You are on page 1of 32

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PROJEK KAJIAN TINDAKAN

Pembiayaan
Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Pendidikan

Meningkatkan Kemahiran Mencerakin Isi Dan Huraian


Dalam Penulisan Esei Dengan Menggunakan Teknik TKEM
Dalam Mata Pelajaran Pengajian Am

Oleh:

Abd Malek Bin Selamat

SMK Khir Johari,


35900 Tanjong Malim,
Perak Darul Ridzuan.

Julai 2008
PENGHARGAAN

‫رﺤﻴم‬‫ﺮﺣﻤن اﻟ‬‫ﻢ ﺁﷲ ﺁﻠ‬‫ﺒﺴ‬


‫اﻟﺴﻼﻢ ﻋﻟﻳﻜم ﻮﺮﺣﻣﺔ اﷲ ﻮﺑرﻜﺎﺗﻪ‬

S
etinggi kesyukuran saya rafa’kan kepada Allah S.W.T. kerana dengan izin-Nya
kajian ini dapat disempurnakan walaupun melalui proses ‘dingin beku’ yang agak
panjang.. Penghasilan Kajian Tindakan ini merupakan sebahagian sumbangan
pendidik dalam merealisasian slogan guru adalah seorang penyelidik di sekolah.

Setinggi terima kasih kepada Pn.Hajah Noraini binti Haji Yeub Sidi, Tuan Pengetua
SMK Khir Johari, Tanjong Malim kerana memberikan sokongan dan dokongan yang
padu kepada guru-guru yang terlibat dalam menjayakan program ini. ‘Hutang budi
dibawa mati’.

Terima kasih juga kepada Pengerusi Unit Kajian Tindakan Sekolah terutamanya En.
Sivanesan a/l Palaniapa Pillai (juga Jurulatih Utama Kajian Tindakan Negeri Perak)
kerana tidak jemu-jemu ‘meniupkan’ semangat kepada saya untuk menyudahkan kajian
ini kerana adakalanya semangat saya terlalu malap dan hampir padam.

Terima kasih juga kepada anak-anak didik tingkatan 6 Atas Waja kerana sudi memberi
kerjasama yang sangat tinggi sebagai sampel kajian ini. .

Terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan kepada saya dalam
menjayakan program ini sama ada secara langsung atau tidak secara langsung.

Sesungguhnya tiada apa yang mampu dihulurkan melainkan ucapan terima kasih semoga
ia akan mendapat setinggi-tinggi ganjaran di sisi Tuhan.

Terima kasih

‫ﻮاﻟﺴﻼﻢ ﻋﻟﻳﻜم ﻮﺮﺣﻣﺔ اﷲ ﻮﺑرﻜﺎﺗﻪ‬


ABD.MALEK BIN SELAMAT
SMK Khir Johari, 35900 Tanjong Malim.

25 JUN 2008

i
ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengatasi masalah para pelajar tingkatan 6 Atas Waja yang
didapati tidak dapat menghasilkan esei yang baik dalam mata pelajaran Pengajian Am
lantaran kesukaran untuk membezakan antara isi dan huraian. Dalam kebanyakan kes
para pelajar meletakkan isi bercampur dengan huraian.Justeru, teknik Konstruk Efektif
Minda (TKEM) yang menggunakan prinsip-prinsip asas kaedah pembelajaran
konstruktivisme digunakan dalam menangani masalah tersebut. Teknik tersebut
melibatkan dua aktiviti utama; iaitu perbincangan dalam kumpulan secara
konstruktivisme serta penggunaan borang TKEM pada penghujung sesi perbincangan
tersebut. Kajan ini mendapati, melalui TKEM didapati para pelajar dapat meningkatkan
keupayaan mereka untuk memisahkan isi dengan huraian dengan baik. Selain daripada itu
ia juga dapat mengasah daya pemikira para pelajar agar lebih kritis dan analitis.

ii
KANDUNGAN Muka Surat

Penghargaan i
Abstrak ii
Kandungan iii
Senarai Rajah, Jadual dan Gambar v

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU 1

2.0 FOKUS KAJIAN 3

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


3.1 Objektif Umum 4
3.2 Objektif Khusus 4

4.0 KUMPULAN SASAR 5

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 6


5.1 Tinjauan Masalah 6
5.2 Analisis Tinjauan Masalah 6
5.3 Tindakan Yang Dijalankan 7
5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Perhatian/ Penilaian 11
5.4.1 Pelaksanaan Aktiviti 1 11
I. Pemerhatian 11
II Refleksi 13

