You are on page 1of 10

Kinsley NG Sen Fa, Universiti Sains Malaysia

Dari Toleransi ke Arah 1Malaysia: Integrasi Pluralistik Sebagai Budaya Baru Masyarakat Kita Kinsley Ng Sen Fa1 e-mel: truesenfa@yahoo.com Program Sosiologi dan Antropologi, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan,Universiti Sains Malaysia Abstract 1Malaysia was a slogan conceived by the Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak on 16 September 2008 as a catalyst that injects new momentum into the spirit of national unity (Bernama, 2009 June 15). Since the launch of the campaign 1 Malaysia, this idea was well received by society as a whole. My main argument in this essay is to state that Malaysia has moved from a model of integration based on tolerance / conflict-avoidance in the face of interethnic differences to a new model in which integration is based on cultural pluralism (as compared to the model of integration based on a dominant culture). Unity is not conceived as uniformity as some scholars once believed. There are many reasons contributing to this trend: changes in demography and urbanization process (modernization), a paradigm shift to liberalism and formation of a new Malaysian culture among the younger generation. Slogan 1Malaysia has quickly gained acceptance amongst the young generation in Malaysia in line with the paradigm transformation describeded in this article. This shows the statesmanship of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak who understand the contemporary rhythm of community values. The ideas flow are arranged according to the following framework: the idea of a Malaysian background; meaning, interpretation and the importance of 1Malaysia; obstacles that complicate the integration process; factors contributing to the integrated society and forecasting of future trends. Keywords: 1Malaysia, Ethnicity, Multiculturalism, Ethnic Politics, Diversity Management

Kinsley NG Sen Fa adalah seorang pelajar felo di USM, Jabatan Sosiologi dan Antropologi. 1

Paper presented at International Conference on Religious and Ethnic Pluralism. Institute of Ethnic Studies (KITA), UKM, 14-15 December 2010.

Kinsley NG Sen Fa, Universiti Sains Malaysia

Abstrak Gagasan 1Malaysia diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 16 September 2008 sebagai pemangkin yang menyuntik momentum baru kepada semangat perpaduan rakyat (Bernama, 2009 June 15). Sejak pelancaran kempen 1Malaysia, idea ini telah diterima baik oleh masyarakat secara keseluruhan. Hujah saya yang utama dalam esei ini menyatakan Malaysia telah beralih dari model integrasi berdasarkan toleransi di mana perbezaan antara-etnik diterima walaupun tidak disetujui demi mengelakkan konflik kepada model baru di mana integrasi adalah berdasarkan pluralistik (sebagai bandingan dengan model integrasi berdasarkan satu budaya dominan). Perpaduan masyarakat tidak bermakna menghilangkan keunikan masing-masing. Terdapat banyak sebab yang menyumbang kepada tren ini: perubahan demografi dan proses perbandaran (pemodenan), peralihan paradigma nilai kepada nilai liberalisme dan pembentukan budaya Malaysia baru di kalangan generasi muda. Slogan 1Malaysia ini telah cepat mendapat sambutan hangat generasi muda di Malaysia seiring dengan transformasi paradigma yang akan diterangkan. Ini menunjukkan kebijaksanaan politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memahami rentak masyarakat terkini. Esei ini meninjau isu-isu integrasi masyarakat dengan kaedah analisis ideologi 1Malaysia dalam konteks tren kontemporari dan jati diri masyarakat Malaysia. Aliran idea esei ini disusun mengikut kerangka seperti berikut: latar belakang gagasan 1 Malaysia; makna, interpretasi dan kepentingan 1Malaysia; halangan yang merumitkan integrasi rakyat; faktor-faktor penyumbang kepada integrasi masyarakat dan jangkaan pada masa depan. Katakunci: 1Malaysia, Etnisiti, Kemajmukan Budaya Politik Etnik, Pengurusan Kepelbagaian

2
Paper presented at International Conference on Religious and Ethnic Pluralism. Institute of Ethnic Studies (KITA), UKM, 14-15 December 2010.

