You are on page 1of 23

3.

0 PENGHARGAAN:-

Syukur Alhamdullilah kepada Allah S.W.T, atas izin dan berkatnya saya telah dapat

menyiapkan tugasan Kajian Geografi Tempatan (KGT) dengan jayanya. Terlebih dahulu saya

ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri

Gombak, Puan Rahimah binti Omar kerana telah memberi kebenaran kepada saya dan rakan-

rakan untuk menjalankan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru

Geografi saya, Puan Asruha binti Che Wil kerana telah memberi tunjuk ajar dan panduan

tentang cara-cara membuat kajian ini mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu

Hamzah bin Haji Ahmad dah Shamrahayu binti Abdul Aziz kerana telah turut membantu saya

dalam menyiapkan tugasan ini. Tanpa bantuan dan sokongan mereka saya mungkin tidak akan

dapat menyiapkan tugasan ini dengan sebaik mungkin.

Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu

dalam menjayakan tugasan ini. Saya juga bersyukur kerana mendapat kerjasama daripada

rakan-rakan saya iaitu Ahmad Syahir bin Muhammad Saad, Muhammad Haziq bin Kamardin,

Ahmad Arif Afdzhal bin Sager Ahmad, Muhammad Suhaimi bin Annuar Zaini,

Muhammad Ikmalhaziq bin Baharuddin dan Ari Afdhalian Syah bin Sarial.

Akhir sekali tidak lupa jugak kepada penduduk Taman Greenwood atas kerjasama yang

telah diberikan untuk menjadi responden saya dalam kajian ini dan membantu saya dengan

memberi maklumat tentang penduduk di Taman Greenwood ini.

4.0 PENDAHULUAN:-
4.1 NAMA KAWASAN KAJIAN.
Saya telah memilih tajuk “ Petempatan dan Perkembanganya di Taman Greenwood, Selangor

dan Perbandingannya dengan Woodlands Singapura ”. Nama kawasan yang telah saya kaji

adalah Taman Greenwood, Selangor dan telah membandingkannya dengan Negara Singapura.

4.2 SEBAB MEMILIH KAWASAN KAJIAN INI.


Saya telah memilih Taman Greenwood sebagai kawasan kajian adalah kerana berdekatan

dengan tempat tinggal dan sekolah saya. Selain itu, kos kajian yang murah kerana tidak perlu

menaiki kenderaan seperti bas, kereta dan teksi untuk pergi ke kawasan kajian. Sikap penduduk

yang baik hati dan peramah juga telah menarik minat saya untuk menjalankan kajian di Taman

Greenwood.

4.3 TEMPOH MASA KAJIAN.


Saya telah diberi masa selama sebulan oleh guru geografi saya dari bulan April hingga Mei

untuk menjalankan kajian tersebut. Alhamdullilah, saya telah berjaya menyiapkan kajian ini

mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan oleh guru saya.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN:-


Kajian ini dijalankan adalah untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut:-

Untuk menegenal pasti jenis dan pola petempatan di Taman Greenwood dan Woodlands,
Singapura.

Mengenal pasti bilangan penduduk Taman Greenwood yang membeli dan menyewa rumah di
kawasan tersebut.

Mengenal pasti masalah yang terdapat di kawasan kajian dengan kawasan yang dibandingkan

Menghuraikan cara yang dapat mengatasi masalah yang terdapat di kawasan kajian dengan
kawasan yang dibandingkan.

Untuk mengenal pasti fungsi petempatan di Taman Greenwood dan kawasan yang
dibandingkan, Woodlands.

Untuk menerapkan nilai-nilai dan unsur patriotisme terhadap kajian yang telah saya lakukan
di kawasan kajian.

6.0 KAWASAN KAJIAN:-

TAMAN GREENWOOD:-
Seperti yang telah disebut di pendahuluan, kawasan kajian saya adalah Taman Greenwood,

Selangor. Taman Greenwood tetletak di Mukim Batu di dalam Daerah Gombak. Taman ini

terletak berhampiran dengan Batu Caves di sebelah barat, Universiti Islam Antarabangsa (UIA)

di sebelah timur, Sentul di sebelah selatan dan Setapak di sebelah utara.

