You are on page 1of 5

MODUL BESTARI ‘A’

PENGAJIAN AM KERTAS 1
2008

VOL. 2 – SET 3
Edisi Pelajar

Unit Kurikulum
Jabatan Pelajaran Perak
1. Yang manakah benar tentang prinsip Islam Hadhari?
I Kerajaan yang adil dan beramanah
II Mengubah pemikiran rakyat melalui media massa
III Pembangunan ekonomi rakyat yang seimbang dan komprehensif
IV Mewujudkan persekitaran fizikal yang baik dan persekitaran sosial yang
mengutamakan nilai-nilai murni
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

2.
Menjalinkan kerjasama urusan perniagaan dan
X menyebarkan maklumat ekonomi kepada negara-
negara membangun.

Badan X yang menjalankan fungsi di atas ialah


A Suruhanjaya Selatan-Selatan
B Kumpulan Lima Belas (G15)
C Order Baru Ekonomi Dunia (NIEO)
D Pusat Pertukaran Data Pelaburan, Perdagangan dan Teknologi Selatan (SITTDEC)

3.
Menawarkan pelbagai kursus dan
latihan di pusat-pusat latihan

Skim X
Peserta dibayar elaun

Peserta kursus perlu menjalani


latihan praktikal

Skim X yang dimaksudkan di atas ialah


A Program Latihan Khidmat Negara C Program Penguasaan Bahasa Ingeris
B Program Pembangunan Eksekutif D Program Latihan Siswazah Menganggur

4. X

Menjamin pengagihan kekayaan Menghapuskan jurang perbezaan antara negara


dunia yang lebih adil membangun dengan negara perindustrian

Penyataan di atas berkaitan dengan X


A Suruhanjaya Selatan-Selatan C Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)
B Order Baru Ekonomi Dunia (NIEO) D Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)

2
5.
Membuktikan komitmen Malaysia dalam
Deklarasi Kuala Lumpur

Malaysia X
Memperjuangkan hak asasi dengan
memboikot Afrika Selatan
Deklarasi Kuala Lumpur
Peranan X di atas adalah tanggungjawab Malaysia dalam
A Suruhanjaya Selatan-Selatan
B Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
C Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
D Pertubuhan Negara-Negara Komanwel

6.
Suara Dunia Ketiga Mempercepatkan Program
X Kerjasama Selatan-Selatan

Maklumat X di atas merujuk kepada


A D-8 C Pertubuhan Negara-Negara Komanwel
B Kumpulan Lima Belas (G15) D Pergerakan Negara-Negara Berkecuali

7. Yang manakah langkah kerjasama ekonomi Kumpulan Lima Belas (G15)?


I Berjaya menstabilkan harga komoditi utama
II Menyediakan mekanisme kewangan yang lebih cekap
III Menghapuskan masalah hutang antara negara anggota
IV Mewujudkan Pusat Pertukaran Data Pelaburan, Perdagangan dan Teknologi Selatan
(SITDEC)
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

8. Yang manakah tujuan utama melaksanakan Perjanjian Perdagangan Bebas (IFTA) seperti
yang diputuskan dalam Forum Ekonomi Islam Sedunia 2005?
I Membentuk sebuah pasaran bersama.
II Meningkatkan perdagangan dalam pasaran global
III Meningkatkan keberkesanan perdagangan sesama negaraanggota OIC.
IV Mengadakan hubungan perdagangan dengan negara perindustrian bukan anggota
OIC.
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

9. Yang manakah mempunyai kaitan yang rapat dengan Kumpulan Ekonomi Asia Timur
(EAEC)?
I Sekretariat APEC di Singapura
II Sekretariat ASEAN + 3 di Indonesia
III Kawasan Perundingan Bebas ASEAN-China )AFTA-China)
IV Keaggotaan China dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO)
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

3
10. Yang manakah benar tentang Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ?
I Isu-isu ekonomi merupakan agenda utama pergerakan ini.
II Penubuhannya digerakkan melalui Persidangan Asia
III Zon Bebas Nuklear merupakan antara isu yang diperjuangkan pertubuhan ini
IV Pengistiharan Bandung 1955 merupakan kesepakatan bersama pertubuhan ini
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

11. Yang manakah berkaitan tujuan Kerjasama Selatan-Selatan?


A Meningkatkan hubungan dengan negara mundur
B Mengadakan hubungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
C Mengadakan kerjasama bagi meningkatkan hubungan dengan negara Komanwel
D Membolehkan negara membangun membincangkan pembangunan sosio-ekonomi

12. Yang manakah yang berkaitan dengan matlamat Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
(NAM) yang diasaskan melalui Konferensi Bandung?
I Mementingkan kerjasama ekonomi
II Mengutamakan hak asasi manusia
III Menghormati kedaulatan, kemerdekaan dan keutuhan wilayah
IV Menuntut Order Baru Ekonomi Dunia (NIEO) yang lebih adil
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

13. Di sebuah sekolah terdapat 1650 orang murid. 1/15 daripada murid pindah sekolah dan
302 murid baru masuk ke sekolah tersebut. Sekarang sekolah itu mempunyai berapa ramai
orang murid ?
A 1942 C 1742
B 1842 D 1642

Soalan 14 dan 15 berdasarkan Carta 1 di bawah ini.

Carta 1 : Malaysia : Mangsa Jenayah Seksual bagi Tahun 1999 dan 2000

1999 2000
Bawah 15 Bawah 15
tahun tahun
16.24% 16.74%

21 tahun 15 - 17 21 tahun
ke atas tahun ke atas
11.31% 15 - 17
37.82% 34.59%
tahun
17 - 21 19.60%
17 - 21
tahun
tahun
34.64%
29.07%

Jumlah : 973 kes Jumlah : 1087 kes

(Sumber : Dipetik dan diubahsuai dari Laporan Jabatan Statistik PDRM, 2001)

4
14. Di peringkat umur berapakah mencatat peratusan peningkatan yang tertinggi antara tahun
1999 dan 2000 ?
A Bawah 15 tahun C 17 hingga 21 tahun
B 15 hingga 17 tahun D 21 tahun ke atas

15. Yang manakah penyataan yang benar tentang Carta 1 di atas ?


I Peningkatan peratusan terendah antara dua tahun ialah kategori umur 21 tahun ke
atas.
II Bilangan mangsa perkosa bagi kategori 15 tahun ke bawah telah meningkat sebanyak
22 kes.
III Bilangan mangsa perkosa bagi kategori 17 tahun ke bawah adalah sebanyak 213 kes
bagi tahun 2000.
IV Pada tahun 2000, jumlah mangsa perkosa bagi kategori umur 21 tahun ke atas kurang
dari segi peratus tetapi lebih dari segi kes berbanding tahun 1999.
A I dan III C II dan III
B I dan IV D II dan IV

You might also like