You are on page 1of 25

KANDUNGAN

1. Pengenalan 2. Konsep tatabahasa 2.2 Definisi Tatabahasa 2..2.1 Awang Sariyan 2.2.2 Abdullah Hassan 2.2.3 Siti Hajar Hj. Abdul Aziz 2.2.4 Salleh Mohd. Akib, Ismail Idris dan Hamzah Mahmood ms ms ms ms ms 3 ms ms

3. Kesilapan Umum Tatabahasa 3.1 Kesalahan dalam Penggunaan Kata Ganti Diri 3.2 Kesalahan dalam Penggunaan Kata Bilangan 3.3 Kesalahan dalam Penjodoh Bilangan 3.4 Kesalahan dalam Kata Sendi 3.5 Kesalahan dalam Kata Kerja 3.6 Kesalahan dalam Kata Hubung 3.7 Kesalahan dalam Perbendaharaan Kata 3.8 Kesalahan dalam Penggunaan Hukum D-M ms ms ms ms ms ms ms ms

4. Kesilapan Tatabahasa Dari Aspek Morfologi Dan Sintaksis 5. Analisis Aspek Kesantunan Bahasa 6. Refleksi 7. Lampiran

ms ms ms ms

[1]

1.0 Pengenalan Kadar celik huruf di kalangan penduduk Malaysia ialah 93 peratus. Namun, yang membimbangkan kita ialah sikap masyarakat, terutamanya remaja yang lebih gemar membaca bahan-bahan berbentuk picisan, iaitu bahan yang bersifat hiburan, seks, tahyul dan mistik seperti Mangga, URTV, Bacaria, Mastika dan lain-lain. Penggunaan Bahasa Melayu dalam majalah hiburan pada masa kini, berada pada tahap yang membimbangkan.

Antara kesan buruk yang timbul ialah membantutkan pembangunan negara. Kita akur bahawa pembangunan dan kecemerlangan negara hanya akan menjadi kenyataan apabila masyarakatnya berilmu. Apakah kita boleh mewujudkan masyarakat yang berilmu dengan hanya membaca bahan-bahan picisan? Dengan membaca bahan picisan, hidup mereka dipenuhi dengan aktiviti yang sia-sia, membazir dan membuang masa. Misalnya mereka sering menghadiri konsert, disko, pub, parti dan sebagainya. Sifat ini menjadikan mereka hanyut serta tiada masa lagi untuk memikirkan soal negara dan ilmu. Tanpa kesedaran ini, pembangunan dan masa depan negara diperjudikan.

Selain beberapa isu di atas, masalah pencemaran bahasa juga tidak dikecualikan. Masalah ini bukanlah baru malah sudah dibicarakan sejak tahun 1970-an lagi. Cuma keadaan bertambah tenat sekarang. Pencemaran bahasa dalam majalah hiburan termasuklah penggunaan bahasa yang bercampur baur antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dan kesilapan umum tatabahasa.

Sekian.

[2]

2.0 Falsafah tatabahasa 2.1 Konsep tatabahasa Bahasa Melayu ialah satu bahasa yang tersohor dan terkenal di Asia Tenggara.Dengan pengangkatan martabat bahasa Melayu melalui bahasa kebangsaan danbahasa rasmi malahan bahasa pengantar pendidikan menunjukkan betapa gagahperkasanya bahasa ini. Morfologi dan sintaksis merupakan komponen terpenting yangmendasari atau pegangan kepada pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayukhususnya di Malaysia dengan menggunakan tatabahasa.Secara amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasamenjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami oleh penggunanya.Oleh itu, bahasa dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yangtersendiri. Dengan itu, tatabahasa mestilah tepat, lengkap, tuntas, lugas dan mudahdifahami serta mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal.Tatabahasa dirujuk sebagai peraturan atau hukum bahasa yang menentukanbahasa dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Dengan perkataan lain,tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yangmeliputi bidang morfologi dan sintaksis. 2.2 Definisi Tatabahasa Di sini kita akan menyelusuri definisi tatabahasa yang dahulunya dikenali sebagai nahu.

