You are on page 1of 11

1

Masyarakat Cina Dan Pembentukan Negara Bangsa 1946-1967

Pendahuluan

Pembentukan negara bangsa merupakan satu agenda yang penting di negara dunia ketiga
selepas Perang Dunia Kedua dan senario tersebut turut melanda Asia Tenggara yang
dibelenggu dengan pelbagai permasalahan yang diwarisi dari era kolonialisasi Barat.
Persoalan-persoalan yang berkaitan dengan identiti serta polisi negara, dasar serta struktur
pentadbiran serta sistem ekonomi dan pertahanan sering merencatkan usaha negara-negara
berkenaan dalam usaha membina satu identiti serta jata diri yang merdeka. Ia dibebankan lagi
dengan kewujudan masyarakat pluralisasi yang mempunyai identiti, budaya, agama serta
kepentingan yang berbeza. Lantaran itu proses pembentukan negara bangsa dilihat sebagai
satu proses yang berterusan dan ia merupakan usaha dalam mencari satu titik pertemuan di
kalangan penduduk yang pembent etnik bagi menjamin kestabilan serta masa hadapan
negara yang dimiliki bersama.

Menurut Smith ( 2000 ), pembentukan negara bangsa meliputi dua elemen yang
penting iaitu pembentukan negara dan pembentukan bangsa. Dalam usaha membentuk
sebuah negara bangsa, aspek-aspek seperti struktur politik, sistem politik, sistem ekonomi,
soal-soal pentadbiran, penetapan sempadan serta kawasan di bawah lingkungan kuasanya,
pertahanan serta keselamatan dalan negara perlu diberi keutamaan. Manakala dalam proses
membina bangsa, satu titik persamaan perlu dicari dalam aspek kerakyatan, budaya
kebangsaan, bahasa dan pendidikan perlu diusahakan agar negara bangsa yang dibina itu
memenuhi aspirasi serta kehendak semua rakyatnya.

Persoalan negara bangsa dan bangsa Malaysia menarik perhatian pelbagai pihak
selepas bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad
mengemukakannya pada tahun 1991. Dalam ulasannya terhadap Wawasan 2020, beliau
menegaskan bahawa dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun
2020, kita perlu berusaha ke arah membentuk sebuah masyarakat yang liberal dan bertolak
ansur tetapi pada masa yang sama bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan pegangan
agama masing-masing. Walaupun begitu, rakyat Malaysia perlu meletakkan kesetiaan yang
tidak berbelah bagi kepada negara.
2

Reaksi masyarakat terhadap konsep negara bangsa mahupun bangsa Malaysia kerap
menimbulkan pelbagai perbahasan yang menarik. Ada yang memberikan pandangan yang
positif dan membina walaupun tidak kurang yang melihatnya secara prejudis. Pada
umumnya, orang Melayu menerima konsep negara bangsa dengan penuh prejudis kerana ia
sering dikaitkan dengan konsep ‘Malaysian-Malaysia’ yang diilhamkan oleh Lee Kuan Yew
dan diperjuangkan oleh Parti Tindakan Demokratik ( DAP ) sehingga ke hari ini. Di mana
asas perjuangannya yang menekankan persamaan hak politik, ekonomi serta sosial dikhuatiri
akan mengancam kedudukan serta hak keistimewaan orang Melayu serta kaum bumiputera
yang lain. Oleh itu, konsep Bangsa Malaysia yang diusahakan itu dilihat perlu selari dengan
perlembagaan negara yang mempunyai beberapa peruntukan khusus dalam melindungi status
serta kepentingan orang Melayu. Ini seterusnya membawa kepada cadangan bahawa
pembentukan negara bangsa perlu selaras dengan perlembagaan negara yang secara jelas
memperuntukkan beberapa keistimewaan kepada orang Melayu dan ia seharusnya tidak boleh
dipertikai atau dipinda tanpa persetujuan 2/3 ahli parlimen serta perlu mendapat keizinan
Majlis Raja-Raja Melayu. Perkara-Perkara yang termaktub dalam fasa 153 yang menyentuh
kedudukan serta kebesaran Raja-Raja Melayu, hak keisitmewaan orang Melayu, agama Islam
serta peranan Bahasa Malaysia bahasa kebangsaan perlu dihormati ( Utusan Malaysia. 17
Oktober 2008 ). Ia penting bagi memastikan asas pembentukan negara terpelihara dan tidak
menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat jelata.

