You are on page 1of 9

LAPORAN LAWATAN AKADEMIK KE AGENSI NUKLEAR MALAYSIA a) SEBELUM LAWATAN Lawatan akademik ke Agensi Nuklear Malaysia telah dihadiri

oleh 21 orang guru pelatih Ijazah sarjana muda perguruan Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, (IPG KPM) diiringi 4 orang pensyarah pengiring. Sebelum lawatan ini diadakan, kami telah menghubungi unit komunikasi korporat Agensi Nuklear Malaysia untuk memohon kebenaran mengadakan lawatan. Respon baik di terima oleh pihak Agensi Nuklear Malaysia kerana bersetuju menerima lawatan daripada IPG KPM. Tiada masalah komunikasi antara pihak IPG dan pihak Agensi Nuklear Malaysia kerana urusan dapat dilakukan secara baik melalui emel dan talian telefon. Setelah mendapat persetujuan daripada pihak Agensi Nuklear Malaysia, kami menguruskan permohonan bus, mengisi borang lantikan pensyarah pengiring dan memohon cenderahati daripada Stor Unit IPG KPM. Terdapat sedikit masalah kerana kami mendapat bus coster.

Walaubagaimanapun, masalah selesai dengan meminta jasa baik En.Mierat,pemandu bus IPG KPM untuk menukar ke bus besar. Empat orang pensyarah daripada Jabatan Sains telah bersetuju untuk menjadi pensyarah pengiring iaitu Pn. Fatimah bt Yusuf, Pn. Rohaya Mee, Pn. Hamsiah bt Saee dan Cik Fauziah bt serta air mineral untuk lawatan ini. Sehari sebelum lawatan, kami telah membuat semakan kali terakhir mengenai pengurusan lawatan ini bagi mengelakkan sebarang masalah. Pertama, kami telah menelefon, En. Halim b. Abd Jumat untuk mengetahui persediaan lawatan tersebut. Kesemua aktiviti telah dirancang dan tiada sebarang masalah. Kedua, kami telah berjumpa dengan pemandu bus untuk pengesahan kelulusan menggunakan bus IPG. Seterusnya, kami telah menyediakan cenderahati dan sijil penghargaan untuk pihak Agensi Nuklear Malaysia. Hj.Yahya. Permohonan daripada stor unit juga diluluskan dan kami menerima cenderahati, sijil penghargaan

b) SEMASA LAWATAN Kami tiba di perkarangan bangunan pentadbiran Agensi Nuklear pada jam 10 pagi. Kedatangan kami disambut mesra oleh Encik Halim Jumat, Pegawai Perhubungan Awam, Agensi Nuklear ini. Kami kemudiannya dibawa ke bilik seminar dan diberi taklimat keselamatan terlebih dahulu melalui tayangan video yang telah disediakan oleh pihak Agensi Nuklear kepada kami. Setelah selesai menonton tayangan video keselamatan tersebut, Encik Halim telah memberi taklimat ringkas mengenai sejarah penubuhan Agensi Nuklear yang bermula pada tahun 1972 ekoran daripada harga minyak yang meningkat dengan mendadak pada tahun tersebut. Agensi Nuklear telah mengalami beberapa siri penukaran nama dan akhirnya agensi ini telah dinamakan Nuklear Malaysia sehingga sekarang. Menurut beliau, agensi ini telah ditubuhkan untuk tujuan pusat kajian dan penyelidikan bagi para penyelidik dan juga pelajar dari universiti tempatan. Dan kajian nuklear di Malaysia dilakukan lebih kepada pelbagai aplikasi sama ada kepada industri, perubatan, pertanian, makanan, pembuatan dan alam sekitar. Kajian nuklear juga dilakukan untuk peralihan sumber tenaga daripada menggunakan gas asli kepada tenaga nuklear. Beliau juga menjelaskan infrastruktur infrastruktur yang terdapat di agensi Nuklear Malaysia di samping menjelaskan perkhidmatan-perkhidmatan serta kajian-kajian yang dilakukan di agensi ini. Setelah tamat sesi taklimat ringkas mengenai Agensi Nuklear Malaysia, Encik Halim telah membawa kami ke melawat sebagai WasTec ke Pusat Pengurusan Sisa atau dikenali yang terdapat di agensi ini. Pusat Pembangunan Teknologi Sisa

