You are on page 1of 9

KERTAS KERJA PROGRAM KEMASKINI PUSAT SUMBER

TEMPAT TARIKH

: SJK (T) LADANG SENGKANG : 23 JULAI 2010 25 JULAI 2010

PENGESAHAN

SOKONGAN

KELULUSAN

PROGRAM KEMASKINI BILIK PUSAT SUMBER SJK (T) LADANG SENGKANG

1.0

PENDAHULUAN

Kertas kerja ini merupakan titik permulaan bagi aktiviti yang akan dijalankan. Oleh itu, segala perancangan yang teliti telah dijalankan sebagai garis panduan untuk menghasilkan satu aktiviti berjaya. Sehubungan itu, segala butiran maklumat perancangan yang diperlukan telah dicatatkan di sini.

2.0

RASIONAL

Dalam aktiviti kemaskini bilik Pusat sumber ini, guru-guru didedahkan dengan kepentingan semangat berpasukan, kerjasama dan tanggungjawab terhadap profesion, sekolah, masyarakat dan negara. Kesedaran tentang kepentingan hubungan komuniti dan perkhidmatan sosial perlu diterapkan kepada para guru supaya mereka berupaya menerapkan sikap bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu tugas secara bersama di kalangan murid.

3.0

MATLAMAT

Aktiviti kemaskini bilik Pusat Sumber adalah bertujuan untuk menceriakan dan memberi pendedahan kepada semua guru. Penglibatan guru dalam aktiviti ini dapat meluaskan pengetahuan guru matapelajaran lain dalam matapelajaran Sains. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kesedaran bersama untuk menjaga harta sekolah.

4.0

OBJEKTIF

Membina kemahiran merancang, melaksana dan menguruskan aktiviti kemaskini bilik Sains. Memberi pendedahan kepada semua guru tentang kepentingan membaca.

Mewujudkan semangat di kalangan guru matapelajaran dalam memupuk semangat membaca.. Menceriakan bilik Pusat Sumber mengikut prosedur yang dikehendaki.

5.0

ANJURAN

Aktiviti kemaskini bilik Pusat Sumber adalah anjuran guru pelatih 8 PISMP PML(BT)/MT Punnitharaj paramasivan dan Tinagaran Magisparan bersama jawatankuasa guru SJK (T) Ladang Sengkang.

6.0

TARIKH

- 23 Julai 2010 hingga 25 Julai 2010

7.0

TEMPAT

- Bilik Pusat Sumber, SJKT Ladang Sengkang

8.0

AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN 8.1 8.2 8.3 Melabel buku cerita Menyusun meja dan kerusi Menyusun buku-buku bacaan secara sistematik

9.0

PESERTA

9.1

Senarai Nama Guru bagi Aktiviti Kemaskini Bilik Sains (sila rujuk Lampiran 1)

10.0

JAWATANKUASA AKTIVITI KEMASKINI BILIK PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Naib Setiausaha

: Punnitharaj Paramasivan : Tinagaran Magisparan : EN. Nordin : PN kamala :

11.0

PENUTUP

Semoga kemaskini bilik Pusat Sumber Sekolah ini dijalankan dengan lancar seperti yang dirancangkan dengan kerjasama semua pihak untuk mencapai objektif dan matlamat yang dikehendaki.

Lampiran 1

Senarai nama guru-guru yang terlibat dalam aktiviti kemaskini bilik Pusat Sumber Sekolah

:PN. SHANTI : EN NORDIN :EN. KUGAN : EN. TINAGARAN : EN. PUNNITHARAJ : CIK KRISNAVENI : PN. PATHMA : PN. VIJAYA : PN. ARUNA : CIK UMAH : PN. KAMALA : CIK YASOTHAI : PN. KOGILA

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR PROGRAM NAMA SEKOLAH

: PUNNITHARAJ PARAMASIVAN : PISMP SEM 8 : SJKT LADANG SENGKANG

NAMA AKTIVITI (KUMPULAN) : Projek Keceriaan Pusat Sumber Sekolah

TEMPOH PELAKSANAAN

: 23.07.2013 hingga 25.07.2013

OBJEKTIF

1. Memberi peluang kepada para guru pelatih untuk belajar cara-cara untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria. 2. Menjadikan pusat sumber sekolah lebih ceria dan lebih menarik. 3. Menjadikan pusat sumber sekolah sebagai suatu tempat pembelajaran yang selesa dan kondusif. 4. Meningkatkan kesedaran membaca di kalangan murid. 5. Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan kejelekitan pasukan.

