You are on page 1of 51

5.01.

01 Pengelasan Mikroorganisma
1. Mikroorganisma ialah hidupan seni yang hanya dapat dilihat menerusi
mikroskop.
2. Mikroorganisma boleh dijumpai di mana-mana sahaja.
3. Sesetengah mikroorganisma berfaedah kepada manusia manakala yang
lainnya berbahaya kepada manusia.
4. Terdapat pelbagai jenis mikroorganisma. Secara amnya, mikroorganisma
dapat dikelaskan kepada lima kumpulan utama, iaitu

(a) bakteria
(b) virus
(c) kulat
(d) protozoa
(e) alga

5. Mikroorganisma dikelaskan berdasarkan ciri-ciri sepunya seperti

(a) saiz
(b) rupa bentuk
(c) cara pembiakan
(d) nutrisi
(e) habitat

▲ Pengelasan mikroorganisma

Fokus Konsep
Mikroorganisma juga disebut mikrob.

Bakteria

▲ Struktur bakteria

Saiz

1. Bakteria mempunyai saiz yang berbeza-beza antara 0.5–10 μm (1 μm = 0.001


mm).
2. Bakteria ialah mikroorganisma unisel yang sangat seni.
3. Bakteria hanya dapat diperhatikan dengan menggunakan mikroskop
cahaya pada kuasa tinggi.

Rupa bentuk

1. Bakteria tidak mempunyai nukleus yang sebenar. Nukleus bakteria bertaburan


dalam sitoplasma kerana bakteria tidak mempunyai membran nukleus.
2. Bakteria mengandungi membran sel dan dinding sel tetapi dinding selnya
tidak dibina daripada selulosa.
3. Bakteria dapat dikelaskan berdasarkan rupa bentuk,
iaitu kokus, basilus, vibrio dan spirilum.
▲ Pelbagai rupa bentuk bakteria

4. Gonorea dan sifilis, yang merupakan contoh-contoh bakteria yang


menyebabkan penyakit kelamin, masing-masing berbentuk kokus dan
spirilum. Bakteria tibi berbentuk batang dan bakteria kolera berbentuk koma.
5. Sesetengah bakteria mempunyai flagelum berupa benang yang
membantunya berenang dalam cecair.

Cara pembiakan

1. Bakteria menjalankan pembiakan aseks secara belahan dedua.


▲ Bakteria membiak secara belahan dedua

2. Dalam keadaan yang terlalu panas, tanpa makanan atau air, bakteria berubah
menjadi bentuk tidak aktif yang disebut spora. Bakteria akan berada dalam
keadaan spora sehingga keadaan menjadi sesuai untuk pembiakan.

Nutrisi

1. Bakteria boleh hidup sebagai parasit, saprofit atau autotrof untuk


memperoleh nutrien.
2. Bakteria parasit memperoleh makanan daripada organisma hidup. Bakteria
ini menyebabkan penyakit pada haiwan atau tumbuhan.
3. Bakteria saprofit memperoleh makanan daripada organisma mati seperti
bangkai haiwan dan kayu reput. Bakteria pereput merupakan contoh
bakteria saprofit.
4. Bakteria autotrof boleh membuat makanan sendiri melalui fotosintesis.

Habitat
Bakteria terdapat di merata-rata tempat seperti dalam air, udara, tanah, tumbuhan
dan haiwan.

▲ Terdapat berjuta-juta bakteria di tapak tangan anda

Virus
▲ Contoh-contoh virus

Saiz

1. Virus ialah mikroorganisma yang paling seni.


2. Virus hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop elektron.
3. Virus mempunyai saiz yang berbeza-beza dalam julat 0.02 μm sehingga 0.4
μm.

Rupa bentuk

1. Virus tidak menyerupai sel. Virus tidak mempunyai sitoplasma, nukleus dan


membran.
2. Badan virus terbina daripada kapsul protein yang menyelaputi bebenang asid
nukleik.
3. Virus mempunyai pelbagai rupa bentuk seperti pilin, sfera dan rod.

▲ Pelbagai rupa bentuk virus

Nutrisi

1. Semua virus merupakan parasit yang boleh menyebabkan penyakit.


2. Virus tidak memakan. Namun demikian, virus menggunakan bahan di dalam
sel hidup untuk menggandakan bilangannya.

Habitat
1. Semua virus hidup di dalam sel hidup (perumah).
2. Di luar perumah, virus menghablur dan menjadi zarah bukan hidup.
3. Virus dapat dikultur dan disimpan dalam bentuk hablur bertahun-tahun
lamanya.

Fokus Konsep

 Kadangkala, virus dianggap sebagai bukan hidupan. Sesetengah ahli sains


menganggap virus sebagai zarah.
 Virus yang menyerang bakteria disebut bakteriofaj.

Cara pembiakan

1. Virus tidak menunjukkan semua ciri hidupan.


2. Virus tidak melakukan proses hidup seperti bernafas, memakan dan
berkumuh. Namun demikian, virus dapat menjalankan proses pembiakan.
3. Virus hanya dapat tumbuh dan membiak di dalam sel hidup (perumah)
dengan menggandakan dirinya (replikasi).

▲ Cara pembiakan virus

Kulat
▲ Contoh-contoh kulat

Saiz

1. Saiz kulat adalah berbeza-beza antara julat 10 μm dan 100 μm.


2. Kebanyakan kulat dapat diperhatikan dengan menggunakan kanta
tangan atau mikroskop cahaya pada kuasa rendah.

Rupa bentuk

1. Kulat merupakan tumbuhan yang mempunyai dinding sel dan nukleus tetapi


tidak mempunyai akar, batang atau daun.
2. Kulat mempunyai pelbagai rupa bentuk seperti filamen dan sfera.
3. Mukor (kulapuk) terdiri daripada filamen halus yang disebut hifa manakala yis
terdiri daripada sel sahaja.

▲ Pelbagai rupa bentuk kulat

Cara pembiakan

1. Kulat membiak melalui pembiakan aseks secara pembentukan


spora atau pertunasan.
2. Mukor (kulapuk) ialah contoh kulat yang membiak melalui pembentukan
spora.
3. Sporangium mukor menghasilkan spora. Apabila matang, sporangium akan
pecah dan menyebarkan spora melalui udara.
4. Spora yang jatuh pada bahan organik yang sesuai akan tumbuh menjadi
mukor.
5. Yis ialah contoh kulat yang membiak melalui proses pertunasan.
6. Tunas akan terpisah daripada induk dan tumbuh menjadi yis.

▲ Cara pembiakan mukor

▲ Cara pembiakan yis

Fokus Konsep
Tidak seperti spora bakteria, spora kulat tidak tahan terhadap haba.

Nutrisi

1. Kulat ialah tumbuhan ringkas yang tidak mempunyai klorofil. Oleh itu,


kulat tidak dapat membuat makanan secara fotosintesis.
2. Kulat hidup sebagai saprofit dan parasit.
3. Kulat saprofit seperti mukor hidup pada bahan organik seperti
roti. Enzim dirembeskan untuk mencernakan bahan organik dan bahan
organik ringkas akan diserap melalui hifanya.
4. Kulat parasit hidup pada organisma hidup dan memperoleh makanan
daripadanya. Sebagai contoh, kulat panau tumbuh pada kulit manusia.

Habitat
1. Kulat hidup di tempat yang gelap dan lembap.
2. Kulat boleh dijumpai di atas benda reput seperti bangkai haiwan, di atas
makanan seperti roti dan buah-buahan dan pada kulit haiwan atau tumbuhan.

