You are on page 1of 16

PEMULIHARAAN AIR

TAJUK : ISU DAN PERKEMBANGAN PEMULIHARAAN AIR OLEH : ANIS SYUHADA BINTI ABDULLAH

Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar meliputi beberapa komponen utama iaitu unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-bata, dan sebagainya, serta fenomena semula jadi yang berlaku. Alam sekitar juga terdiri daripada sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti udara, air, dan iklim, serta tenaga, sinaran, cas elektrik, dan kemagnetan, yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia. Alam sekitar merupakan anugerah dan amanah Tuhan yang sangat besar ertinya kepada kehidupan makhluk di atas muka bumi ini. Salah satu anugerah yang diberi adalah air. Pencemaran air terutamanya pencemaran sungai di Malaysia merupakan satu masalah alam sekitar yang bertambah serius dari semasa ke semasa dan sehingga sekarang masih tiada lagi suatu kaedah penyelesaian yang benar-benar efektif untuk menangani masalah ini. Apa yang menyedihkan, pencemaran bukan sahaja dialami oleh sungai-sungai di kawasan bandar, malah sungai-sungai luar bandar juga turut dilanda masalah ini. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 menakrifkan pencemaran sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat fizikal, haba, kimia atau biologi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan bahan buangan hingga menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah, menyebabkan suatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan dan kebajikan awam atau kepada binatang, burung, hidupan liar, ikan atau hidupan dalam air atau kepada tumbuhan atau menyebabkan suatu pelanggaran terhadap apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan ke atas sesuatu lesen yang dikeluarkan dibawah akta ini.

PEMULIHARAAN AIR
Dari aspek sejarah, menunjukkan sumber air seperti sungai dan

persekitarannya sejak dulu lagi amat penting di dalam kehidupan manusia dari segi sosial dan ekonomi. Air seperti sungai juga berperanan dalam kemudahan perhubungan yang menyebabkan banyak penempatan masyarakat tertumpu di sepanjang lain-lain bandar utama di Malaysia. Sumber air dan persekitarannya adalah harta yang tidak ternilai yang perlu dijaga dan dilindungi bersama agar tidak terus dieksploitasi secara berlebihan dan tanpa kawalan yang akhirnya akan membawa kepada kemusnahan persekitaran dan pencemaran air yang terlalu mahal dan sukar untuk dipulihkan kembali. Sejarah pemuliharaan air telah berlaku sejak kurun ke-19 lagi. Pencemaran air amnya pencemaran sungai bukanlah satu masalah yang baru bagi hampir keseluruhan negara di dunia ini. Pencemaran air contohnya pencemaran sungai sebenarnya bermula pada zaman revolusi industri iaitu pada kurun ke-19. Revolusi industri di Britain telah mengubah cara hidup masyarakat secara dramatik dan juga menyebabkan perubahan mendadak dalam kualiti sungai. Bagi menaikkan taraf sanitasi di bandar-bandar, pembentungan dibina untuk mengangkut najis manusia yang sebelum ini ditanam. Akibat peningkatan populasi yang mendadak pada zaman revolusi industri, jurutera air ( water engineer) yang membina sistem pembetung telah memperkenalkan pengklorinan bekalan air. Ini secara tidak langsung telah menghentikan penyebaran penyakit secara berkesan dengan pencegahan penyakit secara perubatan. Namun dmeikian, rawatan air pada waktu itu adalah dalam keadaan yang agak minimum dan kebanyakan sisa disalurkan secara terus ke sungai di mana sisa tersebut bercampur dengan effluen dari kilang-kilang dan mencemarkan sungai tersebut. Dalam aspek agama, umat Islam percaya Allah S.W.T telah mencipta langit dan bumi ini, dengan sebaik-baik kejadian. Dia yang menjadikan gunung-ganang, sungai dan laut supaya manusia dapat mencari rezeki darinya. Akan tetapi, manusia yang dikurniakan kelebihan akal, merosakkan alam ini semata-mata kerana tamak dan ingin membolot kekayaan, tanpa memperdulikan akibat perbuatan mereka tersebut. Dalam surah Yaasin ayat 36-36, Allah ada berfirman, yang maksudnya;

