You are on page 1of 13

Laporan Lawatan Ke Jabatan Kimia Malaysia (Cawangan Melaka)

Pada semester ini, unit PISMP SAINS JANUARI 2010 telah mengadakan lawatan ke Jabatan Kimia Malaysian (Cawangan Melaka) pada 2 September 2013. Lawatan ini telah disertai oleh 21 orang guru pelatih dan Puan Fatimah bt Yusof sebagai pensyarah pengiring. Objektif lawatan ini adalah memberi peluang kepada guru pelatih bagi mendapatkan pengalaman dan pengetahuan baru mengenai bahan tambah dalam makanan serta teknologi terkini yang digunakan. Sebelum mengadakan lawatan ini, beberapa persiapan telah dilaksanakan. Pertama , kami telah menubuhkan ahli jawatankuasa bagi lawatan ini. Ini dilaksanakan bagi memudahkan proses perancangan dan pelaksanaan lawatan berjalan dengan lancar. Setelah itu, kami melakukan tinjauan terhadap tempat lawatan bagi mendapat gambaran awal mengenai latar belakang tempat lawatan yang akan dituju. Selain daripada perbincangan bersama rakan pelatih, kami turut mengadakan perbincangan bersama pensyarah bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai lawatan yang akan diadakan. Kami juga membuat rujukan mengenai topik bahan tambah dalam makanan bagi memudahkan lagi pemahaman kami mengenai topik yang akan dibincangkan nanti. Kami tiba di Jabatan Kimia, Melaka pada pukul 9.00 pagi. Kedatangan kami telah disambut oleh En. Jayasilan, wakil daripada Jabatan Kimia. Kami telah diberikan prosedur keselamatan yang mesti dipatuhi sepanjang berada di Jabatan Kimia. Penerangan ringkas tersebut telah diberikan dengan menayangkan video keselamatan jika berlaku sebarang kebakaran. Sesi lawatan seterusnya diteruskan dengan penerangan daripada En. Jayasilan mengenai bahan tambah yang terdapat di dalam makanan seperti pemanis, pewarna, pengemulsi, pemekat dan juga pengawet. Beliau telah menerangkan fungsi setiap bahan tambah tersebut berserta dengan beberapa contoh.

Sesi lawatan berhenti rehat pada pukul 10 pagi. Kami telah dihidangkan dengan makan pagi yang telah disediakan oleh pihak Jabatan Kimia. Rehat telah diberikan selama 30 minit. Setelah itu, kami dibawa untuk memasuki makmal Unit Makanan bagi melihat sendiri beberapa contoh bahan tambah yang terdapat di situ. Kami berpeluang untuk melakukan sendiri uji kaji bagi mengesan pewarna di dalam salah satu kordial perisa tebu yang terdapat di pasaran. Pengesanan pewarna ini adalah untuk memastikan bahawa pewarna yang digunakan adalah mengikut kepada peraturan pemakanan 1985. Pelajar telah dipecahkan kepada dua kumpulan dan dibimbing oleh dua orang staf yang telah ditugaskan. Kami telah diberikan peluang untuk melakukan beberapa uji kaji yang telah disediakan. Penerangan yang jelas telah diberikan kepada kami mengenai bahan pewarna di dalam produk makanan seperti teh, kordial, kicap dan pelbagai jenis makanan yang terdapat di dalam makanan yang terdapat di pasaran kini. Kemudian, kami turut dibawa ke bilik khas bagi melihat teknologi terkini dan mesin-mesin yang digunakan oleh para pekerja bagi mengesan bahan tambah yang terdapat dalam makanan di pasaran. Alatan tersebut kebanyakan diimport daripada Negara Jepun dan bernilai ribuan ringgit Malaysia. Dengan adanya teknologi terkini dan komputer akan memudahkan pekerja untuk mendapatkan hasil uji kaji dengan lebih cepat dan tepat. Jabatan kimia Malaysia banyak memberi sumbangan kepada masyarakat. Antaranya adalah dengan memastikan setiap produk yang terdapat di pasaran mematuhi peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 telah menyenaraikan jenis-jenis bahan tambah dalam makanan buatan yang dibenarkan dan kuantiti bahan yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan untuk dimasukkan ke dalam makanan. Selain daripada bahan tambah makanan, Jabatan Kimia ini juga turut memberi sumbangan dalam kes yang melibatkan jenayah dan narkotik. Contohnya, setiap dadah yang dirampas oleh pihak polis akan diperiksa terlebih dahulu oleh pihak Jabatan Kimia. Selain itu, bagi kes jenayah seperti kes rogol, Jabatan Kimia akan memeriksa

