You are on page 1of 3

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN PJJ _________________________________________________________________________ KOD KURSUS: BMP3093 TAJUK KURSUS: APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA

MELAYU SEMESTER: 1 SESI 2013 / 2014 _________________________________________________________________________

Azhar upsi due 6.11- 150rm


ARAHAN KEPADA PELAJAR
1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul kursus ini. 2. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 3. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. 4. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA DALAM TALIAN (ON-LINE) melalui Portal MyGURU. Sila rujuk kepada portal untuk arahan mengenai prosedur penghantaran tugasan anda secara dalam talian (on-line). Anda dinasihatkan supaya menyimpan senaskhah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri. 5. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. 6. Tugasan anda hendaklah diserahkan mengikut tarikh akhir yang ditetapkan. Serahan selepas tarikh tersebut TIDAK akan diterima. 7. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

SOALAN TUGASAN SOALAN / QUESTION Penyediaan 'Papan Cerita' ialah langkah pertama dalam pembangunan perisian pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer. 'Papan Cerita' dijadikan bahan khusus untuk memastikan perisian yang dibangunkan mengikut standard spesifikasi yang telah ditetapkan oleh sesuatu model pembangunan perisian. Anda diminta menyediakan penulisan yang berfokus kepada tiga (3) perkara utama. Ketiga-tiga perkara utama berkenaan adalah seperti berikut: i. ii. iii. Definisi dan konsep 'Papan Cerita' pembangunan perisian pengajaran dan pembelajaran. Huraian empat (4) ciri 'Papan Cerita' untuk pembangunan perisian pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Penjelasan empat (4) fungsi 'Papan Cerita' dalam pembangunan perisian pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Penulisan mesti dibuktikan dengan lampiran satu (1) contoh papan cerita untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bagi sekolah rendah atau sekolah menengah. Sebanyak 10 markah akan ditolak jika anda tidak berbuat demikian.

_________________________________________________________________________ PENILAIAN Tugasan ini akan menyumbangkan 50% markah kepada kursus tersebut dan akan dinilai dengan berpandukan Rubrik. Anda akan dimaklumkan tentang markah tugasan ini selewat-lewatnya pada minggu ke-13. PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH Amaran: Tugasan yang diserahkan secara automatik akan disemak untuk persamaan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut: Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30%: potongan 30% daripada jumlah markah yang diperoleh. Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50%: potongan 50% daripada jumlah markah yang diperoleh. Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah sifar akan diberikan

You might also like