You are on page 1of 7

1.

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran

1.2.1 Pendekatan Proses dan Produk

Pendekatan ini diperkenalkan oleh Stufflebeam(1971). Tugas para penilai ialah mengumpul data, merancang, menganalisis menyediakan maklumat untuk memilih tindakan alternatif dan melaporkan. Penilaian proses tertumpu kepada proses yang digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat program. Maklumat ini perlu diketahui dari masa ke masa untuk mengawal pelaksanaan program. Untuk kajian ini penilaian proses ialah cara pengajaran dan pembelajaran guru-guru PSV, cara guru menilai kerjakerja projek dan kursus PSV yang diikuti oleh guru.

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan bagi mata pelajaran PSV berdasarkan kepada pembelajaran melalui pengalaman. Terdapat banyak aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian disarankan. Ini termasuklah kerja amali, projek, tunjuk cara, kerja luar, main peranan, sumbang saran, dan kaji siasat. Adalah diharapkan suasana yang diwujudkan dapat memberi murid pengalaman dan keyakinan untuk mengaitkan pengetahuan PSV dengan kemahiran dan amalannya dalam kehidupan seharian.

Program ini mengajar murid-murid sepatutnya menggunakan kaedah penyampaian yang beragam, beberapa kajian telah menunjukkan keputusan yang agak memeranjatkan. Penilaian produk tertumpu kepada hasil program setelah ia tamat dilaksanakan. Penilaian produk dalam kajian ini ialah hasil perubahan sikap pelajar dan pencapaian objektif PSV. Sikap pelajar juga merupakan faktor yang dapat menentukan pencapaian matlamat pengajaran dan pembelajaran. Rummers dan Gage (1987) menyatakan bahawa sikap mempengaruhi dan mencorakkan pengajaran di dalam bilik darjah. Ramlah (1993) menegaskan bahawa ada empat proses sikap yang mempengaruhi pembelajaran iaitu integrasi, perbezaan, kejutan, dan penerimaan. Keempat-empat proses ini dapat menentukan sama ada pelajar dapat menyesuaikan diri dengan pengajaran dan pembelajaran.

1.2.2 Pendekatan Discipline Based of Art Education (DBAE)

DBAE adalah pendekatan kepada perkembangan Pendidikan Seni yang bermula pada awal 1980an oleh Getty Center For Art Education (dikenali sebagai Getty Education Institute). Ianya merupakan sebahagian daripada J.Paul Getty Trust sebuah yayasan swasta yang mendedikasikan sumbangan kepada Seni Visual dan Kemanusiaan. DBAE bukanlah teori yang asli tetapi lebih merupakan kerangka konsep yang menggabungkan elemen-elemen daripada teori-teori pendidikan yang lain (contoh; Visual Thinking Strategies).

DBAE meliputi 4 Asas Disiplin Seni

i. Produk Seni Murid mempelajari kemahiran bagi menghasilkan keaslian hasil karya secara tersendiri.

ii. Sejarah Seni Murid mempelajari kejayaan penghasilan karya pada masa lampau dan semasa bagi memotivasikan diri, contohnya gaya serta teknik, atau pun perbincangan tentang perhubungan dengan kebudayaan, politik, kemasyarakatan, agama, ekonomi dan pergerakan seni.

iii. Kritikan Seni Murid akan menyata, menganalisa, membuat intepretasi dan membuat penilaian sesuatu hasil karya. Aktiviti ini dikenali sebagai membuat apriesiasi seni.

iv. Estetika Murid akan menimbangkan keaslian, maksud serta impak dan nilai sesuatu hasil karya yang menjana formula yang mencerminkan pendapat yang ilmiah serta penghakiman terhadap karya seni itu. Di samping mengkaji karya serta membuat penilaian sesuatu hasil karya itu.

Pada awalnya DBAE diperkembangan untuk hasil seni sahaja tetapi secara beransuransur terarah mengkaji pelbagai bidang termasuk, tarian, drama dan muzik. Ia juga digunakan dalam kepelbagaian bidang pendidikan, seperti penkajian tinggi, pembelajaran sepanjang hayat, muzium seni tetapi lebih digunakan dalam kelas Pendidikan Seni Visual.

