You are on page 1of 17

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

39

KESAN PROGRAM NILAM TERHADAP TABIAT MEMBAC A MENURUT PANDANGAN MURID DAN GURU
WanZahWanAH Universiti Putra Malaysia Fatimah Hashim Universiti Malaya Ismail Sheikh Ahmad Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Tamby Subahan Mohd. Meerah Universiti Kebangsaan Malaysia Sali Zaliha Mustapha Universiti Pendidikan Sultan Idris Fattawi Mokhtar Universiti Teknologi MARA Mohd Sohaimi Hashim Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

Abstrak
The NILAM (Nodi Ttmii AmaWrMembaca) TrdgfWn was launched tn all Malaysian Primary and Secondary schools in 1999. The program is aimed at instilling the reading habit among school children. It gives recognition to school children who read the most number of books in a year. After six years of implementation, several questions were raised as to the effectiveness of the program in achieving its objectives of encouraging children to read and the efforts made by the schools to inculcate the reading habit. To answer these questions, a survey was done, using stratified random sampling method, on a sample of 3738 teachers and 8010 students from selected public primary and secondary schools throughout the country. The survey was commissioned by the Educational Technology Division, Ministry of Education, Malaysia. This article presents some of the findings of the study based on analysis of questionnaire and interview data. Generally, students are positive about the success of NILAM. Some existing challenges include proper training in managing NILAM, attitudes among teachers and children, and existing facilities for developing a love for reading. However, the views differ among students from urban as opposed to rural schools. This article also discusses the implications for policy and practice.

40

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

PENGENALAN
Membaca merupakan asas penting kepada penjanaan budaya ilmu dan pembinaan tamadun manusia. Dengan membaca, manusia bagaikan mempunyai kunci untuk mencapai kesejahteraan diri, masyarakat dan negara. la dapat melengkapkan ikhtiar hidup dalam mengatasi cabaran masa kini dan masa depan. Maka tidak hairanlah kalimah Iqra' diturunkan sebagai wahyu pertama kerana membaca, menyelidik, dan berfikir adalah aktiviti membangun intelek manusia yang utama. Namun, aktiviti membaca rata-rata di dunia hari ini didapati tidak menggalakkan. Berdasarkan 1999 National Household Education Survey di Amerika Syarikat, 50% daripada populasi yang berumur 25 tahun ke atas hanya membaca surat khabar sekali seminggu, membaca satu atau dua buah majalah secara tetap dan membaca sebuah buku dalam masa 6 bulan (Eikenberry, 2005), Keadaan yang hampir sama juga wujud di China. Berdasarkan tinjauan yang dijalankan oleh China Publishing Science Research Institute di seluruh negara China pada tahun 1999, buku merupakan media keempat selepas suratkhabar dan majalah bagi rakyat China dalam mengisi masa senggang mereka. Secara umum, masa purata yang digunakan untuk membaca semakin menurun kerana masa yang ada telah diperuntukkan bagi menonton TV dan bermain permainan video atau komputer (Liu Zhiming, 2000). Terdapat banyakkajian tentang program bacaan yang telahdilaksanakan (Bamford, 1984; Boys, 1987; Dubin & Olshtain, 1977; Grellet, 1981; Hamrick, 1989; Kalb, 1986; Lupardus, 1987; Marbe, 1979; Olshtain, 1976; Susser & Robb, 1989; Tangitau, 1973; Vaughan, 1982). Walau bagaimanapun, kajian eksperimental tentang program membaca berkurangan sekali (selain daripada kajian yang dilaporkan seperti Elley & Mangubhai, 1983; Hafiz & Tudor, 1989, 1990; Hamp-Lyons, 1983; Laufer-Dvorkin, 1981; Robb & Susser, 1989; Saragi, Nation & Meister, 1978). Rata-rata kajian menunjukkan walaupun pelbagai langkah diambil dan pelbagai pedagogi diusulkan, memupuk minat membaca adalah satu aktiviti yang sangat mencabar. Kajian minat membaca di kalangan masyarakat Malaysia yang berumur 16-50 tahun oleh Atan Long dan rakan-rakan (1984) turut menunjukkan membaca bukan satu amalan harian. Daripada 20,000 responden, hampir keseluruhan menyatakan mereka tiada masa tetap membaca akhbar, majalah atau buku. Mereka menghabiskan antara setengah hingga satu jam sehari untuk membaca akhbar dan dua hingga empat jam seminggu untuk membaca majalah atau buku. Lima puluh sembilan peratus responden menyatakan sebab utama mereka tidak membaca adalah kerana mereka tidak ada masa. Apa yang menarik kajian di atas menunjukkan bahawa masalah kurang membaca bukan berpunca daripada masalah kurang kemahiran membaca tetapi berpunca daripada masalah sikap dan budaya yang tidak mengamalkan tabiat membaca dalam kehidupan seharian. Situasi ini dikenali sebagai "aliteracy" (McDuffee, 2004). McDuffee menjelaskan bahawa aliteracy ialah satu keadaan di mana seseorang itu berkeupayaan membaca tetapi tidak ambil peduli atau bosan untuk membaca sama ada untuk tujuan akademik atau pengkayaan ilmu yang akhirnya menyebabkan pembacaan mereka berkurangan setiap hari. Senario seperti ini tentunya bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Apatah lagi di saat Malaysia sedang berusaha mewujudkan masyarakat yang progresif dan berdaya

