You are on page 1of 17

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya 39

KESAN PROGRAM NILAM TERHADAP TABIAT MEMBAC A


MENURUT PANDANGAN MURID DAN GURU

WanZahWanAH
Universiti Putra Malaysia

Fatimah Hashim
Universiti Malaya

Ismail Sheikh Ahmad


Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Tamby Subahan Mohd. Meerah


Universiti Kebangsaan Malaysia

Sali Zaliha Mustapha


Universiti Pendidikan Sultan Idris

Fattawi Mokhtar
Universiti Teknologi MARA

Mohd Sohaimi Hashim


Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

Abstrak

The NILAM (Nodi Ttmii AmaWrMembaca) TrdgfWn was launched tn


all Malaysian Primary and Secondary schools in 1999. The program
is aimed at instilling the reading habit among school children. It gives
recognition to school children who read the most number of books in a
year. After six years of implementation, several questions were raised
as to the effectiveness of the program in achieving its objectives of
encouraging children to read and the efforts made by the schools to
inculcate the reading habit. To answer these questions, a survey was
done, using stratified random sampling method, on a sample of 3738
teachers and 8010 students from selected public primary and secondary
schools throughout the country. The survey was commissioned by the
Educational Technology Division, Ministry of Education, Malaysia.
This article presents some of the findings of the study based on analysis
of questionnaire and interview data. Generally, students are positive
about the success of NILAM. Some existing challenges include proper
training in managing NILAM, attitudes among teachers and children,
and existing facilities for developing a love for reading. However, the
views differ among students from urban as opposed to rural schools.
This article also discusses the implications for policy and practice.
40 Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

PENGENALAN

Membaca merupakan asas penting kepada penjanaan budaya ilmu dan pembinaan
tamadun manusia. Dengan membaca, manusia bagaikan mempunyai kunci untuk
mencapai kesejahteraan diri, masyarakat dan negara. la dapat melengkapkan ikhtiar hidup
dalam mengatasi cabaran masa kini dan masa depan. Maka tidak hairanlah kalimah Iqra'
diturunkan sebagai wahyu pertama kerana membaca, menyelidik, dan berfikir adalah
aktiviti membangun intelek manusia yang utama.
Namun, aktiviti membaca rata-rata di dunia hari ini didapati tidak menggalakkan.
Berdasarkan 1999 National Household Education Survey di Amerika Syarikat, 50%
daripada populasi yang berumur 25 tahun ke atas hanya membaca surat khabar sekali
seminggu, membaca satu atau dua buah majalah secara tetap dan membaca sebuah buku
dalam masa 6 bulan (Eikenberry, 2005), Keadaan yang hampir sama juga wujud di China.
Berdasarkan tinjauan yang dijalankan oleh China Publishing Science Research Institute
di seluruh negara China pada tahun 1999, buku merupakan media keempat selepas
suratkhabar dan majalah bagi rakyat China dalam mengisi masa senggang mereka. Secara
umum, masa purata yang digunakan untuk membaca semakin menurun kerana masa yang
ada telah diperuntukkan bagi menonton TV dan bermain permainan video atau komputer
(Liu Zhiming, 2000).
Terdapat banyakkajian tentang program bacaan yang telahdilaksanakan (Bamford,
1984; Boys, 1987; Dubin & Olshtain, 1977; Grellet, 1981; Hamrick, 1989; Kalb, 1986;
Lupardus, 1987; Marbe, 1979; Olshtain, 1976; Susser & Robb, 1989; Tangitau, 1973;
Vaughan, 1982). Walau bagaimanapun, kajian eksperimental tentang program membaca
berkurangan sekali (selain daripada kajian yang dilaporkan seperti Elley & Mangubhai,
1983; Hafiz & Tudor, 1989, 1990; Hamp-Lyons, 1983; Laufer-Dvorkin, 1981; Robb &
Susser, 1989; Saragi, Nation & Meister, 1978). Rata-rata kajian menunjukkan walaupun
pelbagai langkah diambil dan pelbagai pedagogi diusulkan, memupuk minat membaca
adalah satu aktiviti yang sangat mencabar.
Kajian minat membaca di kalangan masyarakat Malaysia yang berumur 16-50
tahun oleh Atan Long dan rakan-rakan (1984) turut menunjukkan membaca bukan satu
amalan harian. Daripada 20,000 responden, hampir keseluruhan menyatakan mereka tiada
masa tetap membaca akhbar, majalah atau buku. Mereka menghabiskan antara setengah
hingga satu jam sehari untuk membaca akhbar dan dua hingga empat jam seminggu untuk
membaca majalah atau buku. Lima puluh sembilan peratus responden menyatakan sebab
utama mereka tidak membaca adalah kerana mereka tidak ada masa.
Apa yang menarik kajian di atas menunjukkan bahawa masalah kurang membaca
bukan berpunca daripada masalah kurang kemahiran membaca tetapi berpunca daripada
masalah sikap dan budaya yang tidak mengamalkan tabiat membaca dalam kehidupan
seharian. Situasi ini dikenali sebagai "aliteracy" (McDuffee, 2004). McDuffee menjelaskan
bahawa aliteracy ialah satu keadaan di mana seseorang itu berkeupayaan membaca tetapi
tidak ambil peduli atau bosan untuk membaca sama ada untuk tujuan akademik atau
pengkayaan ilmu yang akhirnya menyebabkan pembacaan mereka berkurangan setiap
hari.
Senario seperti ini tentunya bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Apatah
lagi di saat Malaysia sedang berusaha mewujudkan masyarakat yang progresif dan berdaya
Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya 41

saing sejajar dengan labelnya sebagai sebuah negara maju menjelang 2020. Justeru,
kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah tertentu
bagi mengatasi masalah tersebut. Salah satu daripadanya ialah dengan mewujudkan
Program NILAM. Program ini beranggapan bahawa cara terbaik untuk memupuk budaya
membaca adalah melalui latihan dan bimbingan ketika seseorang individu itu masih kecil
lagi atau dalam usia kanak-kanak.

Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM)


Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) adalah satu program galakan membaca
yang sistematik dan berterusan sepanjang tahun bagi mencapai objektif melahirkan
golongan 'avid reader' iaitu pembaca tegar yang menjadikan tabiat membaca sebagai satu
tabiat yang berkekalan dalam diri mereka, Disamping itu, program anjuran Kementerian
Pelajaran Malaysia sejak tahun 1998 ini bertujuan menggalakkan sekolah menjana idea
kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca (Bahagian Teknologi Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia, 1998),
Program ini dilaksanakan dengan menggabungkan pelbagai aktiviti galakan
membaca yang dijalankan di sekolah-sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai
kepada murid yang berjaya mengikuti program ini. Aktiviti galakan membaca yang
dimaksudkan adalah seperti Projek Iqra', Program Membaca Amalan Sihat (MAS), Program
Baca Untuk Tingkat Ilmu (BUKTI), Program Banyak Membaca, Khemah Membaca dan
Kuiz Bestari. Aktiviti ini selalunya dilaksanakan di sekolah-sekolah mengikut kesesuaian
dan kewajaran dari segi lokasi, saiz dan kemudahan di setiap negeri.
Dari sudut pengiktirafan pula, Program NILAM membahagikannya kepada dua
tahap. Tahap pertama ialah Jauhari dan tahap kedua ialah Rakan Pembaca. Pada Tahap
Jauhari, semua aktiviti bertujuan menjurus ke arah penguasaan kemahiran membaca dan
pemupukan tabiat membaca kendiri yang berterusan. Tahap Rakan Pembaca pula bertujuan
memberi periekanan terhaSap kebolehan murid untuk membimbing dan menarik minat
orang lain supaya suka membaca. Pada tahap ini, murid terlibat perlu melaksanakan
aktiviti Rakan Pembaca seperti bercerita, bicara buku dan membaca bersama setelah
diberi panduan melalui bengkel dan sesi tunjuk ajar.
Program ini melibatkan semua murid Tahun Satu di sekolah rendah dan pelajar
Tingkatan Satu atau Peralihan, sejak dari mula hingga tamat persekolahan. Mereka
dikehendaki merekod bacaan masing-masing dan rekod bacaan ini perlu disahkan oleh
guru mata pelajaran atau guru-guru lain. Setiap tahun, guru tingkatan atau sesiapa
yang dilantik oleh pihak pentadbir akan mencatatkan bilangan buku dan membuat
catatan ringkasan tentang bahan yang dibaca dalam buku rekod berkenaan. MaMumat
ini dikumpulkan sehinggalah murid tersebut menamatkan persekolahannya sebelum
pengiktirafan diberikan. Sistem merekod bacaan murid, pemarkahan dan pemberian
ganjaran dikelolakan secara berpusat.
Dari segi konsepnya, Program NILAM ini amat baik dan selaras dengan dasar
kerajaan untuk memupuk dan membina tabiat membaca yang berterusan di kalangan
masyarakat negara ini. Namun setelah enam tahun dilaksanakan, timbul persoalan
tentang sejauh mana objektif untuk menyemai tabiat membaca ini tercapai. Ini disebabkan
maklum balas awal daripada sekolah-sekolah melalui Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan
42 Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) yang dikumpulkan oleh Bahagian Teknologi
Pendidikan pada tahun 2003 menunjukkan bahawa peratusan murid yang menjayakan
program ini berada pada tahap yang masih rendah berbanding enrolmen murid.
Laporan Pencapaian Pelaksanaan Program NILAM 2003 yang dibentangkan dalam
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca Kementerian Pendidikan
Malaysia Bil. 1/2004 pada 10 Februari 2004 pula menunjukkan bahawa jumlah murid
sekolah rendah yang melibatkan diri dalam Program NILAM Tahap Jauhari ialah
1,934,280 (65.1%) daripada 2,972,887 jumlah murid. Bagi sekolah menengah pula,
jumlah murid yang menyertai program ini ialah 1,189,992 (62.5%) daripada jumlah
murid keseluruhannya (1,903,557). Daripada jumlah tersebut, hanya 483,710 (25.0%)
murid sekolah rendah mencapai Tahap Jauhari dan 130,461 (12.0%) mencapai Tahap
Rakan Pembaca. Manakala, bagi peringkat sekolah menengah pula, sejumlah 194,574
(16.4%) pelajar mencapai Tahap Jauhari dan 41,187 (5.8%) pelajar mencapai Tahap
Rakan Pembaca.
Justeru, pada tahun 2004, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian
Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif melaksanakan satu kajian bagi menilai
secara menyeluruh proses pelaksanaan dan tahap pencapaian matlamat program NILAM.
Maklumat ini adalah penting kepada semua pihak dalam merancang dan melaksanakan
tindakan penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan Program NILAM. Skop
kajian keberkesanan program NILAM ini melibatkan lima persoalan utama tetapi
bagi tujuan penulisan kertas kerja ini, hanya persoalan sejauhmana program NILAM
menggalakkan tabiat membaca menjadi tumpuan perbincangan. Persoalan ini pula dikaji
dan pandangan guru pelaksana dan murid di sekolah rendah dan menengah.