Namun begitu, di pihak lain pula terutamanya dari masyarakat Cina memberi
sambutan yang agak menggalakkan. Mereka melihat pembinaan negara bangsa sebagai satu
perkembangan yang positif ke arah mengakui hak mereka sebagai warganegara yang
mempunyai status yang sama. Ini seterusnya akan membawa kepada pembinaan sebuah
bangsa baru dengan meninggalkan perbezaan etnik yang sedia ada. Walaupun begitu, masih
wujud kegelisihan di kalangan masyarakat itu bahawa akan berlaku satu proses asimilasi
yang bakal menghapuskan jati diri mereka.

Dalam mengulas Gagasan Bangsa Malaysia, Timbalan Perdana Menteri Malaysia


Datuk Seri Najib Razak yakin usaha ke arah itu mampu menjadi kenyataan sekiranya rakyat
bersedia mengubah persepsi dan minda mereka ( Berita Harian. 26. Mei 2008). Ia bakal
menjadi kenyataan kalau semua rakyat mengenepikan soal warna kulit, agama, keturunan dan
budaya sebaliknya menekankan pentingnya kerjasama serta perpaduan demi kemajuan serta
kestabilan bersama. Sejurus menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam, Datuk Seri
3

Najib telah melancarkan program-program yang bersifat mesra rakyat dan kepekaan beliau
terhadap pelbagai masalah yang membelenggu masyarakat telah berjaya memikat hati dan
minda ramai pihak. Antara perubahan drastik yang diambil beliau ialah mengkaji semula
Akta ISA, liberalisasikan ekonomi negara, membasmi kemiskinan serta mempertingkatkan
integriti serta kecekapan jentera pentadbiran kerajaan.

Beliau turut mengilhamkan konsep ‘Satu Malaysia’ yang berteraskan slogan ‘Rakyat
Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan’. Di mana antara tujuan konsep tersebut ialah
mewujudkan satu bangsa Malaysia yang mempunyai jati diri yang kukuh serta mampu
bekerjasama dan hidup bersama dalam konteks Malaysia dan keluar dari kongkongan
perkauman. Dalam usaha merealisasikan wawasan tersebut beberapa nilai-nilai utama yang
terkandung dalam konsep ‘Satu Malaysia’ ialah penerimaan sumbangan oleh semua kaum
dan memastikan tiada yang ketinggalan dalam arus pembangunan. Di samping itu, ia turut
memberi penekanan kepada konsep meritoraksi dengan tujuan mewujudkan kesaksamaan di
kalangan rakyat serta menggalakkan persaingan yang sihat. Ia dapat dilihat dalam dasar
liberalisasikan ekonomi negara di mana DEB yang dilihat gagal memajukan taraf orang
Melayu serta tidak lagi relevan dalam era ini telah mula dirombak semula. Pada masa yang
sama, Datuk Seri Najib Razak juga mengumumkan kesediaan kerajaan mewujudkan satu
program biasiswa yang melandaskan merit semata-mata. Perancangan tersebut jelas memberi
sinar harapan kepada rakyat Malaysia yang mengidamkan satu bentuk negara yang
bercorakkan kebangsaan dan bukan berlandaskan perkauman selaras dengan impian ‘Satu
Negara, Satu Rakyat dan Satu Bangsa.’