(WasTeC-Nuklear Malaysia) adalah satu-satunya pusat di Malaysia yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan sisa radioaktif di seluruh negara selaras dengan standard kebangsaan dan antarabangsa. Setibanya kami di sini, kami telah disambut oleh 2 orang pegawai di Pusat Pembangunan Teknologi Sisa (WasTeC-Nuklear Malaysia) dan kami telah diberi taklimat ringkas mengenai objektif dan peranan pusat ini kepada agensi nuklear Malaysia. Setelah taklimat diberi, kami telah diberi peluang untuk melawat pameran dan model-model yang disediakan di dalam pusat ini. Kami kemudiannya dibawa bergerak ke kawasan Pusat Pelupusan Sisa yang terdapat di

kawasan berhampiran WasTec-Nuklear ini. Namun, kami hanya dapat melihat dari dalam bas sahaja kerana pelawat tidak dibenarkan memasuki kawasan ini. Kami kemudiannya keluar dari kawasan agensi nuklear Malaysia untuk berehat sebentar sebelum kembali semula di pintu masuk Agensi Nuklear Malaysia tepat jam 2.30 petang untuk sesi lawatan ke MINTec-Sinagama dan Alurtron yang terdapat di Min-Tech Park. Kami tiba di Pusat Sinagama dan disambut oleh Puan Jamilah yang merupakan pegawai yang bertugas di pusat ini. Beliau telah membawa kami melawat di dalam Pusat Sinagama ini dan memberikan penerangan mengenai Sistem Irradiator Tote yang dikendalikan oleh pusat ini. Pusat ini lebih menggunakan isotop Cobalt-60 yang menjadi sumber kepada sinaran gama yang dihasilkan untuk menyinarkan produkproduk pembekal yang terdapat di pusat ini. Perkhidmatan yang terdapat di pusat ini ialah seperti pensterilan peranti perubatan, pembungkusan bahan dan bekalan makmal, pensterilan produk farmaseutikal, makanan, herba dan rempah, barangan kosmetik dan juga produk veterinar. Beliau juga memberi penerangan mengenai fungsi dan peranan pusat ini kepada kami. Setelah selesai sesi soal jawab bersama Puan Jamilah, kami dibawa melawat ke Alurtron yang terletak berhampiran dengan bangunan Sinagama. Setibanya kami di Alurtron, kami telah disambut oleh pegawai di pusat tersebut iaitu Encik Azmi. Di pusat ini, beliau telah memberikan penerangan serba sedikit mengenai perkhidmatan yang dilakukan serta contoh-contoh produk yang terhasil menggunakan teknologi Elektron Beam Irradiation untuk menyinar produk yang telah siap seperti tiub, wayar dan kabel. Selain itu, Alur elektron juga digunakan untuk tujuan pensterilan bagi sagu produk berasaskan hidrogel seperti topeng muka, luka berpakaian dan "sejuk-demam" patch. Beliau juga telah menunjukkan kepada kami produk-produk yang terhasil daripada teknologi Elektron Beam Irradiation ini. Setelah mendengar penjelasan bermakna dari Encik Azmi, tepat jam 4.30 petang, kami telah melakukan sedikit acara penutupan dengan menyerahkan cenderahati kepada wakil Agensi Nuklear iaitu Encik Halim dan bergambar kenang-kenangan bersama pegawaipegawai agensi nuklear Malaysia.

