You are on page 1of 5

ETIKA KETIKA SEMASA MEMANDU TRAKTOR PERTANIAN Aspek keselamatan adalah aspek yang paling dititikberatkan dalam mana

mana kerja atau aktiviti sekalipun. Begitu juga keselamatan semasa berada di ladang. Hal ini kerana semasa berada di ladang kita terdedah dengan pelbagai bahaya. Terdapat beberapa aspek keselamatan yang harus diutamakan: Semasa berada diladang, pakaian haruslah sentiasa kemas dan teratur. Elakkan memakai pakaian yang longgar dan nipis. Pastikan juga di bahagian bawah seluar tiada tali yang berjuntai keluar. Ini kerana untuk mengelakkan tali seluar tersangkut pada jentera semasa sedang melakukan kerja. Semasa melakukan kerja meracun, pastikan juga kita memakai baju yang telah disediakan khas atau apron, goggles yang khas, sarung tangan dan kasut boot. Semasa memandu traktor. Elakkan membawa penumpang bersama semasa memandu traktor. Memandu dalam kelajuan yang paling rendah. Kurangkan kelajuan semasa membelok. Matikan suis utama jika berada dalam kecemasan. Semasa memandu, elakkan berbual dengan kawan-kawan. Duduk di tempat yang disediakan. Sentiasa fokus semasa melakukan kerja.

Pengenalan Kepada Traktor 4 Roda Traktor pertanian telah memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan pengeluaran makanan dunia yang permintaan semakin tinggi. Kuasa dari sebuah traktor merupakan sumber kuasa yang sangat diperlukan untuk pengeluaran bahan makanan, serta menggantikan dengan sepenuhnya tenaga haiwan dan manusia dalam melaksanakan kerja- kerja di lading. Traktor merupakan sejenis jentera yang digerakan oleh enjin dan direka untuk melakukan pelbagai jenis kerja lading melalui penggunaan pelbagai alat implement. Traktor pertanian kini mempunyai ciri- ciri yang memudahkan dan meningkatkan

kecekapan bekerja seperti stereng berkuasa, break kerkuasa, penyangkut 3- penjuru, pelbagai jenis sistem penghantaraan kuasa, aci sadap kuasa (pto), dan lain- lain. 1. Traktor jenis ini boleh digunakan dibanyak lading serta paling biasa digunakan pada masa kini. 2. Rekabentuk dan binaan traktor adalah pelbagai, mengikut jenis tugas yang dijalankan seperti kegunaan dusun, sawah, di bawah struktur dan sebagainya. 3. Traktor ini boleh menjalankan pelbagai kerja di lading seperti membajak tanah, membaja, menyembur racun, merumput, pengangkutan dan sebagainya dengan menyambung dengan implement yang berkaitan di asi (pto). 4. Traktor ini juga dilengkapkan dengan aci ( pto) untuk kegunaan implement yang memerlukan kuasa putaran seperti alat pemotong rumput dan pembajak putar. Traktor New Holland Memahami fungsi dan simbol yang terdapat pada badan jentera yang berfungsi untuk memberikan peringatan dan amaran kepada pemandu dan kepada sesiapa yang ingin mengendalikannya atau membaikinya. Mendengar penerangan dari pegawai bengkel makanisasi yang bertugas mengenai cara-cara pemanduan jentera yang ada di bengkel makanisasi. Pelajar diberikan peluang untuk mencuba memandu jentera yang ada di bengkel makanisasi ditemani pegawai lain yang mempunyai lesen memandu jentera tersebut. Membuat rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat yang selebihnya tentang pengendalian jentera dan kegunaanya.

Fungsi dan simbol di atas Tractor New Holland Berikut merupakan symbol yang terdapat di dalam jentera pertanian beserta dengan penerangan serba sedikit berkaitan symbol tersebut. SIMBOL CATATAN -Position control (raised Position) & Position Control (lowered Position) Digunakan untuk menaikkan implement atau menurunkan implement. -Parking Break Digunakan ketika jentera diberhentikan.

-Meter minyak Simbol aras minyak.

-Signal Signal digunakan ketika membelok.

-Meter kelajuan Menunjukkan aras kelajuan jentera.

-Pacuan empat roda Melambangkan jentera berpacuan empat roda.

