You are on page 1of 17

1.

0 Pernyataan Permasalahan Kajian Berdasarkan Tema


Satu pameran seni visual akan diadakan di luar negara oleh Kementerian Pelancongan, Seni
dan Budaya Malaysia dengan tujuan untuk mempromosikan budaya Malaysia yang pelbagai
corak dan unik. Untuk persediaan pameran seni visual ini, pengkaji akan menghasilkan sebuah
karya catan yang bertemakan Kebudayaan Tradisional Malaysia.

1.1 Definisi
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan ‘kebudayaan’ merujuk kepada sesuatu
tamadun atau peradaban. Perkataan ‘tradisional’ pula bermaksud sesuatu cara hidup yang

diamalkan secara turun-temurun.

1.2 Sejarah

Kebudayaan tradisional di Malaysia adalah unik kerana ia kaya dengan pelbagai corak.
Hal ini telah mengharumkan nama negara kita dengan penerimaan gelaran ‘Malaysia Truly
Asia’. Kebudayaan tradisional di negara kita dapat dilihat pada tiga kaum utama iaitu
Melayu, Cina dan India. Sementara itu, rakyat kita yang tinggal di Sabah dan Sarawak juga
mewariskan budaya tradisional mereka yang unik dan menyumbang kepada kepelbagaian
corak budaya tradisional di negara kita. Misalnya, kebudayaan tradisional ini dapat dihayati
dari pelbagai segi seperti muzik tradisional, pakaian tradisional, masakan, tarian tradisional
dan lain-lain.

1.3 Tema
Terdapat tiga tema yang disediakan untuk dipilih iaitu tema permainan, tarian dan
persembahan tradisional.

Di negara kita terdapat pelbagai budaya tradisional yang dapat dikategorikan dalam tema
permainan. Sebagai contoh, congkak, tingting, lompat getah, batu seremban, main guli dan
sebagainya.

Untuk tema tarian pula, contohnya ialah tarian Zapin, tarian Kuda Kepang, tarian Sumazau,
tarian kipas, tarian Bharata Natyam, tarian Mak Yong dan sebagainya.

1
Terdapat banyak budaya tradisional yang dapat dikategorikan dalam tema persembahan
tradisional. Sebagai contoh, opera tradisional, alat muzik tradisional , Silat, wushu,
pameran pakaian tradisional, 24 Festival drums dan sebagainya.

2.0 Penentuan Konsep, Subjek dan Kandungan

2.1 Konsep
• Tema

Berdasarkan tema-tema yang disediakan, tema yang pengkaji pilihkan ialah


persembahan tradisional. Persembahan tradisional merujuk kepada sesuatu aktiviti
yang dipersembahkan oleh generasi dahulu dan diwariskan oleh generasi baru
secara turun-temurun.

Jenis persembahan tradisional yang pengkaji pilih untuk penghasilan karya catan
ialah Opera Cina. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan ‘ opera ’

mambawa maksud sejenis drama yang disertai dengan nyanyian dan muzik.

Opera Cina merupakan sejenis persembahan seni tradisional atau lakonan kaum
Cina yang dipersembahkan oleh beberapa watak pelakon di atas pentas kepada
audiens. Opera cina meliputi menyanyi dan melafaz sebagai unsur utama dalam
persembahannya. Ia berasal pada hujung abad ke-18 dan mempunyai sejarah yang
selama kira-kira dua ratus tahun. Kebudayaan ini dibawa masuk oleh pedagang
China melalui kegiatan perdagangan di Asia Tenggara.

Gambar 2.1 : Sejenis persembahan tradisional Cina iaitu Opera Cina.

2
• Dua Dimensi (2D)

Menurut Cambridge Dictionary, dua dimensi merujuk kepada sesuatu yang rata,
mempunyai lebar dan panjang tetapi tidak mempunyai kedalaman. Dua dimensi
biasanya digunakan dalam bidang seni, animasi, komputer, matematik dan lain-lain.

• Catan

Catan merupakan hasil karya seni yang berwarna pada permukaan yang rata seperti
kertas lukisan atau kanvas. Catan biasanya dihasilkan dalam bentuk dua dimensi
sahaja. Bahan warna yang biasa digunakan ialah media basah seperti cat air, cat
minyak, poster colour, akrilik dan sebagainya. Terdapat pelbagai teknik yang
digunakan untuk menghasilkan sebuah karya catan seperti teknik basah atas kering,
impasto dan sebagainya.

