkatan pelombongan bijih timah.Kesan dari wujudnya sistem ekonomi bebas yang berteraskan industri berasaskan buruh menyebabkan keperluan pemodenan prasarana baru yang memerlukan tenaga buruh semakin tinggi. Keperluan tenaga buruh bagi menjayakan perusahaan bijih timah di Malaysia memberi peluang-peluang perniagaan yang banyak di kawasan bandar dan kawasan perlombongan. Peluang untuk menjalankan pertanian seperti di bawah Sistem Kangchu (Johor) juga menggalakkan lagi penghijrahan orang Cina ke Malaysia. Di bawah sistem Kangchu, orang Cina diberi tanah untuk mengerjakan pertanian terutamanya lada hitam.Desakan pemodal- pemodal asing supaya British campurtangan terhadap negeri-negeri Melayu turut menjadikan kegiatan ekonomi ini semakin berkembang dan mengubah struktur kependudukan apabila semakin ramai buruh yang masuk bagi menampung keperluan tenaga kerja pada ketika itu. 3. PERTAMBAHAN PENDUDUK Dengan kewujudan dasar ekonomi ,berlakunya perkembangan kegiatan perdagangan dan perlombongan pada pertengahan abad 19.Untuk aktiviti perlombongan Biji timah British telah membawa masuk buruh dari China ke Malaysia .Bilangan buruh-buruh China yang berhijrah masuk ke Malaysia memang ramai dan sentiasa bertambah dari masa ke masa.Dianggarkan bahawa dalam tahun tahun 1899 tidak kurang daripada 100000 orang dewasa Cina telah tiba di Negerinegeri Melayu Bersekutu sahaja dan tidak termasuk negeri lain3.Kelompok kedua terbesar pula di Malaysia adalah buruh dari India . Orang India melebihi 30 000 orang pada tahun 1870 dan mereka ini diminta untuk bekerja di ladang-ladang .Kesan dari kemasukan migrasi Cina dan India ini ,kapasiti penduduk di Malaysia
3

Azmah Abdul Manaf ,2001, Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia , Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia , 2001 ,hlm 10 .

semakin meningkat .Hal ini telah menambahkan kepadatan penduduk sekaligus mengubah struktur kependudukan di Malaysia . 4. MASYARAKAT MAJMUK Selain itu, kita juga dapat lihat dasar yang diperkenalkan oleh British sehingga membawa masuk migrasi dari luar telah mewujudkan masyarakat majmuk di Malaysia. Menurut J.S.Furnivall, masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai bangsa yang tinggal dalam satu kawasan politik tetapi hidup terpisah kerana mengamalkan cara hidup , adat dan kepercayaan yang berlainan antara satu kaum dengan kaum yang lain 4.Jika kita lihat,sebelum hujung abad ke 17 dan awal abad ke 18, Negeri-Negeri di Malaysia ini , hanya dimonopoli oleh kaum bumiputera sahaja.Mereka hidup sesama sendiri dan menjalankan ekonomi sara diri bagi menampung kehidupan seharian.Namun ini telah berubah setelah British masuk ke Malaysia dan memperkenalkan sistem ekonomi yang baru.Dasar yang diperkenalkan telah mewujudkan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia .Malaysia yang dulunya hanya diduduki oleh kaum bumiputera sahaja terpaksa menerima kaum lain seperti Cina ,India, Sinhale dan orang Eurasia yang masingmasing mengamalkan pelbagai budaya dan adat resam serta agama 5.Hal ini telah menyebabkan struktur kependudukan asal orang Melayu telah berubah sama sekali. Oleh itu, dapat membuktikan bahawa kewujudan masyarakat majmuk ini adalah hasil dari pelaksanaan dasar yang berkehendakkan buruh imigran bagi menjana ekonomi dan membolehkan penjajah mendapat keuntungan ekonomi dengan tidak mengambil kira permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat pribumi. 5. KEPELBAGAIAN BUDAYA
4 5

Mahdi Shuib[ et al.], Sejarah Malaysia , Selangor : Pearson Malaysia Sdn.Bhd , 2006 , hlm 98. Azmah Abdul Manaf , Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia , hlm 17.