5.4.2 Pelaksanaan Aktiviti 2 15


I. Pemerhatian 15
II. Refleksi 17
5.5 Refleksi Kajian 20
I. Penilaian Pencapaian Murid 20
II. Rumusan Pemerhatian Aktiviti-Aktiviti Yang Dijalankan 21
III. Refleksi Tentang Proses Pengajaran dan Pembelajaran
23
Yang Dijalankan Secara Keseluruhan

6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA 24

BIBLIOGRAFI 25

LAMPIRAN

iii
SENARAI JADUAL, RAJAH DAN GAMBAR

SENARAI JADUAL
Jadual 1 Skema Pemarkahan Kertas Pengajian Am 900/2 3
Jadual 2 Data Bilangan Pencapaian Para Pelajar Semasa 13
Aktiviti 1
Jadual 3 Data Pencapaian Para Pelajar Semasa Aktiviti 2 17
Jadual 4 Data Perbandingan Pencapaian Pelajar Dalam Aktiviti 20
1 Dan Aktiviti 2

SENARAI RAJAH
Rajah 1 Konsep Teknik Kontruk Efektif Minda 10

SENARAI GAMBAR
Gambar 1 Contoh Jawapan Aktiviti 1 14
Gambar 2 Contoh Kerja Pelajar Menggunakan Borang TKEM 19
Gambar 3 Contoh Jawapan Pelajar Dalam Aktiviti 2 19

iv
1.0 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu

Mata pelajaran Pengajian Am merupakan nadi kepada Sijil Tinggi Persekolahan

Malaysia (STPM)! Hakikat tersebut telah diketahui oleh para pelajar tingkatan

enam. Mata pelajaran tersebut berstatus wajib dipelajari dan diambil dalam

peperiksaan STPM. Malah kelulusan pada peringkat prinsipal atau Nilai Gred

Mata Pelajaran (NGMP) 2.0 diperlukan bagi melayakkan seseorang calon

memohon memasuki institusi pengajian tinggi yang menggunakan STPM. Hal ini

bermaksud sekiranya seseorang calon itu tidak mencapai kelulusan tersebut,

maka mereka tidak layak memohon ke pusat pengajian tinggi walaupun

pencapaian mata-mata pelajaran lain berada pada tahap cemerlang!

Ada kalanya status-quo mata pelajaran tersebut berperanan sebagai ‘ancaman’

kepada mereka yang kelihatan lalai atau kurang berkemampuan

mempersembahkan jawapan yang terbaik dalam peperiksaan, ataupun

sebaliknya sebagai penggerak atau pendorong agar jangan lalai atau leka

apatah lagi menidakkan kepentingan mata pelajaran tersebut. Para pelajar perlu

sedar bahawa mereka berhadapan dengan misi ’hidup atau mati’ untuk

memastikan bahawa matlamat mereka ke menara gading tidak dihalang dengan

kegagalan mereka mendapat keputusan yang sepatutnya dalam mata pelajaran

Pengajian Am.

Walau bagaimanapun, kesedaran sahaja tidak memadai untuk memastikan para

pelajr beroleh kejayaan dalam peperiksaan. Justeru, kemahiran yang

1
secukupnya perlu dikuasai bagi membolehkan jawapan yang mantap dihasilkan

sewaktu menjawab soalan dalam peperiksaan.

Sepanjang lima tahun mengajar mata pelajaran Pengajian Am (Kertas 2, 900/2),

saya melihat para pelajar sangat bermasalah dalam menjawab Bahagian A dan

B. Bahagian A ialah esei laras sastera, manakala bahagian B ialah laras sains.

Apa yang sangat menggusarkan saya ialah, kedua-dua bahagian ini

memperuntukkan sejumlah 50 markah! (25 markah untuk setiap bahagian).

Seandainya para pelajar tidak dapat menguasai teknik menjawab dengan baik

untuk kedua-dua bahagian ini maka peluangnya untuk memperoleh kelulusan

yang baik dalam Pengajian Am secara keseluruhannya sangatlah tipis.

Melalui pengamatan saya, kelemahan para pelajar yang paling ketara ialah

ketidakupayaan para pelajar menentukan dan membezakan antara isi dan

huraian sewaktu menulis esei. Sebagai contoh, dalam sesuatu perenggan ada

kalanya tiada isi diutarakan oleh para pelajar. Apa yang ditulis hanyalah huraian

semata-mata. Hal yang sedimikian sudah pasti akan merugikan para pelajar.

Darjah kerisauan saya kian meningkat apabila memikirkan bahawa untuk

memperoleh markah yang baik seseorang pelajar mesti mengemukakan empat

isi yang membawa 4 markah. Jika seseorang relajar hanya mampu

mengemukakan huraian semata-mata maka sia-sia sahajalah segala-galanya.

