You are on page 1of 9

PEMBIAKAN HAIWAN Proses yang berlaku pada organisma hidup untuk menyambung zuriat bagi mengekalkan keturunan 2 jenis

pembiakan a) pembiakan seks b) pembiakan aseks Proses penghasilan individu baru melalui percantuman antara satu sel pembiakan jantan (gamet jantan) dengan satu sel pembiakan betina (gamet betina) Nukleus kedua-dua sel pembiakan bercantum melalui persenyawaan dan zigot terhasil.

Pembiakan adalah proses untuk menghasilkan zuriat dan menjamin kemandirian spesies. Terdapat dua jenis pembiakan iaitu pembiakan aseks dan pembiakan seks. Haiwan seperti serangga dan amfibia juga mengalami perubahan dalam kitar hidup mereka yang dipanggil metamorfosis lengkap atau metamorfosis tidak lengkap. Kemandirian spesies juga dijamin dengan adaptasi fizikal untuk habitat yang berbeza iaitu beriklim sejuk dan panas serta cara haiwan melindungi diri daripada musuh. Dalam topik ini anda akan mempelajari tentang pembiakan seks dan aseks, metamorfosis dan adaptasi fizikal haiwan untuk menjamin kemandirian dalam habitat berbeza dan cara perlindungan dari musuh.

Pembiakan adalah salah satu daripada proses hidup. Hidupan tidak akan wujud jika tumbuhan dan haiwan tidak membiak untuk menghasilkan anak. Melalui pembiakan, organisma hidup memastikan ada individu baru untuk mengambil tempatnya. Dengan cara ini sesuatu spesies menjamin kemandiriannya.

13.0 Pembiakan aseks Pembiakan aseks ialah pembiakan yang tidak melibatkan induk jantan dan betina. Mana-mana bahagian pada induk boleh berkembang menjadi individu yang baru (anak). Oleh itu, anak yang terhasil mempunyai ciri-ciri yang sama dengan induknya yang disebut sebagai klon. 13.1Terdapat 3 cara untuk pembiakan aseks dalam haiwan iaitu : 13.1.1 Belahan Dedua Pembiakan melalui belahan dedua ialah pembelahan sel kepada dua sel anak yang serupa dengan sel induk. Berlaku pada organisma unisel seperti ameba, paramesium, dan bakteria.

13.1.2 . Pertunasan Pertunasan ialah pembentukan tunas baru pada induk yang akan berkembang dan akhirnya terpisah dari induk untuk menjadi individu yang baru. Anak yang terhasil mempunyai ciri yang serupa dengan induk(klon). Contoh hidupan yang membiak melalui pertunasan ialah hidra (sejenis haiwan) dan yis (sejenis organisma unisel).

13.1.3 4. Penjanaan Semula

Penjanaan semula merupakan pembentukan organisma yang baru apabila bahagian pada induk rosak, pecah ataupun putus.

Contoh hidupan yang menggunakan sistem pembiakan penjanaan semula ialah tapak sulaiman dan cacing pipih(planarian).

13.3 Pembiakan seks Pembiakan seks melibatkan dua induk iaitu induk jantan dan induk betina. Kedua-duanya menghasilkan gamet atau sel pembiakan. Gamet jantan dan gamet betina akan bersatu untuk membentuk zigot. Proses ini di panggil persenyawaan. Zigot akan membesar membentuk individu baru. Pada manusia, gamet dihasilkan dalam gonad, iaitu testis bagi lelaki dan ovari bagi perempuan. Pembiakan seks melibatkan induk jantan dan induk betina yang akan menghasilkan gamet jantan dan gamet betina dan seterusnya melalui proses persenyawaan menghasilkan zuriat.

2 jenis persenyawaan a)persenyawaan dalam b)persenyawaan luar

Persenyawaan dalam Berlaku di dalam badan haiwan betina Haiwan jantan memasukkan sel pembiakan jantan ke dalam sistem pembiakan betina Persenyawaan dalam berlaku pada mamalia, reptilia, burung dan serangga

Persenyawaan luar Berlaku di luar badan haiwan betina Ovum dan sperma masing-masing dihasilkan oleh haiwan betina dan haiwan jantan pada masa yang sama ke dalam air. Persenyawaan luar berlaku pada ikan, katak dan kodok