METODOLOGI

Kajian deskriptif ini menggunakan kaedah tinjauan dan data dikumpul menggunakan soal
selidik dan temu bual separa berstruktur yang bertujuan untuk menilai pencapaian objektif ,
status pelaksanaan dan input sokongan kepada Program NILAM khususnya persoalan
tentang kefahaman, proses pelaksanaan, kekangan, cara mengatasi cabaran dan cadangan
penambahbaikan kepada Program NILAM. Jumlah besar responden soal selidik untuk
semua negeri dan wilayah ialah 11790. Berdasarkan jumlah besar ini hanya 2670 guru
pelaksana dan 8010 murid sekolah rendah dan menengah sahaja yang dikenal pasti untuk
soal selidik tersebut. Jumlah besar informan temu bual ialah 47 orang di mana hanya 10
guru pelaksana dan 30 murid sekolah rendah dan menengah sahaja yang ditemu bual.
Temu bual amat penting untuk menyokong data soal selidik selain mencari penghuraian
mendalam dan tema utama untuk setiap persoalan kajian.
Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya 43

Sampel Kajian
Pemilihan sampel dibuat berdasarkan persampelan rawak berstrata mengikut negeri,
jenis dan lokasi sekolah mengikut Buku Perangkaan Pendidikan 2004 terbitan Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Melalui persampelan ini, 307 buah sekolah rendah yang terdiri daripada Sekolah
Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil)
telah dipilih disamping 207 sekolah menengah yang terdiri daripada Sekolah Menengah
Harian Biasa, Sekolah Menengah Berasrama Penuh dan Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama sebagai sampel kajian. Seramai 3471 (43.4%) orang murid Tingkatan Empat yang
berumur 16 tahun bagi sekolah menengah, manakala 4533 (56.6%) orang murid Tahun
Enam berumur 12 tahun bagi sekolah rendah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini juga
melibatkan 1115 guru sekolah menengah dan 1466 guru sekolah rendah. Jadual 1 dan
Jadual 2 menunjukkan profil murid dan guru yang mengambil bahagian dalam kajian
ini.

Jadual l
Taburan Murid Menurut Jantina, Umur; dan Jenis Sekolah
Bilangan Murid
Profil Murid Jumlah Murid
Sekolah Menengah Sekolah Rendah
Jantina Lelaki 1261 1705 2966
Percmpuan 2210 2828 5038
Umur 12 tahun 4533 4533
16tahun 3471 3471
Jenis SK ~ saso
Sekolah SJKl'-'J 999 999
SJK(T) 284 284
SMK 3030 3030
5MBP 165 165
SMKA 180 180

Jadual 2
Taburan Profil Guru Menurut Jantina, Lokasi dan Jenis Sekolah
.
Ciri-ciri Bilangan Guru lumlah
Demografi

Sekolah Menengah Sekolah Rendah

lantina Lelaki 298 374 672


Perempuan 817 1092 1909
44 Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

Lokasi Bandar 572 774 1346


Luar bandar 543 692 1235
Jenis
Sekolah SK 1012 1012
SJK(C) 340 340
SJK(T) 103 103
SMK 1003 1003
SMBP 58 58
SMKA 54 54

Instrumen kajian
Instrumen kaiian merupakan dua set soal selidik; satu set untuk guru pelaksana dan satu
set lagi untuk murid. Bagi meneliti pandangan guru dan pelajar tentang kesan program
NILAM terhadap tabiat membaca, 8 item telah dibina bagi setiap set soal selidik dan skala
Likert lima poin digunakan. Nilai koefisien kebolehpercayaan instrumen ini adalah .79.
Item-item soal selidik dan temu bual yang digunakan dibina pasukan penyelidik sendiri
berdasarkan tinjauan literatur. Data soal selidik diproses menggunakan statistik
deskriptif. Data temu bual dikumpul dan diproses menggunakan cara pendekatan tema.
Maklumat daripada temu bual digunakan untuk menyokong maklumat daripada soal
selidik selain mendapatkan maklumat tambahan.

DAPATAN

Dapatan kajian ini dikemukakan dengan membentangkan pandangan murid terhadap kesan
program NILAM ke atas tabiat membaca terlebih dahulu dan diikuti dengan pandangan
guru pelaksana.

Pandangan Murid Terhadap Kesan Program NILAM ke Atas Tabiat Membaca


Secara keseluruhan, murid sekolah rendah bersetuju bahawa Program NILAM memberi
kesan yang positif terhadap tabiat membaca mereka (min = 3.51). Persetujuan yang tinggi
ditunjukkan oleh semua murid dari semua jenis sekolah rendah terhadap pernyataan
bahawa Program NILAM mendorong mereka suka dan banyak membaca sehinggakan
mereka mengisi masa lapang dengan membaca (item 1,6 dan 8). Persetujuan yang paling
rendah didapati pada item 5 (murid membaca di mana-mana sahaja), Ini menunjukkan
murid memilih tempat untuk membaca, mungkin yang sesuai bagi mereka.
Apabila dibandingkan min antara jenis sekolah rendah, didapati min untuk semua
item lebih rendah bagi SJK(C) berbanding SK dan SJK(T). Ini mungkin menggambarkan
bahawa kesan Program NILAM ke atas tabiat membaca adalah dianggap lebih positif
oleh murid SK dan SJK(T) berbanding dengan murid SJK(C). (Sila rujuk Jadual 3).
Analisis varian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap
kepercayaan 99% di antara ketiga-tiga kumpulan murid dalam persepsi mereka mengenai
kesan Program NILAM.
Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya 45

Jadual 3
Kesan Program NILAM Terhadap Tabiat Membaca Menurut Pandangan Murid Sekolah
Rendah
Jenis Sekolah
Bil. Item
SK SJK(C) SJK(T)
1 Program NILAM mendorong saya banyak min 4.53 4.2 4.65
membaca. sd ,68 .84 .66

2 Program NILAM mendorong saya membaca min 4.02 3.74 4.32


buku setiap hari. sd .88 1.0 .90

3 Program NILAM mendorong saya meminjam min 3.99 3.89 4.25


lebih banyak buku. sd .94 1.1 .97

4 Program NILAM menggalakkan saya meminjam min 3.80 3,59 3.69


buku di perpustakaan. sd 1.0 1.2 1.3

5 Saya membaca di mana-mana sahaja. min 3.70 3.56 3.66


sd .95 1.1 1.1
6 Saya mengisi masa lapang dengan membaca. min 4.46 4.35 4.53
sd .75 .85 .85
7 Semenjak Program NILAM dilaksanakan di min 4.36 3.98 4.53
sekolah saya semakin banyak membaca buku. sd .83 1.1 .80

8 Program NILAM membuat saya lebih suka min 4.53 4.09 4.67
membaca. sd .76 1.0 .70

Nota: Bagi tujuan analisis, skor min telah dikelompokkan seperti berikut: 1,00 - 2.50 = tahap tidak bersetuju, 2.51 - 3.50 =
tahap persetujuan sederhana, 3.51 - 5.00 = tahap persetujuan tinggi.

