You are on page 1of 3

35.00 30.00 30.00 25.00 20.00 15.

00

32.00

Peratusan Responden (%)

17.00

10.00 10.00 6.00 5.00 0.00 0.00 2.00 1.00 2.00 0.00

Harga (RM)

Rajah 5 : Harga Telefon Bimbit yang Digunakan oleh Guru Pelatih IPG Kampus Tun Hussein
35.00 30.00 32.00

Peratusan REspoden (%)

30.00 25.00 20.00 15.00 10.00 10.00 5.00 0.00 0.00 6.00 2.00 1.00 0.00 2.00 17.00

Rajah 6 : Harga Telefon Bimbit yang Digunakan oleh Guru Pelatih IPG Kampus Tun Hussein

Soalan ketiga ialah harga telefon bimbit yang digunakan oleh pelajar PPISMP di IPG Kampus Tun Hussein Onn. Terdapat 100 responden telah menerima kajian soal selidik ini. Berdasarkan Rajah 5, terdapat 6.00% (6 orang) responden menggunakan telefon bimbit yang harganya kurang daripada RM199 dan 17.00% (17 orang) responden menggunakan telefon bimbit yang harganya antara RM200 dengan RM399. 30.00% (30 orang) responden menggunakan harga telefon bimbit antara RM400 dengan RM599 dan 32.00% (32 orang) responden menggunakan harga telefon bimbit antara RM600 dengan RM799. Selain itu, terdapat 10.00% (10 orang) responden menggunakan telefon bimbit yang berharga RM800 hingga RM999. Terdapat 2.00% (2 orang) responden menggunakan telefon bimbit yang harganya antara RM1200 dengan RM1399 dan harganya melebihi RM1800. Di samping itu, hanya 1.00% (1 orang) menggunakan telefon bimbit yang berharga RM1400 hingga RM1599. Tiada responden menggunakan telefon bimbit yang berharga antara RM1000 dengan RM1119 dan RM1600 dengan RM1799. Berdasarkan Rajah 5, titik telefon bimbit yang berharga RM600RM799 berada di kemuncak. Hal ini telah membuktikan bahawa kebanyakan guru pelatih IPG Kampus Tun Hussein Onn iaitu 32 peratus guru pelatih menggunakan telefon bimbit yang berharga antara RM600 hingga RM799. Elaun yang dibagikan oleh pihak kerajaan kepada setiap guru pelatih ialah sebanyak RM430.00. Oleh itu, keupayaan membeli sebuah telefon yang mahal tidak begitu mudah bagi seorang guru pelatih. Menurut Sistem Operasi Symbian Malaysia, banyak orang mengumpulkan duit gaji, bonus atau simpanan untuk membeli telefon bimbit. Oleh itu, guru pelatih juga mengumpulkan duit elaun atau wang saku untuk membeli telefon bimbit. Berdasarkan Syarikat Nokia, telefon bimbit yang berharga RM 700 sudah mempunyai pelbagai fungsi seperti kamera yang mempunyai megapixel yang tinggi, wifi, GPS dan pelbagai fungsi yang menarik. Pada zaman yang moden ini, telefon bimbit yang harganya serdahana iaitu antara RM600 hingga RM799 sudah mempunyai pelbagai fungsi yang baik dan menarik. Bagi seorang bakal guru yang profesional, mereka akan membeli telefon bimbit yang tidak mahal dan mengikut kemampuan diri sendiri. Oleh itu, telefon bimbit yang berharga antara RM600 hingga RM799 merupakan pilihan yang paling banyak. Hal ini kerana mereka dapat membuat perbezaan dan mengambil pertimbangan semasa membeli telefon bimbit. Oleh itu, telefon bimbit yang mereka belikan adalah lebih mahal.

Berdasarkan hasil soal selidik, tiada guru pelatih menggunakan telefon bimbit yang berharga RM1000-RM1199 dan RM1600-RM1799. Hal ini kerana telefon bimbit tersebut terlalu mahal bagi seorang guru pelatih. Terdapat 2 peratus guru pelatih memiliki telefon bimbit yang melebihi RM1800. Berdasarkan Sistem Operasi Symbian Malaysia, telefon bimbit pada zaman ini telah berubah daripada skrin 1 warna kepada 16 juta warna, dari monofonik kepada hi-fi, dari infra-red kepada WiFi dan dari 0.3 Mpix kepada 12.0 Mpix. Contoh telefon bimbit yang mempunyai 12.0 Mpix sangat mahal iaitu berharga RM1200 jarang digunakan oleh pelajar. Harga telefon bimbit yang melebihi seribu ringgit dianggap sebagai mahal bagi seorang guru pelatih. Sehubungan dengan itu, guru pelatih yang menggunakan telefon bimbit yang melebihi RM1000 adalah dihadiahi oleh ahli keluarga mereka dan bukannya membeli sendiri. Rajah 5 telah ditunjukkan menggunakan graf garis manakala rajah 6 telah ditunjukkan menggunakan histogram. Terdapat perbezaan antara Rajah 5 dan Rajah 6. Perbezaan antara peratusan boleh dilihat dengan mudah jika menggunakan graf garis iaitu Rajah 5. Menurut Study Web Award, line graph can compare multiple continuous data sets easily. Oleh itu, graf garis boleh membandingkan data secara berterusan dengan mudah. Kita dapat melihat kemuncak graf tersebut. Berdasarkan Rajah 6, hasil kajian soal selidik ditunjukkan dengan menggunakan histogram. Menurut Study Web Award, histogram visually strong but More difficult to compare two data sets. Penglihatan akan kukuh dan nampaknya lebih kemas jika menggunakan histogram. Keburukan menggunakan histogram ialah perbezaan data tidak dapat dilihat dan diperhatikan dengan mudah. Sehubungan dengan itu, saya berasa bahawa graf garis lebih sesuai untuk mempersembahkan data ini kerana perbezaan dapat dilihat dengan jelas berbanding dengan histogram.

You might also like