Meraka hanya memperoleh satu markah bahasa sahaja.

2
Perkara Markah
Isi (4 x 1 markah) 4
Huraian (4 x 3 markah) 12
Bahasa 5
Impak 4
JUMLAH 25
Jadual 1: Skema pemarkahan Kertas Pengajian Am 900/2

2.0 Fokus Kajian

Fokus utama Kajian ini adalah untuk membimbing para pelajar saya untuk

membina isi yang berkualiti bagi menghasilan sebuah esei yang baik dalam mata

pelajaran Pengajian Am tingkatan enam. Namun begitu bukanlah pula bermakna

para pelajar didedahkan teknik baru dalam penghasilan esei. Apa yang

sebenarnya dijalankan adalah pengubahsuaian huraian yang telah dikemukakan

oleh para pelajar.

Para pelajar perlu sedar bahawa apa yang mereka fikir semasa mula menulis

esei sebenarnya bukan isi. Mereka perlu melakukan satu lagi tindakan lain untuk

mengolah huraian tersebut bagi menghasilkan sebuah isi.

Fokus kedua (sebenarnya langkah pertama) pula ialah untuk melaksanakan satu

aktiviti membina isi melalui teknik berfikir yang didasarkan kepada pendekatan

konstruktivisme. Proses ini berlaku semasa para pelajar cuba melakukan

mengubahsuaian huraian yang telah dikemukakan bagi menghasilkan isi yang

diperlukan.

3
Teknik tersebut saya namakan sebagai Teknik Konstruksi Efektif Minda (TKEM).

Teknik ini menekankan aspek pemikiran secara konstruktif dalam mencerakinkan

antara isi dan huraian.

3.0 Objektif Kajian

3.1 Objektif Am

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar

dalam penghasilan esei bagi mata pelajaran Pengajian Am Kertas 2

(900/2). Hal ini sekali gus diharap akan meningkatkan keputusan bagi

mata pelajaran Pengajian Am secara keseluruhannya dalam

peperiksaan STPM.

3.2 Objektif Khusus

Pada akhir kajian diharapkan;

I. Saya dapat mengenal pasti punca kelemahan para pelajar dalam

proses membina esei dalam mata pelajaran Pengajian Am.

II. Para pelajar dapat mengenal prinsip-prinsip asas pembinaan isi

dan huraian,

4
III. Para pelajar dapat mengenal pasti isi dan huraian dalam

sesebuah perenggan esei,

IV. Para pelajar menghasilkan esei yang mantap dalam

persembahan isi dan huraiannya

V. Saya dapat melaksanakan satu kajian berasaskan konsep Teknik

Kunstruk Efektif Minda (TKEM) dalam proses penghasilan esei

4.0 Kumpulan Sasaran

4.1 Untuk tujuan kajian ini, seramai 32 orang pelajar tingkatan 6 Atas

Waja dipilih. Mereka terdiri daripada sembilan orang pelajar lelaki dan

dua puluh tiga pelajar perempuan.

4.2 Saya mempunyai akses yang mudah kepada para pelajar kerana

saya mengajar mata pelajaran Pengajian Am Kertas 2 (900/2) dalam

kelas tersebut. Saya mengajar sebanyak empat kali seminggu yang

merangkumi sebanyak 140 minit seminggu.

4.3 Bilangan sampel seramai 32 orang sangat penting bagi menjadikan

data yang diperoleh akan lebih berwibawa. Lebih-lebih lagi kajian ini

turut melibatkan paradigma kajian secara kuantitatif yang

menekankan N=30.

5
5.0 Pelaksanaan Kajian

5.1 Tinjauan Masalah

Masalah kegagalan para pelajar menghasilkan sebuah esei yang baik,

cukup isi-isinya serta dihuraikan dengan baik telah lama dilihat. Ia bermula

sejak para pelajar berada dalam tingkatan enam rendah lagi. Namun,

tidak pula dijalankan sebarang kajian secara serius pada masa itu.

Umpamanya dalam latihan-latihan esei yang saya berikan turut

menyerlahkan lagi permasalahan ini. Sebahagian besar pelajar hanya

memperoleh satu dan dua isi sahaja. Selebihnya hanya huraian semata-

mata!

Fenomena tersebut semakin jelas dalam peperiksaan akhir tahun 2007,

pencapaian mereka kurang memberangsangkan. Rata-ratanya

memperoleh markah yang rendah dalam bahagaian A (laras sastera) dan

B (laras sains).

