You are on page 1of 48

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS TUN HUSSEIN ONN


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
AMBILAN JAN. 2012

ELM3101
PENGENALAN KEPADA KONSEP
ASAS PENDIDIKAN MORAL
NAMA

: TAN PEI WEN

ANGKA GILIRAN

: 2012291340163

NO.KAD PENGENALAN

: 920706-01-5194

KUMPULAN

: PISMP SEMESTER 3 2012 / BC 2

PENSYARAH

: EN. MOHD. DZULKIFLI BIN A.JALIL

TARIKH SERAHAH

: 12 APRIL 2013

BIODATA

Nama

: Tan Pei Wen

Jantina

: Perempuan

No. Kad Pengenalan : 920706-01-5194


Tarikh Lahir

: 6 Julai 1992

No. Telefon

: 017-7717342

E.mail

: p.wen0706@hotmail.com

Alamat

: Kampung Bukit Batu, 83200 Senggarang, Batu Pahat,


Johor.

Opsyen

: BC 2

Ambilan

PISMP JAN 2012

SENARAI KANDUNGAN
SENARAI KANDUNGAN .................................................................................................3
PENGHARGAAN.............................................................................................................4
1.0 NILAI AGAMA DALAM SIKHISME.............................................................................5
2.0 LAPORAN : CARA MENGAMALKAN DAN MENGHAYATI AGAMA SERTA
KEPENTINGANNYA......................................................................................................12
PENGENALAN:.......................................................................................................... 13
ISI :............................................................................................................................. 13
PENUTUP:................................................................................................................. 36
3.0 REFLEKSI................................................................................................................ 37
4.0 BIBLIOGRAFI........................................................................................................... 43

PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya berasa syukur dan ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Tuhan kerana memberikan masa yang cukup kepada saya dan
tubuh badan yang sihat untuk menyiapkan kerja kursus mata pelajaran
Pengenalan Kepada Konsep Asas Pendidikan Moral.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
mata pelajaran ini, iaitu En. Mohd. Dzulkifli Bin A.Jalil. Saya suka menghadiri
kuliah mata pelajaran ini kerana saya mempunyai seorang pensyarah yang adil,
bertanggungjawab, dan berdisiplin.

Semasa saya menjalankan tugasan ini,

beliau sentiasa memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya supaya
saya dapat memahami kehendak kerja kursus ini.
Tambahan

pula,

saya

ingin

mengambil

kesempatan

ini

untuk

mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya atas bimbingan dan
dorongan mereka. Selain itu, ibu bapa saya telah memberi bantuan kewangan
kepada saya supaya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini. Bimbingan dan
sokongan ibu bapa telah memberi keyakinan kepada saya untuk menyiapkan
kerja kursus pendek ini.
Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakanrakan sekelas saya kerana mereka telah memberi bantuan kepada saya.
Apabila saya menghadapi masalah, saya akan berbincang dan mendapat
bantuan daripada rakan sekelas saya. Mereka sentiasa berkongsi idea dengan
saya dan memberi penerangan kepada saya supaya saya dapat faham dengan
selanjutnya.
Sebagai konklusinya, saya berasa bersyukur kerana saya mempunyai
seorang pensyarah yang sentiasa memberi bimbingan dan dorongan kepada
saya dalam menjalankan kerja kursus pendek ini. Akhirnya, saya masih ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah, ibu bapa dan rakan
sekelas saya.
4

1.0 NILAI AGAMA


DALAM
SIKHISME

Ni l ai Agama Dal am
Si khi sme (97-03). ppt

10

11

2.0 LAPORAN : CARA


MENGAMALKAN DAN
MENGHAYATI AGAMA
SERTA
KEPENTINGANNYA

12

PENGENALAN:
Agama adalah pegangan yang harus ada dalam diri setiap manusia.
Tanpa pegangan agama, maka akan goyahlah kehidupan manusia. Peranan
agama yang paling dominant adalah ia dapat menjadi pemangkin kepada
pembangunan manusia. Pegangan agama juga dapat menjadi asas kepada
ketamadunan dan acuan kepada latar budaya masyarakat. Agama juga dapat
membentuk pandangan semesta seseorang dan sesebuah masyarakat serta
perilaku dan tindakan mereka dalam kehidupan. Ini dapat dilihat dari segi
pertuturan,perilaku dan gaya hidup seseorang manusia. Selain itu, agama
memainkan peranan yang vital dalam membentuk pandangan dunia dalam
kehidupan manusia serta mendatangkan ketengan dan keamanan di kalangan
penduduk dunia sehinggakan agama itu dijadikan sebagai sumber kekuatan dan
mekanisme yang berpengaruh dalam pembentukan keamanan serantau.

ISI :
Saya merupakan rakyat Malaysia beragama Buddha.

Agama Buddha

merupakan manusia, bukannya dewa. Siddhartha Gautama boleh menjadi


Buddha, segalanya bergantung kepada keupayaan dan kecekalannya sendiri,
bukannya dilahir semula jadi. Buddha adalah benar sama rata kepada semua.
Sehubungan dengan itu, saya mengamalkan dan mengamalkan agama saya
dengan melayan orang lain tanpa mengira status atau tahap kehidupan
mereka seperti kaya ataupun miskin.

Saya menganggap mereka sama rata

dalam mata Buddha. Sebagai contoh, sebagai bakal guru pada masa hadapan,
saya akan melayan anak murid saya dengan adil dan saksama serta tidak
mempunyai perasaan berat sebelah, khasnya terhadap murid yang lebih
cerdik pandai.
Selain itu, saya juga tidak akan memberi perhatian yang lebih banyak
terhadap anak murid yang lebih kaya atau status masyarakat ibu bapa mereka
13

yang tinggi. Sebaliknya, saya akan memberi perhatian dan tumpuan terhadap
murid yang lebih lemah dalam bidang akademik atau pencapaian
kokurikulum serta murid yang lebih miskin supaya saya lebih memahami
mereka dan seterusnya dapat membantu mereka atau meringankan beban
kehidupan mereka. Dengan mempunyai kasih sayang daripada saya, muridmurid dapat belajar dengan seronok semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.

Gambar 1 : Membantu orang miskin.


Kepentingan melayan orang lain tanpa mengira status atau tahap
kehidupan mereka ialah saya akan dihormati oleh setiap lapisan masyarakat.
Undang-undang agama dan tatasusila memimpin manusia ke dunia kehidupan
yang bermakna dan mengikat mereka kepada amalan-amalan yang kuno, percaya
kepada kepercayaan-kepercayaan yang karut.

Seseorang yang memegang

prinsip agama harus akan mempunyai keyakinan kepada kebijaksanaan


manusia dan hidup saling hormat-menghormati.

Sehubungan dengan itu,

saya juga akan menjadi seorang yang berbudi bahasa.

Tambahan pula,

sekiranya semua orang mangamalkan amalan murni ini, masyarakat yang


harmoni akan wujud dan seterusnya negara Malaysia akan menjadi negara yang
disanjung tinggi oleh negara lain kerana sentiasa bersedia membantu orang.
Agama Buddha juga tidak mengabaikan agama lain atau mengutuk
agama lain sebagai agama jahat. Agama Buddha mengakui semua jenis agama
14

di dunia ini dan membezakan semua agama dengan kefahamannya yang susah
atau senang, bukannya dibezakan dengan mengatakan cirinya baik atau buruk
Buddhisme adalah demokrasi dan kebebasan. Oleh itu, saya tidak menjadi
seorang yang melayan orang lain mengikut agama dan budaya mereka.
Sebagai contoh, semasa saya ternampak seseorang cedera akibat kemalangan
jalan raya, saya akan memberi bantuan sepenuhnya kepada mereka dan
bukannya mengira kaum, agama, budaya dan adat resam mereka. Hal ini
kerana saya lebih mementingkan perpaduan dan nyawa seseorang. Sekiranya
sesebuah rakyat negara mementingkan perpaduan dan sentiasa sedia
membantu orang tanpa mengira agama mereka, negara tersebut akan maju
dan menjadi teladan kepada negara lain.
Kepentingan tidak menjadi seorang yang melayan orang lain mengikut
agama dan budaya mereka ialah saya dapat hidup dengan gembira dan
bergaul dengan masyarakat yang penuh dengan perpaduan. Dengan itu,
masyarakat yang bertoleransi antara satu sama lain akan diwujudkan.
Malaysia mempunyai tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Jika
diselusuri dari sejarah, kaum cina berasal dari negara cina dan berhijrah ke
Tanah Melayu bekerja sebagai peniaga. Manakala India berasal dari negara
India yang bekerja sebagai penoreh getah apabila sampai di Tanah Melayu.
Kini, negara kita sebuah negara yang majmuk, yakni mempunyai pelbagai
bangsa dan kaum. Sebagai negara Malaysia yang berbilang bangsa, sekiranya
semua rakyat mengamalkan sikap saling hormat-menghormati, masyarakat
yang aman dan harmoni akan wujud.

