You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BLOK J, PUSAT BANDAR DAMANSARA


50604 KUALA LUMPUR Kawat : “PENDIDIKAN”
Tel : 03-2556900

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : KP(PPK)018/7/2 Jld.IX (97)
KP(BS)8591/Jld.VIII (78)
Tarikh : 14 Disember 1994

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 9/1994 :


Penerimaan Sains Tambahan Sebagai Memenuhi
Syarat Mengikuti Kursus Sains Di Institusi Pengajian Tinggi

Adalah dimaklumkan bahawa mata-mata pelajaran elektif dalam program KBSM digubal
untuk memenuhi minat dan kebolehan pelajar dalam pelbagai bidang di samping
menyediakan pelajar untuk pengajian ke peringkat seterusnya. Salah satu mata pelajaran ini
ialah Sains Tambahan. Sebagai alternatif kepada mata-mata pelajaran sains tulen, pelajar-
pelajar boleh juga memilih mata pelajaran Sains Tambahan sebagai memenuhi syarat
mengikuti kursus dalam bidang sains di institusi pengajian tinggi. Langkah ini adalah usaha
untuk menambah bilangan pelajar yang menyertai bidang sains dan teknologi di peringkat
pengajian tinggi.

2. Sehubungan itu, Surat Pekeliling ini bertujuan untuk mengumumkan bahawa pihak
institusi pengajian tinggi di negara ini telahpun bersetuju untuk menerima calon-calon yang
mengikuti mata pelajaran Sains Tambahan di peringkat sekolah menengah untuk menyertai
kursus sains yang ditawarkan oleh institusi-institusi tersebut. Perkara ini ada dinyatakan
dalam prospektus institusi berkenaan dan juga dalam Buku Panduan Pemilihan Mata
Pelajaran Elektif Untuk Sekolah Menengah Atas terbitan Pusat Perkembangan Kurikulum
yang telah disemak semula.

3. Kandungan Surat Pekeliling ini kepada semua sekolah menengah.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

(TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NOORDIN)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
s.k 1. Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia

2. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I


Kementerian Pendidikan Malaysia

3. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II


Kementerian Pendidikan Malaysia

4. Timbalan Ketua Setiausaha I


Kementerian Pendidikan Malaysia

5. Timbalan Ketua Setiausaha II


Kementerian Pendidikan Malaysia

6. Setiausaha Sulit kepada


Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia

7. Setiausaha Sulit kepada


Y.B. Timbalan-Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

8. Semua Ketua Bahagian


Kementerian Pendidikan Malaysia

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

You might also like