You are on page 1of 7

1.

0 PENGHARGAAN Pertama sekali, saya berasa bersyukur dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuhan kerana mengurniakan saya dan tubuh badan yang sihat untuk menjalankan program Bina Insan Guru (BIG) selama empat hati tiga malam di Teluk Gorek, Mersing. Di samping itu, saya juga diberikan masa yang cukup kepada saya untuk menyiapkan laporan program Bina Insan Guru (BIG). Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah, jurulatih dan tutor. Mereka merupakan pensyarah yang adil, bertanggungjawab, dan berdisiplin. Semasa saya menjalankan program Bina Insan Guru (BIG) selama empat hati tiga malam di Teluk Gorek, Mersing, mereka sentiasa memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya untuk menggalakkan saya menjalankan aktiviti dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh. Tambahan pula, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya atas bimbingan dan dorongan mereka. Selain itu, ibu bapa saya telah memberi bantuan kewangan kepada saya supaya saya dapat membeli bahan-bahan atau peralatan yang perlu digunakan dalam program BIG. Bimbingan dan sokongan ibu bapa telah memberi keyakinan kepada saya untuk menjalankan program BIG selama empat hati tiga malam di Teluk Gorek, Mersingi. Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli kumpulan saya kerana mereka telah memberi bantuan kepada saya. Apabila saya menghadapi masalah, saya akan mendapat pertolongan daripada mereka. Sepanjang masa BIG, saya dan ahli kumpulan dapat bekerjasama dengan gembira dan sentiasa bersedia untuk memberi bantuan. Sebagai konklusinya, saya berasa bersyukur kerana saya mempunyai seorang pensyarah yang sentiasa memberi bimbingan dan dorongan kepada saya dalam menjalankan program Bina Insan Guru (BIG). Akhirnya, saya masih ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah, ibu bapa dan ahli kumpulan saya.

2.0 PENGENALAN Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Sehubungan dengan itu, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn telah menganjurkan Program Bina Insan Guru (BIG) Siri 8 tahun 2012. Program Bina Insan Guru (BIG) ini dijalankan di Teluk Gorek, Mersing. Tempoh masa menjalankan program ini ialah selama empat hari tiga malam iaitu dari 23 April hingga 26 April 2012. Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua guru pelatih dari kelas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian opsyen Bahasa Cina 2, Pra Sekolah dan RBT 1. Seramai 65 orang guru pelatih telah menyertai program ini. Program ini diketuai oleh Encik Vespanathan dan penghulu bagi siri ini ialah saudara Lim Jeng Huey manakala penolong penghulu ialah saudari Izzeanie Binti Jefri. Terdapat lima kumpulan dalam program dan setiap kumpulan terdiri daripada 13 orang guru pelatih yang berasal dari opsyen yang berlainan. Ahli kumpulan saya ialah Danson Ak Kawin, Macbeth Chemundai James, Rita Ak Ima, Jenny Ting May Fun, Teo Ker Sing, Quek Peh Yee, Tee Seok Ngoh, Tan Pei Wen, Tan Li Li, Nur Fara Ayuni Binti Abdul Raffar, Nurfadzlyna Binti Tugiman, Ismawi Bin Ahmad Imbing, Izzat Aiman Bin Abdullah. Ketua kumpulan saya ialah Ismawi Bin Ahmad Imbing manakala penolong ketua kumpulan ialah Quek Peh Yee. Antara aktiviti yang dianjurkan dalam program ini termasuklah taklimat dan persiapan tapak khemah, pembinaan rakit, keyakinan air, ice breaking, asas bantu mula, senaman pagi, apungan rakit, mengenali potensi diri, sesi moral, aktiviti kembara, memasak di kaki Gunung Arong, persiapan malam kreativiti, malam kreativiti, pemeriksaan khemah, refleksi dan penilaian program, majlis penutupan dan sentri. Melalui aktiviti ini, guru pelatih dapat mencapai keseimbangan dari segi jasmani, rohani, intelek, sosial dan emosi.