PEMULIHARAAN AIR
Kami adakan di bumi kebun yang berisi pohon kurma dan buah anggur dan kami pancarkan di sana mata air supaya mereka makan buah-buahan apa yang diusahakan oleh tangan mereka. Tidakkah mereka berterima kasih kepada Kami. Begitu juga dalam surah An-Nahl ayat 14-15, Allah berfirman, yang antara lain bermaksudnya; Dia yang menguasai laut supaya kamu makan daging ikan yang lembut dan supaya kamu keluarkan dari dalamnya perhiasan yang kami pakai dan engkau lihat kapal berlayar di laut supaya kamu mencari kurniaan Allah (rezeki), mudah-mudahan kamu berterima kasih kepadaNaya. Air merupakan satu unsur yang amat penting dalam agama Islam. Air juga merupakan salah satu nikmat dunia yang diberikan oleh Allah s.wt. kepada makhluknya. Ianya terserlah dan terbukti dengan ulangan sebanyak 63 kali di dalam keseluruhan Al-Quran. Jumlah perkataan di dalam Al-Quran ialah sebanyak 6,666 patah jika dibahagikan dengan 63 patah ianya hampir mencecah 1% daripada keseluruhan ayat Al-Quran. Ini membuktikan hampir 1% (0.945%) daripada isi kandungan Al-Quran adalah membicarakan mengenai air, manakala perkataan yang merujuk kepada sungai muncul sebanyak 52 kali (0.78%) dan ayat berkenaan dengan mata air, hujan dan awan tidak kurang dari lima kali (0.075%) bagi setiap satu. Ini menunjukkan betapa pentingnya air di dalam kehidupan manusia dan sebagai manusia kita wajib menghargai air dengan memeliharanya sebaik-baiknya. Kebersihan air sangat penting dalam kehidupan orang Islam. Kerana air bukan sahaja untuk kegunaan minuman sahaja, tetapi juga untuk kesempurnaan ibadah kepada Allah, seperti ianya digunakan untuk beristinjak, mengambil wuduk dan mandi hadas. Walaupun dalam Islam ada alat-alat yang lain yang boleh digunakan untuk menggantikan air untuk tujuan tersebut, namun penggantian itu tidak boleh digunakan sembarangan, tetapi mestilah memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh agama. Misalannya debu tanah untuk bertayamum tidak boleh digunakan sekiranya masih ada air atau dalam keadaan penggunaan air tidak mendatangkan kemudaratan. Dari aspek budaya dan kaum, sesetengah budaya tradisional yang diamalkan oleh masyarakat tradisional di Semenanjung Malaysia sebenarnya menyentuh etika alam sekitar mereka yang terbentuk berdasarkan nilai-nilai agama,

PEMULIHARAAN AIR
kepercayaan dan moral. Contohnya satu bentuk amalan budaya tradisional kaum orang asli adalah sekiranya wanita datang haid mereka tidak mandi dalam sungai, tetapi sebaliknya mengambil air sungai dan mandi di tempat lain untuk mengelakkan air sungai daripada dicemari. Budaya tradisional yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat ini merupakan salah satu langkah pemeliharaan air bagi menjaga alam sekitar daripada dicemari. Pemuliharaan air amat penting kepada hidupan di Bumi. Antara kepentingan memulihara sumber air adalah untuk mengekalkan suhu bumi. Air adalah sumber terbaik bagi mengekalkan suhu bumi contohnya lautan dapat mengekalkan suhu bumi melalui kitaran air. Ini boleh dicapaikan semasa air lautan yang bersuhu tinggi mengalir ke air lautan yang bersuhu rendah. Air juga merupakan sejenis cecair yang mengandungi kapasiti panas yang tinggi (kemampuan untuk menyerap panas). Justeru, suhu bumi dapat dikekalkan. Kepentingan memelihara sumber air juga dinyatakan secara jelas di dalam AlQuran iaitu Kepentingan air dalam kehidupan manusia telah dinyatakan oleh Allah dalam al Quran iaitu "Apakah kamu tidak memperhatikan bahawa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, maka diaturNya menjadi sumber-sumber air di bumi, kemudian ditumbuhkanNya dengan air itu tanam-tanaman yang bermacammacam warnanya'. (Surah az Zumar : 21)