Gambar 2.2 : Contoh karya catan yang dihasilkan dengan cat minyak.
• Media dan Teknik

Media dapat ditakrifkan sebagai apa sahaja bahan yang digunakan oleh seniman
untuk mencipta sesuatu karya seni. Media dalam seni visual boleh dibahagikan
kepada dua jenis iaitu media kering dan media basah.

Contoh bagi media kering adalah seperti pensel warna, pensel arang, krayon, soft
pastel dan sebagainya. Contoh bagi media basah adalah seperti cat air, poster colour,
cat minyak, akrilik dan sebagainya.

Media yang akan pengkaji gunakan untuk lakaran dan kajian visual ialah pensel
warna dan cat air manakala akrilik untuk penghasilan karya catan.

3
Gambar 2.3 : Salah satu contoh media basah ialah cat minyak.
Teknik pula merupakan cara menghasilkan sesuatu imej dalam pengkaryaan atau
objek dalam perekaan. Setiap pengkaryaan mempunyai teknik penghasilannya
yang pelbagai dan berbeza. Sebagai contoh, teknik garisan, burnishing ialah teknik
penghasilan karya lukisan manakala teknik basah atas basah dan sapuan tebal ialah
teknik penghasilan karya catan dan sebagainya.

Teknik yang akan pengkaji aplikasikan dalam penghasilan karya catan ialah
scumbling dan basah atas kering.

Kanvas adalah sejenis kain tenunan kosong yang digunakan untuk membuat layar
kapal, barang pakaian dan benda-benda seumpamanya yang bersifat kukuh. Ia juga
kerap digunakan dalam bidang seni iaitu digunakan oleh pelukis sebagai
permukaan lukisan. Kebiasaannya kanvas diregangkan atas bingkai kayu.

2.2 Subjek
• Subjek utama
- Figura yang merupakan pelakon opera dengan watak tertentu.
• Subjek sampingan
- Alat yang digunakan oleh figura :
kipas berlipat.
- Pakaian yang dipakaikan oleh figura :
Python robe, selendang.
- Perhiasan yang terdapat pada figura :
Hiasan kepala, solekan.
- Perhiasan pada latar belakang :
Bunga raya, bendera Jalur Gemilang.
- Postur atau pergerakan figura.

4
2.3 Kandungan
• Figura
Maksud tersurat : figura yang akan pengkaji hasilkan ialah seorang
watak yang terdapat dalam opera Cina yang merupakan seorang gundik
kesayangan maharaja dan digelar sebagai Empress Yang, Yang Kwei
Fei atau Yang Concubine. Watak tersebut berasal daripada salah satu
bab dalam opera yang bertajuk ‘The Drunken Concubine’.

Maksud tersirat : ‘The Drunken Concubine’ menceritakan kisah tentang


perubahan perasaan Yang Yuhuan disebabkan ketidakpatuhan janji oleh
maharaja. Suatu malam, maharaja telah berjanji dengan Yang untuk
bersama-sama mengatur jamuan di taman empayar. Yang telah pun siap
mengatur jamuan tersebut dengan sukacita dan menunggu maharaja
datang, tetapi maharaja tidak pernah muncul. Kemudian, Yang
diberitahu bahawa maharaja telah bertemu dengan gundik yang selain
daripada Yang pada masa tersebut. Yang berasa kecewa, sedih,dan
marah. Dia telah meminum arak sehingga mabuk untuk menghilangkan
kesedihannya dan balik ke istananya bersendirian.

Gambar 2.4 : Watak utama dalam ‘The Drunken Concubine’ ialah


Yang Kwei Fei.

• Alat : kipas berlipat


Maksud tersurat : Terdapat dua kepingan tulang yang lebih tebal pada
paling luar kipas dan beberapa kepingan tulang kecil diapit di dalamnya.
Tulang-tulang kipas ini mempunyai satu aci di bahagian bawah tulang

5
kipas sebagai pemegang. Permukaan kipasnya sering dihiasi dengan
gambar atau kaligrafi yang sepadan.

Maksud tersirat : Kipas berlipat yang digunakan dalam opera cina


biasanya melambangkan seorang watak gundik yang mulia di istana
atau watak yang berpelajaran.

Gambar 2.5 : Kipas berlipat yang bercorak flora.

• Pakaian : Python robe


Maksud tersurat : sejenis jubah Cina yang dihiasi dengan sulam.
Kebiasaannya corak naga dan phoenix serta bunga poeny merupakan
motif utama bagi sulam yang terdapat pada Python robe.

