You are on page 1of 1

RESEPI KEK BATIK BAHAN-BAHAN biskut maree 300 g (2 bungkus) buttercup 250 g milo 1 plastik kecil susu pekat

setengah tin esen vanilla sesudu kecil

CARA-CARA: 1) Masukkan 250 g buttercup ke dalam kuali. 2) Selepas cair / mendidih, masukkan setengah tin susu pekat. 3) Kemudian masukkan 1 plastik kecil milo. 4) Masukkan sedikit esen vanilla. 5) Kacau sehingga semua bahan sebati. 6) Selepas semua bahan sebati, perlahankan api (sgt2 perlahan). 7) Masukkan biskut maree yang telah dipatahkan. 8) Kacau sehingga adunan sebati dengan biskut. 9) Masukkan adunan ke dalam bekas ( api masih lagi dibuka, sgt perlahan). 10) Selepas semua bahan telah dimasukkan ke dalam bekas, tutup api. 11) Ratakan biskut di dalam bekas, masukkan dalam peti ais. 12) Selepas keras, potong n siap utk dimakan.. Pastikan api perlahan

Selamat mencuba =)

You might also like