You are on page 1of 19

Kerajaan Andalas yang Dilupakan Thilagavathi Vasudevan Bahagian Sejarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia

11800, Pulau Pinang vthila@usm.my

Pengenalan Pengetahuan mengenai sejarah Minangkabau dan asal-usulnya serta kebangkitannya sebagai sebuah kerajaan Melayu masih merupakan satu misteri. Dalam makalah ini yang bertajuk Kerajaan Andalas yang Dilupakan, argumentasi utama saya ialah kewujudan kerajaan Minangkabau sebagai sebuah kerajaan tertua di Sumatra. Melalui tinjauan ke atas kepustakaan berhubung sejarah Minangkabau, kebanyakan kajian ditumpukan kepada sosiobudaya masyarakat Minangkabau, terutamanya terhadap sistem matrilineal dan kebudayaan serta adat-istiadat Minangkabau (Davis, 1995:274-275) dan amat sedikit kajian dibuat mengenai sejarah pengasasan kerajaan Minangkabau. Perbincangan saya adalah berdasarkan bukti-bukti yang wujud di dalam pelbagai pustaka antaranya teks Sejarah Melayu, penulisan para pengembara abad ke-19, penulisan sarjana Indonesia seperti M.D. Mansoer dan Batoeah Sango, dan juga penulisan-penulisan kontemporari.

Kerajaan Minangkabau : Berdasarkan Kajian Teks Nama Minangkabau atau juga dikenali sebagai Menangkabau, Menankabo, Menangkabwa adalah sebuah kawasan dataran tinggi yang terletak di bahagian tengah Sumatra. Terdapat pelbagai kisah berhubung asal-usul nama Minangkabau. Menurut Van der Tuuk, perkataan Minangkabau adalah penyelewengan dari perkataan Pinang Khaboe yang bermaksud tanah asal-usul atau dalam bahasa Inggeris land of origin atau original home atau tanah air (Joustra, 1923:41). Manakala mengikut etimologi popular, Minangkabau dikatakan berasal dari perkataan menang dan kerbau atau kabau dan membentuk perkataan Kejayaan Kerbau atau Victorious Buffalo. Penulisan J. Kreemer bertajuk The Buffalo: its importance for the peoples of the Indonesian Archipelago menerangkan dengan detail akan kepentingan kerbau sebagai binatang yang memainkan peranan penting dalam sosioekonomi masyarakat Indonesia.*

Mengikut legenda atau kepercayaan masyarakat Minangkabau, bahawa nama Minangkabau ini berasal dari kejayaan seekor anak kerbau menandingi seekor kerbau yang gagah dan besar. Legenda ini bermula dengan pertengkaran antara orang Minang dengan orang Jawa. Kedua-dua orang Jawa dan Minang membuat keputusan untuk tidak berperang kerana akan membawa pertumpahan darah, sebaliknya bersetuju melagakan kerbau masing-masing. Orang Jawa membawa seekor kerbau yang besar, kuat dan garang tetapi orang Minang pula hanya memiliki seekor anak kerbau. Bagaimana orang Minang berjaya? Orang Minang memisahkan anak kerbau dari ibunya dan diikat beberapa hari tanpa diberi susu. Pada hari pertarungan, tanduk kecil anak kerbau ini diikat dengan pisau besi. Apabila pertarungan bermula, anak kerbau Minang lari kearah kerbau besar dengan

harapan mendapat susu tetapi kerbau gagah Jawa yang melihat anak kerbau kecil lalu tidak memperdulikannya kerana bukan saingannya. Tanpa disedari, anak kerbau kecil mula menghirup susu dari puting kerbau Jawa lalu pisau tajam yang menusuk perutnya dan membunuhnya. Orang Minang akhirnya menang dalam pertarungan dan juga pertengakaran diselesaikan. Menurut Dien Rice,

Because of stories such as this, the Minangkabau people are known for their cleverness. The story also symbolizes the strength of the more nurturing system of the Minangkabau culture, represented by the calf looking for its mother's milk, which is able to defeat a more brutish system which on the outside appears strong,represented by thebuffalo http://www.lakemaninjau.com/minang.html, 2.00pm 24 August 2007.