Fokus Konsep

 Mukor ialah sejenis kulat yang terdiri daripada sekumpulan hifa (struktur
bebenang) yang disebut miselium.
 Kulat pengurai hidup sebagai kulat saprofit yang mengurai hidupan mati
seperti bangkai haiwan.

Protozoa

▲ Contoh-contoh protozoa

Saiz

1. Protozoa ialah haiwan unisel yang sangat seni.


2. Kebanyakan protozoa hanya dapat dilihat melalui mikroskop cahaya.
3. Protozoa mempunyai saiz yang berbeza-beza antara 5 μm dan 250 μm.

Rupa bentuk

1. Protozoa ialah organisma akuatik yang bersel tunggal.


2. Protozoa mempunyai nukleus dan sitoplasma yang diselaputi oleh membran
sel.
3. Rupa bentuk protozoa adalah berbeza-beza.
4. Kebanyakan protozoa mempunyai silium yang membantunya bergerak.
▲ Pelbagai rupa bentuk protozoa

Cara pembiakan

1. Kebanyakan protozoa seperti ameba dan Paramesium membiak


secara belahan dedua.
2. Protozoa seperti Paramesium juga dapat melakukan pembiakan
seks secara konjugasi.

▲ Pembiakan aseks ameba secara belahan dedua

▲ Dua Paramesium berpaut semasa pembiakan seks untuk memindah baka genetik

Nutrisi
1. Sesetengah protozoa hidup secara saprofit, iaitu memperoleh makanan
daripada bahan reput. Contoh: ameba dan Paramesium.
2. Plasmodium merupakan contoh protozoa yang hidup secara parasit dalam
organisma hidup. Plasmodium menyebabkan penyakit malaria.

Habitat

1. Kebanyakan protozoa hidup dalam air seperti di dalam kolam air tawar atau
sungai, dan dalam air masin seperti air laut.
2. Sesetengah protozoa hidup di tempat yang lembap seperti tanah lembap dan
di dalam sel hidup sebagai parasit.

Alga

▲ Contoh-contoh alga

Saiz

1. Alga ialah tumbuhan akuatik unisel atau multisel.


2. Alga mempunyai saiz yang berbeza-beza antara 1 μm dan 10 000 μm.
3. Contoh alga yang bersaiz mikroskopik ialah spirogira, klamidomonas dan
fitoplankton.
4. Rumpair laut ialah alga bersaiz besar yang dapat dilihat dengan mata kasar.

Rupa bentuk

1. Alga mempunyai struktur sel tumbuhan seperti mempunyai dinding sel


berselulosa, nukleus, sitoplasma dan kloroplas.
2. Alga tidak mempunyai batang, akar atau daun sebenar.
3. Alga mempunyai pelbagai rupa bentuk.
▲ Pelbagai rupa bentuk alga

Cara pembiakan

1. Kebanyakan alga membiak secara pembiakan aseks melalui belahan dedua.


2. Terdapat sesetengah alga yang dapat melakukan pembiakan
seks secara konjugasi seperti spirogira.

Nutrisi

1. Kebanyakan alga mengandungi klorofil dan ini menyebabkannya berwarna


hijau.
2. Semua alga adalah autotrof, iaitu dapat membuat makanan sendiri melalui
proses fotosintesis.
3. Alga merupakan pengeluar dalam suatu rantai makanan.

Fokus Konsep
Bukan semua alga berwarna hijau. Terdapat alga yang berwarna merah dan perang.

Habitat
1. Alga hidup subur di tempat lembap yang bercahaya.
2. Alga boleh dijumpai di kawasan air tawar atau air masin seperti kolam, sungai,
laut dan juga di kulit pokok serta tanah lembap.

Fokus Konsep

Bahasa Inggeris
Istilah
Tunggal Majmuk

Alga Alga Algae

Kulat Fungus Fungi

Protozoa Protozoan Protozoa

Bakteria Bacterium Bacteria

Flagelum Flagellum Flagella

Kokus Coccus Cocci

Basilus Bacillus Bacilli

Vibrio Vibrio Vibrios

Spirilum Spirillum Spirilla

Silium Cilium Cilia

5.01.02 Faktor-faktor yang Mempengaruhi


Pertumbuhan Mikroorganisma
1. Faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma termasuk:

(a) nutrien
(b) kelembapan
(c) cahaya
(d) suhu
(e) nilai pH

2. Jadual di bawah menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi


pertumbuhan mikroorganisma.

Faktor Penerangan

 Nutrien merupakan keperluan asas bagi pertumbuhan dan pembiakan mikroorganisma.


 Mikroorganisma saprofit memperoleh nutrien daripada bahan organik mati seperti kayu reput dan
bangkai haiwan.
Nutrien
 Mikroorganisma parasit memperoleh nutrien daripada organisma hidup.
 Mikroorganisma autotrof, seperti alga, berupaya membuat makanan sendiri melalui proses
fotosintesis.

 Semua mikrorganisma memerlukan air untuk pertumbuhan.


 Aktiviti biokimia yang berlaku dalam mikroorganisma, seperti tindak balas enzim pencernaan,
memerlukan medium berair.
Kelembapa
 Kebanyakan mikroorganisma akan mati dalam keadaan kering.
n
 Bakteria membentuk spora untuk terus hidup dalam keadaan kering sehingga keadaan menjadi sesuai
semula baginya.

 Kebanyakan mikroorganisma, seperti bakteria dan kulat, gemar hidup dalam keadaan
yang gelap dan lembap. Mikroorganisma tersebut mungkin terbunuh dalam cahaya matahari yang
terik.
Cahaya  Ini kerana sinaran ultraungu dalam cahaya matahari boleh membunuh mikroorganisma tersebut.
 Mikroorganisma berklorofil seperti alga hidup di tempat yang bercahaya untuk membolehkannya
melakukan proses fotosintesis.

Suhu

▲ Kesan suhu pada pembiakan bakteria


 Kebanyakan mikroorganisma tumbuh dan membiak dengan pesat pada suhu antara 30–40 °C.
 Mikroorganisma seperti virus dan bakteria parasit sesuai hidup pada suhu badan manusia, iaitu pada
kira-kira 37 °C.
 Kebanyakan mikroorganisma menjadi tidak aktif dan bertumbuh dengan perlahan pada suhu
antara 0–5 °C. Semua mikroorganisma masih hidup tetapi tidak bertumbuh atau membiak pada suhu
di bawah –18 °C.
 Kebanyakan mikroorganisma akan mati apabila suhu melebihi 60 °C. Namun demikian, spora
bakteria dapat hidup sehingga 120 °C.

Nilai pH

▲ Kesan pH pada pembiakan bakteria

 Jenis mikroorganisma yang berbeza tumbuh dalam keadaan pH yang berlainan.


 Kebanyakan mikroorganisma sesuai hidup di sekitar pH 7 (neutral), iaitu dalam julat pH 6–9.
 Kebanyakan bakteria sesuai tumbuh dalam keadaan sedikit beralkali, iaitu pada pH 7.4.
 Kebanyakan protozoa dan kulat pula sesuai tumbuh dalam keadaan sedikit berasid, iaitu pada pH
6.8.
 Mikroorganisma akan terbunuh dalam keadaan yang terlalu berasid (pH terlalu rendah) atau terlalu
beralkali (pH terlalu tinggi).

