You are on page 1of 8

MODUL BESTARI ‘A’

PENGAJIAN AM KERTAS 2
2008

VOL 2 - SET 1
Edisi Guru

Unit Kurikulum
Jabatan Pelajaran Perak
BAHAGIAN A

ISU - PERUSAHAAN BATIK.

BIL IDEA HURAIAN


A. KEPENTINGAN PERUSAHAAN BATIK
1. Sumber pendapatan negara - Lakaran batik yang indah boleh dikomersialkan.
- Meningkatkan pendapatan negara melalui cukai.

2. Peluang pekerjaan - Mewujudkan peluang pekerjaan dalam industri


batik.
- Pendapatan yang diperoleh mampu meningkatkan
taraf hidup daripada pelbagai sumber dalam industri
batik.

3. Memperkembangkan - Kajian dibuat untuk mempelbagaikan produk batik,


penyelidikan dan pembangunan di samping menghasilkan corak baru yang bermutu.
- Memperkembangkan bakat semulajadi pengusaha
di samping mewujudkan institusi formal yang
menawarkan kemahiran seni batik.

4. Mengekalkan warisan - Kemahiran pemprosesan batik perlu diperturunkan


kraftangan tempatan kepada generasi muda.
- Mengekalkan corak batik yang bertemakan budaya
setempat.

5. Memperkenalkan identiti negara - Melambangkan imej negara yang berunsurkan alam


semula jadi seperti motif pucuk rebung yang
berunsur tradisional yang dipelbagaikan dan
disesuaikan dengan kehendak pasaran dalam dan
luar negara.

B. CABARAN
6. Persaingan - Negara-negara jiran seperti Thailand, Filipina dan
Indonesia juga menghasilkan batik.
- Wujud persaingan pasaran dan harga daripada
industri tekstil yang lebih murah.

7. Kekurangan modal - Sukar mendapat pinjaman dari institusi kewangan


kerana dianggap pelaburan berisiko / kurang
menguntungkan / pulangan lambat

8. Sikap pengguna. - Batik bukan menjadi pilihan utama kerana


menganggap produk tempatan tidak berkualiti.
- Mengutamakan produk lain dan yang berjenama.

9. Tenaga buruh. - Tenaga buruh kurang mahir dalam kalangan


keluarga sendiri.
- Golongan tua yang mewarisi bakat semakin ramai
yang meninggal dunia sedangkan golongan muda
tidak berminat mewarisinya / tiada generasi pelapis.

- Tenaga kerja sukar dicari kerana kebanyakan


mereka menerima upah yang rendah

10. Teknologi. - Industri batik menggunakan teknologi yang kurang


canggih.
- Masih menggunakan peralatan tradisional.
- Produktiviti berkurangan.

Contoh-contoh Soalan.

1. Kerajaan telah mewajibkan kakitangan kerajaan memakai pakaian batik pada setiap hari
Khamis. Bincangkan faedah daripada pelaksanaan dasar berkenaan.

Skema : 4 + 0

2. Pelbagai langkah telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengkomersialkan industri batik
di Malaysia. Bincangkan potensi dan masalah yang dihadapi oleh pengusaha batik dalam
memajukan industri ini.

Skema : 2 + 2
BAHAGIAN B

ISU : PENEROKAAN ANGKASA LEPAS

BIL IDEA HURAIAN


A : KEPENTINGAN / KEWAJARAN PENEROKAAN ANGKASA LEPAS
1. Telekomunikasi - Membawa penciptaan dan pelancaran satelit komunikasi
yang memungkinkan berita disebar ke seluruh dunia
dalam masa yang singkat.
- Memesatkan urusan perniagaan dan aktiviti komersial
sesama manusia
- Merapatkan perhubungan manusia.

2. Kaji cuaca dan pengesanan - Membolehkan pengkaji cuaca meramalkan keadaan cuaca
pencemaran alam. di bumi.
- Mengurangkan kesan-kesan malapetaka (kebakaran,
tsunami,gempa bumi).
- Satelit kaji cuaca membolehkan manusia lebih bersedia
menghadapi pelbagai cabaran alam sekitar

3. Perubatan - Membolehkan manusia mencipta pelbagai alat baru –


pakaian, makanan baru.
- Ujian-ujian perubatan yang dijalankan boleh menghasilkan
pelbagai pengetahuan perubatan baru.

4. Pertahanan. - Maklumat dari satelit-satelit pengintip yang dilengkapi


kamera canggih akan mengukuhkan kedudukan
pertahanan.

