You are on page 1of 7

JENIS DAN BENTUK

KESUSASTERAAN
Prosamerujuk kepada hasil kesusteraan yang ditulis
dalam ayat-ayat biasa, yakni dengan menggunakan
tatabahasa mudah. Biasanya ayat-ayat dalam
kesusasteraan akan disusun dalam bentuk karangan.
Prosa adalah satu bentuk kesusasteraan yang lebih
mudah difahami berbanding dengan puisi.
Puisimerujuk kepada hasil kesusasteraan yang ditulis
dengan "tidak menuruti tatabahasa". Ia sebenarnya tidak
terdiri daripada ayat-ayat yang lengkap, melainkan terdiri
daripada frasa-frasayang disusun dalam bentuk barisbarisan.
Pada lazimnya, puisi merupakan bahasa yang berirama
dan apabila dibaca pembaca akan berasa rentaknya.

SAJAK
Sajak terawal di Tanah Melayu adalah
Ditengah Segara hasil penaPungguk.
Sajak ini masih dipengaruhi oleh bentuk
unsur-unsur pantun, tetapi mempunyai
kelonggaran dalam susuk bahasa yang
membezakannya dengan pantun
tradisional.

SYAIR
Syairmerupakan sejenispuisiberlagu. Ia
berasal dariParsidan telah dibawa masuk ke
Nusantara bersama-sama dengan kedatangan
Islam.
Syair telah diubahsuaikan mengikut
kesesuaian Bahasa Melayu Klasik ketika itu.
Selalunya membangkitkan pelbagai perasaan
dan pengalaman serta mempunyai bahasa
yang indah dan menarik.
Syair disampaikan dalam bentuk rangkap dan
menjadi kegemaran masyarakat Melayu lama

CIRI-CIRI SYAIR
terdiri daripada 4 baris serangkap (tetapi sesetengah
syair boleh juga dihasilkan dalam 2 atau 3 rangkap).
syair tidak mempunyai pembayang maksud (berbeza
denganpantun.
setiap baris dalam syair mempunyai makna yang
berkaitan dengan baris-baris terdahulu. Sebuah syair
biasanya menceritakan suatu kisah.
bilangan perkataan dalam setiap baris adalah sama
iaitu 4 perkataan dan 8-12 suku kata dalam satu
baris.
Syair boleh terdiri daripada syair romantik, syair
sejarah, syair ibarat dan juga syair keagamaan.

PANTUN
Pantunmerupakan satu puisi Melayu sejati.
Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang
mempunyai ikatan berirama dan mempunyai
sebutan yang sama dihujungnya
Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi
empat, enam ataupun lapan baris.
Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama
banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang
dan diikuti pula dengan maksud pantun.
Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat
terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat
maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat
adalah empat ayat pembayang dan empat ayat
maksud dan demikianlah seterusnya.

GURINDAM

Gurindammerupakan sejenis bentuk puisi


yang tidak terikat atau tiada tentu bentuknya
Bentuk yang terikat biasanya terdiri dari pada
dua baris serangkap, menyerupai syair dua
baris
Setiap baris biasanya mengandungi tiga atau
empat, enam atau lebih perkataan; dan pola
rima a-a; a-b
Tiap serangkap merupakan sebahagian
daripada idea yang berturutan dan biasanya
memerlukan beberapa baris atau rangkap
untuk menyatakan keseluruhan idea.
Bentuk yang tidak terikat tergolong sebagai
puisi bebas, sama ada berangkap atau tidak.
biasanya memerlukan beberapa baris atau
rangkap untuk meyatakan satu keseluruhan

SELOKA
Selokamerujuk kepada puisi Melayu bebas
yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari
segi rangkap, jumlah baris, sama ada
mempunyai irama atau tidak
ia terdiri daripada ungkapan sejajar yang
melebihi daripada dua baris
Satu ciri penting bagi seloka adalah ia
mempunyai maksud mengejek, menyindir
secara serius atau jenaka, mengkritik
tingkah-laku dan sifat negatif.

You might also like