Kinsley NG Sen Fa, Universiti Sains Malaysia

Kempen Gagasan 1Malaysia Berikutan pelancaran kempen 1Malaysia pada 16 September 2008, pelbagai aktiviti promosi telah disiarkan melalui media massa pelbagai bahasa dan bentuk, dan juga seminar yang dilaksanakan oleh Biro Tata Negara. Pada masa yang sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, idea gagasan itu perlu disampaikan kepada semua peringkat masyarakat dan bukannya kakitangan kerajaan sahaja (Utusan Malaysia, 2010 Februari 23). Sementara itu, pelbagai produk komersil, kebajikan mahupun sawsta atau awam telah dipromosikan atas nama 1Malaysia, antaranya klinik 1Malaysia, Dana Penyelenggaraan, Skim Simpanan Persaraan, kad diskaun pelajar dan pakej jalur lebar Streamyx Cool UNI adalah antara yang digariskan, pertandingan lagu 1Malaysia dan nasi lemak 1Malaysia juga diadakan (Berita Harian, 2010 Februari 21). Makna, Interpretasi dan Kepentingan Ideologi 1malaysia Sesetengah pihak menganggap konsep 1Malaysia hanyalah retorik politik dan tidak mendalami konsep ini sepenuhnya. Slogan satu perkataan ini nampaknya progresif dan mudah dari segi impak visual di mana perkataan 1 digabungkan dengan nama negara Malaysia, begitu juga rekaan logonya yang ringkas. Lantaran itu banyak program pemasaran telah menggunakan logo dan konsep 1Malaysia ini sebagai petanda sokongan. Untuk mengkaji inti-pati slogan ini, kita perlu menyoroti konteks politik di Malaysia di mana parti pemerintah Barisan Nasional menghadapi cabaran dari Pakatan Rakyat yang membezakan ideologi politik dari segi isu perkauman. Maka Barisan Nasional perlu mempertimbangkan isu persepsi masyarakat yang secara umum yang rata-ratanya mengaitkan Barisan Nasional ini dengan gambaran seperti kompromi berdasarkan perwakilan kaum dan sifat konservatif. Sebaliknya Pakatan Rakyat menggambarkan imej yang menegaskan semangat baru dan progresif. Maka tugas memulihkan populariti dan keyakinan antara kalangan muda menjadi tugas penting untuk mengukuhkan kuasa Barisan Nasional. Slogan ini berjaya mendapat sambutan hangat di semua lapisan masyarakat, ia mudah diingati dan interpretasinya bersifat sederhana jika berbanding dengan slogan Malaysian Malaysia oleh pihak pembangkang. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengatakan idea ini bukan baru dan memang selama ini diamalkan oleh masyarakat kita, sebagaimana yang ditegaskan dengan konsep Bangsa Malaysia untuk Visi 2020. Beliau mengatakan prinsip 1Malaysia tidak berbeza dengan ideologi pemimpin-pemimpin sebelum ini. Beliau menjelaskan slogan ini bertujuan menyatu-padukan rakyat berdasarkan nilai-nilai yang tertentu. Tambahan pula, inti pati 1Malaysia terletak pada penghargaan terhadap penerimaan, pluralisme dan kepelbagaian, dan bukannya menyerapkan atau menggantikan budaya kumpulan minoriti dengan satu budaya kebangsaan dominan yang kaku. Mengikut Perdana Menteri, tiga unsur penting perpaduan adalah: 1) Penerimaan; 2) Prinsip-prinsip perlembagaan dan Rukun Tetangga; 3) Keadilan sosial (Bernama, 2009 June 15).

3
Paper presented at International Conference on Religious and Ethnic Pluralism. Institute of Ethnic Studies (KITA), UKM, 14-15 December 2010.