2..2.1 Awang Sariyan Awang Sariyan dalam Ceritera Bahasa (2002) secara ringkas menyatakan tatabahasaialah peraturan yang membina bentuk-bentuk bahasa (kata, frasa dan ayat) yang betulbagi sesuatu bahasa tertentu. Contohnya, bahasa Melayu mempunyai peraturan-peraturan tersendiri untuk membentuk kata, frasa dan ayat. Peraturan atau tatabahasainilah yang menentukan salah betulnya sesuatu bentuk bahasa yang dilahirkan olehpenutur sesuatu bahasa, baik dalam ucapan mahupun tulisan.

[3]

2.2.2 Abdullah Hassan Abdullah Hassan dalam Tatabahasa Pedagogi Sekolah Menengah (2008) mendefinisikan tatabahasa sebagai susunan perkataan yang menjadi ayat. Cara-caraperkataan-perkataan dibina dan kemudian disusun dalam ayat yang juga mempunyaimakna. Cara-cara inilah dikatakan sebagai tatabahasa.

2.2.3 Siti Hajar Hj. Abdul Aziz Menurut Siti Hajar (1996), tatabahasa diertikan sebagai peraturan-peraturan bagaimanaperkataan dibentuk dan bagaimana perkataan-perkataan itu bergabung denganperkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat yang gramatis. Denganperkataan lain, tatabahasa ialah rentetan ucapan, pengelompokan sertapengklasifikasian unsur-unsur ucapan menurut fungsinya.

2.2.4 Salleh Mohd. Akib, Ismail Idris dan Hamzah Mahmood Menurut Salleh Mohd. Akib, Ismail Idris dan Hamzah Mahmood (1977), nahu atau tatabahasa ialah undangundang jalan bahasa, iaitu sistem yang tertentu dalamsesuatu bahasa yang dipatuhi penutur bahasa itu. Sistemsistem yang tertentu,umpama sistem bunyi dan bentuk-bentuk ayat yang betul, pengimbuhannya betul,maksudnya tentu, tepat dan gramatis. Sebagai kesimpulannya, tatabahasa ialah sistem atau peraturan ataupunundang-undang sesuatu bahasa yang diketahui oleh masyarakat penutur bahasa itu.Peraturan atau hukum-hukum dalam struktur bahasa itu akan menghasilkan rumus-rumus baru yang dipersetujui oleh masyarakat itu kerana bahasa itu sifatnya dinamik,hidup dan berkembang bersama-sama dengan masyarakat penuturnya.

[4]

3.0 Kesilapan Umum Tatabahasa - terdapat beberapa kesilapan umum tatabahasa yang seringkali dikesan. Iaitu :1. Kesalahan dalam Penggunaan Kata Ganti Diri 2. Kesalahan dalam Penggunaan Kata Bilangan 3. Kesalahan dalam Penjodoh Bilangan 4. Kesalahan dalam Kata Sendi 5. Kesalahan dalam Kata Kerja 6. Kesalahan dalam Kata Hubung 7. Kesalahan dalam Perbendaharaan Kata 8. Kesalahan dalam Penggunaan Hukum D-M

3.1 Kesalahan Dalam Penggunaan Kata Ganti Diri Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk merujuk diri orang tertentu iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga. Contoh : (a) kata ganti diri orang pertama: saya, aku, beta, daku, patik, kami, kita, dan hamba. (b) Kata ganti diri orang kedua : anda, engkau, awak, kamu, kalian, tuanku, dan dikau. (c) Kata ganti diri orang ketiga : ia, dia, mereka, baginda, beliau, dan -nya.

Di antara kata-kata ganti diri ini, ada yang membawa maksud tunggal (satu) dan ada yang membawa maksud jamak (lebih daripada satu). Setiap kata ganti diri mempunyai tugas atau fungsi yang berlainan.

[5]

Contoh Kesalahan:
1. 2. Kata beliau, dia, ia, kami, kita, dan mereka sering digunakan dengan salah.

Kata beliau tidak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau kanakkanak dan binatang. Contoh: Ali dihukum. Beliau ponteng sekolah. ( salah ) Ali dihukum. Dia ponteng sekolah. ( betul )

3.

Kata dia dan ia tidak boleh digunakan untuk binatang dan benda. Baju ini mahal. Ia diimport dari Itali. ( salah ) Baju ini mahal. Baju ini diimport dari Itali. ( betul ) Kata kami bererti saya dengan dia. Orang yang diajak bercakap tidak disertakan. Kita bererti anda dengan saya atau anda dengan kami. Orang yang diajak bercakap disertakan.

4.