Sejarah Pembentukan Negara Bangsa Di Malaysia

Pembentukan negara bangsa di Malaysia bukanlah sesuatu yang baru dan ia, dikatakan telah
bermula sejak era penjajahan British. Malayan Union dilihat sebagai satu kesinambungan
daripada usaha British untuk membentuk satu kesatuan Tanah Melayu yang telah bermula
pada tahun 1920 lagi. Kerajaan British telah melaksanakan langkah desentralisasi dengan
mengagihkan kuasa pusat secara berperingkat. Sir Cecil Clementi Smith yang menjadi
Pesuruhjaya Tinggi British pada tahun 1930 mempunyai agenda untuk menjadikan Tanah
Melayu sebuah negara yang bersatu. Dasar Pengagihan kuasa pusat dijadikan daya penarik
kepada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersatu untuk bergabung dengan Negeri-negeri Selat
dan Negeri-negeri Melayu Bersatu Malayan Union dilihat sebagai satu kesinambungan
daripada usaha British untuk membentuk satu kesatuan Tanah Melayu yang telah bermula
4

pada tahun 1920 lagi. Kerajaan British telah melaksanakan langkah desentralisasi dengan
mengagihkan kuasa pusat secara berperingkat. Sir Cecil Clementi Smith yang menjadi
Pesuruhjaya Tinggi British pada tahun 1930 mempunyai agenda untuk menjadikan Tanah
Melayu sebuah negara yang bersatu. Dasar Pengagihan kuasa pusat dijadikan daya penarik
kepada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersatu untuk bergabung dengan Negeri-negeri Selat
dan Negeri-negeri Melayu Bersatu ( James de V. Allen. 1967: 5 ). Walau bagaimanapun,
desentralisasi itu tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya akibat tercetusnya Perang Dunia
Kedua dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1941.

Perubahan dasar British selepas Perang Dunia Kedua dilihat sebagai titik tolak apabila
Malayan Union diperkenalkan pada tahun 1946. Di mana salah satu objektif Malayan Union
ialah mewujudkan satu bangsa Malayan yang bersatu. Ia dilaksanakan melalui dasar
kerakyatan yang liberal di mana kewarganegaraan berlandaskan prinsip ‘jus soli’ iaitu
kerakyatan berdasarkan tempat kelahiran diperkenalkan. Ini membolehkan semua warga
asing yang dilahirkan di Tanah Melayu atau Singapura serta mereka yang berusia 18 tahun ke
atas dan telah bermastautin di sana untuk tempoh 10 daripada 15 sebelum 15 Februari 1942
mendapat kerakyatan mereka secara automatik. Penentangan yang berterusan daripada orang
Melayu serta sokongan yang berbelah bagi daripada golongan imigran memaksa British
untuk menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Kompromi Inggeris – Melayu, British telah bersetuju dengan pembentukan sebuah


kerajaan pusat yang kuat dan dipertanggungjawabkan ke atas semua perkara yang penting
termasuklah soal pembangunan, kebajikan , kerakyatan dan sebagainya. Namun begitu, kuasa
serta kedaulatan raja-raja Melayu dikembalikan dan kepentingan orang Melayu terus
dilindungi oleh British. British dilihat lebih selesa untuk berunding dan menerima UMNO
daripada PUTERA atau AMCJA yang dilihat mempunyai pertalian dengan PKM yang
sentiasa memberi pelbagai masalah kepadanya. Lantaran itu, British akur dengan kehendak
orang Melayu yang menolak semua prinsip dan struktur Malayan Union. Mereka perjuangkan
sebuah kerajaan berbentuk persekutuan bagi seluruh Tanah Melayu dan menolak kerakyatan
jus soli. Di samping itu, orang Melayu turut meminta taraf negeri naungan dipulihkan dan
raja-raja Melayu menjadi ketua negeri Melayu.
5