Lawatan kami ke Agensi Nuklear sedikit sebanyak telah mendedahkan kami akan kebaikan dan manfaat teknologi nuklear ini kepada negara. Jika selama ini ramai pihak memandang tenaga nuklear sebagai satu tenaga yang berbahaya kepada manusia, namun jika kita tahu bagaimana cara untuk mengendalikannya, tenaga nuklear ini boleh menjadi salah satu sumber tenaga yang lebih baik dan kurang pencemaran kepada alam sekitar. c) SELEPAS LAWATAN Lawatan ini tamat pada pukul 4.30 petang setelah kami selesai membuat lawatan ke Loji Sinagama dan Loji Alutron. Pelbagai ilmu yang bermanfaat yang telah kami perolehi daripada lawatan tersebut. Sebelum ini kami sering dimomokkan dengan perspektif negatif yang mengatakan bahawa tenaga nuklear ini membahayakan diri dan alam sekitar. Sebenarnya tenaga nuklear adalah tenaga yang mesra alam. Ia hanya akan menjadi berbahaya sekiranya disalahgunakan. Kami bertolak pulang dengan perasaan yang sungguh gembira. Ini adalah kerana kami telah memperoleh 1001 pengalaman dan pengetahuan yang selama ini kami belum pernah merasainya. Ini juga merupakan lawatan kali pertama ke Agensi Nuklear Malaysia. Kami sangat gembira dan bersyukur kerana mendapat layanan yang baik daripada warga kerja Agensi Nuklear Malaysia khususnya En. Abdul Halim Bin Jumat. Dalam perjalanan pulang ke IPG Kampus Perempuan Melayu, kami telah mengalami satu peristiwa yang mendebarkan. Di pertengahan perjalanan, bas yang kami naiki mengalami sedikit kerosakan. Kami berhenti di bahu jalan selama beberapa minit. Setelah keadaan bas stabil, kami meneruskan perjalanan pulang ke Melaka. Kami berasa sedikit lega kerana bas yang kami naiki tidak lagi mengalami masalah sepanjang perjalanan pulang. Walaubagaimanapun, pemandu bas mengambil tindakan yang pantas di mana beliau segera menghubungi pihak IPG bagi melaporkan perkara yang telah berlaku.

Kami berhenti untuk menunaikan solat di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban. Setelah menunaikan solat, sekali kami lagi dikejutkan dengan berita yang menyatakan enjin bas tidak boleh dihidupkan. Perasaan kami menjadi bercampur baur kerana pada waktu tersebut hari telah hampir malam. Setelah menunggu selama beberapa minit, pensyarah pengiring kami memberitahu bahawa bas yang akan menggantikan bas yang rosak ini hanya akan sampai pada pukul 8 malam. Jadi kami perlu mengisi perut dan bersolat terlebih dahulu sementara menunggu bas tiba. Bas yang kami tunggu untuk membawa kami pulang tiba tepat masa masanya. Kami meneruskan perjalanan pulang ke Melaka dengan penuh harapan agar kami selamat tiba ke destinasi. Alhamdulillah, kami telah selamat sampai ke IPG tercinta pada pukul 9.00 malam. Sesungguhnya pengalaman yang kami perolehi ini merupakan pengalaman indah terindah dan bermanfaat kepada kami di saat-saat akhir kami menamatkan pengajian. d) KELEMAHAN Sepanjang lawatan ini, kami telah melihat beberapa kelemahan terutamanya dari segi pengurusan masa yang masih lemah dalam kalangan guru pelatih. Sebagai contoh, sebelum bergerak ke Agensi Nuklear, guru pelatih tidak menepati masa berkumpul mengakibatkan kami tiba lewat ke agensi tersebut. Selain itu, masalah teknikal kenderaan kami menyebabkan kami terkandas di Perhentian Rehat Dan Rawat Seremban yang menyebabkan kami tiba lewat ke kampus. Selain itu, kami juga tidak berpeluang melihat Reaktor Triga Puspati yang terdapat di Agensi Nuklear kerana reaktor ini telah ditutup sementara bagi kerja-kerja penyelenggaraan. Melalui lawatan ilmiah ini, kami dapat mengetahui bahawa tenaga nuklear sebenarnya tidak berbahaya dan mesra alam. Sebelum ini, kami sering dimomokkan dengan kenyataan bahawa tenaga nuklear berbahaya kepada manusia. Namun, setelah melawat Agensi Nuklear ini, kami mendapat perspektif yang baharu mengenai tenaga nuklear dan faedahnya kepada masyarakat. Tenaga ini hanya akan berbahaya jika tidak dikendalikan dengan selamat dan digunakan untuk tujuan yang tidak bermanfaat seperti peperangan. Lawatan ini juga memberi kami pengetahuan baharu