Jadual 4 pula menunjukkan pandangan murid sekolah menengah terhadap kesan Program
NILAM ke atas tabiat membaca. Pola persetujuan murid sekolah menengah didapati
menyamai persetujuan murid sekolah rendah kerana min persetujuan bagi item 1, 6 dan
8 paling tinggi. Ini menunjukkan Program NILAM berjaya bukan sahaja mendorong
pelajar membaca tetapi membaca lebih banyak, serta mengisi masa lapang dengan
membaca. Tetapi apabila dibandingkan min persetujuan murid sekolah menengah dengan
murid sekolah rendah, didapati min persetujuan murid sekolah menengah lebih rendah
bagi hampir kesemua item. Ertinya, tahap persetujuan adalah lebih tinggi bagi murid
sekolah rendah. Kemungkinan perkara ini berlaku kerana pelajar sekolah menengah lebih
menumpukan kepada membaca bahan akademik bagi menghadapi dua peperiksaan yang
penting - PMR dan SPM.
Dari sudut lokasi pula, terdapat sedikit perbezaan dalam persepsi pelajar mengenai
kesan Program NILAM di antara sekolah menengah bandar dan di luar bandar. Persetujuan
pelajar-pelajar di sekolah menengah bandar didapati lebih rendah untuk item no. 3
(Program NILAM mendorong saya meminjam lebih banyak buku), item no. 4 (Program
NILAM menggalakkan saya meminjam buku di perpustakaan) dan item no. 5 (Saya
membaca di mana-mana sahaja) daripada pelajar sekolah menengah luar bandar. Ujian-
46 Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

t juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap kepercayaan 99%
bagi kedua-dua kumpulan pelajar. Ini menggambarkan bahawa secara amnya Program
NILAM dianggap lebih positif oleh pelajar-pelajar sekolah menengah di luar bandar. Ini
mungkin disebabkan lebih penekanan diberikan kepada Program NILAM di sekolah-
sekolah tersebut berbanding dengan sekolah-sekolah di kawasan bandar.

Jadual 4
Kesan Program NILAM Terhadap Tdbiat Membaca Menurut Pandangan Pelajar Sekolah
Menengah
Bil Item Lokasi Sekolah
Bandar Luar Bandar

1 Program NILAM mendorong saya banyak mm 3.95 4.26


membaca. sd .96 .80
Program NILAM mendorong saya membaca buku min 3.37 3.71
23 setiap hari. sd 1.0 .89
Program NILAM mendorong saya meminjam lebih min 3.45 3.76
banyak buku. sd 1.0 .93

Program NILAM menggalakkan saya meminjam min 3.29 3.51


45 buku di perpustakaan. sd 1.1 .95
Saya membaca di mana-mana sahaja. min 3.41 3.52
sd 1.1 .93

6 Saya mengisi masa lapang dengan membaca. min 3.98 4.12


Membaca meningkatkan pengetahuan saya. sd .96 .83

7 Semenjak Program NILAM dilaksanakan di sekolah min 3.55 3.86


saya semakin banyak membaca buku. sd 1.1 .98

8 Program NILAM membuat saya lebih suka min 3.67 4.04


membaca. sd 1.2 .94

Nota: Bagi tujuan analisis, skor min telah dikelompokkan seperti berikut: 1.00 - 2.50 = tahap tidak bersetuju, 2.51 - 3.50 =
tahap persetujuan sederhana, 3.51 - 5.00 = tahap persetujuan tinggi

Pandangan Guru Terhadap Kesan Program NILAM ke Atas Tabiat Membaca


Pelajar
Merujuk kepada Jadual 5, secara keseluruhan guru sekolah rendah mendapati Program
NILAM dapat menyemai tabiat membaca di kalangan murid (item 5) disamping
menggalakkan murid bersaing (item 3) dan mendorong murid lebih banyak membaca
(item 4). Min bagi item-item ini adalah yang tertinggi berbanding item-item yang lain.
Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya 47

Jadual 5
Kesan Program NILAM Terhadap Tabiat Membaca Murid Menurut Pandangan Guru
Sekolah Rendah
Bil Item Jenis Sekolah Rendah
SK SJK(C) SJK(T)

1 Saya mendapati murid-murid semakin geraar mm 3.90 3.73 3.85


membaca mdalui Program NILAM. sd .80 ,79 .87
2 Pelaksanaan Program NILAM meningkatkan min 4.03 3.85 4.05
prestasi akademik sekolah saya. sd .74 .91 .83

3 Program NILAM menggalakkan pelajar bersaing min 4.33 3.96 4.13


untuk banyak membaca. sd .63 .77 .77
4 Ganjaran dalam Program NILAM mendorong min 4.24 3.63 4.12
murid lebih banyak membaca. sd .73 .92 .71
5 Program NILAM dapat menyemai tabiat membaca min 4.36 4.21 4.30
di kalangan murid. sd .648 .62 .61
6 Program NILAM menggalakkan murid membaca min 4.23 4.12 4.15
pada masa lapang di sekolah. sd .68 .69 .65
7 Program NILAM berjaya menggalakkan murid min 3.90 3.62 3.79
yang lemah membaca. sd .82 .90 .91

8 Program NILAM tidak menggalakkan murid min 3.74 3.83 3.81


cemerlang membaca. sd 1.0 .96 1.0

Nota: Bagi tujuan analisis skor, min dikelompokkan seperti berikut: 1.00 - 2.50 = tahap tidak bersetuju, 2.51 - 3.50 = tahap
persetujuan sederhana, 3.51 - 5.00 = tahap persetujuan tinggi.