Kemerdekaan Tanah Melayu menjelang 31 Ogos 1957 telah merancakkan lagi usaha
ke arah pembentukan negara bangsa. Permuafakatan politik yang terbentuk antara UMNO –
MCA – MIC bukan sekadar mempercepatkan lagi proses kemerdekaan tetapi telah berjaya
membentuk satu gandingan yang mantap dan terusnya menerajui negara ke satu dimensi
politik yang baru. Pembentukan Perlembangan Tanah Melayu 1957 hasil daripada tolak ansur
kaum membuktikan bahawa Tanah Melayu berada di landasan yang tepat dalam usaha
membentuk sebuah negara bangsa yang dikongsi bersama. Penggubalan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah mengambil kira pelbagai aspek yang melibatkan
kepentingan kaum yang berbeza. Suruhanjaya Reid telah dipertanggungjawabkan dalam
merangka sebuah perlembagaan baru untuk Tanah Melayu. Ia telah menerima pelbagai
pandangan, cadangan serta bantahan dari pelbagai pihak dan memberi penekanan kepada
beberapa aspek yang penting termasuklah soal kewarganegaraan, kedaulatan sultan Melayu,
kedudukan agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak keistimewaan
orang Melayu.

Proses pembentukan negara bangsa itu, tidak terhenti di situ tetapi terus dimantapkan
dengan pembentukan Malaysia pada September 1963 dengan kemasukkan Singapura, Sabah
dan Sarawak. Namun begitu, penggabungan tersebut telah membawa kepada satu
perkembangan politik yang tegang dan diwarnai oleh sentimen-sentimen perkauman yang
teramat sempit. Pemimpin PAP yang lantang memperjuangkan konsep negara ‘Malaysia-
Malaysian’ dan secara terus terang mengkritik kedudukan orang Melayu serta kuasa raja-raja
Melayu. PAP ternyata mengenepikan kontrak sosial yang telah dipersetujui sebelum ini dan
ini seterusnya mengakibatkan penyingkiran Singapura pada tahun 1965. Namun begitu,
bibit-bibit perkauman yang tercetus masih belum mampu diredakan dan pilihan raya umum
1969 yang menyaksikan kehadiran DAP dan Gerakan terus meniup sentimen perkauman
apabila meneruskan perjuangan PAP yang mendesak persamaan politik, ekonomi dan sosial
bagi semua. Senario politik negara yang tidak menentu serta sarat dengan unsur perkauman
telah mencetuskan rusuhan kaum . Ini mengakibatkan parlimen digantung dan undang-
undang darurat diisytiharkan. Tragedi berdarah itu dilihat merencatkan proses pembentukan
negara bangsa di Malaysia dan dilihat sebagai titik penolak kepada penguasaan politik orang
Melayu. Di mana hegemoni Melayu yang wujud meletakkan kedudukan orang bukan Melayu
tidak mungkin dicabar lagi. ( Thock 1994: 174 ).
6

Lantaran itu, pembentukan negara bangsa dan bangsa Malaysia dilihat sebagai satu
perjuangan yang masih belum selesai. Pelbagai persoalan yang perlu diungkai dan ia
memerlukan komitmen dari semua pihak bagi menjayakan wawasan tersebut. Ia ternyata
bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan kewujudan masyarakat majmuk dan budaya
politik perkauman yang masih mengongkong perkembangan negara. Krisis identiti serta
kepentingan peribadi pelbagai kaum sering menghantui usaha murni tersebut. Di mana
kepentingan diri serta sikap curiga antara satu masa lain dilihat kerap membantutkan usaha
pembentukan negara bangsa mahupun bangsa Malaysia. Lantaran itu, sehinggalah hari ini
ramai pihak yang beranggapan, kita hanya mampu membentuk sebuah negara Malaysia tetapi
pada hakikatnya bangsa Malaysia itu masih terlalu jauh dari realiti.