Kinsley NG Sen Fa, Universiti Sains Malaysia

Secara spesifik, konsep 1Malaysia adalah berdasarkan 8 nilai berikut: ketabahan, penerimaan, pendidikan, integriti, meritokrasi, sifat rendah diri, kesetiaan dan budaya yang cemerlang (Najib Tun Razak, 2010). Slogan ini bukan sekadar memotivasikan semangat rakyat, malah ia dilaksanakan secara rasmi dalam segala polisi dan dasar kerajaan. Antaranya prinsip meritokrasi digambarkan dengan pelaksanaan petunjuk keberkesanan (KPI) pertubuhan kerajaan. Sebagai kesimpulan, slogan 1Malaysia ini telah menjangkau batasan perkauman dan merujuk kepada integrasi keseluruhan, perpaduan kebangsaan dan keberkesanan pentadbiran awam adalah antara fokus 1Malaysia. Saifuddin Abdullah (2009 September 2), mengungkapkan jiwa pluralisme ini dengan mengatakan: 1Malaysia tidak bermakna menolak kewujudan dan pengakuan terhadap asal usul kaum yang sedia ada. 1Malaysia tidak akan menjadi lebih mantap hanya kerana kita tidak lagi menjadi Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya. Sebaliknya, tanpa kaum-kaum tersebut, 1Malaysia tidak wujud lagi. Professor Dr. Ali Al'Amin Mazrui, seorang intelektual Islam yang dihormati di dunia telah memuji gagasan 1Malaysia sebagai menepati semangat Islam di mana toleransi dan keadilan sosial adalah antara nilai yang plaing penting (dirujuk dari Farrah Naz Karim, 2010 Mei 19). Walau bagaimanapun, maksud 1Malaysia masih belum dihayati sepenuhnya oleh orang ramai. Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, Kebanyakan rakyat Malaysia mengaitkan 1Malaysia dengan perpaduan semata-mata dan mengabaikan aspek lain yang cuba diterapkan oleh gagasan tersebut.'' (Utusan Malaysia, 2010 Februari 23). Antaranya kecekapan pentadbiran awam yang diterangkan sebelum ini. Mengikut tafsiran yang lebih luas lagi, slogan 1Malaysia merupakan ideologi kebangsaan dan menjangkau batasan parti politik. Contohnya mengikut Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, Tidak ada politik dalam gagasan 1Malaysia kerana ia adalah untuk semua rakyat tanpa meminggirkan sesiapa pun. 1Malaysia adalah gagasan supaya kita terus bersatu dan mempunyai sistem kenegaraan dan keadilan sosial untuk masa depan yang lebih baik yang dikongsi bersama," (Utusan Malaysia, 2010 Februari 15). Esei ini cuba mengaujukan hujah-hujah yang menyongkong pandangan bahawa 1Malaysia, walaupun disyorkan oleh Perdana Menteri dan juga Presiden parti UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu), sebenarnya menggambarkan satu ideologi yang menepati masa dan menjangkau parti politik. Saya menganggap fenomena 1Malaysia merupakan satu lanjutan dari Polisi Budaya Kebangasaan (1970), Bangsa Malaysia (1990s) dan 1Malaysia (2008). Ideologi Bangsa Malaysia menggantikan Polisi Budaya Kebangsaan (1970) dengan memperkenalkan identiti kebangsan yang inklusif untuk semua etnik. Sebelum ini, Polisi Budaya Kebangsaan adalah berdasarkan 3 prinsip yang utama: Budaya Kebangsaan adalah berdasarkan budaya Bumiputra, elemen budaya etnik lain yang sesuai boleh diterima sebagai sebhagian daripada budaya kebangsaan, Islam merupakan komponen penting Budaya Kebangsaan. (Mahathir Mohammad, 1995)

4
Paper presented at International Conference on Religious and Ethnic Pluralism. Institute of Ethnic Studies (KITA), UKM, 14-15 December 2010.