Selanjutnya, negara Malaysia akan

menjadi model dan teladan kepada negara lain kerana mementingkan


perpaduan.

15

Gambar 2 : Perpaduan antara rakyat Malaysia.


Bagi mengamalkan dan menghayati agama saya dalam kehidupan, saya
tidak akan melakukan perlakuan atau tingkah laku yang kejam iaitu
membunuh atau tidak mengancam nyawa orang lain. Hal ini kerana nyawa
sangat penting bagi seseorang.

Sehubungan dengan itu, saya tidak akan

membunuh seseorang yang menyakiti hati saya atau membahayakan nyawa


saya. Sebaliknya, saya akan mengambil langkah yang rasional untuk mengatasi
masalah yang saya hadapi dan bukannya mengamalkan sikap bunuhmembunuh.

Sebagai contoh, saya akan menasihati orang tersebut atau

melaporkan kepada polis supaya cara yang lebih efektif dan berkesan dapat
diambil dengan segera.
Kepentingan saya mengamalkan sikap ini ialah saya dapat hidup dalam
negara yang aman dan menikmati kehidupan yang selamat. Tidak memberi
ancaman kepada pihak lain serta mewujudkan muhibah adalah elemen yang
biasa dijumpai dalam agama. Sesuatu agama yang tenteram ialah berdasarkan
prinsip tidak membahayakan diri dan orang lain, pengikutnya harus memelihara
kehidupan yang harmoni, bebas dan aman. Selain itu, ahli keluarga saya juga
tidak perlu risau dengan kehidupan saya kerana saya tidak melakukan perkara
yang kejam. Sesuatu agama yang berunsur muhibah dan kasih sejati adalah
berasaskan pengorbanan, berkhidmat untuk kebajikan dan kebahagiaan orang
lain. Sehubungan dengan itu, saya dapat menikmati kehidupan saya yang pebuh
16

dengan bahagia dan tenteram.

Selain itu, masyarakat akan menjadi aman

kerana bebas daripada masalah sosial seperti pembunuhan.


Sebagai seorang rakyat Malaysia beragama Buddha, saya akan
menyambut Hari Wesak pada setiap tahun.

Hari Wesak merupakan hari

terpenting bagi penganut ugama Buddha kerana hari Wesak melambangkan


kelahiran, kesedaran, dan kematian Gautama Buddha. Sehubungan dengan itu,
sebagai penganut Buddha, saya akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu
pagi untuk memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para
sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras".
Selepas itu, saya akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari
Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah
kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut ugama Budha
di seluruh dunia.
Kepentingan yang saya dapat sekiranya saya merayakan Hari Wesak,
saya akan terlindung kepada Buddha.

Ini membawa maksud menyanjungi

Buddha sebagai Guru Agung yang telah menunjukkan cara untuk mendapat
kedamaian dalam kehidupan. Selain itu, saya juga mendapat perlindungan
kepada Dhamma yang bermaksud keyakinan serta mengamalkan ajaran Buddha
untuk mendapat kedamaian dalam hidup iaitu Nibbana. Saya juga mendapat
kebaikan iaitu terlindung kepada Sangha yang bermaksud mendapat sokongan
serta menyokong sesama umat Buddha dalam mengamalkan ajaran Buddha.
Sehubungan sengan itu, saya dapat menjadi seorang yang beragama dan
bersuci dalam kehidupan. Sekiranya saya menyambut Hari Wesak dengan
ahli keluarga saya, keluarga saya akan menjadi ceria dan riuh-rendah.

17

Gambar 3 : Menyambut Hari Wesak


Tambahan pula, saya juga tidak mengamalkan sikap atau tabiat buruk
seperti mencuri dan tidak mengancam harta benda orang lain.

Semua

pemilikan bagi setiap orang telah ditentukan oleh Tuhan dan kita tidak dapat
mengubahnya dengan sikap tamak dan sikap mementingkan diri. Oleh itu, saya
tidak akan mencuri barang atau harta benda orang lain walaupun saya hidup
dalam keadaan yang susah dan teruk. Sebagai contoh, sekiranya saya lupa
membawa wang semasa membeli makanan di kantin, saya tidak akan mencuri
wang ringgit rakan saya, sebaliknya saya akan meminjam daripada rakan saya
dan memulangkan kepada mereka selepas itu. Selain itu, saya ingin membeli
sebuah kamera yang canggih dan mahal serta saya tidak mempunyai
kemampuan untuk membelinya, saya juga tidak akan mencuri wang ahli
keluarga atau rakan saya untuk membeli kamera tersebut ataupun mencuri
kamera tersebut di kedai.

18

Gambar 4 : Tidak mencuri harta benda orang lain.


Pada masa yang sama, prinsip keagamaan yang piawai telah dilonggarkan
untuk memenuhi permintaan yang dicemari serta fikiran yang mementingkan diri
sendiri.

Sehubungan dengan itu, saya tidak akan menyesuaikan tatatertib

moral yang universal untuk memenuhi ketamakan atau nafsu tetapi saya
berusaha untuk menyelaraskan diri kepada tatatertib-tatatertib ini. Tatasila
keagamaan telah diperkenalkan

oleh guru-guru agama yang menyedari cara

hidup yang mulia di mana ia boleh memimpin ke arah keamanan dan


kebahagiaan. Sebagai contoh, sekiranya saya tidak mematuhi tatasila agama dan
telah melanggar undang-undang universal, di mana saya akan mengalami akibat
atau kesan yang tidak baik. Hal ini kerana mengikut agama Buddha, seseorang
yang tidak berbuat baik akan mengalami akibat yang buruk melalui

prinsip

sebab-musabab.
Kepentingan mengamalkan sikap tidak mencuri barangan orang lain ialah
maruah saya akan terpelihara dan orang lain juga akan menghormati saya
dengan bersukarela untuk berkomunikasi dengan saya dengan sopan.
Kebajikan, kebebasan dan

kebahagiaan nyawa hidup akan saya nikmati

sekiranya saya melalukan seseuatu yang baik.

Prinsip keagamaan harus

digunakan secara positif untuk memperbaiki kualiti kehidupan bagi semua


kewujudan. Tetapi pada hari ini, manusia telah dirosakkan dan telah terkeluar
dari jalan yang sebenar jika dipandang dari segi

prinsip keagamaan.

Tidak

bermoral dan amalan-amalan jahat telah menjadi perkara biasa dan orang-orang
yang berpegang kuat kepada agama akan mengalami kesulitan untuk mencuba
memelihara prinsip-prinsip agama di dunia moden ini. Sehubungan dengan itu,
dengan mengamalkan prinsip atau amalan agama ini, saya akan mendapat
kebaikan.

Selanjutnya, masyarakat yang bersopan santun dan berbudi

bahasa akan wujud di negara Malaysia dan seterusnya menjadi teladan positif
kepada negara lain.

19

Selain itu, saya juga tidak berzina atau tidak mengancam kesucian
orang lain.

Saya tidak akan mempunyai sikap cemburu terhadap

seseorang. Sebagai contoh, semasa saya tidak menang dalam pertandingan


melukis, saya tidak akan cemburu terhadap rakan yang menjuarai kemenangan
atau mengeluarkan kata-kata yang mengancam kesucian dan menyakiti hati
mereka seperti mengatakan bahawa kemenangan mereka dicapai melalui
rasuah. Sebaliknya, saya akan mengucapkan taniah kepada mereka dan terus
berusaha untuk melukis dengan sebaiknya serta menjadikan mereka sebagai
model atau teladan saya supaya saya mempunyai peluang untuk mendapat
kemenangan pada pertandingan yang diadakan pada masa akan datang.
Kepentingan

saya

mengamalkan

sikap

tidak

berzina

atau

tidak

mengancam kesucian orang lain ialah saya dapat hidup dengan gembira dan
disukai oleh orang lain. Saya juga akan mencapai kemajuan diri pada masa
akan datang. Hal ini kerana dengan sikap terbuka dan tiada sikap cemburu,
saya dapat sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemajuan dan pencapaian
sendiri.