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Sememangnya tiada data yang konkrit bagi menyokong dakwaan saya ini

melainkan pemerhatian saya semasa proses pengajaran dan

pembelajaran.

6
Pada pandangan dan pengamatan saya, fenomena tersebut bukan

masalah individu. Malah, berani saya tegaskan di sini ia sebenarnya

masalah kelas. Buktinya apabila mereka dibenarkan berbincang dalam

kumpulan dan selepas sesi perbincangan tersebut mereka diarahkan pula

menghasilkan sebuah perenggan esei berdasarkan isi yang mereka

perolehi. Mereka akan memulakan ayat dengan aspek huraian terlebih

dahulu. Sebenarnya mereka tidak sedari, bahawa isi yang sebenar berada

dalam huraian tersebut.

Pernah juga saya bertanya kepada mereka tentang perkara tersebut.

Secara sambil lewa mereka mengatakan bahawa fenomena tersebut

berlaku kerana terlalu banyak yang mereka ingin sampaikan tetapi tidak

tahu yang mana isi dan huraian. Jadi, mereka terus menulis apa yang

mereka fikirkan tersebut.

Kesimpulannya, mereka tidak pernah secara sedar dan secara sistematik

dibimbing untuk mencari isi; mengenal pasti ciri-ciri sebuah isi yang baik

dan membezakan isi dengan huraian.

5.3 Tindakan Yang Dijalankan

Permasalahan yang berlaku pada hujung tahun 2007 itu telah mendorong

minat saya untuk membuat sedikit kajian pada tahun 2008, iaitu sewaktu

mereka berada dalam tingkatan enam atas.

7
I. Sebanyak dua sesi pengajaran dan pembelajaran bagi melihat

keberkesanan Teknik Konstruktif Efektif Minda (TKEM) dalam

mencerakin isi dan huraian dalam penulisan sebuah esei bagi

mata pelajaran Pengajian Am.

a) Aktiviti petama, saya meminta para pelajar menghasilkan

sebuah esei laras sains yang panjangnya lebih kurang 250

patah perkataan. Tajuknya “Penyumbang utama penyakit

kardiovaskular ialah arteriosklerosis iaitu gumpalan

lemak yang terkumpul dalam saluran darah. Jelaskan

punca berlaku penyakit kardiovaskular dan cadangkan

langkah pencegahan yang efektif”

b) Aktiviti kedua saya meminta para pelajar menghasilkan

sebuah esei laras sains yang panjangnya lebih kurang 250

patah perkataan. Tajuknya “Kawasan perindustrian yang

pesat dikenalpasti sebagai kawasan yang mempunyai

nilai keasidan air hujan yang tinggi disebabkan ruang

udara yang mengandungi gas beracun. Bincangkan kesan

hujan asid terhadap kehidupan dan alam sekitar”

II. Bahan-bahan yang digunakan:

a) Aktiviti 1:

• Sehelai kertas jawapan esei

8
• Soalan latihan ditulis di atas papan putih.

b) Aktiviti 2:

• Sehelai kertas jawapan esei

• Sehelai Borang TKEM

• Soalan latihan ditulis di atas papan putih.

III. Instrumen dan langkah-langkah pemerhatian

Instrumen utama kajian ialah berdasarkan model Teknik

Konstruksi Efektif Minda (TKEM). Instrumen ini mencakupi dua

aspek.

Pertama, kaedah konstruktivisme yang diaplikasi dalam

perbincanagn dalam kumpulan pelajar. Kumpulan pelajar yang

terdiri daripada empat orang akan sama-sama menghasilkan idea

secara kolektif. Penggunaan pengetahuan sedia ada secara

optimum turut diplikasi dalam perbincangan.

Kedua, borang TKEM yang digunakan oleh para pelajar sebagai

panduan dalam menyisihkan isi daripada huraian sewaktu

menghasilkan esei. Aktiviti ini merupakan langkah susulan

selepas para pelajar berjaya menghasilkan idea secara

konstruktivisme. Para pelajar akan melakukan berbincang juga

pada tahap ini.

9
Teknik
Isi Huraian Konstruk
Efektif
Umum Khusus Minda

Ringkas Panjang/ Detail

Rajah 1: Konsep Teknik Konstruk Efektif Minda

Kajian ini melibatkan teknik pemerolehan data secara kualitatif dan

kuantitatif. Data kualitatif diperoleh melalui dokumen penulisan esei

yang pelajar hasilkan semasa aktiviti 1 dan aktiviti 2.

