You are on page 1of 59

ajuk tugasan KKG PMR 2013 telahpun diumumkan di laman Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia

sendiri. Terdapat 2 tajuk tugasan yang boleh dipilih iaitu Pengangkutan Awam atau Kegiatan Penternakan.

Saya berpendapat ramai yang akan memilih tajuk Pengangkutan Awam yang maklumatnya sangat mudah diperolehi samada melalui pemerhatian atau rujukan. Kegiatan penternakan tidak kurang juga menarik kerana kegiatan ini tidak pernah dijadikan tajuk tugasan KKG PMR secara langsung. Ianya sesuai bagi pelajar di kawasan luar bandar. Di kawasan bandarpun ada juga kegiatan penternakan yang dijalankan secara kecil-kecilan seperti penternakan ikan samada untuk dimakan atau sebagai ikan hiasan. Saya akan membantu pelajar-pelajar PMR 2013 dan ibubapa mereka dalam menyiapkan folio KKG tahun ini yang merupakan tahun terakhir format KKG seperti ini dijalankan.

Seperti di Tingkatan 1 dan 2 dahulu, pelajar-pelajar diminta menulis tentang aspek-aspek dalam KKG PMR 2013 seperti: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Tajuk Senarai Kandungan Penghargaan Pendahuluan Ojektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Rumusan Lampiran Rujukan

Nota: Calon-calon PMR sudah boleh menulis aspek 1 hingga 7 seperti yang dibuat di Tingkatan 2. Rujuk folio tingkatan 2 anda.

1. TAJUK: Pengangkutan Awam di kawasan tempat tinggal anda atau kawasan kajian. Tulis dengan lengkap nama kawasan kajian. Contoh: Pengangkutan Awam di Taman Bukit Maluri, Edinburgh, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 2. SENARAI KANDUNGAN: Ada Perkara / Butiran dan Halaman. Halaman 1 bermula dari aspek penghargaan

Bil.

Perkara

Halaman

1 2 3 4 5 6 7 8 9

Penghargaan Pendahuluan Objektif Kawasan Kajian Kaedah kajian Dapatan Kajian Rumusan Lampiran Rujukan

1 2 3 4 7 8 13 14 19

3. PENGHARGAAN: Menyata dan menghuraikan penghargaan kepada tiga pihak atau lebih iaitu: * Pengetua* Guru mata pelajaran* Ibu bapa / penjaga* Rakan-rakan* Pihak luar / responden Nyatakan nama pihak yang dihargai dengan lengkap, contohnya, Puan Isya binti Polai bukan Pn. Isya, Puan Tan Siew Lean bukan Puan Tan, Cik Amutha A/P Rajagopal, bukan Cik Amutha sahaja. 4. PENDAHULUAN: Menamakan tajuk kajian iaitu Pengangkutan awam di Taman Bukit Maluri, Kepong, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebab-sebab pemilihan kawasan kajian seperti contoh, saya memilih X sebagai kawasan kajian kerana ia mempunyai pelbagai jenis pengangkutan awam. Saya juga ingin mengkaji masalah-masalah pengangkutan awam di kawasan kajian ini yang juga merupakan tempat tinggal saya. Tempoh masa kajian dijalankan iaitu 4 bulan daripada bulan Februari hingga bulan Mei Nota: Sebab-sebab pemilihan kawasan kajian perlu berkaitan dengan tajuk dan nyatakan lebih daripada 1 sebab.

5. OBJEKTIF: * Konsep pengangkutan awam iaitu 1) mentakrifkan konsep pengangkutan awam dengan lengkap dan jelas. * Jenis-jenis pengangkutan awam iaitu 2) menerangkan/menghuraikan/menjelaskan jenis-jenis pengangkutan awam di kawasan kajian, Taman Bukit Maluri * Kepentingan perkembangan pengangkutan awam iaitu 3) menghuraikan / menerangkan / menjelaskan kepentingan pengangkutan awam di kawasan kajian * Masalah perkembangan pengangkutan awam iaitu 4) menghuraikan/menerangkan/menjelaskan masalah pengangkutan awam di kawasan kajian * Cadangan untuk mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam iaitu5) menghuraikan/menerangkan/menjelaskan cadangan mengurangkan masalah pengangkutan awam di TBM * Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian iaitu 6) memupuk nilai murni / unsur patriotisme dalam dapatan kajian / melalui kajian tentang pengangkutan awam di kawasan kajian Nota: *Objektif kajian mesti berfokuskan kawasan kajian. Nama kawasan kajian boleh muncul sekali sahaja. *Objektif kajian mesti dimulakan dengan kata kerja yang sesuai seperti mentakrifkan / menyatakan / menerangkan / menghuraikan

6. Kawasan kajian. Terdapat 3 bahagian dalam aspek ini iaitu huraian kawasan kajian, peta zon/daerah/bahagian dan peta kawasan kajian. a) Huraian kawasan kajian termasuk: Nama kawasan kajian seperti Taman Bukit Maluri, Kepong...., Kg. Harapan, Pulau Sebatik...dan sebagainya. Latar belakang / sejarah kawasan kajian: Lokasi kawasan kajian: Rujuk kedudukan kawasan kajian dalam peta daerah anda Pandang darat fizikal kawasan kajian seperti keadaan bentuk muka bumi: tanah pamah beralun, dataran, lembah sungai, berbukit, tanah tinggi, pinggir laut. Jenis tumbuhan semula jadi: berpaya, semaksamun, pokok-pokok kecil, rumput, lalang, dikelilingi hutan dan sebagainya. Jarak dari bandar / pekan terdekat iaitu jarak mutlak / jarak relatif b) Menyediakan satu peta daerah / zon / bahagianyang lengkap dengan: - tajuk dan nama kawasan kajian (1 m) - arah mata angin dan bingkai (1 m) Nota: Tandakan/kawasan kajian pada peta daerah/zon/bahagian Tidak ada markah diberikan pada peta kawasan yang salah walaupun ada tajuk, bingkai, dan petunjuk c) Melukis satu peta lakar kawasan kajian yang tepat dan lengkap tajuk dan bingkai (1 m) - petunjuk dan arah mata - angin (1 m)- simbol piawai (1 m)- kekemasan dankesempurnaan peta- (1m) Nota: Aspek di atas ditunjukkan dalam halaman yang sama Tidak boleh scan dan diubahsuai daripada peta tersebut.

7. KAEDAH KAJIAN Pemerhatian Temu bual Soal selidik Rujukan Nota: * Mana-mana 2 atau lebih kaedah kajian yang munasabah diterima * Mana-mana kaedah kajian hendaklah berkaitan dengan dapatan kajian dan rujukan * Bilangan responden: Temu bual - minimum 3 orang Soal selidik - minimum 20 orang * Soalan temu bual atau soal selidik berkaitan dengan objektif kajian * Jika tidak menulis kaedah kajian di dalam dapatan kajian=0 markah * Kaedah kajian mesti dinyatakan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap aspek kajian. 8. DAPATAN KAJIAN di post ini Maklumat akan ditambah dari semasa ke semasa seperti peta zon/daerah/bahagian, peta contoh kawasan kajian.

Selamat melaksanakan Kerja Kursus Geografi PMR tahun 2013. Thank you for reading and visit me again.

Posted by CikguGeo at 3:16 AM

a. Menerangkan konsep pengangkutan awam b. Memperincikan Bentuk Pengangkutan Awam di Pekan Batu Gajah c. Menyatakan Kepentingan Pengangkutan Awam di Pekan Batu Gajah d. Menerangkan Masalah Pengangkutan Awam di Pekan Batu Gajah

e. Menyatakan langkah-langkah penyelesaian Masalah Pengangkutan Awam di Pekan Batu Gajah f. Menyatakan nilai-nilai yang sesuai sepanjang menjalankan folio KKG ini.

Dapatan Kajian merangkumi konsep, jenis pengangkutan awam, kepentingan, masalah dan cadangan mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian calon. Laporan dapatan kajian calon mestilah dikaitkan dengan kaedah kajian, apa-apa maklumat yang anda huraikan mesti dinyatakan sumber/kaedahnya, sekurang-kurangnya sekali bagi setiap aspek 8.1, 8.2, 8.3, 8.4 dan 8.5. Saya sudah berikan contoh dalam aspek 8.1 dan 8.2 di bawah apabila anda hendak mentakrifkan konsep 'pengangkutan awam' dan menghuraikan jenis-jenis pengangkutan awam di kawasan kajian. 8.1 Konsep Pengangkutan Awam hendaklah ditakrifkan dengan lengkap dan disertakan contoh yang relevan. Anda boleh merujuk internet ( contoh: Wikipedia, blog), Kamus Pelajar Bahasa Melayu, Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Ensaiklopedia di perpustakaan sekolah anda serta buku-buku teks yang berkaitan. Carian di Google: taip definisi / konsep pengangkutan awam. Anda akan dapat antaranya ialah: 1) Wikipedia 2) Blog dan blog ini dan blog ini... 3) laman web 1Klik Anda juga boleh mendapatkan maksud pengangkutan awam dalam Kamus Pelajar Bahasa Melayu. Ini sumber bukan internet dan ini adalah satu jenis rujukan selain internet. (Ingat, anda perlu 3 rujukan. Biasanya, jenis rujukan ialah Kamus, Internet dan Orang Sumber) Bila anda menulis tentang konsep pengangkutan awam, mulakan dengan "Berdasarkan Kamus Pelajar Bahasa Melayu / Wikipedia, pengangkutan awam ialah...........................". Takrif pengangkutan awam boleh ditulis dalam beberapa ayat. Nyatakan contoh-contoh pengangkutan awam seperti bas awam, bas sekolah, van sekolah, kereta api, LRT, KTM komuter, ERL, kapal terbang, kapal penumpang, feri, bot penambang dan sebagainya. KTM komuter mengenakan sejumlah tambang yang tertentu antara laluannya dari Rawang ke Seremban kepada orang ramai yang menaikinya. Umumnya: Pengangkutan awam: pengangkutan darat, laut dan udara-mengangkut orang ramai dan barangan-bukan kenderaan sendiri-disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta-mempunyai kadar tambang tertentu-mempunyai laluan tertentu 8.2 Jenis-jenis pengangkutan awam di kawasan kajian anda hendaklah diterangkan dengan jelas beserta contoh. Huraikan satu atau lebih, jenis pengangkutan awam yang terdapat di kawasan kajian anda sahaja. Contohnya, huraikan pengangkutan bas awam, bas sekolah, van sekolah, KTM komuter, teksi,