5. Sumber logam dan tenaga - Usaha penerokaan sumber galian.


baru - Memungkinkan manusia mencari sumber logam-logam
bagi menampung permintaan yang kian meningkat.

B. KESAN NEGATIF PENEROKAAN ANGKASA LEPAS


6. Keselamatan - Boleh membawa kepada pengorbanan jiwa jika pelepasan
kapal angkasa tidak dirancang dengan teliti
- Tragedi kapal angkasa Challenger yang meletup sebaik
sahaja dilancarkan pada tahun 1986 menyebabkan
kematian kepada semua anak kapal di dalamnya.

7. Pencemaran alam - Kemalangan satelit akan menyebabkan letupan yang kuat


- Kemungkinan berlaku kebocoran radiasi yang boleh
mencemarkan alam dan menjejaskan kesihatan manusia
di muka bumi.

8. ***Perbelanjaan yang tinggi - Menelan perbelanjaan yang amat tinggi


- Tidak menjadi pilihan negara dunia ke 3
- Perbelanjaan lebih baik disalurkan kepada bidang lain
yang lebih memerlukan seperti pendidikan, kesihatan

C. USAHA-USAHA UNTUK MEREALISASIKAN PENEROKAAN ANGKASA LEPAS DI


MALAYSIA
9. Penyediaan kursus-kursus - Bagi melahirkan tenaga kerja pakar / barisan modal insan
aeroangkasa di institusi negara dalam bidang aeroangkasa
pengajian tinggi - Unjuran tenaga kerja telah dirangka untuk tempoh tahun
2000 – 2020.
- IPTA yang telah menawarkan kursus berkaitan
aeroangkasa adalah UTM, UPM, UiTM dan UIAM
- Antara kursus yang ditawarkan adalah kursus
Kejuruteraan aeroangkasa
- Keperluan merekrut tenaga kerja bertauliah sebagai
jurutera, juruteknik dan mekanik

10. Pemindahan teknologi asing - Memeterai memorandum persefahaman (MOU) dengan


Agensi Angkasa Persekutuan Rusia (Roscosmos) bagi
membangunkan industri aeroangkasa Negara
- Program Angkasawan Negara telah dilancarkan pada 10
Oktober 2007 dan merupakan titik tolak kepada
pembangunan industri aeroangkasa termasuk satelit
- MOU dengan Roscosmos meliputi perjanjian untuk melatih
dan menghantar seorang lagi angkasawan negara, Mejar
Dr.Faiz Khaleed pada tahun 2010 / 2011

11. Menjalankan penyelidikan dan - Dilakukan oleh agensi yang terlibat secara langsung
Pembangunan (R&D) seperti Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) , CTRM dan
DCA (Jabatan Penerbangan Awam)
- R&D perlu untuk dijadikan pedoman arah tuju industri
aeroangkasa negara selain membuka peluang kerjaya
yang lebih banyak dalam bidang ini.

***idea ke 8 hanya boleh digunakan jika soalan berkaitan isu penerokaan angka lepas
dikeluarkan dalam bahagian A (laras sastera)

Soalan-soalan contoh :
1. Penyertaan Dr.Sheikh Muszaphar Shukor dalam misi penerokaan ke angkasa lepas
merupakan satu titik tolak kepada pembangunan industri aeroangkasa di negara kita.
Huraikan kewajaran penerokaan angkasa lepas di negara kita dan nyatakan usaha-usaha
untuk merealisasikannya.

Skema : 2 + 2

2. Walaupun penerokaan angkasa lepas membawa manfaat dari segi jangka panjang tetapi
implikasinya tidak harus dipandang ringan.
Bincangkan.

Skema : 2 + 2

BAHAGIAN E
10(a). Berdasarkan rajah di bawah, huraikan proses pengurusan bahan-bahan buangan secara
bersepadu. Jelaskan kepentingan penggunaan semula bahan-bahan buangan kepada
manusia.

PENGURUSAN BAHAN BUANGAN SECARA BERSEPADU

HASIL BUANGAN

ORGANIK Gas Cecair Pepejal BUKAN ORGANIK

Sisa Pertanian Kertas Kayu Kayan Kaca Logam Plastik


dan Penternakan a

KITAR SEMULA
Baja Kompos
INSINERATOR
TAPAK PELUPUSAN

Skema Jawapan

10 (a).