Satu-satunya sumber klasik Melayu yang mengupas asal-usul atau sejarah silam kerajaan Minangkabau adalah teks Sejarah Melayu (Edisi Abdul Rahman Haji Ismail, 1998). Sila lihat petikan berikut: Sebermula dihikayatkan oleh orang empunya hikayat ini, bahawa negeri Palembang itu Palembang yang ada sekarang ini inilah. Dahulu negeri itu terlalu besar, sebuah negeri di Tanah Andalas tiada sepertinya. Setelah Raja Palembang yang bernama Demang Lebar Daun itu menengar khabar Wan Empuk dan Wan Malini mendapat anak raja turun dari ke udara, maka Demang Lebar Daun pun datang ke rumah Wan Empuk dan Wan Malini mendapatkan raja itu. Maka oleh Demang Lebar Daun ketiga anak raja itu dibawanya kembali ke negerinya. Maka masyhurlah pada segala negeri, bahawa anak cucu Iskandar Zulqarnain turun dari Bukit Si Guntang Mahamiru

sekarang ada di negeri Palembang. Maka segala raja-raja daripada segala pihak negeri pun datanglah mengadap raja itu; maka anak raja yang tuha sekali itu dijemput oleh orang Andalas maka dirajakannyalah di Minangkabau, adapun gelar baginda itu di atas kerajaan Sang Sapurba. Kemudian dari itu maka datang orang Tanjung Pura, maka jemputnya anak raja yang tengah itu dirajakannya di Tanjung Pura, gelar baginda di atas kerajaan Sang Maniaka. Yang bungsu tinggal di Palembang, adapun gelar baginda di atas kerajaan Sang Uratama (Abdul Rahman Haji Ismail, 1998:85). Bermula dengan ayat pertama, kita dimaklumkan akan kehebatan kerajaan Palembang sebagai sebuah negeri di Tanah Andalas tiada sepertinya (Ibid). Selanjutnya dikisahkan bahawa Raja Palembang, Demang Lebar Daun telah mendapat berita kehadiran tiga anak raja keturunan Iskandar Zulkarnain yang kini berada di Bukit Si Guntang Mahamiru. Demang Lebar Daun pun membawa ketiga-tiga putera ke negerinya. Dan semua raja-raja dari seluruh Andalas ataupun Sumatra datanglah mengadap raja-raja tersebut. Maka tujuan utama lima ayat pertama adalah untuk menekankan keagungan kerajaan Palembang. Namun demikian, ayat keenam perenggan di atas mengandungi maklumat tersirat dan mempunyai makna yang sangat signifikan untuk disampaikan kepada kita. Menurut Ali Ahmad, pengarang Sejarah Melayu tidak hanya mencatatkan nama-nama dan peristiwa-peristiwa yang dialami oleh kerajaan Melayu tetapi juga menyarankan tujuan yang lebih luas (Ali Ahmad, 1987:57). Apabila kita menganalisis secara kritikal setiap perkataan dalam petikan di atas, kita dapati adanya tujuan luas dalam teks Sejarah Melayu yang menawarkan sumber sejarah yang amat bernilai mengenai asal-usul Minangkabau walaupun maklumatnya terhad.

Ayat keenam membekalkan kita maklumat berkenaan asal-usul dan pengasasan kerajaan terawal di Andalas iaitu Minangkabau. Dengan mengutarakan nama Sang Sapurba, ayat keenam merujuk kepada memori masyarakat Melayu berhubung antikuiti kerajaan Minangkabau. Perenggan di atas bukan hanya bertujuan menerangkan keagungan kerajaan Palembang tetapi juga menekankan kepurbaan kerajaan

Minangkabau menerusi perubahan nama Bichitram kepada Sang Sapurba atau Yang tertua atau terawal [Sang membawa maksud Ketua dan Sa bererti satu manakala purba didefinisikan sebagai awal atau permulaan] (Crawfurd, 1856:253). Tujuan yang luas ini terkandung dalam perubahan nama Bichitram kepada Sang Sapurba. Maka apa yang dapat disimpulkan dari perbincangan di atas adalah Minangkabau adalah kerajaan tertua di Andalas tetapi yang terhebat adalah Palembang.

Catatan terawal mengenai Minangkabau juga terkandung dalam teks sejarah Jawa yang dipanggil Desawarnana atau Nagarakrtagama. Menurut teks ini, Gajah Mada, Perdana Menteri Majapahit pada zaman keagungan empayar tersebut pada kurun ke-14 Masihi bersumpah bahawa beliau tidak akan memakan makanan kegemarannya iaitu palapa hingga beliau menguasai 10 negeri termasuk Minangkabau (Minnatur, 1966:237-239). Dalam teks Desawarnana, nama Minangkabau dieja sebagai

Manangkabau (Josselin, 1956:68).

