You are on page 1of 19

PROPOSAL NORZAHRIN BINTI ISMAIL

PISMP/ RBT 2/ SEM 7

1.0 PENDAHULUAN

Kualiti pencapaian pendidikan di kalangan murid adalah sangat bergantung kepada pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas khususnya. Pengajaran yang berkesan dan efektif dapat memperkasakan murid dalam menguasai subjek Kemahiran Hidup. Guru perlu sentiasa mempunyai persediaan dalam mengajar subjek Kemahiran Hidup dan mengetahui bagaimana murid berminat untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran bukan berkaitan projek amali semata-mata bahkan berminat untuk belajar berkaitan teori sekaligus tahu bagaimana cara terbaik untuk mengajar mereka. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) harus menjadi satu landasan dalam pengajaran dan pembelajaran yang mana daya imaginasi, kreativiti murid perlu dijanakan dan diperkembangkan.

(Kementerian Pendidikan Malaysia: 2002) Kemahiran Hidup merupakan satu mata pelajaran yang dikenali dengan pembelajaran bercorak amali. Ia diajar dalam Tahap II Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Mata pelajaran ini terbahagi kepada dua bidang yang menampilkan bidang reka bentuk dan teknologi serta perniagaan dan keusahawanan. Walaupun subjek ini bercorak amali tetapi terdapat sub tajuk yang memerlukan murid belajar mengenai teori terlebih dahulu. Tajuk Ikan Hiasan bagi Tahun 5 merupakan salah satu tajuk yang digemari khususnya murid lelaki. Tajuk ini menarik apabila dipelajari kerana ia bukan sahaja dapat mengenali spesies ikan hiasan tropika malahan dapat mempelajari

penyediaan bekas dan penjagaannya. Pada permulaan sub tajuk, guru akan menyampaikan pengajaran berbentuk teori dan akan berlangsung proses amali pada sub tajuk penyediaan bekas. Hal ini kerana murid perlu diajar dan diterangkan mengenai sesuatu perkara itu terlebih dahulu supaya mereka mendapat gambaran awal dan mengetahui mengenai pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung.

PROPOSAL NORZAHRIN BINTI ISMAIL

PISMP/ RBT 2/ SEM 7

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Sekolah praktikum ketiga merupakan salah sebuah sekolah yang mempunyai pencapaian akademik pada tahap sederhana. Setiap tahun 1 hingga 6 mempunyai dua buah kelas di mana terdapat kelas 5 Pintar dan 5 Cerdik. Pelajar dikategorikan mengikut pencapaian yang berlainan. Kelas 5 Pintar merupakan kumpulan yang dianggap pencapaian akademiknya baik

manakala kelas 5 Cerdik di tahap yang sederhana. Saya telah mengambil alih untuk mengajar pelajar tahun 5 Pintar. Apabila tiba sahaja waktu Kemahiran Hidup, semua pelajar saya tidak sabar untuk ke bengkel. Riak wajah mereka yang sentiasa teruja menyebabkan saya sentiasa ingin memperbaiki kelemahan yang ada dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran dari masa ke masa. Hal ini kerana dalam pemikiran pelajar mereka akan melaksanakan aktiviti amali apabila masuk ke bengkel Kemahiran Hidup. Setiap barangan yang dipesan untuk dibawa pasti mereka tidak akan lupa. Ini kerana mereka lebih berminat melaksanakan amali berbanding mengikuti pengajaran teori semata-mata seperti dalam subjek Matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sejarah dan lain-lain. Di dalam subjek Kemahiran Hidup pelajar saya sering menggunakan kebebasan beraktiviti, melakukan amali dan pendekatan kecerdasan pelbagai dalam memperkenalkan sesuatu tajuk. Namun begitu, terdapat juga topik/ sub-topik di dalam subjek Kemahiran Hidup yang tidak melibatkan amali seperti merancang jualan serta terdapat beberapa perkara yang memerlukan murid untuk membaca, memahami serta mengingati seperti fungsi-fungsi alatan tangan, fungsi komponen elektrik dan lain-lain. Setiap kali diberitahu kepada pelajar bahawa mereka akan melakukan projek amali, ketika inilah saya dapat melihat keceriaan dan sorakan tanda mereka gembira untuk mengikuti kelas tersebut. Bagi pelajar tahun 5 Pintar, walaupun pelajar ini berada dalam kelas yang mempunyai pencapaian yang baik namun dari segi pencapaian dalam subjek Kemahiran Hidup terdapat murid
2