Kedudukan taman ini adalah ke arah timur dari Kuala Lumpur dan jaraknya kira-kira 10

kilometer dengan melalui Lebuhraya DUKE. Tambang bagi murid yang menaiki bas awam

dari Taman Greenwood ke Kuala Lumpur adalah lebih kurang RM 1.50. Jarak di antara Taman

Greenwood dengan Batu Caves kira-kira 2 kilometer.

Kebanyakkan penduduk Taman Greenwood menggunakan jalan raya untuk pergi ke

tempat kerja atau tempat yang ingin ditujui. Penduduk boleh menggunakan pengangkutan

awam seperti bas awam dan teksi. Pada asalnya penduduk Taman Greenwood mengambil masa

hampir 60 minit untuk sampai ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereta. Pelebaran dan

peningkatan taraf jalan raya serta pembinaan lebuhraya seperti Lebuhraya DUKE dan

Lebuhraya Lingkaran Tengah telah memendekkan masa perjalanan ke Kuala Lumpur kurang

daripada 30 minit.

Luas kawasan Taman Greenwood adalah lebih kurang 6 kilometer per segi dan saya

mendapati keseluruhan kawasan kajian terdiri daripada kawasan rata yang penuh dengan

perumahan, kedai dan sekolah. Kawasan ini telah membangun dengan pesat, kita dapat lihat
terdapat pusat membeli-belah seperti Pasaraya Giant telah dibina, kedai, stesen minyak dan

jalan raya telah dibina. Berbanding masa dahulu yang serba kekurangan dan sukar untuk

mendapatkan keperluan hidup.

WOODLANDS SINGAPURA:-
Singapura merupakan sebuah negara di Asia Tenggara yang terletak di penghujung

Semenanjung Malaysia. Singapura terletak berhampiran dengan Negeri Johor Darul Takzim,

Malaysia dan Kepulauan Riau. Indonesia.


Negara Singapura mempunyai seramai 4.16 juta penduduk, yang terdiri daripada kaum

Cina (76.8%), Melayu (13.9%), India (7.9%) dan lain-lain (1.4%). Luas Negara Singapura

adalah 692.7 kilometer persegi.

Bahasa-bahasa yang digunakan di Singapura adalah Inggeris (rasmi dan perantaraan),

Melayu (bahasa kebangsaan), Cina (Mandarin) dan India (Tamil).

Woodlands merupakan sebuah bandar yang terdapat di Singapura. Woodlands telah

dihubungkan dengan Negeri Johor, Malaysia dengan sebuah jambatan gantung. Bentuk muka

bumi bagi Woodlands adalah tanah pamah yang rata. Woodland juga dikenali sebagai Bandar

Baru Woodlands. Jambatan Pentadbiran Singapura juga telah ditempatkan di kawasan ini.

Di sebelah barat kawasan ini terletaknya Admiralty dan di sebelah selatan Woodgrove.

Kebanyakkan penduduk di Woodlands terdiri daripada kaum Cina.

7.0 KAEDAH KAJIAN:-

Saya telah menjalankan Kajian Geografi Tempatan ini mengikut kaedah-kaedah, yang berikut
:-

7.1 PEMERHATIAN.
Kaedah ini amatlah penting untuk melihat kawasan kajian seperti bentuk muka bumi,

petempatan dan lain-lain yang berkaitan dengan kajian saya. Semua yang saya dapati selepas

menjalankan pemerhatian di kawasan kajian telah saya tulis di dalam dapatan kajian.

7.2 SOAL SELIDIK.


Kaedah soal selidik ini telah dijalankan dengan cara bertanya atau mengemukakan soalan,

menanyakan masalah yang sering dihadapi oleh penduduk di kawasan kajian dan menanyakan

cara yang mungkin boleh mengatasi masalah yang telah diberitahu. Kaedah ini dilakukan di

kedai, rumah dan gerai makan yang terdapat di kawasan kajian.