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

41

saing sejajar dengan labelnya sebagai sebuah negara maju menjelang 2020. Justeru, kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah tertentu bagi mengatasi masalah tersebut. Salah satu daripadanya ialah dengan mewujudkan Program NILAM. Program ini beranggapan bahawa cara terbaik untuk memupuk budaya membaca adalah melalui latihan dan bimbingan ketika seseorang individu itu masih kecil lagi atau dalam usia kanak-kanak. Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) adalah satu program galakan membaca yang sistematik dan berterusan sepanjang tahun bagi mencapai objektif melahirkan golongan 'avid reader' iaitu pembaca tegar yang menjadikan tabiat membaca sebagai satu tabiat yang berkekalan dalam diri mereka, Disamping itu, program anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 1998 ini bertujuan menggalakkan sekolah menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca (Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1998), Program ini dilaksanakan dengan menggabungkan pelbagai aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah-sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai kepada murid yang berjaya mengikuti program ini. Aktiviti galakan membaca yang dimaksudkan adalah seperti Projek Iqra', Program Membaca Amalan Sihat (MAS), Program Baca Untuk Tingkat Ilmu (BUKTI), Program Banyak Membaca, Khemah Membaca dan Kuiz Bestari. Aktiviti ini selalunya dilaksanakan di sekolah-sekolah mengikut kesesuaian dan kewajaran dari segi lokasi, saiz dan kemudahan di setiap negeri. Dari sudut pengiktirafan pula, Program NILAM membahagikannya kepada dua tahap. Tahap pertama ialah Jauhari dan tahap kedua ialah Rakan Pembaca. Pada Tahap Jauhari, semua aktiviti bertujuan menjurus ke arah penguasaan kemahiran membaca dan pemupukan tabiat membaca kendiri yang berterusan. Tahap Rakan Pembaca pula bertujuan memberi periekanan terhaSap kebolehan murid untuk membimbing dan menarik minat orang lain supaya suka membaca. Pada tahap ini, murid terlibat perlu melaksanakan aktiviti Rakan Pembaca seperti bercerita, bicara buku dan membaca bersama setelah diberi panduan melalui bengkel dan sesi tunjuk ajar. Program ini melibatkan semua murid Tahun Satu di sekolah rendah dan pelajar Tingkatan Satu atau Peralihan, sejak dari mula hingga tamat persekolahan. Mereka dikehendaki merekod bacaan masing-masing dan rekod bacaan ini perlu disahkan oleh guru mata pelajaran atau guru-guru lain. Setiap tahun, guru tingkatan atau sesiapa yang dilantik oleh pihak pentadbir akan mencatatkan bilangan buku dan membuat catatan ringkasan tentang bahan yang dibaca dalam buku rekod berkenaan. MaMumat ini dikumpulkan sehinggalah murid tersebut menamatkan persekolahannya sebelum pengiktirafan diberikan. Sistem merekod bacaan murid, pemarkahan dan pemberian ganjaran dikelolakan secara berpusat. Dari segi konsepnya, Program NILAM ini amat baik dan selaras dengan dasar kerajaan untuk memupuk dan membina tabiat membaca yang berterusan di kalangan masyarakat negara ini. Namun setelah enam tahun dilaksanakan, timbul persoalan tentang sejauh mana objektif untuk menyemai tabiat membaca ini tercapai. Ini disebabkan maklum balas awal daripada sekolah-sekolah melalui Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan

42

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) yang dikumpulkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan pada tahun 2003 menunjukkan bahawa peratusan murid yang menjayakan program ini berada pada tahap yang masih rendah berbanding enrolmen murid. Laporan Pencapaian Pelaksanaan Program NILAM 2003 yang dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 1/2004 pada 10 Februari 2004 pula menunjukkan bahawa jumlah murid sekolah rendah yang melibatkan diri dalam Program NILAM Tahap Jauhari ialah 1,934,280 (65.1%) daripada 2,972,887 jumlah murid. Bagi sekolah menengah pula, jumlah murid yang menyertai program ini ialah 1,189,992 (62.5%) daripada jumlah murid keseluruhannya (1,903,557). Daripada jumlah tersebut, hanya 483,710 (25.0%) murid sekolah rendah mencapai Tahap Jauhari dan 130,461 (12.0%) mencapai Tahap Rakan Pembaca. Manakala, bagi peringkat sekolah menengah pula, sejumlah 194,574 (16.4%) pelajar mencapai Tahap Jauhari dan 41,187 (5.8%) pelajar mencapai Tahap Rakan Pembaca. Justeru, pada tahun 2004, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif melaksanakan satu kajian bagi menilai secara menyeluruh proses pelaksanaan dan tahap pencapaian matlamat program NILAM. Maklumat ini adalah penting kepada semua pihak dalam merancang dan melaksanakan tindakan penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan Program NILAM. Skop kajian keberkesanan program NILAM ini melibatkan lima persoalan utama tetapi bagi tujuan penulisan kertas kerja ini, hanya persoalan sejauhmana program NILAM menggalakkan tabiat membaca menjadi tumpuan perbincangan. Persoalan ini pula dikaji dan pandangan guru pelaksana dan murid di sekolah rendah dan menengah. METODOLOGI Kajian deskriptif ini menggunakan kaedah tinjauan dan data dikumpul menggunakan soal selidik dan temu bual separa berstruktur yang bertujuan untuk menilai pencapaian objektif , status pelaksanaan dan input sokongan kepada Program NILAM khususnya persoalan tentang kefahaman, proses pelaksanaan, kekangan, cara mengatasi cabaran dan cadangan penambahbaikan kepada Program NILAM. Jumlah besar responden soal selidik untuk semua negeri dan wilayah ialah 11790. Berdasarkan jumlah besar ini hanya 2670 guru pelaksana dan 8010 murid sekolah rendah dan menengah sahaja yang dikenal pasti untuk soal selidik tersebut. Jumlah besar informan temu bual ialah 47 orang di mana hanya 10 guru pelaksana dan 30 murid sekolah rendah dan menengah sahaja yang ditemu bual. Temu bual amat penting untuk menyokong data soal selidik selain mencari penghuraian mendalam dan tema utama untuk setiap persoalan kajian.