Maksud tersirat : Ia ialah pakaian formal khas bagi pegawai – pegawai


tinggi di dalam istana, maharaja dan gundik – gundik maharaja. Ia hanya
akan dipakai dalam suasana atau majlis formal seperti upacara dan
urusan rasmi pentadbiran yang penting. Ia juga melambangkan
kedudukan yang megah bagi seseorang yang memakainya.

Gambar 2.6 : Python robe yang dipakai oleh maharani.

6
• Pakaian : Selendang yang bergaya Cina
Maksud tersurat : sehelai kain panjang yang dipakai pada bahagian bahu
dan biasanya dipakai oleh orang-orang perempuan. Ia juga dihiasi
dengan sulam yang bercorak fauna seperti burung merak dan
sebagainya.

Meksud tersirat : Ia juga dapat membezakan kedudukan seseorang


wanita dalam masyarakat. Contohnya, selendang yang lebih indah dan
estetik dengan sulam biasanya menunjukkan seseorang wanita yang
berkedudukan tinggi dan sebaliknya.

Gambar 2.7 : Selendang bergaya Cina yang dipakai oleh pelakon Opera
Cina.
• Perhiasan pada figura : hiasan kepala
Maksud tersurat : sejenis perhiasan atau topi yang dipakai di atas kepala
pelakon opera. Bahan – bahan yang digunakan untuk menghasilkannya
ialah dawai besi, bulu angsa, kaca melancung sebagai manik berlian dan
kertas yang bertujuan untuk mengurangkan keberatan topi supaya tidak
menyusahkan pelakon apabila mereka sedang berlakon.

Maksud tersirat : Ia juga bertujuan untuk membezakan kedudukan


seseorang watak dalam opera melalui rekaannya yang berbeza. Sebagai
contoh, hiasan kepala yang lebih indah, molek dan megah biasanya
menunjukkan seseorang watak tersebut yang berkedudukan tinggi
seperti gundik-gundik maharaja dan sebaliknya.

7
Gambar 2.8 : Perhiasan kepala yang dipakai oleh pelakon yang
berlakon watak perempuan.

• Perhiasan pada figura : Solekan


Maksud tersurat : Pelakonnya akan bersolek dengan pembayang mata
yang berwarna merah dengan bahagian yang luas di sekililing mata.
Mereka juga akan menggunakan gincu yang berwarna merah pada bibir.
Kening dan celak mata mereka berwarna hitam miring ke atas.

Maksud tersirat : Pada masa dahulu, audiens duduk sejauh kira – kira
10 meter dari pentas untuk menonton persembahan opera. Keadaan ini
menyebabkan para pelakon bersolek sebegini supaya reaksi muka
mereka dapat dilihat dengan jelas oleh audiens. Kening dan celak mata
yang miring ke atas juga bertujuan untuk menjadikan pelakonnya
kelihatan lebih bersemangat dan bertenaga.

Gambar 2.9 : Contoh solekan untuk watak perempuan dalam Opera


Cina.
• Perhiasan pada latar belakang : Bunga raya

8
Maksud tersurat : Bunga raya ialah sejenis bunga yang mempunyai
pelbagai warna indah seperti warna merah, merah jambu, putih, kuning.

Maksud tersirat : Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia selepas


mencapai kemerdekaan. Ia merupakan salah satu lambang dan identiti
yang menunjukkan negara kita.

Gambar 2.10 : Bunga raya merupakan bunga kebangsaan Malaysia.

• Perhiasan pada latar belakang : Bendera Jalur Gemilang


Maksud tersurat : Terdapat satu bulan dan bintang berwarna kuning
dengan latar berwarna biru di sebelah kiri atas bendera. 14 jalur yang
berwarna merah dan putih di sebelah bintang dan bulan.
Maksud tersirat : Warna biru dalam Jalur Gemilang melambangkan
perpaduan antara rakyat berbilang kaum, putih melambangkan suci
murni, merah melambangkan keberanian dan kuning pada bintang dan
bulan ialah warna Diraja yang melambangkan Raja-Raja Melayu.

Gambar 2.11 : Bendera Jalur Gemilang yang menunjukkan simbol


kedaulatan Malaysia.

9
• Postur atau pergerakan figura
Maksud tersurat : Sebagai contoh, tangan kiri atau kanan yang
berpegang dan melambaikan kipas berlipat, cara berjalan, postur yang
menutupkan separuh daripada muka pelakon sendiri dengan kipas
berlipat dan sebagainya.