Pandangan dan Penerimaan orang Cina Terhadap Negara Bangsa

Dalam usaha menyingkap aspirasi serta perjuangan masyarakat Cina dalam negara bangsa di
Malaysia. Ciri serta budaya masyarakat Cina dipengaruhi oleh falsafah Kung Fu-Tze serta
dikaitkan dengan konsep negara bangsa. Ini penting bagi memahami sikap serta sumbangan
masyarakat Cina dalam pembentukan negara bangsa. Antara budaya masyarakat Cina yang
dilihat relevan dengan pembentukan negara bangsa adalah seperti penghayatan semangat dan
fahaman humanis, sifat keterbukaan, keutamaan keharmonian dan kepentingan bersama,
kesederhanaan dan penyesuaian diri dengan persekitaran, penekanan kepada unsur-unsur
moraliti, kemuliaan hati dan sikap berdikari dan tidak mudah berputus asa. Ia dapat dilihat
dalam beberapa kenyataan pemimpin Cina termasuklah Lim Chong Eu ( 1996:3 ) yang
menegaskan bahawa elemen dalam budaya masyarakat Cina yang memberi penekanan dalam
konsep budi perkerti yang mulia dan bersikap jujur perlu diamalkan oleh semua pihak dalam
usaha mewujudkan keharmonian dalam negara. Ia turut dipersetujui oleh Datuk Seri Ong Ka
Ting (2005 ) yang berpendapat prinsip-prinsip moraliti perlu menjadi keutamaan oleh semua
pegawai kerajaan dalam menjalankan tugas masing-masing. Ia selaras dengan pengajaran
Kung Fu-Tze yang menegaskan bahawa keutuhan sesebuah kerajaan bergantung kepada
pemimpinnya. Kepimpinan yang korup serta mengabaikan kebajikan rakyat jelata bakal
membawa bencana kepada negara.

Pandangan serta penerimaan masyarakat Cina terhadap negara bangsa akan


dibicarakan dengan mengambil kira dasar serta perjuangan parti-parti orentasi Cina seperti
MCA, Gerakan Dan DAP dalam usaha membentuk semua negara bangsa. Dasar kerajaan
yang bertujuan untuk membentuk negara bangsa telah mendapat pandangan serta reaksi yang
7

berbeza-beza daripada parti-parti berkenaan. DAP yang memperjuangkan konsep Malaysian-


Malaysia’ menekankan aspek persamaan hak politik, ekonomi serta sosial tanpa mengira
kaum. Ia melihat Malaysia sebagai sebuah negara majmuk dan sebarang layanan istimewa
kepada mana-mana kaum yang memonopoli kepentingan ekonomi serta politik sebagai satu
penindasan kepada kaum yang lain. ( Ulangtahun ke 25 DAP, 1993:10.) MCA pula
mempunyai pandangan yang agak terbuka terhadap konsep negara bangsa. Ia melihat
kewujudan masyarakat yang berbilang bangsa di Malaysia sebagai satu kekuatan bangsa.
Oleh itu, ia akan memperjuangkan keadilan, kesaksamaan serta kemajuan bagi semua kaum
di negara kita. ( MCA: The Future of Malaysia Chinese, 1988:5 ). Konsep negara bangsa bagi
parti Gerakan pula memperlihatkan wujudnya unsur-unsur akomodasi. Di mana ia
berpendapat proses pembentukan negara bangsa perlu berlaku secara sukarela tanpa
wujudnya sebarang unsur paksaan mahupun cubaan untuk asimilasikan budaya golongan
minoriti. ( Gerakan : Its History and Strunggle, Cenderamata Ulang Tahun Gerakan ke 20,
1988:24-25).