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

43

Sampel Kajian Pemilihan sampel dibuat berdasarkan persampelan rawak berstrata mengikut negeri, jenis dan lokasi sekolah mengikut Buku Perangkaan Pendidikan 2004 terbitan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Melalui persampelan ini, 307 buah sekolah rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) telah dipilih disamping 207 sekolah menengah yang terdiri daripada Sekolah Menengah Harian Biasa, Sekolah Menengah Berasrama Penuh dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama sebagai sampel kajian. Seramai 3471 (43.4%) orang murid Tingkatan Empat yang berumur 16 tahun bagi sekolah menengah, manakala 4533 (56.6%) orang murid Tahun Enam berumur 12 tahun bagi sekolah rendah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini juga melibatkan 1115 guru sekolah menengah dan 1466 guru sekolah rendah. Jadual 1 dan Jadual 2 menunjukkan profil murid dan guru yang mengambil bahagian dalam kajian ini.

Jadual l Taburan Murid Menurut Jantina, Umur; dan Jenis Sekolah


Bilangan Murid Profil Murid Sekolah Menengah Jantina Lelaki Percmpuan Umur Jenis Sekolah 12 tahun 16tahun SK SJKl'-'J SJK(T) SMK 5MBP SMKA 3471 ~ 999 284 3030 165 180 1261 2210 Sekolah Rendah 1705 2828 4533 2966 5038 4533 3471 saso 999 284 3030 165 180 Jumlah Murid

Jadual 2 Taburan Profil Guru Menurut Jantina, Lokasi dan Jenis Sekolah

.
Ciri-ciri Demografi Bilangan Guru Sekolah Menengah lantina Lelaki Perempuan 298 817 Sekolah Rendah 374 1092 672 1909 lumlah

44

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

Lokasi Jenis Sekolah

Bandar Luar bandar

572 543

774 692

1346 1235

SK SJK(C) SJK(T) SMK SMBP SMKA

1012 340 103 1003 58 54

1012 340 103 1003 58 54

Instrumen kajian Instrumen kaiian merupakan dua set soal selidik; satu set untuk guru pelaksana dan satu set lagi untuk murid. Bagi meneliti pandangan guru dan pelajar tentang kesan program NILAM terhadap tabiat membaca, 8 item telah dibina bagi setiap set soal selidik dan skala Likert lima poin digunakan. Nilai koefisien kebolehpercayaan instrumen ini adalah .79. Item-item soal selidik dan temu bual yang digunakan dibina pasukan penyelidik sendiri berdasarkan tinjauan literatur. Data soal selidik diproses menggunakan statistik deskriptif. Data temu bual dikumpul dan diproses menggunakan cara pendekatan tema. Maklumat daripada temu bual digunakan untuk menyokong maklumat daripada soal selidik selain mendapatkan maklumat tambahan. DAPATAN Dapatan kajian ini dikemukakan dengan membentangkan pandangan murid terhadap kesan program NILAM ke atas tabiat membaca terlebih dahulu dan diikuti dengan pandangan guru pelaksana.

Pandangan Murid Terhadap Kesan Program NILAM ke Atas Tabiat Membaca Secara keseluruhan, murid sekolah rendah bersetuju bahawa Program NILAM memberi kesan yang positif terhadap tabiat membaca mereka (min = 3.51). Persetujuan yang tinggi ditunjukkan oleh semua murid dari semua jenis sekolah rendah terhadap pernyataan bahawa Program NILAM mendorong mereka suka dan banyak membaca sehinggakan mereka mengisi masa lapang dengan membaca (item 1,6 dan 8). Persetujuan yang paling rendah didapati pada item 5 (murid membaca di mana-mana sahaja), Ini menunjukkan murid memilih tempat untuk membaca, mungkin yang sesuai bagi mereka. Apabila dibandingkan min antara jenis sekolah rendah, didapati min untuk semua item lebih rendah bagi SJK(C) berbanding SK dan SJK(T). Ini mungkin menggambarkan bahawa kesan Program NILAM ke atas tabiat membaca adalah dianggap lebih positif oleh murid SK dan SJK(T) berbanding dengan murid SJK(C). (Sila rujuk Jadual 3). Analisis varian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap kepercayaan 99% di antara ketiga-tiga kumpulan murid dalam persepsi mereka mengenai kesan Program NILAM.

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

45

Jadual 3 Kesan Program NILAM Terhadap Tabiat Membaca Menurut Pandangan Murid Sekolah Rendah
Jenis Sekolah Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 Item SK Program NILAM mendorong saya banyak membaca. Program NILAM mendorong saya membaca buku setiap hari. Program NILAM mendorong saya meminjam lebih banyak buku. min sd min sd min sd 4.53 ,68 4.02 .88 3.99 .94 3.80 1.0 3.70 .95 4.46 .75 4.36 .83 4.53 .76 SJK(C) 4.2 .84 3.74 1.0 3.89 1.1 3,59 1.2 3.56 1.1 4.35 .85 3.98 1.1 4.09 1.0 SJK(T) 4.65 .66 4.32 .90 4.25 .97 3.69 1.3 3.66 1.1 4.53 .85 4.53 .80 4.67 .70

Program NILAM menggalakkan saya meminjam min buku di perpustakaan. sd Saya membaca di mana-mana sahaja. Saya mengisi masa lapang dengan membaca. Semenjak Program NILAM dilaksanakan di sekolah saya semakin banyak membaca buku. Program NILAM membuat saya lebih suka membaca. min sd min sd min sd min sd

Nota: Bagi tujuan analisis, skor min telah dikelompokkan seperti berikut: 1,00 - 2.50 = tahap tidak bersetuju, 2.51 - 3.50 = tahap persetujuan sederhana, 3.51 - 5.00 = tahap persetujuan tinggi.