Kami mesti memenangi perlawanan ini, kata Anas kepada Nazrul. ( salah ) Kita mesti memenangi perlawanan ini, kata Anas kepada Nazrul. ( betul ) Kata mereka tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang.

5.

Buku-buku ini tebal. Mereka Syimir baca. ( salah ) Buku-buku ini tebal. Buku-buku ini Syimir baca. ( betul ) Kata mereka tidak boleh diulang.

6.

Mereka-mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( salah ) Mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( betul ) Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan.

7.

Kucing itu mati kerana ianya dilanggar kereta. ( salah ) Kucing itu mati kerana dilanggar kereta. ( betul )
[6]

3.2 Kesalahan Dalam Penggunaan Kata Bilangan Kata bilangan ialah kata yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama. Kata bilangan digunakan untuk menghitung sesuatu. Kata bilangan terbahagi kepada tujuh jenis iaitu : (a) Kata bilangan tentu seperti dua, tiga, seratus, seribu dan sebagainya. (b) Kata bilangan tak tentu seperti beberapa, para, segala, semua dan sebagainya. (c) Kata bilangan pisahan seperti setiap dan tiap-tiap. (d) Kata bilangan pecahan seperti suku, setengah, tiga perlima dan sebagainya. (e) Kata bilangan himpunan seperti berbagai-bagai, berjenis-jenis, kedua-dua, berpuluhpuluh dan sebagainya. (f) Kata bilangan tingkat seperti pertama, kedua, ketiga, keempat dan sebagainya. (g) Kata bilangan tanya iaitu berapa.

Contoh Kesalahan : Berbagai jenis minuman terhidang di atas meja itu. (salah) Berbagai-bagai (atau Pelbagai) jenis minuman terhidang di atas meja itu. (betul)

Analisis : Kata bilangan berbagai tidak sempurna bentuknya. Gunakan berbagai-bagai atau pelbagai.

[7]

3.3 Kesalahan Penjodoh Bilangan Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan untuk kata nama atau benda konkrit. Walau bagaimanapun, penjodoh bilangan tidak perlu digunakan bersama-sama dengan kata bilangan yang tertentu seperti para, segala, sekalian, semua, sebahagian, setengah, dan sebilangan. Penjodoh bilangan tidak diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.

Contoh Kesalahan:
SALAH setiap orang murid semua orang pekerja seluruh buah kampung segala ekor binatang sekalian orang peserta para orang guru BETUL setiap murid semua pekerja seluruh kampung segala binatang sekalian peserta para guru

3.4 Kesalahan Dalam Penggunaan Kata Sendi Kata sendi ialah kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Kata sendi bertugas untuk menghubungkan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa lain dalam ayat. Contoh kata sendi ialah di, ke, dari, pada, kepada, daripada, dalam, akan, bagi, untuk, hingga, sampai, seperti, oleh, dengan, bagai, demi, tentang, sejak, terhadap, antara. Contoh Kesalahan: Pertunjukan itu dibatalkan oleh kerana tidak mendapat kelulusan. (salah) Pertunjukan itu dibatalkan oleh sebab tidak mendapat kelulusan. (betul)

[8]

Analisis : Kata sendi memerlukan frasa nama sebagai objek untuk membentuk frasa sendi. Kata kerana yang tergolong dalam kelas kata hubung tidak boleh diletakkan selepas kata sendi oleh. Jadi gunakan frasa nama sebab.

3.5 Kesalahan Dalam Penggunaan Kata Kerja Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk menjadi frasa kerja yang dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat. Objeknya mestilah frasa nama. Semua kata kerja transitif dalam ayat aktif tidak boleh tidak berawalan me. Contoh Kesalahan :

Dia suka baca buku. (salah) Dia suka membaca buku. (betul) Analisis : Kata kerja transitif yang berawalan me-,-ter-, atau ber- tidak boleh ditiadakan awalannya. Contoh Kesalahan : Dia menghadiahkan saya sebentuk cincin. (salah) Dia menghadiahi saya sebentuk cincin. (betul) Hakim menjatuhi hukuman mati kepada penjahat itu. (salah) Hakim menjatuhkan hukuman mati kepada penjahat itu. (betul) Hakim menjatuhi penjahat itu hukuman mati. (betul) Analisis : Akhiran -kan dan -i masing-masing digunakan untuk membentuk kata kerja transitif tetapi fungsi kedua-duanya berbeza sama sekali. Akhiran -i menyatakan makna bahawa objek yang dikenai perbuatan dengan kata kerja yang berakhiran -i itu tidak bergerak. Akhiran -kan pula menyatakan bahawa objek yang dikenai perbuatan dengan kata kerja yang berakhiran kan itu bergerak dari tempatnya ke arah lain.
[9]