Kedatangan imigran telah menyebabkan wujudnya masyarakat majmuk yang hidup secara berkelompok mengikut kaum.Kehadiran orang Cina dan India ke Malaysia mahupun Sabah dan Sarawak adalah bersama-sama adat , agama dan kebudayaan masing-masing.Ketiga-tiga suku kaum ini saling tidak mengasimilasikan budaya antara satu sama lain.Oleh sebab itu , kita dapat lihat wujud pelbagai budaya yang mengikut kepercayaan dan agama masing-masing dan mereka berusaha untuk mengekalkan budaya nya sendiri. Buktinya orang Cina dan India tidak mahu menerima asimilasi kebudayaan melayu. Begitu juga halnya dengan orang Melayu yang enggan kebudayaan mereka dicemari kebudayaan bangsa lain terutamanya dari luar Malaysia sendiri yang tidak seagama. 6 British dalam penguasaannya di Malaysia telah mengamalkan pendekatan pecah perintah7 .Pendekatan yang diperkenalkan oleh British ini mengukuhkan keadaan masyarakat majmuk yang tidak bercampur, dan boleh ditegaskan merekalah yang menjadi asas kepada situasi sedemikian. British menggubal dasar ini berdasarkan andaian umum bahawa orang Cina dan India adalah transient.8 Oleh itu, mereka dibiarkan menjalani kehidupan berdasarkan budaya sendiri. Kepelbagaian budaya di Malaysia boleh dilihat dari aspek bahasa yang dipetuturkan.Setiap kaum bertutur dalam bahasa atau dielek yang berlainan .Orang Melayu iaitu penduduk asli Malaysia mengunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan mereka.Selain itu ,ada juga orang Melayu yang menggunakan bahasa Banjar, bahasa Minang,bahasa Jawa dan bahasa Bugis sebagai bahasa pertuturan pada abad ke 19.Orang Cina pula masih mengunakan bahasa asal mereka iaitu
6

Orang melayu sangat menitikberatkan soal agama dan budaya tradisional semasa era kolonial. Pencampuran bangsa yang disebabkan oleh kolonial inilah yang menyebabkan mereka berpindah ke kawasan yang jauh bagi menunjukkan mereka tidak suka dengan dasar British. Secara asasnya tindakan mereka ini menjadikan mereka jauh ketinggalan dan kesannya berpanjangan sehingga kini. 7 Merujuk keadaan dimana hampir tiada hubungan langsung antara ketiga-tiga kaum tersebut yang terpisah oleh ekonomi, politik dan geografi (tempat tinggal). 8 Pendekatan ini menekankan bahawa migrasi hidup dalam budaya asal masing-masing bukannya berdasarkan kawasan tempat mereka menetap. Bermakna orang Cina dan India hanya meminjam kawasan orang Melayu sebagai penempatan untuk memenuhi keperluan ekonomi.

Kantonis, Hokkien, Hakka,Hailam, dan Teochem.Manakala Orang India menjadikan Bahasa Tamil, Telegu dan Malayali sebagai bahasa perhubungan pada ketika itu.Setiap kaum tidak berinteraksi antara satu sama lain dan ini telah menjarakkan lagi hubungan antara mereka .Dalam aspek agama.secara umumnya di Semenanjung Malaysia , orang Melayu menganuti agama Islam, orang Cina menganuti agama Buddha dan confucianisme,manakala orang India menganuti agama Hindu9. Setiap etnik di Malaysia pada abad ke 19 mempunyai adat dan budaya yang berbeza dan pelbagai.Adat dan budaya ini kekal dan tidak berubah walaupun wujud kepelbagaian budaya di Malaysia. Untuk pengetahuan semua, kepelbagaian budaya yang wujud hasil dari terbentuknya masyarakat majmuk juga turut membawa kepada pembentukan corak ekonomi yang berbeza antara ketigatiga kaum ini sekaligus telah mengubah struktur kependudukan di Malaysia pada abad ke 19. 6. EKONOMI MENGIKUT KAUM Perbezaan dalam kebudayaan juga turut mencorakkan kegiatan ekonomi yang berbeza mengikut kaum. Selepas kedatangan British, sektor ekonomi telah berkembang pesat hasil daripada pengenalan Undang-undang Tanah Baru. Undang ini telah diperkenalkan antara 1879-1889 berasaskan kepada Peraturan Tanah Perak. Dalam undang-undang ini tanah telah diletakkan di bawah empat kategori iaitu tanah pertanian, tanah pajakan Melayu (tanah adat), tanah pembangunan bandar dan kampung, serta tanah perlombongan. Hasil daripada undang-undang inilah wujudnya pemisahan ekonomi mengikut kaum akibat daripada dasar pecah dan perintah. Jurang di antara orang Melayu , Cina dan India bertambah luas kerana British telah menetapkan kegiatan ekonomi masing-masing .Misalnya kita
9