Selain daripada itu catatan jurnal penyelidikan yang saya lakukan

turut menjadi sebahagian daripada data kualitatif. Catatan jurnal

tersebut merupakan menifestasi refleksi perasaan, pemerhatian

serta pengamatan saya sepanjang dua sesi ujian tersebut.

Manakala data kuantitatif diperoleh melalui analisis isi kandungan

esei dengan mengambil kira bilangan isi yang hadir dalam setiap

esei para pelajar semasa aktiviti penulisan esei pada peringkat pra

dan pasca ujian. Data kualitatif dianalisis menggunakan teknik

analisis dokumen. Teknik ini digunakan dalam menganalisis

kehadiran isi-isi serta huraian-huraian penting yang dibuat oleh

pelajar dalam esei mereka.

10
Manakala data kuantitatif hanya melibatkan nilai peratus pada

bilangan isi yang hadir dalam aktiviti penulisan esei pada peringkat

pra dan pasca kajian.

5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian/ Penilaian

5.4.1 Pelaksanaan Aktiviti 1

I. Pemerhatian

Aktiviti pertama dijalankan pada 25 Februari 2008 (Isnin).

Timgkatan 6 Atas Wira. Dua waktu pengajaran (70 minit). Bilangan

pelajar seramai 32 orang.

Set Induksi (3 minit). Ia bolehlah dianggap sebagai tahap

kesediaan mental para pelajar. Saya memaklumkan kepada

mereka bahawa selain daripada aktiviti tersebut merupakan aktiviti

yang biasa dilakukan, namun selebihnya ia akan digunakan dalam

kajian tindakan saya.

Langkah 1 (1 minit). Pada peringkat ini saya meminta para pelajar

berpecah mengikut kumpulan empat orang. Sebanyak lapan

kumpulan dibentuk. Saya terus mengedarkan sehelai kertas

jawapan esei setiap seorang, berbeza dengan latihan biasa iaitu

mereka akan menggunakan kertas jawapan mereka sendiri. Apa

11
yang saya ingin mereka rasa ialah, semangat untuk menghasilkan

sebuah esei yang terbaik berbanding dengan esei-esei mereka

sebelum ini.

Langkah 2 (1 minit). Selepas itu saya menulis di papan putih tajuk

esei yang perlu mereka jawab. Soalannya ialah “Penyumbang

utama penyakit kardiovaskular ialah arteriosklerosis iaitu

gumpalan lemak yang terkumpul dalam saluran darah.

Jelaskan punca berlaku penyakit kardiovaskular dan

cadangkan langkah pencegahan yang efektif”

Langkah 3 (10 minit). Seterusnya saya mengarahkan mereka

berbincang dalam kumpulan selama sepuluh minit bagi mengenal

pasti isi-isi penting bagi esei tersebut. Teknik TKEM digunakan

dalam aktiviti perbincangan tersebut. Iaitu, tanpa bantuan sebarang

bahan dan tanpa bantuan idea daripada guru, mereka melakukan

perbincangan. Mereka menggunakan seratus peratus maklumat

sedia ada dalam ahli kumpulan. Isi yang telah dikumpulkan ditulis

dalam kertas kosong untuk dibentangkan.

Langkah 4 (10 minit). Sesi pembentangan dan soal jawab. Dalam

sesi ini setiap kumpulan akan membentangkan dapatan dengan

menyatakan isi dan huraian. Tidak semua kumpulan terlibat kerana

kekangan masa. Mana-mana kumpulan yang mendapati isinya

12
sama dengan isi kumpulan yang terdahulu tidak perlu

membentangkan hasil dapatan mereka.

Langkah 5 (40 minit). Dalam tahap ini para pelajar diminta

menghasilkan sebuah esei secara individu. Rasionalnya mengapa

mereka berbincang dalam kumpulan, tetapi menghasilkan esei

secara individu kerana saya ingin melihat sama ada masalah yang

saya lihat sebelum ini iaitu masalah kesukaran mencerakinkan isi

dan huraian itu bersifat individu atau sebenarnya masalah para

pelajar dalam kelas tersebut.

Penutup (5 minit). Saya mengumpulkan hasil penulisan tersebut

untuk dianalisis.

II. Refleksi

Setelah esei pelajar dalam aktiviti 1 dianalisis, hasilnya adalah

seperti yang dijelaskan dalam jadual di bawah.

Bilangan Isi Jumlah %


4 4 12.50
3 1 3.13
2 19 59.38
1 8 25.00
JUMLAH 32 100
Jadual 2: Data Bilangan Pencapaian Para Pelajar Semasa Aktiviti 1

13
Kerisauan saya ada asasnya apabila sebanyak 84.38% pelajar

hanya mampu menghasilkan satu dan dua isi. Manakala hanya

15.62% pelajar yang mampu memperoleh tiga dan empat isi.

