You are on page 1of 24

SENI MODEN

DISEDIAKAN OLEH ZAKIAH BINTI A. ZAHRIN 5 PISMP PSV

Pengenalan
Secara umumnya, terdapat 3 faktor penting yang mempengaruhi perkembangan awal seni lukis moden Malaysia.
Penjajahan Inggeris Status pendidikan

Penghijrahan

Tidak seperti seni moden barat yang berkembang menerusi tradisi seni arca, fresco, dan catan yang hebat dan panjang, seni lukis moden malaysia lahir menerusi eksplorasi untuk mencari pendekatan baru dalam menggambarkan alam sejagat. Susur galur seni lukis moden malaysia boleh dilihat daripada era pramerdeka hingga pascamerdeka.
3

Rentetan Peristiwa Seni Moden Malaysia


Wednesday Art Group (1952) The New Scene Artists (1970) Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971)

Angkatan Pelukis Semenanjung (1956)

Seni Lukis avantgarde (1960)

Kumpulan Anak Alam (1974)

Thursday Art Group (1957)

Pembukaan BLSN (1958)

Persatuan Pelukis Malaysia (1981)


4

Tokoh tokoh seni moden

Abdul Latiff Mohidin

Dzulkifli Buyong

Redza Piyadasa

Chuah Thean Teng

Ibrahim Hussein

Amron Omar

Contoh contoh karya

Tajuk: Pago-Pago Tahun: 1964 Pengkarya: Latiff Mohidin Media: Cat minyak Lukisan ini mewujudkan kesedaran bahawa betapa pentingnya abstrak yang mencerminkan pengertian terhadap alam setempat. menjaga dan menghargai alam sekitar

Tajuk: Semangat Ledang Tahun: 1999 Pengkarya: Syed Ahmad Jamal Media: Akrilik Karya ini merupakan aspirasi pelukis berasaskan siri Gunung Ledang yang menjadi simbol dan lagenda negara dari aspek alam semulajadi dan alam sekitar. Karya ini turut menyentuh tentang zaman pemerintahan Negeri Melaka yang masyhur dengan watak hang Tuah, Puteri Gunung Ledang, dan Tun Mamat.

Tajuk: Musim Buah Tahun: 1968 Pengkarya: Chuah Thean Teng Media: Lilin & pewarna batik Musim buah merupakan situasi yang sinonim dengan negara kita yang mewah dengan buahbuahan tempatan. Subjek wanita dan kanak-kanak, atau ibu dan anak tampak begitu mesra berkongsikan buah rambutan. Ini merupakan gambaran tentang perlunya kasih sayang diwujudkan samada sesama insan mahupun kepada alam sekeliling.

Tajuk: Menjemur Kain Tahun: 1961 Pengkarya: Patrick Ng Kah Onn Media: Goauche atas kertas
Penggunaan imej yang menyerupai rupa iaitu imej yang tidak mempunyai bentuk lengkap dapat dilihat dari catan ini.

Tajuk: Kelambu Tahun: 1964 Pengkarya: Dzulkifli Buyong Media: Pastel


Karya ini menggambarkan lima imej gambar wanita dan juga imej kelambu yang menjadi tajuk kepada karya ini. Setiap gambar yang ditampilkan di dalam karyanya membawa watak yang tersendiri. Seorang perempuan tua yang berbaju hijau dan bersanggul memainkan watak sebagai seorang ibu. Manakala empat gambar didalam karya tersebut membawa watak sebagai anak gadis. Kesemua gambar didalam karya tersebut adalah sebuah keluarga.

Tajuk: Murid Sekolah Pengkarya: Dzulkifli Buyong Media: Pastel


Pengkarya mengetengahkan tema zaman kanak-kanak dalam karyanya. Ia menggambarkan kenakalan dan sifat kanak-kanak yang suka bermain.

Tajuk: Fabric in Red, Blue, and Green Pengkarya: Syed Syaharuddin Media: Lilin & pewarna batik
Menggunakan teknik batik, imej yang dipaparkan oleh pengkarya masih baru dan berbeza. Terdapat imej pucuk rebung yang cuba diketengahkan oleh pengkarya.

Tajuk: Vietnam II Tahun: 1980 Pengkarya: Nirmala Shanmughalingam Media: Akrilik atas kanvas Tema kemanusiaan sejagat menjadi subjek penting dalam kajian Nirmala. Imej-imej yang dipaparkan ialah dari rupa yang menggambarkan penderitaan dan kesengsaraan.

Tajuk: Catching The Fowls Tahun: 1962 Pengkarya: Chuah Thean Teng Media: Lilin dan pewarna batik Karya catan ini menggunakan teknik batik. Pelukis memaparkan imej dari konsep rupa masih jelas kelihatan. Pelukis berjaya menampilkan rupa kepada bentuk hanya melalui kawalan teknik titik yang terdapat pada bentuk yang ingin ditonjolkan. Contohnya figura manusia.

Tajuk: Di Dalam Ruang Rumah Tahun: 1974 Pengkarya: Zulkifli Dahalan Media: Cat minyak atas kanvas

Tajuk: Palm Pengkarya: Tay Mo Leong Media: Lilin dan pewarna batik Karya catan ini menggunakan teknik batik. Catan beliau merupakan contoh karya seni visual yang boleh dikenal pasti mengandungi unsur-unsur garisan. Pelukis menggunakan sumber rujukan dari alam semulajadi.

Tajuk: Bersilat III Pengkarya: Amron Omar Media: Cat minyak Imej lelaki di dalam karya ini di biarkan tidak berbaju bertujuan untuk menunjukkan tubuh lelaki yang sasa sebagai lambang kekuatan bangsa Melayu. Otot otot yang sasa melambangkan kejantanan dan kegagahan seorang lelaki sebagai wira. Palitan warna-warna coklat kekuningan seperti warna senja ataupun warna alam dari cat minyak begitu menarik dan sesuai dengan tema yang di bawa iaitu kesenian silat melayu

Tajuk: Potret Diri Tahun: 1982 Pengkarya: Amron Omar Media: Cat minyak Potret Amron ini satu drama diri yang handal, sebuah penegasan identiti Melayu yang sifat lemah lembutnya langsung tidak tertutup oleh cara agresif dia duduk di atas kerusi malas rotan. Potret ini dirakam dari atas, nampak dahi, tulang hidung, satu mata, dan sedikit mulut

Tajuk: Ayahku dan Angkasawan Tahun: 1970 Pengkarya: Ibrahim Hussein Media: Akrilik

Tajuk: The Haji Family Tahun: 1990 Pengkarya: Redza Piyadasa Media: Silk screen

Rujukan
Muliyadi Mahamood, 2007. Modern Malaysian Art. Selangor: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Syed Ahmad Jamal, 1992. Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Susurmasa: 1958-2008. Balai Seni Lukis Nagara.

Sekian.. Terima kasih..

You might also like