▲ Faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma


▲ Sinar ultraungu daripada Matahari membunuh mikroorganisma pada selimut yang
dijemur

Fokus Konsep
Keadaan optimum adalah keadaan yang paling sesuai untuk pertumbuhan dan
pembiakan mikroorganisma.

Eksperimen 1.1
Tujuan

Mengkaji kesan faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma


Pernyataan masalah

Bagaimanakah kesan nutrien, kelembapan, cahaya, suhu, dan nilai pH mempengaruhi


pertumbuhan bakteria?
Hipotesis

Bakteria sesuai hidup dalam keadaan


(a) kehadiran nutrien
(b) lembap
(c) gelap
(d) suhu 37 °C
(e) pH neutral
Pemboleh ubah

(a) yang dimalarkan : Kuantiti bakteria


(b) yang dimanipulasikan: Kehadiran nutrien/kelembapan/cahaya/suhu/nilai pH
(c) yang bergerak balas : Bilangan koloni bakteria/ Pertumbuhan bakteria

Bahan
Agar-agar nutrien steril, agar-agar tanpa nutrien, kultur bakteria (Bacillus subtilis), air
suling, asid hidroklorik 1 mol dm-3, larutan natrium hidroksida 1 mol dm-3, pita selofan
Radas

Piring Petri dan penutup steril, pita selofan, picagari, lampu meja, peti sejuk, ketuhar
Prosedur

▲ Susunan radas untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi pertumbuhan bakteria

Eksperimen ini dijalankan dalam empat bahagian.


Bahagian A (faktor nutrien dan kelembapan)

1. Tiga piring Petri steril dengan kandungannya dilabelkan A, B, dan C.

(a) Piring Petri A mengandungi agar-agar nutrien lembap.


(b) Piring Petri B mengandungi agar-agar nutrien kering.
(c) Piring Petri C mengandungi agar-agar lembap tanpa nutrien.

2. Dengan menggunakan picagari, 1 cm3 larutan kultur bakteria dimasukkan ke


permukaan agar-agar dalam setiap piring Petri.
3. Piring Petri ditutup dengan penutup dan dilekat dengan pita selofan.
4. Piring Petri ditelangkupkan dan dibiarkan pada suhu bilik selama dua hari.
Pemerhatian tentang pertumbuhan bakteria dicatat dalam jadual pada akhir
eksperimen.

Bahagian B (faktor cahaya)

5. Dua piring Petri agar-agar bernutrien dilabelkan D dan E.


6. Langkah 2 hingga 4 diulang tetapi

(a) piring Petri D diletakkan dalam almari gelap.


(b) piring Petri E disinarkan dengan cahaya lampu meja.
Bahagian C (faktor suhu)

7. Tiga piring Petri agar-agar bernutrien dilabelkan F, G, dan H.


8. Langkah 2 hingga 4 diulang tetapi

(a) piring Petri F diletakkan dalam peti sejuk pada suhu 5 °C.
(b) piring Petri G diletakkan dalam ketuhar pada suhu 37 °C.
(c) piring Petri H diletakkan dalam ketuhar pada suhu 70 °C.
Bahagian D (faktor pH)

9. Tiga piring Petri agar-agar bernutrien dilabelkan I, J, dan K.


10. Langkah 2 hingga 4 diulang tetapi

(a) piring Petri I dititiskan dengan beberapa titik asid hidroklorik cair.
(b) piring Petri J dititiskan dengan beberapa titik air suling.
(c) piring Petri K dititiskan dengan beberapa titik larutan natrium hidroksida.
Pemerhatian

Bahagian Piring Petri Keadaan piring Petri Bilangan koloni bakteria

A Bernutrien dan lembap Banyak tompok putih

A Faktor nutrien dan kelembapan B Bernutrien dan kering Tiada tompok putih

C Tidak bernutrien dan lembap Tiada tompok putih

D Gelap Banyak tompok putih


B Faktor cahaya
E Sangat terang Tiada tompok putih

F 5 °C Tiada tompok putih

C Faktor suhu G 37 °C Banyak tompok putih

H 70 °C Tiada tompok putih

D Faktor pH I Berasid Tiada tompok putih


J Neutral Banyak tompok putih

K Beralkali Tiada tompok putih

Analisis

1. Tompok putih di permukaan agar-agar ialah koloni bakteria.


2. Bakteria tumbuh dengan pesat dalam piring Petri A, D, G, dan J.
3. Bakteria tumbuh dengan pesat dalam keadaan bernutrien, lembap, gelap,
pada suhu 37 °C, dan dalam keadaan neutral (pH 7).
4. Bakteria tidak tumbuh dalam keadaan tidak bernutrien, kering, sangat terang,
terlalu sejuk, terlalu panas, keadaan berasid (pH rendah), dan beralkali (pH
tinggi).

Kesimpulan

1. Bakteria sesuai hidup dalam keadaan kehadiran nutrien, lembap, gelap, pada
suhu 37 °C, dan dalam keadaan neutral (pH 7).
2. Hipotesis yang dibuat dapat diterima.

Perbincangan

1. Bahan dan radas disteril untuk memastikannya bebas daripada bakteria.


2. Bakteria Bacillus subtilis digunakan kerana bakteria itu tidak berbahaya kepada
manusia.
3. Julat suhu optimum untuk pertumbuhan bakteria adalah 35–40 °C
4. Spora bakteria hanya terbunuh pada suhu melebihi 120 °C. Oleh itu, agar-agar
steril disediakan dengan mendidihkannya dalam autoklaf atau periuk tekanan
pada suhu 120 °C selama 20 minit.
5. Kekurangan nutrien menyebabkan pertumbuhan mikroorganisma terganggu
manakala nutrien yang berlebihan memesatkan pertumbuhan
mikroorganisma.
6. Piring Petri diterbalikkan bagi mengelakkan air terkondensasi daripada jatuh
ke atas agar-agar dan menjejaskan keputusan eksperimen.

5.01.03 Mikroorganisma yang Berfaedah


1. Terdapat pelbagai mikroorganisma yang memberi manfaat kepada manusia.
2. Mikroorganisma memainkan peranan yang penting dalam:

(a) pencernaan makanan


(b) proses pereputan
(c) perubatan
(d) pertanian
(e) perindustrian

Pencernaan makanan

 Sesetengah mikroorganisma
membantu dalam pencernaan makanan Bakteria yang terdapat dalam usus
dalam salur makanan besar manusia bertindak ke
haiwan herbivor, misalnya lembu, Protozoa dalam usus anai-anai atas sisa-sisa makanan dan
kambing, biri-biri, kuda, dan arnab. menghasilkan enzim selulase untuk menghasilkan vitamin B dan K.
 Bakteria ini merembeskan enzim mencernakan selulosa dalam kayu Vitamin-vitamin itu kemudian
selulase yang dapat kepada glukosa. diserap ke dalam badan untuk
mencernakan selulosa kepada glukosa mengekalkan kesihatan.
. Glukosa ini kemudian diserap ke
dalam badan haiwan.