3.6 Kesalahan Dalam Penggunaan Kata Hubung Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa, atau klausa dengan klausa dalam ayat gabungan atau ayat pancangan. Contoh kata hubung ialah kerana, supaya, jika, kalau, asalkan, walaupun, sungguhpun, sambil, sebelum, semenjak, sampai, apabila, manakala, setelah, dan, serta, lalu, tetapi, melainkan, dan kecuali.

Contoh Kesalahan : Siti menangis bila mendengar berita itu. (salah ) Siti menangis apabila mendengar berita itu. (betul ) Analisis : Kata bila merupakan kata tanya. Gunakan kata hubung apabila.

Contoh Kesalahan : Amerika Syarikat merancang untuk menyerang Iraq sebab Iraq menyerang Kuwait. (salah) Amerika Syarikat merancang untuk menyerang Iraq kerana Iraq menyerang Kuwait. (betul)

Analisis : Kata sebab tergolong dalam kelas kata nama dan oleh itu tidak sepatutnya digunakan sebagai kata hubung. Kata hubung yang sesuai ialah kerana. Jika kata sebab hendak anda gunakan, maka kata itu perlu disertai kata sendi oleh, lalu menjadi frasa sendi oleh sebab.

[10]

3.7 Kesalahan Dari Segi Perbendaharaan Kata Kesalahan umum tatabahasa dari segi penggunaan kata biasanya terjadi kerana kesalahan ejaan. Hal ini demikian kerana dalam bahasa Melayu, ada beberapa kata yang seakan-akan sama ejaannya tetapi mempunyai makna yang berlainan. Selain itu, ada pula kata yang sesuai dan tepat digunakan hanya dalam konteks ayat yang tertentu saja dengan berdasarkan makna kata tersebut. Senarai Kata yang sering disalahgunakan adalah seperti berikut :-

1. Adakah dan Apakah Kedua-dua kata tersebut adalah kata tanya. Kata adakah digunakan untuk mendapat jawapan ya atau tidak. Kata apakah digunakan untuk mendapat jawapan nama binatang, nama benda keterangan tentang sesuatu (seperti sebab) dan untuk menanyakan sesuatu yang tidak khusus. Contoh : a) Adakah benar cerita Ahmad itu ? b) Adakah dia datang semalam ? c) Apakah binatang yang berleher panjang itu ? d) Apakah sebab berlakunya kegawatan ekonomi ?

2. Ahli dan Anggota Kata ahli bererti orang yang mahir atau faham benar dalam sesuatu bidang. ( ahli bahasa, ahli politik, dan lain-lain lagi)

[11]

Kata anggota pula bererti bahagian tubuh dan orang yang masuk dalam sesuatu kumpulan atau golongan. Contoh : a) Mereka sangat ahli dalam bidang pembedahan. b) Prof. Dr. Abdullah Hassan dan Prof. Dr. Nik Safiah boleh digolongkan sebagai ahli bahasa. c) Anggota badanku lemah sekali hari ini. d) Saya sudah menjadi anggota Persatuan Bulan Sabit Merah.

3. Boleh dan Dapat Kata boleh lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keizinan. Kata dapat pula lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keupayaan atau kemampuan. Contoh : a) Saya tidak boleh masuk ke stadium kerana tiket sudah habis terjual. b) Saya tidak dapat memanjat pokok kelapa itu kerana pokok itu sangat tinggi. c) Adik saya baru berumur lima belas tahun, tetapi sudah dapat memandu kereta. d) Walaupun adik saya sudah dapat memandu kereta, tetapi ia belum boleh memandu kereta di jalan raya kerana lesen memandu hanya boleh diberikan kepada orang yang berumur sekurang-kurangnya lapan belas tahun. e) Walaupun sudah tua, Pak Samad dapat mendaki gunung Kinabalu itu. f) Orang yang berumur lebih daripada lima puluh lima tahun tidak boleh menyertai pertandingan bola sepak itu.