STRATEGI PELAKSANAAN: 1. Perbincangan dengan guru pembimbing. Berjumpa dan berbincang dengan guru pembimbing untuk mendapatkan cadangan dan idea. Beliau mengemukakan cadangan menceriakan kawasan sekolah. 2. Membuat perancangan dan persediaan. Saya dan rakan-rakan membuat kertas kerja untuk mendapatkan persetujuan daripada guru pembimbing dan Guru Besar SJKT Ladang Sengkang. Selepas kertas kerja disahkan, kami membeli bahan-bahan hiasan yang diperlukan.

3. Menceriakan perpustakaan. Hasil kerja dipamerkan di dinding perpustakaan.

REFLEKSI: KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI

1. Memberi satu peluang yang baik kepada guru pelatih untuk mempelajari cara menulis kertas kerja dan melaksanakan sesuatu projek dengan rakan-rakan lain demi memupuk semangat kerjasama dan berpasukan .

2. Menyediakan satu tempat belajar yang ceria, selesa, dan kondusif untuk muridmurid supaya dapat membangkitkan minat mereka untuk belajar dalam keadaan yang baik. Secara tidak langsung, mural hutan 3D dapat meningkatkan

kesedaran murid-murid tentang kepentingan mematuhi alam sekitar dan cara memeliharanya.

3. Atas bantuan yang diberikan, dapat mengeratkan lagi hubungan dengan muridmurid sekolah ini. Selain itu, guru pembimbing, staf sekolah serta pekerjapekerja turut membantu dalam proses lengkapkan projek kami ini. 4. Encik Nordin juga telah banyak membantu kami semasa melaksanakan tugas kami. Kami sentiasa merujuk beliau jika menghadapi masalah. Beliau telah memberi tunjuk ajar dan juga cadangan untuk membantu menyenangkan tugas kami.

KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI

1. Kerja kami selalu di ganggu kerana projek ini dilaksanakan di pusat sumber sekolah. Selalu ada murid dan cikgu membawa murid ke pusat sumber sekolah untuk mengadakan kelas. Jadi kami terpaksa mencari masa untuk menyiapkan kerja kami. Keadaan ini telah melambatkan kami untuk menyelasikan tugas.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: Kami harus membuat perancangan masa membuat projek yang lebih sistematik supaya projek ini dapat dijalankan dengan lebih baik dan disiapkan pada masa yang ditetapkan. Kami juga boleh menghabiskan kerja pada waktu petang iaitu selepas habis sekolah untuk menghabiskan projek dengan cepat.

KESIMPULAN

Melalui projek menceriakan pusat sumber sekolah ini, saya rasa bersyukur kerana telah memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan yang baru. Saya telah mempelajari cara menulis kertas kerja, cara-cara mengurus dan mengendalikan sesuatu projek dengan sistematik. Penting sekali, saya dapat memahami betapa pentingnya semangat saling tolong-menolong dan bekerjasama dengan rakan-rakan lain untuk menyiapkan sesuatu projek. Dengan selesainya projek ini, keadaan pusat sumber sekolah menjadi ceria, selesa dan lebih menarik minat murid-murid untuk belajar Walaupun masa yang ditetapkan tidak banyak namun kami berjaya menyiapkan projek ini dengan berjaya dan lancar atas kerjasama serta semangat berpasukan yang diberi oleh semua warga SJKT Ladang Sengkang dan rakan-rakan saya. Dengan itu, saya akan mengguna dan mengaplikasikan pengalaman serta pengetahuan yang dipelajari pada masa yang akan datang.

You might also like