Dilema Masyarakat Cina Dalam Negara Bangsa Malaysia

Perjuangan dan tuntutan masayarakat Cina dalam negara bangsa berkisarkan kepada beberapa
persoalan yang penting iaitu persamaan hak di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira
kaum, kebudayaan masyarakat yang berbilang kaum, kedudukan serta peranan bahasa Cina
sebagai bahasa ibunda serta perkembangan sekolah-sekolah Cina. Kesemua tuntutan tersebut
disuarakan melalui memorandum oleh parti-parti politik berlandaskan orang Cina serta
dewan-dewan perniagaan Cina. Antara memorandum utama yang telah dikemukan
termasuklah Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1983) yang disuarakan oleh Pertubuhan Cina
Malaysia. Perisytiharan Bersama ( 1985 ) telah dibentangkan oleh wakil masyarakat Cina
dalam usaha untuk meraih undi orang Cina dalam pilihan raya 1986 dan tuntutan Suqiu
( 1999 ).

Politik di era pentabdiran Tun Abdul Razak telah membawa kepada pembentukan satu
Malaysia Baru dan menyaksikan perubahan ketara dalam kehidupan masyarakat tionghua. Di
mana ramai yang beranggapan ia merupakan titik tolak kepada hegemoni Melayu dalam
politik Malaysia. Kemunculan golongan elit politik Melayu khususnya dalam UMNO
menampakkan dominasi politik ketuanan Melayu dan juga menandakan kemerosotan
pengaruh MCA dalam masyarakat Cina ( Vasil 1980:206). Di samping itu, MCA juga sering
memperlihatkan sikap ambivalence di mana di satu pihak ia memberi jaminan bahawa parti
8

itu akan memperjuangkan hak serta kepentingan masayarakat Cina tetapi di pihak yang lain
pula, MCA banyak mengalah serta menyakinkan rakan utamanya UMNO bahawa tujuannya
adalah untuk memupuk perpaduan kaum ( Ting.1984:8 ). Sikap itu jelas mengecewakan
masyarakat Cina dan ia terpapar dalam sokongan mereka terhadap MCA sejak pilihan raya
yang pertama lagi. Dalam pilihan raya 1959, MAC hanya mendapat 14.7% dan ia hanya
mampu mendapat 13.5% undi dalam pilihan raya 1969 apabila parti tersebut hanya
memenangi 13 daripada 33 kerusi yang dimenanginya. Keputusan yang teruk itu
mengakibatkan MCA dikritik teruk rakannya dalam Perikatan sehingga membawa kepada
pengumuman bahawa MCA tidak lagi mewakili orang Cina dan ia tidak akan menyertai
barisan Kabinet yang bakal ditubuhkan oleh Perikatan. Golongan nasionalis Melayu dalam
UMNO telah mendesak agar MCA disingkirkan dari barisan kabinet Parti Perikatan dan
Mahathir Mohamad( Khoo Boo Teik, 1995: 22 ) menegaskan bahawa:

“ The whole idea of having the MCA in the cabinet is that the MCA represents
Chinese views. It can be seen from the last election that the MCA is not supported by
the large majority of the Chinese, so having them in the cabinet does not serve the
purpose of giving representation to the Chinese.”

Desakan itu dilihat sebagai satu percubaan oleh golongan nasionalis untuk mengubah
struktur politik dalam Parti Perikatan dan lebih cenderung ke arah dasar yang pro-Melayu dan
menjadikan UMNO sebagai tunjang kekuatan orang Melayu dalam usaha menyekat pengaruh
parti PAS yang telah berjaya menawan kerajaan negeri Kelantan