Kinsley NG Sen Fa, Universiti Sains Malaysia

Halangan kepada Integrasi Masyarakat Walaupun idea 1Malaysia ini ideal dan menyemarakkan semangat kita. Kita perlu meneliti halangan-halangan yang mengongkong masyarakat kita terus maju ke depan. Beberapa ancaman kepada integrasi pluralistik telah dibentangkan seperti berikut: 1) Fikiran mementingkan puak sendiri dan mengabaikan kepentingan bersama. Masalah integrasi etnik di Malaysia merupaka satu topik yang rumit. Fikiran sempit yang mementingkan kepentingan sendiri akan memudaratkan kepentingan etnik yang lain. Maka dengan mengakui isu ini sebagai topik yang rumit dan sensitif, kita perlu bersikap sederhana supaya tidak ada pihak yang tersinggung perasaan. Contohnya perpaduan negara perlu mendapat keutamaan daripada perpaduan etnik tertentu sahaja. 2) Budaya media dan laman komputer. Media massa memberi pengaruh berleluasa kepada pembentukan nilai dan persepsi khalayak ramai, maka liputan media samada secara bercetak ataupun elektronik perlu bersifat sederhana supaya penulisan yang memihak kepada satu pihak dan memperkecilkan pihak yang satu lagi perlu dielakkan. Penulisan blog oleh golongan muda semakin menampakkan penggunaan bahasa yang tidak menggambarkan budi bahasa masyarakat kita. Disebabkan identiti di laman komputer yang berselindung, maka wujudnya pihak tertentu yang menyalah-gunakan kebebasan tersebut untuk menyebar kenyataan-kenyataan sensasi perkauman atau tuduhan tidak berasas untuk merosakkan pihak lain. Antaranya memutarbelitkan statistik atau kenyataan untuk menyokong prejudis sendiri. 3) Pergerakan politik yang melampau. Seperti mana yang diterangkan sebelum ini. Isu perkauman di Malaysia adalah rumit dan tidak boleh difahami sepenuhnya kalau kita melihat kepada isu ini dari perspektif satu etnik tetapi mengabaikan natijahnya kepada negara kita secara keseluruhan dan juga untuk kelestarian jangka panjang. Sesungguhnya, perdebatan yang terlalu berapi-api dan provokatif akan merangsang tindak-balas yang lebih melampau lagi dari pihak yang bertentangan. Masyarakat perlu berfikiran secara kritikal dan berdikari, apakah motif dan tujuan kenyataan bersifat perkauman oleh pihak tertentu ini? Apakah faedahnya, fikiran persaingan etnik dan mentaliti mangsa (suka mengadu) yang tidak sihat? Kita perlu mencapai kesimpulan yang berkecuali dan adil untuk memahami isu integrasi masyarakat. Faktor-Faktor Penyumbang kepada Integrasi Masyarakat Generasi muda sekarang ini dikatakan mengejar arus kemodenan dan mengetepikan identiti etnik (color blind), contohnya pemenang juara program TV yang digemari golongan muda, Malaysian Icon dan Akademi Fantasia yang bukan-Bumiputera mendapat sokongan padu dari seluruh Masyarakat. Tren ini menandakan penyebaran budaya antara etnik telah berlaku, di mana individu-individu tidak lagi mengenal diri mereka sebagai Orang Melayu, Cina, India, Kadazan atau Bidayuh tetapi anak Malaysia dengan budaya berbeza. Perbezaan budaya ini tidak bersifat saling menolak, sebaliknya berlandaskan pelantar budaya bersama yang unik. Budaya baru Malaysia yang terbentuk ini adalah hasil interaksi budaya, peminjaman budaya dan amalgamasi
5
Paper presented at International Conference on Religious and Ethnic Pluralism. Institute of Ethnic Studies (KITA), UKM, 14-15 December 2010.