Sebagai contoh, sekiranya saya sentiasa mengeluarkan perkataan-

perkataan yang mampu mengancam kesucian orang lain, saya akan dibenci oleh
mereka kerana perkataan tersebut adalah tidak tepat dan benar.

Lama-

kelamaan, masyarakat yang bermoral tinggi akan wujud kerana setiap orang
mengamalkan sikap hormat-menghormati.
Di samping itu, saya juga tidak berbohong dan tidak mengancam
reputasi orang lain.

Sebagai contoh, semasa saya lupa menyiapkan kerja

rumah saya, saya akan memberitahu kepada pensyarah dengan jujur dan tidak
akan mencipta satu alasan untuk menipu pensyarah. Selain itu, jika rakan saya
disalah faham oleh guru akibat kejadian kecurian, saya akan membantu rakan
saya dengan menjelaskan peristiwa benar kepada guru bahawa dia tidak terlibat
dalam kes curi, saya tidak akan menipu bahawa dia adalah pencuri. Hal ini akan
menyebabkan reputasi dan imejnya terjejas. Sehubungan dengan itu, saya akan
menjadi seorang yang jujur.

20

Gambar 5 : Tidak berbohong dan sentiasa jujur.


Kepentingan tidak berbohong dan tidak mengancam reputasi orang lain
idak terhadap saya ialah saya boleh mendapat kepercayaan daripada orang
lain dengan mudah dan akan dihormati oleh setiap orang serta mudah mendapat
kawan yang setia.

Sebagai contoh, sekiranya saya sentiasa menipu dan

bercakap sesuatu yang tidak benar dan tepat, orang sekeliling akan menjauhi
saya dan tidak akan percaya dengan perkataan-perkataan yang saya cakap. Hal
ini kerana mereka sudah tidak percaya kepada saya.
Bagi mengamalkan dan menghayati agama, saya tidak akan meminum
arak dan tidak mengancam rasional sendiri dan keselamatan orang lain.
Arak merupakan ialah minuman beralkohol yang menyebabkan seseorang
menjadi mabuk, tidak sedarkan diri, terlena, dan sebagainya. Biasanya minuman
keras mengakibatkan atau menimbulkan hal yang negatif bagi si peminumnya.
Buddha memang mengharamkan arak sejak sekian lama. Sebabnya, ia lebih
mendatangkan mudarat kepada manusia berbanding sedikit kebaikan yang
diperolehi daripadanya.

Pengharaman arak atau minuman alkohol itu bukan

sahaja oleh agama Buddha, malah turut disokong oleh agama lain. Sebagai
contoh, saya tidak akan mengambil arak walaupun sambutan hari perayaan
atau sokongan daripada kawan.

Hal ini kerana saya berasa bahawa

seseorang yang minum arak akan melakukan perkara yang tidak rasional akibat
kehilangan akal.

Mereka mungkin tidak tahu apa yang dilakukannya

21

sehingganya mengancam keselamatan orang yang kurang bernasib seperti


memandu kereta semasa mabuk.

Gambar 6 : Tidak meminum arak.


Kepentingan tidak meminum arak atau tidak mengancam rasional sendiri
dan keselamatan orang lain ialah saya dapat menjaga imej dan maruah
sendiri. Setiap agama mempunyai konsep dan hukumannya yang tersendiri bagi
perbuatan jahat yang dilakukan. Mengikut sesetengah agama, seseorang ditakdir
oleh Tuhan selama-lamanya kerana penderhakaannya. Ada yang mengatakan
wujudnya sebab dan akibat disebabkan undang-undang semula jadi dan kesan
dari perbuatan jahat yang dilakukan akan ditanggung oleh dirinya bagi sesuatu
tempoh tertentu. Sehubungan dengan itu, saya tidak akan dikenakan hukuman
atau

tindakan

undang-undang

akibat

melakukan

kesalahan

yang

membahatakan keselamatan atau nyawa orang lain. Dengan itu, ahli keluarga
saya tidak perlu selalu bimbang dengan kehidupan saya. Saya turut dapa
menikmati kehidupan yang gembira dan ska ria dengan ahli keluarga yang
saya hormati dan sayangi.

22

Gambar 7 : Menikmati kehidupan yang gembira dengan keluarga


Sebagai penganut agama Buddha, saya akan mengamalkan dan
mengahayati agama Buddha dengan mempercayai hukum Jalan Lapan Lapis
Mulia. Sehubungan dengan itu, saya akan mengamalkan prinsip pandangan
yang betul.

Dalam masyarakat yang serba moden ini, manusia mudah

terpengaruh oleh pelbagai jenis idea, pendapat, pandangan yang baik dan buruk.
Manusia senang terkeliru dengan tayangan filem, video, televisyen, radio,
gambar-gambar menarik dan novel-novel tertentu yang menyebabkan ia
terbabas dari jalan yang benar dan pandangan yang betul. Maka Pandangan
yang Betul penting bagi kita untuk memahami dan mengetahui sesuatu dalam
keadaannya yang sebenar, dan bukan apa yang boleh diperhatikan dalam
bentuk luaran sahaja. Sehubungan dengan itu, saya akan sentiasa mengingati
diri supaya tidak terpengaruh dengan anasir-anasir negatif yang mampu
mengancam minda suci saya dan melakukan kesalahan. Sebagai contoh,
sekiranya rakan saya ugut saya untuk melakukan sesuatu ang tidak baik, saya
akan bertindak rasional dan menolak permintaan mereka serta menasihati
mereka supaya jangan berbuat demikian.
Sehubungan

dengan

itu,

kepentingan

yang

saya

dapat

ialah

mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan dan dikenakan hukuman


oleh pihak berkuasa atau Tuhan.

Dengan itu, saya dapat hidup dengan

aman dan damai, tidak akan mempunyai kerisauan atau kebimbangan


akibat melakukan sesuatu yang tidak baik. Di samping itu, saya juga akan
23

mempunyai minda kelas pertama, mempunyai idea dan pandangan yang


positif dan sihat.

Sebagai bakal ini, saya berasa minda yang sihat sangat

penting untuk mendidik generasi akan datang dan melahirkan anak bangsa
yang bermentaliti positif serta berpengetahuan akhlak dan mulia.

Gambar 8 : Saya tidak akan dikenakan hukuman kerana tidak melakukan


kesalahan atau melanggar undang-undang negara.
Tambahan pula, saya juga akan mengamalkan dan menghayati agama
saya dengan mempunyai fikiran yang betul. Fikiran yang betul adalah faktor
yang kedua dalam Jalan Tengah atau Jalan Lapan Lapis Mulia. Ia merupakan
perkembangan dari Pandangan yang Betul. Fikiran yang Betul adalah penting,
kerana sesuatu yang dipertuturkan atau dilakukan seseorang itu berdasarkan
fikirannya. Sama ada sesuatu pertuturan atau perlakuan itu baik, senonoh atau
buruk bergantung kepada fikiran kita. Fikiran juga berfungsi lebih cepat daripada
yang lain dan pengaruhnya kepada kita dan dunia luar adalah begitu besar
sekali. Oleh itu, saya akan mengamalkan minda yang tidak terlalu
terangsang dengan godaan kebendaan. Sebagai contoh, saya tidak mudah
terpengaruh dengan godaan kebendaan walaupun diberi ganjaran atau
peneguhan positif. Sebagai contoh, sekiranya saya menjadi guru, saya tidak
akan member markah bonus kepada murid yang memberi ganjaran atau rasuah
kepada saya. Sebaliknya, saya akan menyemak kertas ujian murid dengan adil
dan saksama.

24

Selain itu, saya juga sentiasa mempunyai niat yang baik, murah hati,
dan fikiran simpati yang suci. Hal ini bermaksud saya tidak akan melakukan
sesuatu yang akan mencederakan orang lain atau diri sendiri.