II

3.0 MATLAMAT Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat melahirkan guru-guru yang mempunyai akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan yang mantap, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan

berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara. Selain itu, BIG ini juga dapat menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan. OBJEKTIF Program Bina Insan Guru (BIG) bertujuan untuk melatih guru pelatih menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu perkara. Program ini memberi peluang kepada guru pelatih untuk bergaul dan bekerjasama antara guru pelatih yang berasal daripada opsyen yang berlainan serta diberi peluang untuk berinteraksi dengan bangsa, kaum, keturunan yang berlainan. Tambahan pula, Program Bina Insan Guru (BIG) boleh menggalakkan guru pelatih untuk memupuk semangat berpasukan dalam melaksanakan kerja secara berkumpulan. Ia berobjektif membolehkan guru pelatih menunjukkan kemahiran dalam pengurusan hubungan antara komuniti pendidikan dengan masyarakat, menilai

kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan, membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan. Di samping itu, objektif Program Bina Insan Guru (BIG) ialah melahirkan insan guru yang seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek, sosial dan emosi. Nilai-nilai murni seperti kerjasama, tolak ansur, sabar, tabah, berani dan sebagainya dapat dipupuk dalam kalangan guru pelatih. sentiasa menepati masa. Ia juga dapat melahirkan guru pelatih yang

III

5.0 RUMUSAN Kesimpulannya, pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, guru pelatih dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Pada pendapat saya, program ini sangat penting kerana dapat melahirkan modal insan yang yang seimbang. Hal ini kerana program BIG ini mengandungi pelbagai aktiviti sebagai intinya contohnya perkhemahan, khidmat komuniti dan sebagainya. Semua aktiviti ini dirancang serta diadakan untuk membentuk insan guru secara menyeluruh dari semua aspek. Sepanjang masa melibatkan diri dalam aktiviti program Bina Insan Guru (BIG), saya berasa letih tetapi berasa gembira kerana mempelajari pelbagai aktiviti yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini. Saya telah mencapai pembangunan ilmu

pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi. Saya telah mempelajari beberapa nilai murni iaitu

kerjasama, tolak ansur, sabar, tabah, berani dan sebagainya. Saya dapat menguasai kemahiran mereka cipta rakit, menguasai kemahiran bantu mula, mengenali potensi diri, mampu menguasai teknik keyakinan dalam air, cara memasak di hutan dan sebagainya. Saya amat menghargai segala pengetahuan yang diperolehi. Sebagai konklusinya, YAB Dato Seri Abdullah Badawi, Perdana Menteri Malaysia ketika membentangkan .Rancangan Malaysia ke-9 di Parlimen telah menegaskan bahawa pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik iaitu menyeluruh. Sesungguhnya Bina Insan Guru seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk Berkhidmat & Berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara.

IV

6.0 LAMPIRAN GAMBAR KUMPULAN KE-4

Ketua Kumpulan : Ismawi Bin Ahmad Imbing Penolong Ketua Kumpulan : Quek Peh Yee Ahli kumpulan : Danson Ak Kawin, Macbeth Chemundai James, Rita Ak Ima, Jenny Ting May Fun, Teo Ker Sing, Tee Seok Ngoh, Tan Pei Wen, Tan Li Li, Nur Fara Ayuni Binti Abdul Raffar, Nurfadzlyna Binti Tugiman, Izzat Aiman Bin Abdullah

Gambar 1 : Guru pelatih sedang mengemaskan khemah

Gambar 2 : Aktiviti LDK.

Gambar 3 : Rakit yang dihasilkan oleh kumpulan 4

Gambar 4 : Guru pelatih sedang memakai jaket keselamatan.

Gambar 5 : Guru pelatih sedang bersarapan.

Gambar 6 : Guru pelatih sedang mendaki Gunung Arong.

Gambar 7 : Guru pelatih sedang memasak di kaki Gunung Arong.

Gambar 8 : Guru pelatih sedang mengisi soal selidik mengenali potensi diri.

VI

Gambar 9 : Guru pelatih sedang memanaskan badan sebelum berakit.

Gambar 10 : Guru pelatih sedang berkayak.

Gambar 11 : Guru pelatih sedang berbincang tentang lakonan pada malam kreativiti.

Gambar 12 : Lakonan yang dipersembahkan oleh kumpulan 4.

Gambar 13 : Malam Kreativiti.

Gambar 14 : Guru pelatih yang menyertai BIG siri kelapan.

VII
Gambar 15 : Penyediaan majlis penutup rasmi. Gambar 16: Mengemaskan dan membersihkan khemah.

You might also like