van sewa di kawasan kajian Taman Bukit Maluri sahaja dan bukan di seluruh Kuala Lumpur. Kalau kawasan kajian anda tidak terdapat pengangkutan LRT, anda jangan huraikannya. Bila anda menulis tentang jenis pengangkutan awam di kawasan kajian anda, mulakan dengan, "Daripada pemerhatian yang saya jalankan di kawasan kajian saya, terdapat beberapa jenis pengangkutan awam yang digunakan iaitu ......................................". Huraikan ciri-ciri satu jenis atau lebih pengangkutan awam. 1) Bas Awam: Nama bas (tertulis pada badan bas awam, ok?). Kekerapan (setiap x minit). Masa perkhidmatan paling awal dan paling akhir. Jalan-jalan utama yang dilalui. (Tandakan laluan bas awam pada peta kawasan kajian).Tambang perjalanan. 2) Bas/van sekolah: Warna bas sekolah, mengangkut berapa orang pelajar, kawasan mana ia menjalankan perkhidmatan, berapa orang pemandu (ada pembantu) dan apa2 maklumat tentang perkhidmatan bas sekolah yang anda naiki. 3) KTM Komuter: Lokasi stesen KTM berhampiran kawasan kajian. (Tandakan lokasinya peta kawasan kajian anda). Jenis laluan ie Rawang-Seremban. Kekerapan ie setiap 15 minit / 30 minit. Masa mula dan masa terakhir. (Boleh bina jadual perjalanan sebagai satu bahan grafik). Tambang perjalanan. Tempat letak kereta. 4) Teksi: Lokasi stesen teksi / atau tempat teksi menunggu penumpang di kawasan kajian. Tambang teksi dari kawasan kajian ke tempat lain atau dari tempat lain ke kawasan kajian. 8.3 Kepentingan Perkembangan Pengangkutan Awam di Kawasan Kajian. Huraikan 4 kepentingan pengangkutan awam yang terdapat di kawasan kajian anda sahaja. Maklumat boleh diperolehi melalui pemerhatian, soal-selidik dan internet (Terdapat banyak maklumat di internet). Antara kepentingannya: Mengangkut barangan Mengurangkan kesesakan Ketersampaian Mengangkut penumpang Pelancongan Perdagangan Sumber pendapatan Peluang pekerjaan Kemajuan industri sokongan Meningkatkan mobiliti penduduk Menjimatkan masa Menjimatkan kos

Saya memberikan poin-poin untuk beberapa kepentingan sahaja. Huraikan kepentingan jenis pengangkutan awam di kawasan kajian anda berdasarkan pemerhatian, temu bual atau soal selidik. Anda kembangkan poin-poin tersebut. Anda juga boleh menambah poin-poin anda sendiri dengan bimbingan guru-guru anda. Mulakan huraian dengan.."Hasil daripada pemerhatian/temubual/soal selidik..." 1) Mengurangkan kesesakan: a) kesesakan di jalan raya : penggunaan bas awam, KTM komuter, LRT dsbnya -penumpang tidak menggunakan kereta sendiri-mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya b) kesesakan dalam bas-macam sardin-wujudkan kereta api elektrik seperti KTM komuter, LRT dan lain-lain untuk mengurangkan kesesakan tersebut. 2) Mengangkut penumpang: Mengangkut pelajar (sekolah, kolej dan universiti) - pekerja (awam dan swasta), suri rumah dan penumpang lain. Bas awam- ke pelbagai destinasi. KTM komuter, LRT, ERLdengan pantas-elak kesesakan di jalanraya-mengangkut lebihan penumpang yang tidak dapat ditampung oleh bas dan teksi. 3) Mengangkut barangan: Lori, kereta api, kapal-barangan pukal / berat / banyak 4) Meningkatkan mobiliti penduduk : Penduduk yang tidak mempunyai kereta sendiri / penduduk berpendapatan rendah bergantung kepada pengangkutan awam untuk bergerak dari suatu tmpat ke tempat yang lain dengan mudah. Memudahkan pelajar sekolah yang ibubapa tiada kenderaan sendiri,

pergi ke sekolah. 5) Menjimatkan masa: Kereta api elektrik lebih laju/lebih cepat- boleh sampai tepat pada masa-KTM komuter, LRT, ERL, Monorail tidak berkongsi laluan dengan pengangkutan lain-tiada kesesakan lalulintas 6) Menjimatkan kos: Kos menaiki bas awam atau kereta api elektrik lebih murah berbanding menaiki kereta sendiri - tidak perlu bayar tempat letak kereta - tidak perlu bayar tol - menjimatkan perbelanjaan rumah. 7) Peluang pekerjaan: mewujudkan pekerjaan seperti pemandu teksi, pemandu bas, penjual tiket dsbmeningkatkan taraf hidup penduduk. 8) Pelancongan: Sistem pengangkutan awam yang dirancang dengan baik memudahkan pelancong bergerak dari suatu tempat menarik ke tempat menarik yang lain. ie. Putrajaya. Beca-pengangkutan awal-P.Pinang dan Melaka-membawa pelancong di sekitar bandar. Perkhidmatan MAS @ Air Asia menggalakkan pelancongan ke tempat-tempat menarik di Malaysia, Langkawi, Tawau, Kuching dll. Setelah anda menghuraikan mana-mana kepentingan (jangan lupa nyatakan kaedah yang digunakan iaitu rujukan/soal selidik/pemerhatian/temubual), tulis nilai murni atau unsur patriotisme yang dipupuk untuk mendapat markah penuh. Nilai murni ialah semua nilai yang anda belajar dalam pendidikan moral. Nilai boleh ditulis di mana-mana isi dan tidak semestinya di bahagian akhir setiap aspek kajian. Nilai atau unsur tidak boleh berdiri sendiri. Jika calon tulis nilai sahaja tanpa huraian = 0 markah. Unsur patriotisme ialah seperti berbangga, bersyukur, mencintai negara.. Contohnya, 'saya bersyukur pengangkutan awam di kawasan kajian saya telah memberi banyak faedah dari segi mobiliti, kos dan masa kepada penduduk setempat.' atau 'Penduduk di kawasan kajian bersyukur kerana kemudahan kereta api elektrik disediakan berhampiran dengan tempat tinggal mereka...' Siapa yang bersyukur? Anda pelajar, penduduk kawasan kajian dan pengguna pengangkutan awam, pemandu kenderaan.. 8.4 Masalah Perkembangan Pengangkutan Awam di Kawasan Kajian. Huraikan 5 masalah diikuti penerapan nilai murni atau unsur patriotisme. Bagaimana mengetahui masalah-masalah di kawasan kajian anda? Melalui kaedah pemerhatian, temubual atau soal selidik. Melalui pemerhatian: Bagi yang selalu menaiki pengangkutan awam di kawasan kajian, mungkin dapat memerhatikan masalah-masalah seperti pencemaran udara dan bunyi, kesesakan lalu lintas, keselamatan anda terancam, lambat sampai dan lain-lain. Temubual ibu bapa, jiran-jiran, guru-guru atau penumpang-penumpang yang menaiki pengangkutan awam di kawasan kajian (kalau anda berani dan tidak segan. Alaa, 3 orang sahaja). Ataupun, kalau malas bercakap, buat borang soal-selidik dengan bimbingan guru anda dan edarkan kepada 20 orang responden. Apakah masalah paling kerap 'ditanda' dalam borang tersebut? Anda boleh bina jadual dan graf hasil maklumat yang diperolehi dari borang soal selidik. Saya akan bagi poin-poin dan anda mesti belajar mengembangkan poin-poin tersebut seperti membuat karangan B. Melayu atau B. Inggeris. Ini adalah kemahiran yang anda mesti asah semasa menulis laporan KKG. Saya tidak mahu berikan contoh karangan yang lengkap sebab saya tidak mahu anda tiru bulat-bulat. Ada pelajar dengan mudah 'copy-paste' semua seperti yang pernah dibuat sebilangan pelajar-pelajar saya. 1) Pencemaran udara: Penggunaan diesel oleh bas dan lori-hasilkan jelaga hitam semasa pelepasan asap ekzos. (Sumber:Wikipedia) Penyelenggaran bas, teksi, lori kurang baik-keluarkan asap kotor. 2) Pencemaran bunyi: enjin diesel lebih bising drp[ enjin petrol. Bunyi yang dikeluarkan oleh kereta api (yang melalui kawasan kediaman), kapal terbang (kawasan berhampiran apabila berlepas atau ingin mendarat), bot penambang-menjejaskan keselesaan penumpang atau penduduk yang tinggal berdekatan