Mahdi Shuib[ et al.], Sejarah Malaysia , hlm 98.

dapat lihat orang Melayu yang dianggap lembap , tidak bercita-cita tinggi dan tidak berkemampuan dibiarkan kekal dalam ekonomi pertanian padi sahaja.Corak kehidupan tradisional orang melayu dan peranan orang Melayu sebagai pengeluar makanan juga dikekalkan.Orang Melayu lebih banyak bersawah , menjadi pekebun kecil dan nelayan serta melakukan kerja-kerja di kampung 10.Boleh dikatakan tidak banyak perubahan yang berlaku dalam pola kependudukan dan pekerjaan orang Melayu dan Juga orang asli bahkan mereka sebenarnya semakin terpinggir.Kedatangan Cina pula bermula di Negeri-Negeri Selat dan datang daripada pelbagai wilayah seperti Kwantong, Fuchien dan Kwangsai. Mereka ini banyak terlibat dalam aktiviti perlombongan kerana banyak lombong dibuka di Larut dan Lembah Kinta. Eropah. Aktiviti ekonomi Tambahan pula, permintaan bijih timah semakin orang Cina adalah, berbeza-beza mengikut bertambah di pasaran dunia akibat dari berlakunya Revolusi Perindustrian di etnik.Contohnya, Hokkein terlibat dalam aktiviti perniagaan, Hakka terlibat dalam aktiviti perlombongan manakala Teochew menjadikan aktiviti bertani dan nelayan11 sebagai aktiviti utama mereka. Pada tahun 1830 an di Seberang Perai terdapat juga aktiviti ekonomi tanaman tebu yang diusahakan oleh orang Cina Teochew.Selain itu, Imigran dari India banyak ditempatkan di kawasan perladangan kerana mempunyai kemahiran yang baik dalam aktiviti tersebut . Dengan pengenalan ekonomi British ini,telah mengubah struktur kependudukan Malaysia sehingga membawa kepada petempatan mengikut kaum. 7. PETEMPATAN MENGIKUT KAUM Kemasukan migrasi dari luar bukan sahaja telah mewujudkan masyarakat majmuk malah kita dapat lihat juga corak petempatan yang mula
10

Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia(1800-1963) , Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd, 2002 , hlm 183. 11 Ibid , hlm 172.

berubah.Terdapat

pembahagian

yang

jelas

antara

kaum

dalam

aspek

kependudukan.Orang Cina dan India merupakan kaum migrasi yang paling ramai berbanding dari tempat lain telah mempunyai satu petempatan yang jelas dan tetap di Malaysia .Fenomena pluralisme ekonomi yang bermaksud pembahagian dan identifikasi pekerjaan mengikut kaum yang berasaskan tanggapan bahawa bangsa tertentu lebih unggul dalam bidang tertentu dalam bangsa lain 12 telah menyebabkan wujudnya petempatan yang berbeza-beza.Kegiatan ekonomi dan petempatan adalah suatu unsur yang sangat berkait rapat antara satu sama lain.Hal ini kerana, dengan wujudnya kawasan ekonomi seperti perladangan dan perlombongan akhirnya membawa kepada kewujudan kawasan petempatan. Boleh dikatakan tidak banyak perubahan yang berlaku dalam pola