Berdasarkan data di atas, taburan isi yang paling banyak ialah

pada dua isi iaitu sebanyak 59.38%. Manakala bilangan tiga dan

empat isi hanya mewakili 15.63%. Hal ini mencerminkan prestasi

yang kurang memberangsangkan.

Gambar 1: Contoh Jawapan Aktiviti 1

Berdasarkan contoh di atas, jelas sekali pelajar tersebut tidak

dapat menyatakan isi dengan baik.

14
“Demi mengatasi isu keganasan terhadap wanita, pelbagai langkah
harus diambil. Antaranya langkah-langkah yang wajar dilaksanakan
adalah mengadakan program yang menjurus kepada persediaan
sebelum berkahwin,…

Sepatutnya jawapan pelajar sebegini;

“Untuk mengatasi masalah keganasan rumah tangga, pihak


berkuasa perlu mengadakan kursus-kursus pra perkahwinan
secara berkesan…

Bertitik tolak daripada keadaan tersebut sesuatu usaha perlu saya

lakukan. Semasa dalam proses pencarian tersebut, saya

berpendapat perlunya satu teknik pencerakinan isi dan huraian

yang lebih sistematik dan konkrit dihasilkan.

5.4.2 Pelaksanaan Aktiviti 2

I. Pemerhatian

Aktiviti kedua dijalankan pada 17 Mac 2008 (Isnin). Tingkatan 6

Atas Wira. Dua waktu pengajaran (70 minit). Bilangan pelajar

seramai 25 orang (seramai empat orang tidak hadir dan tiga orang

tidak menghantar esei mereka)

Set Induksi (3 minit). Ia bolehlah dianggap sebagai tahap

kesediaan mental para pelajar. Seperti dalam aktiviti 1, saya

memaklumkan kepada mereka bahawa selain daripada aktiviti

tersebut merupakan aktiviti yang biasa dilakukan, namun

selebihnya ia akan digunakan dalam kajian tindakan saya.

15
Langkah 1 (1 minit). Pada peringkat ini saya meminta para pelajar

berpecah mengikut kumpulan empat orang. Sebanyak enam

kumpulan dibentuk. Pada aktiviti kali ini saya mengedarkan sehelai

borang yang saya namakan ”Borang TKEM” untuk setiap kumpulan

dan sehelai kertas jawapan esei setiap seorang, berbeza dengan

aktiviti sebelum ini yang hanya dibekalkan kertas jawapan esei.

Langkah 2 (1 minit). Selepas itu saya menulis di papan putih tajuk

esei yang perlu mereka jawab. Soalannya ialah “Kawasan

perindustrian yang pesat dikenalpasti sebagai kawasan yang

mempunyai nilai keasidan air hujan yang tinggi disebabkan

ruang udara yang mengandungi gas beracun. Bincangkan

kesan hujan asid terhadap kehidupan dan alam sekitar”

Langkah 3 (10 minit). Seterusnya saya mengarahkan mereka

berbincang dalam kumpulan selama sepuluh minit bagi mengenal

pasti isi-isi penting bagi esei tersebut. Sama dalam aktiviti 1, teknik

TKEM digunakan dalam aktiviti perbincangan tersebut. Iaitu, tanpa

bantuan sebarang bahan dan tanpa bantuan idea daripada guru,

mereka melakukan perbincangan. Mereka menggunakan seratus

peratus maklumat sedia ada dalam ahli kumpulan. Tetapi pada kali

ini mereka dikehendaki memindahkan hasil perbincangan tersebut

ke dalam Borang TKEM.

16
Langkah 4 (10 minit). Sesi pembentangan dan soal jawab. Dalam

sesi ini setiap kumpulan akan membentangkan dapatan dengan

menyatakan isi dan huraian. Tidak semua kumpulan terlibat kerana

kekangan masa. Mana-mana kumpulan yang mendapati isinya

sama dengan isi kumpulan yang terdahulu tidak perlu

membentangkan hasil dapatan mereka.

Langkah 5 (40 minit). Dalam tahap ini para pelajar diminta

menghasilkan sebuah esei secara individu. Rasionalnya mengapa

mereka berbincang dalam kumpulan, tetapi menghasilkan esei

secara individu kerana saya ingin melihat sama ada masalah yang

saya lihat dalam aktiviti 1 iaitu masalah kesukaran mencerakinkan

isi dan huraian dapat diatasi.

Penutup (5 minit). Saya mengumpulkan hasil penulisan tersebut

untuk dianalisis.