Namun, keseluruhan guru bersetuju bahawa Program NILAM tidak menggalakkan pelajar
cemerlang membaca. Ini mungkin disebabkan pelajar cemerlang sememangnya telah rajin
membaca dan program NILAM tidak member! kesan kepada mereka. Keadaan ini lebih
ketara di SJKC berbanding sekolah rendah jenis yang lain.
Tahap persetujuan guru SJK(C) juga didapati lebih rendah terhadap keseluruhan item
berbanding guru SK dan SJK(T). Ini mungkin disebabkan penekanan terhadap Program
NILAM di SJK(C) tidak sekuat di SK dan SJK(T). Jadual 5 menunjukkan kedudukan
tahap persetujuan ini.
Guru sekolah menengah turut memberi persetujuan yang tinggi bahawa Program
NILAM dapat menyemai tabiat membaca di kalangan pelajar (min = >4,12). Berdasarkan
Jadual 6, didapati guru SMKA mempunyai persepsi yang lebih tinggi terhadap
pelaksanaan Program NILAM. Min yang tinggi didapati pada item 3,4,5 dan 6 yang jelas
menunjukkan guru sekolah ini bersetuju bahawa program NILAM dapat menggalakkan
pelajar bersaing untuk membaca, membaca lebih banyak, menyemai tabiat membaca dan
membaca pada masa lapang. Bagaimanapun, kesemua guru sekolah menengah bersetuju
bahawa Program NILAM tidak menggalakkan murid cemerlang membaca.
48 Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

Jadual 6
Kesan Program NILAM Terhadap Tabiat Membaca Pelajar Menurut Pandangan Guru
Sekolah Menengah
Bil Item Jenis Sekolah Menengah
SMK SMKA SBP
1 Saya mendapati murid-murid semakin gemar rmn 3.29 3.49 3.24
membaca melalui Program NILAM. sd .96 .93 .97
2 Pelaksanaan Program NILAM meningkatkan min 3.68 3.79 3.79
prestasi akademik sekolah saya. sd .92 .80 .74

3 Program NILAM menggalakkan pelajar min 3.84 4.07 4.02


bersaing untuk banyak membaca. sd .88 .78 .60

4 Ganjaran dalam Program NILAM mendorong min 3.81 4.02 3.91


murid lebih banyak membaca. sd .93 .90 .77

5 Program NILAM dapat menyemai tabiat min 4.10 4.18 4.23


membaca di kalangan murid. sd .74 .66 .47

6 Program NILAM menggalakkan murid min 3.93 4.05 4.04


membaca pada masa lapang di sekolah. sd .81 .58 .66

7 Program NILAM berjaya menggalakkan murid min 3.63 3.90 3.83


yang lemah membaca. sd .94 .77 .71

8 Program NILAM tidak menggalakkan murid min 3,51 3.40 3.51


cemerlane membaca. sd .98 1.0 1.1

Nota: Bagi tujuan analisis skor, min dikelompokkan seperti berikut: 1.00 - 2.50 = tahap tidak bersetuju, 2.51 - 3.50 = tahap
persetujuan sederhana, 3.51 - 5.00 = tahap persetujuan tinggi.

Hubungkait Pelaksanaan dengan Dapatan Tentang Kesan Program NILAM


Terhadap Tabiat Membaca
Dapatan kajian telah memberi gambaran tentang pandangan murid dan guru terhadap
Program NILAM dan ia dapat dirumuskan seperti berikut:
• Secara umum, murid dan guru sekolah rendah dan menengah berpandangan
positif tentang keupayaan program NILAM dalam memupuk tabiat membaca.
• Secara keseluruhannya program NILAM berjaya bukan sahaja mendorong pelajar
membaca tetapi membaca lebih banyak, serta mengisi masa lapang dengan
membaca terutama di sekolah luar bandar.
• Namun, persepsi positif murid sekolah rendah lebih tinggi daripada murid sekolah
menengah.
• Persepsi positif murid ini juga berbeza-beza antara sekolah kebangsaan dengan
sekolah jenis kebangsaan dan sekolah menengah bandar dengan luar bandar.
- Murid SK dan S JK(T) lebih positif terhadap program NILAM berbanding
murid SJK(C).
Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya 49

- Murid sekolah luar bandar lebih positif terhadap program NILAM


berbanding murid sekolah bandar.
• Tahap persetujuan guru SJK(C) lebih rendah daripada guru SK dan SJK(T).
• Persepsi guru SMKA lebih positif berbanding guru sekolah menengah yang lain.
• Menurut pandangan guru di sekolah rendah dan menengah, program NILAM
tidak menggalakkan murid cemerlang membaca.
• Matlamat program NILAM dalam memupuk tabiat membaca belum tercapai
sepenuhnya.
Jika dibanding dapatan kajian NILAM ini dengan dapatan kajian pembacaan ekstensif
seperti di Sanaa, Yaman (Davis, 1995) dan 'The Book Flood Project' oleh Elley dan
Manghubai (1983) di Fiji dan Singapura (Elley, 1991) dan 'Guided Extensive Reading
Programme' oleh Ratnawati Mohd Asraf dan Ismail Sheikh Ahmad(2003) di Malaysia
temyata terdapat banyak persamaan dari segi kesan positif sesuatu program membaca
seperti peningkatan kepada sikap suka membaca itu sendiri selain peningkatan penguasaan
bahasa dan prestasi akademik. Kajian Krashen (1993) terhadap membaca secara sukarela
(voluntary reading) di dalam dan luar sekolah pada banyak negara merumuskan bahawa
membaca perseorangan secara sukarela dan berterusan (sustained independent reading)
menghasilkan kefahaman membaca, stail menulis, perbendaharaan kata, ejaan dan
perkembangan nahu yang lebih baik. Hayashi (1999) juga mendapati bahawa pembacaan
ekstensif memberi kesan yang positif dalam aspek kemahiran membaca dan nahu di
dalam bahasa Inggeris oleh pelajar universiti di Jepun jika dibandingkan dengan mereka
yang kurang membaca.
Gambaran yang lebih jelas dan rumusan lebih tepat dapat dibuat apabila dapatan
di atas dibandingkan dengan dapatan bersumberkan responden guru besar dan guru
penyelaras dari sudut pelaksanaan Program NILAM.