Sebagai

contoh, saya boleh selalu bersedia untuk membantu seseorang yang


menghadapi masalah dan memerlukan bantuan.

Saya boleh melakukan

perlakuan ini dengan memberi makanan kepada orang miskin atau memapah
orang tua untuk menyeberangi jalan raya. Selain itu, saya juga tidak cuba
mencederakan makhluk lain atau sebaliknya berbelas kasihan kepada semua
makhluk yang dalam kesusahan.

Sebagai contoh, saya tidak melakukan

sesuatu yang mampu mengancam nyawa atau keselamatan orang lain.

Gambar 9 : Saya mangamalkan prinsip fikiran yang betul.


Kepentingan yang saya dapat melalui mempunyai fikiran yang betul ialah
saya akan dibalas baik. Fikiran yang betul membawa maksud keadaan mental
yang sentiasa menghapuskan idea atau pendapat yang salah

dan

memperkembangkan faktor-faktor moral lain yang boleh membawa ke


Nibbana. Sehubungan dengan itu, saya tidak akan mempunyai fikiran yang
berdosa dan memperkembangkan fikiran yang suci.
Di samping itu, saya juga akan mengamalkan dan menghayati agama
saya dengan mempunyai pertuturan yang betul. Pertuturan dalam erti kata
yang lain adalah menghormati kebenaran dan menghormati kebajikan orang
lain. Ini bermaksud kita mengelakkan diri daripada berbohong, menyebarkan
khabar-khabar angin, mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan orang lain
25

dan bercakap sia-sia. Sehubungan dengan itu, saya akan sentiasa menjaga
pertuturan saya supaya tidak mengeluarkan perkataan-perkataan yang berunsur
negatif dan menyakiti hati orang lain. Saya juga akan mengawal perbuatan
fizikal saya. Sebagai contoh, saya tidak akan bercakap bohong, menyebarkan
khabar

angin

yang

boleh

memecahbelahkan

persaudaraan

ataupun

menyebarkan satu kenyataan palsu yang boleh merosakkan kehormatan orang


lain, pertuturan yang menyakitkan, bercakap sia-sia yang tidak bermanfaat. Hal
ini kerana biasanya pertuturan begini menghiburkan diri-sendiri dan merosakkan
imej orang lain.

Gambar 10 : Saya menjadi seorang yang berbudi bahasa dengan mempunyai


pertuturan yang betul
Oleh itu, kepentingan yang akan saya dapat ialah dapat hidup dalam
keadaan yang aman dan hidup dalam masyarakat yang bersopan santun.
Biasanya kita pandang ringan terhadap kuasa pertuturan dan kurang mengawal
fakulti pertuturan kita. Kebanyakan masalah dan salah faham mungkin dapat
dielak jika kita berfikir sebelum bertutur dan bertutur dengan jujur serta
bersopan-santun. Sebaliknya lidah yang tidak dijinakkan boleh mendatangkan
pertelingkahan dalam keluarga, lebih-lebih lagi peperangan antara negara.
Pernah kita berasa sakit kerana percakapan tajam seseorang itu, begitu juga kita
pernah digalakkan dengan kata-kata yang manggak. Adakalanya kata-kata yang
menyakitkan boleh mendatangkan penderitaan yang lebih buruk daripada
26

senjata.

Sebaliknya pula, pertuturan yang betul mungkin dapat mengubah

fikiran dan minda seseorang penjenayah.


Maka, untuk hidup dalam satu masyarakat yang harmoni, perlulah kita
mengawal, memelihara dan menggunakan pertuturan secara positif. Dengan itu,
saya pasti mengatakan pertuturan yang benar yang boleh membawa
keharmonian, sopan dan bermakna. Tambahan pula, ahli keluarga saya akan
bangga dengan tutur kata saya yang bermoral. Saya juga dapat menjadi
teladan positif kepada adik-adik saya kerana kanak-kanak akan selalu mengikut
tingkah laku dan tutur kata abang kakak mereka.
Selain itu, saya juga akan melakukan perbuatan yang betul untuk
mengamalkan dan menghayati agama saya. Kelakuan moral perbuatan yang
betul termasuklah menghormati dan menghargai nyawa orang lain,
menghormati hak milik orang lain dan menghormati perhubungan peribadi.
Perbuatan yang Betul mengikut Jalan Lapan Lapis Mulia ini penting kerana ia
memberikan keselamatan, kedamaian dan menghapuskan kebimbangan pihak
yang lain. Kelakuan atau perbuatan mencorakkan peribadi kita. Tiada sesiapa
yang boleh memberikan kita keperibadian yang baik, setiap individu perlu
membentuk peribadinya dengan fikiran, perhatian, usaha, kesedaran dan
tumpuan masing-masing. Sehubungan dengan itu, saya akan menghindarkan
diri daripada membunuh, mencuri dan berzina. Sebagai contoh, saya akan
mengelakkan daripada mengambil nyawa yang kita sendiri tidak boleh berikan itu
dan cuba elakkan diri daripada mencederakan makhluk lain.
Bagi mengamalkan perbuatan yang baik, saya juga akan mengelakkan
diri daripada perbuatan mencuri dan sebaliknya hidup secara jujur.
Mengambil apa yang dimiliki orang lain tanpa kebenaran adalah seperti
mengambil kebahagiaan orang lain. Dalam dunia ini, tiada sesiapa yang ingin
dirompak atau dicuri. Hal ini demikian kerana perbuatan merompak pula boleh
melibatkan kekerasan, kezaliman dan juga pembunuhan. Contoh menghormati
perhubungan peribadi ialah mengelakkan diri daripada perhubungan seks yang
27

tidak wajar. Kawalan ke atas diri adalah lebih diperlukan daripada cuma bacaan
melalui buku-buku sahaja. Seseorang yang menjadi hamba kepada nafsu ini
walau betapa berkuasa pun, ia akan jatuh dari paras yang tertinggi ke paras
yang rendah.

Akan tetapi, Buddha tidak melarang perhubungan seks di

kalangan Buddhis biasa. Beliau memberi amaran mengenai apa yang salah
dalam memenuhi nafsu ini, misalnya berzina. Selain itu, saya juga tidak
berjudi. Sebagai contoh, semasa kawan mengajak saya untuk berjudi, saya
akan menolak ajakan mereka walaupun diberi kebaikan.

Gambar 11 : Saya tidak berjudi.


Dengan mengamalkan perbuatan yang baik, kepentingan yang saya
dapat ialah saya dapat hidup dalam keadaan yang bebas daripada kerisauan
dan kebimbangan.

Keluarga juga tidak akan mempunyai kerisuaan

terhadap rutin harian saya. Saya juga tidak akan dikenakan hukuman. Hal
ini kerana seseorang yang membunuh biasanya menderita dalam hayat ini dan
mungkin berakhir dengan sesuatu yang dahsyat. Setelah hayat ini pula, kamma
yang disebabkan oleh perbuatan yang kejam akan menyebabkan mereka
sentiasa dalam kesedihan. Kalau mereka dilahirkan dalam keluarga yang kaya,
berkuasa dengan kecantikan pun, hayatnya mungkin pendek.

Dengan itu,

negara akan menjadi selamat dan aman kerana tidak berlaku masalah sosial
seperti aktiviti kejam dan tidak bermoral.

28

Tambahan pula, saya juga akan melakukan pekerjaan yang betul untuk
mengamalkan dan menghayati agama Buddha. Pekerjaan yang betul ini
bermaksud mencari nafkah tanpa mendatangkan keburukan kepada
makhluk yang lain.

Pekerjaan yang betul bertujuan membawa perubahan

kepada seluruh kewujudan secara kolektif, pembentukan satu masyarakat yang


ideal. Jikalau seseorang atau sesuatu komuniti menyerah diri kepada kuasa
dosa dengan mempergunakan orang lain, ketenteraman dan keharmonian dalam
masyarakat itu akan terancam.

Sebagai contoh, saya akan mengelakkan diri

daripada memperdagang senjata.

Ini bermaksud membuat, menjual atau

terlibat dalam senjata-senjata seperti pedang, lembing, panah dan lain-lain.