landasan kereta api. Bas/van sekolah/awam lama-keluarkan bunyi tidak menyenangkan 3) Pencemaran air: Kapal, bot penambang-tumpahan minyak-buangan sampah-sarap ke kawasan perairan-kehidupan akuatik terancam 4) Kesesakan lalu lintas: Tempat letak kereta tidak cukup di stesen KTM komuter, LRTkereta diletakkan sesuka hati di bahu/tepi jalan-laluan jadi sempit. Kekurangan bas awam-bas tidak ikut jadual-galakkan peggunaan kereta persendirian-meningkatkan kesesakan lalu lintas 5) Tambang mahal: tambang LRT mahal-tidak boleh selalu digunakan-hanya bila perlu sahaja, tambang bas sekolah mahal (nyatakan harga)-kalau ramai anak-membebankan ibu bapa. 6) Kemalangan-sikap pemandu kurang berhati-hati, mengantuk semasa memandu, memandu secara merbahaya 7) Jangkamasa lama: Perjalanan bas lama-'Bas henti-henti"-bas sesak macam sardin-penumpang menunggu lama. Bas atau kereta api lewat. Penukaran dari KTM-LRT-sukar-tiada sistem tiket bersepadu-barisan membeli tiket panjang-perjalanan terganggu/tidak cepat. Perjalanan bas sekolah lama-pemandu berhenti di tempat tinggal pelajar-pelajar terpaksa bangun awal (nyatakan masa) 8) Keselamatan penumpang terancam: pemandu bas atau teksi memandu secara merbahaya. Kes jenayah-rompak, rogol, bunuh (seperti dalam akhbar)-bas berhenti di tempat kurang selamat - lokasi stesen LRT jauh dari kawasan perumahan. Ramai penduduk tinggal jauh daripada laluan bas henti-henti. 9) Penipuan: sikap pemandu teksi tidak bertanggung jawab-tidak menggunakan meter-pemandu teksi kenakan tambang sesuka hati-lebih mahal terutama pada pelancong. 10) Darjah ketersampaian rendah: LRT, KTM komuter, monorel-laluan tertentu-tidak meliputi semua kawasan. Kapal terbang hanya terbang ke destinasi-destinasi tertentu sahaja. Laluan bas henti-henti terhad-tidak meliputi kawasan yang luas-ramai penduduk tinggal jauh daripada laluan bas 11) Kos bahan api meningkat: tambang bas sekolah/awam/ekspress meningkat 12) Kenderaan lama: tidak selesa-panas-asap banyak-rosak-penumpang lambat sampai ke destinasi, bunyi bising Nilai atau unsur patriotisme jangan dilupa. Boleh diselit di mana-mana. Antara contoh paling mudah. Nilai bertanggung jawab oleh pemandu pengangkutan awam terutamanya bas dan teksi untuk sentiasa berhati-hati semasa memandu. Kita pengguna jalan raya di ...... hendaklah bekerjasama untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam di sini. Huraikan poin-poin yang berkaitan masalah pengangkutan awam di kawasan kajian sahaja. Anda boleh mencari dan mendapat maklumat lebih cepat di internet dengan menaip ' masalah pengangkutan awam, pengangkutan awam dan pencemaran atau pengangkutan dan kesesakan lalu lintas, pengangkutan awam dan kemalangan, dan sebagainya'. Memang banyak bantuan seperti Dewan Masyarakat Ogos 2012..... Blog BMBM......Utusan.com. 8.5 Cadangan Mengurangkan Masalah Perkembangan Pengangkutan di Kawasan Kajian. Huraikan 5 cadangan diikuti penerapan nilai murni atau unsur patriotisme. Anda telahpun mengkaji masalah-masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian anda. Sekarang anda perlu mencadangkan bagaimana mengurangkan masalah-masalah tersebut. Adakalanya 4 cadangan boleh diberikan bagi satu masalah sahaja, contohnya: untuk pencemaran udara, bolehlah anda cadangkan kuatkuasakan undang-undang, kempen alam sekitar, pendidikan alam sekitar, penggunaan tanpa plumbum, penapis asap dan penggunaan bahan api

alternatif. Nah, sudah cukup lebih 5 cadangan. Tambah nilai / unsur patriotisme, sudah boleh dapat markah penuh (kalau huraiannya bagus). Nilai atau unsur tidak boleh berdiri sendiri. Jika calon tulis nilai sahaja tanpa huraian = 0 markah. Walau bagaimanapun, anda mungkin berminat untuk memberi cadangan lain untuk mengurangkan masalah keselamatan penumpang terancam (pemandu memandu laju, tidak mengikut peraturan jalan raya), anda boleh cadangkan kuat kuasa undang-undang (sumber: Wikipedia.."satu kesalahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu secara melulu dan berbahaya hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain dan boleh dihukum penjara hingga lima t ahun atau denda minimum RM5,000 atau kedua-duanya" dan kursus pemanduan berhemah. Cadangan-cadangan yang disenaraikan ialah: 1) Kuat kuasa undang-undang -tindakan tegas diambil terhadap pemilik bas sekolah/mendenda syarikat bas dan teksi yang mengeluarkan asap kotor. Denda/ penjara pemandu yang melakukan kesalahan berulangulang. 2) Kempen alam sekitar ie Kempen berkongsi kereta, kempen menggunakan basikal, Kempen berjalan kaki (pelajar yang dekat dengan sekolah) 3) Pendidikan alam sekitar 4) Penggunaan petrol tanpa plumbum - menggalakkan lori dan bas menggantikan diesel dengan petrol tanpa plumbum-mengurangkan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan ke udara 5) Penapis asap / Catalytic converter-kurangkan pengeluaran asap merbahaya-kenderaan seperti bas atau lori yg menggunakan minyak diesel digalakkan menggunakannya. 6) Dasar pembangunan kerajaan - sistem tiket bersepadu-1 tiket 1 Perjalanan, Mempertingkatkan perkhidmatan bas pengantara ke stesen rel, Menambah tempat letak kereta di stesen rel utama, Sistem Pengangkutan Pintar (ITS), menambahkan kapasiti pengangkutan bas awam, menambahkan laluan bas dan sebagainya. Baca di sini "Mempertingkatkan pengangkutan awam bandar" .. 7) Mengurangkan kos operasi (contoh; subsidi diesel dan alat ganti) Kerajaan memberi subsidi diesel kepada pemandu teksi dan bas agar tambang dapat dikurangkan. 8) Penggunaan bahan api alternatif (guna bahan api mesra alam, contoh; diesel diganti dengan NGV, elektrik, tenaga suria). Kurangkan pencemaran udara akibat pelepasan asap hitam dari kenderaan bermotor. 9) Kursus pemanduan berhemah (klik link yang diberikan sebelum ini)
*

Nota: Cadangan mesti berkaitan dengan masalah yang terdapat di kawasan kajian. Nilai atau unsur patriotisme seperti bersyukur, berbangga, bertanggung jawab, bekerjasama mencintai, dan lain-lain boleh dipupuk. Saya bersyukur pelbagai langkah sedang dijalankan oleh pelbagai pihak untuk menjaga alam sekitar ... Saya berharap semua pemandu bas awam akan berhatihati dan bertanggungjawab dalam pemanduan mereka untuk memastikan kemalangan tidak berlaku. Nilai-nilai yang dipupuk mestilah sesuai dengan mana-mana huraian dalam aspek 8.5 ini.

Untuk menyediakan bahan grafik untuk dapatan kajian, sila baca di sini.. Cara menulis Rumusan Dapatan Kajian, Sila klik di sini...

Contoh esei lengkap Kerja Kursus / Folio Geografi Kertas 2, PMR 2013, Tajuk Pengangkutan Awam
Ini adalah sebagai panduan untuk calon-calon PMR dalam menyiapkan kerja kursus masing-masing. Tugasan ini mestilah dibuat mengikut panduan dan kriteria penskoran seperti yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Gunakan dokumen ini sebagai rujukan dan panduan PENGANGKUTAN AWAM : SIRI BIMBINGAN LENGKAP KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2013

BIMBINGAN PENULISAN KERJA KURSUS GEOGRAFI TINGKATAN 3 : 2013 (KKG PMR 2013): Tajuk tugasan KKG PMR 2013 telahpun diumumkan di laman Lembaga Peperiksaan Malaysia . Terdapat 2 tajuk tugasan yang boleh dipilih iaitu Pengangkutan Awam atau Kegiatan Penternakan. Berdasarkan maklum balas yang saya terima, majoriti calon memilih tajuk Pengangkutan Awam berbandingKegiatan Penternakan di kawasan kajian. Hal ini berkemungkinan bahan dan maklumatnya lebih mudah diperolehi samada melalui pemerhatian atau rujukan. Tajuk Pengangkutan Awam di kawasan kajian adalah merujuk sistem pengangkutan awam yang sedia terdapat di kawasan yang dikaji semata-mata, bergantung kepada lokasi kawasan kajian berkenaan. Saya akan cuba membimbing pelajar-pelajar PMR 2013 untuk menyiapkan Kerja Kursus Geografi PMR tahun ini yang merupakan tahun terakhir format KKG seperti ini dijalankan.

1. TAJUK: Calon dikehendaki menjalankan kajian terhadap pengangkutan Awam di kawasan tempat tinggal anda atau kawasan kajian. Tulis dengan lengkap nama kawasan kajian. Contoh: Pengangkutan Awam di Kawasan Taman Jelutong , Daerah Kulim, Kedah. Satu kajian geografi. 2. SENARAI Ada Perkara Halaman 1 bermula / dari Butiran aspek dan Perumahan Bukit

KANDUNGAN: Halaman. penghargaan.

Contoh: Pengangkutan Awam di Kawasan Taman Perumahan Bukit Jelutong , Daerah Kulim, Kedah. Satu Kajian Geografi. Bil. Perkara Halaman 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Penghargaan Pendahuluan Objektif Kawasan Kajian Kaedah kajian Dapatan Kajian Rumusan Lampiran Rujukan 1 2 3 4 7 8 - 16 17 18 19

PENGHARGAAN: Pelajar dapat menyatakan dan menerangkan sebab musabab penghargaan kepada lima pihak iaitu Pengetua (nama & sebab)+ Guru mata pelajaran (nama & sebab) + Ibu bapa / penjaga (nama & sebab) + Rakan-rakan (nama-nama & sebab) + Pihak luar / responden. Pelajar perlu menyatakan nama yang lengkap, dan mengapa penghargaan itu diberikan. Kesalahan lazim yang ditemui: Calon hanya menulis nama yang tidak lengkap, contohnya, Pengetua sekolah saya ( sepatutnya Pengetua SMK Taman Jelutong, Kulim, Kedah Puan Hajjah Arifah bt Abdul Kadir), Cikgu Dzia (Sepatutnya En Dziauddin bin Ab. Mutalib), Pn. Alia (sepatutnya Puan Alia binti Samsudin), Tn H Rahim (Sepatutnya Tuan Haji Rahim bin Jumat) PENDAHULUAN: Menamakan tajuk kajian

a. Contoh 1: Berdasarkan kawasan tempat tinggal : Pengangkutan Awam di Kawasan Taman Perumahan Jalan Paya Besar - Lunas , Daerah Kulim, Kedah. Satu kajian geografi.