Pandangan Guru Besar dan Guru Penyelaras Terhadap Tatacara Pelaksanaan


Program NILAM
Kajian ini juga memungut data kualitatif tentang pelaksanaan program melalui soalan
terbuka dan temu bual separa berstruktur dengan guru besar dan guru penyelaras.
Persoalan kajian seperti kefahaman, proses pelaksanaan, kekangan, cara mengatasi
cabaran dan cadangan penambahbaikan diguna pakai untuk mendapatkan maklumat
kualitatif tersebut. Pemilihan sampel secara rawak berstrata berasaskan populasi sekolah
rendah dan menengah seluruh negara menghasilkan sejumlah 534 orang guru besar dan
pengetua dan 534 orang guru penyelaras.
Berdasarkan hasil analisis didapati wujud langkah-langkah tertentu yang diambil
oleh kedua-dua pihak ini dalam melaksanakan Program NILAM. Langkah-langkah
tersebut adalah seperti berikut:
1. Menubuhkan jawatankuasa pelaksana atau jawatankuasa program NILAM di
peringkat sekolah.
Jawatankuasa ini dianggotai oleh guru PSS, guru Bahasa Melayu dan guru
Bahasa Inggeris. Jawatankuasa ini dipertanggungjawabkan melaksanakan
Program Nilam. Penubuhan jawatankuasa ini berdasarkan garis panduan
yang dikeluarkan oleh BTP.
50 Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

2. Mengadakan mesyuarat guru.


Mesyuarat ini diadakan bagi tujuan:
• Merancang dan melaksanakan aktiviti program NILAM
• Menetapkan satu waktu dalam jadual waktu untuk masuk ke
perpustakaan (diambil daripada subjek bahasa)
• Mengadakan taklimat kepada murid, dan ibubapa
• Menentukan kursus untuk diikuti oleh guru
• Menjalankan pemantauan dan penilaian
• Mendapatkan kerjasama Penyelaras PSS untuk menentukan bahan
bacaan adalah mencukupi, mengurus pinjaman pukal dan individu
dan mempromosi pelajar menggunakan PSS

3. Menyediakan rekod dan pelaporan


Dalam konteks ini, pelajar telah dijelaskan agar merekod bacaan mereka dan
rekod ini akan disahkan oleh guru pelaksana yang terdiri daripada guru BM,
BI dan BC. Setelah itu rekod-rekod dikumpul, dianalisis dan disimpan.

4. Mengadakan promosi dan insentif.


Untuk menggalakkan pelajar melibatkan diri dengan program ini, sudut
NILAM diadakan di dalam kelas dan tempat-tempat lain di kawasan sekolah.
Selain itu, papan skor kelas disediakan dan bulan membaca dianjurkan oleh
sekolah. Anugerah diberikan kepada pelajar pada perhimpunan mingguan,
bulanan dan pada hari anugerah.

Berdasarkan paparan dapatan di atas, kelihatan bahawa tatacara yang dilaksanakan oleh
pengetua, guru besar dan guru penyelaras yang dikaji adalah sejajar dengan saranan dalam
buku panduan Program NILAM. Ini bermakna tatacara yang ditentukan boleh dianggap
sesuai untuk dilaksanakan oleh sekolah. Namun, ini tidak bermakna tatacara ini dapat
dilaksanakan dengan lancar memandangkan terdapat pelbagai cabaran dan kekangan
yang dihadapi seperti kewangan, pengurusan, pemantauan dan kemudahan. Perkara ini
dapat dilihat dengan jelas apabila kesediaan guru pelaksana ditinjau.

Kesediaan Guru Pelaksana Melaksanakan Program NILAM di Sekolah


Sebelum melihat kepada kesediaan guru melaksanakan Program NILAM di sekolah,
pasukan pengkaji cuba mengenal pasti tugas-tugas utama yang dijalankan oleh guru-
guru pelaksana dalam melaksanakan Program NILAM di sekolah mereka. Beberapa item
mengenai tugas guru dalam melaksanakan Program NILAM seperti yang terdapat dalam
buku panduan NILAM dimasukkan dalam soal selidik guru pelaksana. Responden diminta
menyatakan tahap persetujuan mereka terhadap item-item tersebut dengan menggunakan
skala Likert 5 mata. Rumusan respon daripada guru sekolah menengah dan sekolah rendah
adalah seperti dalam Jadual 7.
Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya 51

Jadual 7
Tugas Guru dalam Melaksanakan Program NILAM
Bil. Item Sekolah Sekolah
Menengah Rendah

1 Saya memastikan setiap murid memiliki Buku nun 4.10 4.58


Rekod Bacaan NILAM sd .98 .64
2 Saya memastikan setiap raurid merekod bahan IBffl 4.01 4,49
bacaan yang dibaca dalam Buku Rekod Bacaan sd .99 .66
NILAM
3 Saya memastikan semua murid terlibat dalam min 4.15 4.57
Program NILAM sd .95 .63
4 Saya perlu terlibat dalam menyediakan pelan min 3.51 3.73
rancangan pelaksanaan (Rancangan Tahunan) sd 1.04 .91
Program NILAM untuk sekolah

5 Saya perlu merancang program NILAM seperti min sd 3.55 3.77


dirancang oleh pihak sekolah 1.01 .85
6 Saya perlu melaksanakan aktiviti Program NILAM min 4.00 4.22
seperti yang dirancang oleh pihak sekolah sd .81 .67