7.3 RUJUKAN.
Kaedah ini telah saya lakukan dengan membaca pelbagai bahan bacaan. Bahan bacaan yang

telah saya baca dan dijadikan sebagai bahan rujukan adalah Folio Kajian Geografi Tempatan
Tingkatan 2 saya, majalah, surat khabar dan atlas. Maklumat yang telah diperoleh melalui

kaedah ini telah saya kumpulkan dan diolah untuk dijadikan sebagai bahan atau isi dalam folio

ini.

8.0 DAPATAN KAJIAN :-

8.1 JENIS DAN POLA PETEMPATAN.


Jenis petempatan yang saya dapati bagi Taman Greenwood adalah petempatan jenis

bandar. Woodlands, Singapura juga mempunyai jenis petempatan yang serupa seperti Taman
Greenwood atau kawasan kajian saya ini, jenis petempatan bagi Singapura adalah petempatan

jenis Bandar. Pada awalnya Taman Greenwood merupakan sebuah kawasan yang tidak begitu

maju, tetapi setelah dibina petempatan dan lebuhraya yang berdekatan, lebuhraya tersebut telah

menghubungkan antara Gombak dan Kuala Lumpur, kawasan Taman Greenwood tersebut

telah menjadi sebuah kawasan petempatan yang semakin maju dan berkembang pesat.

Woodlands juga pada awalnya merupakan sebuah tempat yang kurang maju. Tidak seperti

negara-negara di eropah yang telah berkembang dengan begitu pesat ketika itu. Namun

sekarang Woodlands telah mampu bersaing dengan negara-negara lain.

Manakala pola petempatan bagi Taman Greenwood pula adalah pola petempatan berpusat.

Rumah dan bangunan di Taman Greenwood bersusun rapat, perkara ini yang menyebabkan

pola petempatan di Taman Greenwood adalah berpusat. Selain itu, penduduk yang amat ramai

juga telah mendorong kepada terjadinnya pola petempatan berpusat ini. Pola petempatan bagi

Woodlands juga adalah jenis pola petempatan berpusat seperti di kawasan kajian saya.

Pada awalnya Woodlands berasaskan pertanian tetapi telah ditukar kepada perindustrian.

Perkembangan ekonomi dan penambahan penduduk telah mendorong kepada terjadinya pola

petempatan secara berpusat.

Saya sebagai seorang pelajar yang telah melakukan kajian di Taman Greenwood begitu

berbangga dan bersyukur kerana kawasan petempatan ini mempunyai penduduk yang peramah

dan mempunyai sifat suka membantu.

8.2 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PETEMPATAN.


Bentuk muka bumi yang terdapat di Taman Greenwood adalah tanah pamah yang rata.

Disebabkan bentuk muka bumi yang begitu sesuai untuk dimajukan kerajaan telah membina

lebuhraya berdekatan dengan Taman Greenwood serta jalan raya dan banyak lagi infrastruktur,

sama ada kerajaan atau swasta yang boleh memudahkan penduduk. Negara Singapura

juga mempunyai bentuk muka bumi yang hampir serupa seperti di Taman Greenwood. Bentuk

muka bumi di Woodlands adalah tanah pamah dan beralun. Seperti di Taman Greenwood

bentuk muka bumi di Woodlands telah menyebabkan pelbagai jenis infrastruktur telah

diwujudkan untuk memberi kemudahan kepada penduduk di negara tersebut.

Selain itu, darjah kertesampaian yang tinggi juga merupakan salah satu faktor yang

mempengaruhi petempatan Taman Greenwood. Darjah kertesampaian yang tinggi di Taman

Greenwood disebabkan pembinaan lebuhraya yang berdekatan dengan Taman Greenwood.

Lebuhraya tersebut telah menghubungkan antara Gombak dan pusat bandar, Kuala Lumpur.

Perkara ini menyebabkan ramai pekerja yang berkerja di Kuala Lumpur telah menetap di

Taman Greenwood. Manakala darjah kertesampaian di Woodlands juga amat tinggi. Perkara ini

dapat dibuktikan, kerana terdapat 4 buah lebuhraya yang telah di bina di untuk menghubungkan

Woodlands dengan bandar-bandar yang terdapat di Singapura.