kesan air mani yang terdapat pada mangsa dan mengeluarkan laporan yang akan digunakan oleh pihak polis di dalam mahkamah. Setelah tamat lawatan di Jabatan Kimia, kami mendapat banyak input dan manfaat yang berguna mengenai Bahan Tambah dalam Makanan. Jika sebelum ini kita hanya mengambil makanan tanpa memastikan apa yang terkandung di dalam makanan tersebut. Namun, melalui lawatan ini, pihak Jabatan Kimia telah memberikan penerangan yang teliti mengenai Bahan Tambah yang terdapat di dalam makanan yang terdapat di pasaran kini. Sebagai bakal guru, kita perlu melengkapkan diri bukan sahaja mengenai subjek Sains yang diajar semata-mata tetapi menyeluruh ke semua aspek termasuk dalam teknologi kimia dalam makanan ini. Bermula dari peranan Jabatan Kimia kepada masyarakat sehingga aspek Bahan Tambah dalam Makanan telah didedahkan kepada kami sepanjang tempoh lawatan berlangsung. Teknologi yang canggih yang terdapat di dalam Jabatan Kimia turut membuatkan kami kagum dengan teknologi yang terdapat di Malaysia kini. Perkembangan teknologi kini bukan sahaja membantu masyarakat namun dapat menjana ekonomi negara. Jika sebelum ini kita tidak mengetahui apa yang dimaksudkan dengan Bahan Tambah dalam Makanan, melalui lawatan ini dapat memberikan saya pelbagai maklumat dan input berguna yang dapat dikongsikan kepada masyarakat di luar. Bahan makanan bukan sahaja dapat memberikan rasa namun warna kepada sesuatu makanan supaya kelihatan menarik. Tambahan lagi, lawatan ini juga menerangkan beberapa jenis bahan tambah dalam makanan yang perlu diketahui. Jenis-jenis bahan tambah dalam makanan adalah perisa, pewarna, pengawet, penstabil dan pemekat. Melalui pelbagai jenis bahan tambah dalam makanan ini, kita dapat mengetahui sejauh mana sesuatu makanan mengandungi bahan tambah dalam makanan. Contohnya, minuman yang sering diletakkan bahan tambah dalam makanan iaitu pewarna ialah teh. Minuman ini merupakan minuman yang sering diambil dan menjadi rutin harian bagi sesetengah keluarga sebagai minuman utama. Ini menunjukkan bahawa, boleh dikatakan

keseluruhan makanan dan minuman yang terdapat di pasaran kini mengandungi bahan tambah dalam makanan. Walaupun bahan tambah dalam makanan ini digunakan dalam sesuatu makanan atas tujuan tertentu, namun kita seharusnya mengambil langkah berjaga-jaga dalam pengambilan makanan. Lawatan ini juga mendedahkan beberapa kesan buruk yang boleh dilihat akibat pengambilan bahan tambah dalam makanan secara berlebihan. Pelbagai penyakit akan timbul akibat daripada pengambilan makanan yang tidak diketahui memberikan kesihatan kepada tubuh badan manusia. Sebagai guru, kita perlu sentiasa mengingatkan kepada murid tentang bahaya pengambilan makanan yang mengandungi bahan tambah dalam makanan secara berlebihan. Kanak-kanak misalnya sangat menyukai makanan ringan yang ternyata mengandungi banyak bahan tambah dalam makanan. Pengambilan makanan ringan ini tidak baik untuk kesihatan sehingga boleh mengundang penyakit kepada mereka. Guru merupakan agen perubahan dan seharusnya memberitahu dan mengingatkan kepada murid-murid mengenai keadaan sebegini. Di samping itu, dalam lawatan ini juga kami telah diberitahu mengenai beberapa contoh bahan tambah makanan yang tidak dibenarkan serta mendapatkan kelulusan daripada Akta Makanan Malaysia. Ini secara tidak langsung, memberikan peringatan kepada kami untuk lebih berhati-hati dalam mengambil makanan. Tidak hanya melihat kepada rupa dan rasa sesuatu makanan tersebut tetapi perlu mengambil kira dari segi kandungan yang terdapat di dalam sesuatu makanan. Lebih-lebih lagi sebagai seorang muslim terdapat beberapa makanan yang haram di makan. Melalui pendedahan yang diberikan kita akan lebih berjaga-jaga dan memilih makanan yang betul-betul berkhasiat kepada tubuh badan manusia. Guru merupakan medium penyampaian ilmu kepada murid-murid di sekolah. Isu mengenai bahan tambah dalam makanan juga perlu diketahui oleh guru dan disampaikan kepada murid-murid di sekolah. Ini bukan sahaja memberikan pendedahan baru kepada mereka tetapi mendidik murid supaya lebih berhati-hati mengambil sesuatu makanan. Pengambilan makanan yang sihat juga akan