Jadual 4 pula menunjukkan pandangan murid sekolah menengah terhadap kesan Program NILAM ke atas tabiat membaca. Pola persetujuan murid sekolah menengah didapati menyamai persetujuan murid sekolah rendah kerana min persetujuan bagi item 1, 6 dan 8 paling tinggi. Ini menunjukkan Program NILAM berjaya bukan sahaja mendorong pelajar membaca tetapi membaca lebih banyak, serta mengisi masa lapang dengan membaca. Tetapi apabila dibandingkan min persetujuan murid sekolah menengah dengan murid sekolah rendah, didapati min persetujuan murid sekolah menengah lebih rendah bagi hampir kesemua item. Ertinya, tahap persetujuan adalah lebih tinggi bagi murid sekolah rendah. Kemungkinan perkara ini berlaku kerana pelajar sekolah menengah lebih menumpukan kepada membaca bahan akademik bagi menghadapi dua peperiksaan yang penting - PMR dan SPM. Dari sudut lokasi pula, terdapat sedikit perbezaan dalam persepsi pelajar mengenai kesan Program NILAM di antara sekolah menengah bandar dan di luar bandar. Persetujuan pelajar-pelajar di sekolah menengah bandar didapati lebih rendah untuk item no. 3 (Program NILAM mendorong saya meminjam lebih banyak buku), item no. 4 (Program NILAM menggalakkan saya meminjam buku di perpustakaan) dan item no. 5 (Saya membaca di mana-mana sahaja) daripada pelajar sekolah menengah luar bandar. Ujian-

46

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

t juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap kepercayaan 99% bagi kedua-dua kumpulan pelajar. Ini menggambarkan bahawa secara amnya Program NILAM dianggap lebih positif oleh pelajar-pelajar sekolah menengah di luar bandar. Ini mungkin disebabkan lebih penekanan diberikan kepada Program NILAM di sekolahsekolah tersebut berbanding dengan sekolah-sekolah di kawasan bandar. Jadual 4 Kesan Program NILAM Terhadap Tdbiat Membaca Menurut Pandangan Pelajar Sekolah Menengah
Bil 1
Item Lokasi Sekolah Bandar Program NILAM mendorong saya banyak membaca. Program NILAM mendorong saya membaca buku setiap hari. Program NILAM mendorong saya meminjam lebih banyak buku. Program NILAM menggalakkan saya meminjam buku di perpustakaan. Saya membaca di mana-mana sahaja. mm sd min sd min sd min sd min sd min sd min sd min sd 3.95 .96 3.37 1.0 3.45 1.0 3.29 1.1 3.41 1.1 3.98 .96 3.55 1.1 3.67 1.2 Luar Bandar 4.26 .80 3.71 .89 3.76 .93 3.51 .95 3.52 .93 4.12 .83 3.86 .98 4.04 .94

23

45

6 7 8

Saya mengisi masa lapang dengan membaca. Membaca meningkatkan pengetahuan saya. Semenjak Program NILAM dilaksanakan di sekolah saya semakin banyak membaca buku. Program NILAM membuat saya lebih suka membaca.

Nota: Bagi tujuan analisis, skor min telah dikelompokkan seperti berikut: 1.00 - 2.50 = tahap tidak bersetuju, 2.51 - 3.50 = tahap persetujuan sederhana, 3.51 - 5.00 = tahap persetujuan tinggi

Pandangan Guru Terhadap Kesan Program NILAM ke Atas Tabiat Membaca Pelajar Merujuk kepada Jadual 5, secara keseluruhan guru sekolah rendah mendapati Program NILAM dapat menyemai tabiat membaca di kalangan murid (item 5) disamping menggalakkan murid bersaing (item 3) dan mendorong murid lebih banyak membaca (item 4). Min bagi item-item ini adalah yang tertinggi berbanding item-item yang lain.

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

47

Jadual 5 Kesan Program NILAM Terhadap Tabiat Membaca Murid Menurut Pandangan Guru Sekolah Rendah
Bil Item SK 1 2 Saya mendapati murid-murid semakin geraar mm sd membaca mdalui Program NILAM. Pelaksanaan Program NILAM prestasi akademik sekolah saya. meningkatkan min sd 3.90 .80 4.03 .74 4.33 .63 4.24 .73 4.36 .648 4.23 .68 3.90 .82 3.74 1.0 Jenis Sekolah Rendah SJK(C) 3.73 ,79 3.85 .91 3.96 .77 3.63 .92 4.21 .62 4.12 .69 3.62 .90 3.83 .96 SJK(T) 3.85 .87 4.05 .83 4.13 .77 4.12 .71 4.30

3
4

Program NILAM menggalakkan pelajar bersaing min sd untuk banyak membaca. Ganjaran dalam Program NILAM mendorong min sd murid lebih banyak membaca. Program NILAM dapat menyemai tabiat membaca min sd di kalangan murid. Program NILAM menggalakkan murid membaca min pada masa lapang di sekolah. sd Program NILAM berjaya menggalakkan murid min yang lemah membaca. sd Program NILAM tidak menggalakkan murid min cemerlang membaca. sd

5 6
7

.61
4.15 .65 3.79 .91 3.81 1.0

Nota: Bagi tujuan analisis skor, min dikelompokkan seperti berikut: 1.00 - 2.50 = tahap tidak bersetuju, 2.51 - 3.50 = tahap persetujuan sederhana, 3.51 - 5.00 = tahap persetujuan tinggi.