yang

lemah

dan

pencapaiannya

PROPOSAL NORZAHRIN BINTI ISMAIL

PISMP/ RBT 2/ SEM 7

memuaskan. Hal ini dapat dilihat apabila saya merujuk sendiri dengan guru pembimbing melalui pencapaian dalam peperiksaan yang lepas. Mereka mempunyai masalah dalam mengingat spesies ikan hiasan tropika dalam tajuk Ikan Hiasan. Bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang lepas, pelajar tidak dapat mengingat spesies ikan hiasan tropika dengan jelas. Mereka hanya menghafal setiap nama spesies ikan hiasan tropika seperti yang terdapat dalam buku teks Kemahiran Hidup. Melalui latihan yang diberikan selepas tamat sesi pengajaran dan pembelajaran, pelajar hanya menulis spesies ikan hiasan tropika mengikut spesies ikan hiasan tropika yang mereka ingat. Ada di antara mereka yang membuka semula buku teks dan menyalin nama spesies ikan hiasan tropika tersebut ke dalam latihan yang diberikan. Apabila saya menyoal mereka tanpa melihat buku teks, hanya beberapa orang sahaja yang dapat menjawab kerana pelajar tersebut ada memelihara di rumah. Bagi pelajar yang tidak dapat menjawab soalan yang diberi, pelajar tersebut akan merujuk kepada buku teks. Apabila ditanya mengapa kamu melihat buku teks?, pelajar hanya menjawab bahawa saya tidak ingat cikgu. Hal ini menunjukkan pelajar hanya menghafal dan melihat spesies ikan hiasan tropika tersebut dengan betul. Ekoran daripada itu, jika pelajar lupa terhadap spesies ikan hiasan tropika semasa peperiksaan ataupun jika disoal kembali, maka secara automatik pelajar tidak dapat menjawab soalan peperiksaan yang berkaitan kelak. Berdasarkan refleksi tersebut, kajian tindakan perlu dijalankan agar guru dapat membantu murid mengatasi masalah tersebut dengan berkesan.

PROPOSAL NORZAHRIN BINTI ISMAIL

PISMP/ RBT 2/ SEM 7

3.0 FOKUS KAJIAN

Situasi yang berlaku telah menimbulkan rasa sedih bercampur kecewa dalam diri saya. Tanggungjawab utama saya sebagai seorang guru adalah untuk mengajar serta mendidik dan sekaligus memberikan kefahaman kepada pelajar seolah-olah telah gagal saya laksanakan. Sememangnya tajuk Ikan Hiasan merupakan salah satu tajuk yang sukar kerana tidak semua pelajar mengetahui spesies ikan hiasan tropika. Namun begitu, saya telah memperkenalkan spesies ikan hiasan tropika dengan mempamerkan gambar ikan-ikan yang berwarna dan menarik serta nama setiap ikan hiasan tropika tersebut. Sungguhpun begitu, pelajar masih kurang mengingatinya. Pelajar seolaholah hanya menghafal tanpa mengenali spesies ikan hiasan tropika yang telah disampaikan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Justeru, saya telah menggunakan permainan Lets Find Me! secara koperatif bagi menguji kebolehan mengingat mereka di samping melihat kerjasama yang diberikan dalam kumpulan. Memang mereka katakan bahawa mereka ingat semasa di kelas, tetapi malangnya, apabila diuji dan diajukan soalan, pelajar tidak dapat menjawabnya dan di dalam mereka memberikan jawapan, seolah-olah mereka memberikan jawapan mengikut apa yang terlintas di fikiran mereka. Memarahi atau menasihati mereka tidak banyak membantu kerana guru-guru yang lain juga lebih banyak memarahi dan menasihati mereka. Pelajar ini memerlukan suatu panduan atau teknik yang mudah serta praktikal yang dapat membantu mereka memahami apa yang disampaikan oleh guru. Oleh yang demikian, kajian tindakan ini khusus saya buat dengan tujuan untuk membantu pelajar supaya dapat meningkatkan kebolehan mengingat spesies ikan hiasan tropika dengan mudah. Permainan Lets Find Me! digunakan sebagai satu cara untuk meningkatkan kebolehan mengingat sekaligus memupuk semangat