kependudukan orang Melayu.Petempatan orang Melayu banyak tertumpu di kawasan-kawasan luar Bandar dan kampung-kampung.Namun, masih ada orang Melayu yang tinggal di kawasan bandar meskipun jumlahnya adalah kecil.Orang cina pula tinggal di kawasan berdekatan lombong-lombong bijih timah yang akhirnya berkembang menjadi Bandar.Maka secara jelasnya,kita dapat lihat bahawa dikawasan-kawasan bandar penduduk majoritinya adalah orang Cina.Ringkasnya,orang Cina tertumpu kepada negeri-negeri pantai barat kerana aktiviti perlombongan bijih timah tertumpu di kawasan tersebut 13.Oleh sebab lombong-lombong banyak terdapat di Larut, Lembah Klang, Sungai Ujong dan Lukut, maka di kawasan itulah penduduk Cina yang paling ramai membuat petempatan.Boleh dikatakan, mereka tinggal di kawasan-kawasan yang berpotensi untuk berkembang maju.Bagi orang India ,pola kependudukan mereka adalah dikawasan-kawasan lading-ladang.Buruh-buruh India ditempatkan di ladang12 13

Azmah Abdul Manaf, Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia , hlm 229. Ibid ,hlm 18 .

ladang tebu Seberang Perai di utara Perak dan ladang Kopi di Selangor.Di Sabah dan Sarawak, jumlah imigran yang sedikit tidak banyak menjejaskn corak dan taburan kependudukannya. Oleh yang demikian Dasar British telah memberi kesan ke atas corak petempatan yang berbeza kerana cara penghijrahan dan pola pendudukan mereka tidak menggalakkan berlakunya percampuran antara kaum pendatang dengan penduduk tempatan . 8. PENDIDIKAN Pertambahan penduduk akibat dari kemasukan migrasi turut mengubah struktur kependudukan Malaysia dalam aspek sistem pendidikan.Selepas kedatangan Inggeris, terutamanya pada pertengahan abad ke-19 , sistem pendidikan di Malaysia telah banyak berlaku perubahan dan lebih bersifat perkauman atau vernakular.Hal ini kerana,British tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan ini membawa kepada perbezaan sukatan pelajaran antara kaum. Masyarakat Melayu tidak mendapat pendidikan akademik yang sempurna seperti mana kaum-kaum lain dan mereka hanya mendapat ilmu kemahiran sahaja.Terdapat empat jenis sekolah di Tanah Melayu iaitu sekolah Melayu, sekolah Cina, sekolah Tamil dan sekolah Inggeris. Di sekolah Melayu , terdapat dua bentuk persekolahan iaitu sekolah berbentuk keagamaan dan sekular. Sekolah berbentuk keagamaan mengajar tentang hal keagamaan dan mengaji manakal Sekolah Melayu yang bersifat sekular pula diperkenalkan oleh Inggeris melalui mubaligh Kristian. Sekolah ini kurang mendapat sambutan daripada orang Melayu kerana mereka takut terpengaruh dengan agama Kristian. Pentadbiran pendidikan di Malaysia waktu ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu "pecah dan perintah " serta dasar terbuka dan tiada campurtangan tentang pendidikan vernakular. Dasar tidak campurtangan Inggeris menyebabkan
8

wujudnya sekolah-sekolah Cina dan Tamil. Di kawasan kependudukan mereka, seperti kawasan lombong-lombong ataupun Bandar , orang Cina diberi kelonggaran oleh pihak British untuk menubuhkan sendiri sekolah rendah dan menengah14.Sekolah Cina Ditubuhkan oleh orang-orang persendirian dan persatuan-persatuan. Sekolah-sekolah ini dikendalikan oleh masyarakat masingmasing tanpa bantuan daripada lnggeris.Tradisi Cina yang mengutamakan pelajaran dan mengekalkan kebudayaan serta identiti bangsa masyarakat Cina mula bergiat menubuhkan sekolah Cina sejak awal abad ke 19. Kurikulumnya berorientasikan negara Cina, dan buku-buku teks serta guru-guru juga dibawa masuk dari sana.Turut menggunakan bahasa pengantar mengikut dielek masingmasing. Tujuannya adalah untuk memastikan pengekalan warisan budaya dan bahasa mereka di tempat asing. Isi kurikulumnya turut menegaskan pengetahuan dalam bidang 3M iaitu membaca, mengira dan menulis. Bagi orang India pula, pada peringkat awal mereka kurang berminat menubuhkan sendiri sekolah rendah Tamil .Usaha penubuhan sekolah rendah Tamil dijalankan oleh pemilik pemilik ladang berbangsa Inggeris sebagai cara memujuk kaum India untuk tinggal lama di kawasan ladang-ladang15.Sekolah Tamil juga turut menggunakan bahasa Tamil,Malayam,Telegu, Punjabi dan India sebagai bahasa pengantar. Kurikulum di sekolah-sekolah Tamil ini disesuaikan mengikut negara India, dan begitu juga kebanyakan guru serta buku -buku teks telah dibawa masuk dari India. Kurikulumnya nya juga turut menegaskan pengetahuan dalam kemahiran asas 3M.Pendidikan di sekolah Tamil juga terhad di peringkat rendah sahaja.Dasar pemerintahan British telah menambahkan lagi jurang pendidikan di antara tiga kaum utama di Malaysia pada abad ke 19 iaitu
14