Namun, keseluruhan guru bersetuju bahawa Program NILAM tidak menggalakkan pelajar cemerlang membaca. Ini mungkin disebabkan pelajar cemerlang sememangnya telah rajin membaca dan program NILAM tidak member! kesan kepada mereka. Keadaan ini lebih ketara di SJKC berbanding sekolah rendah jenis yang lain. Tahap persetujuan guru SJK(C) juga didapati lebih rendah terhadap keseluruhan item berbanding guru SK dan SJK(T). Ini mungkin disebabkan penekanan terhadap Program NILAM di SJK(C) tidak sekuat di SK dan SJK(T). Jadual 5 menunjukkan kedudukan tahap persetujuan ini. Guru sekolah menengah turut memberi persetujuan yang tinggi bahawa Program NILAM dapat menyemai tabiat membaca di kalangan pelajar (min = >4,12). Berdasarkan Jadual 6, didapati guru SMKA mempunyai persepsi yang lebih tinggi terhadap pelaksanaan Program NILAM. Min yang tinggi didapati pada item 3,4,5 dan 6 yang jelas menunjukkan guru sekolah ini bersetuju bahawa program NILAM dapat menggalakkan pelajar bersaing untuk membaca, membaca lebih banyak, menyemai tabiat membaca dan membaca pada masa lapang. Bagaimanapun, kesemua guru sekolah menengah bersetuju bahawa Program NILAM tidak menggalakkan murid cemerlang membaca.

48

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

Jadual 6 Kesan Program NILAM Terhadap Tabiat Membaca Pelajar Menurut Pandangan Guru Sekolah Menengah
Bil Item Jenis Sekolah Menengah SMK 1 2 Saya mendapati murid-murid semakin gemar rmn sd membaca melalui Program NILAM. Pelaksanaan Program NILAM meningkatkan min prestasi akademik sekolah saya. sd Program NILAM menggalakkan bersaing untuk banyak membaca. pelajar min sd 3.29 .96 3.68 .92 3.84 .88 3.81 .93 4.10 .74 3.93 .81 3.63 .94 3,51 .98 SMKA 3.49 .93 3.79 .80 4.07 .78 4.02 .90 4.18 .66 4.05 .58 3.90 .77 3.40 1.0 SBP 3.24 .97 3.79 .74 4.02 .60 3.91 .77 4.23 .47 4.04 .66 3.83 .71 3.51 1.1

Ganjaran dalam Program NILAM mendorong min sd murid lebih banyak membaca. Program NILAM dapat menyemai tabiat min membaca di kalangan murid. sd Program NILAM menggalakkan membaca pada masa lapang di sekolah. murid min sd

Program NILAM berjaya menggalakkan murid min yang lemah membaca. sd Program NILAM tidak menggalakkan murid min cemerlane membaca. sd

Nota: Bagi tujuan analisis skor, min dikelompokkan seperti berikut: 1.00 - 2.50 = tahap tidak bersetuju, 2.51 - 3.50 = tahap persetujuan sederhana, 3.51 - 5.00 = tahap persetujuan tinggi.

Hubungkait Pelaksanaan dengan Dapatan Tentang Kesan Program NILAM Terhadap Tabiat Membaca Dapatan kajian telah memberi gambaran tentang pandangan murid dan guru terhadap Program NILAM dan ia dapat dirumuskan seperti berikut: Secara umum, murid dan guru sekolah rendah dan menengah berpandangan positif tentang keupayaan program NILAM dalam memupuk tabiat membaca. Secara keseluruhannya program NILAM berjaya bukan sahaja mendorong pelajar membaca tetapi membaca lebih banyak, serta mengisi masa lapang dengan membaca terutama di sekolah luar bandar. Namun, persepsi positif murid sekolah rendah lebih tinggi daripada murid sekolah menengah. Persepsi positif murid ini juga berbeza-beza antara sekolah kebangsaan dengan sekolah jenis kebangsaan dan sekolah menengah bandar dengan luar bandar. - Murid SK dan S JK(T) lebih positif terhadap program NILAM berbanding murid SJK(C).

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya -

49

Murid sekolah luar bandar lebih positif terhadap program NILAM berbanding murid sekolah bandar. Tahap persetujuan guru SJK(C) lebih rendah daripada guru SK dan SJK(T). Persepsi guru SMKA lebih positif berbanding guru sekolah menengah yang lain. Menurut pandangan guru di sekolah rendah dan menengah, program NILAM tidak menggalakkan murid cemerlang membaca. Matlamat program NILAM dalam memupuk tabiat membaca belum tercapai sepenuhnya.