Kinsley NG Sen Fa, Universiti Sains Malaysia

budaya antara pelbagai etnik dan pemodenan selama dekat 53 tahun (sejak kemerdekaan pada 1957). Dengan kata lain, walaupun budaya primordial masih wujud, tetapi budaya bersama yang baru telah terbentuk. Walau bagaimanapun, gologan muda juga dikritik sebagai kurang berinteraksi dengan kaum lain, seperti mana yang digambarkan oleh polarisasi perkauman di universiti dan tuduhan bersifat sinis yang kini menjadi-jadi di laman komputer. Golongan muda juga dikatakan tidak menghargai perit pahit mencapai kejayaan yang dinikmati kini. Antara pencapaian yang paling membanggakan Malaysia merupakan keharmonian etnik, kami perlu menghargai keharmonian yang dinikmati ini. Pada pendapat saya pencapaian keharmonian masyarakat ini adalah hasil kebijaksanaan pemimpin negara kita dari segi dasar-dasar. Hujah saya seperti berikut: 1) Pengagihan kekayaan negara Punca utama persaingan perkauman Malaysia adalah jurang pengagihan sumber ekonomi. Masalah ini telah wujud sebelum Kemerdekaan. Akibat kegagalan menyelesaikan ketidaksamaan ini, rusuhan kaum 13 Mei telah berlaku. Berikutan tragedi ini, polisi dan dasar penstrukturan semula strata masyarakat telah dipergiatkan. Dasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan pada 1970 telah mendapat kejayaan yang besar di mana isu rusuhan perkauman tidak lagi menjadi isu sekalipun berikutan kegawatan ekonomi 1997, seperti mana yang berlaku di Indonesia dan Filipina, di mana kaum yang dianggap lebih kaya telah dirompak dan dibunuh. Walaupun, proses penstrukturan semula masyarakat belum lagi mencapai objektif seperti yang dirancang dengan sepenuhnya. Tetapi kemungkinan keganasan dan rusuhan kaum tidak lagi menjadi ancaman besar negara kita. Beberapa rusuhan kecil seperti Kes Kampung Rawa dan Kampung Medan lebih bersifat persengketaan budaya tempatan. Sebaliknya perkembangan ekonomi yang cemerlang selama 30 tahun yang lepas memungkinkan setiap rakyat Malaysia yang sudi mendapatkan peluang pendidikan dan pekerjaan memenuhi impian mereka. Dengan kata lain, selagi rakyat Malaysia sudi berusaha keras dan berazam mengejar hidup yang selesa, rezeki dan peluang terbuka untuk setiap orang. Malaysia adalah satu negara yang diberkati Tuhan, isu kemiskinan-kelaparan dan keganasan yang berleluasa di negara-negara membangun lain jarang sekali berlaku di sini. 2) Dasar pendidikan yang betul Pendidikan merupakan alat yang penting untuk penstrukturan semula masyarakat. Dua perkara yang sering dikatakan punca konflik adalah 1) peruntukan untuk pendidikan vernakular yang dianggap punca segregasi budaya, dan 2) kuota perkauman pendidikan tertiari. Pada pendapat saya, dasar kerajaan yang bijaksana dalam menangani isu-isu pendidikan telah mengelakkan negara kita terjebak ke risiko rusuhan perkauman. Sebagai seorang pengkaji dalam bidang sosiologi, saya berasa kagum di mana pemimpin-pemimpin negara kita yang lepas telah melaksanakan dasar dan polisi yang paling sesuai mengikut keadaan sosio-politik semasa. Walau
6
Paper presented at International Conference on Religious and Ethnic Pluralism. Institute of Ethnic Studies (KITA), UKM, 14-15 December 2010.

