You are on page 1of 9

BAHAGIAN B

BAHAGIAN II ( SOALAN 6 )

Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan dibawah Rangka Rancangan Jangka

Panjang Pertama (RRJP 1) di perkenalkan Tun Abdul Razak Dato' Hussein.

Pembentukan DEB bermatlamat bagi mewujudkan perpaduan negara dengan

mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan

sebagainya. Pelaksanaan ini meliputi strategi serampang dua mata iaitu:-

A Developed
Nation

RRJP4 2011 -2020

RRJP3 2001 -2010

RRJP2 1991 -2000 (DPN)

RRJP1 1971 -1990 (NEP)

WAWASAN 2020

Globalisation - challenges
- prospect

1.Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan denga memperbanyakkan

peluangpeluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.

2.Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya

menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.


1. Membasmi kemiskinan

Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puashati di

kalangan rakyat. Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di

bandar. Keadaan ini boleh menggugat perpaduan negara kerana masalah

kemiskinan adalah mengikut kaum dengan kadar kemiskinan paling tinggi di

kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional.

Usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan projek

pembangunan telah dirangka supaya:

i. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang

menganggur.

ii. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.

ii. Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang

rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan.

iv. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara

kawasan bandar dan luarbandar dan antara wilayah.

v. Memodenkan kehidupan di luarbandar.

vi. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.

vii. Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum

di Malaysia.

viii. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan,

kesihatan, kemudahan kemudahan infra-struktur dan lain-lain.


TERAS I: MEMBINA MASYARAKAT
YANG BERDAYA TAHAN

 Memupuk perpaduan dan semangat patriotisma


 Memupuk kematangan berpolitik
 Masyarakat yang lebih bertoleransi dan penyayang
 Meningkatkan kualiti hidup
 Membina ketahanan ekonomi

2. Penyusunan Semula Masyarakat

Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tahun 1990 pemilikan saham

/ ekonomi Malaysia akan melambangkan komposisi kepentingan kaum di negara

ini , di mana penyertaan Bumiputera sebanyak 30% , 40% bukan Bumiputera

dan 30% terdiri dari pelabur-pelabur luar negeri. Dalam mencapai matlamat

penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru, strategi berikut telah disusun :

i. Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin

melalui proses memodenkan kawasan luarbandar.

ii. Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna

tenaga yang terdapat sekarang ini dengan cara yang progresif dan

menerusi pertumbuhan ekonomi seluruhnya supaya pada tahun 1990

kedudukan tenaga buruh mencerminkan bilangan kaum.


iii. Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia

dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan

ekonomi.

iv. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di

kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat

membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990 dan

menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank

Pembangunan,Bank Bumiputera,Amanah Saham Nasional.

v. Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui

pembangunan wilayah baru seperti DARA,KESEDAR, KEJORA dan

sebagainya.

Sepanjang tempoh pelaksanaan DEB (1971 - 1990), banyak kejayaan telah

dicapai oleh Malaysia. Ekonomi Negara telah berkembang dengan pesatnya

walaupun menghadapi pelbagai cabaran.

Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

Rangka Rancangan Jangka panjang ke-2 (RRJP2) yang meliputi tempoh 1991-

2000 telah digubal berasaskan kepada dasar yang dikenali sebagai Dasar

Pembangunan Nasional (DPN). DPN akan memperkukuhkan lagi pencapaian

RRJP1 untuk mempercepatkan proses membasmi kemiskinan dan menyusun

semula masyarakat dalam usaha memperbaiki lagi ketidakseimbangan sosio dan


ekonomi. Ia merupakan satu rangka dasar yang lebih luas bagi mencapai

matlamat ekonomi bagi tempoh sepuluh tahun dalam konteks perkembangan

ekonomi yang pesat. Semasa DPN digubal kerajaan telah menimbangkan

pandangan dan cadangan pelbagai pihak termasuk laporan majlis perundingan

ekonomi negara mengenai dasar negara selepas 1990.

Strategi perlaksanaan.

Dasar Pembangunan Nasional tetap mengekalkan strategi asas DEB iaitu

pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. DPN adalah

bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang

yang merangkumi aspek-aspek kritikal seperti berikut:

(i) Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat

pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama;

(ii) Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor

utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi

antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan;

(iii) Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan

sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan

perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang

diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan

saksama untuk semua rakyat Malaysia;


(iv) Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan

mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam

pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar

dan luar bandar

(v) Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana

semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi

disamping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian

yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan

negara;

(vi) Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga

kerja yang berdisplin dan produktif serta meningkatkan

kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran

pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan

tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat;

(vii) Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras

penting dalam perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi

yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan

kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu

serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses

membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden; dan

(viii) Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan

ekonomi perhatian yang sewajarnya diberikan kepada

perlindungan alam sekitar dan ekologi supaya dalam


jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat

dikekalkan secara berterusan.

Dimensi dimensi baru DPN

Perancangan DPN mengambil kira kekuatan dan kelemahan yang wujud di

bawah DEB serta kemajuan yang telah dicapai semasa pelaksanaannya. Ia

mengandungi beberapa peralihan pendekatan dengan tujuan mengadakan satu

dimensi baru dalam usaha pembangunan, terutamanya dalam membasmi

kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Dimensi-dimensi baru DPN

adalah seperti berikut:

(i) Memberi penekanan yang lebih kepada strategi

pembasmian kemiskinan untuk tujuan menghapuskan

kemiskinan di kalangan golongan termiskin tegar di samping

mengurangkan kemiskinan relatif. (Golongan yang termiskin adalah

keluarga berpendapatan 50% atau kurang daripada Pendapatan

Garis Kemiskinan. Bagi tahun 1990, Pendapatan Garis

Kemiskinan adalah sebanyak RM 370 sebulan bagi saiz isi

rumah 5.1di Semenanjung Malaysia, RM 544 bagi saiz isi rumah

5.4 di Sabah dan RM 452 bagi saiz isi rumah 5.2 di Sarawak.

Kira-kira 143,000 isi rumah atau 4% daripada jumlah isi

rumah adalah tergolong sebagai keluarga termiskin.


(ii) Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat

Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu

strategi penting kearah meningkatkan dan seterusnya

mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi

(iii) Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk

melibatkan diri dalam proses penyusunan semula

masyarakat.

(iv) Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia

termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat

pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama.

Kesimpulan

Usaha untuk memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi dibawah DPN

akan ditumpukan pada meningkatkan keupayaan menghasilkan pendapatan dan

kekayaan serta menyediakan kemahiran kepada bumiputera untuk mengekal

dan mengurus kekayaan mereka dengan lebih berkesan. Strategi ini merupakan

satu peralihan penting berbanding dengan penekanan pada masa lepas yang

mengaitkan hak milik modal saham dengan kekayaan. Selaras dengan

penekanan baru ini dan dengan tujuan untuk meningkatkan penyertaan

bumiputera dalam sektor-sektor perdagangan dan perindustrian, perhatian yang

lebih akan diberi terhadap usaha memperkukuhkan keupayaan bumipetra dalam


mengurus, mengendali memiliki perniagaan dengan lebih berkesan dan bukan

hanya untuk mencapai matlamat kuantatif tertentu dalam pemilikan modal saham

dan hak milik. Oleh itu walaupun usaha akan terus dibuat di DPN untuk

meningkatkan hak milik bumiputera, tidak ada jangka masa tertentu yang

ditetapkan bagi mencapai matlamat sekurang- kurangnya 30% modal saham.

You might also like