[12]

4. Ialah dan Adalah Penggunaan kata pemeri ialah secara persamaan atau ekuatif hadir di hadapan frasa nama. Penggunaan kata pemeri adalah secara huraian atau kualitatif hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Contoh : a) Bandar Shah Alam ialah ibu negeri Selangor. b) Abdullah Munsyi ialah pengarang buku Hikayat Abdullah. c) Berita yang dilaporkan oleh pegawai itu adalah benar. d) Hadiah yang disumbangkan oleh bank tempatan itu adalah untuk murid yang cemerlang dalam pelajaran.

5. Bukan dan Tidak Kata nafi bukan boleh menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi tidak pula ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Contoh : a) Encik Ali bukan bapanya. b) Makanan itu bukan untuk Abu tetapi untuk Aminah. c) Kereta api itu bukan dari Ipoh tetapi dari Gemas. d) Bapanya tidak pergi ke sawah hari ini. e) Bandar itu tidak besar sangat. f) Buku-buku yang kami terbitkan tidak mahal.

[13]

3.8 Kesalahan Dari Segi Penggunaan Hukum D-M Hukum D-M ialah hukum atau peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat dengan mendahulukan unsur yang diterangkan (D) dan mengemudiankan unsur yang menerangkan (M). Kesalahan timbul apabila Hukum D-M dilanggar sewenang-wenangnya kerana terpengaruh oleh susunan kata bahasa Inggeris. Contoh: a) lain-lain perkara (salah) b) perkara-perkara lain (betul) c) Ahmad Restoran (salah) d) Restoran Ahmad (betul) e) cili sos (salah) f) sos cili (betul) g) mini bas (salah) h) bas mini (betul)

[14]

4.0 Kesilapan Tatabahasa Dari Aspek Morfologi Dan Sintaksis a. Analisis Kesilapan Umum Tatabahasa (Morfologi- Kata)

BIL

CONTOH KESALAHAN

PEMBETULAN

CATATAN

1.

Tak

tidak

Tak merupakan singkatan bagi perkataan tidak. Perkataan tak tidak mempunyai bentuk kata tunggal manakala tidak merupakan kata tunggal dua suku kata. Tu merupakan singkatan bagi perkataan itu. Perkataan tu tidak mempunyai bentuk kata tunggal manakala itu merupakan kata tunggal dua suku kata. Dah merupakan singkatan bagi perkataan itu. Perkataan dah tidak mempunyai bentuk kata tunggal manakala sudah merupakan kata tunggal dua suku kata. Nak merupakan singkatan bagi perkataan itu. Perkataan nak tidak mempunyai bentuk kata tunggal manakala hendak merupakan kata tunggal dua suku kata. Tau merupakan singkatan bagi perkataan itu. Perkataan tau tidak mempunyai bentuk kata tunggal manakala tahu merupakan kata tunggal dua suku kata. Aje merupakan singkatan bagi perkataan itu. Perkataan aje tidak mempunyai bentuk kata tunggal manakala saja merupakan kata tunggal dua suku kata.

2.

Tu

itu

3.

Dah

sudah

4.

Nak

hendak

5.

Tau

Tahu

6.

Aje

saja

[15]

b. Analisis Kesilapan Umum Tatabahasa (Sintaksis- Frasa & Ayat) 1. Selepas ini, mereka yang tidak melunaskan saman akan disenarai hitam. (salah) Selepas ini, bagi mereka yang tidak melunaskan saman akan disenarakan dalam senarai hitam. (betul)

2. Namun ada segelintir pihak kesal kerana tindakan kerajaan melanjutkan tempoh bayaran itu dianggap tidak tegas dalam menangani isu ini bersungguh-sungguh. (salah) Namun ada segelintir pihak berasa kesal kerana tindakan kerajaan melanjutkan tempoh bayaran itu dianggap tidak tegas dalam menangani isu ini secara bersungguh-sungguh. (betul)

3. Semuanya mahu buat di saat akhir saja. (salah) Semuanya ingin dibuat pada saat akhir sahaja. (betul)

2. Kadangkala ketika berada di lebuh raya saya rasa nak pecut, tetapi apabila fikir diri yang tidaklah kaya ini, terus matikan niat. (salah) Kadangkala ketika berada di atas lebuh raya, saya berasa ingin memecut, tetapi apabila berfikir tentang dirinya yang tidaklah kaya ini, saya terus mematikan niat ini. (betul)