Kinsley NG Sen Fa, Universiti Sains Malaysia

bagaimanapun, keadaan sosio-ekonomi, sikap dan masyarakat berevolusi mengikut tren semasa, maka polisi dan dasar perlu menggambarkan pertimbangan kepada perubahan terkini. Untuk menjawab persoalan yang pertama: Adakah pendidikan vernakular akan membawa kepada permusuhan perkauman? Kajian-kajian sosiologi menunjukkan tidak (Anthony, 1993; Billiet, Maddens & Beerten, 2003). Bayangkanlah senario ini: Ali dibesarkan di komuniti Kampung Malayu, beliau melanjutkan pelajaran di sekolah asrama penuh dan seterusnya UiTM. Sebagai akibat latar belakang pendidikannya, maka secara logiknya Ali besar kemungkinan akan bersikap benci dan rasis kepada kaum yang lain. Jelasnya, jawapannya tidak. Kurang interaksi tidak semestinya membawa kepada perasaan kebencian kaum; sebaliknya sikap penolakan budaya lain merupakan faktor utama tingkah-laku rasisme-prejudis (Pettigrew, 1998; Pettigrew & Merteens, 1995). Contohnya, seorang rakyat Malaysia yang tidak pernah berinteraksi dengan rakyat Palestine atau Nigeria tidak semestinya tidak menyenangi seorang Palestine, Nigeria atau kaum tertentu apabila bersua muka. Banyak punca seperti pengagihan kekayaan, perbandingan perkauman dan sikap perkauman yang sempit lebih sahih menjadikan seseorang berfikir secara perkauman. Walau bagaimanapun, kepelbagaian budaya menjadikan etnik-etnik Malaysia memahami isu ini dengan perspektif yang tersendiri. Keadaan ini semakin reda berikutan tahap pendidikan yang meningkat di kalangan generasi muda, di mana isu ini tidak lagi difahami secara mudah dan sempit. Dasar pendidikan Malaysia memberi peruntukan kepada pendidikan vernakular. Pluralisme dalam dasar pendidikan telah diiktiraf sejak kemerdekaan lagi. Hal ini berlaku atas sebab-sebab tertentu: asimilasi budaya semulajadi mengambil masa yang panjang. Contohnya etnik Baba dan Nyonya, terbentuk hasil interaksi budaya tempatan dan pendatang China selama beratusan tahun. Pendidikan, ataupun sekolah merupakan agen sosialisasi budaya yang penting. Asimilasi secara paksaan akan menimbulkan kebencian pihak minoriti. Bayangkanlah, seorang nenek tua Melayu dipaksa memakai Cheongsam untuk menghadiri kenduri, mestinya berasa kekok, sebab ini bukan budaya yang dibiasai. Begitu juga, seorang Nyonya akan menghadapi kejutan budaya apabila merantau ke negara China, di mana budaya asing ini tidak serasi dengan budaya Malaysia yang disenangi. Lagipun, asimilasi paksaan tidak menjamin keharmonian etnik seperti yang dibuktikan oleh rusuhan Jakarta 1998, di mana etnik keturunan Cina Indonesia yang telah diasimilasi dari segi budaya masih menjadi mangsa akibat persaingan kuasa ekonomi. Pada zaman ini, pluralisme telah diiktiraf sebagai asas kepada penerimaan dan perpaduan. Sebaliknya tindakan etnosentrik yang mengagung-agungkan budaya sendiri dan menafikan budaya kaum lain akan menimbulkan masalah konflik antara etnik. Untuk menjawab persoalan yang kedua: isu kuota universiti. Dalam dua abad ini Malaysia telah memperlihatkan penubuhan banyak institusi pendidikan tinggi, baik dari pihak swasta mahupun awam. Penawaran pinjaman wang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
7
Paper presented at International Conference on Religious and Ethnic Pluralism. Institute of Ethnic Studies (KITA), UKM, 14-15 December 2010.