Pengenalan
- Selepas melalui proses pengilangan, produk akan dipasarkan kepada pengguna.
- Pengguna yang menggunakan produk akan menghasilkan bahan-bahan buangan berbentuk
organik dan bukan organik.

A: Kaedah-kaedah Pengurusan Bahan Buangan

1. Kitar Semula
- Bahan buangan bukan organik seperti kertas, kaca, logam dan plastik boleh dikitar semula.
- Bahan-bahan buangan ini akan diasingkan mengikut jenis ke dalam tong-tong yang berasingan
dan dihantar ke kilang primer untuk dikitar semula
- Bahan-bahan yang telah dikitar semula akan dijadikan barang-barang sekunder.
- Bahan organic daripada sisa buangan pertanian dan perhutanan boleh dikitar semula menjadi
baja, makanan ternakan binatang dan biojisim. Baja diproses melalui proses pereputan dan
penguraian sisa hasil pertanian.
- Pengurusan bahan buangan organic dapat menjimatkan kos, mengurangkan pencemaran.
- Bahan organic yang dikitar semula dapat melestarikan alam sekitar.

2. Insinerator
- Bahan organic seperti kayu kayan, kertas dan sisa buangan pepejal akan dibakar dalam sistem
pembakaran tertutup atau incinerator.
- Kaedah ini dapat mengurangkan risiko pencemaran dan melestarikan alam sekitar.
- Bahan bukan organik juga boleh dibakar pada tahap suhu tertentu untuk melebur atau menghurai
komponen seperti logam, kaca dan plastik.

3. Tanah Pelupusan
- Bahan organik akan dilupuskan dengan cara menanam sisa buangan seperti kertas dan sisa
pepejal.
- Bahan bukan organik juga boleh ditanam supaya bahan buangan tidak mencemarkan dan
membahaya kepada orang ramai.
- Sisa pepejal di tapak pelupusan akan dikitar semula untuk dijadikan baja dan penambakan tanah
rendah.

B: Kepentingan penggunaan semula bahan-bahan buangan.

1. Mengurangkan masalah pencemaran alam.


- Kitar semula boleh mengurangkan sampah dan pelepasan gas-gas toksik ke udara.
- Kualiti air terjamin.

2. Menjimatkan sumber alam semulajadi


- Mengurangkan kepupusan sumber alam semula jadi
- Kitar semula kertas mengurangkan kegiatan pembalakan dan pengeluaran pulpa kertas
- Kitar semula tin mengurangkan aktiviti perlombongan

3. Menghasilkan sumber tenaga baru


- Najis haiwan menghasilkan biogas, misalnya gas metana
- Sumber tenaga lebih murah, bersih dan mesra alam

Cadangan Skema :
Skema : 3+1
Isi : 4
Huraian : 8 (4 x 2)
Bahasa : 1
Rumusan : 2

Pilihan kaedah tidak perlu ikut urutan.

Skema Jawapan
10 (b).

Pengenalan
- Selepas melalui proses pengilangan, produk akan dipasarkan kepada pengguna pengguna yang
menggunakan produk akan menghasilkan bahan-bahan buangan berbentuk organik dan bukan
organik.

A: Kaedah-kaedah Pengurusan Bahan Buangan

Nota : ( Ikut skema jawapan 10 (a), no 1 hingga no 3 )

B: Langkah-langkah untuk menjayakan kempen kitar semula.

1. Kempen kesedaran melalui media massa.


- Menyedarkan masyarakat tentang kepentingan penjagaan persekitaran.
- Mendidik masyarakat tentang kitar semula boleh mengurangkan sampah dan mengurangkan
pelepasan gas-gas toksik ke udara.

2. Menambahkan bilangan pusat Kitar Semula

- Pusat Kitar Semula perlu diperluaskan ke kawasan luar bandar, sekolah, pusat tumpuan
masyarakat seperti stesen minyak, hospital, kompleks membeli belah.

3. Kerjasama pihak sekolah dan Pihak Berkuasa Tempatan

- Menganjurkan pertandingan pengumpulan bahan-bahan kitar semula antara kelas.


- Kelas yang pelajarnya paling banyak mengumpulkan bahan kitar semula diberikan penghargaan.
- Pertandingan diadakan setiap bulan.

Cadangan Skema : 3 + 1
Isi : 4
Huraian : 8 (4x2)
Bahasa : 1
Rumusan : 2

Pilihan kaedah tidak perlu ikut urutan

You might also like