Disebabkan darjah kertesampaian yang tinggi, ramai penduduk yang menetap di Taman

Greenwood bekerja di Kuala Lumpur. Disebabkan itu sesetengah penduduk di Taman

Greenwood telah menyewa rumah. Saya telah melakukan kaedah kajian soal selidik terhadap

penduduk di Taman Greenwood untuk mengetahui bilangan penduduk telah membeli atau

menyewa rumah di Taman Greenwood. Saya telah nyatakan dalam bentuk jadual di bawah.
Jadual 1: Bilangan responden yang membeli dan menyewa di Taman Greenwood.

MEMBELI/MENYEWA RESPONDEN YANG TERBABIT

BELI 13

SEWA 7

JUMLAH 20

Jadual diatas telah menunjukkan bahawa kebanyakkan penduduk di Taman Greenwood

telah membeli rumah di kawasan ini. Mereka mebeli rumah di kawasan ini adalah kerana

kemudahan infrastruktur yang bagus dan disebabkan harga rumah yang agak mahal di Kuala

Lumpur. Sebanyak 65% daripada penduduk di Taman Greenwood telah membeli rumah dan

sebanyak 35% telah menyewa rumah. Saya telah mentafsirkan peratus penduduk yang membeli

rumah dan menyewa ke dalam carta di sebelah.

Saya berasa sungguh bangga serta bersyukur atas kemajuan yang telah kerajaan lakukan di

Taman Greenwood. Saya berharap kerajaan dapat memajukan lagi Taman Greenwood untuk

kesenangan penduduk di kawasan tersebut.


8.3 FUNGSI PETEMPATAN.
Fungsi petempatan di Taman Greenwood adalah perniagaan. Perkara ini terbukti apabila

banyak kedai makan, pasaraya dan kedai-kedai runcit. Fungi petempatan ini wujud disebabkan

untuk memudahkan penduduk untuk mendapatkan keperluan asas seperti makanan, pakaian
dan

lain-lain lagi. Fungi petempatan bagi Woodlands adalah perniagaan dan perdagangan.

Woodlands menjalankan konsep import dan eksport ini membuktikan bahawa funsi petempatan

di Singapura adalah perdagangan dan perniagaan.

Saya rasa sungguh berbesar hati dan bersyukur kerana funsi petempatan ini, iaitu

perniagaan yang telah disediakan oleh kerajaan amat memudahkan penduduk memudahkan

penduduk di Taman Greenwood dan kawasan sekitarnya.

8.4 MASALAH PETEMPATAN.


Terdapat dua masalah yang di hadapi oleh penduduk di Taman Greenwood. Dua masalah

tersebut adalah pencemaran alam sekitar dan banjir. Pencemaran ini berlaku apabila ada

segilintir penduduk di Taman Greenwood telah membuang sampah bukan di tempat yang
sepatutnya. Kebanyakkan penduduk yang membuang sampan merata-rata ialah pendatang dari

negara luar dan bukannya warga Malaysia. Manakala punca masalah banjir ini berlaku

disebabkan masalah sistem perparitan yang sering berlaku dan longkak yang agak kecil.

Woodlands juga mempunyai beberapa masalah. Antara masalah yang dihadapi

Negara Singapura adalah kesesakkan lalulintas dan kekurangan tanah darat. Kesesakkan

lalulintas ini sering berlaku disebabkan penggunaan kenderaan persendirian dan kekurangan

pengangkutan awam. Punca kekurangan tanah darat berlaku kerana Woodlands merupakan

sebuah kawasan yang agak kecil, perkara tersebut yang telah menyebabkan Woodlands

kekurangan tanah darat untuk petempatan dan perindustrian.

Walaupun penduduk Taman Greenwood mehadapi masalah pencemaran dan banjir mereka

tetap bertanggungjawab untuk menangani masalah tersebut. Saya berasa sungguh bangga dan

amat bersyukur kerana penduduk di Taman Greenwood tetap bertanggungjawab untuk

menangani masalah tersebut walaupun kebanyakkan masalah tersebut bukannya berpunca dari

rakyat Malaysia.

