You are on page 1of 6

PENGENALAN Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang

secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Dalam pendidikan Malaysia penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) amat di pentingkan pada peringkat awal. Ini membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Membaca merupakan kemahiran yang paling di utamakan dalam prabacaan. Pada masa dahulu membaca merupakan kemahiran yang memindahkan tulisan kepada suara semata-mata. Seseorang murid yang boleh menyuarakan tulisan dengan lancar adalah dianggap pandai membaca walaupun isi bacaan itu tidak difahaminya. Oleh itu pelajaran membaca sentiasa dijalankan dengan cara membaca kuat dan perhatian ditumpukan sematamata kepada suara, kelancaran dan sebutan murid itu. Soal memahami isi bacaan tidak dihiraukan kerana murid itu membaca bahasanya sendiri dan daripadda itu difikirkan tentu mengerti apa yang dituturkannya. Kaedah Pandang dan Sebut (atau Kaedah Seluruh Ayat) ini dijadikan asas untuk mengajar murid-murid membaca. Kaedah Pandang boleh dianggap sebagai reaksi kepada kelemahan-kelemahan yang terdapat pada Kaedah Abjad. Kaedah itu lebih bermakna daripada Kaedah Menghafal nama setiap huruf itu. Misalnya batu, rumah, sekolah, budak, pokok, meja, pensel dan sebagainya. Perkataan-perkataan yang ditulis penuh adalah difikirkan lebih bermakna daripada pecahan tiap-tiap hurufnya. Kerap kali ditunjukkan seluruh perkataan-perkataan seiring dengan gambar-gambar yang dilambangkannya. Perkataan rumah ditulis di tepi atau di bawah gambar rumah, perkataan pensel, dan sebagainya. Jadi dalam kaedah ini murid-murid cuba mengenal keseluruhan lambang-lambang itu untuk mendapat membaca. Mereka harus mengenal beberapa puluh lambang perkataan sebelum boleh membaca ayat-ayat. Kemudian baru diajar mengeja tiap-tiap perkataan, dan mengenal nama huruf-huruf yang mewakilinya. Kaedah Pandang dan Sebut ini digunakan untuk mengajar permulaan membaca bahasa Melayu, terutama mengajar murid-murid Melayu, menyusahkan dan melambatkan lagi murid-murid mencapai kemahiran membaca.

KAEDAH PANDANG DAN SEBUT

Kaedah Pandang dan Sebut ini juga amat berkesan kepada kanak-kanak yang baru pandai membaca kerana apabila kanak-kanak itu mula membesar dalam lingkungan 4 tahun mereka akan lebih melihat sesuatu dan bertanya dari situlah mereka akan belajar mengenali dan mengikut Kaedah Pandang dan Sebut.

Kanak-kanak selalunya mempunyai naluri ingin tahu yang kuat disebabkan itu kanakkanak mula menanyakan pelbagai benda yang mereka lihat apabila seseorang yang kanakkanak itu menjawabnya, kanak-kanak itu akan pandang dan menyebutnya serta berfikir lagi dengan kreatif.

Kad imbasan amat penting bagi kanak-kanak yang baru pandai membaca kerana kanak-kaak seusia begini selalunya melihat dahulu tetapi kebanyakkan pendidik mengatakan bahawa Kaedah Pandang dan Sebut ini sudah tidak ditegaskan kerana agak lambat pencapaian kanak-kanak tersebut jadi mereka mengsyorkan agar lebih kepada Kaedah Fonik yang menggunakan suku kata ketika membaca. Kaedah pandang dan sebut kebiasaanya dari kanak-kanak tidak boleh membaca dengan menggunakan kaedah abjad dengan betul. Kaedah pandang dan sebut ini juga meminta kanak-kanak menghafal pola-pola sukukata yang menggunakan dalam bahasa Malaysia. Uniknya bahasa Malaysia adalah kerana pola-pola sukukatanya jelas serta terang dan pola-pola suku kata yang menggunakan dalam bahasa Malaysia mempunyai lebih daripada 1000 pola-pola untuk dihafal.

Mengikut kajian, jumlah 2000 ke 3000 adalah satu jumlah yang masih boleh diterima untuk dihafal oleh kanak-kanak. Sama dengan kaedah mengeja, kaedah pandang dan sebut juga tidak termasuk antara kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak membaca dalam bahasa Inggeris. Sebabnya bahasa Inggeris tidak mempunyai suku kata yang jelas.

Kaedah pandang dan sebut tidak memerlukan kanak-kanak untuk mengeja atau membaca ejaan satu persatu Kanak-kanak hanya perlu mengecam dan menghafal tulisan serta menggabungan bunyi dua, tiga atau empat huruf lalu menyebut terus contohnya:

i. ii. iii.

ba bi bu be bo (untuk 2 huruf ) ban bin bun ben bon (untuk 3 huruf) bang bing bung beng bong (untuk 4 huruf)

Berasaskan kaedah fonik, digabungkan dengan suku kata serta dibantu kaedah pandang dan sebut contohnya:

i. ii. iii. iv. v. vi. vii.

k (kaedah fonok) k k k (sebut bunyi huruf) ka ka ka (gabungan) kak kak kak (suku kata tertutup) ka kak (gabungan suku kata) kakak (membaca perkataan) ini kakak (membaca ayat)

Kaedah ini adalah lebih mudah untuk mengajar kanak-kanak menggunakan kad- kad imbasan seperti cara yang diperkenalkan oleh Glen Doman. Pola-pola suku kata ditulis di atas kad-kad imbasan dan diimbaskan kepada kanak-kanak.