Dalam konteks dunia yang serba moden ini, pekerjaan yang betul bererti
mengelakkan diri daripada membuat atau menjual senjata api, bom atau bom
atom yang dapat mengambil lebih banyak nyawa.
Selain itu, saya juga akan mengelakkan diri daripada menjual hamba
abdi iaitu mengelakkan daripada memperolehi keuntungan dengan cara
memperdagangkan manusia.
betul

dan

menjadi

Saya juga akan melakukan pekerjaan yang

seorang

guru

yang

bertanggungjawab

dengan

mengelakkan diri daripada pekerjaan menjual minuman keras. Pekerjaan ini


tidak digalakkan kerana ia membawa kesan buruk kepada minda, melemahkan
kesedaran dan semangat bertanggungjawab orang lain. Di samping itu, saya
juga mengelakkan diri daripada pekerjaan menjual racun.

Pada masa

Buddha, seseorang dapat menghapuskan musuhnya dengan mendapatkan


racun dan memasukkan racun ke dalam makanan musuhnya. Sehubungan itu,
pekerjaan ini dianggap sebagai pekerjaan yang tidak betul.

Kesimpulannya,

saya akan melakukan pekerjaan saya yang tidak mengakibatkan kesengsaraan


kepada makhluk lain.

29

Gambar 12 : Melakukan pekerjaan dengan betul.


Kepentingan yang saya akan nikmati sekiranya saya mengamalkan
pekerjaan yang betul ialah saya dapat melakukan pekerjaan saya dengan
gembira dan menikmati proses menjadi seorang guru yang bermentaliti
kelas pertama. Sebaliknya, sekiranya saya melakukan pekerjaan yang tidak
betul seperti yang disenaraikan, saya akan mempunyai perasaan bimbang dan
hidup dengan tidak aman kerana pekerjaan tersebut mampu merendahkan
maruah, menjejaskan imej saya.

Kesan buruk yang paling serius ialah

kemungkinan saya akan mencederakan dan mengancam nyawa orang lain. Jika
saya dapat menjadi seorang guru yang profesional pada masa akan datang,
saya akan dihormati oleh murid, ibu bapa murid dan setiap lapisan masyarakat.
Dengan itu, nama baik saya akan ditingkatkan dan seterusnya saya dapat
mengamalkan nama baik saya sepanjang umur.
Di samping itu, negara akan menjadi maju dalam bidang pendidikan
kerana mempunyai bakal guru yang bertanggungjawab, kasih sayang,
bermoral tinggi, bersahsiah baik dan berakhlak tinggi. Hal ini kerana modal
insan yang cemerlang dalam semua aspek akan dilahirkan sekiranya guru
sanggup mengamalkan prinsip positif ini. Seterusnya, bidang pendidikan negara
Malaysia dapat bertanding dengan luar negara yang maju, bak kata pepatah
duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.

30

Selain daripada itu, saya juga akan melakukan usaha yang betul.
Sehubungan dengan itu, saya akan berusaha menghalang timbulnya fikiran
yang tidak suci. Fikiran yang tidak suci termasuk tamak haloba, kebencian dan
kejahilan.

Seseorang itu berusaha memupuk tenaga dan memperkuatkan

mindanya. Sebarang fikiran tidak suci dan berdosa yang timbul disebabkan
rangsangan luar melalui penglihatan, pendengaran, menghidu, merasa dan
perasaan jasad.

Perkara-perkara ini dapat dikawal oleh seseorang dengan

usaha yang bersungguh-sungguh.

Sehubungan dengan itu, saya juga akan

menghapuskan fikiran tidak suci yang telah timbul. Sebagai contoh, saya
berazam kuat untuk menghapuskan fikiran tidak suci dan berdosa yang telah
timbul. Selain daripada itu, saya akan memupuk fikiran suci yang belum timbul
dengan bersungguh-sungguh memperkuatkan mindanya serta mengekalkan
objek yang bersesuaian untuk penumpuan.
Usaha yang betul dalam Buddhisma membawa implikasi tenaga mental
dan bukan kekuatan fizikal. Penganut-penganut Buddha sepatutnya tidak putus
asa atau memberhentikan usahanya. Dengan usaha yang betul juga, saya
dapat memelihara satu sikap yang positif dan bersungguh-sungguh dalam
segala

yang

kita

lakukan

sama

ada

kerjaya,

pelajaran

ataupun

mempraktikkan Dhamma. Dengan daya bersungguh-sungguh dan azam yang


kuat ini, barulah kita boleh memperolehi kejayaan.
Sehubungan dengan itu, kepentingan yang akan saya dapat ialah saya
boleh menikmati kehidupan saya dengan selesa dan bebas daripada
ketegangan.

Manusia sekarang mudah menjadi terburu-buru dan menjadi

tegang. Ekspresi, percakapan dan pergerakan mereka jarang menunjukkan


ketenteraman.

Jika kita berdiri di satu sudut di jalan raya yang sibuk dan

memererhatikan air muka manusia yang lalu-lalang, kita akan dapati kebanyakan
daripada mereka nampaknya gelisah dan tidak tenteram. Apabila dunia luar
adalah sibuk, dunia dalaman seseorang turut cenderung menjadi gelisah dan
hilang ketenteraman. Seseorang itu cuba mencari kebahagiaan di dunia luar,
akan tetapi tamadun moden di dunia luar ini tidak memberikan kebahagiaan
31

yang sebenar walaupun kemajuan sains dan teknologi seolah-olah telah


menukarkan dunia ini kepada syurga. Manusia masih tidak dapat mengawal
mindanya meskipun terdapat kemajuan dalam sains dan teknologi.
Tambahan pula, saya mengamalkan dan menghayati agama saya dengan
sentiasa mengingati diri supaya mempunyai kesedaran yang betul.
Kesedaran ini amat diperlukan dalam kehidupan kita setiap hari. Kesedaran yang
betul bermaksud sentiasa sedar akan segala yang kita lakukan pada setiap
masa, sama ada daripada segi kelakuan, pertuturan ataupun fikiran. Saya
akan sedar dan membuat pemerhatian terhadap perkara-perkara yang berlaku di
sekeliling kita. Saya juga tidak menjadi seorang pelalai yang tidak mengawal
perbuatan, pertuturan dan fikiran yang dipenuhi dengan sifat tamak, kegusaran
dan kejahilan.

Sebagai contoh, saya akan mengingati diri supaya berfikir

bahawa jadikan hari ini lebih baik daripada semalam.

Sekiranya saya

menghadapi masalah pada semalam, saya tidak akan sentiasa berasa sedih dan
putus asa, san sebaliknya menyambut hari esok dengan bersungguh-sungguh.

Gambar 13 : Saya mengamalkan prinsip kesedaran yang betul dengan


menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam.
Kesedaran yang betul boleh dikembangkan dengan sentiasa memberi
perhatian kepada empat aspek tertentu iaitu kesedaran ke atas jasad saya,
misalnya pernafasan, gaya dan pergerakan badan. Biasanya tiada sesiapa yang
cuba memberi perhatian kepada pernafasannya, tetapi dalam mempraktikkan
kesedaran pada pernafasan, kita sentiasa memerhatikan pernafasan. Ini
32

bertujuan menambah dan memupuk kuasa tumpuan kita dan memperoleh


ketenteraman jasad dan minda. Saya juga akan mempunyai kesedaran ke
atas perasaan. Ini dilakukan dengan menganalisa perasaan kita, sama ada
perasaan yang menyeronokkan atau tidak. Biasanya seseorang yang dalam
kepiluan terpaksa melayan perasaan yang tidak menyeronokkan, mereka tidak
suka pada perasaan ini. Sebaliknya mereka suka pada perasaan yang
menyeronokkan. Latihan kesedaran mental ini menolong seseorang mengalami
pelbagai jenis perasaan yang timbul tanpa berpaut padanya atau menjadi hamba
kepadanya. Sebagai contoh, saya akan sentiasa mengawal emosi saya dan
tidak mudah berasa marah terhadap sesuatu.

Sekiranya orang lain tidak

melayan saya dengan baik, saya tidak akan marah dan sebaliknya menerimanya
dengan sabar dan tabah.
Selain itu, saya juga akan mempunyai kesedaran ke atas minda saya.
Kesedaran ke atas minda berkaitan dengan menyedari timbulnya fikiran yang
tidak suci seperti tamak, marah, kejahilan.