b. Contoh 2: Berdasarkan kawasan sekolah / asrama : Pengangkutan Awam di Kawasan Taman Perumahan Bukit Jelutong , Daerah Kulim, Kedah. Satu kajian geografi. Pelajar perlu menerangkan sebab-sebab pemilihan kawasan kajian : Pelajar menyatakan Tempoh masa kajian dijalankan iaitu 8 minggu atau 2 bulan . Nota: Sebab-sebab pemilihan kawasan kajian perlu berkaitan dengan tajuk dan nyatakan lebih daripada 1 sebab. contoh: Saya telah memilih .............. sebagai kawasan kajian KKG 2013 kerana untuk mengenal pasti konsep dan jenis pengangkutan awam yang terdapat di kawasan ..................... itu. Melalui kajian ini, saya akan dapat mengenalpasti kepentingan pengangkutan awam , masalah-masalah yang dihadapi dan cadangan-cadangan untuk mengatasi permasalahan pengangkutan awam di kawasan .................... tersebut. Kajian ini mengambil masa selama 8 minggu untuk disiapkan. Sepanjang tempoh perlaksanaan kajian, saya telah dapat menimba pengalaman dan memperoleh pengetahuan yang berfaedah berkaitan bidang geografi kawasan tempatan. OBJEKTIF: Pelajar dapat menerangkan Konsep Pengangkutan Awam di kawasan kajian . Contoh : Saya dapat mentakrifkan konsep pengangkutan awam di Kawasan .................... dengan lengkap dan jelas. Pelajar dapat mengenalpasti jenis-jenis pengangkutan awam . Contoh ) Saya dapat menerangkan/menghuraikan/menjelaskan jenis-jenis pengangkutan awam yang terdapat di kawasan ........................., Daerah........... Negeri ........... dengan lengkap dan jelas. Kepentingan perkembangan pengangkutan awam Contoh) Saya dapat menerangkan / menjelaskan kepentingan pengangkutan awam di kawasan ....................... dengan jelas. Pelajar dapat mengenalpasti masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian. Contoh : Saya dapat menghuraikan/menerangkan/menjelaskan masalah pengangkutan awam di kawasan ........................., Daerah ...................... Negeri .................. Pelajar dapat memberi cadangan untuk mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian . Contoh : Saya dapat menghuraikan/menerangkan/menjelaskan cadangancadangan mengurangkan masalah pengangkutan awam di

............................... Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian iaitu 6) memupuk nilai murni / unsur patriotisme dalam dapatan kajian / melalui kajian tentang pengangkutan awam di kawasan kajian Nota: a. *Objektif kajian mesti dimulakan dengan kata kerja yang sesuai seperti mentakrifkan / menyatakan / menerangkan / menghuraikan b. Bilangan isi utama untukcadangan untuk mengatasi masalah mestilah bersesuaian dengan masalah pengangkutan awam yang dikemukakan. KAWASAN KAJIAN. Terdapat 3 bahagian dalam aspek ini iaitu (1)huraian kawasan kajian, (2)peta zon/daerah/bahagian dan (3) peta kawasan kajian. a) HURAIAN KAWASAN KAJIAN TERMASUK: Nama kawasan kajian mesti ditentukan dengan jelas. Contoh: Pekan Padang Serai, Pekan Lunas, Pekan Kilang Lama, Taman Selasih dan lain-lain yang bersesuaian. Latar belakang / sejarah kawasan kajian: Lokasi kawasan kajian: Rujuk kedudukan kawasan kajian dalam peta daerah anda Pandang darat fizikal kawasan kajian seperti keadaan bentuk muka bumi: tanah pamah beralun, dataran, lembah sungai, berbukit, tanah tinggi, pinggir laut. Jenis tumbuhan semula jadi: berpaya, semak-samun, pokok-pokok kecil, rumput, lalang, dikelilingi hutan dan sebagainya. Jarak dari bandar / pekan terdekat iaitu jarak mutlak / jarak relatif Contoh jawapan: Saya tinggal di (No rumah dan alamat penuh), Rumah saya terletak di bahagian . (kedudukan mengikut arah mata angin di kawasan kajian). Kedudukan Lokasi: Kawasan Padang Serai terletak di bahagian utara Daerah Kulim dan bersempadan dengan Daerah Seberang Perai Tengah. Pekan Padang Serai terletak 22 km dari Kulim, 30 km dari Sungai Petani, 12 km dari Tasek Gelugor dan 20 km dari Kepala Batas, Pulau Pinang. Liputan kawasan kajian ini meliputi Mukim Sidam Kanan dan Mukim Naga Lilit. Secara umumnya, keluasan kawasan kajian lebih kurang 5 km/persegi. Bentuk Fizikal kawasan: Secara umumnya, bentuk muka bumi kawasan Padang Serai merupakan kawasan tanah pamah rendah beralun diselangselikan dengan bukit-bukit kecil yang banyak terdapat di sini. Kawasan tanah pamah di sini mempunyai ketinggian antara 10 20 meter. Merujuk batu aras yang dicatatkan, Permatang Durian / Naga Lilit (7.25 m), Permatang Tok Dik (10.49m) dan Padang Serai (10.79m). Keadaan ini menunjukkan

kawasan berkenaan merupakan tanah pamah yang rendah dan mempunyai beberapa kawasan berbukit rendah yang beralun. Hampir kebanyakan kawasan ini memperlihatkan bentuk muka bumi yang beralun. Kawasan bukit-bukit kecil yang rendah dan sederhana dapat dilihat di kawasan bahagian tenggara Padang Serai terutama di kawasan Bukit Sarang Ayam (95m) di Mukim Sungai Seluang , Bukit Naga Lilit (75m), Bukit Victoria (55m), Bukit Tok Karim (75m) dan dan bukit-bukit kecil yang beralun di kawasan lain. Tanah tanih: Dari segi tanah tanih pula, sebahagian besar daripada kawasan yang dikaji terdiri daripada tanih laterit, selebihnya tanah jenis gambut dan tanah berpasir. Tanah tanih tersebut sangat sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit. Di kawasan pinggir Sungai Muda / Sungai Sidam yang agak rendah dan mempunyai tanah lanar hitam aluvium ( Kawasan Guar Lobak dan Tanjung Belit ) didapati lebih sesuai untuk tanaman padi. Sistem saliran: Sungai utama di kawasan Padang Serai ialah Sungai Muda / Sungai Sidam. Sungai Muda berpunca dari Daerah Baling/Sik dan mengalir ke laut melalui kawasan Sidam hingga ke Kuala Muda. Sungai ini merupakan sungai utama bagi Negeri Kedah. Sungai tersebut membekalkan air yang sangat penting untuk tujuan pertanian, minuman dan keperluan domestik. Selain itu, kawasan ini mempunyai banyak sistem saliran tali air yang dibina untuk tujuan pengairan pertanian. Apabila hujan lebat berterusan, kawasan tersebut amat mudah diserang banjir kilat. Sistem Pengangkutan Awam: Sistem pengangkutan utama di kawasan Padang Serai adalah sistem pengangkutan darat. Kepadatan penduduk di Pekan Padang Serai agak tinggi, melebihi 40,000 orang penduduk. Sebahagian besar penduduk menggunakan kenderaan sendiri untuk bergerak ke sesuatu tempat. Antara pengangkutan awam utama yang terdapat di sini ialah pengangkutan bas, van dan teksi. Di Pekan Padang Serai terdapat stesen bas awam, stesen teksi dan kereta sewa. Pengangkutan bas terdiri daripada bas berhentihenti, bas perjalanan terus (ekspress), bas persiaran, bas kilang dan bas sekolah. Perkhidmatan van lebih tertumpu kepada Van Kilang dan Van (Bas) Sekolah. Bilangan kereta sewa dan teksi adalah terhad kerana kurang mendapat sambutan masyarakat. PETA DAERAH DAN PETA KAWASAN. b) MENYEDIAKAN SATU Peta Daerah / Zon / Bahagian yang lengkap dengan: - tajuk dan nama kawasan kajian (1 m) - arah mata angin dan bingkai (1 m) Nota: Tandakan/kawasan kajian pada peta daerah/zon/bahagian. Tidak ada markah diberikan pada peta kawasan yang salah walaupun ada tajuk, bingkai, dan petunjuk

c) MELUKIS SATU PETA LAKAR KAWASAN KAJIAN yang tepat dan lengkap tajuk dan bingkai (1 m) - petunjuk dan arah mata - angin (1 m)- simbol piawai (1 m) - kekemasan dan- kesempurnaan peta- (1m) Nota: Aspek di atas ditunjukkan dalam halaman yang sama. Tidak ada markah diberikan pada peta kawasan yang salah walaupun ada tajuk, bingkai, dan petunjuk KAEDAH KAJIAN

o o o o

Jenis Kaedah Kajian : Rujukan Pemerhatian Temu bual Soal selidik Mana-mana 2 atau lebih kaedah kajian yang munasabah diterima. Mana-mana kaedah kajian hendaklah berkaitan dengan dapatan kajian dan rujukan Bilangan responden: Temu bual - minimum 3 orang Soal selidik - minimum 20 orang Soalan temu bual atau soal selidik hendaklah berkaitan dengan objektif kajian Jika tidak menulis kaedah kajian di dalam dapatan kajian= 0 markah. Kaedah kajian mesti dinyatakan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap aspek kajian. HASIL DAPATAN KAJIAN: KONSEP,JENIS, KEPENTINGAN, MASALAH & CADANGAN KURANGKAN MASALAH PENGANGKUTAN AWAM Dapatan Kajian merangkumi kepentingan, masalah dan perkembangan pengangkutan konsep, jenis pengangkutan awam, cadangan mengurangkan masalah awam di kawasan kajian calon.

Hasil Dapatan Kajian (HDP) adalah bahagian yang sangat penting dalam Kerja Kursus Geografi. Markah yang diperuntukkan untuk bahagian ini adalah sebanyak 25 markah. Calon perlu menulis laporan berkaitan data dan maklumat yang telah dikumpul berdasar kaedah kajian yang dilaksanakan. Laporan dapatan kajian calon mestilah dikaitkan dengan kaedah kajian, apa-apa maklumat yang anda huraikan mesti dinyatakan sumber/kaedahnya, sekurangkurangnya sekali bagi setiap aspek 8.1, 8.2, 8.3, 8.4 dan 8.5. Sila baca dengan teliti bimbingan yang disampaikan berikut. Dalam unit 8.1, Calon perlulah mentakrifkan konsep 'pengangkutan awam' dan menghuraikan jenis-jenis pengangkutan awam di kawasan kajian. 8.1 KONSEP PENGANGKUTAN AWAM hendaklah ditakrifkan dengan lengkap dan disertakan contoh yang relevan. Anda boleh merujuk internet ( contoh: Blog seraidamai, Wikipedia, blog), Kamus Pelajar Bahasa Melayu, Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Ensaiklopedia di perpustakaan sekolah anda serta buku-buku teks yang

berkaitan.