Kerajaan Andalas Tertua : Minangkabau Mengikut legenda Minangkabau, Perpatih Nan Sebatang dan Datuk

Katumanggungan adalah pengasas Minangkabau (Marsden, 1811:332; Crawfurd,

1856:274). Dalam edisi A. Samad Ahmad, kita dimaklumkan bahawa Sang Sapurba dibawa ke Minangkabau oleh Patih Suatang (A. Samad Ahmad, 1979:21). Manakala nenek-moyang masyarakat Minangkabau dikatakan berasal dari puncak Gunung Merapi, sebuah gunung yang terletak di tengah Minangkabau. Sumber-sumber tempatan Indonesia yang lain pula merujuk Seri Maharaja Diraja sebagai pengasas Minangkabau (Batoeah Sango, 1955:19-20; Ahmad Batuah, 1963:14-16). Menurut Batoeah Sango, Seri Maharaja Diraja, adalah anak kepada Iskandar Dzul-Karnain, adalah anak bungsu dari 99 anak Nabi Adam. Iskandar dikatakan diberi mandat oleh Tuhan untuk memerintah bumi dan diberi gelaran Raja Alam, gelaran tertinggi bagi pemerintah Minangkabau. Gelaran ini juga diaplikasikan dalam Alam Minangkabau. Masyarakat Minangkabau menggelar negeri mereka sebagai Alam Minangkabau atau Menangkabau world. Keluasan empayar Minangkabau digambarkan dalam pepatah Minang (Parr & MacKray, 1910:100, Chadwick, 1994:85-86) seperti berikut: Sa lilit Pulau Percha Sa limbong Tanah Melayu Sa lengkong Alam Minangkabau Dalam karyanya Tambo Alam Minangkabau, Batoeh Sango menghuraikan

bahawa selepas kematian Iskandar, Alam Minangkabau dibahagikan kepada tiga anak lelakinya: Maharaja Depang diamanatkan kerajaan timur iaitu China dan Raja Ali menjadi Raja Turki dan Seri Maharaja Diraja (Raja kepada Segala Raja) pula menjadi raja pertama Minangkabau yang sampai ke Pulau Andalas dan turun di Bukit Si Guntang Mahamiru (Batoeh Sango, 1955:9-19). Kebanyakan tradisi Nusantara merujuk kepada Iskandar Zulkarnain sebagai pembekal benih kepada pengasas yang mengwujudkan kerajaan baru di Nusantara dan konsep tiga raja turun di Bukit juga menjadi kepercayaan

masyarakat Melayu. Konsep tiga ini mewakili unsur keagamaan misalnya tiga ahli sihir dalam tradisi Bible, konsep Trimurti dalam tradisi Hindu dan tiga Raja Melayu yang turun di Bukit Si Guntang.

Walaupun riwayat Minangkabau masih belum mendapat perhatian serius daripada sarjana tempatan, ia mendapat perhatian yang istimewa dalam pengkisahan para pengembara Barat, dan dalam sejarah orang Melayu di seluruh Nusantara. William Marsden dalam History of Sumatra menyatakan, with [Mengkabaus] annals, either ancient or modern, we are little acquainted, and the existence of any historical records in the country has generally been doubted. in understanding the history of Menangkabau, scholars have been faced with little information, thus, were put at a disadvantage position in the study of this great Malay empire (Marsden, 1811:332). Daripada petikan di atas, Marsden menggelar Minangkabau sebagai great Malay empire dan beliau sedar akan kewujudan kerajaan silam ini dan kepentingannya untuk dikaji. Namun begitu, beliau tidak sedar bahawa terdapat banyak maklumat dapat

diperolehi dari tambo dan kaba iaitu historiografi tradisional Minangkabau. Marsden juga menyatakan bahawa keluarga diraja Minangkabau disembah dan dihormati oleh masyarakat Melayu kawasan perairan Sumatra dan populasi Batak di pedalaman (Marsden, 1811:336-337); Joustra, 1923:44). Sumber Belanda yang dirujuk oleh Drakard memberi kita pemahaman bahawa masyarakat Batak menyembah pemerintah Minangkabau dan mengikut legenda, membayar ufti kepada pemerintah Minangkabau (Drakard, 1990:6).