berkumpulan di kalangan pelajar. Sungguhpun begitu, jika hasil dapatan


4

PROPOSAL NORZAHRIN BINTI ISMAIL

PISMP/ RBT 2/ SEM 7

kajian adalah tidak berjaya dan tidak mencapai seperti apa yang telah ditetapkan, maka teknik yang lain perlulah dijalankan dan dikaji bagi membantu meningkatkan kebolehan mengingat pelajar terhadap spesies ikan hiasan tropika. Secara tidak langsung, kajian ini perlulah dikaji semula dan dijalankan untuk skop bilangan pelajar yang lebih ramai. Maka, hasil daripada kajian mungkin dapat dilihat dengan lebih jelas. Aspek penambahbaikan perlulah dikaji semula jika hasil daripada kajian ini tidak mencapai objektifnya. Jika permainan Lets Find Me! ini tidak berjaya dan tidak sesuai diaplikasikan di dalam tajuk ini, perlulah dijalankan kajian lain dalam mencari alternatif untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul ini. Justeru, jika permainan Lets Find Me! ini berjaya di dalam membantu pelajar meningkatkan kebolehan mengingat mereka terhadap spesies ikan hiasan tropika, maka ianya dapat dijalankan dan diaplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk ini kelak. Permainan Lets Find Me! yang telah dipilih sebagai satu cara membantu pelajar meningkatkan kebolehan mengingat terhadap spesies ikan hiasan tropika, diharapkan ianya berjaya dijalankan sekaligus memberikan kesan dan impak yang positif terhadap pelajar khususnya dari aspek kebolehan mengingat pelajar. Dengan penggunaan permainan Lets Find Me! ini, diharap pelajar dapat mengingat spesies ikan hiasan tropika dengan lebih baik lagi.

PROPOSAL NORZAHRIN BINTI ISMAIL

PISMP/ RBT 2/ SEM 7

3.1 ANALISIS MASALAH

Kajian difokuskan ke atas 5 orang murid tahun 5 di sebuah sekolah rendah sekitar Batu Pahat. Kajian ini adalah bertujuan untuk menguji kebolehan mengingat murid-murid terhadap spesies ikan hiasan tropika sekaligus meningkatkan kebolehan mengingat murid-murid dengan menggunakan permainan Lets Find Me!. Kajian ini dijalankan selepas melihat kepada kebolehan mengingat murid sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Melalui pemerhatian yang dijalankan, saya dapati bahawa murid-murid menghafal semata-mata spesies ikan hiasan tersebut. Apabila saya mengajukan soalan kepada murid mengenai spesies ikan hiasan tropika, mereka melihat kepada buku teks Kemahiran Hidup berdasarkan warna ikan hiasan tersebut. Selain itu, melalui latihan yang diberikan selepas tamat sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid hanya merujuk kepada buku teks untuk melihat bentuk ikan hiasan.

PROPOSAL NORZAHRIN BINTI ISMAIL

PISMP/ RBT 2/ SEM 7

4.0 OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dijalankan adalah untuk: i. Meningkatkan kebolehan mengingat murid Tahun 5 mengenai spesies ikan hiasan tropika dalam tajuk Ikan Hiasan melalui permainan Lets Find Me!. ii. Meningkatkan minat murid Tahun 5 mempelajari spesies ikan hiasan tropika dalam tajuk Ikan Hiasan melalui permainan Lets Find Me!.

5.0 SOALAN KAJIAN

Antara persoalan yang wujud dalam kajian ini adalah: i. Adakah permainan Lets Find Me! dapat meningkatkan kebolehan mengingat murid Tahun 5 mengenai spesies ikan hiasan tropika dalam tajuk Ikan Hiasan? ii. Adakah permainan Lets Find Me! dapat meningkatkan minat murid Tahun 5 mengenai spesies ikan hiasan tropika dalam tajuk Ikan Hiasan?