Contoh

Bila anda menulis tentang konsep pengangkutan awam, mulakan dengan Pengangkutan Awam menurut Blog Seraidamai adalah merujuk perkhidmatan kenderaan pengangkutan awam berbayar yang digunakan oleh masyarakat awam untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain. Pengguna dikehendaki membayar kos perkhidmatan pengangkutan tersebut. Sesetengah perkhidmatan menyediakan tiket sebagai resit bukti pembayaran. Perkhidmatan kenderaan pengangkutan awam berbayar ini merangkumi perkhidmatan bas, van, teksi, rapid transit dan LRT, monorel. Antara perkhidmatan pengangkutan awam jenis klasik termasuklah perkhidmatan kereta kuda, kereta lembu, beca dan lamca. Antara perkhidmatan lain termasuklah kapal terbang, feri dan keretapi. Kepentingan pengangkutan awam adalah berbeza-beza mengikut saiz lokasi. Kajian membuktikan bahawa perkhidmatan pengangkutan awam sangat penting di kawasan bandar yang padat dan sentiasa sesak dengan kenderaan, terutama di kawasan bandar utama. Perkhidmatan bas rapid dan teksi mendapat sambutan tinggi di kawasan Bandaraya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan Johor Baharu. Pemilihan pengangkutan awam dianggap pilihan terbaik untuk mengelakkan kesesakan, penjimat kos petrol dan faktor keselamatan serta keselesaan perkhidmatan. Di kawasan pinggir bandar dan pekan-pekan kecil, perkhidmatan bas lebih tertumpu kepada perkhidmatan bas awam, bas kilang, bas sekolah dan bas persiaran. Perkhidmatan van turut disediakan bagi mengangkut pekerja kilang dan murid-murid sekolah. Perkhidmatan teksi turut menyediakan perkhidmatan penghantaran jauh atau penghantaran segera. Perkhidmatan beca dan kereta sapu masih wujud di pekan-pekan kecil terutama di kawasan sempadan negara. "Berdasarkan Kamus Pelajar Bahasa Melayu / Wikipedia, pengangkutan awam ialah.......................". Takrif pengangkutan awam boleh ditulis dalam beberapa ayat. Nyatakan contoh-contoh pengangkutan awam yang terdapat di kawasan kajian seperti bas awam, bas sekolah, van sekolah, kereta api, LRT, KTM komuter, ERL, kapal terbang, kapal penumpang, feri, bot penambang dan sebagainya Umumnya: Pengangkutan awam: pengangkutan darat, laut dan udara-mengangkut orang ramai dan barangan-bukan kenderaan sendiri-disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta-mempunyai kadar tambang tertentu-mempunyai laluan tertentu 8.2 JENIS-JENIS PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN KAJIAN Anda hendaklah menerangkan jenis-jenis pengangkutan awam yang terdapat di kawasan kajian dengan jelas beserta contoh yang sesuai. Huraikan satu atau lebih, jenis pengangkutan awam yang terdapat di kawasan kajian anda sahaja. Contohnya, huraikan pengangkutan bas awam, bas sekolah, van sekolah, Kalau kawasan kajian anda tidak terdapat jenis pengangkutan tertentu seperti keretapi, kapal terbang dll anda tidak perlu menghuraikannya. Bila anda menulis tentang jenis pengangkutan awam di kawasan kajian anda, mulakan

dengan, "Daripada pemerhatian yang saya jalankan di kawasan kajian saya, terdapat beberapa jenis pengangkutan awam yang digunakan iaitu ......................................". Huraikan ciri-ciri satu jenis atau lebih pengangkutan awam. 1) Bas Awam: Nama bas (sebagaimana yang tertulis pada badan bas awam). Masa perkhidmatan paling awal dan paling akhir, Kekerapan (setiap x minit). Jalan-jalan utama yang dilalui. (Tandakan laluan bas awam pada peta kawasan kajian).Tambang perjalanan. 2) Bas/van sekolah: Warna bas sekolah, mengangkut berapa orang pelajar, kawasan mana kenderaan itu menjalankan perkhidmatan, berapa orang pemandu (ada pembantu) dan apa-apa maklumat tentang perkhidmatan bas sekolah yang anda naiki. 4) Teksi: Lokasi stesen teksi / atau tempat teksi menunggu penumpang di kawasan kajian. Tambang teksi dari kawasan kajian ke tempat lain atau dari tempat lain ke kawasan kajian. KEPENTINGAN PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN KAJIAN. Huraikan 4 kepentingan pengangkutan awam yang terdapat di kawasan kajian anda sahaja. Maklumat boleh diperolehi melalui pemerhatian, soal-selidik dan internet (Terdapat banyak maklumat di internet). Antara kepentingannya: Mengangkut barangan Sumber pendapatan Mengurangkan kesesakan. Peluang pekerjaan Ketersampaian Kemajuan industri sokongan Meningkatkan mobiliti penduduk Menjimatkan masa Mengangkut penumpang Menjimatkan kos Pelancongan Perdagangan

Pelajar perlu menghuraikan kepentingan jenis pengangkutan awam di kawasan kajian anda berdasarkan pemerhatian, temu bual atau soal selidik. Anda kembangkan poinpoin tersebut. Anda juga boleh menambah poin-poin anda sendiri dengan bimbingan guru-guru anda. Mulakan huraian dengan.. "Hasil daripada pemerhatian/temubual/soal selidik yang telah saya jalankan..............." CONTOH: 1) Mengangkut penumpang: Mengangkut pelajar (sekolah, kolej dan universiti) - pekerja (awam dan swasta), suri rumah dan penumpang lain. Bas awam- ke pelbagai destinasi - dengan pantas-elak kesesakan di jalanraya2)Mengurangkan kesesakan: a) kesesakan di jalan raya : penggunaan bas awam b) kesesakan dalam bas3) Meningkatkan mobiliti penduduk : Penduduk yang tidak mempunyai kereta sendiri / penduduk berpendapatan rendah bergantung kepada pengangkutan awam untuk bergerak dari suatu tmpat ke tempat yang lain dengan mudah. Memudahkan pelajar sekolah yang ibubapa tiada kenderaan sendiri, pergi ke sekolah. 4) Menjimatkan kos: Kos menaiki bas awam atau kereta api elektrik lebih murah berbanding menaiki kereta sendiri - tidak perlu bayar tempat letak kereta - tidak perlu bayar tol - menjimatkan perbelanjaan rumah. 5) Peluang pekerjaan: mewujudkan pekerjaan seperti pemandu teksi, pemandu bas, penjual tiket dsbmeningkatkan taraf hidup penduduk. 6) Setelah anda menghuraikan mana-mana kepentingan (jangan lupa nyatakan kaedah yang digunakan iaitu rujukan/soal selidik/pemerhatian/temubual), tulis nilai murni atau unsur patriotisme yang dipupuk untuk mendapat markah penuh. Nilai murni ialah semua nilai yang anda belajar dalam pendidikan moral. Nilai boleh ditulis di mana-mana isi dan tidak semestinya di bahagian akhir setiap aspek kajian. Nilai atau unsur tidak boleh berdiri sendiri. Jika calon tulis nilai sahaja tanpa huraian = 0 markah. Unsur patriotisme ialah seperti berbangga, bersyukur, mencintai negara.. Contohnya, 'saya bersyukur pengangkutan awam di kawasan kajian saya telah memberi banyak faedah dari segi mobiliti, kos dan masa kepada penduduk setempat.' atau 'Penduduk di kawasan kajian bersyukur kerana kemudahan kereta api elektrik disediakan berhampiran dengan tempat tinggal mereka...

' Siapa yang bersyukur? Anda pelajar, penduduk kawasan kajian dan pengguna pengangkutan awam, pemandu kenderaan..MASALAH PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN KAJIAN. Huraikan 5 masalah diikuti penerapan nilai murni atau unsur patriotisme. Apakah langkah-langkah yang sesuai dilaksanakan untuk mengetahui masalah-masalah di kawasan kajian anda? Melalui kaedah pemerhatian, temubual atau soal selidik. Melalui pemerhatian: Bagi yang selalu menaiki pengangkutan awam di kawasan kajian, mungkin dapat memerhatikan masalah-masalah seperti pencemaran udara dan bunyi, kesesakan lalu lintas, keselamatan anda terancam, lambat sampai dan lain-lain. Temubual ibu bapa, jiran-jiran, guru-guru atau penumpang-penumpang yang menaiki pengangkutan awam di kawasan kajian Sediakan borang soal-selidik dengan bimbingan guru anda dan edarkan kepada 20 orang responden. Apakah masalah paling kerap 'ditanda' dalam borang tersebut? Anda boleh bina jadual dan graf hasil maklumat yang diperolehi dari borang soal selidik. 1) Pencemaran udara: Penggunaan diesel oleh bas dan lori-hasilkan jelaga hitam semasa pelepasan asap ekzos. (Sumber:Wikipedia) Penyelenggaran bas, teksi, lori kurang baik-keluarkan asap kotor. 2) Kesesakan lalu lintas: Contohnya, Jalan Padang Serai Lunas Kulim (Jalan Persekutuan 136) masih lagi jalan bertaraf jalan persekutuan 2 lorong. Kesesakan sering berlaku jika ada kemalangan atau kenderaan tertentu bergerak terlalu perlahan. Kekurangan bas awam-bas tidak ikut jadual-galakkan peggunaan kereta persendirian-meningkatkan kesesakan lalu lintas 3) Pencemaran bunyi: enjin diesel lebih bising drp[ enjin petrol. Bunyi yang dikeluarkan oleh kereta api (yang melalui kawasan kediaman), kapal terbang (kawasan berhampiran apabila berlepas atau ingin mendarat), bot penambang-menjejaskan keselesaan penumpang atau penduduk yang tinggal berdekatan landasan kereta api. Bas/van sekolah/awam lama-keluarkan bunyi tidak menyenangkan 4) Jangkamasa lama: Perjalanan bas lama-'Bas henti-henti"-bas sesak macam sardin-penumpang menunggu lama. Bas lewat. -tiada sistem tiket bersepadu-barisan membeli tiket panjang-perjalanan terganggu/tidak cepat. Perjalanan bas sekolah lamapemandu berhenti di tempat tinggal pelajar-pelajar terpaksa bangun awal (nyatakan masa) 5) Tambang mahal: tambang LRT mahal-tidak boleh selalu digunakan-hanya bila perlu sahaja, tambang bas sekolah mahal (nyatakan harga)-kalau ramai anakmembebankan ibu bapa.