Catatan para pengembara Barat abad ke-19 turut mengakui Minangkabau sebagai original country of the Malays. Antara pengembara yang terkenal ini ialah John Crawfurd (1820), J. H. Moor (1837), H. Malcom (1848), St. John (1853) dan A. S. Bickmore (1868). Sumbangan mereka sangat penting kerana ianya merakamkan keagungan dan juga sebagai negeri tertua. (Crawfurd, Vol. II 1820:370; Moor, 1837:102; Malcom, 1848:115; St. John 1853:35-40; Bickmore, 1868:469). Dalam tulisannya Moor menyatakan, the sovereignty of Menangkabau was acknowledged over the whole of Sumatra, that the rulers influence extended to many of the neighboring islands, and that the respect paid by all ranks to its princes amount by veneration (Moor, 1837:102). Daripada perbincangan di atas dapat disimpulkan bahawa Minangkabau pada satu ketika dahulu memiliki tamadun dan kekuasaan politik yang agung berbanding dengan kawasan lain di Nusantara, dan ketua serta pemerintah negeri Melayu yang lain berasa bangga untuk mengakui bahawa mereka berasal dari Minangkabau. Crawfurd, sarjana dan pegawai British pada abad ke-19 menyatakan:

Some of the states of the interior even call themselves men of Menangkabo, their chiefs receiving an investiture from that place. There is but one country eminently favourable to the development of an early civilization, in which we find the Malay nation planted Menangkabo, soften referred to in Malay story (Crawfurd, 1856:251-252). Menurut Crawfurd lagi, masyarakat Melayu yang bertamadun dari Semenanjung mendakwa bahawa mereka berasal dari Sumatra iaitu dari Minangkabau negeri tertua di Sumatra. Tambah Crawfurd, ini adalah disebabkan oleh kesuburan tanah dan sumber air yang banyak sehingga menyebabkan peningkatan populasi dan kuasa politik di

Minangkabau. Perkembangan ini telah membawa kepada kemajuan Minangkabau menandingi negeri-negeri agrarian dan maritim lain yang wujud pada awal abad ke4 dan ke-5 (Crawfurd, 1856:274). Justeru, sebelum era talasokrasi kerajaan Srivijaya, besar kemungkinan Minangkabau telah meluaskan pengaruhnya ke seluruh Sumatra dan termasuk juga negeri-negeri Melayu di Semenanjung. Menurut Maxwell, dengan peluasanakuasa sosioekonomi, Minangkabau berupaya menjadi the leading and most enterprising naval people of the Archipelago. They planted settlements of their own, or formed quarters on almost every island and on every navigable river (Maxwell, 1881:87; Mansoer, et al. 1970:30-45) as one of the main Minangkabau culture is and was merantau or journey into making temporary or permanent residence abroad.

Terdapat beberapa sarjana Indonesia yang cuba mengaitkan siddhayatra1 dalam Batu Bersurat Kedukan Bukit bertarikh 683 Masihi dengan pengalaman merantau orang Minangkabau. Mengikut catatan Kedukan Bukit, seorang raja bernama Dapunta Hiyang telah memulakan ekspedisi dalam usaha mencapai siddhayatra atau perjalanan yang berjaya. Raja telah meninggalkan Minana Tamwan2 dengan 20 000 orang dan selepas satu ekspedisi yang berjaya, mengasaskan negeri Srivijaya (Boechari 1978:26; Schnitger 1964:8; Coedes 1964:27). Manalap siddhayatra adalah satu perkataan Sanskrit yang membawa maksud pencapaian satu ekspedisi yang berjaya dan menurut Boechari, pandangan Stutterheim berkenaan manalap siddhayatra adalah paling sesuai iaitu penghijrahan berjaya (Boechari, 1978: 26-32). Manakala perkataan Dapunta hiyang dalam inskripsi Kedukan Bukit selalunya diterjemahkan sebagai Raja atau Yang
1

Manalap siddhayatra adalah satu perkataan Sanskrit yang membawa maksud mencapai satu ekspedisi yang berjaya atau kejayaan perjalanan ke sesuatu tempat khas atau istimewa yang signifikan.
2

Dipertuan dan mengikut H.B. Sarkar adalah tidak tepat. Beliau menyatakan bahawa perkataan hiyang adalah hampir sama dengan hyang (dewa-dewi) dan kaitannya dengan dapunta mengesahkan bahawa dapunta hiyang merujuk kepada dunia semangat (world of spirits). Maka menurut Sarkar, dapunta hiyang didefinisikan sebagai tokoh spiritual yang dihubungkaitkan dengan dunia nenek-moyang. Hyang and Sang Hyang bukan sahaja menyatakan diviniti tetapi juga menunjukkan kuasa supernatural manusia