Jika dibanding dapatan kajian NILAM ini dengan dapatan kajian pembacaan ekstensif seperti di Sanaa, Yaman (Davis, 1995) dan 'The Book Flood Project' oleh Elley dan Manghubai (1983) di Fiji dan Singapura (Elley, 1991) dan 'Guided Extensive Reading Programme' oleh Ratnawati Mohd Asraf dan Ismail Sheikh Ahmad(2003) di Malaysia temyata terdapat banyak persamaan dari segi kesan positif sesuatu program membaca seperti peningkatan kepada sikap suka membaca itu sendiri selain peningkatan penguasaan bahasa dan prestasi akademik. Kajian Krashen (1993) terhadap membaca secara sukarela (voluntary reading) di dalam dan luar sekolah pada banyak negara merumuskan bahawa membaca perseorangan secara sukarela dan berterusan (sustained independent reading) menghasilkan kefahaman membaca, stail menulis, perbendaharaan kata, ejaan dan perkembangan nahu yang lebih baik. Hayashi (1999) juga mendapati bahawa pembacaan ekstensif memberi kesan yang positif dalam aspek kemahiran membaca dan nahu di dalam bahasa Inggeris oleh pelajar universiti di Jepun jika dibandingkan dengan mereka yang kurang membaca. Gambaran yang lebih jelas dan rumusan lebih tepat dapat dibuat apabila dapatan di atas dibandingkan dengan dapatan bersumberkan responden guru besar dan guru penyelaras dari sudut pelaksanaan Program NILAM. Pandangan Guru Besar dan Guru Penyelaras Terhadap Tatacara Pelaksanaan Program NILAM Kajian ini juga memungut data kualitatif tentang pelaksanaan program melalui soalan terbuka dan temu bual separa berstruktur dengan guru besar dan guru penyelaras. Persoalan kajian seperti kefahaman, proses pelaksanaan, kekangan, cara mengatasi cabaran dan cadangan penambahbaikan diguna pakai untuk mendapatkan maklumat kualitatif tersebut. Pemilihan sampel secara rawak berstrata berasaskan populasi sekolah rendah dan menengah seluruh negara menghasilkan sejumlah 534 orang guru besar dan pengetua dan 534 orang guru penyelaras. Berdasarkan hasil analisis didapati wujud langkah-langkah tertentu yang diambil oleh kedua-dua pihak ini dalam melaksanakan Program NILAM. Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut: 1. Menubuhkan jawatankuasa pelaksana atau jawatankuasa program NILAM di peringkat sekolah. Jawatankuasa ini dianggotai oleh guru PSS, guru Bahasa Melayu dan guru Bahasa Inggeris. Jawatankuasa ini dipertanggungjawabkan melaksanakan Program Nilam. Penubuhan jawatankuasa ini berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh BTP.

50

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

2.

Mengadakan mesyuarat guru. Mesyuarat ini diadakan bagi tujuan: Merancang dan melaksanakan aktiviti program NILAM Menetapkan satu waktu dalam jadual waktu untuk masuk ke perpustakaan (diambil daripada subjek bahasa) Mengadakan taklimat kepada murid, dan ibubapa Menentukan kursus untuk diikuti oleh guru Menjalankan pemantauan dan penilaian Mendapatkan kerjasama Penyelaras PSS untuk menentukan bahan bacaan adalah mencukupi, mengurus pinjaman pukal dan individu dan mempromosi pelajar menggunakan PSS Menyediakan rekod dan pelaporan Dalam konteks ini, pelajar telah dijelaskan agar merekod bacaan mereka dan rekod ini akan disahkan oleh guru pelaksana yang terdiri daripada guru BM, BI dan BC. Setelah itu rekod-rekod dikumpul, dianalisis dan disimpan. Mengadakan promosi dan insentif. Untuk menggalakkan pelajar melibatkan diri dengan program ini, sudut NILAM diadakan di dalam kelas dan tempat-tempat lain di kawasan sekolah. Selain itu, papan skor kelas disediakan dan bulan membaca dianjurkan oleh sekolah. Anugerah diberikan kepada pelajar pada perhimpunan mingguan, bulanan dan pada hari anugerah.

3.

4.

Berdasarkan paparan dapatan di atas, kelihatan bahawa tatacara yang dilaksanakan oleh pengetua, guru besar dan guru penyelaras yang dikaji adalah sejajar dengan saranan dalam buku panduan Program NILAM. Ini bermakna tatacara yang ditentukan boleh dianggap sesuai untuk dilaksanakan oleh sekolah. Namun, ini tidak bermakna tatacara ini dapat dilaksanakan dengan lancar memandangkan terdapat pelbagai cabaran dan kekangan yang dihadapi seperti kewangan, pengurusan, pemantauan dan kemudahan. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas apabila kesediaan guru pelaksana ditinjau. Kesediaan Guru Pelaksana Melaksanakan Program NILAM di Sekolah Sebelum melihat kepada kesediaan guru melaksanakan Program NILAM di sekolah, pasukan pengkaji cuba mengenal pasti tugas-tugas utama yang dijalankan oleh guruguru pelaksana dalam melaksanakan Program NILAM di sekolah mereka. Beberapa item mengenai tugas guru dalam melaksanakan Program NILAM seperti yang terdapat dalam buku panduan NILAM dimasukkan dalam soal selidik guru pelaksana. Responden diminta menyatakan tahap persetujuan mereka terhadap item-item tersebut dengan menggunakan skala Likert 5 mata. Rumusan respon daripada guru sekolah menengah dan sekolah rendah adalah seperti dalam Jadual 7.

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

51

Jadual 7 Tugas Guru dalam Melaksanakan Program NILAM


Bil. Item Sekolah Menengah nun sd
IBffl

Sekolah Rendah 4.58 .64 4,49 .66 4.57 .63 3.73 .91 3.77 .85 4.22 .67 4,30 .80

1 2

Saya memastikan setiap murid memiliki Buku Rekod Bacaan NILAM Saya memastikan setiap raurid merekod bahan bacaan yang dibaca dalam Buku Rekod Bacaan NILAM

sd

4.10 .98 4.01 .99 4.15 .95 3.51 1.04 3.55 1.01 4.00 .81 3.72 1.05

3 4

Saya memastikan semua murid terlibat dalam min Program NILAM sd Saya perlu terlibat dalam menyediakan pelan min rancangan pelaksanaan (Rancangan Tahunan) sd Program NILAM untuk sekolah Saya perlu merancang program NILAM seperti min sd dirancang oleh pihak sekolah Saya perlu melaksanakan aktiviti Program NILAM min sd seperti yang dirancang oleh pihak sekolah Saya membawa murid ke pusat sumber sekolah min mengikut jadual yang ditetapkan sd