▲ Peranan mikroorganisma dalam pencernaan makanan

Proses pereputan
 Mikroorganisma seperti bakteria dan kulat
menguraikan bahan organik mati kepada bahan  Bakteria, protozoa, dan kulat digunakan dala
yang lebih ringkas yang dapat diserap oleh tumbuhan pengolahan kumbahan untuk menguraikan
untuk pertumbuhan. kumuh yang toksik kepada bahan tidak berba
 Di samping menyingkirkan bahan organik mati, seperti air, karbon dioksida, dan garam mine
seperti bangkai haiwan dan tumbuhan mati dari  Bakteria juga digunakan dalam tangki kumba
permukaan Bumi, mikroorganisma ini juga untuk menguraikan kumbahan kepada gas
membantu dalam mengekalkan kesuburan tanah. metana yang boleh digunakan sebagai baha

▲ Peranan mikroorganisma dalam proses pereputan

Perubatan

 Virus dan bakteria diguna  Sesetengah kulat digunakan untuk  Yis dapat digunakan


kan untuk menghasilkan antibiotik seperti penisilin. sebagai makanan
menyediakan vaksin untuk  Bakteria tertentu juga dapat berkhasiat dalam
melindungi manusia menghasilkan antibiotik seperti streptomisin  perubatan kerana kaya
daripada penyakit tertentu. yang digunakan untuk merawat penyakit tibi. dengan vitamin
 Sebagai contohnya, vaksin B dan protein
hepatitis mengandungi  Alga mengandungi
virus hepatitis yang bahan kimia
seperti beta-karotina 
dan asid lemak. Beta-
disuntik ke dalam badan karotina dapat
manusia. Virus ini mencegah kanser.
merangsang badan untuk Asid lemak dapat
menghasilkan antibodi ya mencegah penyakit
ng menentang penyakit jantung dengan
hepatitis. merendahkan
kolesterol dalam
darah.

▲ Peranan mikroorganisma dalam perubatan

Fokus Konsep
Antibiotik penisilin dihasilkan oleh kulat Penicillium notatum. Antibiotik streptomisin
yang digunakan untuk merawat penyakit tibi dihasilkan daripada bakteria
Streptomyces.

Pertanian

 Bakteria pengikat  Bakteria pengurai


nitrogen yang hidup dalam mencernakan sisa-sisa
 Bakteria dan kulat pengurai nodul akar tumbuhan legum tumbuhan daripada kelapa
menguraikan bahan organik (kekacang) dan dalam tanah sawit, padi, dan kelapa untuk
mati kepada humus. Humus mengikat gas nitrogen di menghasilkan bahan api seperti
mengandungi mineral ringkas atmosfera dan menukarkannya gas metana.
yang sedia diserap oleh akar kepada nitrat.  Bahan organik yang tertinggal
tumbuhan.  Nitrat kemudian diserap oleh boleh dijadikan makanan
akar tumbuhan dan digunakan haiwan dan baja tumbuhan.
untuk membina protein.

▲ Peranan mikroorganisma dalam pertanian


▲ Mikroorganisma seperti bakteria boleh digunakan untuk mengawal populasi
beluncas (perosak) dalam kawalan biologi
Fokus Konsep
Bakteria pengikat nitrogen seperti Rhizobium, bakteria pengurai dan bakteria
pendenitritan (menukarkan nitrat kepada nitrogen) memainkan peranan penting
dalam mengekalkan keseimbangan kitar nitrogen.

Perindustrian

 Yis digunakan untuk  Bakteria digunakan untuk


menaikkan adunan roti dan kek. membuat makanan
 Proses penapaian yang berlaku seperti cuka, dadih,
dan keju.  Dalam industri
apabila yis bertindak dengan
 Bakteria bertindak balas pengeluaran tekstil, bakteria berti
karbohidrat dan
dengan alkohol untuk ndak balas dengan tumbuhan untuk
membebaskan karbon
menghasilkan cuka. menyingkirkan tisu lembut dan
dioksida yang menyebabkan
 Bakteria bertindak balas meninggalkan gentian panjang.
adunan naik.
dengan susu untuk Gentian ini kemudian ditenun
menghasilkan dadih dan k menjadi kain, benang, dan tali.
eju.
 Yis digunakan untuk  Dalam industri
 Yis, sejenis kulat, pembuatan barangan
membuat minuman digunakan dalam
beralkohol seperti bir, wain, dan kulit, bakteria menyingkirkan tisu
pembuatan kicap. dan lemak daripada kulit haiwan.
wiski.

▲ Peranan mikroorganisma dalam perindustrian

Potensi penggunaan mikroorganisma dalam pelbagai bidang

1. Mikroorganisma mempunyai potensi yang besar untuk digunakan dalam


bidang-bidang seperti perubatan, perindustrian, dan pertanian.
2. Melalui kejuruteraan genetik (modifikasi secara genetik), struktur gen
bakteria dapat diubah dan diarah untuk menghasilkan bahan kimia tertentu
seperti hormon dan enzim, yang sebelum ini hanya dapat diekstrakkan
daripada darah haiwan seperti kuda.
3. Sejenis bakteria dapat digunakan untuk menghasilkan plastik
yang terbiodegradasi (boleh terurai oleh mikroorganisma). Masalah
kehabisan bahan mentah seperti petroleum, untuk pembuatan plastik dapat
diatasi.
4. Bakteria tertentu boleh digunakan untuk menguraikan dan membersihkan
tumpahan minyak di laut.
5. Virus tertentu boleh digunakan untuk merawat penyakit baka seperti anemia
sel sabit.

Fokus Konsep
Mikroorganisma mempunyai nilai perubatan yang besar. Bahan kimia seperti vitamin
dan asid organik, misalnya asid alginik, telah dapat dihasilkan secara besar-besaran
oleh alga pada masa kini.

5.01.04 Kesan Berbahaya Mikroorganisma


Kesan buruk mikroorganisma terhadap manusia

1. Sesetengah mikroorganisma membawa kesan buruk terhadap manusia.


2. Mikroorganisma parasit memperoleh makanan daripada perumah dan
menghasilkan toksin yang boleh merosakkan sel, tisu atau organ perumahnya.
Mikroorganisma jenis ini menyebabkan penyakit pada manusia.
3. Mikroorganisma boleh menyebabkan keracunan makanan. Bakteria yang
tumbuh pada makanan menghasilkan toksin (racun) dan akan menyebabkan
gejala-gejala seperti sakit perut, cirit-birit, dan muntah pada manusia.
4. Bakteria saprofit yang hidup pada celah-celah gigi mencernakan sisa-sisa
makanan. Asid yang dihasilkan oleh bakteria boleh menyebabkan pereputan
gigi (karies gigi).

▲ Tahukah anda jerawat di muka adalah disebabkan oleh pertumbuhan bakteria?


Oleh itu, jangan picit jerawat di muka dengan jari yang kotor.

Fokus Konsep
Anda perlu mendapat rawatan segera daripada doktor jika tercucuk paku berkarat.
Ini adalah kerana paku berkarat mungkin mengandungi bakteria tetanus yang boleh
membawa maut dengan melumpuhkan otot-otot respirasi.

Penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma

1. Mikroorganisma berbahaya ialah mikroorganisma yang boleh


menyebabkan penyakit pada organisma.
2. Mikroorganisma berbahaya yang boleh menyebabkan penyakit
disebut patogen.
3. Kebanyakan patogen merupakan parasit yang hidup pada perumah dan
memperoleh makanan daripadanya.
4. Toksin yang dihasilkan oleh patogen menyebabkan gejala-gejala penyakit
pada organisma yang diseranginya.
5. Sesetengah patogen boleh mendatangkan maut pada manusia.
6. Patogen mungkin terdiri daripada bakteria, virus, kulat atau protozoa.