luarbiasa yang dimiliki oleh pelbagai makhluk, tempat dan benda. Dapunta hiyang boleh diterjemahkan sebagai semangat, spiritual, suci dan sacral. Sarkar menegaskan bahawa tiada bukti untuk menunjukkan ketua ekspedisi dari Minana Tamwan iaitu Dapunta Hiyang adalah seorang raja dan perjalanannya bersifat militari (Sarkar 1985:334). Kemungkinan juga Dapunta Hyang merupakan gelaran yang diberi kepada Raja Minangkabau, kerana di kebanyakan daerah di Asia Tenggara, wujud suatu kepantangan untuk menyebut nama orang yang berkedudukan tinggi yang dianggap mempunyai kelebihan tertentu (Richadiana, 1993: 17). Kita juga harus memahami bahawa yatra merujuk kepada perjalanan yang aman dan bersifat spiritual. Maka penerangan Sarkar adalah lebih tepat menggambarkan perjalanan Dapunta Hiyang yang aman.

Namun perkataan Minana Tamwan telah mewujudkan perdebatan dan juga membawa kepada kemunculan beberapa interprestasi yang menarik. Para sarjana masih menperdebatkan sama ada ekspedisi tersebut adalah bersifat militari atau suatu migrasi secara besar-besaran. Idea bahawa inskripsi Kedukan Bukit merakamkan kejayaan ekspedisi dari Minana Tamwan yang berakhir dengan pengasasan Srivijaya selepas penawanan Malayu dilaporkan oleh Poerbatjaraka. Beliau mengidentifikasikan Minana

Tamwan dengan Minangkabau yang berasal dari perkataan Menangkabwa (Mansoer, 1970:46). Pada pandangan saya, toponim Minana Tamwan (Menanga Tambaga dalam Schnitger) kemungkinan besar merujuk kepada Minangkabau berdasarkan kepada kejayaan kerajaan Minangkabau sebagai sebuah pusat agrarian yang terkemuka pada masa itu. Kejayaan in membawa kepada ekspedisi atau migrasi salah seorang ketuanya dan ekspedisi besar-besaran yang berjaya ini membawa kepada pembinaan sebuah Bandar bernama Srivijaya atau Kejayaan Agung. Bukti lanjut yang merujuk kepada kelebihan dan kehebatan Minangkabau dirakamkan oleh Dobbin dengan kata-kata berikut: it is the Minangkabau Malays, who have become famous throughout the Indonesian world for their agricultural skills, for their commercial adaptability, and for their general willingness to seize new oppurtunities and adapt to new mental horizons, whether introduced from India, from the Middle East or from Europe and at the same time they possess the capacity to preserve their own cultural identity (Dobbin, 1983:1). Ini adalah karektorkarektor asas kebudayaan Austronesian yang diamalkan oleh masyarakat Minangkabau (Dobbin:1983:7) Kajian yang dijalankan oleh sarjana abad ke-20 juga turut memberi pandangan yang sama iaitu Minangkabau adalah kerajaan tertua di Sumatra. Christine Dobbin, menganggap Minangkabau sebagai home of Malay civilization, this civilization having outstripped that of the other societies of Sumatra (Dobbin, 1983:7). Beberapa negeri bertamadun Melayu yang lain seperti di Borneo dan di Semenanjung (Negeri Sembilan) berbangga untuk menyatakan bahawa asal-usul mereka adalah dari Minangkabau, yang merupakan kerajaan tertua Sumatra. Pemerintah negeri-negeri Melayu ini mendakwa bahawa mereka berketurunan dari Minangkabau (Moor, 1837:102; Sweeney, 1968:11; Josselin, 1975:279; Pehin, 1990:37-45). Pehin misalnya menyatakan bahawa mengikut

tradisi lisan, Raja-raja Brunei adalah dari keturunan Raja Geroyong, asalnya dari Pagarruyung, Minangkabau (Pehin, 1990:37). Kebanyakan penulisan pengembara Barat abad ke-19 bersama penulisan sarjana abad ke-20 bersetuju bahawa asal-usul orang Melayu Semenanjung adalah dari sebuah negeri purba di Sumatra iaitu Minangkabau.