6) Kemalangan-sikap pemandu kurang berhati-hati, mengantuk semasa memandu, memandu secara merbahaya. 7) Keselamatan penumpang terancam: pemandu bas atau teksi memandu secara merbahaya. Kes jenayah-rompak, rogol, bunuh (seperti dalam akhbar)-bas berhenti di tempat kurang selamat - lokasi stesen bas jauh dari kawasan perumahan. Ramai penduduk tinggal jauh daripada laluan bas henti-henti. 8) Penipuan: sikap pemandu teksi tidak bertanggung jawab-tidak menggunakan meter-pemandu teksi kenakan tambang sesuka hati-lebih mahal terutama pada pelancong. 9) Darjah ketersampaian rendah: LRT, KTM komuter, monorel-laluan tertentutidak meliputi semua kawasan. Kapal terbang hanya terbang ke destinasi-destinasi tertentu sahaja. Laluan bas henti-henti terhad-tidak meliputi kawasan yang luas-ramai penduduk tinggal jauh daripada laluan bas 10) Kos bahan api meningkat: tambang bas sekolah/awam/ekspress meningkat 11) Kenderaan lama: tidak selesa-panas-asap banyak-rosak-penumpang lambat sampai ke destinasi, bunyi bising Nilai atau unsur patriotisme jangan dilupa. Boleh diselit di mana-mana. Antara contoh paling mudah. Nilai bertanggung jawab oleh pemandu pengangkutan awam terutamanya bas dan teksi untuk sentiasa berhati-hati semasa memandu. Kita pengguna jalan raya di ...... hendaklah bekerjasama untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam di sini. Huraikan isi-isi yang berkaitan masalah pengangkutan awam di kawasan kajian sahaja. Anda boleh mencari dan mendapat maklumat lebih cepat di internet dengan menaip ' masalah pengangkutan awam, pengangkutan awam dan pencemaran atau pengangkutan dan kesesakan lalu lintas, pengangkutan awam dan kemalangan, dan sebagainya'. CADANGAN MENGURANGKAN MASALAH PENGANGKUTAN DI KAWASAN KAJIAN. PERKEMBANGAN

Huraikan 5 cadangan diikuti penerapan nilai murni atau unsur patriotisme. Anda telahpun mengkaji masalah-masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian anda. Sekarang anda perlu mencadangkan bagaimana mengurangkan masalah-masalah tersebut. Adakalanya 4 cadangan boleh diberikan bagi satu masalah sahaja, contohnya: untuk pencemaran udara, bolehlah anda cadangkan kuatkuasakan undangundang, kempen alam sekitar, pendidikan alam sekitar, penggunaan tanpa plumbum, penapis asap dan penggunaan bahan api alternatif.

SILA PASTIKAN CADANGAN YANG DIKEMUKAKAN TERSEBUT ADALAH BAGI MENYELESAIKAN MASALAH YANG TELAH DINYATAKAN PADA UNIT SEBELUM INI. Tambah nilai / unsur patriotisme, sudah boleh dapat markah penuh (kalau huraiannya bagus). Nilai atau unsur tidak boleh berdiri sendiri. Jika calon tulis nilai sahaja tanpa huraian = 0 markah. Calon boleh juga memberi cadangan lain untuk mengurangkan masalah keselamatan penumpang terancam (pemandu memandu laju, tidak mengikut peraturan jalan raya). Calon boleh cadangkan kuat kuasa undang-undang (sumber: Wikipedia.."satu kesalahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu secara melulu dan berbahaya hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain dan boleh dihukum penjara hingga lima tahun atau denda minimum RM5,000 atau kedua-duanya" dan kursus pemanduan berhemah. Cadangan-cadangan yang disenaraikan ialah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Pendidikan alam sekitar Kempen alam sekitar ie Kempen berkongsi kereta, kempen menggunakan basikal, Kempen berjalan kaki (pelajar yang dekat dengan sekolah) Kuat kuasa undang-undang -tindakan tegas diambil terhadap pemilik bas sekolah/mendenda syarikat bas dan teksi yang mengeluarkan asap kotor. Denda/ penjara pemandu yang melakukan kesalahan berulang-ulang. Penggunaan petrol tanpa plumbum - menggalakkan lori dan bas menggantikan diesel dengan petrol tanpa plumbum-mengurangkan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan ke udara Penapis asap / Catalytic converter-kurangkan pengeluaran asap merbahayakenderaan seperti bas atau lori yg menggunakan minyak diesel digalakkan menggunakannya. Dasar pembangunan kerajaan - sistem tiket bersepadu-1 tiket 1 Perjalanan, Mempertingkatkan perkhidmatan bas pengantara ke stesen rel, Menambah tempat letak kereta di stesen rel utama, Sistem Pengangkutan Pintar (ITS), menambahkan kapasiti pengangkutan bas awam, menambahkan laluan bas dan sebagainya. 7) Mengurangkan kos operasi (contoh; subsidi diesel dan alat ganti) Kerajaan memberi subsidi diesel kepada pemandu teksi dan bas agar tambang dapat dikurangkan. 8) Penggunaan bahan api alternatif (guna bahan api mesra alam, contoh; diesel diganti dengan NGV, elektrik, tenaga suria). Kurangkan pencemaran udara akibat pelepasan asap hitam dari kenderaan bermotor. 9) Kursus pemanduan berhemah (klik link yang diberikan sebelum ini) * Nota: Cadangan mesti berkaitan dengan masalah yang terdapat di kawasan kajian.

Nilai atau unsur patriotisme seperti bersyukur, berbangga, bertanggung jawab, bekerjasama mencintai, dan lain-lain boleh dipupuk. Saya bersyukur pelbagai langkah sedang dijalankan oleh pelbagai pihak untuk menjaga alam sekitar ... Saya berharap semua pemandu bas awam akan berhatihati dan bertanggungjawab dalam pemanduan mereka untuk memastikan kemalangan tidak berlaku. Nilai-nilai yang dipupuk mestilah sesuai dengan mana-mana huraian dalam aspek 8.5 ini. BAHAN GRAFIK UNTUK KAJIAN PENGANGKUTAN AWAM Antara bahan grafik yang boleh digunakan ialah jadual, graf, carta pai, peta minda dan peta aliran. Hasil soal selidik tentang Jenis-jenis pengangkutan awam di kawasan kajian, Kepentingan, Masalah-masalah dan Cadangan mengurangkan Masalah Pengangkutan Awam di kawasan kajian boleh menghasilkan data. Data ini kemudian disampaikan dalam bentuk jadual dan graf. Ingat, tulis tajuk jadual dan sumber data/maklumat. (Tulis di bawah jadual : Sumber: Hasil soal selidik terhadap 20 responden di kawasan kajian.) Graf yang lengkap pula, ada tajuk paksi X dan paksi Y, serta tajuk graf (tidak perlu nyatakan sumber seperti pada jadual). Setiap graf mesti bersertakan 1 jadual yang menunjukkan data terkumpul. Ada jadual tidak semestinya ada graf. Jika di kawasan kajian terdapat beberapa jenis pengangkutan awam, anda boleh mendapat maklumat tentang bilangan responden yang menaiki jenis pengangkutan awam tersebut. Contohnya, daripada 20 orang responden, terdapat 10 orang pernah menaiki KTM komuter, 5 orang menaiki bas awam dan 15 orang pernah menaiki teksi. Jumlah keseluruhan tidak semestinya 20 orang.Bina jadual dan lukis graf mudah daripada data ini di bahagian aspek 8.2 Jenis Pengangkutan Awam di Kawasan Kajian. Calon juga boleh mempersembahkan carta pai. Carta pai yang baik dilukis mengikut sudut pai yang tepat. Data ditulis dalam bentuk peratus. Label setiap sektor dengan peratus bukan nilai sudut. Jangan lupa petunjuk dan tajuk carta pai. Apabila ada carta pai, mesti ada jadual. Mengikut setengah buku teks, bahagian yang paling besar dilukis dahulu, diikuti yang kedua besar dan akhir sekali, bahagian yang terkecil. Kalau menggunakan komputer, urutan begini tidak dapat dibuat. Tidak mengapa. Hasil rujukan atau soal selidik tentang kepentingan / jenis / masalah atau cadangan mengurangkan kesan boleh juga disampaikan dalam bentuk peta minda. Untuk mendapat markah penuh bagi peta minda, perlu ada tajuk, idea utama dan maklumat. Jangan lupa tanda anak panah menghubungkan idea utama dan maklumat.

Minimum bahan grafik yang diperlukan ialah dua sahaja. Contohnya, jadual dan graf. Jadual dan carta pai. Jadual dan peta minda. Jadual dan rajah aliran. Peta minda dan rajah aliran. Bahan grafik boleh dimasukkan dalam mana-mana bahagian aspek 8.2 hingga 8.5 yang berkaitan. Jika anda membina jadual dan melukis graf tentang pendapat responden utk masalah pengangkutan awam, masukkan kedua bahan grafik ini di bahagian aspek 8.4. RUMUSAN KAJIAN PENGANGKUTAN AWAM Calon boleh menulis RUMUSAN dalam ayat anda sendiri tetapi yang penting rumusan anda adalah berdasarkan setiap objektif yang anda hendak capai. Rumusan ialah ringkasan yang tepat daripada setiap aspek/bahagian telah dihuraikan dalam dapatan kajian . Terdapat minimum satu perenggan dalam rumusan. Rumuskan laporan dapatan kajian dari bahagian Konsep pengangkutan awam ' sehingga 'Cadangan-cadangan mengurangkan masalah-masalah..'. Bagaimana caranya? Baca semula senarai objektif-objektif yang hendak dicapai sebelum ini. 'Jawab' setiap objektif dalam satu atau dua ayat sahaja. Selalunya satu ayat sudah memadai. Selepas itu, terapkan nilai atau unsur patriotisme yang sesuai. Nilai/unsur patriotisme boleh dihuraikan secara umum. Markah penuh tidak akan diberi tanpa penerapan nilai atau unsur patriotisme.'pengangkutan awam ialah..........Jenis pengangkutan awam yang terdapat di kawasan kajian saya ialah.........Pengangkutan awam adalah penting di ........ kerana ia meningkatkan mobiliti penduduk terutama yang tidak mempunyai kenderaan. Kepentingan lain ialah......., ........., ........... dan ............. Walaubagaimanapun, penduduk di ........ menghadapi beberapa masalah berkaitan pengangkutan awam seperti ........., ........., .......... dan ............. Saya mencadangkan beberapa langkah/perkara untuk mengurangkan masalah2 tersebut seperti ......, ........, ........., ......... dan ......... Saya berharap pihak ..... akan perihatin terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh ........ di ........ Saya bangga kerana pihak ....... berusaha memperbaiki perkhidmatan .......... di .......... Rumusan di atas adalah ringkas sahaja. Anda boleh menambah sedikit huraian anda sendiri seperti dalam ayat yang berkaitan dengan kepentingan di atas, untuk aspek masalah dan cadangan. Kredit Kpd http://seraidamai.blogspot.com Dengan Sedikit Sentuhan Dari Perling Putih

