You are on page 1of 1

Resepi Kek Kukus Sarang Semut Bahan-bahan : 7 biji telur 2 cawan tepung gandum 2 cawan gula pasir 2 cawan

air 1 tin (390g) susu manis 3 sudu makan mentega 1 sudu makan soda bicarbonate 1 sudu teh esen ros. Cara penyediaan : Hanguskan gula. Kemudian masukkan air diikuti mentega. Masak hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan. Pukul telur sehingga kembang. Masukkan susu dan teruskan pukulan hingga rata. Masukkan tepung dan soda bicarbonate. Kemudian masukkan gula hangus dan pukul hingga rata. Akhir sekali masukkan esen ros dan kacau rata. Tuang adunan ke dalam loyang kek. Tutup loyang rapat-rapat dengan aluminium foil untuk mengelakkan wap air kukusan masuk ke dalam adunan. Kukus selama 1 1/2 jam.

KEK BUAH CAMPURAN KUKUS 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Ayakkan bersama 550 g tepung gandum, 2 camca cream of tartar dan 2 camca soda bikarbonat. 375 atau 400 g buah campuran, gaul dengan bahan yang diayak tadi. Peram selama 1 hingga 2 jam. 8 biji telor gred A atau B, pukul bersama 300 g gula. 2 buku butter ( 500 g ), pukul hingga kembang. Masukkan telor yang dipukul tadi. Masukkan tepung yang diperam bersama buah campuran tadi. Pindahkan adunan ke dalam acuan kek atau periuk khas. 300 g gula pasir dihanguskan Tuang cepat-cepat ke dalam adunan dan kacau cepat-cepat Kukus selama 4 hingga 5 jam dengan api yang sederhana. (pastikan air dalam periuk kukusan telah pun mendidih ). Selepas 2 jam, tambahkan air yang mendidih ke dalam periuk kukus supaya air dalam periuk tidak kering. Tutup tudung periuk dengan tuala.

9.

You might also like