Bakteria

1. Bakteria boleh menyebabkan penyakit-penyakit seperti tibi, taun (kolera),


dan penyakit jangkitan kelamin seperti sifilis dan gonorea.
2. Jadual di bawah menunjukkan pelbagai penyakit yang disebabkan oleh
bakteria, bahagian badan yang dijangkiti, gejala penyakit dan cara jangkitan
penyakit itu.

Penyakit yang
Bahagian badan yang
disebabkan oleh Gejala penyakit Cara jangkitan
dijangkiti
bakteria

Sistem pernafasan seperti Letih, batuk, kahak berdarah, berpeluh Udara atau titisan air
Tibi peparu, tulang, sendi, waktu malam, demam, berat badan (batuk atau kahak
kelenjar, dan organ badan menyusut, kurus kering)

 Makanan dan air


Cirit-birit, pendehidratan (kehilangan air
yang tercemar
Taun/Kolera Salur pencernaan yang banyak), muntah tanpa loya,
 Lalat rumah
kekejangan otot
(vektor)

Peringkat 1
Kudis tumbuh di kawasan kemaluan
Peringkat 2
Sifilis (penyakit Perhubungan seks
Sistem pembiakan Letih, hilang selera makan, demam, sakit
jangkitan kelamin) (melalui sentuhan)
otot dan sendi, sakit kepala
Peringkat 3
Lumpuh dan lemah jantung

Gonorea (penyakit Sistem pembiakan Peringkat awal Perhubungan seks


jangkitan kelamin) (melalui sentuhan)

 Berasa sakit pada zakar semasa


membuang air kencing, air kencing
bernanah, demam, dan sakit kepala

Peringkat akhir
 Testis (lelaki) bengkak
 Uretra, uterus dan tiub Fallopio
(perempuan) bengkak

▲ Penyakit-penyakit yang disebabkan oleh bakteria

▲ Bacillus tubercle menyebabkan penyakit tibi

▲ Vibrio cholerae menyebabkan kolera

Fokus Konsep
Jadual di bawah menunjukkan jenis penyakit dan tempoh pengeramannya.

Penyakit Tempoh pengeraman

Tibi 2 – 10 minggu

Kolera 1 – 4 hari

Sifilis 3 – 4 hari

Gonorea 2 – 10 hari

Virus

1. Virus boleh menyebabkan penyakit-penyakit seperti selesema, demam


denggi, hepatitis A dan B, demam
campak, poliomielitis, beguk dan AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan
Melawan Penyakit).
2. Jadual 1.8 menunjukkan pelbagai penyakit yang disebabkan oleh virus,
bahagian badan yang dijangkiti, gejala penyakit, dan cara jangkitan penyakit
itu.

Penyakit yang
Bahagian badan
disebabkan oleh Gejala penyakit Cara jangkitan
yang dijangkiti
bakteria

Demam, bersin, batuk, sakit kepala, sakit


Selesema/Influenza Sistem pernafasan  Udara atau titisan air
kerongkong, hidung berhingus

Demam, sakit kepala, bintik merah pada


 Nyamuk Aedes yang
kulit, sakit di belakang mata apabila bola
Demam denggi Darah terjangkit
mata bergerak, sakit otot dan sendi yang
teruk

Demam, letih, sakit di belakang abdomen,  Air atau makanan yang


hilang selera makan, loya, muntah, cirit- tercemar
Hepatitis A Hati
birit, jaundis (badan menguning), hati  Lalat rumah (vektor)
bengkak

Daripada cecair badan atau


darah pembawa melalui:
Demam, letih, hilang selera makan, loya,
sklera kelihatan kuning, jaundis, hati  pemindahan darah
Hepatitis B Hati bengkak, sakit teruk di bawah sangkar  perkongsian jarum
rusuk, air kencing berwarna gelap, sirosis yang tercemar
hati (hati berparut)  perhubungan seks
(melalui sentuhan)

Darah Lumpuh sistem keimunan badan, kurus,  Sama dengan Hepatitis


AIDS (memusnahkan sel cirit-birit teruk, demam, susutan berat B
darah putih) badan, mudah dijangkit penyakit lain

Demam, batuk, sakit kerongkong, hidung


Sistem respirasi dan  Udara atau titisan air
Demam campak berhingus, mata merah, ruam seluruh
mata
badan

Demam panas, sakit kepala, sakit


Sistem saraf pusat  Air atau makanan yang
kerongkong, sakit otot, anggota badan
Poliomielitis seperti saraf tunjang tercemar
menjadi lumpuh, kadang kala membawa
dan saraf motor
maut

Beguk Kelenjar air liur, Peringkat awal  Udara atau titisan air
organ pembiakan,
pankreas  Bahagian pipi, leher, rahang
bawah dan kelenjar air liur
bengkak

Peringkat serius

 Testis dan skrotum sakit dan


bengkak (boleh menyebabkan
kemandulan)

▲ Penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus

Fokus Konsep

1. Penyakit beguk disebabkan oleh virus tetapi penyakit goiter disebabkan oleh
kekurangan iodin dalam badan. Kelenjar air liur pesakit beguk bengkak tetapi
kelenjar tiroid pesakit goiter bengkak.
2. Penyakit AIDS adalah disebabkan oleh virus HIV.
3. Penyakit yang disebabkan oleh virus dan tempoh pengeramannya sebelum
munculnya gejala-gelaja penyakit ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Penyakit Tempoh pengeraman

Selesema 1 – 3 hari

Demam denggi 5 – 9 hari

Hepatitis A 25 hari

AIDS Beberapa bulan hingga beberapa tahun

Demam campak 1 – 3 hari


▲ Virus HIV yang menyebabkan AIDS

Kulat

1. Kulat boleh menyebabkan penyakit-penyakit seperti kurap dan panau.


2. Jadual di bawah menunjukkan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh kulat,
bahagian badan yang dijangkiti, gejala penyakit, dan cara jangkitan penyakit
itu.

Penyakit yang
Bahagian badan
disebabkan oleh Gejala penyakit Cara jangkitan
yang dijangkiti
kulat

Tompok merah yang


Kurap merebak pada kulit,
gatal Sentuhan secara langsung atau tidak langsung
Kulit seperti berkongsi tuala, pakaian, dan sikat
(dijangkiti melalui spora kulat)
Tompok putih pada
Panau
kulit, gatal

▲ Penyakit-penyakit yang disebabkan oleh kulat

Fokus Konsep

1. Kurap tumbuh di bahagian badan yang lembap seperti di celah jari kaki, ketiak
dan kulit kepala.
2. Kurap yang tumbuh pada kulit kepala menyebabkan keguguran rambut dan
meninggalkan tompok pada kulit kepala.
3. Penyakit ‘kaki makan air’ juga disebabkan oleh kulat.

Protozoa
1. Protozoa boleh menyebabkan penyakit-penyakit
seperti malaria dan disenteri.
2. Jadual di bawah menunjukkan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh kulat,
bahagian badan yang dijangkiti, gejala penyakit, dan cara jangkitan penyakit
itu.