menghasilkan murid-murid yang mempunyai badan yang sihat dan memberikan keselesaan kepada mereka untuk belajar. Pelbagai ilmu mengenai bahan tambah dalam makanan yang telah diberitahu melalui lawatan ini dapat menjadikan diri kami prihatin terhadap sesuatu perkara. Sebagai mana yang sedia maklum, makanan merupakan perkara penting kepada tubuh badan manusia. Ini menjelaskan kepada kita bahawa makanan yang bersih dan sihat akan mendatangkan kebaikan kepada manusia dalam menjalani tugas seharian. Diharapkan lawatan ini dapat diteruskan dan mendapat lebih banyak ilmu lain berkenaan Sains dan Teknologi yang digunakan kini. Sepanjang melaksanakan lawatan ini, terdapat beberapa kekuatan yang dikesan. Antaranya adalah kami mendapat pengetahuan yang mendalam mengenai topik ini. Penerangan yang diberikan oleh Encik Jaya wakil daripada Jabatan Kimia sangat jelas. Malah, kami juga telah diberi peluang untuk melaksanakan aktiviti amali bagi melihat sendiri bagaimana mengesan bahan tambah dalam makanan. Selain itu, kami cukup teruja apabila dapat melihat sendiri alatan-alatan yang berteknologi tinggi yang digunakan oleh mereka. Ini telah menyedarkan kami, betapa besarnya sumbangan teknologi kepada kehidupan manusia kini. tanpa kerjasama daripada kami. Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan daripada lawatan yang telah dijalankan ini. Tempoh lawatan mungkin dapat dipanjangkan lagi. Ini supaya lebih banyak lagi pendedahan yang dapat diberikan oleh pihak Jabatan Kimia. Selain itu, waktu lawatan diadakan tidak bersesuaian. Ini kerana pada masa tersebut guru pelatih sibuk dengan tugasan kerja kursus yang perlu disiapkan. Lawatan ini mungkin dapat diadakan lebih awal agar tidak mengganggu tugas yang lain. Diharapkan lawatan seperti ini dapat diadakan lagi bagi menambahkan ilmu pengetahuan mengenai pelbagai bidang Sains yang terdapat pada masa kini. Sebagai pendidik penambahan pelbagai aspek ilmu dapat menjadikan seseorang itu lebih peka serta dapat menyampaikannya kepada masyarakat. Lawatan ini juga turut meningkatkan semangat bekerjasama antara ahli unit. Lawatan ini tidak akan berjaya

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG LAWATAN KE JABATAN KIMIA, MELAKA.

Guru pelatih dan pensyarah pengiring tiba di Jabatan Kimia Malaysia pada jam 8.30 pagi

Menerima penerangan daripada Encik Jaya mengenai struktur organisasi Jabatan Kimia

Encik Jaya memberikan penerangan mengenai bahan tambah dalam makanan dan teknologi yang digunakan

Guru pelatih dan pensyarah dibawa melawat makmal bahagian makanan di Jabatan Kimia

Encik Shahril menunjukkan cara mengesan jenis pewarna yang digunakan dalam makanan

Guru pelatih diberi peluang melaksanakan amali bagi mengesan pewarna dalam makanan

Jenis-jenis bahan pewarna yang digunakan

Mengadakan eksperimen bagi menentukan kandungan pewarna dalam serbuk teh

Penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada Jabatan Kimia

Bergambar kenangan sebelum pulang

You might also like