Penyertaan Gerakan serta PPP dalam Barisan Nasional gagal memperkukuhkan


kekuatan kuasa politik masyarakat Cina sebaliknya ia telah mengakibatkan masyarakat Cina
berada dalam keadaan dilema. Dari aspek politik, kegagalan MCA dan Gerakan dalam
memperjuangkan kehendak komuniti Cina mengakibatkan kedua-dua parti berkenaan gagal
memainkan peranan yang penting dalam kerajaan. Ini diakibatkan oleh kekuasaan UMNO
dalam Barisan Nasional yang telah meminggirkan politik orang Cina di negara ini ( Heng
1988: 261). Impaknya begitu ketara apabila Gerakan dan PPP mahupun MCA gagal mencapai
sepanjang keputusan yang memberansangkan dalam pilihan raya yang diadakan sejak 1969
sehinggalah 1990an. PPP yang menyertai Barisan Nasional gagal membawa perubahan sikap
para pengundi di Kinta terutamanya pengundi Cina. Hakikat ini diakui oleh SP Seenivasagam
bahawa penyertaan PPP ke dalam BN mengakibatkan kerisauan dalam parti berkenaan.
Menurut The Straits Times , SP Seenivasagam yang bertanding bagi kawasan Parlimen
Menglembu menyatakan bahawa ‘since supporting the government, I has probably lost
9

about 30 to 35% of the votes, most of them are opposition minded ( NST 23 Ogos 1974
). Kenyataan Seenivasagam itu, jelas menunjukkan bahawa, penduduk Kinta yang
majoritinya Cina mempunyai pemikiran yang pro pembangkang dan sebarang usaha untuk
mempengaruhi mereka agar untuk memihak kepada pihak kerajaan bukanlah suatu perkara
yang mudah.

Justeru itu, majoriti pengundi Cina di kawasan bandar sering memihak kepada parti
DAP. Namun begitu, pengaruh parti berkenaan pula sekadar berpengaruh di bandar-bandar
besar dan kegagalannya menawan kerusi parlimen yang banyak mahupun menguasai
sebarang kerajaan negeri mengakibatkan mengakibatkan banyak tuntutan masyarakat Cina
gagal dipenuhi. Pada masa yang sama, prestasi MCA dan Gerakan yang tidak konsisten telah
menghadkan kuasa ’tawar-menawar’ kedua-dua parti berkenaan. Ia menyebabkan kedua-
duanya bersifat subordinate dan dependent kerana terpaksa bergantung kepada restu UMNO
dalam sebarang keputusan politik yang dibuat ( Ting Chew Peh 1984: 6 ). Ia jelas dalam
pendapat bekas Presiden Gerakan, Datuk Seri Lim Keng Yek yang mengambarkan status
parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain lebih mirip sebagai pengemis berbanding
rakan seperjuangkannya UMNO( Sin Chew Daily. 12 Mei 2008 ).

Ini seterusnya telah membawa usul dari bekas Exco Pulau Pinang, Dr. Toh Kim
Woon yang berpendapat adalah lebih baik Gerakan meninggalkan Barisan Nasional sekiranya
ia gagal keluar dari kekangan UMNO ( Nanyang Siang Pau. 17. Mac 2008 ). Ia penting bagi
memastikan parti tersebut terus relevan dalam arus perkembangan politik kini yang
menyaksikan Pulau Pinang terlepas daripada cengkaman Gerakan buat kali pertamanya
selepas pilihan raya 1969. Desas desus yang hampir sama turut disuarakan dalam MCA di
mana pandangan terhadap peranannya serta penerimaan terhadap ketuanan Melayu mulai
berubah. Tanggapan Datuk Seri Dr. Ling Liong Sik bahawa ’orang Cina adalah golongan
minoriti dan seharusnya memainkan peranannya dengan tidak mengajukan tuntutan yang
berlebihan sehingga mencetuskan perasaan kurang senangnya raknnya dalam Barisan
Nasional mulai ditolak oleh pemimipin-pemimpin generasi baru dalam MCA( Thock.2008:
10 ).