Pemeliharaan sumber air turut dinyatakan di dalam Al-Quran

PEMULIHARAAN AIR
Pemuliharaan air juga penting bagi memastikan air bersih mencukupi. Oleh itu dapat mengelakkan masalah kekurangan air untuk makan, minum dan membasuh. Sungai dan laut yang bersih menjamin kemandirian organisma akuatik. Kekurangan sumber air yang bersih yang disebabkan sumber air seperti sungaisungai, lautan yang tercemar akan mendedahkan risiko penyakit kepada hidupan seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Selain itu, air merupakan sumber asli yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Air sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia sehinggakan manusia boleh hidup bertahan beberapa hari dengan air sahaja tanpa makanan. Tubuh kita mengandungi lebih kurang 70% air. Sekiranya kehilangan air, hal ini akan mengakibatkan kita kehilangan tenaga. Air bukan sahaja penting kepada manusia malah kepada hidupan lain seperti haiwan dan tumbuhtumbuhan yang turut memerlukan air. Air yang suci dan bersih merupakan penjana kepada kehidupan di muka bumi. Oleh kerana air merupakan unsur penting dalam kehidupan manusia, masyarakat haruslah berganding bahu dalam memelihara dan menjaga kebersihan air terutamanya menjaga keselamatan alam sekitar daripada sebarang pencemaran. Pemuliharaan air dapat membantu menyelamatkan alam sekitar daripada kerosakan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Tambahan pula, alam sekitar yang dijaga oleh semua lapisan masyarakat dapat mengelakkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan tumbuhtumbuhan adalah merupakan salah satu sumber makanan kepada manusia. Pencemaran air yang dilakukan akan menyebabkan kemusnahan habitat haiwan laut dan akan menyebabkan sumber makanan manusia akan berkurang, sebagai contoh hidupan laut seperti udang, ikan dan seumpamanya merupakan sumber makanan yang mengandungi protein yang dapat menstabilkan kesihatan manusia. Sekiranya kita melakukan sebarang pencemaran laut seperti pembuangan sisa toksik ke dalam laut, kepupusan hidupan laut akan berlaku. Manakala, tumbuh-tumbuhan pula menjadi sumber kepada perubatan seperti herba untuk pesakit. Alam sekitar yang tidak tercemar membolehkan habitat hidupan air terpelihara. Di sini jelas menunjukkan kepentingan pemuliharaan air yang memberi impak besar terhadap hidupan.