Kinsley NG Sen Fa, Universiti Sains Malaysia

telah memungkinkan setiap anak Malaysia melanjutkan pelajaran tinggi. Maka isu kehilangan peluang pelajaran akibat faktor etnik atau kewangan tidak menjadi satu isu lagi. 3) Dasar pengurusan budaya dan asimilasi budaya Pada peringkat awal kemerdekaan, isu segregasi antara kaum sering dibangkitkan. Hal ini demikian sebab kebanyakan imigran dari India dan China masih mengidentifikasikan diri mereka sebagai rakyat India dan China dari segi emosi dan identiti budaya. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan was-was dari pihak Bumiputra yang terpaksa berkongsi sumber ekonomi dan kuasa politik. Sesungguhnya, dengan peredaran masa, generasi muda yang dilahirkan di Malaysia tidak sedikit pun merasakan tanah air mereka adalah negara asal nenek-moyang. Malah, dari segi budaya, keturunan Cina dan India di Malaysia berbeza dengan orang tempatan di mana nenek moyang mereka berasal. Lihatlah kepada anak muda kita, mereka pandai berbahasa Melayu dan memahami budaya masing-masing di hidup seharian. Contohnya, seorang pekedai Melayu menghiasi kedainya dengan Tanglung semasa menyambut tahun Baru Cina. Kuih raya di dikongsi dan dinikmati bersama. Jiran sering bertukar makanan sebagai petanda persahabatan. Perebakan budaya dari segi makanan juga biasa, contohnya masakan Nyonya dan mamak. Pembentukan budaya yang baru ini telah melunturkan sentimen kebencian perkauman. 4) Perubahan demografi Malaysia Perubahan demografi membawa beberapa faktor integrasi dan juga mungkin membawa kepada risiko. Malaysia merupakan sebuah negara yang agak baru dan sedang membangun. Sejak kebelakangan ini, perkembangan populasi telah dilambatkan tetapi masih menunjukkan perkembangan positif (pertambahan penduduk). Antaranya, etnik Cina telah menunjukkan perkembangan negatif (penyusutan populasi) lantaran kadar kelahiran yang rendah. Pada masa yang sama, tren kejatuhan kadar kelahiran juga berlaku kepada etnik Melayu dan India pada kadar yang lebih sederhana tetapi masih menunjukkan perkembangan positif (pertambahan populasi) (Abdul Razak Ahmad, 2004 September 2). Perubahan ini membawa kepada dua implikasi: golongan muda yang berpendidikan tertiari terutamanya pemuda etnik Melayu akan menjadi kumpulan yang dominan di negara ini, maka nilai-nilai dan sikap mereka akan menentukan masa depan negara ini. Golongan ini cenderung mendapatkan pendidikan di bandar dan mencari peluang pekerjaan di bandar selepas tamat pengajian. Mereka lebih terpengaruh dengan nilai-nilai individualistik dan terbuka dari segi isu identiti etnik. Kedua: bilangan anak yang kecil adalah berkaitan rapat dengan status social-ekonomi yang lebih tinggi, saiz keluarga yang besar bermakna sumber yang dinikmati oleh seorang anak menjadi kurang secara bandingan, tren ini mungkin akan membesarkan jurang antara etnik. 5) Budaya masyarakat kita Hubungan etnik yang renggang berlaku di kebanyakan negara serata dunia. Kes-kes yang melampau berlaku di Rwanda, Yugoslavia, Congo, Timor Timur dan Sampit di Indonesia dan
8
Paper presented at International Conference on Religious and Ethnic Pluralism. Institute of Ethnic Studies (KITA), UKM, 14-15 December 2010.

Kinsley NG Sen Fa, Universiti Sains Malaysia

banyak negara lagi. Boleh dikatakanlah, di mana wujudnya lebih satu etnik, sentimen etnik dan persaingan kuasa tidak dapat dielakkan. Selagi wujud kepelbagaian etnik, maka pencapaian etnik tidak mungkin sama-rata sepenuhnya. Sepuluh jari ada perbezaannya, apatah lagi pencapaian etnik. Perasaan benci dan maruah bangsa boleh menjadi punca rusuhan kaum dalam keadaan yang tertekan. Contohnya, rusuhan kaum Indonesia tahun 1998 berikutan kegawatan ekonomi 1997. Maka persoalannya, kenapa rusuhan perkauman tidak berlaku di Malaysia? Malaysia ini sering dikatakan konflik dari segi idea tetapi aman dari segi tingkah laku. Malaysia sering diajukan sebagai negara contoh dari segi hubungan perkauman. Saya berpendapat keadaan ini berlaku sebab keganasan bukan budaya kita. Di negara-negara di mana pembunuhan beramai-ramai berlaku seperti Rwanda, punca konflik boleh disusuli beberapa generasi yang lepas, di mana saling pembunuhan antara dua pihak telah merumitkan proses pendamaian sepenuhnya. Saya juga mendapati, di negara-negara yang tertentu, tahap sikap penerimaan terhadap keganasan sebagai penyelesaian adalah tinggi. Contohnya, negara Amerika Syarikat merupakan sebuah negara yang bersifat terbuka dan menerima. Tetapi aspek keselamatannya telah digugat oleh faktor seperti kawalan senjata api yang lemah. Maka jenayah benci (hate crime) bermotifkan prejudis seperti perkauman, orientasi seksualiti dan kelas sosial berlaku. Sebaliknya, di Malaysia, kawalan media pleh kerajaan dan senjata api tidak memungkinkan rusuhan kaum yang berleluasa. Kesimpulan: Jangkaan pada Masa Depan. Mengikut tren demografi sekarang, kaum Bumiputra akan menjadi kaum dominan di Malaysia (70 peratus) semasa 2020, (Abdul Razak Ahmad, 2004 September 2). Dengan erti kata lain, model kompromi kuasa berdasarkan kuota pecahan etnik yang dilaksanakan pada masa ini tidak akan sesuai dengan keadaan sosio-ekonomi masa depan. Proses globalisasi dan imigrasi antarabangsa memaksa kita melihat kepada dunia sebagai satu negara tanpa sempadan. Isu integrasi global yang akan menjadi isu pada masa depan. Prinsip integrasi pluralistik ini juga boleh digeneralisasikan kepada skop yang lebih luas lagi di mana perbezaan seperti minoriti budaya, sempadan negara, bahasa, jantina, umur, keupayaan, kekayaan dan status sosial ekonomi tidak menjadi penghalang tetapi sebagai aset budaya masyrakat kita. Tegasnya, kepelbagaian budaya tidak semestinya membawa kepada segregasi dan perasaan perkauman kalau kita berpandukan semangat 1Malayia!

