Professional Documents
Culture Documents
VARIASI BAHASA
Variasi bahasa bermaksud perbezaan bentuk bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu.
Halliday(1968) menjeniskan bahasa kepada dua aspek iaitu; (a) Pengguna orang yang menggunakan sesuatu bahasa; dan (b) Penggunaan - kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dengan keadaan atau situasi bahasa itu digunakan.
Idiolek
Pengguna
Bahasa Melayu
Dialek daerah
Utara Perak Negeri Sembilan Selatan Kelantan Terengganu Pahang Sabah Sarawak
Penggunaan
Baku Formal Tak Formal Halus Kasar Istana Biasa Slanga Pasar
Idiolek ialah variasi bahasa yang berkaitan dengan individu. Isoglos atau garis sempadan linguistik ialah satu pemisah antara dialek dengan dialek yang lain dalam satu bahasa. Dialek daerah atau loghat daerah ialah kelainan bahasa yang wujud pada peringkat kawasan disebabkan oleh faktor geografi.
Ciri-ciri Bahasa Formal dan Bahasa Tidak Formal Bahasa Formal Mematuhi peraturan tatabahasa yang ditetapkan Ayat-ayat diucapkan dengan intonasi yang betul Menggunakan bahasa baku Menggunakan kata ganti nama diri dan bentuk sapaan atau gelaran yang formal Tidak menggunakan nama sendiri,nama ringkas atau nama timbangan Tiada unsur kependekan kata dan pencampuran kod Menggunakan kosa kata yang lebih halus dan sopan Binaan dan susunan ayat yang betul Mematuhi format tertentu seperti ucapan, ceramah, dan persuratan Bahasa Tidak Formal Tiada terikat kepada peraturan tatabahasa Binaan ayat tidak perlu tersusun dan tanpa intonasi yang sempurna Menggunakan kata ganti nama diri yang lebih mesra dan penggunaan nama sendiri Penggunaan gelaran kekeluargaan dan panggilan yang lebih intim Terdapat unsur percampuran kod dan kependekan kata Pemilihan kosa kata lebih dipengaruhi dialek daerah dan tidak begitu mementingkan kehalusan bahasa
Diucapkan dengan nada yang lembut dan rendah diri Pemilihan diksi memperlihatkan kesopanan Menggunakan tatabahasa yang lengkap dan teratur Menggunakan kata ganti nama diri yang lengkap dan sopan Menggunakan peribahasa atau kiasan
Penggunaan kata yang kesat dan kurang menyenangkan pendengarnya Menggunakan kata sindiran Penggunaaan ganti nama diri yang kurang sopan Tidak menggunakan peraturan nahu yang lengkap Penggunaan dalam emosi yang negatif
Bahasa Istana Penggunaan kata dan ungkapan yang khusus Penggunaan kata ganti nama diri orang Penggunaan gelaran dan rujukan kehormat Penggunaan unsur pemulukan (menyanjung raja) dan pendinaan (merendah-rendahkan dirinya)
Bahasa Biasa Menggunakan struktur ayat yang mudah Tidak mengikut peraturan tatabahasa Kosa kata atau perkataan yang mudah difahami Terdapat juga pemilihan kata-kata yang kurang sopan Unsur singkatan atau kependekan kerap digunakan Menggunakan kata ganti nama diri mengikut kesesuaian Terdapat percampuran kod
Contoh Dialek
Bahasa Baku Dialek Kedah Dialek Perak Dialek Kelantan Dialek Terengganu Dialek Negeri sembilan
Bahasa Pasar
Sekalang gua punya mini sutat tatak mau dengar gua punya cakap. (Sekarang isteri/bini saya sudah tidak mahu mendengar kata saya) Itu worang makan kasi kalu banyak suka, kerja panggil kalu banyak malas. (Orang itu kalau diberi makan suka tetapi kalau disuruh bekerja malas.) Banyak cantik Banyak sakit
I cari you last night tapi you tak ada di rumah. Kata sister you, you enjoy kat disko. Sorrylah. I tak nampak you semalam. Insya-Allah, esok ana akan jemput anta dari airport
Bahasa Basahan/bahasa cakap mulut/bahasa kolokial/bahasa bersama/bahasa biasa Bahasa baku mengapa bagaimana sedang hendak ambil pula sihat kenapa macam mana tengah nak ambek/amek pulak sehat Bahasa basahan
a. Penggunaan kata ganti nama diri orang Penggunaan kata ganti Penggunaa kata kekeluargaan seperti ayahanda, bonda,kakanda,adinda dan anakanda
Raja
Rakyat
Status b. Penggunaan gelaran i. Gol. diraja mempunyai gelaran tertentu mengikut negeri masingmasing Raja: Perak dan Selangor Tunku/Ungku: Johor, Kedah, dan Negeri Sembilan Tengku: Kelantan, Pahang, dan Terengganu ii. Rujukan kehormat berdasarkan pangkat atau status: Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri agong Sultan dan Sultanah Kelantan Sul. Dan sultanah negeri lain
Rujukan kehormat Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia seri Paduka Baginda Ke Bawah duli yang Maha Mulia Duli Yang Maha Mulia
Yang Maha Mulia Duli Yang Teramat Mulia atau Teramat Mulia
Yang Amat Mulia
c. Perkataan atau ungkapan khusus i. Terbahagi dua: Bahasa yang bersifat rutin atau jumud, iaitu tidak berubah-ubah sejak dahulu. Contoh: ampun tuanku beribu-ribu ampun, daulat tuanku, menjunjung kasih tuanku, titah tuanku patik junjung Perbendaharaan kata leksis/kosa kata. Contohnya:
Bahasa Istana Santap Titah Murka mangkat Bersiram Gering Betah Bersemayam Beradu Mencemar duli
Bahasa Biasa Makan Perintah/kata Marah Meninggal dunia Mandi Sakit pulih Duduk/tinggal Tidur Datang
d. Pemulukan dan
Pendinaan (i) Pemulukan bermaksud perbuatan menyanjung dan ditunjukan kepada raja untuk meletakkan baginda pada satu taraf yang lebih tinggi. Contohnya: Duli yang di-Pertua Duli Yang Maha mulia Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (ii) Pendinaan bermaksud merendah-rendahkan diri apabila bertutur dengan raja Patik pacal yang hina. Patik merafakkan sembah Ampun tuanku beribu-ribu ampun
Bahasa biasa ialah bahasa yang digunakan dalam pertuturan harian oleh masyarakat biasa.Ciri-cirinya ialah:
Menggunakan struktur ayat yang mudah. Tidak mengikut peraturan tatabahasa Kosa kata atau perkataan yang mudah difahami Terdapat juga pemilihan kata-kata yang kurang sopan Unsur singkatan atau kependekan kerap digunakan Menggunakan kata ganti nama diri mengikut kesesuaian,dan Terdapat percampuran kod