PEMULIHARAAN AIR
Di samping itu, alam sekitar seperti sumber air yang bersih akan dapat meningkatkan ekonomi negara. Kebanyakan pelancong menjadikan destinasi peranginan seperti pulau, berhampiran pantai atau pusat rekreasi air terjun sebagai destinasi pelancongan mereka. Pandangan mereka semestinya tertumpu pada alam sekitar yang merupakan aset kepada sesuatu tempat. Sesebuah masyarakat yang bersih dan mengandungi nilai kedamaian akan dapat menarik perhatian pelancong asing. Kedatangan pelancong asing ke dalam negara kita akan meningkatkan nilai tukaran wang asing, dan ini akan dapat memajukan perkembangan ekonomi negara kita. Selain itu, kedatangan pelancong juga dapat memajukan sektor perkhimatan dan sektor perniagaan serta menawarkan peluang perkerjaan kepada masyarakat. Dengan ini, imej negara kita akan dapat ditingkatkan. Selain itu, kepentingan pemuliharaan air juga adalah untuk memastikan sumber perikanan terus kekal. Ini kerana, perikanan merupakan salah satu kegiatan ekonomi di Malaysia. Bagi nelayan kecil, sungai adalah tempat mereka mencari rezeki untuk menampung kehidupan mereka selain melakukan kerja-kerja lain. Jika sungai atau laut yang menjadi sumber perikanan tercemar, kegiatan perikanan mereka akan terjejas dan menyebabkan mereka tidak dapat mencari sumber rezeki. Sumber air juga penting untuk dipulihara kerana air merupakan salah satu punca sumber tenaga hidroelektrik. Di Malaysia, kaedah menjana tenaga elektrik dengan menggunakan air digunakan di beberapa buah negeri contohnya di Empangan Tasik Kenyir, Terengganu, Empangan Temenggor dan sebagainya. Air sungai di empangan yang dibina akan memutarkan alat penjana yang seterusnya menghasilkan tenaga elektrik untuk dibekalkan ke rumah-rumah, kilang dan sebagainya. Antara punca pemuliharaan air dilakukan adalah disebabkan pencemaran yang telah dilakukan seperti pencemaran sungai, pencemaran laut dan sebagainya. Proses penyahhutanan dan pembukaan tanah baru untuk tujuan petempatan, pertanian, perlombongan, pembinaan infrastruktur, dan kilang pemprosesan telah menyebabkan berlakunya hakisan yang teruk dan pemendapan dalam sungai yang bukan hanya telah menyebabkan berlakunya banjir dan banjir kilat malahan mempengaruhi petempatan dengan teruknya. Masalah hakisan dan pencemaran air

PEMULIHARAAN AIR
sungai oleh kelodak sehingga ke hari ini masih lagi menjadi salah satu daripada masalah alam sekitar yang serius di negara ini. Keadaan pencemaran air pada masa ini telah menjadi semakin pelbagai dengan penghasilan bahan pencemar yang juga amat pelbagai akibat efluen yang dibuang oleh kilang-kilang perindustrian dan ternakan babi. Akibatnya, air yang telah tercemar perlu dipulihara kembali bagi memastikan kelangsungan bekalan air pada masa akan datang. Punca pemuliharaan air perlu dilakukan juga adalah disebabkan aktiviti penternakan dan penyembelihan khinzir yang dilakukan di beberapa buah negeri. Terdapat negeri yang tidak mempunyai sistem pengurusan sisa (najis khinzir) yang sistematik sehingga menimbulkan pelbagai masalah pencemaran. Kebanyakan sisa tersebut dialirkan terus ke sungai dan mencemari sungai yang menjadi sumber air serta makanan kepada penduduk sekitar. Contoh sungai yang mengalami pencemaran teruk adalah seperti Sungai Sepang, Sungai Skudai, Sungai Sengget, Sungai Kelang dan Sungai Damansara. Sekiranya pemliharaan air tidak dijalankan, sungai tersebut akan terus tercemar dan menjejaskan kualiti air yang sangat bernilai kepada manusia dan hidupan. Terdapat banyak kesan akan timbul jika pemuliharaan air tidak dijalankan ke atas sumber air yang telah tercemar.

Sumber air yang telah tercemar

PEMULIHARAAN AIR
Air adalah sumber bersama. Pembangunan jangka panjang bagi air memerlukan pengurusan sumber yang menyeluruh. Masalah besar yang memberi kesan terhadap kualiti air timbul mengikut kepentingan bagi keadaan yang berbeza iaitu dari kumbahan domestik yang tidak terolah dengan sempurna, pelepasan effluen dari industri yang tidak, kehilangan dan kerosakan kawasan tadahan, penempatan kawasan perindustrian yang tidak dibuat dengan betul, kehilangan hutan, pertanian pindah yang tidak terkawal dan amalan pertanian yang buruk. Ini menyebabkan nutrien dan racun serangga melarut resap. Antara kesan jika pemuliharaan air tidak dijalankan adalah seperti ekosistem akuatik terganggu dan sumber kehidupan air terancam. Di dalam keadaan tertentu, ekosistem akuatik juga mendapat kesan dari projek pembangunan pertanian sumber air seperti empangan, lencongan sungai, skim pemasangan dan penyaliran air. Hakisan, pemendapan, kehilangan hutan dan penggunaan telah