5 6

Jadual 7 menunjukkan bahawa bagi guru-guru pelaksana di sekolah menengah, tugas utama mereka dalam pelaksanaan Program NILAM ialah memastikan semua murid terlibat dalam Program NILAM dan memastikan setiap murid memiliki Buku Rekod Bacaan NILAM. Respon guru-guru pelaksana di sekolah menengah juga menggambarkan bahawa mereka kurang terlibat dalam menyediakan rancangan pelaksanaan tahunan bagi Program NILAM dalam perancangan aktiviti penambahbaikan. Keadaan yang serupa juga ditunjukkan di kalangan guru-guru sekolah rendah. Namun begitu, min yang lebih tinggi bagi respon guru-guru sekolah rendah mungkin menggambarkan bahawa guruguru pelaksana di sekolah rendah lebih aktif melaksanakan Program NILAM berbanding dengan guru-guru pelaksana di sekolah menengah. Mungkin kerana itu, persepsi murid sekolah rendah lebih positif berbanding dengan pelajar sekolah menengah. Di samping tugas-tugas berkenaan pelaksanaan Program NILAM, guru-guru juga diminta memberikan pandangan tentang kemampuan infrastruktur sokongan dalam membantu melaksanakan program NILAM. Di dalam soal selidik guru pelaksana, responden diminta menyatakan sama ada sekolah mereka mampu melaksanakan Program NILAM dari segi bahan bacaan, kakitangan pusat sumber sekolah dan ruang. Bagi setiap elemen tersebut, responden diminta memberikan pandangan dengan menyatakan YA atau TIDAK. Rumusan respon guru tertera dalam Jadual 8.

52

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

Jadual8 Kemampuan Infrastruktur Sokongan Dalam Membantu Melaksanakan Program NILAM.


Pusat sumber sekolah saya mampu melaksanakan Program NILAM dari aspek a. Bahan Bacaan b. Kakitangan Pusat Sumber c. Ruang 1033 (92.6%) 680 (61.0%) 833 (74.7%) 82 (7.4%) 435 (39.0%) 282 (25.3%) 1403 (95.7%) 927 (63.2%) 1094 (74.6%) 63 (4.3%) 539 (36.8%) 372 (25.4%) Sekolah Menengah YA TIDAK Sekolah Rendah YA TIDAK

Jadual 8 menggambarkan bahawa di kedua-dua jenis sekolah, guru berpandangan bahawa pusat sumber sekolah sangat bersedia dari segi bahan bacaan untuk melaksanakan Program NILAM di sekolah mereka. Ini ditunjukkan oleh peratusan yang tinggi (92.6% bagi sekolah menengah, 95,7% bagi sekolah rendah) yang menyatakan YA kepada pernyataan berkenaan. Bagaimanapun, respon kurang memberangsangkan kepada dua elemen yang lain, iaitu kakitangan pusat sumber dan ruang. Ini menggambarkan bahawa guru-guru masih ragu-ragu dengan kesediaan pusat sumber sekolah untuk melaksanakan Program NILAM dari aspek kakitangan pusat sumber dan ruang yang disediakan. Akhir sekali, guru-guru diminta menyatakan sama ada mereka masih memerlukan latihan untuk melaksanakan program NILAM di sekolah mereka. Jadual 9 memberi rumusan respon guru sekolah menengah dan sekolah rendah tentang aspek berkenaan. Jadual9 Keperluan Latihan Untuk Melaksanakan Program NILAM
Sekolah Menengah YA Saya perlu diberi latihan pelaksanaan Program NILAM dalam (71.8%) TIDAK (28.2%) Sekolah Rendah YA (77.6%) TIDAK 329 (22.4%)

Jadual 9 menunjukkan bahawa sebahagian besar guru-guru pelaksana (71.8%) di sekolah menengah, 77.6% di sekolah rendah) masih memerlukan latihan dalam melaksanakan Program NILAM di sekolah mereka. Ini menggambarkan bahawa dari segi kemampuan untuk melaksanakan Program NILAM, sebahagian besar guru-guru masih kurang bersedia dan masih memerlukan latihan untuk tujuan tersebut. Kesediaan guru dari segi masa, minat, dan keyakinan terhadap Program NILAM perlu dikaji dengan lebih lanjut. Cadangan Untuk Meningkatkan Keberkesanan Program NILAM Daripada analisis dapatan kajian yang dibentangkan, didapati Program NILAM adalah satu program yang boleh dikatakan telah berjaya pada peringkat sederhana dalam

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

53

usahanya untuk memupuk tabiat membaca. Data juga menunjukkan masih ada ruang untuk menambahbaiki program ini dari segi pelaksanaan. (Perlu diingatkan bahawa dapatan yang dibentangkan hanya merupakan laporan daripada responden semata-mata. Kajian ini tidak merangkumi pemerhatian tentang bagaimana program ini sebenarnya dijalankan didajam konteks sekolah yang pelbagai.) Sikap dan motivasi pelbagai pihak di sekolah di dalam menjayakan Program NILAM periu diperhalusi. Ini amat penting kerana perubahan kepada pemupukan budaya membaca memerlukan kefahaman yang jelas agar ia memberi impak yang diingini kepada sikap membaca. Latihan mengurus Program NILAM amat penting agar guru penyelaras dan pengurusan sekolah dapat membina budaya membaca yang terancang. Oleh itu, mungkin salah satu langkah yang perlu diambil dalam masa terdekat ini adalah menjalankan analisis terperinci terhadap bantuan yang diperlukan pihak sekolah supaya bantuan yang bermakna dapat diberikan. Pihak sekolah berkemungkinan dapat mencadangkan beberapa langkah yang dapat diambil untuk menambahbaiki pelaksanaan Program NILAM di sekolah masing-masing yang mungkin mempunyai keperluan yang berbeza. Pelajar juga boleh digalakkan untuk mengambil peranan aktif dalam pengurusan NILAM supaya mereka dapat merasakan mereka bertanggungjawab secara langsung (atau mempunyai perasaan ''ownership") dalam menjayakan program ini. Selain itu, semua pihak yang terlibat perlu diberi pemahaman yang jelas tentang Program NILAM supaya program ini tidak disalah tafsir dan diketepikan. NILAM perlu diintegrasikan dengan budaya dan amalan harian disekolah - bukan dianggap sebagai satu aktiviti tambahan yang membebankan. Dalam suasana yang mementingkan pencapaian akademik, adalah perlu ditegaskan dan dibuktikan bahawa kemahiran membaca boleh membawa kepada kemahiran belajar. Ini memudahkan pemupukan budaya membaca dan pencapaian objektif NILAM.