mengenai teknologi teknologi yang menggunakan tenaga nuklear sebagai satu sumber dalam pengaplikasian dan perkhidmatan pensterilan bagi produk-produk yang ada di pasaran. Menerusi lawatan ini, kami juga beroleh pengalaman yang amat berharga yang boleh kami kongsi kepada murid-murid kami dan juga masyarakat di luar akan kebaikan teknologi nuklear ini kepada pembangunan ekonomi negara. d) KEKUATAN Melalui lawatan ini, kami telah mendapat banyak input dan pendedahan mengenai teknologi nuklear di Malaysia. Sesi taklimat daripada unit Komunikasi Korporat menberi maklumat mengenai sejarah Agensi, fungsi dan hasil kajian yang telah dilakukan oleh Agensi Nuklear Malaysia. Kami diberi kesempatan untuk melihat Gamma Irradiation centre (SINAGAMA), Electron Beam Irradiation Centre (ALURTRON) dan Waste technology development centre (WasTeC). ALURTRON merupakan kemudahan pemprosesan alur elektron. Kemudahan ini dilengkapi dengan sistem pengendalian untuk merawat produk tiub seperti tiub, wayar dan kabel. Alur elektron juga boleh digunakan untuk tujuan pensterilan. Di peringkat komersil,antara produk yang dihasilkan adalah hidrogel seperti topeng muka, luka berpakaian dan "sejuk-demam" patch adalah menggunakan sinaran untuk pensterilan serentak. Kelebihan elektron penyinaran ini adalah produk-produk siap mempunyai ciri-ciri yang fizikal lebih baik berbanding dengan kaedah konvensional kimia. Silang E-beam tidak memerlukan apa-apa tambahan, ia juga tidak menghasilkan bahan kimia berbahaya kepada produk. Kaedah ini adalah tenaga cekap, dan hanya memerlukan jumlah masa pendedahan yang minimum. Selain itu, dengan menggunakan e-beam, hasil pemprosesan lebih tinggi dengan kos operasi yang rendah. Electron rawatan adalah satu pendekatan yang berkesan dan mesra alam daripada membasmi kuman air minuman, kumbahan, dan lumpur. Selain itu, proses EB juga digunakan untuk menukar bahan terbiodegradasi yang mesra alam. Loji penyinaran SINAGAMA menggunakan tenaga mengion dalam bentuk radiasi gamma daripada sumber Cobalt-60. Kilang penyinaran adalah kemudahan kerajaan

yang pertama untuk mengesahkan dengan ISO 9001 sejak 1991. Kini dikenali sebagai SINAGAMA, kilang itu yang diperakui dengan MS ISO 9001:2008 dan ISO 13485:2003. Kilang itu telah menjadi kawasan yang dikecualikan daripada cukai sejak tahun 1999. Pada 1 April 2004, sebuah kilang baru JS10000 (IR-219) telah dipasang dan ditugaskan untuk penambahbaikan di mana ia dapat menyinari serentak pelbagai produk yang memerlukan dos yang berbeza. Aktiviti kilang kemudian dipelbagaikan untuk menawarkan perkhidmatan kepada orang ramai untuk pensterilan produk perubatan dan bahan-bahan pembungkusan, pencemaran makanan, farmaseutikal, herba dan makanan haiwan, dan disinfestasi serangga dalam komoditi pertanian, termasuk untuk tujuan kuarantin. Ia juga menyediakan tisu dan tulang perkhidmatan pensterilan oleh sinaran gamma untuk tujuan perbankan tisu kepada pihak berkuasa yang berkaitan seperti hospital dan Bank Tisu Negara. WasTeC telah ditubuhkan secara rasmi pada Februari 2008 selaras dengan penstrukturan dan penamaan semula daripada tiga kumpulan dalam Bahagian Teknologi Alam Sekitar (BAS) Sisa dan. WasTeC terdiri daripada pegawai-pegawai daripada PPS, WETec dan e-perlindungan. Penyelidikan dan pembangunan utama (R & D) adalah kepada pembangunan teknologi sisa. Selain aktiviti-aktiviti R & D, WasTeC juga menyediakan perkhidmatan perundingan yang berkaitan dengan pengurusan sisa dan perlindungan alam sekitar bagi agensi-agensi kerajaan dan industri. Keistimewa Agensi Nuklear Malaysia adalah mempunyai satu-satunya reaktor nuklear di Malaysia, Reaktor TRIGA PUSPATI (RTP). Ia mula digunakan pada 1982. Reaktor ini digunakan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D), latihan dan pendidik.