Ia dapat dilihat dalam kenyataan Datuk Seri Ong Ka Ting yang menolak gagasan
ketuanan Melayu dan mendesak agar lebih banyak kebebasan diberi penganut bukan Islam
dan pembinaan sekolah Cina secara institusi dan sistematik ( Sin Chew Daily. 25 April.
2008). Lantaran itu, parti-parti komponen Cina di dalam Barisan Nasional mengharapkan
10

satu bentuk hubungan baru dan lebih seimbang dapat diwujudkan dalam Barisan Nasional
dalam usaha memenangi kepercayaan dan sokongan kaum Cina. Tuntutan yang sama turut
disuarakan oleh Datuk Ong Tee Kiat yang menyarankan agar konsep ketuanan Melayu tidak
terus dijadikan agenda politik UMNO bagi mengaut sokongan pengundi Melayu. Ini kerana
konsep tersebut jelas menimbulkan perasaan kurang senang masyarakat Melayu kerana ia
seolah-olah menunjukkan orang Melayu adalah tuan manakala kaum bukan Melayu pula
golongan yang diperintah. Ia jelas bertentangan dengan perlembagaan negara yang
menekankan persamaan hak semua kaum tanpa mengira keturunan mahupun agama. Namun
begitu, pandangan serta hasrat pemimpin-pemimpin Cina tersebut jelas mengundang
kontroversi serta kegelisahan di kalangan pemimpin UMNO mahupun ahli akademik Melayu.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Muhiyiddin Yassin menyifatkan fenomena tersebut
sebagai kemunculan kuasa politik kaum Cina dan India dan beranggapan kedudukan serta
hak serta keistimewaan orang Melayu sedang tercabar ( Mingguan Malaysia. 13 April 2008).
Isu yang sama turut diulas Dr. Zainal Kling yang mendakwa orang Melayu kini hanya
berfungsi sebagai pelengkap di beberapa buah negeri yang telah dikuasai oleh orang Cina.
Walaupun Menteri Besarnya orang Melayu tetapi mereka tiada kuasa kerana barisan Exconya
terdiri daripada bangsa lain ( Mingguan Malaysia. 4 Mei 2008 )

Penstrukturan semula negara di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak yang membawa
kepada Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan untuk membasmi kemiskinan serta menyusun
semula masyarakat dilihat gagal mencapai objektifnya. Ia dilihat lebih cenderung ke arah
memajukan masyarakat Melayu dan dasar-dasar ekonomi kawalan yang diperkenalkan
banyak membantutkan perkembangan perniagaan masyarakat tionghua. Ia dilihat
menjejaskan penguasaan ekonomi masyarakat Cina dan terlalu memihak kepada orang
Melayu. Pelaksanaan Akta Koordinasi Industri ( AKI ) pada tahun 1975 telah memberi impak
yang begitu besar terhadap masyarakat Cina ( Thock 2005:95). Di bawah akta ini, syarikat
yang mempunyai permodalan melebihi RM100,000 atau mempunyai pekerja tetap yang
melebihi 25 orang wajib memperuntukkan 30% daripada sahamnya kepada bumiputera. Di
samping itu, ia juga perlu memastikan corak penggunaan tenaga pekerja yang mencerminan
komposisi rakyat di Malaysia. Di samping itu, syarat-syarat tambahan dalam pelantikan
pengedar dan perkhidmatan profesional dari golongan bumiputera turut dikenakan apabila
permohonan untuk mengembang atau mempelbagaikan keluaran dilakukan.
11

Dari segi sosial pula, Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang diperkenalkan bagi
melahirkan jati diri bangsa Malaysia gagal mendapat sokongan masyarakat Cina. Dasar yang
dilihat bersifat asimilasi itu dikhuatiri bakal mengancam kebudayaan asal masyaraktat Cina
yang berpegang kepada prinsip ’biar mati anak jangan mati adat’. Di samping itu, soal-soal
seperti bilangan sekolah Cina, peranan bahasa Cina dalam pendidikan serta pentadbiran dan
pemilikan harta dan tanah oleh penduduk kampung baru terus menghantui komuiti Cina.

Lantaran itu, perjuangan masyarakat Cina dalam sebuah negara Malaysia milik semua
dan selaras dengan ilham Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam, Datuk Seri Najib Abdul
Razak iaitu ’ Satu Malaysia’ dilihat masih belum selesai.

You might also like