Kajian mengenai sejarah silam Minangkabau juga boleh diperolehi dalam penulisan sarjana Indonesia seperti Batoeah Sango, Tambo Alam Minangkabau dan M.D. Mansoer, Sedjarah Minangkabau, yang menghuraikan asal-usul kerajaan Minangkabau sejak awal abad Masihi. Begitu banyak catatan silam dan moden mengenai keagungan dan kepurbaan kerajaan Minangkabau tetapi mengapakah kebanyakan sarjana Eropah dan tempatan mengabaikan sejarah silam Minangkabau, manakala Srivijaya di Sumatra dan Melaka menerima perhatian yang lebih. Tetapi penulisan beberapa sarjana Barat seperti Josselin (1951), Wolters (1967) dan Graves (1971) mendakwa bahawa sejarah Minangkabau hanya bermula setelah kejatuhan Srivijaya pada abad ke-12 atau 13.. Josselin de Jong, misalnya, menyatakan bahawa abad ke-14 adalah titk-tolak permulaan kerajaan Minangkabau dan kerajaan tertua Sumatra adalah Srivijaya.. Para pengkaji Barat ini membekalkan fakta yang terhad tanpa penjelasan lanjut berhubung genesis kerajaan Minangkabau.

Walaupun selepas kejatuhan Kuasa Maritim Srivijaya selepas kurun ke-14 Masihi, Kerajaan Minangkabau yang terletak di kawasan pedalaman terus wujud sebagai sebuah kerajaan yang kuat. Kemerosotan kuasa talasokrasi Srivijaya menyebabkan

Kerajaan Malayu-Jambi secara beransur-ansur memindahkan pusatnya ke pedalaman, iaitu di Minangkabau (Coedes, 1968: 232). Ini jelas menunjukkan yang semasa kebangkitan kuasa Maritim Srivijaya, kemungkinan Kerajaan Minangkabau yang terletak di hulu sungai telah berfungsi sebagai sebuah petempatan yang menyokong kedudukan Srivijaya-Palembang dan Malayu-Jambi. Pada penghujung kurun ke-14, Raja Adityavarman, yang menerima gelaran Maharajadhiraja Adityavarman Pratapaparakrama Rajendramaulivarmadeva memerintah Kerajaan Minangkabau (Nilakantha, 1940: 20). Kewujudan Kerajaan Minangkabau yang berterusan dari zaman Srivijaya, Majapahit, dan setersnya zaman moden awal menunjukkan yang kerajaan tersebut mempunyai suatu asas yang membolehnya terus berdiri kukuh. Walaupun kadangkala dibayangi oleh empayarempayar yang berbeza, tetapi peranan Kerajaan Minangkabau sebagai pusat tamadun, dan kebudayaan Melayu terus gah.

Kesimpulan Daripada perbincangan di atas, kita dapati bahawa kedudukan Minangkabau telah memainkan peranan penting dalam sejarah orang Melayu di Nusantara. Minangkabau dicerminkan sebagai negeri bertamadun yang telah mentamadunkan negeri-negeri Melayu lain dengan meminjam nilai-nilai tamadunnya dari segi bahasa, budaya, kepimpinan (matrilineal), harta pusaka dan sebagainya. Namun kajian mengenai pusat atau institusi politik di Sumatera sentiasa ditumpukan kepada pusat-pusat perdagangan seperti Srivijaya, dan Melaka. Penyelidikan sejarah ke atas pusat tamadun awal Andalas adalah sangat kurang. Asal-usul dan kebangkitan Minangkabau masih merupakan satu

misteri dan jawapan kepada persoalan-persoalan ini memerlukan kajian yang lebih mendalam dari para sarjana arkeologi dan sejarah Nusantara. Teks Desawarnana tulisan Prapanca, teks Sejarah Melayu, tambo, kaba dan lain-lain tulisan Barat beserta sumber arkeologi membekalkan informasi-informasi yang amat bernilai mengenai Minangkabau sebagai satu tamadun dan kerajaan tertua di Andalas. Ringkasnya, Minangkabau masih menantikan satu penyelidikan serius untuk mendedahkan khazanah sejarahnya yang amat bernilai. Sehingga itu, Minangkabau seperti disebut oleh Schnitger, kekal sebagai The Forgotten Kingdom of Sumatra. Persoalan kepada asal-usul dan sejarah Minangkabau memerlukan perhatian dan layanan yang lebih serius dari arkeologis dan sejarawan dan penelitian sejarahnya pada masa akan datang mungkin membekalkan kita jawapan yang lebih meyakinkan dan memberangsangkan.