Sufean Hussin , Pendidikan Di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah , Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka , 1993 , hlm 8. 15 Sufean Hussin , Pendidikan Di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah , hlm 8.

Melayu, Cina,dan India. Akibat dari dasar British tersebut,maka wujudlah sistem pendidikan plural (plural educatin al system) sesuai dengan keadaan struktur masyarakat majmuk turut mengubah struktur kependudukan di Malaysia. 9. KESIMPULAN Kesimpulannya, Perkembangan perusahaan bijih timah telah menyebabkan kemasukan orang Cina dan India secara beramai-ramai di Malaysia. Penghijrahan kaum imigran mewujudkan masyarakat majmuk melalui dasar politik dan ekonomi yang diperkenalkan oleh British pada abad ke 19. kita dapat melihat bahawa ia telah memberi kesan kepada struktur kependudukan Malaysia..Hal Ini telah dilihat melalui aspek-aspek yang telah dibincangkan tadi, khususnya dalam aspek masyarakat majmuk.Kewujudan masyarakat majmuk telah membawa kepada perubahan keadaan sosial yang besar di Malaysia. Ada juga berpendapat, dasar Kolonial British yang mnyebabkan kebudayaan Tanah Melayu beragam, kerana menggalakkan pengekala perbezaan budaya, ekonomi dan politik16.Contohnya, pengekalan identiti kaum masing-masing dan kurangnya pergaulan telah mewujudkan banyak masalah sosial sehingga munculnya kebudayaan, persatuanpersatuan, kongsi-kongsi gelap antara kaum masing-masing. Perpaduan kaum kurang dirasai oleh ketiga-tiga kaum ini,adalah disebabkan masing-masing mengusahakan kegiatan ekonomi yang berlainan. Tambahan pula, dapat dilihat bahawa dasar politik dan ekonomi British lebih jelas telah mengubah struktur kependudukan di semenanjung Malaysia,Negeri-Negeri Selat17 berbanding Sabah dan Sarawak.Oleh yang demikian jelas disini, membuktikan bahawa dasar politik
16

Ada juga berpendapat, dasar Kolonial British yang mnyebabkan kebudayaan Tanah Melayu beragam, kerana menggalakkan pengekalan perbezaan budaya, ekonomi dan politik . 17 Taburan penduduk kaum dan ekonomi menyebabkan ada sarjana yang membahagikan Malaysia kepada Malaya Lama dan Malaya Baru.Malaya lama yang menjadi kediaman orang Melayu seperti Perlis dan Pahang, manakala Malaya Baru yang menjadi tumpuan orang Cina dan India seperti di Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka , Johor dan Singapura

10

dan ekonomi yang diperkenalkan British telah mengubah struktur kependudukan di Malaysia pada abad ke 19.

BIBLIOGRAFI
Abdul Rahman Haji Ismail( penyelenggara).2007.Malaysia Sejarah Kenegaraan dan Politik . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka . Azmah Abdul Manaf .2001. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia. Barbara Watson Andaya dan Leornad Y . Andaya .1983).Sejarah Malaysia edisi Bahasa Malaysia . Kuala Lumpur : Macmillan Publisher ( M ) Sdn . Bhd. Mahdi Shuib[ et al.] .2006 . Sejarah Malaysia ,.Selangor : Pearson Malaysia Sdn.Bhd . Mohd Isa Othman . 2002. Sejarah Malaysia (1880-1963) .Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Sufean Hussin .1993.Pendidikan Di Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Malaysia Sejarah,Sistem dan Falsafah.Kuala

11

You might also like