Read more: http://rossacalla.blogspot.com/2013/06/contoh-lengkap-folio-kerjakursus.html#ixzz2XoYTwyLh

Contoh esei lengkap Kerja Kursus / Folio Geografi Kertas 2, PMR 2013, Tajuk - Pengangkutan Awam
Follow us: @rossacalla on Twitter | PerlingPutih on Facebook Ini adalah sebagai panduan untuk calon-calon PMR dalam menyiapkan kerja kursus masing-masing. Tugasan ini mestilah dibuat mengikut panduan dan kriteria penskoran seperti yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Gunakan dokumen ini sebagai rujukan dan panduan PENGANGKUTAN AWAM : SIRI BIMBINGAN LENGKAP KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2013

Read more: http://rossacalla.blogspot.com/2013/06/contoh-lengkap-folio-kerjakursus.html#ixzz2XoYTwyLh Follow us: @rossacalla on Twitter | PerlingPutih on Facebook

Folio Geografi Tingkatan 3 2013 Pengangkutan Awam Di Saujana Impian

SENARAI KANDUNGAN Bil 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 a) b) c) 6.0 7.0 8.0 9.0 Isi Kandungan Penghargaan Pendahuluan Objektif kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Kaedah Pemerhatian Kaedah Temubual Kaedah Rujukan Dapatan kajian Rumusan Lampiran Rujukan Mukasurat

1.0 PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dariNya, maka saya telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Geografi PMR 2013 dengan jayanya. In Sha Allah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa hadapan.

Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Pengetua iaitu Puan Hajjah Zaiton Binti Ismail kerana membenarkan saya menjalankan kerja kursus Geografi dengan jayanya.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Pn. Noorliza Abdul Karim iaitu guru geografi kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar tentang caracara membuat kajian mengikut kriteria yang ditetapkan. Beliau turut membantu menyemak data, laporan dan membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu ayahanda Hamidon Bin Amran dan bonda Jamilah Binti Hassan yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit.

Sekian, terima kasih.

2.0 PENDAHULUAN

Menamakan tajuk kajian iaitu Pengangkutan awam di Taman Saujana Impian,Kajang,Selangor.

Sebab-sebab pemilihan kawasan kajian: Saya memilih Saujana Impian sebagai kawasan kajian kerana ia mempunyai pelbagai jenis pengangkutan awam. Saya juga ingin mengkaji masalah-masalah pengangkutan awam di kawasan kajian ini yang juga merupakan tempat tinggal saya. Tempoh masa kajian dijalankan iaitu 4 bulan daripada bulan Februari hingga bulan

Mei

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk:

a)

Untuk mengenalpasti jenis-jenis pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian saya iaitu Saujana Impian,Kajang, Selangor.

b)

Untuk menghuraikan dengan lebih jelas faktor-faktor yang mempengaruh jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian.

c)

Untuk mengetahuai dengan lebih jelas kepentingan jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian.

d)

Untuk mengenalpasti kesan-kesan perkembangan jaringan sistem pengangkutan terhadap alam sekitar di kawasan kajian.

e)

Untuk mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi masalah yang dihadapi di kawasan kajian

Melalui kajian ini saya berasa bersyukur kerana dapat mengetahui dengan lebih jelas mengenai jaringan sistem pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian saya seperti jenisjenis pengangkutan yang ada dan sebab-sebab ia dibina.

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah , Saujana Impian , Kajang , Selangor . Kawasan ini dibawah pentadbiran MPKJ . Dimajukan oleh Syarikat Negara Properties SDN BHD. Kawasan ini terletak di tengah-tengah kawasan yang begitu pesat dengan pembangunan. Pandang darat dari ciri budaya ialah kedai-kedai , taman perumahan , sekolah dan banyak lagi . Kawasan ini berada di kawasan tanah pamah dan beralun . Asal tapak perumahan ini adalah ladang getah yang dikenali sebagai Breamer Estate. Kini , Saujana Impian telah menjadi taman perumahan yang moden dan lengkap dengan kemudahan infrastruktur. Taman Saujana Impian terbahagi kepada beberapa sektor iaitu Impian Jaya ( Fasa 1 (Teres Dua Tingkat) & Fasa 2 (semi D)) Impian Gemilang ( Fasa 3A (semi D) & Fasa 3B (teres Dua tingkat)) Impian Indah (Fasa 4 (teres Dua tingkat)) Impian Murni (Fasa 5 (teres Dua tingkat)) Impian Kasih (Fasa 5 (teres Dua tingkat)) Impian Setia (Fasa 5 (teres Dua tingkat)) Rumah kedai 3 tingkat Impian Makmur (Fasa 7 ( Apartment kos rendah) Impian Sejati (Fasa 5 (teres Dua tingkat))

Jaringan Jalan Raya Apa yang menarik tentang Saujana Impian ini adalah jaringan lebuhrayanya yang serba lengkap menghubungkan penduduknya ke semua destinasi di Malaysia dengan mudah dan Efisyen. Penduduk di Saujana Impian mempunyai pilihan Lebuhraya berikut; PLUS Highway Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) Lebuhraya KESAS Grand SAGA

Sistem Lingkaran Kajang (SILK) KASEH - Kajang Seremban Highway yang dalam pembinaan Selain jaringan lebuhraya tersebut, kedudukan Saujana Impian bersebelahan dengan Padang Golf Impian Golf & Country Club turut menambahkan lagi glamournya kawasan ini. Selain Padang permainan Golfnya yang besar dan antara yang terbaik di Malaysia, reka bentuknya juga menjadi daya penarik. Terdapat 18 buah lubang kesemuanya (Par 72)termasuk Saujana Impian Driving Range bersebelahan dengan Impian Gemilang. Padang Golf ini telah direka bentuk oleh Ross C. Watson & Tze To Kok Yia

Pendidikan Terdapat dua sekolah kebangsaan dan dua sekolah menengah kebangsaan di kawasan Saujana Impian, iaitu : Sekolah Kebangsaan Saujana Impian I Sekolah Kebangsaan Saujana Impian II Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) Beberapa tadika yang ternama dan glamour juga terdapat di kawasan ini, iaitu Smart Reader Kids (03 8737 7757)yang merupakan pemegang Superbrands dan mempunyai certifikasi ISO, Q Dees dan Smart Learn.

Kemudahan Terdapat tiga buah surau di Saujana Impian, iaitu: Surau Saujana Impian. Terletak bersebelahan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, surau ini juga turut menjalankan sembahyang Jumaat pada setiap minggu. Terdapat pendapat yang menyatakn surau merupakan antara surau tercantik di Daerah Ulu Langat dan setanding masjidmasjid di Kajang. Surau Impian Gemilang di kawasan Impian Gemilang. Surau di Apartment Impian Makmur Manakala kariah Masjid adalah Masjid Jamek Pekan Kajang dan Masjid Sekolah Agama Persekutuan Bandar Terdekat Di Saujana Impian

Bandar terdekat di Saujana Impian ialah Kajang . Di Kajang , terdapat banyak pusat membelibelah , seperti Metro Kajang Plaza dan Metro Point . Kebiasaanya , penduduk Saujana Impian akan ke Kajang untuk membeli barang-barang keperluan . Contohnya , pada musim tahun baru , ibu bapa akan ke Ali Store untuk membeli baju sekolah dan akan ke cziplee untuk membeli buku rujukan anak-anak mereka . Di Kajang juga , terdapat banyak lot-lot kedai yang menjual pakaian , alat telekomunikasi , barang perhiasan dan pelbagai lagi .

KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan kaedah-kaedah kajian berikut : a) Pemerhatian : Meninjau dan memerhati jenis kenderaan yang terlibat.

b)

Rujukan: Internet untuk mendapat maklumat-maklumat yang berkaitan seperti maklumat jaringan sistem pengangkutan di Saujana Impian, data-data dan pelbagai maklumat yang lain.

c)

Buku teks: Buku Teks Tingkatan 3

Pelbagai kaedah kajian telah dibuat untuk mengkaji jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian. Antaranya ialah:-

a)

Kaedah Pemerhatian Kaedah ini penting untuk melihat apa yang ada di kawasan kajian seperti jenis- jenis sistem pengangkutan, petempatan, bentuk muka bumi dan lain-lain yang berkaitan dengan kajian saya. Semua yang dilihat akan dicatat dalam buku catatan untuk digunakan semasa membuat laporan kajian nanti. Pemerhatian dibuat dengan cara membuat tinjauan dan penglihatan kawasan kajian. Pemerhatian dibuat terhadap jenis kenderaan yang melalui jalan raya Taman Saujana Impian .

b)

Kaedah Temu Bual Temu bual dibuat dengan cara bertanya atau mengemukakan soalan, meminta pandangan atau pendapat daripada orang tertentu. Ini dilakukan secara tidak langsung atau secara langsung apabila bertemu dengan seseorang. Temu bual sering dibuat di rumah responden, di

perhentian bas dan teksi dan di mana-mana sahaja yang difikirkan boleh mendatangkan faedah. Biasanya temu bual ini dibuat dengan orang ramai , orang tua, dan penduduk di kawasan kajian.

c) Kaedah Rujukan Kaedah rujukan ialah cara membaca pelbagai bahan bacaan, menggunakan maklumat yang terdapat dalam peta, dan rujukan peta di perpustakaan . Bahan-bahan bacaan yang dibaca ialah buku teks, buku rujukan dan akhbar. Orang sumber seperti saudara mara, sahabat ibu bapa yang tinggal juga digunakan untuk memperoleh maklumat yang terkini tentang kawasan kajian. Merujuk dan mencari maklumat di internet seperti Google. Maklumat yang diperoleh itu dicatat dan kemudian dianalisis untuk dijadikan bahan dan isi kandungan kerja kursus. Rujukan daripada orang sumber amat penting dan banyak membantu untuk mengenali latar belakang kawasan kajian secara lebih terperinci. DAPATAN KAJIAN

8.1

KONSEP PENGANGKUTAN AWAM

Menurut Jabatan Penerangan Malaysia, Pengangkutan awam merupakan sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Pengangkutan awam darat pula meliputi pengangkutan seperti bas, teksi, kereta api, transit aliran ringan (LRT), KTM Komuter, KL Monorail, Express Rail Link (KLIA Express, KLIA Transit) . Contoh pengangkutan awam ialah , KTM Komuter , Teksi dan Bas Rapid KL .