II. Refleksi

Setelah esei pelajar dalam aktiviti 2 dianalisis, hasilnya adalah

seperti yang dijelaskan dalam jadual di bawah.

17
Bilangan Isi Jumlah %
4 12 48.00
3 5 20.00
2 3 12.00
1 5 20.00
JUMLAH 25 100
Jadual 3: Data Pencapaian relajar dalam aktiviti 2

Berdasarkan jadual di atas, seramai 12 orang atau 68%

memperoleh empat dan tiga isi dalam esei mereka. Ia merupakan

angka yang sangat besar. Manakala hanya lapan orang relajar

sahaja yang memperoleh satu dan dua isi iaitu mewakili sejumlah

32% sahaja. Sudah pasti ia menggambarkan status yang sangat

membanggakan.

Pada hemat saya, hal tersebut berlaku disebabkan penggunaan

borang TKEM. Ia dilihat sangat efektif kerana para pelajar telah

’dipaksa’ untuk mengikut satau peraturan baru iaitu mengisi borang

TKEM pada waktu akhir perbincangan bagi memastikan isi dan

huraian dicerakinkan secara sedar oleh para pelajar.

Oleh yang demikian, tiada sebab para pelajar terlupa atau tidak

tahu mana satu isi dan huraian. Hal ini kerana dalam borang

tersebut sememangnya dengan jelas mengasingkan antara isi dan

huraian.

18
Gambar 2: Contoh Kerja Pelajar Menggunakan Borang TKEM

Gambar 3: Contoh Jawapan Pelajar Dalam Aktiviti 2

19
Berdasarkan contoh jawapan pelajar di atas, jelas bahawa para

pelajar telah berupaya menetapkan isi alam jawapan mereka. Ayat

pertama bagi setiap perenggan merupakan isi. Contohnya

“Hujan asid membawa kesan buruk kepada ekosistem..”

Manakala contoh yang lain,

“Gangguan kesihatan juga merupakan kesan daripada hujan

asid”

5.5 Refleksi Kajian

I. Penilaian Pencapaian Murid

Melalui dua aktiviti yang dijalankan, secara umumnya pencapaian para

pelajar amat memberangsangkan. Hal ini dapat dilihat melalui data

berikut.

Bilangan 25/02/2008 17/03/2008 Perbezaan


Isi Bil % Bil % %
4 4 12.50 12 48.00 284.00
3 1 3.13 5 20.00 538.00
2 19 59.38 3 12.00 -79.79
1 8 25.00 5 20.00 -20.00
JUMLAH 32 100 25 100 0.00

Jadual 4: Data Perbandingan Pencapaian Pelajar Dalam Aktiviti 1


Dan Aktiviti 2

20
Berdasarkan jadual di atas apa yang sangat jelas ialah bilangan pelajar

yang berjaya mendapat 3 dan 4 isi mencakupi sejumlah 68% orang. Iaitu

peningkatan sebanyak 284.00% (4 isi) dan bagi 3 isi meningkat sebanyak

538.00%. Ia merupakan suatu peningkatan yang sangat-sangat

menggalakkan.

Manakala jumlah yang mendapat 1 dan 2 isi telah menurun dengan

ketara. Bilangan pelajar yang mendapat 2 isi menurun 79.79% manakala

1 isi pula menurun 20.00%.

II.Rumusan Pemerhatian Aktiviti-Aktiviti Yang Dijalankan

Apa yang saya lakukan dalam aktiviti 1, sebenarnya tidak banyak

membantu para pelajar dalam proses mencerakinkan isi dan huraian

walaupun dengan menggunakan aktiviti perbincangan secara TKEM.

Berdasarkan kepada skrip jawapan, para pelajar masih lagi memulakan

sesuatu perenggan jawapan dengan menggunakan ayat-ayat huraian.

Masih belum lagi ketara dalam kalangan pelajar memulakan ayat pertama

dengan ringkas dan padat kerana itu adalah sifat utama sesebuah isi.

Berbanding dengan aktiviti 2, pelajar kelihatan lebih serius melakukan

perbincangan. Hal ini terjadi kerana, para pelajar terpaksa melakukan

perbincangan sesama mereka sahaja. Mereka sudah faham bahawa saya

tidak campur tangan langsung dalam perbincangan tersebut. Walaupun

21
ada kalanya para pelajar cuba juga meminta ’talian hayat’ kepada saya

bagi membantu mereka tetapi saya menolaknya. Sebaliknya saya hanya

memberikan dorongan kepada mereka agar terus berusaha

berbincangandengan rakan-rakan serta gunakan pengetahuan sedia ada

yang masing-masing ada.