7 Saya membawa murid ke pusat sumber sekolah min 3.72 4,30


mengikut jadual yang ditetapkan sd 1.05 .80

Jadual 7 menunjukkan bahawa bagi guru-guru pelaksana di sekolah menengah, tugas


utama mereka dalam pelaksanaan Program NILAM ialah memastikan semua murid
terlibat dalam Program NILAM dan memastikan setiap murid memiliki Buku Rekod
Bacaan NILAM. Respon guru-guru pelaksana di sekolah menengah juga menggambarkan
bahawa mereka kurang terlibat dalam menyediakan rancangan pelaksanaan tahunan bagi
Program NILAM dalam perancangan aktiviti penambahbaikan. Keadaan yang serupa
juga ditunjukkan di kalangan guru-guru sekolah rendah. Namun begitu, min yang lebih
tinggi bagi respon guru-guru sekolah rendah mungkin menggambarkan bahawa guru-
guru pelaksana di sekolah rendah lebih aktif melaksanakan Program NILAM berbanding
dengan guru-guru pelaksana di sekolah menengah. Mungkin kerana itu, persepsi murid
sekolah rendah lebih positif berbanding dengan pelajar sekolah menengah.
Di samping tugas-tugas berkenaan pelaksanaan Program NILAM, guru-guru juga
diminta memberikan pandangan tentang kemampuan infrastruktur sokongan dalam
membantu melaksanakan program NILAM. Di dalam soal selidik guru pelaksana,
responden diminta menyatakan sama ada sekolah mereka mampu melaksanakan Program
NILAM dari segi bahan bacaan, kakitangan pusat sumber sekolah dan ruang. Bagi setiap
elemen tersebut, responden diminta memberikan pandangan dengan menyatakan YA atau
TIDAK. Rumusan respon guru tertera dalam Jadual 8.
52 Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

Jadual8
Kemampuan Infrastruktur Sokongan Dalam Membantu Melaksanakan Program
NILAM.
Pusat sumber sekolah saya mampu Sekolah Menengah Sekolah Rendah
melaksanakan Program NILAM dari aspek
YA TIDAK YA TIDAK

a. Bahan Bacaan
1033 82 1403 63
(92.6%) (7.4%) (95.7%) (4.3%)
b. Kakitangan Pusat Sumber
680 435 927 539
(61.0%) (39.0%) (63.2%) (36.8%)
c. Ruang
833 282 1094 372
(74.7%) (25.3%) (74.6%) (25.4%)

Jadual 8 menggambarkan bahawa di kedua-dua jenis sekolah, guru berpandangan bahawa


pusat sumber sekolah sangat bersedia dari segi bahan bacaan untuk melaksanakan Program
NILAM di sekolah mereka. Ini ditunjukkan oleh peratusan yang tinggi (92.6% bagi
sekolah menengah, 95,7% bagi sekolah rendah) yang menyatakan YA kepada pernyataan
berkenaan. Bagaimanapun, respon kurang memberangsangkan kepada dua elemen yang
lain, iaitu kakitangan pusat sumber dan ruang. Ini menggambarkan bahawa guru-guru
masih ragu-ragu dengan kesediaan pusat sumber sekolah untuk melaksanakan Program
NILAM dari aspek kakitangan pusat sumber dan ruang yang disediakan.
Akhir sekali, guru-guru diminta menyatakan sama ada mereka masih memerlukan
latihan untuk melaksanakan program NILAM di sekolah mereka. Jadual 9 memberi
rumusan respon guru sekolah menengah dan sekolah rendah tentang aspek berkenaan.

Jadual9
Keperluan Latihan Untuk Melaksanakan Program NILAM
Sekolah Menengah Sekolah Rendah
YA TIDAK YA TIDAK
Saya perlu diberi latihan dalam (71.8%) (28.2%) (77.6%) 329
pelaksanaan Program NILAM (22.4%)

Jadual 9 menunjukkan bahawa sebahagian besar guru-guru pelaksana (71.8%) di sekolah


menengah, 77.6% di sekolah rendah) masih memerlukan latihan dalam melaksanakan
Program NILAM di sekolah mereka. Ini menggambarkan bahawa dari segi kemampuan
untuk melaksanakan Program NILAM, sebahagian besar guru-guru masih kurang bersedia
dan masih memerlukan latihan untuk tujuan tersebut. Kesediaan guru dari segi masa,
minat, dan keyakinan terhadap Program NILAM perlu dikaji dengan lebih lanjut.

Cadangan Untuk Meningkatkan Keberkesanan Program NILAM


Daripada analisis dapatan kajian yang dibentangkan, didapati Program NILAM adalah
satu program yang boleh dikatakan telah berjaya pada peringkat sederhana dalam
Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya 53

usahanya untuk memupuk tabiat membaca. Data juga menunjukkan masih ada ruang
untuk menambahbaiki program ini dari segi pelaksanaan. (Perlu diingatkan bahawa
dapatan yang dibentangkan hanya merupakan laporan daripada responden semata-mata.
Kajian ini tidak merangkumi pemerhatian tentang bagaimana program ini sebenarnya
dijalankan didajam konteks sekolah yang pelbagai.)
Sikap dan motivasi pelbagai pihak di sekolah di dalam menjayakan Program
NILAM periu diperhalusi. Ini amat penting kerana perubahan kepada pemupukan budaya
membaca memerlukan kefahaman yang jelas agar ia memberi impak yang diingini kepada
sikap membaca. Latihan mengurus Program NILAM amat penting agar guru penyelaras
dan pengurusan sekolah dapat membina budaya membaca yang terancang.
Oleh itu, mungkin salah satu langkah yang perlu diambil dalam masa terdekat ini
adalah menjalankan analisis terperinci terhadap bantuan yang diperlukan pihak sekolah
supaya bantuan yang bermakna dapat diberikan. Pihak sekolah berkemungkinan dapat
mencadangkan beberapa langkah yang dapat diambil untuk menambahbaiki pelaksanaan
Program NILAM di sekolah masing-masing yang mungkin mempunyai keperluan yang
berbeza. Pelajar juga boleh digalakkan untuk mengambil peranan aktif dalam pengurusan
NILAM supaya mereka dapat merasakan mereka bertanggungjawab secara langsung
(atau mempunyai perasaan ''ownership") dalam menjayakan program ini.
Selain itu, semua pihak yang terlibat perlu diberi pemahaman yang jelas tentang
Program NILAM supaya program ini tidak disalah tafsir dan diketepikan. NILAM perlu
diintegrasikan dengan budaya dan amalan harian disekolah - bukan dianggap sebagai satu
aktiviti tambahan yang membebankan. Dalam suasana yang mementingkan pencapaian
akademik, adalah perlu ditegaskan dan dibuktikan bahawa kemahiran membaca boleh
membawa kepada kemahiran belajar. Ini memudahkan pemupukan budaya membaca dan
pencapaian objektif NILAM.