KESIMPULAN
Program NILAM adalah satu program membaca yang relevan di sekolah kerana ia diterima oleh murid dan guru, khususnya dari sudut menyemai tabiat membaca. Namun, penerimaan ini belum sampai ke tahap yang tertinggi kerana masih wujud masalah dalam aspek pelaksanaannya, terutamanya dari segi keperluan latihan dan kemudahan. Masalah ini boleh diperbaiki dengan memahami keperluan murid dan guru. Disamping itu, sikap guru terhadap Program NILAM juga perlu diubah supaya mereka melihat program itu sebagai sesuatu yang berfaedah dan memberi kepuasaan. Andainya perkara ini dapat dilaksanakan sebaiknya, tidak mustahil rakyat Malaysia akan memiliki satu budaya yang akan membangunkan negara ini ke arah kemakmuran, iaitu budaya membaca.

54

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

RUJUKAN Atan Long, Ghazali Othman, Mohd, Yunos Mohd. Nor, Zainal Abidin Ahmad, Mohd Noor Abdullah & Yoong Suan. (1984). A survey on the reading habits and interests of Malaysian people. Kuala Lumpur: DBP. Bahagian Teknologi Pendidikan. (1998). Program NILAM: Konsep dan panduan pelaksanaan di sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Teknologi Pendidikan. (2003). Laporan pencapaian pelaksanaan Program NILAM 2003. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Bamford, J. (1984). Extensive reading by means of graded readers. Reading in a Foreign Language, 2, 218-60. Boys, T. (1987, November). Reading English without "translation." Kertas dibentangkan di JALT '87 Conference, Tokyo. Davis, C. (1995). Extensive reading: An expensive extravagance? English Language Teaching Journal, 49(4), 329-336. Dubin, R, & Olshtain, E. (1977). Facilitating language learning. New York: McGrawHill. Eikenberry, K. (2005). Ten ways to strengthen your reading habit. Ezine Articles. Dimuat turun pada Julai 13,2005 daripada http://ezinearticles.com Elley, W. B., & Manghubhai, F. (1983). The impact of reading on second language learning. Reading Research Quarterly, 19, 53-67. Grellet, F. (1981). Developing reading skills; A practical guide to reading comprehension exercises. Cambridge, UK: Cambridge UP. Hafiz, F. M., & Tudor, I. (1989). Extensive reading and the development of language skills. ELT Journal, 43,4-13. Hafiz, F. M., & Tudor, I. (1990). Graded readers as an input medium in L2 learning. System, 18, 31-42. Hamp-Lyons, E. (1983). Developing a course to teach extensive reading skills to university-bound ESL learners. System, 11,303-12. Hamrick, J. (1989, March). An independent reading component for the ESL reading class. Paper presented at TESOL '89 Convention, San Antonio, TX. Hayashi, K. (1999). Reading strategies and extensive reading in EFL classes. RELC Journal, 30(2), 114-132. Kalb, G. (1986). Teaching of extensive reading in English instruction at the senior gymnasium level. (Die Didaktik des extensiven Lesens im Englischunterricht der gymnasialen Oberstufe). Die Neueren Sprachen, 85,420-430. Krashen, S. (1993). The power of reading. Englewood, CO: Libraries Unlimited. LauferDvorkin, B. (1981). "Intensive" versus "extensive" reading for improving university students' comprehension in English as a foreign language. Journal of Reading, 25,40-43. Liu Zhiming. (2000). Reading is on the rise in China. 100-day Dialogue. Dimuat turun padaOgos 12, 2005 daripada http://www.honco.net/100day Lupardus, K. (1987, November). Intensive/extensive reading at the advanced level. Kertas dibentangkan di JALT '87, Tokyo.

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

55

Marbe, A. (1979). The fourth book is quite easy, (Strategies and techniques for extensive reading). Alon Lemorim LeanglitlEnglish Teachers' Journal (Israel), 21, 38-42. McDuffee, L. (2004). Motivating middle school students to read - Aliteracy. [Atas Talian]http://www.mapn.org/library. Olshtain, E. (1976). First steps in extensive reading. Alon Lemorim Leanglit/English Teachers'Journal (Israel), 16, 39- 41. Ratnawati Mohd. Asraf & Ismail Sheikh Ahmad (2003). Promoting English language development and the reading habit among students in rural schools through the Guided Extensive Reading Program. Reading in a Foreign Language, 15(2), 83102. Robb, T. N., & Susser, B. (1989). Extensive reading vs. skills building in an EFL context. Reading in a Foreign Language, 5,239-251 Saragi, T., Nation, I. S. P., & Meister, G. F. (1978). Vocabulary learning and reading. System, 6,72-78. Susser, B., & Robb, T. N. (1989). Extensive homework. The Language Teacher, 13(S), 7-9. Tangitau, V. (1973), Intensive and extensive reading. TESL Reporter, 7(1), 7-9. Vaughan, J. L., Jr. (1982). Instructional strategies. Dim A. Berger & H. A. Robinson(Penyt.), Secondary school reading: What research reveals for classroom practice (pp. 67-84). Urbana, IL: ERIC Clearinghouse on Reading and Communications Skills and the National Conference on Research in English.

You might also like