8.5 LANGKAH MENGURANGKAN MASALAH PETEMPATAN.


Seperti yang telah saya nyatakan di 8.4 penduduk di Taman Greenwood menghadapi

beberapa masalah iaitu pencemaran alam sekitar dan banjir. Saya akan menyatakan beberapa

langkah yang telah dicadangkan oleh penduduk di Taman Greenwood. Cadangan atau langkah
tersebut dapat di lihat di dalam borang soal selidik di Lampiran 1. Cadangan pertama yang

dinyatakan penduduk adalah menguat kuasakan undang-undang. Kerajaan seharusnya

mengenakan tindakan seperti mengenakan denda kepada penduduk atau pengunjung yang telah

membuang sampah di Taman Greenwood. Selain itu, majlis perbandaran dan syarikat alam

flora haruslah menyediakan sebuah tempat yang khas untuk penduduk di Taman Greenwood

membuang sampah dan mengikut jadual yang telah ditetapkan untuk mengutip sampah

dikawasan kediaman. Cadangan kedua pula ialah memperbesarkan lagi longkang dan

memperbaiki sistem perparitan. Disebabkan sistem perparitan yang kurang baik Taman

Greenwood sering mengalami masalah banjir.

Woodlands juga turut mengalami masalah petempatan, masalah tersebut telah saya

terangkan di dalam 8.4. Masalah tersebut adalah kesesakkan lalulintas dan kekurangan tanah

darat. Masalah kesesakkan lalulintas di Singapura dapat diatasi dengan pembinaan lebuhraya

yang lebih lebar dan menambah bilangan kenderaan awam di jalan raya. Masalah kedua yang

dihadapi Singapura ialah kekurangan tanah darat, masalah ini mungkin dapat diatasi dengan

menambak laut. Dengan menambak laut Singapura akan dapat membina petempatan dan pusat

perindustrian di kawasan yang telah di tambak.

Oleh itu, saya berasa sungguh bangga dan amat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana

penduduk di kawasan kajia, Taman Greenwood bertanggungjawab mengatasi masalah yang

berlaku di kawasan tempat tinggal mereka. Saya amat mengagumi sifat yang ditunjukkan oleh

penduduk di Taman Greewood.


9.0 RUMUSAN:-

Kajian yang telah saya dan rakan-rakan jalankan di Taman Greenwood ini telah memberi

pengalaman yang amat berguna kepada saya dan rakan-rakan. Kajian ini membolehkan saya

untuk mengenal pasti masalah sering berlaku di Taman Greenwood serta mengenal pasti
kelebihan dan kepentingan yang terdapat di kawasan tersebut, disebabkan kelebihan atau

kebaikkan saya telah mendapati ramai pekerja yang bekerja di Kuala Lumpur telah menyewa

atau membeli rumah di kawasan tersebut, seperti yang telah saya terangkan di dalam dapatan

kajian. Saya juga telah bejaya mencari mengenal pasti cara-cara yang boleh menyelesaikan

maslah yang terdapat di kawasan kajian. Saya juga berasa gembira untuk menjalankan kajian di

Woodlands, Singapura. Serta dapat menegenal pasti masalah yang terdapat di Woodlands dan

langkah-langkah menangani masalah tersebut. Tidak dilupakan juga kepada kelebihan dan

kepentingan yang terdapat di Woodlands.

Saya berasa amat bangga kerana Taman Greenwood mempunyai penduduk yang peramah.

Selain itu, saya juga berasa bersyukur kerana terdapat banyak kelebihan dan kebaikkan yang

terdapat di Taman Greenwood.


10.0 LAMPIRAN 1

11.0 RUJUKAN:-

10.1 Buku Teks.


Abd Rahim Md Nor, 2004. Geografi Tingkatan 3 KBSM, Cerdik Publications Sdn. Bhd.
Chong Mui Sen dan Azizan bin Hj. Abu Samah, 2003. Geografi Tingkatan 2 KBSM,
Percetakan Saufi.

10.2 Internet.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Singapura

http://www.scribd.com/doc/3878177/Kerja-Kursus-Geografi-2008

10.3 Atlas.
Atlas KBSM Longman, 1994, Longman Sdn Bhd.

You might also like