3. Bukan semua, segelintir aje. (salah) Bukan semua, segelintir sahaja. (betul)

4. Bagi yang dah bayar awal, baguslah. (salah) Bagi yang sudah bayar awal, baguslah. (betul)

5. Kalau ada lagi beri alasan kata tak sempat bayar, tak tahulah. (salah) Kalau ada lagi yang memberi alasan bahawa tidak sempat untuk membayar, tidak tahulah kami. (betul)

[16]

6. Keinginannya mendalami teknik lakonan pentas dan TV membawanya terlibat dengan tokoh teater seperti Allahyarham Mustapha Nor dan Fatimah Abu Bakar. (salah) Keinginannya untuk mendalami teknik lakonan pentas dan TV membawanya terlibat dengan tokoh teater seperti Allahyarham Mustapha Nor dan Fatimah Abu Bakar. (betul) 7. Azizah gemar membaca novel mengisi masa terluang sebelum penggambaran drama. (salah) Azizah gemar membaca novel bagi mengisi masa terluang sebelum penggambaran drama. (betul) 8. Saya akui tidak mengharapkan skrip yang terlalu bagus, tetapi cukuplah tidak menampakkannya sebagai seorang yang bodoh. (salah) Saya mengaakui bahawa saya tidak mengharapkan skrip yang terlalu bagus, tetapi sudah mencukupi jika skrip tersebut tidak menampakkan saya sebagai seorang yang bodoh. (betul) 9. Banyak longgokan skrip yang ingin ditawarkan kepada saya untuk tahun ini, tetapi bila baca balik semuanya saya tidak berkenan. (salah) Banyak longgokan skrip yang ingin ditawarkan kepada saya bagi tahun ini, tetapi apabila membaca balik semuanya saya tidak berkenan. (betul)

5.0 Analisis Aspek Kesantunan Bahasa

BIL 1. 2. 3. 4. 5.

CONTOH KESALAHAN Tau Dah Aje Tak tapi

PEMBETULAN tahu sudah sahaja tidak tetapi

[17]

REFLEKSI

Salam bahagia. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak memberikan bantuan kepada saya supaya saya dapat menyelesaikan tugasan ini dengan lancar dan lengkap. Dengan itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pensyarah yang amat dihormati, P.M.Dr. Che Ibrahim Salleh yang mendidik mata pelajaran Bahasa Melayu dan memberi kerja kursus yang berfaedah ini kepada kami. Di samping itu, saya turut ingin mengambil kesempatan tersebut untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah memberikan idea, pandangan dan galakkan kepada saya apabila melaksanakan tugasan ini sehingga habis menyelesaikan tugasan kerja kursus pendek ini. Bukan setakat itu sahaja, saya dan rakan-rakan saya sering mengadakan perbincangan Saya dan rakan-rakan sekelas saya sentiasa tolong-menolong dan bekerjasama untuk melaksanakan tugasan ini dengan baik. Secara tuntasnya, saya dapat memperolehi banyak pengajaran, pengalaman dan juga ilmu pengetahuan melalui kerja kursus ini. Kesemua hal ini adalah amat penting bagi saya dan juga mampu menjadi sebagai sumber kepada saya pada masa yang akan datang. Oleh itu, saya amat menghargai peluang ini untuk mengambil pengalaman bagi membuat tugasan kerja kursus ini. Sekian.

[18]

[19]

TAK RELA JADI BODOH Written by Mingguan Warta Perdana Thursday, 07 April 2011 08:19 PENAMPILAN pelakon popular Azizah Mahzan dalam drama berantai Spa Qistina disifatkannya sebagai lakonan terakhir di skrin TV. Spa Qistina ditayangkan di Astro Box Office Movies Tayangan Hebat sejak awal tahun ini.

Anak kelahiran Johor Bahru ini bakal menyambut ulang tahun ke-48 November ini, pernah menerima tiga kali anugerah Pembantu Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) pada 2001, 2006 dan 2008. Beliau juga penerima Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Seri Angkasa 2005.

Antara filem pertama lakonannya ialah Kaki Bakar pada 1995, diikuti Anak, Cuti Cuti Cinta dan terbaru filem Damping Malam sebagai Umi Siah.

Menerima pendidikan asas di UiTM dalam bidang perakaunan, beliau tidak terfikir menjadikan lakonan sebagai karier utamanya.