Bibliografi A. Samad Ahmad, 1979, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Abdul Rahman Haji Ismail, (pnygl.), 1998, Sejarah Melayu (The Malay Annals): MS. Raffles No.18 Edisi Rumi Baru, The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, Kuala Lumpur. Batuah, A., & Madjoindo, A., 1963, Tambo Minangkabau, Dinas Penerbitan Balai Pustaka, Jakarta. Bellwood, P., 1995, The Austronesian: historical and comparative perspectives, Australian National University, Canberra. Bickmore, A.S., 1868, Travels In The East Indian Archipelago , John Murray, Albemarle Street, London. Boechari, 1979, An Old Malay Inscription Of Srivijaya At Palas Pasemah (South Lampung), in Satyawati Suleiman et al, ed., Pra Seminar Penelitian Sriwijaya, Proyek Penelitian dan Penggalian Purbakala, Jakarta. Bottoms, J.C., 1965, Some Malay historical sources in Soedjatmoko, et al., ed., An introduction to Indonesian historiography, Cornell University Press, Ithaca. Brown, C.C., ed., 1952, The Sejarah Melayu or Malay Annals, A translation of Raffles MS 18 (in the Library of the Royal Asiatic Society, London) with commentary, Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society 25:7-276. Coedes, G., 1964, A Possible Interpretation Of The Inscription At Kedukan Bukit (Palembang), in John Bastin and R.Roolvink, ed., Malaya and Indonesian Studies Essays presented to Sir Richard Winstedt on his eighty-fifth birthday, Clarendon Press, Oxford. Coedes, G., 1968, The Indianized States of Southeast Asia, University of Malaya Press, Kuala Lumpur. Crawfurd, J., 1820, History Of The Indian Archipelago, Containing An Account Of The Manners, Arts, Languages, Religions, Institutions, And Commerce Of Its Inhabitants , Vol. I, II & III, Archibald Constable And Co. Edinburgh, London. _________., 1856, A Descriptive Dictionary Of The Indian Islands & Adjacent Countries , Oxford University Press, Kuala Lumpur.

Dobbin, 1983, Islamic revivalism in a changing peasant economy: central Sumatra, 1784-1847, Curzon, London. Donaldson, T.L., 1985, Jesus On The Mountain: A Study in Matthean Theology, JSOT Press, Sheffield. Drakard, J., 1986, Ideological Adaptation on a Malay Frontier, Journal of Southeast Asian Studies 17:39-57. _________, 1990, A Malay Frontier: Unity And Duality In A Sumatran Kingdom , Cornell University, Nee York. Embree, A.T., ed., 1988, Encyclopedia Of Asian History, Charles Scribner, New York. Graves, E.E., 1971, The Ever Victorious Buffalo: How The Minangkabau of Indonesia Solved Their Colonial Question, University of Wisconsin, [Ph.D thesis]. Hervey, D.F.A., 1887, The Negeri Sembilan: Their Origin And Constitution, Journal of the Straits Branch of the Royal Asiatic Society No.19 35-53. Hirth, F., & Rockhill, W.W., trans., 1911, Chau Ju-Kua: His Work on the Chinese and Arab Trade in the twelfth and thirteenth Centuries, entitled Chu-fan-chi, Printing Office of the Imperial Academy of Sciences, St. Petersburg. Hughes, T.P., 1935, A Dictionary Of Islam, W.H.Allen, London. John, St. H., 1853, The Indian Archipelago: Its History And Present State , Longman, Brown, Green and Longmans, London. Josselin de Jong, P.E. de, 1951, Minangkabau and Negeri Sembilan, Socio-political structure in Indonesia, Leiden. ______________________, 1975, The Dynastic Myth Of Negeri Sembilan (Malaya), Bijdragen tot de Taal-, Land- en Volkenkunde 131: 277-305. Joustra, M., 1923, Minangkabau: Overzicht Van Land, Geschiedenis En Volk, SGravenhage Martinus Nijhoff. Krom, N.J., 1941, De Naam Sumatra, Bijdragen tot de Taal, Land- en Volkenkunde 100:5-25. Malcom, H., 1848, Travels In South-Eastern Asia Embracing Hindustan, Malaya, Siam And China With Notices Of Numerous Missionary Stations, And A Full Account Of The Burman Empire, Two volumes in One, George Routledge, London. Mansoer, M.D., et al., 1970, Sedjarah Minangkabau, Bhratara, Jakarta.