Selain kesedaran ke atas minda

saya, saya juga akan mempunyai kesedaran ke atas objek-objek mental. Ini
berkenaan dengan keperluan yang terdapat dalam kamma, ajaran Buddha.
Sehubungan dengan itu, kepentingan yang akan saya dapat ialah saya
akan mempunyai minda yang sihat dan ceria.

Minda merupakan sesuatu

yang amat mengagumkan. Kalau kita dibandingkan dengan magnet, minda kita
adalah semacam daya magnet yang tidak dapat dilihat atau disentuh tetapi ia
mempunyai kuasa yang menakjubkan. Kesedaran yang Betul mengawal
seseorang daripada terbabas daripada jalan yang betul dan sebaliknya
menggalakkan seseorang itu untuk melakukan apa yang betul. Kesedaran
yang Betul yang sepenuh dan jelas akan membawa kepada kesempurnaan
meditasi.
Selain itu, saya juga akan mencapai kemajuan mental. Kesedaran yang
Betul ialah faktor mental yang mempertajamkan lagi daya pemerhatian kita dan
menolong kita dalam memperolehi Fikiran dan Pandangan yang Betul.
33

Kesedaran yang Betul adalah penting dan diperlukan dalam kehidupan harian
kita. Kita bertindak dalam kesedaran sepenuh terhadap tindakan, perasaan
dengan alam sekitar. Minda saya mesti sentiasa jelas dan tidak dikaburkan.
Melalui kesedaran ini, saya faham akan fungsi minda, bagaimana ia boleh
digunakan untuk sesuatu yang berfaedah. Kesedaran ini juga menyebabkan kita
belajar cara-cara untuk mengawal minda kita dan bukan tergoda
dengannya.
Di samping itu, saya juga akan mengamalkan dan menghayati agama
dalam kehidupan harian dengan mengamalkan sikap sentiasa percaya
kepada Tuhan.

Perkara ini bermaksud saya akan mempunyai keyakinan

wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan-Nya


berlandaskan pegangan agama. Saya akan mendekati dengan Tuhan dan
patuh kepada Tuhan serta tidak menentangkan suruhan Tuhan.

Sebagai

contoh, sekiranya saya menghadapai cabaran dalam kebidupan saya, saya


tidak akan berputus asa sebaliknya berusaha untuk menghadapi cabaran
tersebut dengan sabar dan tabah.

Hal ini kerana saya percaya bahawa ini

adalah cabaran yang diberi oleh Tuhan dan Tuhan inginkan saya menikmati
proses mendepani masalah sebelum mencapai kejayaan. Selain itu, saya juga
akan menjaga, mencintai dan menghargai alam sekitar kerana semua benda
makhluk merupakan ciptaan Tuhan dan saya tidak boleh merosakkan mereka.

Gambar 14 : Kepercayaan kepada Tuhan

34

Kepentingan yang akan saya nikmati ialah saya dapat mendekati Tuhan
dan menerima kurniaan daripada Tuhan.

Hal ini kerana saya tidak

mengingkari semua suruhan dan arahan Tuhan.

Oleh itu, Tuhan akan

menginzinkan saya untuk mencapai kejayaan selepas berusaha menghadapi


cabaran dan dugaan. Di samping itu, saya dapat hidup dengan alam sekitar
yang ceria dan penuh dengan alam semula jadi yang cantik.
Di samping itu, saya juga akan mengamalkan dan menghayati agama
dalam kehidupan harian dengan mengamalkan prinsip tumpuan yang betul.
Tumpuan yang betul merupakan proses melatih fikiran melalui meditasi.
Meditasi dalam konteks ini bererti melatih fikiran menumpu kepada sesuatu
objek. Objek itu boleh merupakan satu benda yang wujud seperti bunga atau
konsep seperti kasih sayang (metta).
Saya boleh mempraktikan meditasi dalam dua bentuk atau sistem
iaitu

tumpuan

minda

dan

celik

akal.

Tumpuan

minda

berfungsi

mententeramkan minda. Ini bererti penyatuan minda yang boleh dicapai dengan
memfokuskan minda pada satu-satu objek.

Celik akal melihat melebihi cara

biasa. Ini bukan melihat secara permukaan ataupun melihat dari segi bentuk
luaran tetapi melihat sifat sebenar sesuatu fenomena.

Di sini, saya dapat

perhatikan tiga ciri-ciri kewujudan semua fenomena. Sehubungan dengan itu,


saya akan menggunakan minda dan akal fikiran yang bernas untuk
menumpukan

perhatian

semasa

memerhatikan

sesuatu

yang

minda

objek

atau

peristiwa.
Melalui

amalan

tumpuan

betul,

saya

dapat

diperkembangkan sehingga mencapai kebijaksanaan dan menghapuskan


kejahilan.

Selain itu, saya juga dapat mencapai ketenteraman dan

ketenangan. Hal ini kerana sikap ketenteraman pada setiap masa menunjukkan
seseorang itu berkebudayaan. Tidaklah susah bagi seseorang untuk bertenang
pada masa biasa, tetapi adalah susah dikekalkan apabila sesuatu masalah
timbul.

Fikiran saya akan tertumpu dan tenteram melalui aktiviti meditasi.


35

Meditasi amat berfaedah sekiranya kita melakukannya tiap-tiap hari sungguhpun


hanya selama beberapa minit sahaja. Tetapi adalah penting kita mempunyai
guru meditasi yang berkelayakan untuk membimbing kita pada peringkat
permulaan.

PENUTUP:
Kesimpulannya, agama dan tamadun merupakan perkara yang sinonim.
Tanpa agama sesuatu tamadun tidak akan membangun dengan cepat. Ini
kerana agama mampu memberikan suatu lonjakkan paradigma kepada tamadun
yang sedang ingin membangun dan ia juga merupakan salah satu elemen yang
menolak dan menggerakkan sesebuah tamadun dalam kehidupan. Pada
pendapat saya, agama adalah pemimpin kepada kehidupan manusia malah
mengimbangi kehidupan manusia. Jadi, agama memanglah penting kepada
kehidupan manusia! Bagi saya, tidak mengambil kira sama ada agama Buddha
ataupun agama-agama lain, agama yang mempunyai ajaran yang baik, positif
dan rohani memang boleh menjadi punca survival kepada manusia. Seseorang
yang mengamalkan dan menghayati agama mereka dengan sempurna akan
mendapat kebaikan kepada diri sendirinya, ahli keluarga, masyarakat dan
negara.

36

3.0 REFLEKSI

37

Saya mendapat tugasan ini daripada pensyarah mata pelajaran ELM


3101, Pengenalan Kepada Konsep Asas Pendidikan Moral iaitu Encik Mohd.
Dzulkifli Bin A. Jalil. Beliau telah menerangkan kehendak soalan dengan sabar
dan tabah supaya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan
tepat dengan kehendak soalan.

Melalui tugasan ini, saya telah mendapati

kelemahan dan kekuatan saya, mendapat ilmu pengetahuan yang baru


walaupun menghadapi masalah dalam menyiapkan tugasan ini.
memperoleh

pengetahuan

baru

dan

pengalaman

Saya juga

sepanjang

masa

melaksanakan tugasan ini.


Sebelum saya bermula membuat kerja kursus ini, saya berasa bimbang
dan takut kerana saya dikehendaki membuat kertas laporan dengan
seminimumnya 10 muka surat.

Saya berasa takut kerana saya juga tidak

memahami soalan tugasan ini dan takut tentang maklumat yang saya sampaikan
adalah tepat atau tidak.

Saya bimbang akan saya tidak dapat menghantar

tugasan ini kepada pensyarah pada tarikh yang ditetapkan.

Sehubungan

dengan itu, saya merujuk kepada sumber yang telah saya dapat dan meminta
bantuan daripada rakan sekelas saya. Atas bimbingan dan dorongan daripada
rakan sekelas yang baik hati dan bersudi berkongsi ilmu, kebimbangan dan
ketakutan saya telah dikurangkan manakala keyakinan diri semakin meningkat.
Akhirnya, saya dapat menyempurnakan tugasan ini dengan berjaya.
Kelemahan saya yang saya dapati semasa saya menjalankan tugasan ini
ialah tahap memahami sesuatu perkara rendah.

