You are on page 1of 5

SK BALABAN JAYA, BELURAN KERTAS CADANGAN PPDa 2013 ******************************************************

1.0 PENGENALAN Masalah tentang penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja semakin membimbangkan. Situasi yang semakin menular ke sekolah seterusnya meracuni generasi muda perlu dibendung sebelum keadaan melarat. Fenomena ini perlu dipandang serius kerana ia mempunyai perkaitan dengan permasalahan disiplin seperti merokok, ponteng sekolah, melawan guru, mencuri, bergaduh dan merosakkan harta benda sekolah. Berdasarkan laporan AADK (2007), pelajar yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah lazimnya bukan sahaja menghadapi permasalahan disiplin dan akademik tetapi juga terdedah lepada risiko gejala sosial diluar sekolah seperti penglibatan dengan kumpulan samseng, pergaulan bebas, melepak, kehamilan sebelum kahwin dan lari dari rumah. Ini memerlukan pencegahan seawal peringkat sekolah rendah lagu. Justeru, programprogram yang berkaitan pencegahan dadah dirancang untuk memberi kesedaran dan keinsafan kepada generasi muda. 2.0 MATLAMAT PROGRAM Matlamat program yang dirancang ini ialah untuk memberi pengetahuan, kemahiran, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru dan kakitangan pendidikan serta ibubapa agar mereka menjauhi rokok, inhalan, alkohol, dadah dan HIV/Aids dan berupaya menentang ancaman dadah. 3.0 OBJEKTIF PROGRAM 3.1 Mempertingkatkan kesedaran tentang bahaya dadah / ancaman penggunaan dadah, rokok, alkohol, inhalan, HIV/Aids di kalangan murid, guru dan ibu bapa. 3.2 Membina kekuatan dalaman murid dan menyediakan mereka dari segi pemikiran dan tindakan supaya menjauhi dadah, rokok, alkohol, inhalan dan HIV/Aids.

3.3 Mengesan murid yang terlibat dengan penggunaan dadah, rokok, alkohol dan inhalan untuk proses pemulihan sahsiah. 3.4 Memastikan tindakan segera diambil bagi membantu murid yang berisiko tinggi berkaitan penggunaan dadah, rokok, alkohol dan inhalan supaya meninggalkan tabiat buruk mereka. 3.5 Memantau dan membimbing, membantu mengawal dan menyelia murid yang terlibat dengan penggunaan dadah, rokok, alkohol, dan inhalan supaya meninggalkan tabiat buruk mereka. 3.6 Mengesan, membantu, membimbing dan memantau murid supaya tidak terlibat dengan HIV/Aids. 3.7 Mewujudkan perhubungan dua hala antara guru dengan ibubapa, polis, AADK, PEMADAM, pertubuhan dan agensi lain atau masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah penggunaan dadah, rokok, alkohol, inhalan dan HIV/Aids. 4.0 SASARAN Murid Tahun 1 - 6 seramai 163 orang. 5.0 JANGKAMASA PELAKSANAAN Sepanjang tahun. 6.0 TEMPAT SK Balaban Jaya, Beluran.

7.0 SENARAI PROGRAM PROGRAM 1. Pameran PPDa -Melekat poster-poster berkaitan dalam bilik darjah. 2. Program kesedaran dan keinsafan tentang bahaya penyalahgunaan serta kesan negatif dadah. -Diselitkan dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan, PAI/PM. 3. Program Bimbingan PPDa -Fokus pada pelajar bermasalah seperti merokok dan sosial 4. Program Ceramah Motivasi PPDa -Menjemput guru disiplin/ wakil polis daerah Beluran/ Jabatan Kesihatan 5. Lawatan ke hospital/pusat serenti dll. November UBK Oktober UBK Sepanjang tahun UBK Sepanjang tahun. Guru subjek (kurikulum) JANGKA MASA PELAKSANAAN Sepanjang tahun. TINDAKAN UBK dan Unit Disiplin

6. Bahan Bacaan berkaitan penyalahgunaan dadah/ Tayangan video cd penyalahgunaan dadah dan kesan negatif. 7. Program 5 Minit -Mesej anti dadah semasa perhimpunan/ 5 minit sebelum mula sesi pembelajaran sekurangkurangnya sebulan sekali

Sepanjang tahun

Pusat Sumber & UBK

Semasa perhimpunan/sebelum sesi belajar/sepanjang tahun

UBK/Guru Disiplin/ Guru Subjek

8.0 PENUTUP Program-program yang dirancang ini diharap dapat dilaksanakan dengan jayanya disamping memberi manfaat dari aspek kesedaran dan keinsafan dikalangan murid terhadap bahaya penyalagunaan dadah serta kesan negatif terhadap kehidupan. Seterusnya, murid-murid tidak terjebak dan terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

Disahkan oleh:

ELSIE V J GINIBUN Setiausaha PPDa

EN FAIZAL HJ MOHD Penolong Kanan HEM

PN SALOMA HJ ISMAIL Guru Besar

You might also like