menyebabkan peningkatan susutan tanah dan menyebabkan kesan buruk terhadap ekosistem. Banyak dari masalah ini timbul dari model pembangunan yang merosakkan alam sekitar dan kurangnya kesedaran orang ramai terhadap pemuliharaan air. Kesan yang boleh diukur ialah kesan ekologi dan kesihatan manusia. Kaedah pencegahan amat perlu bagi mengelakkan kos yang tinggi berikutan langkah bagi membaikpulih sumber air yang rosak, mengolah dan membangunkan bekalan air baru. Selain itu, jika pemuliharaan air tidak dilakukan, bekalan air akan terputus dan kita tidak akan mendapat sumber air yang bersih. Bekalan air yang selamat dan sanitasi amat penting bagi pemuliharaan alam sekitar, dan meningkatkan tahap kesihatan. Bekalan air bersih dan selamat amat penting kepada semua aktiviti kehidupan manusia. Satu anggaran sebanyak 80 peratus dari semua penyakit dan lebih dari satu pertiga kematian di dunia ini disebabkan oleh pengambilan air tercemar. Pemuliharaan air juga berkesan dalam menangani wabak penyakit yang menular jika air tidak dirawat dan berada dalam keadaan tercemar. Contohnya, jika seseorang minum air daripada sumber air yang tercemar, besar kemungkinan akan

PEMULIHARAAN AIR
terkena wabak taun yang berbahaya kepada manusia. Wabak ini akan berjangkit kepada orang lain jika tidak dikawal dengan segera. Kemusnahan habitat haiwan juga akan terjadi jika pemuliharaan air tidak

dijalankan. Haiwan-haiwan seperti di laut, di sungai, di tasik dan sebagainya akan hilang habitatnya disebabkan habitat yang tercemar dan lama kelamaan akan menyebabkan kepupusan spesies haiwan tersebut. Secara tidak langsung, keadaan ini akan menyebabkan manusia kehilangan punca makanan dan kehilangan tenaga bagi meneruskan kehidupan. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh kerajaan bagi memulihara sumber air yang semakin tercemar dari masa ke semasa. Bagi pencemaran air, terutamanya pencemaran laut, kerajaan telah bekerjasama dengan Negara Indonesia untuk memperdaulatkan Selat Melaka. Semua kapal yang digunakan mestilah sentiasa disemak.Sentiasa pastikan kapal dalam keadaan baik supaya kapal selamat diguna. Tenggelaman kapal akan mengalirkan minyak kapal ke dalam air dan ini akan mencemarkan laut. Kerajaan juga boleh menggunakan teknologi pemuliharaan air bagi

memulihara semula air yang telah tercemar. Antara teknologi yang boleh digunakan adalah seperti Proses NEWater iaitu merupakan proses rawatan semula air yang telah diamalkan di negara Singapura akibat bekalan air yang terhad.- NEWater bermaksud air sisa kumbahan yang telah dirawat. Terdapat tiga proses utama yang digunakan untuk menghasilkan Newater iaitu (i) Penurasan mikro (Microfiltration) , (ii) Osmosis Songsang (Reverse Osmosis), (iii) Teknologi Sinaran Ultra-violet Penyahjangkitan (Ultraviolet light disinfection technologies).