Penyakit yang Bahagian


disebabkan oleh badan yang Gejala penyakit Cara jangkitan
kulat dijangkiti

Demam panas yang berulang dalam selang masa tertentu


Digigit oleh nyamuk
(48 hingga 72 jam), berpeluh banyak, air kencing
Malaria Darah tiruk (Anopheles) yang
berwarna kuning, sakit kepala, sakit otot, menggigil,
terjangkit
kadar denyutan jantung dan pernafasan bertambah

 Melalui air atau


makanan yang
Salur Demam, letih, muntah, loya, sakit perut, cirit-birit, tinja
Disenteri tercemar
pencernaan berdarah dan bernanah
 Lalat rumah
(vektor)

▲ Penyakit-penyakit yang disebabkan oleh protozoa

Fokus Konsep

1. Melalui gigitan nyamuk tiruk betina, protozoa Plasmodium yang


menyebabkan malaria dipindahkan ke sistem darah mangsa dan
membinasakan sel-sel darah merah.
2. Pesakit malaria akan mengalami demam teruk sehingga suhu badannya
mencapai 41 °C.
3. Jadual di bawah menunjukkan tempoh pengeraman penyakit yang
disebabkan oleh protozoa.

Penyakit Tempoh pengeraman

Malaria 10 – 35 hari

Disenteri 1 – 2 hari
Cara jangkitan penyakit

1. Penyakit dapat merebak ke manusia melalui

(a) udara (titisan air)


(b) air
(c) makanan
(d) sentuhan
(e) vektor

2. Vektor ialah organisma yang membawa atau memindahkan patogen ke


badan manusia. Jadual di bawah menunjukkan secara ringkas cara penyakit
menjangkiti manusia.

Cara jangkitan
Penerangan ringkas
penyakit

Melalui vektor
(a Badan lalat rumah yang (b Nyamuk memindahkan patogen ke
) dilekati patogen mencemarkan makanan apabila ) badan manusia melalui gigitan.
dihinggapinya. Contoh penyakit yang dijangkiti: Contoh penyakit yang dijangkiti:

 Taun  Malaria
 Disenteri  Demam denggi

Melalui air
Sumber air yang tercemar oleh kumbahan atau sampah-sarap boleh menyebabkan penyakit.
Contoh penyakit yang dijangkiti:

 Taun
 Hepatitis A
 Disenteri
 Poliomielitis
(a) Apabila seorang pesakit bersin, batuk atau
bercakap, patogen dalam titisan (b) Patogen juga tersebar
Melalui udara/titisan air disebarkan melalui udara ke sekeliling. melalui udara apabila ruam pada
air
Patogen juga tersebar apabila kahak yang badan pesakit demam campak
diludah oleh pesakit menjadi kering. Contoh menjadi kering. Contoh penyakit
penyakit yang dijangkiti: yang dijangkiti:

 Selesema  Demam campak


 Beguk  Cacar air
 Tibi

Melalui makanan Makanan tercemar apabila disentuh dengan tangan kotor, disediakan dengan air tercemar atau
dihinggapi oleh lalat. Contoh penyakit yang dijangkiti:

 Taun
 Disenteri
 Hepatitis A

(a) Penyakit boleh disebarkan melalui sentuhan (b) Penyakit disebar melalui
Melalui sentuhan
dengan pesakit seperti perhubungan seks, perkongsian barangan seperti
pemindahan darah dan perkongsian jarum. pakaian, tuala dan sikat. Contoh
Contoh penyakit yang dijangkiti: penyakit yang dijangkiti:

 AIDS  Panau
 Hepatitis B  Kurap

▲ Cara-cara jangkitan penyakit


5.01.05 Pencegahan Jangkitan Penyakit yang
Disebabkan oleh Mikroorganisma
1. Kebanyakan penyakit yang disebabkan oleh patogen boleh dicegah.
2. Cara-cara yang dapat digunakan untuk mencegah jangkitan penyakit
termasuklah:

(a) kawalan vektor


(b) pensterilan
(c) pengimunan

Kawalan vektor

1. Vektor ialah agen pembawa penyakit.


2. Lalat dan nyamuk adalah dua vektor utama yang memindahkan patogen
kepada manusia.
3. Penyakit seperti taun dan hepatitis A dapat dicegah jika populasi
lalat dikawal.
4. Demam denggi dan malaria dapat dicegah jika pembiakan nyamuk dihalang.
5. Pengetahuan tentang tabiat hidup dan kitar hidup vektor dapat membantu
kita menghapuskannya.

Kawalan nyamuk

1. Nyamuk betina bertelur di permukaan air tenang. Oleh itu, jentik-jentik


nyamuk dapat dikawal dengan cara-cara yang berikut:

(a) Jangan biarkan air bertakung di sekeliling rumah. Tanam bekas-bekas kosong
untuk menghalang nyamuk bertelur.
(b) Semburkan minyak pada permukaan air longkang atau kolam untuk menghalang
larva dan pupa daripada naik ke permukaan air untuk bernafas.
(c) Bela ikan seperti ikan gapi (sebagai satu kaedah kawalan biologi) di kolam untuk
memakan jentik-jentik.
(d) Bubuh abate ke dalam air bertakung untuk membunuh jentik-jentik.

2. Nyamuk dewasa dapat dikawal dengan

(a) sembur racun serangga


(b) pasang jaring halus pada pintu atau tingkap
(c) menggunakan lingkaran ubat nyamuk

▲ Kitar hidup nyamuk

Kawalan lalat
Lalat betina bertelur pada makanan atau sisa makanan yang reput. Oleh itu, populasi
lalat rumah dapat dikawal dengan
(a) menutup makanan supaya lalat rumah tidak menghinggap padanya,
(b) membuangkan sisa makanan ke dalam tong sampah yang bertutup,
(c) menjaga kebersihan rumah dan di sekelilingnya untuk mencegah pembiakan lalat rumah,
(d) membunuh lalat rumah dewasa dengan menggunakan pelekat lalat, perangkap atau
racun serangga.

▲ Kitar hidup lalat rumah

Fokus Konsep

 Jangkitan taun boleh dicegah dengan meminum air yang telah dididih dan
melalui suntikan vaksin.
 Demam denggi dapat dicegah dengan mendidik orang awam. Sesiapa yang
melanggar peraturan akan dikenakan denda.

Pensterilan

1. Pensterilan adalah satu proses pemusnahan mikroorganisma termasuk


sporanya.
2. Carta pada rajah di bawah menunjukkan kaedah-kaedah pensterilan.

▲ Kaedah-kaedah pensterilan

3. Jadual di bawah menunjukkan kaedah-kaedah pensterilan yang boleh


dijalankan untuk memusnahkan mikroorganisma.

Kaedah pensterilan Penerangan ringkas

 Ketuhar menggunakan haba untuk mensterilkan alatan


makmal.
 Contoh alatan yang disteril: barangan kaca dan logam

Penggunaan haba  Pendidihan bahan dalam air selama 20 minit dapat


membunuh semua mikroorganisma kecuali spora.
(a) Pemanasan  Contoh alatan yang disteril: alatan pembedahan, pinggan,
botol susu, sudu dan garpu
(b) Pendidihan
(c) Autoklaf

 Autoklaf mensteril bahan dengan stim di bawah tekanan


tinggi (suhu yang mencapai 130 °C).
 Dapat membunuh semua mikroorganisma termasuk
sporanya.
 Contoh alatan atau bahan yang disteril: alatan pembedahan,
agar-agar nutrien, dan barangan kaca
 Antiseptik ialah sejenis bahan kimia yang dapat mencegah
pertumbuhan bakteria.
 Antiseptik tidak memusnahkan bakteria atau merosakkan tisu
badan kita.
 Disapu pada bahagian luka bagi menghalang patogen
daripada memasuki badan.
 Contoh: larutan iodin dan larutan kalium manganat(VII),
larutan garam biasa, akriflavin, hidrogen peroksida, dan sabun
Penggunaan bahan kimia
(a) Antiseptik
(b) Disinfektan  Disinfektan digunakan untuk membunuh
mikroorganisma seperti bakteria.
 Disinfektan boleh merosakkan tisu badan kita.
 Contoh: fenol (asid karbolik), kresol kalsium hipoklorit,
formalin, dan lisol
 Contoh bahan yang disteril: cadar, pakaian, dinding, lantai,
dan tandas

 Sinaran gama dapat memusnah semua bakteria termasuk


sporanya.
 Contoh bahan yang disteril: alatan pembedahan seperti
picagari dan barangan plastik
Penggunaan sinaran
(a) Sinaran gama
(b) Sinaran ultraungu
 Sinaran ultraungu digunakan untuk mensteril udara dalam
bilik pembedahan.