Maksud tersirat : Pergerakan atau postur pelakon opera adalah penting


untuk mengisahkan sesuatu cerita. Ia juga dapat menyifatkan aktiviti
psikologi seseorang watak. Misalnya, cara berjalan pelakon yang
berlakon sebagai watak Yang yang tidak stabil dapat menunjukkan
watak tersebut yang telah mabuk.

Gambar 2.12 : Pelakon yang menutupkan separuh daripada mukanya


dengan kipas berlipat.
Gambar 2.13 : Pergerakan pelakon yang menunjukkan perasaan watak
tersebut yang gembira dan sukacita.

3.0 Penentuan Pendekatan Aspek Formal dan Gaya Penghasilan

3.1 Aspek Formal

• Warna
- Warna merupakan unsur penting dalam penghasilan karya kerana ia
dapat membezakan imej-imej yang terdapat dalam sesebuah karya.
Warna juga berkait langsung dengan perasaan.
- Warna dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu warna asas, warna
sekunder dan warna tertier. Suhu warna pula dibahagikan kepada dua

10
iaitu warna panas seperti warna merah, jingga dan warna sejuk pula
seperti warna biru dan hijau. Dalam penghasilan karya, pengkaji akan

menggunakan warna panas secara dominan seperti warna merah, jingga


dan kuning. Warna panas ini akan diaplikasikan pada pakaian dan
perhiasan watak pelakon serta latar belakang karya.

Gambar 3.1 : Roda warna yang menunjukkan pelbagai jenis warna.

• Jalinan
- Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan objek semula
jadi atau benda buatan manusia. Jalinan dapat dikesan melalui deria
penglihatan dan deria sentuhan.
- Jalinan tampak akan pengkaji gunakan dalam penghasilan karya catan
pengkaji. Jalinan tampak ini akan diaplikasikan pada corak pakaian
watak opera.

Gambar 3.2 : Contoh jalinan yang terdapat pada anyaman.

• Nilai
- Nilai berkaitan dengan kadar kecerahan dna kegelapan dalam sesuatu
imej atau gambar. Nilai juga berkaitan dengan penyebatian warna putih
atau hitam. Nilai ialah unsur yang penting untuk menghasilkan karya
yang lebih menarik dan kelihatan lebih realistik.

11
- Pengkaji akan mengaplikasikan unsur nilai dalam karya catan pengkaji
pada watak pelakon opera. Watak tersebut akan mempunyai
bahagiannya yang disinari dengan cahaya dan ton yang gelap pada
bahagian watak yang tidak disinari dengan cahaya dan terbentuk bayang.

Gambar 3.3 : Contoh bentuk-bentuk yang menunjukkan nilai melalui


sinaran cahaya.

• Penegasan
- Penegasan merujuk kepada aplikasi unsur seni reka, tema, imej, media
atau teknik yang paling banyak diberi penekanan. Ia juga dapat
menonjolkan sesuatu imej atau mesej yang ingin disampaikan oleh
pengkarya.
- Pengkaji akan menggunakan unsur penegasan dalam karya catan
dengan memberi tumpuan kepada figura.

Gambar 3.4 : Gambar yang menunjukkan ladybird sebagai penegasan.

• Harmoni
- Harmoni ialah persamaan yang berulang-ulang dalam satu kumpulan. Ia
juga wujud dengan tanpa ciri-ciri yang bercanggah. Kesan kesepaduan,
aman damai dan keselesaan akan diwujudkan melalui penggunaan unsur
harmoni.

12
- Unsur harmoni akan pengkaji gunakan untuk penghasilan karya catan
melalui pengulangan warna panas pada pakaian, perhiasan kepala, alat
dan latar belakang.

Gambar 3.5 : Harmoni diwujudkan pada anyaman melalui pengulangan


imej bunga yang sama dan warna latar belakang yang sama.

3.2. Gaya Penampilan

• Realistik
Realistik merujuk kepada gaya penampilan imej yang dipersembahkan
dengan gambaran yang sebenar dan hampir sempurna dengan imej asal
yang ditiru. Ciri-ciri sesuatu imej atau objek sebenar dikekalkan dan tidak
diubah.

3.3 Aliran
• Realisme
Aliran realisme merujuk kepada rakaman situasi sebenar dalam kehidupan
harian. Imej yang digambarkan mudah dikenali dan difahami oleh audiens.
Subjek yang sering digambarkan dalam aliran ini lebih kepada masalah
sosial seperti gambaran kemiskinan, penentang politik dan sebagainya.
Aliran ini lebih menumpukan penghasilan karya catan.

