You are on page 1of 4

MODUL BESTARI ‘A’

PENGAJIAN AM KERTAS 1
2008

VOL. 1 – SET 4
Edisi Pelajar

Unit Kurikulum
Jabatan Pelajaran Perak
1. Yang manakah benar berkaitan jawatan seorang Setiausaha Dewan Rakyat?
I Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
II Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan
III Tempoh perkhidmatan maksimum sehingga 65 tahun
IV Saraan daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan Persekutuan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

2. Yang manakah benar berkaitan kelebihan Dewan Rakyat berbanding Dewan Negara?
I Perdana Menteri mesti daripada Dewan Rakyat
II Mempunyai kata pemutus dalam rang undang-undang kewangan
III Jumlah keanggotaan Dewan Rakyat lebih ramai berbanding Dewan Negara
IV Elaun Parlimen ahli Dewan Rakyat lebih banyak berbanding Dewan Negara
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

3. Proses penggubalan Rang Undang-Undang Persekutuan

kabinet Menyediakan X Parlimen


draf Rang
Undang-undang

Yang manakah benar berkaitan penyataan dalam petak bertanda X?


A Pembentangan di kabinet untuk kelulusan
B Mendapat kelulusan Jabatan Peguam Negara
C Peringkat semakan oleh Setiausaha Dewan Rakyat
D Kelulusan Yang DiPertua Dewan Rakyat untuk sesi pembentangan

4. Yang manakah benar tentang syarat pindaan perlembagaan yang memerlukan sokongan
2/3 suara Parlimen dalam bacaan kali kedua, ketiga dan persetujuan Majlis Raja-Raja?
I Kepentingan kaum bukan Bumiputra Malaysia
II Status bahasa Kebangsaan dan bahasa-bahasa lain
III Perubahan persempadanan semula kawasan pilihan raya
IV Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra Sabah
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

5. Yang manakah benar berkaitan padanan dalam penyataan di bawah?

Jawatan Lantikan Saraan


I Setiausaha Politik Kabinet Kabinet
II Setiausaha Parlimen Perdana Menteri Parlimen
III Setiausaha Dewan Rakyat Kabinet Parlimen
IV Setiausaha Dewan Negara Yang di-Pertuan Agong Parlimen

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

2
6. Yang manakah benar peruntukan perlembagaan berkaitan kuasa perundanganYang di-
Pertuan Agong?
I Melantik Perdana Menteri
II Melantik Ahli Dewan Negara
III Melantik Setiausaha Dewan Rakyat
IV Melantik Suruhanjaya Pilihan Raya
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

7. Yang manakah benar tentang syarat kehilangan kelayakan seseorang ahli Parlimen?
I Meletak jawatan
II Dipenjara tidak kurang daripada dua belas bulan
III Tidak mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya
IV Tidak hadir persidangan Dewan Parlimen melebihi 3 bulan tanpa kebenaran Dewan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

8.
Hanya penasihat undang-undang negeri mengambil bahagian dalam prosiding

Penyataan di atas merujuk kepada negeri


A Perak C Sarawak
B Sabah D Pulau Pinang

9. Yang manakah benar tentang jawatan Setiausaha Parlimen ?


I Saraan ditentukan oleh kabinet
II Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
III Dilantik dalam kalangan ahli Parlimen
IV Membantu menteri menjawab soalan di Parlimen
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

10. Yang manakah benar tentang jawatan yang secara langsung bergantung kepada keputusan
suatu pilihan raya?
I Menteri
II Perdana Menteri
III Setiausaha Dewan Rakyat
IV Ahli Dewan Undangan Negeri
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

11. Yang manakah benar berkaitan status hilang kepercayaan ahli Dewan Rakyat terhadap
Perdana Menteri?
A Membubarkan Parlimen C Meletak jawatan
B Mengadakan pilihan raya D Rombakan kabinet

3
12. Yang manakah benar tentang jawatan yang boleh dijawat oleh ahli Dewan Negara?
I Menteri
II Perdana Menteri
III Ahli Dewan Undangan Negeri
IV Ketua Jawatankuasa Penyemak Akaun Awam
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

13.
Saiz Pasu Harga Sebiji (RM)
Besar 12
Sederhana 10
Kecil 5

Puan Siti telah membeli 7 biji pasu besar. Ibunya menyuruh dia menukar semua pasu itu
dengan beberapa biji pasu kecil dan sekurang-kurangnya satu biji pasu sederhana. Hitung
baki wang pembelian itu.
A RM2 C RM4
B RM3 D RM5

14.
Tempoh Kadar bayaran
1 jam pertama RM3.00
30 minit seterusnya atau sebahagian RM1.40

Berdasarkan jadual di atas, berapakah bayaran yang perlu dibayar oleh Azman jika dia
meletakkan keretanya dari 1400 hingga 1545.
A RM4.00 C RM5.80
B RM4.40 D RM7.20

15. Perbezaan jarak antara dua bas station, P dan Q ialah 120km. Sebuah bas berlepas dari P
pada 0945 untuk pergi ke Q. Jika secara purata bas bergerak selaju 80km/j, kirakan masa
untuk sampai ke Q.
A 1015 C 1135
B 1115 D 1225

You might also like