REFLEKSI

Amali pada kali ini ialah berkaitan langkah-langkah keselamatan memandu jentera pertanian. Setelah mengenali dan mempelajari beberapa hal berkaitan dengan jentera dalam pertanian kami menjurus pula kepada langkah-langkah keselamatan sewaktu penggunaannya. Untuk amali pada kali ini kami diberi taklimat berkaitan simbol-simbol yang terdapat di dalam sesuatu traktor atau jentera pertanian itu. Dengan ini, pemandu haruslah mematuhi peraturan tertentu bagi

mengelakkan kejadian tidak diingini disebabkan oleh kecuaian pemandu itu sendiri. Selain daripada itu keselamatan jentera juga haruslah dititikberatkan. Seorang pemandu traktor yang baik harus mempunyai sekurang-kurangnya pengetahuan asas bagaimana sesebuah traktor bekerja serta mengetahui fungsi dan kerja-kerja penyelenggaraan peralatan yang digunakan secara tidak langsung dapat mengelakkan kejadian kerosakan, kemalangan dan sebagainya. Aspek keselamatan terhadap orang awam juga perlu diberi perhatian. Antaranya ialah tidak sesekali membenarkan orang awam menumpang di atas traktor yang diperuntukkan untuk seorang pemandu sahaja. Seterusnya jangan membenarkan orang awam menumpang di atas traktor ataupun di atas alat perladangan yang terpasang kepada raktor, terutama yang sedang beroperasi. Setiap pemandu kenderaan yang dinaiki di Malaysia perlulah mempunyai lesen. Ianya juga merupakan perkara yang sama bagi sesiapa yang ingin memandu jentera berat untuk kegunaan ladang. Lesen ini adalah diperlukan bagi setiap sesiapa yang ingin memandu jentera ataupun traktor kerana semasa proses pengambilan lesen pemandunya akan belajar memandu jentera tersebut yang mempunyai sedikit perbezaan dengan kereta. Setiap jentera juga mempunyai kriteria-kriteria yang berbeza dan mempunyai kemampuan-kemampuan yang berlainan jika dibandingkan diantara setiap jentera. Sebahagian traktor mampu untuk menggerakan dua impliment sekaligus. Sebagai contohnya, dibelakang jentera tersebut disambungkan dua impliment, impliment pertama ialah bajak putar berfungsi untuk menggaul tanah dan di belakang bajak putar tersebut disambung dengan implimen pembatas yang bertujuan untuk membuat

batas sejurus tanah tersebut digembur. Apabila dua impliment digerakkan sekaligus, masa membuat kerja dapat disingkatkan. Jentera traktor pertanian mempunyai beberapa isyarat di dalam kotak meter yang berfungsi untuk memberikan isyarat tertentu kepada pemandunya dan mengeluarkan amaran ataupun peringatan kepada pemandunya. Bagi isyarat lampu minyak pula, ianya berfungsi apabila minyak di dalam tangki jentera hampir kering dengan cara menyalakan lampu isyaratnya. Manakala bagi menjaga keselamatan pula perlulah pemandu jentera ini mematuhi setiap undang-undang bagi memandu jentera berat ini. Semasa membelok kenderaan perlulah mengambil ruang yang betul supaya kenderaan tersebut tidak terbabas atau berlakunya kejadian lain yang tidak diingin. Ini kerana kenderaan ini mempunyai roda yang jauh lebih besar berbanding kenderaan lain. KESIMPULAN Kesimpulannya adalah keselamatan memandu jentera pertanian adalah amat penting bagi memastikan tidak ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku seperti kemalangan yang melibatkan kematian dan sebagainya. Selain daripada itu pemandu juga haruslah memikirkan berkaitan keselamatan orang awam di sekeliling. Memang jelas bahawa kemalangan akan berlaku dimana jua tetapi kemalangan dapat dielak jika pemandu mengikuti segala peraturan-peraturan yang dapat memjamin keselamatan pemandu tersebut. Oleh itu, sebagai seorang pemandu jentera pertanian yang berhemah adalah perlu untuk tidak melanggar undang-undang atau peraturan yang melibatkan jentera pertanian. Antara langkah-langkah kerajaan yang melibatkan pemandu jentera pertanian adalah seorang yang ingin memandu jentera haruslah mendapatkan lesen memandu untuk jentera pertanian. Secara keseluruhannya adalah sangat wajar untuk seseorang yang ingin melibatkan diri dalam urusan pertanian terutama urusan jentera pertanian haruslah mematuhi perkara-perkara asas tentang jentera. peraturan-peraturan dan

You might also like