PROPOSAL NORZAHRIN BINTI ISMAIL

PISMP/ RBT 2/ SEM 7

6.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 24 orang murid. Subjek kajian ini ialah 5 orang murid tahun 5 di sebuah sekolah di sekitar Batu Pahat pada tahun 2012. Subjek kajian yang disasarkan adalah mereka yang terdiri daripada seorang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan. BIL 1 2 JANTINA LELAKI PEREMPUAN JUMLAH BILANGAN 1 4 5

6.1 KENALPASTI SUBJEK/ RESPONDEN KAJIAN Jika dilihat dari segi pencapaian murid di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, 5 orang subjek dikenalpasti mempunyai tahap penguasaan yang lemah berbanding murid lain. Jika dinilai secara fizikal, murid lelaki adalah murid yang pasif kerana baru berpindah ke sekolah ini. Sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, subjek hanya melaksanakan tugasan apabila diarahkan. Murid perempuan pula, semuanya kelihatan pasif dan kurang melibatkan diri sewaktu sesi P&P dijalankan. Sungguhpun begitu, kesemua murid ini begitu berminat ketika menjalankan aktiviti amali mahupun projek. Pengkaji telah mengenalpasti subjek melalui beberapa cara iaitu: i. ii. iii. iv. v. Pencapaian Ujian Formatif. Temu bual guru pembimbing. Pemerhatian. Soal selidik. Penelitian dokumen.

PROPOSAL NORZAHRIN BINTI ISMAIL

PISMP/ RBT 2/ SEM 7

7.0 PELAKSANAAN KAJIAN 7.1 PERANCANGAN LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN 7.11 PENERANGAN GURU i. ii. Guru menerangkan spesies ikan hiasan tropika kepada murid. Guru memaparkan gambar-gambar spesies ikan hiasan tropika kepada murid. iii. Guru mengarahkan murid meneliti gambar spesies ikan hiasan tropika. iv. Guru memperkenalkan nama-nama spesies ikan hiasan tropika kepada murid.

7.12 PELAKSANAAN PERMAINAN LATAR BELAKANG Permainan merupakan suatu kaedah yang tidak asing bagi kanakkanak. Bagi memenuhi pencapaian objektif yang akan dikaji, saya telah memilih permainan Lets Find Me! yang bersesuaian dengan murid bagi tahun 5. Permainan ini juga dikenali sebagai permainan puzzle. Permainan ini dilaksanakan dengan menggunakan

pelaksanaan berpusatkan murid. Murid akan bekerjasama dalam kumpulan dan membentuk semangat koperatif dalam menjayakan permainan ini. Permainan ini dipilih juga kerana dapat menambahkan keseronokan dalam pembelajaran. Mereka amat menggemari permainan yang mencabar minda serta ketangkasan dalam

melaksanakan tugasan. Nilai kerjasama yang ditonjolkan dapat meransang minda murid untuk mengetahui bentuk gambar yang

telah dicantumkan seterusnya meningkatkan kemahiran mengingat murid terhadap spesies ikan hiasan tropika tersebut.

PROPOSAL NORZAHRIN BINTI ISMAIL

PISMP/ RBT 2/ SEM 7

PERATURAN PERMAINAN i. ii. iii. iv. Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri dari 4 hingga 5 orang ahli. Ketua akan dilantik dalam setiap kumpulan. Murid akan menyelesaikan Lets Find Me! dalam masa yang ditetapkan iaitu 20 minit. v. Kumpulan yang berjaya menjawab dengan pantas dan betul akan diberikan hadiah sebagai peneguhan positif. vi. Jika kumpulan tidak dapat menyelesaikan dalam masa yang ditetapkan akan dikenakan denda dengan menyebut kesemua spesies ikan hiasan tropika.