8.2 JENIS-JENIS PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN KAJIAN

Daripada pemerhatian yang saya jalankan di kawasan kajian saya , terdapat beberapa jenis pengangkutan awam yang terdapat di kawasan kajian saya , terdapat beberapa jenis pengangkutan awam yang digunakan iaitu : 1) Bas Rapid KL : Kekerapan bas ini , setiap 10 minit . Masa perkhidmatan beroperasi bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 10 malam . Jalan-jalan utama yang dilalui di hadapan Tesco , Kajang . Tambang perjalanan mengikut jarak jauh . Kebiasaanya , RM 1.00 sahaja .

2)

Bas/van sekolah : Bas/van sekolah ini bewarna oren . Pemandu biasanya , mengangkut seramai 20 orang jika membawa van manakala 30 orang jika membawa bas sekolah . Bas/van sekolah ini memudahkan ibu bapa pelajar yang bekerja dan menjamin keselamatan para pelajar .

3)

Teksi : Teksi merupakan pengangkutan awam penduduk saujana Impian yang tidak mempunyai kenderaan sendiri kerana ia lebih mudah. Pada kebiasaanya penduduk saujana impian akan menghubungi pusat hentian teksi di kajang untuk mengambil mereka di kediaman dan seterusnya menghantar mereka ke destinasi yang hendak ditujui. Penduduk akan dikenakan kenderaan mengikut jarak jauh .

8.3 KEPENTINGAN PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN AWAM DI SAUJANA IMPIAN

Hasil daripada pemerhatian saya , terdapat banyak kepentingan pengangkutan awam di Saujana Impian . Pertama , pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan . Kesesakan di jalan raya dapat dielakkan dengan penggunaan bas awam , KTM komuter dan sebagainya . Penumpang tidak perlu menggunakan kereta sendiri . Hal yang demikian dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya . Kadangkala , kesesakan dalam bas turut wujud . Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan kereta api elektrik seperti KTM komuter , LRT dan lain-lain untuk mengurangkan kesesakan tersebut . Selain itu , pentingnya pengangkutan awam di Saujana Impian adalah kerana untuk mengangkut penumpang . Contohnya , mengangkut pelajar sekolah , kolej dan universiti manakala pekerja awam atau swasta dan penumpang lain . Bas Rapid KL memudahkan penduduk kerana ia pergi ke pelbagai destinasi . Dengan menaiki teksi , ia memudahkan penduduk untuk ke sesuatu destinasi. Tambahan lagi , dengan pengangkutan awam dapat meningkatkan mobiliti penduduk . Penduduk yang tidak mempunyai kereta sendiri / penduduk berpendapatan rendah bergantung kepada pengangkutan awam untuk bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain dengan mudah. Ia dapat memudahkan pelajar sekolah yang ibubapa tiada kenderaan sendiri dan pelajar pergi ke sekolah. Akhir sekali , pengangkutan awam dapat menjimatkan kos . Kos menaiki bas awam atau kereta api elektrik lebih murah berbanding menaiki kereta sendiri . Penduduk tidak perlu bayar tempat letak kereta . Mereka juga tidak perlu membayar tol dan menjimatkan perbelanjaan rumah.

Tuntasnya , saya bersyukur kerana pengangkutan awam di kawasan Saujana Impian memberi banyak faedah kepada penduduk . Dengan pengangkutan awam , ia memudahkan pergerakan saya untuk ke sesuatu tempat dan dapat menjimatkan kos perbelanjaan harian saya .

8.4 MASALAH PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN KAJIAN

Melalui soal-selidik yang saya jalankan ke atas 24 orang responden . Terdapat beberapa masalah pengangkutan awam telah dikenal pasti , Antaranya ialah :

JADUAL MASALAH-MASALAH PENGANGKUTAN AWAM DI SAUJANA IMPIAN .

MASALAH DIHADAPI PENCEMARAN UDARA KESELAMATAN PENUMPANG JANGKA MASA LAMA TAMBANG MAHAL KENDERAAN LAMA JUMLAH

BILANGAN 7 6 5 3 2 24

SUMBER DATA : 24 ORANG PENDUDUK SAUJANA IMPIAN

Melalaui soal selidik yang saya lakukan , masalah masalah pengangkutan awam yang terdapat di Saujana Impian antaranya , pencemaran udara . Pencemaran udara ini berpunca daripada Penggunaan diesel oleh bas dan lori. Ia menghasilkan jelaga hitam semasa pelepasan asap ekzos.

Seterusnya , masalah keselamatan penumpang . Pemandu bas atau teksi sering memandu secara merbahaya. Kes jenayah seperti merompak juga pernah berlaku . Bukan itu sahaja , kadangkala , pemandu bas berhenti di tempat kurang selamat dan brek secare mengejut. Nilai bertanggungjawab oleh pemandu pengangkutan awam terutamanya bas dan teksi untuk sentiasa berhati-hati semasa memandu perlu diterapkan . Selain itu , masalah yang dihadapi ialah jangka masa lama . Bas Rapid KL selalunya tidak menepati masa kerana sering lewat untuk sampai pada perhentian bas seterusnya . Perjalanan bas sekolah pula mengambil masa yang lama . Oleh itu , pemandu bas sekolah terpaksa mengambil pelajar se awal yang mungkin untuk mengelakkan kelewatan . Tambahan lagi , masalah pengangkutan awam di Saujana Impian ialah masalah tambang mahal . Contohnya , tambang bas sekolah yang mengenakan RM80 untuk seorang pelajar walaupun jarak tidak terlalu jauh . Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai , ia telah menjadi satu beban yang agak berat untuk mereka . Akhir sekali , masalah yang dihadapi ialah , pemandu menggunakan kenderaan yang lama . Pemandu tidak mengservis kenderaan yang dugunakan. Hal yang demikian menyebabkan penumpang kurang selesa untuk menaiki kenderaan terebut . Oleh itu , kita sebagai pengguna jalan raya di Saujana Impian , hendaklah bekerjasama untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam disini .

8.5 CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN MASALAH DI SAUJANA IMPIAN .

PENGANGKUTAN AWAM

Melalui pemerhatian saya , saya mencadangkan supaya mengutkuasakan undang undang bagi mengurangkan masalah pengangkutan awam yang berlaku . Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan sepatutnya mendenda pemandu teksi atau bas yang memandu secara berbahaya. Mengikut wikipidea "satu kesalahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu secara melulu dan berbahaya hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain dan boleh dihukum penjara hingga lima tahun atau denda minimum RM5,000 atau kedua-duanya" . Seterusnya , saya mencadangkan supaya pemandu pengangkutan awam digalakkan untuk mengunakan petroleum tanpa plumbum . Hal ini dapat mengurangkan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan ke udara .

Selain itu , saya juga turut mencadangkan supaya , pemandu bas atau lori yang mengunakan minyak diesel digalakkan supaya mengunakan penapis asap atau lebih dikenali sebagai Catalytic converter . Dengan penggunaanya , kita dapat mengurangkan pengeluaran asap merbahaya . Akhir sekali , cadangan yang saya boleh berikan ialah , pihak pengurusan perlu mengurangkan kos operasi . Hal yang demikian Pihak kerajaan perlu memberi subsidi seprti minyak diesel atau alat ganti yang banyak kepada pemandu pengangkutan awam agar tambang dapat dikurangkan . Walau apapun , saya bersyukur kerana pelbagai langkah sedang dijalankan oleh pelbagai pihak untuk menjaga alam sekitar sentiasa terjamin . Saya berharap semua pemandu bas awam akan berhati-hati dan bertanggungjawab dalam pemanduan mereka untuk memastikan kemalangan tidak berlaku.

RUMUSAN

Pengangkutan awam ialah istem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Jenis pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian saya ialah teksi , Bas Rapid KL dan van/bas sekolah . Pengankutan awam adalah penting di Saujana Impian kerana ia meningkatkan mobiliti penduduk terutama yang tidak mempunyai kenderaan sendiri . Kepentingan lain ialah , pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan jalan raya di Saujana Impian . Selain itu , ia juga dapat mengangkut penumpang seperti pelajar dan pekerja kilang dan dapat menjimatkan kos penduduk Saujana Impian . Walaubagaimanapun , penduduk di Saujana Impian menghadapi beberapa masalah berkaitan pengangkutan awam seperti , jangka masa lama , tambang mahal , keselamatan penumpang dan pencemaran udara . Saya mencadangkan beberapa langkah / perkara untuk mengurangkan masala-masalah tersebut seperti , menguatkuasakan undang-undang , penggunaan petrol tanpa plumbum , mengurangkan kos operasi dan menggunakan penapis asap / catalytic converter .

Saya berharap agar pihak berwajib akan prihatin terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk di Saujana Impian . Saya bangga kerana pihak berwajib berusaha memperbaiki perkhidmatan pengangkutan awam di Saujana Impian .

LAMPIRAN

1)

CONTOH PENGANGKUTAN AWAM :

2) 3)

Surat kebenaran membuat kajian Borang soal selidik

RUJUKAN

LAMAN WEB : - http://isyayy.blogspot.com/2013/03/rumusan-kajian-pengangkutan awam-di.html -http://en.wikipedia.org/wiki/Saujana_Impian

BUKU TEKS : . Buku teks tingkatan 2: Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Lim Jin Choon dan Ratnam Karuppiah Servai, 2003, Buku Teks Geografi Tingkatan 2, Kuala Lumpur, Percetakan Rina Sdn. Bhd. Buku teks tingkatan 3: Khaw Ah Seng, Habibah Hj Lateh, Tan Koh Lim, 2004, Buku Teks Geografi Tingkatan 3, Ipoh, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

You might also like