▲ Kaedah pensterilan

Fokus Konsep

 Air akan mendidih pada suhu melebihi 100 °C di bawah tekanan tinggi.
 Suhu stim boleh mencapai 132 °C di dalam autoklaf.
 Disinfektan tidak dapat membunuh spora bakteria.
 Sinaran gama dan ultraungu digunakan untuk mensterilkan alatan atau bahan
yang tidak boleh disterilkan dengan haba.
 Antiseptik hanya merencat pertumbuhan bakteria tetapi tidak
memusnahkannya.

Pengimunan
1. Keimunan ialah keupayaan badan untuk menentang penyakit yang
disebabkan oleh patogen.
2. Pengimunan melibatkan tindakan biokimia yang membolehkan badan
membina keimunan terhadap sesuatu penyakit.
3. Pemvaksinan ialah cara yang paling biasa digunakan dalam proses
pengimunan.
4. Pemvaksinan (vaksinasi) ialah proses penyuntikan patogen yang dilemahkan
atau dimatikan (vaksin) ke dalam badan untuk merangsang badan untuk
menghasilkan antibodi tertentu.
5. Vaksin ialah bahan yang mengandungi patogen yang dilemahkan atau
dimatikan.
6. Kemasukan patogen ke dalam badan dapat merangsang sel-sel darah putih
untuk menghasilkan antibodi atau antitoksin untuk membunuh patogen.
7. Protein asing, seperti mikrob dan patogen dalam darah dinamakan antigen.
8. Antigen boleh merangsang sel-sel badan untuk menghasilkan antibodi atau
antitoksin tertentu.
9. Terdapat dua jenis keimunan, iaitu

(a) keimunan aktif
(b) keimunan pasif

▲ Pengimunan pada badan manusia

Fokus Konsep

 Satu jenis antibodi hanya boleh menentang satu jenis patogen sahaja.
 Antibodi atau antitoksin ialah sejenis protein darah yang dapat melawan
patogen dalam badan.
 Sesetengah antibodi melekat pada toksin (racun) yang dihasilkan oleh
patogen lalu meneutralkan kesan bahaya toksin itu. Antibodi yang
meneutralkan toksin ini disebut antitoksin.

Keimunan aktif

▲ Pengelasan keimunan aktif

1. Kadang kala, lebih daripada satu suntikan diperlukan untuk merangsang


badan untuk menghasilkan antibodi pada tahap yang berkesan. Misalnya,
vaksin hepatitis B perlu disuntik sebanyak tiga kali.
2. Suntikan tambahan vaksin ini disebut dos penggalak.
▲ Hubungan antara suntikan vaksin dan jumlah antibodi dalam darah

Fokus Konsep

 Pemvaksinan (vaksinasi) boleh dilakukan secara suntikan, melalui mulut atau


pencalaran kulit.
 Edward Jenner (1749–1823), seorang doktor berbangsa Inggeris yang mula-
mula mengamalkan vaksinasi untuk melawan penyakit cacar.
 Setiap 5 tahun yang berikutnya, dos tambahan bagi vaksin hepatitis B perlu
diberi untuk merangsang pembinaan lebih banyak antibodi dalam badan.

Keimunan pasif

1. Keimunan pasif diperoleh apabila badan memperoleh keimunan selepas


menerima antibodi yang tersedia.
▲ Pengelasan keimunan pasif

2. Walau bagaimanapun, keimunan pasif tidak tahan lama. Ia hanya berkesan


untuk penyakit yang serius apabila tindakan yang cepat diperlukan.

▲ Pengimunan pasif secara buatan (penggunaan antiserum)


▲ Suntikan antiserum dan jumlah antibodi dalam badan

Perbandingan antara keimunan aktif dan pasif buatan


Carta pada rajah di bawah menunjukkan perbandingan antara keimunan aktif dan
pasif buatan.

▲ Perbandingan antara keimunan aktif dan pasif buatan

Kepentingan keimunan

1. Keimunan membolehkan

(a) penyakit tertentu seperti tetanus dirawat


(b) jangkitan penyakit tertentu dicegah melalui pemvaksinan. Wabak penyakit dapat
dihalang daripada merebak.

2. Bayi dan kanak-kanak dilindungi daripada pelbagai penyakit melalui program


pemvaksinan.

Umur Jenis vaksin Dos Penyakit yang dicegah

Vaksin BCG - Tuberkulosis (batuk kering)


Baru lahir
Vaksin hepatitis B Dos pertama Hepatitis B

1 bulan Vaksin hepatitis B Dos kedua Hepatitis B

Antigen Tigaan Dos pertama Batuk kokol, difteria, dan tetanus


3 Bulan
Vaksin polio Dos pertama Poliomielitis

Antigen Tigaan Dos kedua Batuk kokol, difteria, dan tetanus


4 Bulan
Vaksin polio Dos kedua Poliomielitis

Antigen Tigaan Dos ketiga Batuk kokol, difteria, dan tetanus


5 Bulan
Vaksin polio Dos ketiga Poliomielitis

1 – 1½ tahun Vaksin campak - Demam campak

Antigen Tigaan Dos penggalak Batuk kokol, difteria, dan tetanus


1½ - 2 tahun
Vaksin polio Dos penggalak Poliomielitis

12 – 13 tahun Vaksin BCG (jika perlu) - Tuberkulosis (batuk kering)

14 – 15 tahun Vaksin rubela (perempuan) Dos penggalak Rubela


Vaksin tetanus - Tetanus

▲ Program pemvaksinan bayi dan kanak-kanak

Pengawalan dan pencegahan penyakit disebabkan oleh mikroorganisma


Jadual di bawah menyenaraikan pengawalan dan pencegahan penyakit yang
disebabkan oleh mikroorganisma (patogen).