10

PROPOSAL NORZAHRIN BINTI ISMAIL

PISMP/ RBT 2/ SEM 7

PERGERAKAN (PLAN)

PERGERAKAN (PLAN)

PETUNJUK

Papan hitam

puzzle

Meja guru

Murid

Meja kumpulan

Guru

11

PROPOSAL NORZAHRIN BINTI ISMAIL

PISMP/ RBT 2/ SEM 7

CARA BERMAIN i. Guru akan memberikan penerangan terlebih dahulu mengenai tugasan yang akan dilaksanakan. ii. Guru menyatakan peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap ahli kumpulan. iii. Setiap kumpulan akan diberikan kadbod dan sampul surat berwarna yang mengandungi kepingan gambar. iv. Ketua kumpulan yang telah dilantik ditugaskan memegang kertas A4 dan pensel bagi menulis jawapan setelah kata sepakat dibuat di dalam kumpulan. v. Apabila arahan diberikan, murid akan memulakan tugasan dan permainan dihentikan apabila bunyi loceng kedengaran. vi. Kumpulan yang berjaya menyiapkan Lets Find Me! dengan pantas dan memberikan jawapan yang betul dengan banyak akan dikira sebagai pemenang dan akan menerima hadiah.

12

PROPOSAL NORZAHRIN BINTI ISMAIL

PISMP/ RBT 2/ SEM 7

7.2 PERANCANGAN CARA MENGUMPUL DATA Di dalam kajian yang dijalankan ini, cara pengumpulan data yang akan saya gunakan seperti :

a) Temu bual b) Pemerhatian. c) Penelitian dokumen. d) Rekod markah.

a) Temu bual Saya akan membuat temu bual dengan guru kelas dan guru mata pelajaran Kemahiran Hidup mengenai perkembangan pembelajaran subjek dan sikap subjek dalam kelas. Markah yang tercatat dalam buku rekod telah dikenalpasti dengan perbezaan gred yang dicapai oleh setiap subjek. Temu bual dengan subjek dilaksanakan untuk mengumpul pembelajaran sedikit dalam maklumat kelas dan berkaitan pengajaran bagi dan setiap

keberkesanan

penyampaian kepada subjek tersebut.

b) Pemerhatian Saya akan membuat pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan cara memerhati tingkah laku dan interaksi subjek. Pemerhatian direkodkan melalui alat perakam atau video untuk merakam perbualan atau tingkah laku yang diperhatikan. Dengan menggunakan cara ini guru dapat menyemak semula apa yang diperhatikan.

13

PROPOSAL NORZAHRIN BINTI ISMAIL

PISMP/ RBT 2/ SEM 7

c) Penelitian dokumen Saya akan membuat penelitian dokumen bagi mendapatkan data daripada dokumen yang berkaitan bagi bertujuan menyokong dapatan yang sedia ada. Analisis dokumen seperti foto, video, audio dan ujian digunakan untuk menyokong dapatan kajian.

d) Rekod markah Saya akan menyediakan ujian formatif bagi menguji subjek sejauh mana pencapaian dalam mengingat spesies ikan hiasan tropika. Markah yang diperoleh telah menggambarkan sama ada murid lemah dalam mengingat atau sebaliknya. Bagi mengatasi masalah ini, saya akan mengambil isu ini sebagai isu dalam kajian tindakan akan datang.

14

PROPOSAL NORZAHRIN BINTI ISMAIL

PISMP/ RBT 2/ SEM 7

7.3 PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATA

UJIAN FORMATIF Markah Ujian Sebelum dan Ujian Selepas akan dikira dalam bentuk kuantitatif iaitu dengan mengira bilangan jawapan yang betul. Data yang diperoleh melalui Ujian Sebelum dan Ujian Selepas diinterpretasikan dalam bentuk jadual. Saya akan membuat perbandingan markah antara Ujian Sebelum dan Ujian Selepas. Penganalisisan markah Ujian Sebelum dan Ujian Selepas untuk setiap murid adalah dengan cara membezakan hasil dapatan daripada kedua-dua ujian tersebut. Hal ini adalah bertujuan membezakan markah mereka untuk memerhatikan perubahan markah yang berlaku, sama ada meningkat ataupun menurun selepas permainan Lets Find Me! digunakan. Perbezaan markah untuk kedua-dua ujian ini adalah bagi melihat tahap kefahaman murid sama ada meningkat ataupun menurun. Data yang didapati direkod dalam borang di bawah.