Keinginannya mendalami teknik lakonan pentas dan TV membawanya terlibat dengan tokoh teater seperti Allahyarham Mustapha Nor dan Fatimah Abu Bakar.

Antara teater lakonannya ialah Kipas Tangan (karya Yukio Mishima), Puteri Si Bereng-Bereng dan Kena Main (arahan Khalid Salleh), Mencari Salina (arahan Erma Fatima) dan Cindai (arahan Rohani Yusof).

Beliau menjadi pengacara Nona TV3 (1991) selama tiga tahun dan mula melangkah sebagai pelakon drama TV pada 1997.

Azizah gemar membaca novel mengisi masa terluang sebelum penggambaran drama. Dia pernah menggegarkan dunia hiburan apabila gambarnya berpelukan dengan pelakon Zaefrul Nordin tersiar meluas di Internet.
[20]

SAYA nekad meninggalkan dunia lakonan selepas kecewa dengan drama terakhir Spa Qistina, gara-gara skrip yang diberikan tidak berkualiti.

Saya akui tidak mengharapkan skrip yang terlalu bagus, tetapi cukuplah tidak menampakkannya sebagai seorang yang bodoh.

Hasrat untuk berhenti berlakon sudah lama terpendam, tapi disebabkan pujuk rayu dari rakanrakan penerbit menyebabkan saya terus berlakon.

Tetapi kali ini saya berikrar tidak menerima sebarang tawaran lagi kerana saya benar-benar kecewa dengan skrip dan jalan cerita drama terakhir saya itu, Spa Qistina.

Saya juga kecewa apabila skrip itu bukan sahaja tidak berkualiti, tetapi tidak mempunyai kesinambungan yang memperlihatkan sebagai pelakon tidak profesional.

Justeru, saya mengambil keputusan mengundur diri selepas menghabiskan penggambaran tiga filem dan teater pada tahun lalu.

Banyak longgokan skrip yang ingin ditawarkan kepada saya untuk tahun ini, tetapi bila baca balik semuanya saya tidak berkenan.

Bukan bermaksud saya meletakkan diri di satu tahap yang tinggi, tetapi saya tidak mahu nampak sangat bodoh.

Saya tidak kisah untuk melakonkan watak yang senang, tapi apa yang saya kecewa apabila penulis skrip yang membuat skrip sambil lewa.

Bila cerita banyak episod skrip juga jadi merepek-repek sehinggakan dia mengambil mudah sahaja.

[21]

Contohnya, dalam skrip saya berkata anak saya pergi ke luar negara belajar pada episod pertama, tapi dalam episod yang sudah berpuluh-puluh lain pula tiba-tiba anak saya berada di Malaysia.

Bila saya tegur kesinambungan drama tersebut, mereka dengan mudah kata penonton tidak perasan hal itu.

Oleh itu saya mahu fokus dengan kehidupan peribadi dan berhasrat berhijrah ke luar negara. Kini saya yakin dapat mencari rezeki di luar bidang hiburan.

Selain itu, kekecewaan saya dengan stesen televisyen yang terlalu mengikut trend dan cita rasa penonton kepada sesebuah jalan cerita.

Saya tahu stesen TV mahu memuaskan hati penonton dengan menyajikan drama yang mengikut cita rasa mereka, tapi bukankah drama salah satu medium untuk memberi pengajaran kepada penonton.

Pada saya sekarang sudah terlalu banyak drama yang tidak memberi pengajaran, sebaliknya menyajikan cerita yang tiada mesej yang tepat dan buat sekadar hiburan semata-mata.

Dulu sebelum menjadi pelakon saya bekerja sendiri dan menjadikan lakonan hanya separuh masa sahaja. Kini saya mahu kembali semula ke zaman itu dan kalau boleh ingin mencari rezeki ke luar negara.

[22]

TABIAT RAKYAT KITA SUKAR DIUBAH Written by Mingguan Warta Perdana Friday, 01 April 2011 02:24 KERAJAAN melanjutkan tempoh bayaran saman sehingga 30 Mac ini setelah mengambil kira rintihan orang ramai berikutan kesesakan di kaunter pembayaran dan masalah sistem. Selepas ini, mereka yang tidak melunaskan saman akan disenarai hitam.

Bayaran saman ini disifatkan sebagai peluang kedua dan mungkin selepas ini tiada lagi tolak ansur atau dilanjutkan lagi.