Semasa saya mencari

maklumat tentang tugasan ini, saya tidak dapat memahami teks tersebut dalam
masa yang singkat. Sebagai contoh, semasa saya mencari maklumat tentang
nilai agama dalam Sikhisme melalui bahan sumber, saya terpaksa menggunakan
masa yang panjang untuk memahami dengan selanjutnya dan menganalisisnya
38

dengan teliti untuk mengenal pasti isi penting. Bagi mengubahsuai kelemahan
ini, saya akan membaca artikel-artikel atau bahan bacaan supaya dapat
meningkatkan abiliti kefahaman saya.
Dalam dunia ini, tiada seseorang yang tidak mempunyai kekuatan sendiri.
Walaupun saya mempunyai kelemahan dalam tahap kefahaman, tetapi saya
juga mempunyai kelebihan sendiri iaitu dapat menguruskan masa dengan
sistematik dan tersusun.

Tugasan ini adalah bersifat individu.

Bagi tidak

membazirkan masa, saya telah merancangkan satu jadual masa untuk


menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan kerana kerja kursus
pendek ini hendaklah dihantarkan dalam masa sebulan. Dengan sentiasa
merujuk jadual masa yang telah dirancang, saya telah berjaya menghantar kerja
kursus pendek ini kepada pensyarah pada tarikh yang telah ditetapkan.
Semasa saya menjalankan kerja kursus ini, saya juga mendapati salah
satu kekuatan dalam menyiapkan kerja kursus pendek ini iaitu mencari bahan
buku di pusat sumber dengan menggunakan WebOpac di Pusat Sumber
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn.

Oleh itu, saya dapat

mencari bahan bacaan yang berkaitan dengan nilai agama Sikh dan langkahlangkah mengamalkan dan menghayati agama.

Dengan itu, saya dapat

menjalankan tugasan pendek ini dengan sentiasa merujuk kepada bahan bacaan
yang telah saya pinjam di pusat sumber institut. Saya juga boleh mendapat
pelbagai sumber di pusat sumber IPTHO seperti surat khabar, jurnal, buku
rujukan, majalah,jurnal dan sebagainya.
Selain itu, saya juga mendapati saya mempunyai kekuatan dalam
membuat persembahan Power Point. Semasa saya menggunakan Microsoft
Power Point untuk mempersembahkan pembentangan yang bertajuk nilai agama
dalam Sikhisme, saya berjaya mendapat gambar-gambar yang berkaitan dengan
agama Sikh, menggunakan elemen ICT seperti pautan internet, hyperlink,
animasi dan sebagainya. Saya juga dapat mencari gambar agama Sikh untuk

39

dijadikan sebagai latar belakang slaid supaya persembahan perbemtangan


menjadi lebih menarik.
Tambahan pula, saya telah menghadapi masalah semasa mencari
video tentang agama Sikh. Hal ini kerana jarang jumpa video agama Sikh
yang berbahasa Malaysia. Sekiranya terdapat, tempoh masa tayangan video
tersebut juga sangat panjang dan tidak sesuai untuk membuat pembentangan.
Sehubungan dengan itu, saya mencari video bahasa inggeris yang berkaitan
dengan agama dan nilai murni. Video tersebut adalah berkaitan dengan nilai
murni yang harus ada pada setiap orang.
Melalui tugasan ini, saya memperoleh pengetahuan tentang cara
menulis bibliografi yang betul dan tepat. Pengetahuan saya tentang format
menulis bibliografi berdasarkan format American Psychological Association
(APA) menjadi kukuh.

Semasa saya menjalankan tugasan ini, saya telah

menghadapi pelbagai masalah. Pertama sekali, saya telah lupa akan format
American Psychological Association (APA) kerana sudah beberapa bulan tidak
menulis bibliografi. Sehubungan itu, saya menyelesaikan masalah ini dengan
melayari laman web untuk mendapatkan maklumat tentang cara menulis Format
APA. Akhirnya, saya dapat menulis bibliografi dengan cara yang betul. Saya
bulat hati untuk mengingati dan hafal format ini supaya keadaan ini tidak akan
berulang pada masa depan.
Selain itu, saya berasa gembira kerana saya memperolehi pengetahuan
tentang mata pelajaran ini.

Melalui tugasan ini, saya dapat mendapat ilmu

pengetahuan yang selanjutnya berkaitan dengan nilai agama Sikh.


Sebelum ini, saya lebih tidak memahami nilai agama ini. Hal ini kerana agama
ini bukan agama majoriti di negara Malaysia. Selain itu, saya juga tiada kawan
atau jiran yang beragama Sikh. Selepas menyiapkan soalan tugasan ini, saya
telah memahami bahawa Kitab Suci Guru Granth Sahib mengandungi ajaran
etika dan kerohanian.

40

Berdasarkan soalan tugasan ini, saya telah mengetahui tentang Kitab


Suci Agama Sikh sangat penting dan boleh dijadikan panduan hidup
seseorang. Hal ini kerana Kitab ini menjelaskan bahawa setiap orang dalam
kewujudan yang nyata, mempunyai pandangan dan fikiran yang sempit dan
terbatas. Saya juga mengetahui bahawa penyempurnaan Swadiri melibatkan
lima aspek iaitu dharam khand, giam khand, saram khand, karam khand dan
sach khand.

Tujuannya adalah untuk memperolehi kesempurnaan dan

membentuk individu yang seimbang dari segi jasmani, rohani dan emosi.
Di samping itu, saya juga dapat mengetahui tentang lima aspek yang
tidak bermoral dalam agama Sikh. Ia merangkumi dorongan nafsu, tamak,
percayadan menyembah sesuatu yang nafsu, kemarahan dan keangkuhan.
Pada pendapat saya, bukan sahaja manusia beragama Sikh yang harus
mematuhi lima aspek ini, tetapi juga dengan manusia yang beragama lain. Hal
ini kerana sekiranya seseorang berjaya mematuhi lima aspek berkenaan ini,
mereka akan menjadi seorang yang bermoral tinggi dan berakhlak mulia.
Tambahan pula, saya

juga

memperolehi pengetahuan tentang

seseorang yang berperibadian mulia haruslah bijak, arif, jujur, adil,


kesederhanaan, berani, merendah diri dan mempunyai kepuasan diri.
Tambahan pula, saya juga mengetahui bahawa Sikhisme adalah satu agama
yang

mementingkan

disiplin

kehidupan,

mengutamakan

kesempurnaan,

kerohanian dan ketenteraman dalam diri seseorang dan kewajipan sosial.


Selepas menyiapkan tugasan ini, saya juga mempelajari pengetahuan
bahawa cara-cara untuk mengamalkan dan menghayati agama saya dalam
kehidupan dan kepentingannya kepada saya. Antara cara-cara termasuklah
melayan orang lain tanpa mengira status atau tahap kehidupan mereka, tidak
akan melakukan perlakuan atau tingkah laku yang kejam, tidak mengamalkan
sikap atau tabiat buruk seperti mencuri dan tidak mengancam harta benda orang
lain, tidak berbohong dan tidak mengancam reputasi orang lain dan sebaginya.

41

Sekiranya saya dapat mengamalkan dan mengahayati agama saya


dengan baik, saya akan mendapat kepentingan dan kabaikan.

Ia

temasuklah saya dapat hidup dengan aman dan damai, dihormati oleh khalayak
masyarakat, meningkatkan imej saya, menjaga maruah saya dan sebagainya.
Prinsip-prinsip agama juga boleh dijadikan panduan hidup saya supaya menjadi
seorang yang bermoral tinggi dan berakhlak mulia.
Akhir sekali, saya berasa bersyukur kerana mempunyai seorang
pensyarah iaitu Encik Mohd. Dzulkifli Bin A. Jalil yang bertanggungjawab,
berpengetahuan luas, sabar dan tabah. Atas bimbingan dan dorongan beliau,
saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.

Saya juga ingin

mengucaokan ribuan terima kasih kepada rakan sekelas saya yang sentiasa
berkongsi pengetahuan dan memberi bantuan kepada saya semasa saya
menghadapi masalah. Saya juga berasa gembira kerana mendapat pengalaman
dan pengetahuan yang baru melalui kerja kursus pendek ini.

Saya juga amat

menghargai proses sepanjang menyiapkan tugasan ini walaupun saya


menghadapi masalah.