e) Peranan Agensi Nuklear Kepada Masyarakat

Agensi Nukler Malaysia (Nuclear Malaysia) telah ditubuhkan pada 19 September 1972. Agensi Nuklear Malaysia dahulunya dikenali sebagai Pusat Aplikasi Nuklear Malaysia (CRANE) sebelum dinamakan sebagai Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail (PUSPATI). Nuklear Malaysia, sebagai organisasi R&D premier dalam sains dan teknologi, terus memainkan peranan yang aktif untuk memperkenalkan, mempromosi dan menyumbang kepada pelaksanaan dan pewujudan dasar sains dan teknologi kebangsaan untuk pembangunan Negara. Nuclear Malaysia memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan penyelidikan yang berkualiti dan penyelidikan yang berkualiti untuk penerokaan teknologi baru dalam skala yang besar untuk aplikasi teknologi nuklear. Kemampuan tersebut dicapai menerusi latihan dan disiplin tenaga kerja, infrastruktur, kejuruteraan selain makmal penyelidikan yang moden. Kepentingan teknologi nuklear di Malaysia juga semakin diakui oleh ramai pihak. Terdapat beberapa kelebihan penggunaan tenaga nuklear untuk menghasilkan elektrik. Antaranya, tenaga nuklear dikatakan dapat menjana tenaga dalam jumlah yang banyak dan pada satu jangka masa yang panjang berbanding penjanaan tenaga elektrik menggunakan bahan api fosil seperti petroleum dan arang batu. Ini kerana penggunaan bahan uranium (bahan utama logi tenaga nuklear) akan menghasilkan lebih banyak tenaga untuk jangkasama yang panjang. Dikatakan, satu tan uranium boleh menghasilkan lebih banyak tenaga berbanding penggunaan beberapa million tan arang batu atau beberapa million barrel minyak. Keadaan ini pastinya merupakan satu berita baik kerana bahan api fosil semakin berkurangan.

Tenaga nuklear juga dikatakan sangat mesra alam. Penghasilan tenaga elektrik dengan menggunakan tenaga nuklear tidak akan mencemarkan udara. Ini kerana

logi tenaga nuklear tidak akan membebaskan gas-gas rumah hijau seperti karbon, methane, ozon dan CFC semasa beroperasi dan dengan itu tidak mencemarkan udara. Dalam hal ini, ia akan membantu mengurangkan kesan rumah hijau. Selain itu, pembinaan logi nuklear juga tidak memerlukan kawasan yang besar dan dalam jangka masa panjang, tenaga nuklear akan menghasilkan tenaga elektrik yang lebih murah kerana kos operasinya yang rendah. Ini pastinya satu berita baik kepada pengguna. Dalam Persidangan Antarabangsa Nuklear 2009, Memperkukuh Perkongsian Dalam Tenaga Nuklear (ICN 2009), Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili berkata, penggunaan tenaga nuklear dapat menjamin permintaan penggunaan tenaga negara menjangkaui tahun 2020 di samping mengurangkan kesan perubahan iklim dunia. Selain itu, jelasnya, perkembangan teknologi nuklear juga perlu dimanfaat kepada sektor-sektor yang tidak melibatkan tenaga seperti kesihatan, pertanian, perikanan serta pengurusan sumber dan penjagaan alam sekitar. "Aplikasi teknologi nuklear perlu diperluas dan dibangunkan dalam bidang-bidang yang mempunyai teknologi berkaitan seperti sains material, nanoteknologi, bioteknologi dan pelbagai bidang dalam kejuruteraan," katanya.

You might also like