PEMULIHARAAN AIR

Contoh neWater di Singapore Teknologi kedua yang boleh digunakan bagi memulihara sumber air adalah menggunakan Proses Rawatan Air . terdapat beberapa langkah proses semasa menggunakan kaedah rawatan air ini. Proses pertama adalah Intake (pengambilan) : Untuk proses ini, pam diperlukan untuk mengepam air masuk ke pusat rawatan. Air diperolehi daripada sungai, tasik, laut dan lain-lain.

Proses kedua yang dijalankan adalah Aeration (Pengudaraan) .Proses ini bertujuan untuk menyingkirkan bahan-bahan organik dengan memberi aliran udara kepada air tersebut. Hidupan-hidupan organik yang terkandung di dalam air tersebut akan mula mengalami proses penguraian apabila menerima oksigen. Proses ketiga pula adalah Coagulation (Kogulasi) . Proses ini bertujuan untuk mengumpul bahan-

PEMULIHARAAN AIR
bahan terampai. Prosesnya adalah melalui penambahan bahan kimia yang berfungsi untuk memberi daya tarikan kepada partikel-partikel terampai tersebut. Manakala, seterusnya Flocculation (Flokulasi) akan dijalankan. Proses ini adalah kesinambungan daripada proses sebelum ini.Tujuannya adalah untuk membenarkan floc terbentuk. Floc adalah keadaan di mana partikel-partikel itu membentuk kumpulan yang lebih besar dan berat. Seterusnya, proses Sedimentation (Pemendapan) akan dilakukan bertujuan untuk memendapkan partikel-partikel berat yang terhasil daripada 2 proses sebelum ini. Partikel-partikel itu kemudiannya boleh dibuang daripada air tersebut. Proses keenam yang akan dijalankan adalah Filtration (Penapisan) . Tujuannya adalah untuk menapis bahan-bahan yang tidak boleh dibuang melalui proses sebelum ini. Bahan-bahan yang terlepas akan ditapis dan dibuang di proses ini. proses ketujuh pula adalah Chlorination (Penklorinan) . Proses ini membunuh kuman-kuman yang terdapat di dalam air tersebut dengan menambah klorin di dalamnya. Tetapi bukan semua kuman dapat dibunuh, dan disebabkan itu kita perlu untuk memasak air sebelum diminum kerana bakteria-bakteria dapat dibunuh apabila suhu air mencapai tahap yang tertentu seperti 100o C.

Proses penapisan air Teknologi ketiga yang boleh digunakan bagi memulihara air adalah Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH). (SPAH) adalah salah satu daripada "Best Management Practice (BMP)" yang diamalkan di Malaysia. Sistem ini adalah bertujuan untuk

PEMULIHARAAN AIR
melambatkan aliran air larian permukaan. Kawasan tadahan bagi sistem ini adalah keluasanbumbung bangunan. Bekalan air ini digunakan untuk mencuci kereta,menyiram tanaman, menyimbah tandas dll. SPAH yang ringkas hanya menggunakan tong kecil sahaja untuk menyimpan air hujan. Sistem ini mempunyai dua fungsi utama iaitu On Site Detention. Tujuannya adalah untuk melambatkan aliran air permukaan dengan menahan seketika air hujan. Fungsi kedua adalah Penuaian Air Hujan. Ia bertindak sebagai tangki yang berfungsi sebagai bekalan air hujan. Kebaikan menggunakan teknolgi ini adalah ia dapat penggunaan air bersih kira-kira 30% daripada penggunaan menjimatkan air bersih,