3.4 Tokoh dan karya-karya yang dipilih sebagai panduan dan rujukan

• Tokoh : Ilya Repin, dilahirkan di Rusia pada tahun 1844. Pada tahun 1864,
beliau melanjutkan pelajarannya ke St. Peters burg Academy of Arts.
Semasa pengajiannya, beliau telah menciptakan satu siri lukisan potret.
Pada tahun 1930, beliau telah jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia di
Finland.

13
• Karya – karya :

Watak Utama, oleh Yizhi Heng (2021). Cat air.

Winter Begonia, oleh Yizhi Heng (2021). Cat air.

Cat minyak atas kanvas. Post-Impressionism.

14
4.0 Pernyataan Kepentingan Projek dan Keaslian

4.1 Kepentingan Projek

• Pengekalan warisan generasi dahulu dapat dilakukan melalui penghasilan karya


catan pengkaji. Warisan yang sebagai salah satu identiti negara ini tidak akan
hilang kerana generasi baharu yang menghargainya akan mewariskannya
kepada generasi akan datang.
• Penghayatan masyarakat terhadap keunikan budaya tradisional dalam negara
kita dapat ditingkatkan. Penghasilan karya catan ini dapat membantu
mengingatkan masyarakat tentang kewujudan budaya tradisional ini dan
kemudian menghayatinya.
• Semangat patriotisme terhadap negara dapat ditingkatkan dan disebar luas.
Perpaduan antara rakyat akan dikuatkan lagi melalui pemahaman yang lebih
mendalam dan sifat toleransi terhadap budaya tradisional kaum lain.
• Mempromosikannya ke peringkat antarabangsa dan mendedahkan budaya
tradisional yang semakin dipinggirkan oleh masyarakat pada masa ini
terutamanya golongan remaja. Misalnya, bilangan audiens yang menonton
Opera Cina semakin berkurang pada masa ini berbanding dengan masa dahulu.
• Membantu berkembangkan bidang seni visual yang terdapat di negara kita.
Penghasilan karya catan ini dapat menyumbang kepada perkembangan bidang

15
seni visual sebagai salah satu bidang yang mampu memberi sumbangan kepada
usaha pembangunan negara kita.

4.2 Keaslian Karya

Keaslian hasil karya pengkaji adalah berdasarkan idea asal pengkaji. Pengkaji telah
mengambil panduan dan membuat rujukan daripada karya-karya lain untuk
penghasilan karya catan ini tetapi tidak meniru mana-mana karya yang telah dihasilkan
oleh pengkarya lain sebelum ini. Imej-imej yang ditampilkan dalam karya pengkaji
juga adalah asli dengan mengikut tema, proses kajian dan kehendak soalan yang
diberikan.

5.0 Sumber dan Rujukan

Amirah Faiqah binti M. Nizam (2018). Rujukan Seni Visual. Selangor Darul Ehsan : Local
Publication (M) Sdn. Bhd.
Marhanim Abdul Razak (2014). Seni Visual. Shah Alam, Selangor Darul Ehsan : Oxford
Fajar Sdn. Bhd.
Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Cambridge University Press, 2021,Two-Dimensional, Cambridge Dictionary,
https://dictionary.cambridge.org/zhs/%E8%AF%8D%E5%85%B8/%E8%8B%B1%E8%
AF%AD/two-dimensional
“Bunga Raya.” 11 November 2021.
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Bunga_raya
“Dua Dimensi.” 10 November 2021.
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Dua_dimensi
“Kanvas.” 12 November 2021.
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kanvas
“Opera Cina.” 12 November 2021.
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Opera_Cina
Cikgu Sharifah Ruhayati. (2013). Apa Itu Catan?. Retrieved 10 November 2021, from
http://cikgusharifahofficial.blogspot.com/2013/04/apa-itu-catan.html?m=1
Diana Fitts. (2021). What Does Media Mean In Arrt Terms?. Retrieved 10 November 2021,

16
from https://adventureswithart.com/media-mean-art-terms/

Westerville Library. (2014). Types of Art Media. Retrieved 10 November 2021, from
https://www.slideshare.net/westervillelibrary/types-of-Art-Media
Zhang Ziyu. (2020). Enjoying the Classic Chinese Opera ‘Drunken Concubine’ at Mid-
Autumn Festival. Retrieved 10 November 2021, from
https://www.slideshare.net/westervillelibrary/types-of-Art-Media

17

You might also like