Hal ini kerana saya telah mempelajari ilmu yang

berkaitan dengan moral.

42

4.0 BIBLIOGRAFI

43

BUKU
Abdul Rahim M.Ali (2001). Ilmu Pendidikan DPM. Kuala Lumpur : Utusan
Publication & Distributors Sdn Bhd.
Eow Boon Hin (2000). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Pearson Education
Malaysia Sdn Bhd.
Taw, Y.K. (2006). Buku Pendidikan Moral. Selangor : Kumpulan Budiman Sdn
Bhd.
Tay, K.K. (2007). S & J Pendidikan Moral. Selangor : Penerbitan Pelangi Sdn
Bhd.
Thangavelu, M.T. & Abu Bakar, A.R. & Sinnappan S. et al. (2009). Pendidikan
Moral. Selangor : Pearson Malaysia Sdn Bhd.

INTERNET
Hadyzan. (2011). Kepentingan Masyarakat Bermoral dan Beretika. Diakseskan
pada 15 Februari 2013 dari http://hadzyan.blogspot.com/2011/12/notakuliah-minggu-ke-6-kepentingan.html
KADNet. (2011). Agama Sikhisme.

Diakseskan pada 24 Februari 2013 dari

http://www.kadnet.info/web/index.php?
option=com_content&view=article&id=3286:agamasikhisme&catid=37:wawasan-perspective&Itemid=66
Projek Sivik. (2012). Ajaran Agama Buddha. Diakseskan pada 16 Februari
2013

dari

http://projeksivik-ting4.blogspot.com/2012/05/ajaran-agama-

buddha.html

44

Projek Sivik. (2012).


pada

Nilai-nilai Murni Dalam Masyarakat Cina. Diakseskan

21

Februari

2013

dari

http://projeksivik-

ting4.blogspot.com/2012/05/nilai-nilai-murni-dalam-masyarakat-cina.html
Projek Sivik. (2012).
pada

Amalan Nilai-nilai murni dalam kehidupan. Diakseskan

21

Februari

2013

dari

http://projeksivik-

ting4.blogspot.com/2012/05/amalan-nilai-nilai-murni-dalam.html
Si Celik BM.

(2010).

Diakseskan

Kepentingan Nilai-nilai Murni dalam Kehidupan.


pada

26

Februari

2013

dari

http://sicelikbm.blogspot.com/2011/12/ringkasan-kepentingan-nilai-nilaimurni.html
Siti Raihan bt Muftar.
kehidupan

(2006).

manusia.

Peranan dan kepentingan agama dalam

Diakseskan

pada

27

Februari

2013

dari

http://khairaummah.com/khaira1/index.php?
option=com_loudmouth&Itemid=43&task=topic&id=125
SP Star. (2002).

Agama Buddha. Diakseskan pada 21 Februari 2013 dari

http://www.geocities.ws/cominglucky/buddha.htm
Tree Builder. (2011). Nilai-nilai Agama dan Masyarakat. Diakseskan pada 21
Februari 2013 dari http://treebuilder.blogspot.com/2011/05/tajuk-5-nilainilai-agama-dan.html
Yusri Mohamad Ramli.
Diakseskan

(2012).
pada

Kehidupan menurut ajaran agama Sikh.


21

Februari

2013

dari

http://dialogantaraagama.blogspot.com/2011/03/kehidupan-menurutajaran-agama-sikh.html

45

GAMBAR
IBCBET. (2012). Panduan permainan judi. Diakseskan pada 18 Februari 2013
dari

http://www.google.com.my/imgres?

um=1&hl=en&sa=X&biw=1366&bih=639&tbm=isch&tbnid=sQ9t0zzNTvGv
4M:&imgrefurl=http://agen-judi-bola.com/panduan-permainanjudi/&docid=DywRd8n5ZOmySM&imgurl=http://agen-judi-bola.com/wpcontent/uploads/2012/07/barona_resortkecil-.jpg&w=1274&h=828&ei=qVMkUfneMsL9rAey4HADA&zoom=1&ved=1t:3588,i:78&iact=rc&dur=3371&sig=10626149111
9802649888&page=1&tbnh=177&tbnw=273&start=0&ndsp=15&tx=203&ty
=101
DeviantART. (2009). Budi bahasa. Diakseskan pada 18 Februari 2013 dari
http://www.google.com.my/imgres?
um=1&hl=en&biw=1366&bih=639&tbm=isch&tbnid=4uYwae7fcw5OXM:&i
mgrefurl=http://ashran86.deviantart.com/art/budi-bahasa-campaign-5144605599&docid=vKlBu7g2SsYO4M&imgurl=http://fc06.deviantart.net/fs
51/i/2009/327/8/f/budi_bahasa_campaign_5_by_ashran86.jpg&w=900&h=
637&ei=01IkUbiwCI6srAfh54DYBA&zoom=1&ved=1t:3588,i:128&iact=rc&
dur=678&sig=106261491119802649888&page=1&tbnh=187&tbnw=264&
start=0&ndsp=18&tx=142&ty=91
Wahyu Awaludin. (2009). Guru baik. Diakseskan pada 18 Februari 2013 dari
http://www.google.com.my/imgres?
start=149&um=1&hl=en&biw=1366&bih=639&tbm=isch&tbnid=QIoPT0dm
czJ6kM:&imgrefurl=http://terbangkelangit.multiply.com/journal/item/568/Ba
hasa-Indonesia-yang-Baik-dan-Benar-Itu-Seperti-ApaSih&docid=DFrvK0nMtBofpM&imgurl=http://images.terbangkelangit.multip
ly.com/image/1/photos/upload/300x300/Sew70goKCF0AAAwpDY1/bahasa.gif%253Fet%253D9f1iZb8IZr%25252BCd%25252BnvxfV5mA
46

%2526nmid
%253D0&w=295&h=300&ei=GFUkUbjaKdDMrQeqqYCIDA&zoom=1&ved
=1t:3588,i:187&iact=rc&dur=521&sig=106261491119802649888&page=8
&tbnh=186&tbnw=179&ndsp=22&tx=89&ty=96
John Baptist Li Suguang. (2011). The Church in China has never changed a
single iota of the Apostolic Tradition that was delivered to it. Diakseskan
pada

18

Februari

2013

dari

http://www.google.com.my/imgres?

start=92&hl=en&biw=1366&bih=639&tbm=isch&tbnid=0qRjCMk0ALZ5LM:
&imgrefurl=http://www.30giorni.it/articoli_id_77966_l3.htm&docid=TRc50E
iHMDYNdM&imgurl=http://www.30giorni.it/upload/articoli_immagini_intern
e/63-09011.jpg&w=437&h=300&ei=nJwkUeugMIbqrAe17oHgCg&zoom=1&ved=1
t:3588,i:34&iact=rc&dur=922&sig=106261491119802649888&page=5&tbn
h=186&tbnw=256&ndsp=24&tx=131&ty=73

VIDEO
Aries Rachmandy.

Disiarkan pada 5 Disember 2011.

Iklan Layanan

Masyarakat-Jangan Buang Sampah Sembarangan. Diakseskan pada 25


Februari 2013 dari https://www.youtube.com/watch?v=RePHSM9Dv7Q
Cafeidou. Disiarkan pada 10 Julai 2008. Membantah peperangan. Diakseskan
pada

25

Februari

2013

dari

http://www.youtube.com/watch?

v=yOCID5yBfMk
Henny Bahrom. Disiarkan pada 5 Januari 2013. Jujur Itu Aku. Diakseskan pada
25 Februari 2013 dari https://www.youtube.com/watch?v=mCv9HfUEUMw
Kadir Khan. Disiarkan pada 12 April 2012. Love and Respect Gods Creation
(Moral

Story).

Diakseskan

pada

19

Februari

2013

dari

https://www.youtube.com/watch?v=dXQANEeFeZQ

47

Li Yi Hang.

Disiarkan pada 2 September 2012.

Cherish life against war.

Diakseskan pada 27 Februari 2013 dari http://www.youtube.com/watch?


v=6Y4M9h6oXWY
RD Shush. Disiarkan pada 8 September 2011. We Must Heal Our World Words and Music by Robert D. Shushan - 2009. Diakseskan pada 19
Februari 2013 dari https://www.youtube.com/watch?v=_A5V0w0TMCI

48

You might also like