9
Paper presented at International Conference on Religious and Ethnic Pluralism. Institute of Ethnic Studies (KITA), UKM, 14-15 December 2010.

Kinsley NG Sen Fa, Universiti Sains Malaysia

Bibliografi Abdul Razak Ahmad (2004, September 2). A peek at ethnic futures. New Strait Times. Dibaca pada 8 Ogos 2010 dari http://blis.bernama.com/mainHome.do Anthony, D. S. (1993). The Ethnic Sources of Nationalism. In (Ed.). B, Michael. Ethnic Conflict and International Security, ms27-41. Princeton: Princeton University Press. Berita Harian (2010, Februari 21). PM mahu maklum balas konsep 1Malaysia. Dibaca pada 8 Ogos 2010 dari http://blis.bernama.com/mainHome.do Bernama (2009, Jun 15). National Unity Ultimate Objective Of 1Malaysia, Says Najib. Dibaca pada 8 Ogos 2010 dari http://www.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id=418020 Billiet, J., Maddens, B. & Beerten, R. (2003). National identity and attitude towards foreigners in a multinational state: A replication. Political Psychology, 24, 241-257. Farrah Naz Karim (2010, Mei 19). Muslim intellects lauds 1Malaysia concept. Dibaca pada 8 Ogos 2010 dari http://blis.bernama.com/mainHome.do Modood, T. (2005). Multicultural Politics: Racism, Ethnicity and Muslims in Britain. Edinberg: Edinberg University Press. Mahathir Mohamad (1995, June 10). One nation, one people. Asiaweek. Najib Tun Razak (2010). 1Malaysia [blog rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak]. Dibaca pada 8 Ogos 2010 dari http://www.1malaysia.com.my/ Pettigrew, T. F. (1998). Intergroup Contact Theory. Annual Review of Psychology, 49, 65-85. Pettigrew, T. F., Meertens, R. W. (1995). Subtle and blatant prejudice in western Europe. European Journal of Social Psychology, 67, 741-763. Saifuddin Abdullah (2009, September 2). Memugar patriotisme 1Malaysia. Dibaca pada 8 Ogos 2010 dari http://blis.bernama.com/mainHome.do Utusan Malaysia (2010, Februari 15). Gagasan 1Malaysia bukan mainan politik. Dibaca pada 8 Ogos 2010 dari http://blis.bernama.com/mainHome.do Utusan Malaysia (2010, Februari 23). Swasta, NGO digalak anjur seminar 1Malaysia. Dibaca pada 8 Ogos 2010 dari http://blis.bernama.com/mainHome.do

10
Paper presented at International Conference on Religious and Ethnic Pluralism. Institute of Ethnic Studies (KITA), UKM, 14-15 December 2010.

You might also like