mengurangkan bil-bil air, melambatkan air larian permukaan, mengatasi masalah bekalan air di kawasan-kawasan pendalaman , mengurangkan hakisan tanah atau banjir kilat, dan mudah kerana dilakukan secara persendirian Namun, terdapat beberapa keburukan didapati daripada penggunaan teknolgi ini. antaranya keburukannya adalah bekalan terhad, mengurangkan pendapatan sistem air awam, tangki simpanan air hujan boleh membahayakan kanak-kanak yang bermain di sekelilingnya dan menjadi tempat pembiakan nyamuk, sistem penuaian air hujan memerlukan penjagaan dan pemeliharaan selepas dipasang iaitu ia mungkin tidak sesuai untuk semua pemilik rumah dan kualiti air yang rendah kerana ia tidak mempunyai sistem penapisan atau penurasan air yang sistematik. Selain itu, kerajaan juga mengambil langkah dengan memberi perhatian khas terhadap isu pencemaran sungai ekoran impak buruk kepada pelbagai sektor industri, perikanan, pertanian dan janakuasa elektrik hidro yang akhirnya menjejaskan ekonomi negara. Kesan utama pencemaran sungai yang sangat merugikan negara termasuk peningkatan kos rawatan bekalan air domestik dan industri untuk memastikan bekalan air rakyat bersih, menggugat tahap kesihatan orang awam serta kepupusan flora dan fauna yang seterusnya boleh menggugat ekosistem dan sumber makanan. Sebagai projek perintis, IRBM telah melakar dan melaksanakan Program Satu Negeri Satu Sungai (1N1S) sejak tahun 2005 dengan memilih sebatang sungai dalam bandar dari setiap negeri untuk dipulihkan. Sebanyak 13 batang sungai dipilih

PEMULIHARAAN AIR
untuk program ini termasuk Sungai Perlis, Sungai Petani (Kedah), Sungai Pinang (Pulau Pinang), Sungai Kinta (Perak), Sungai Penchala yang dikongsi oleh Selangor dan Kuala Lumpur, Sungai Temiang (Negeri Sembilan) dan Sungai Melaka. Sungai lain termasuk Sungai Skudai di Johor, Sungai Galing (Pahang), Sungai Hiliran (Terengganu), Sungai Pengkalan Chepa (Kelantan), Sungai Papar (Sabah) dan Sungai Miri (Sarawak). Pendekatan pertama yang digunakan oleh Jabatan pengairan dan Saliran (JPS) bagi mencapai hasrat kerajaan melalui program itu ialah pengukuhan institusi dengan mewujudkan Jawatankuasa Pengurusan Sungai Peringkat Negeri. Seterusnya, aspek pemulihan dilakukan termasuk usaha mengenalpasti punca pencemaran dan melaksanakan projek berkaitan bagi mengurangkan kesan pencemaran serta mengembalikan persekitaran asal ekosistem sungai. Akhir sekali, aktiviti pencegahan termasuk usaha publisiti seperti penubuhan pasukan Ranger Sungai yang terdiri daripada pelajar sekolah, penubuhan pusat informasi sungai dan seumpama. Penglibatan orang awam amat penting dalam usaha JPS mencapai objektif utama program 1N1S termasuk menghidupkan sungai menjadi bersih dan ceria dengan mencapai kualiti air Kelas IIB menjelang 2015. JPS juga berusaha mengubah wajah sungai dan persekitarannya menjadi kawasan mesra rekreasi semulajadi selain memastikan ia bebas daripada mendapan dan longgokan sampah sarap penyebab banjir. Melalui langkah penguatkuasaan undang-undang Jabatan Alam Sekitar (JAS) merupakan jabatan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) yang memainkan peranan untuk mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya yang menyekat pencemaran dari punca tetap (point sources) (dengan izin). Efluen dan sisa kumbahan daripada industri dan loji-loji pengolahan kumbahan perlu dirawat terlebih dahulu dan mematuhi had yang ditetapkan di bawah Akta berkenaan dan peraturanperaturan berkaitan sebelum dilepaskan. Selain itu, bagi masalah pencemaran air yang melibatkan pencemaran sungai Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) juga diberikan peranan oleh NRE untuk mengambil tindakan bagi mensyaratkan semua premis makanan dalam kawasan