Jenis
Jenis penyakit Pengawalan dan pencegahan penyakit
patogen

Tuberkulosis (batuk  Mengasingkan pesakit


kering)  Boleh dicegah dengan menerima vaksin BCG

 Minum air yang telah dididihkan


Bakteria  Makan makanan yang telah dimasak atau bersih
Kolera (taun)  Mengawal populasi lalat rumah
 Boleh dicegah dengan menerima vaksin taun

 Mengamalkan cara hidup yang bersih dan sihat


Sifilis dan gonorea

Virus  Menjauhi pesakit


Selesema

 Mengelakkan daripada gigitan nyamuk


Demam denggi  Mencegah pembiakan populasi nyamuk

 Minum air yang telah dididihkan


 Jangan makan makanan mentah terutamanya makanan laut
Hepatitis A
 Boleh dicegah dengan menerima vaksin hepatitis A

 Boleh dicegah dengan menerima vaksin hepatitis B


Hepatitis B  Uji darah penderma sebelum pemindahan darah

 Mengasingkan pesakit
Demam campak  Boleh dicegah dengan menerima vaksin campak

Poliomielitis  Minum air yang telah dididihkan


 Jangan makan makanan yang tercemar
 Boleh dicegah dengan menerima vaksin polio
 Mengasingkan pesakit
Beguk

 Mengamalkan cara hidup yang bersih dan sihat


AIDS  Uji darah penderma sebelum pemindahan darah

 Menjaga kebersihan badan


Kurap
Kulat
 Jangan kongsi barangan seperti tuala, sikat, dan pakaian dengan orang lain
Panau

 Mengelakkan daripada gigitan nyamuk


 Boleh dicegah dengan mengambil ubat seperti paludrina (tidak boleh
Malaria
dicegah melalui pemvaksinan)

Protozoa
 Minum air yang telah dididihkan
 Makan makanan yang telah dimasak atau bersih
Disenteri
 Mengawal populasi lalat rumah

▲ Pengawalan dan pencegahan penyakit yang disebabkan oleh patogen

5.01.06 Rawatan Penyakit yang Disebabkan oleh


Mikroorganisma
Terdapat dua cara rawatan penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma, iaitu:
(a) Rawatan moden
(b) Rawatan tradisional

Rawatan moden

Rawatan moden ialah rawatan yang menggunakan teknologi moden dan bahan


kimia sintetik untuk merawat penyakit.
▲ Beberapa jenis rawatan moden

Jenis
Jenis penyakit Rawatan
patogen

Bakteria Tuberkulosis  Mengambil ubat seperti isoniazid


(batuk kering)  Mengambil antibiotik seperti streptomisin
 Berehat secara mental dan fizikal, makanan baik dan udara segar adalah f
faktor penting untuk menguatkan sistem ketahanan badan untuk melawan
patogen.

 Menyuntik larutan garam melalui vena ke dalam darah pesakit (untuk


mengelakkan pendehidratan)
Kolera (taun)
 Mengambil antibiotik seperti tetrasiklina

 Mengambil antibiotik seperti penisilin


Sifilis and gonorea

Selesema

Demam denggi

Hepatitis A

Hepatitis B
 Tiada rawatan yang spesifik untuk penyakit yang disebabkan oleh virus.
Virus
Demam campak

Poliomielitis

Beguk

AIDS

 Membubuh krim antikulat


 Membubuh antiseptik
Kurap
 Mengambil antibiotik seperti griseofulvin
Kulat
 Membubuh krim antikulat
Panau  Membubuh antiseptik

Malaria Mengambil ubat seperti kuinin dan paludrina


Protozoa
Disenteri Mengambil antibiotik seperti tetrasiklina

▲ Rawatan penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma

Fokus Konsep

 Kemoterapi merupakan rawatan yang menggunakan ubat sintetik untuk


menentang penyakit yang disebabkan oleh patogen.
 Radioterapi merupakan rawatan yang menggunakan sinaran untuk merawat
penyakit.

Eksperimen 1.2
Tujuan

Mengkaji kesan antibiotik terhadap bakteria


Pernyataan masalah

Apakah kesan antibiotik ke atas bakteria?


Hipotesis

Antibiotik menghasilkan kawasan jernih pada permukaan agar-agar.


Pemboleh ubah

(a) yang dimalarkan : Kuantiti nutrien/Jenis bakteria


(b) yang dimanipulasikan: Cakera antibiotik
(c) yang bergerak balas : Kawasan jernih

Bahan

Agar-agar nutrien steril, dua cakera penisilin (2 unit dan 5 unit), pita selofan, kertas
label, larutan kultur bakteria (Bacillus subtilis)
Radas

Piring Petri dan penutup steril, forsep steril, picagari steril

▲ Eksperimen untuk mengkaji kesan antibiotik ke atas bakteria

Prosedur

1. Dua piring Petri yang berlabel A dan B disediakan.


2. Piring Petri A dan B diisikan dengan agar-agar nutrien lembap.
3. Kira-kira 1 cm3 larutan kultur bakteria dimasukkan ke dalam setiap piring Petri.
4. Cakera penisilin 2 unit dan 5 unit diletakkan di atas permukaan agar-agar
nutrien dalam piring Petri B dengan menggunakan forsep steril.
5. Piring Petri A dan B ditutup dan dilekat dengan pita selofan.
6. Kedua-dua piring Petri ditelangkupkan dan disimpan dalam almari gelap
selama dua hari.
7. Pemerhatian tentang keadaan agar-agar dicatat pada akhir eksperimen.

Pemerhatian

Piring Petri Pemerhatian

 Banyak koloni bakteria.

A (tiada antibiotik)

 Kawasan jernih terbentuk di sekeliling cakera penisilin.

B (ada antibiotik)

Analisis

1. Bakteria terbunuh pada kawasan jernih.


2. Kepekatan penisilin yang lebih tinggi dapat membunuh lebih banyak bakteria
berbanding dengan kepekatan penisilin yang lebih rendah.

Kesimpulan
1. Antibiotik dapat membunuh bakteria.
2. Hipotesis yang dibuat boleh diterima.

Perbincangan

1. Antibiotik ialah bahan yang diekstrak daripada organisma seperti kulat dan
bakteria yang dapat membunuh bakteria.
2. Kulapuk Penicillium notatum adalah sumber antibiotik penisilin.
3. Penisilin disediakan dalam bentuk cecair suntikan, kapsul atau cecair ubat.
4. Antibiotik tidak dapat digunakan untuk menyembuhkan penyakit yang
disebabkan oleh virus.
5. Antibiotik boleh didefinisi secara operasi sebagai suatu bahan yang
membentuk kawasan jernih di atas permukaan agar-agar.

Rawatan tradisional

1. Rawatan tradisional adalah rawatan yang menggunakan ubat tradisional


untuk merawat penyakit.
2. Sumber ubat tradisional diperoleh daripada haiwan atau tumbuhan (herba).
3. Jadual di bawah menunjukkan beberapa jenis rawatan tradisional.

 Lendir lidah buaya dapat  Bawang putih dapat merawat  Kunyit yang ditumbuk halus
merawat penyakit kulit. tekanan darah tinggi. dapat merawat kurap.
 Madu lebah dapat melegakan  Ginseng dapat membina  Daun setawar yang ditumbuk
kesakitan pada kulit yang pertahanan badan terhadap dapat merawat bisul pada
melecur. jangkitan. badan.

▲ Bahan-bahan yang digunakan dalam rawatan tradisional

Bahaya rawatan tanpa pengawasan dan preskripsi doktor

1. Antibiotik seperti penisilin hanya boleh diambil


atas pengawasan dan preskripsi doktor.
2. Seseorang yang alergi kepada antibiotik mungkin menghadapi ancaman
nyawa.
3. Antibiotik yang diberi oleh doktor perlu dihabiskan dalam masa yang
ditetapkan untuk membunuh semua bakteria penyebab penyakit tertentu
dalam badan.
4. Jika tidak, bakteria yang masih hidup di dalam badan akan membina daya
ketahanan terhadap antibiotik tersebut. Dos antibiotik yang lebih tinggi akan
diperlukan untuk membunuh patogen yang sama. Kadang kala, antibiotik
yang sama tidak dapat lagi menyembuhkan penyakit yang sama.
5. Pengambilan ubat sintetik seperti aspirin dan parasetamol yang berlebihan
mungkin akan merosakkan organ badan seperti hati dan ginjal.

You might also like