Seperti kedua-dua Visual Thinking Strategies (VIS) dan New Muzeum Model (NMM), DBAE merupakan satu asas latihan inkuiri (inquiry based training), di mana fokusnya kepada murid dengan minat, pertimbangan, penaakulan serta kemahiran pemikiran kritikal mereka. Inkuiri secara terbuka, perbincangan kumpulan serta penyelesaian masalah memainkan peranan yang penting di dalam kurikulum dan bilik darjah di mana guru dilihat sebagai pemudah-cara di dalam proses ini. DBAE berbeza dari kedua-dua model ini (VTS dan NMM) kerana mempunyai matlamat pendidikan yang luas dan lebih berstruktur serta kurikulum yang lebih terarah.

1.2.3

Pendekatan Chapman

Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini dalam pelajaran seni iaitu: (i) Pemerhatian (ii) Penerokaan (iii) Penghasilan (pembuatan) (iv) Apresiasi dan perlanjutan

Pemerhatian yang aktif Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa menyediakan aktiviti, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut: pengetahuan sedia ada murid benda yang konkrit minat, kecenderongan dan latar belakang murid bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi mencetus idea dan imaginasi

Interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan Aspek ini melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa menyediakan aktiviti, anda perlu beri perhatian kepada perkara berikut: ii. Penerokaan aktiviti kecil mudah ringkas

cuba mencuba, suaikenal dengan bahan penemuan oleh murid sendiri, uji menguji mencari altenatif, variasi dan kemungkinan lain bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencuba aktif melibatkan pelbagai kecerdasan menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik Penghasilan / membuat penggunaan alat bahan dan teknik tatacara, langkah dan proses membuat amalan tertib kerja keselamatan semasa bekerja penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasil

iii Apresiasi Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua jenis aktiviti Apresiasi. Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut: aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan, warna, ton, rupabentuk dan bentuk aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya perasaan, penghargaan dan refleksi diri penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan kandungan.

PROSES APRESIASI SENI

Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan Seni mengenai proses apresiasi. Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni, berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap: Jenis Tahap Penerangan Mengamati hasil seni dan menggambarkan sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsur-unsur seni, Menganalisa (analisis) prinsip dan struktur. Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana. Menghuraikan stail sesuatu karya. Mencari makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, simbol, unsur-unsur seni, prinsip, Tafsiran (interpretation) struktur corak dan bahan. Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut. Membuat penilaian berdasarkan kepada kriteria yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi. Penilaian (evaluation) Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya (significance) dari segi individu, sosial, keagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniannya. Jadual 1.1: Proses

Menggambar (description)

persepsi dan intelektual Feldman dan Smith

Laura H. Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini dalam pelajaran seni iaitu:

(i) pemerhatian (ii) penerokaan (iii) penghasilan (pembuatan) (iv) apresiasi dan perlanjutan

Laura H. Chapman telah menyatakan bahawa proses kreativiti = proses penghasilan/artistik. Bagi memperkembang kreativiti pelajar, guru PSV perlu menggunakan pelbagai cara dalam menghasilkan karya dan yang penting sekali ialah guru PSV harus menguasai bidang seni visual ini supaya guru mempunyai pengalaman yang lebih banyak untuk mengajar murid.

1.2.4 Pendekatan PSV KBSR

Pendekatan PSV sekolah rendah merangkumi empat aspek utama iaitu: Pemerhatian secara aktif Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Apresiasi seni visual secara mudah Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.

Pemerhatian secara aktif:

Merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci Memperkembangkan pemahaman terhadap asas seni visual Murid dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia Membantu murid terus menyelaras idea, imaginasi dan alam fantasi murid ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak

Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan:

Menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan Proses ini membantu perkembangan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik- teknik mudah.

Apresiasi seni visual secara mudah:

Memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi Murid diperkenalkan tokoh- tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.

Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan:

Murid dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka Ini termasuk memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan.

You might also like