Kelemahan persenyawaan luar Banyak sel pembiakan perlu dihasilkan Banyak sel pembiakan mati sebelum berlakunya persenyawaan Banyak ovum dan sperma dibazirkan kerana dihanyutkan oleh air. Zigot atau embrio yang terhasil mungkin di makan oleh haiwan yang lain. Hanya melibatkan satu individu sahaja tanpa melibatkan sel-sel pembiakan

13.3.3 Persenyawaan Apabila sperma sampai ke faraj, sperma akan berenang menuju ke bahagian atas tiub falopia. Sperma pertama yang menemui ovum akan bercantum dengannya dan proses persenyawaan berlaku. Hanya satu sperm yang berjaya mensenyawakan ovum. Nukleus sperma akan bercantum dengan nukleus ovum dan membentuk zigot. Ovum yang baru tersenyawa membentuk membran disekelilingnya untuk menghalang sperma lain daripada menembusinya. Rajah 13.4 menunjukkan struktur sperma

Rajah 13.5 menunjukkan ovum semasa proses persenyawaan berlaku.

13.4 Metamorphosis Perkataan metamorfosis berasal dari perkataan Greek meta yang bermaksud perubahan dan morphe yang bermaksud bentuk atau rupa. Metamorfosis merujuk pada perubahan bentuk dan fisiologi yang berlaku dalam serangga dari peringkat larva ke peringkat dewasa. Terdapat dua jenis metamorfosis iaitu metamorfosis lengkap dan metamorphosis tidak lengkap.

13.4.1 Metamorfosis Lengkap Lebih kurang 88% daripada serangga menjalankan metamorfosis lengkap. Dalam metamorfosis lengkap, serangga akan melalui empat peringkat iaitu telur, larva, pupa dan dewasa. Lihat Rajah 13.6 yang menunjukkan kitar hidup rama-rama yang menjalankan metamorfosis lengkap.

13.4.2 Metamorfosis Tidak Lengkap Lebih kurang 12% daripada serangga menjalankan metamorfosis tidak lengkap. Metamorfosis tidak lengkap terdiri daripada tiga peringkat iaitu telur, nimfa dan dewasa. Lihat Rajah 13.7 yang menunjukkan kitar hidup belalang yang menjalankan metamorfosis tidak lengkap.

Serangga betina bertelur

Nimfa menyerupai dewasa tetapi adalah lebih kecil dan mempunyai sayap. Makanan nimfa adalah sama seperti membesar melalui proses ekdisis.

Adakah anda tahu kepentingan metamorphosis? Perubahan yang berlaku semasa kitar hidup sesuatu haiwan memberi kelebihan padanya dari segi makanan, pembiakan dan perlindungan. Makanan pada peringkat muda Makanan larva rama-rama atau beluncas ialah daun. Ramarama dewasa menghisap madu dari bunga. Sumber makanan yang berbeza seperti ini bermaksud kurang persaingan dalam habitat yang berbeza. (b) Penyebaran spesis Larva nyamuk hidup dalam air manakala nyamuk dewasa terbang di udara. Penyebaran spesies memastikan setiap generasi yang dilahirkan mempunyai peluang mendapat makanan dan membiak. Kehadiran sayap juga memberi penyebaran yang baik kepada serangga. (c) Habitat yang berbeza Larva nyamuk hidup dalam air manakala nyamuk dewasa terbang di udara. Jika haiwan menghabiskan keseluruhan kitar hidupnya dalam habitat yang sama, peluang kemandiriannya menurun. Clegg, C.J. with D.G. Mackean. (2007). Advanced Biology-Principles and Applications. London. Hodder Murray.

Kaskel, A. & Hummer, P.J. (2003). Biology an everyday experience. New York: Glencoe McGraw Hill

Lum H. K.(2000). Biology The Living Science. Singapore: Pearson Education Asia Pte Ltd.

Mader, S. S. (2001). Biology, 9th edition. New York: McGraw Hill

Raven, P, H., Johnson, G. B., Losos, J.B. dan Singer, S.R.(2005). Biology. (7th ed.). Boston:McGraw Hill

Layari Internet

http://www.morning-earth.org/graphic-e/Transf-Metam.html http://www.saburchill.com/ans02/chapters/chap051.html http://library.thinkquest.org/5386/animals.htm http://www.uen.org/utahlink/activities/view_activity.cgi?activity_id=3803 http://www.zephyrus.co.uk/reproduction.html http://www.enchantedlearning.com/themes/insects.shtml

You might also like