PEMULIHARAAN AIR
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memasang Sistem Penapis Sisa Makanan (Food, Oil & Grease Trap) untuk menghalang sisa makanan, minyak dan gris disalurkan terus memasuki sungai dan mencemarkannya dan melaksanakan program Pencegahan Pencemaran dan Peningkatan Kualiti Air Sungai untuk mempertingkatkan kualiti air sungai dan mengambil tindakan undang- undang terhadap pihak-pihak yang melakukan kesalahan mencemarkan sungai, sekiranya disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Denda tambahan juga pada kadar tidak lebih daripada RM 1000.00 boleh dikenakan bagi tiap-tiap hari kesalahan yang diteruskan selepas suatu notis yang menghendakinya menghentikan perbuatan tersebut disampaikan kepadanya. Cadangan saya, bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan pemuliharaan air, Kementerian Pelajaran bersama-sama Jabatan Alam Sekitar(JAS) perlu menganjurkan kempen untuk melindungi alam sekitar di mana ia adalah sesuatu yang sihat dan amat berfaedah kepada masyarakat. Antara kempenkempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintai lah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam, Pameran Alam Sekitar dan sebagainya. Misalnya, pameran alam sekitar yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan isu pencemaran dan kaedah pemuliharaan yang dilakukan bagi merawat pencemaran tersebut. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran. Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar khususnya pencemaran air dan rawatan pemulihan air bagi memulihara sumber air yang telah tercemar. Selain itu, pihak berkenaan perlu mengambil kira pemuliharaan sumber yang telah tercemar seperti merawat air yang telah tercemar, menyediakan sistem pemerangkap sampah yang berkesan untuk membersihkan sungai dari pencemaran sampah sarap, pemeliharaan sumber marin dan lain-lain berkaitan. Selain itu, kita

PEMULIHARAAN AIR
juga boleh mempertingkatkan R&D dan teknologi yang mesra alam seperti penggunaan sumber tenaga gantian dan bahan pengganti, memperluaskan penggunaan bioteknologi dan lain-lain yang boleh mengurangkan risiko pencemaran. Usaha meningkatkan kerjasama serantau juga diperlukan bagi mengawal pencemaran. Misalnya di kalangan negara ASEAN kerjasama dilakukan melalui pemantauan dan rondaan bersama, perkongsian teknologi dan kos pemuliharaan/pembersihan air laut yang tercemar di samping penyelarasan undangundang dan peraturan laut. Kerjasama dan penyelarasan antara agensi kerajaan dalam negara, antara kerajaan-swasta-Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan masyarakat setempat. Selain itu, agensi yang terlibat dengan sokongan masyarakat setempat boleh menjalankan Kempen dan pendidikan alam sekitar. Tujuannya adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang pentingnya mengawal dan mencegah pencemaran di samping mengetahui kaedah yang sesuai bagi memulihara sumber airyang telah tercemar. Kempen dilaksanakan melalui pelbagai saluran media massa seperti kempen Cintailah Sungai Kita, atau menganjurkan pelbagai aktiviti sosial seperti gotong royong membersihkan sungai. Pendidikan alam sekitar perlu bermula di peringkat sekolah, universiti dan juga masyarakat. Dengan kesedaran bahawa air merupakan sumber yang sangat sensitif kepada pencemaran, maka wajar bagi kita mengambil inisiatif yang perlu bagi menangani sebarang permasalahan yang dihadapi. Salah satu daripada strategi penting bagi memastikan sumber air dijaga oleh semua pihak ialah dengan meningkatkan kesedaran dan kecintaan penduduk negara ini terhadap alam sekitar. Dengan pelbagai usaha yang dijalankan seperti kempen 'cintai sungai kita', dan usaha-usaha menerusi media cetak dan elektronik, kita semua perlu disedarkan tentang hubungan akrab antara manusia, alam sekitar dan juga Allah s.w.t. Walaupun keadaan pemuliharaan dan penjagaan alam sekitar terutamanya sumber air yang unggul masih belum tercapai, namun kita tidak boleh berputus asa daripada terus berusaha. Nasib generasi akan datang terletak di tangan kita.

PEMULIHARAAN AIR

You might also like