Marsden, W., 1811, The History Of Sumatra, Containing An Account Of The Government, Laws, Customs, And Manners of the Native Inhabitants, With A Description Of The Natural Productions, And A Relation Of The Ancient Political State Of That Island, Longman, Hurst, Rees, Orme and Brown, Paternoster-Row, 3rd edition. Miksic, J.N., 1985, Archaelogical Research on the Forbidden Hill of Singapore: Excavations at Fort Canning, 1984, National Museum Singapore, Singapore. __________., 1987, From Seri Vijaya To Melaka, Batu Tagak In Historical And Cultural Context, Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society 60:1-42. Minnatur, J., 1965, Malaya: Whats In The Name?, Revue du sud-est asiatique, 4:159168. _________., 1968, Dravidian Elements In Malay Culture, Revue du sud-est asiatique et de lExtreme Orient, 1:99-105. Mohd. Jamil Al-Sufri, Pehin, 1991, Tarsilah Brunei: Sejarah Awal dan Perkembangan Islam, Jabatan Pusat Sejarah, Bandar Seri Begawan. Moor, J.H., 1837, Notices Of The Indian Archipelago, And Adjacent Countries, Frank Cass & Co., Singapore. Nilakanta Sastri, K.A., 1936, Agastya, Tijdschrift Voor Indische Taal-, Land- En Volkenkunde 76: 471-545. _________________.,1949, History of Srivijaya, University of Madras, Madras. _________________., 1940, Srivijaya, Bulletin LEcole Franais dExtrme Oriente, tome XL 239-313. Ollenburger, B.C., 1987, Zion, The City of the great king: a theological symbol of the Jerusalem cult, JSOT Press, Sheffield Parr, C.W.C. and Mackray, W.H., 1910, Rembau, One Of The Nine States, Its History, Constitution and Customs, Journal of the Straits Branch of the Royal Asiatic Society No. 56 1-57. Richadiana Kartakusuma, 1993, Dapunta Hiyam Sri Jayanasa: Kajian Atas MaknaPrasasti Telaga Batu, AMERTA, Pusat Penelitian Arkeologi Nasional, No. 13 1732.

Ricklefs, M.C., 1993, A History of Modern Indonesian since c. 1300 , The MacMillan Press, London. Sango, Batoeah., 1955, Tambo Alam Minangkabau, Percetakan Limbago, Pajakumbuh. Sarkar, H.B., 1985, The Kings Of Sri Sailam And The Foundation Of The Sailendra Dynasty Of Indonesia, Bijdragen tot de Taal-, Land- en Volkenkunde 141: 323-337. Sartono, S., 1979, Pusat-Pusat Kerajaan SriWijaya Berdasarkan Interpretasi Paleogeografi, in Satyawati Suleiman et al, ed., Pra Seminar Penelitian Sriwijaya, Proyek Penelitian dan Penggalian Purbakala, Jakarta. Satyawati Suleiman, 1977, The Archaeology and History of West Sumatra, Bulletin of the Research Centre of Archaeology of Indonesia, No. 12 1-1-20. Schnitger, F.M., 1964, Forgotten Kingdoms in Sumatra, Leiden. Shellabear, W.G., 1967, Sejarah Melayu, Oxford University Press, Kuala Lumpur. Singam, S.D.R., 1962, Malayan Place Names, Malaya Publishing House, Kuala Lumpur. Sweeney, A., 1968, Silsilah Raja-Raja Berunai, Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society 41:1-82. __________., 1980, Authors And Audiences In Traditional Malay Literature, University of California, Berkeley. Taylor, V., 1945, The Formation Of The Gospel Tradition, MacMillan, London. Teuku Iskandar, 1966, Shair Ken Tambuhan, Oxford University Press, Kuala Lumpur. The New Encyclopedia Britannica, The University of Chicago, 1990. Wake, C.H., 1983, Melaka in the Fifteenth Century: Malay Historical Traditions and the Politics of Islamization, in K.S.Sandhu & P. Wheatley, ed., Melaka: The Transformation Of A Malay Capital c. 1400-1980, Oxford University Press, Kuala Lumpur. Walker, 1968, Hindu World: An Encyclopedic Survey Of Hinduism, George Allen & Unwin, London. Wheatley, P., 1966., The Golden Khersonese: Studies In The Historical Geography Of The Malay Peninsula Before A.D. 1500, University of Malaya Press, Kuala Lumpur.

Winstedt,R.O., 1938, The Malay Annals or Sejarah Melayu: The Earliest Recension from MS 18 of the Raffles Collection in the Library of the Royal Asiatic Society, London, in Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society 16: 1-226. ____________, 1940, Alexander The Great And The Mount Meru And Chula Legends, Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society 28: 153. Wolters, O.W., 1967, Early Indonesian Commerce: A Study of the origins of Srivijaya , Cornell University Press, New York. ___________., 1970, The Fall of Srivijaya in Malay History , Cornell University Press, New York.

You might also like