KESIMPULAN
Program NILAM adalah satu program membaca yang relevan di sekolah kerana ia
diterima oleh murid dan guru, khususnya dari sudut menyemai tabiat membaca. Namun,
penerimaan ini belum sampai ke tahap yang tertinggi kerana masih wujud masalah dalam
aspek pelaksanaannya, terutamanya dari segi keperluan latihan dan kemudahan. Masalah
ini boleh diperbaiki dengan memahami keperluan murid dan guru. Disamping itu, sikap
guru terhadap Program NILAM juga perlu diubah supaya mereka melihat program itu
sebagai sesuatu yang berfaedah dan memberi kepuasaan. Andainya perkara ini dapat
dilaksanakan sebaiknya, tidak mustahil rakyat Malaysia akan memiliki satu budaya yang
akan membangunkan negara ini ke arah kemakmuran, iaitu budaya membaca.
54 Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

RUJUKAN

Atan Long, Ghazali Othman, Mohd, Yunos Mohd. Nor, Zainal Abidin Ahmad, Mohd
Noor Abdullah & Yoong Suan. (1984). A survey on the reading habits and interests
of Malaysian people. Kuala Lumpur: DBP.
Bahagian Teknologi Pendidikan. (1998). Program NILAM: Konsep dan panduan
pelaksanaan di sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahagian Teknologi Pendidikan. (2003). Laporan pencapaian pelaksanaan Program
NILAM 2003. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bamford, J. (1984). Extensive reading by means of graded readers. Reading in a Foreign
Language, 2, 218-60.
Boys, T. (1987, November). Reading English without "translation." Kertas dibentangkan
di JALT '87 Conference, Tokyo.
Davis, C. (1995). Extensive reading: An expensive extravagance? English Language
Teaching Journal, 49(4), 329-336.
Dubin, R, & Olshtain, E. (1977). Facilitating language learning. New York: McGraw-
Hill.
Eikenberry, K. (2005). Ten ways to strengthen your reading habit. Ezine Articles. Dimuat
turun pada Julai 13,2005 daripada http://ezinearticles.com
Elley, W. B., & Manghubhai, F. (1983). The impact of reading on second language
learning. Reading Research Quarterly, 19, 53-67.
Grellet, F. (1981). Developing reading skills; A practical guide to reading comprehension
exercises. Cambridge, UK: Cambridge UP.
Hafiz, F. M., & Tudor, I. (1989). Extensive reading and the development of language
skills. ELT Journal, 43,4-13.
Hafiz, F. M., & Tudor, I. (1990). Graded readers as an input medium in L2 learning.
System, 18, 31-42.
Hamp-Lyons, E. (1983). Developing a course to teach extensive reading skills to
university-bound ESL learners. System, 11,303-12.
Hamrick, J. (1989, March). An independent reading component for the ESL reading class.
Paper presented at TESOL '89 Convention, San Antonio, TX.
Hayashi, K. (1999). Reading strategies and extensive reading in EFL classes. RELC
Journal, 30(2), 114-132.
Kalb, G. (1986). Teaching of extensive reading in English instruction at the senior
gymnasium level. (Die Didaktik des extensiven Lesens im Englischunterricht der
gymnasialen Oberstufe). Die Neueren Sprachen, 85,420-430.
Krashen, S. (1993). The power of reading. Englewood, CO: Libraries Unlimited. Laufer-
Dvorkin, B. (1981). "Intensive" versus "extensive" reading for improving
university students' comprehension in English as a foreign language. Journal of
Reading, 25,40-43.
Liu Zhiming. (2000). Reading is on the rise in China. 100-day Dialogue. Dimuat turun
padaOgos 12, 2005 daripada http://www.honco.net/100day
Lupardus, K. (1987, November). Intensive/extensive reading at the advanced level. Kertas
dibentangkan di JALT '87, Tokyo.
Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya 55

Marbe, A. (1979). The fourth book is quite easy, (Strategies and techniques for extensive
reading). Alon Lemorim LeanglitlEnglish Teachers' Journal (Israel), 21, 38-42.
McDuffee, L. (2004). Motivating middle school students to read - Aliteracy. [Atas
Talian]http://www.mapn.org/library.
Olshtain, E. (1976). First steps in extensive reading. Alon Lemorim Leanglit/English
Teachers'Journal (Israel), 16,39- 41.
Ratnawati Mohd. Asraf & Ismail Sheikh Ahmad (2003). Promoting English language
development and the reading habit among students in rural schools through the
Guided Extensive Reading Program. Reading in a Foreign Language, 15(2), 83-
102.
Robb, T. N., & Susser, B. (1989). Extensive reading vs. skills building in an EFL context.
Reading in a Foreign Language, 5,239-251
Saragi, T., Nation, I. S. P., & Meister, G. F. (1978). Vocabulary learning and reading.
System, 6,72-78.
Susser, B., & Robb, T. N. (1989). Extensive homework. The Language Teacher, 13(S),
7-9.
Tangitau, V. (1973), Intensive and extensive reading. TESL Reporter, 7(1), 7-9.
Vaughan, J. L., Jr. (1982). Instructional strategies.
Dim A. Berger & H. A. Robinson(Penyt.), Secondary school reading: What research
reveals for classroom practice
(pp. 67-84). Urbana, IL: ERIC Clearinghouse on Reading and Communications
Skills and the National Conference on Research in English.

You might also like