Setiap perkataan ditulis di atas kad-kad manila yang dipotong kecil dan diimbaskan kepada kanak-kanak dengan cepat. Rasionalnya, kanak-kanak dikatakan mempunyai ingatan foto iaitu photographic memory . Sebab itulah, ia hanya perlu diimbas dan setiap perkataan yang diimbaskan akan disimpan di dalam ingatan dan dikeluarkan bila masanya tiba.

Kaedah Pandang dan Sebut ini atau juga pernah disebut dengan nama Kaedah Seluruh Perkataan ini bolehlah dianggap sebagai reaksi kepada kelemahan-kelemahan yang terdapat pada Kaedah Abjad. Kaedah itu lebih bermakna daripada Kaedah Menghafal nama setiap huruf itu.

Misalnya batu, rumah, sekolah, budak, pokok, meja, pensel dan sebagainya. Perkataan-perkataan yang ditulis penuh adalah difikirkan lebih bermakna daripada pecahan tiap-tiap hurufnya. Jadi Kaedah Pandang dan Sebut atau Kaedah Seluruh Ayat ini dijadikan asas untuk mengajar murid-murid membaca.

Kerap kali ditunjukkan seluruh perkataan-perkataan seiring dengan gambar-gambar yang dilambangkannya. Perkataan rumah ditulis di tepi atau di bawah gambar rumah, perkataan pensel, dan sebagainya. Kadang-kadang digunakan kad-kad imbasan yang menunjukkan gambar dan perkataan.

Jadi dalam kaedah ini murid-murid cuba mengenal keseluruhan lambang-lambang itu untuk mendapat membaca. Mereka harus mengenal beberapa puluh lambang perkataan sebelum boleh membaca ayat-ayat. Kemudian baru diajar mengeja tiap-tiap perkataan, dan mengenal nama huruf-huruf yang mewakilinya.

Pada ketika dahulu bahkan bagi setengah-setengah ahli pendidik sekarang pun Kaedah Pandang dan Sebut ini sangat ditegaskan. Mereka kuat dipengaruhi oleh ahli-ahli pendidik dengan mengajar membaca bahasa Inggeris. Di sebalik menggunakan kaedah ini untuk mengajar, bahasa Inggeris ialah bahasa yang tidak mempunyai sistem ejaan fonemik yang sempurna, bercelaru dari segi simbol.

Kecelaruan ini menyebabkan ahli- ahli pendidik bahasa menganggap Kaedah Pandang dan Sebut itu lebih sesuai dan bermakna untuk mengajar permulaan membaca. Tetapi, sejak beberapa tahun kebelakangan ini kaedah ini dikritik semula, sebab didapati ramai murid biasa terutama di Amerika Syarikat yang tidak boleh membaca.

Kemahiran murid-murid mengenal perkataan-perkataan tidak dapat mengingati dengan cepat. Bahkan ramai yang menghafal perkataan-perkataan berdasarkan gambar daripada mengenal perkataan-perkataan, dan murid-murid ini sukar mengenal perkataan-perkataan yang baru. Jadi, baru-baru ini timbul semula hujah-hujah dan kajian-kajian yang membuktikan bahawa kaedah fonik mungkin lebih sesuai dan berkesan daripada Kaedah Pandang dan Sebut untuk mengajar permulaan membaca bahasa Inggeris.

Kaedah Pandang dan Sebut ini lebih sesuai digunakan untuk mengajar bahasa- bahasa yang memakai sistem tulisan ideografik atau lebih tepat lagi logografik seperti sistem ejaan bahasa Cina, yang melambangkan sesuatu benda, idea, dan sebagainya iaitu satu morfem dengan satu perkataan.

Oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu rata-rata adalah fonemik iaitu satu huruf boleh dikatakan melambang satu bunyi yang lebih fonemik daripadanya misalnya sistem ejaan bahasa Inggeris maka agak tidak begitu munasabah bagi Kaedah Pandang dan Sebut ini digunakan untuk mengajar permulaan membaca bahasa Melayu, terutama mengajar muridmurid Melayu. Kaedah ini akan menyusahkan dan melambatkan lagi murid-murid mencapai kemahiran membaca bahasa Melayu.

KESIMPULAN

Kemahiran membaca merupakan kemahiran bahasa yang datang lebih kemudian, iaitu selepas kanak-kanak menguasai kemahiran lisan bahasa pertamanya. Kanak-kanak yang mula belajar membaca telah pun menguasai sistem-sistem bahasa pertamanya sama ada aspek fonologi, morfologi, sintaksis atau semantik/paragmatik. Ia sudah memiliki kosa kata yang perlu untuk komunikasi lisan dalam kehidupan hariannya.

Guru

akan

memperkenalkan

beberapa

perkataan

dahulu

dan

diulang-ulang

menyebutnya. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan murid belajar secara pandang iaitu visual. Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali.

Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalak menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu pelajar menyebut perkataan tersebut. Misalnya bagi perkataan rumah, guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf r [r] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ].

Kaedah Pandang dan Sebut ini juga harus mempunyai kaedah yang berkesan agar kanak-kanak dapat memahaminya dengan lebih mendalam. Kanak-kanak zaman sekarang sudah mengenali benda-benda serta ejaan yang senang di hafalnya dan yang sering didengarnya jadi kita sebagai guru haruslah sentiasa berfikiran yang abstrak dan terancang untuk meninjau dengan lebih mendalam kemampuan kanak-kanak tersebut

You might also like