Jadual 1 : Borang markah Ujian Sebelum dan Ujian Selepas & perbandingan markah SEBELUM SELEPAS JANTINA

UJIAN

UJIAN

BIL.

NAMA SUBJEK

1 2 3 4 5

S1 S2 S3 S4 S5

L P P P P

15

BEZA

PROPOSAL NORZAHRIN BINTI ISMAIL

PISMP/ RBT 2/ SEM 7

Kemudian, markah Ujian Sebelum dan Ujian Selepas dipindahkan ke dalam bentuk graf bar. Hal ini bertujuan supaya dapat dilihat dengan lebih jelas lagi perbezaan antara markah yang terhasil daripada kedua-dua Ujian Sebelum dan Ujian Selepas. Contoh graf bar yang akan digunakan adalah seperti:
7 6 5 4 Ujian Sebelum 3 2 1 0 S1 S2 S3 S4 S5 Ujian Selepas

Analisis Ujian Sebelum dan Ujian Selepas

X 100 = _______% JUMLAH SOALAN Jadual 2 : Peratus markah Ujian Pra & Ujian Pasca

JUMLAH SOALAN BETUL

16

PROPOSAL NORZAHRIN BINTI ISMAIL

PISMP/ RBT 2/ SEM 7

TAHAP PENCAPAIAN

UJIAN PRA BIL %

UJIAN PASCA BIL %

CEMERLANG BAIK SEDERHANA MEMUASKAN LEMAH

(80-100%) (60-79%) (40-59%) (20-39%) (0-19%)

TEMU BUAL Melalui temu bual yang dijalankan, guru mengajukan beberapa soalan dan mencatat jawapan murid semasa temubual tersebut dijalankan. Temu bual ini dilaksanakan secara tidak formal dengan mengetahui mengenai minat terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup, pengetahuan mengenai mata pelajaran ini dan setiap jawapan akan transkripsi melalui rakaman audio. VIDEO Sepanjang aktiviti permainan dilaksanaan, penggunaan rakaman video digunakan bagi merakamkan perjalanan sepanjang aktiviti ini

berlangsung. Saya akan meminta bantuan guru yang lain untuk merakamkan video tersebut. Rakaman ini banyak membantu dan sangat penting kerana ia dapat mengimbas kembali perjalanan yang berlaku sepanjang aktiviti ini dilaksanakan. Pencapaian objektif dalam kajian juga dapat dikenalpasti melalui rakaman ini dan dapat ditayangkan kepada individu lain bagi menggambarkan keadaan aktiviti permainan Lets Find Me!.

17

PROPOSAL NORZAHRIN BINTI ISMAIL

PISMP/ RBT 2/ SEM 7

8.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 8.1 JADUAL PELAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN BULAN FEB PERKARA Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data tinjauan awal Membuat kertas cadangan Merancang tindakan Melaksanakan tindakan Mengumpul data Menganalisis data selepas tindakan Membuat refleksi Menulis laporan penyelidikan tindakan Pembentangan dapatan penyelidikan MAC APR MEI JUL AUG SEPT

18

PROPOSAL NORZAHRIN BINTI ISMAIL

PISMP/ RBT 2/ SEM 7

8.2 KOS KAJIAN BIL. PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Kertas A4 Fotostat Fotostat Polistrin Cardboard Pemotong polistrin Kertas warna Manilakad Gam Loceng basikal Bateri Dakwat pencetak 1 rim 7 6 2 3 1 1 set 6 1 1 3 1 botol RM 11.00 RM 0.40 RM 2.50 RM 2.50 RM 2.50 RM 9.00 RM 4.00 RM 0.40 RM 1.00 RM 5.00 RM 3.90 RM 10.00 RM 11.00 RM2.80 RM 15.00 RM 5.00 RM 7.50 RM 9.00 RM 4.00 RM 2.40 RM 1.00 RM 5.00 RM 11.70 RM 10.00 JUMLAH

JUMLAH

RM 84.40

19

You might also like