Selain daripada itu, perbincangan nampak lebih fokus kerana mereka tahu

apa yang perlu mereka lakukan bagi melengkapkan sesi perbincangan

tersebut iaitu dengan melengkapkan borang TKEM. Justeru, mereka

bersama-sama mengenal pasti isi-isi penting daripada maklumat yang

mereka peroleh semasa perbincangan tersebut.

Sesi pembentangan sememangnya perlu dilaksanakan kerana mereka

telah merasakan ada beberapa perbezaan ditemui semasa proses

perbincangan tersebut. Justeru semasa sesi pembentangan menjadi lebih

menarik dalam proses pengubahsuaian tersebut.

Saya sangat gembira apabila melihat hasil analisis esei yang saya

lakukan. 68.00% para pelajar saya telah mendapat tiga dan empat isi

dalam esei masing-masing. Hal ini menunjukkan teknik TKEM yang saya

laksanakan tersebut telah menghasilkan sesuatu yang sangat signifikan

dalam kajian ini.

Berdasarkan Borang TKEM pula ia sangat jelas memberi manfaat kepada

para pelajar. Melalui borang tersebut, para pelajar dikehendaki mengisi

ruang bahagian huraian terlebih dahulu. Selepas itu para pelajar diminta

22
mengenal pasti apakah maklumat yang sesuai untuk dijadikan sebagai isi.

Justeru melalui borang tersebut ada aktiviti yang konkrit untuk mereka

lakukan malah mereka berpeluang untuk menyemak huraian yang mereka

biasa kemukakan bagi mencerakinkan antara isi dan huraian.

Cuma apa yang saya agak sedih ialah bilangan plajar yang hadir pada

hari tersebut tidak seramai sebelumnya. Hanya 25 orang sahaja yang

menjawab esei pada fasa pasca ujian tersebut. Setelah disiasat, seramai

empat orang tidak hadir dan tiga orang lagi tidak menghantar esei

mereka.

Seperkara lagi yang tidak menggembirakan saya ialah, prestasi

penghasilan isi yang baik tidak menyumbang kepada pencapaian markah

yang tinggi dalam ujian tersebut. Hal ini kerana para pelajar gagal

memahami kehendak soalan yang sebenar.

III.Refleksi Tentang Proses Pengajaran dan Pembelajaran Yang telah

Dijalankan Secara Keseluruhan

Secara keseluruhannya saya sangat berpuas hati dengan kajian ini.

Sebenarnya saya tidak menjangka begitu tinggi sekali pencapaian para

pelajar dalam konteks kajian saya ini.

23
Ia sekali gus menjelskan telahan yang saya luahkan pada akhir tahun

lepas sewaktu para pelajar masih berada di tingkatan enam rendah

sememangnya ada asasnya.

Mereka sememangnya memerlukan satu aktiviti yang konkrit bagi

membolehkan mereka secara sedar mencerakinkan isi dan huraian.

6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya

Kajian penggunaan TKEM dalam mata pelajaran Pengajian Am ini dilihat

dapat membantu para pelajar dalam menghasilkan esei yang baik dalam

mata pelajaran Pengajian Am. Walaupun tiada jaminan yang tuntas tentang

keberkesanan teknik ini, namun saya berasa yakin ia sangat bermanfaat

kepada sebilangan pelajar yang memerlukannya.

Semasa melaksanakan kajian, ada beberapa cadangan yang timbul.

Umpamanya satu kemahiran lain yang perlu dikuasai ialah teknik

menganalisis soalan. Hal ini kerana ada di kalangan pelajar yang bermasalah

dalam menganalisis soalan. Maksudnya, ada para pelajar yang tidak tahu

mengenal pasti kehendak soalan.

Kesimpulannya, teknik TKEM ini secara umumnya dapat menjadikan para

pelajar kritis tentang apa yang mereka fikir. Selain daripada itu para pelajar

juga dapat mengenal pasti dengan jelas bagaimana hendak membezakan

antara isi dan huraian dalam penulisan sesebuah esei.

24
BIBLIOGRAFI

Abd Malek Selamat (2004). Pembelajaran Untuk Kefahaman: Kajian


Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah Menggunakan Teori
Pembelajaran Konstruktivisme. Tesis Sarjana (Tidak diterbitkan). Tanjong
Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Majlis Peperiksaan Malaysia .Pekeliling JPA.(SULIT) 324/1/1-3/(49). Diperoleh


daripada: http://www.mpm.gov.my pada 25 Jun 2008

25
LAMPIRAN

Para pelajar sedang melakukan perbincangan

Sesi pembentangan TKEM

You might also like