Namun ada segelintir pihak kesal kerana tindakan kerajaan melanjutkan tempoh bayaran itu dianggap tidak tegas dalam menangani isu ini bersungguh-sungguh.

Kata mereka, selagi kerajaan tidak tegas, selagi itulah tabiat rakyat kita tidak dapat diubah. Semuanya mahu buat di saat akhir saja. Bukan sahaja bayar saman, malah bayar cukai pendapatan dan bayar bil telefon dan air juga ramai suka berlengah-lengah. KALAU tahu kerajaan nak lanjutkan tempoh, tidaklah aku berpeluh beratur di balai polis sampai lima jam dulu, PEMANDU BERHEMAH. - Taman Sri Indah, Balakong. LANJUT tempoh bayaran tu bagus, tapi di manakah ketegasan kerajaan? Selagi kerajaan tidak tegas selagi itulah tabiat rakyat kita tidak dapat diubah. Semuanya nak buat di saat akhir. ALIANISSA, Parit Buntar, Perak. SYUKUR sebab saya memandu pun ikut peraturan dan had laju. Kadangkala ketika berada di lebuh raya saya rasa nak pecut, tetapi apabila fikir diri yang tidaklah kaya ini, terus matikan niat. Orang Malaysia ini kalau memandu di lebuh raya memang menakutkan dan tidak beradab. Bukan semua, segelintir aje. Apa-apapun, elakkan memandu secara melulu. DIK MAN, KL. TERIMA KASIH atas perhatian kerajaan melanjutkan tempoh bayaran. AZILAH MOHAMAD, Seremban, NS.
[23]

BAGI yang dah bayar awal, baguslah. Jangan jadi segelintir mereka yang leka sehingga menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Dalam hal ini, tindakan kerajaan wajar diucap terima kasih kerana peka dengan masalah sikap melambat-lambatkan bayaran saman. Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran kepada semua pemandu di negara ini. ANA JOE, Johor Bahru, Johor. SELAMAT membayar saman. Semoga ia tidak berulang lagi. Berhati-hati ketika memandu. ZUL KBO, Sungai Besar, Selangor. SIAPA yang belum bayar elok bayar cepat sebelum disenarai hitam. Susah nanti. Nasib baik tak ada saman, syukur. Berhemahlah di jalan raya. ISMAIL N, Kota Bharu, Kelantan. RAKYAT Malaysia memang suka buat kerja last minute. Bukan saja bayar saman, bayar bil telefon, elektrik dan air pun suka bertangguh. Tau-tau api dan air kena potong, baru melopong. NURA MOHAMAD, Bachok, Kelantan. KALAU ada lagi beri alasan kata tak sempat bayar, tak tahulah. Diharap menjadi pengajaran kepada semua orang. Insaflah. YUSOF KARIM, Kuala Sungai Baru, Melaka. CONTOHI ketegasan TNB dan syarikat telekomunikasi bertindak ke atas pengguna yang suka bertangguh. NOORIHAN, Rawang, Selangor. SIKAP orang kita selalu lalai dan suka mengambil tindakan di saat akhir. Eloklah diubah sikap tidak menguntungkan sesiapa. Untuk mencapai negara maju, kena hindar sikap tidak berfaedah ini. AZATIE, Selayang, Selangor. SUDAH agak dah, mesti kerajaan tambah masa lagi. Selalu sangat macam ni. Tapi selepas ini diharap tidak ada lagi sikap tolak ansur. Biar padan muka mereka yang suka melengahkan sesuatu perkara itu MISS TIRA, Ipoh, Perak. NASIB baik tak ada saman. Anda dan saya memang pemandu berhemah SAMAD SAHRIN, Bayan Baru, Pulau Pinang.
[24]

Abdul Hamid Mahmood. (1992). Ayat pasif bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan. (2008). Tatabahasa bahasa melayu (morfologi dan sintaksis). Kuala Lumpur: PTS Publication & Distribution.

Hashim Awang. (1994). Sejarah kesusasteran melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim et al. (2009). Tatabahasa dewan edisi baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim et al. (2008). Tatabahasa dewan edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shamsudin Othman. (2010). Sastera, bahasa dan budaya melayu: satu analisis pascamoden dan islamisasi. Kuala Lumpur: Persatuan Penulis Nasional Malaysia.

[25]

You might also like