You are on page 1of 30

KAEDAH MEMBACA

MOHAMED SHAHREN BIN ABDULLAH IPGM Kampus Tun Hussein Onn 83000 Batu Pahat.

1. ABJAD/HURUF 2. FONIK/BUNYI 3. SUKU KATA 4. PANDANG DAN SEBUT 5. SELURUH PERKATAAN 6. AYAT.

1. KAEDAH ABJAD / HURUF


Kaedah yang tertua sekali dijalankan semenjak kerajaan Greek dan Rom. Kaedah ini mementingkan mengenal nama-nama huruf dan bunyi huruf-huruf itu.

Kaedah ini dimulakan dengan namanama huruf vokal dan konsonan dan konsonan. contoh : huruf vokal - a e i o u huruf konsonan bcdfghjklmnpqrstvwxyz

4/29/2013

Kemudian bunyi-bunyi itu disambung supaya menjadi suku kata, kemudian rangkai kata, ayat, dan seterusnya diajar membaca. contoh : ba ba +ca baca Baba baca buku.

4/29/2013

Kelebihan Kaedah Abjad / Huruf Sesuai dengan susuk BM yang terdiri daripada suku kata-suku kata yang hampir tetap bunyinya.
Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca.

4/29/2013

Dapat meningkatkan kecekapan dan kemahiran membaca serta memberi keyakinan kepada pelajar. Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baru, walaupun belum dipelajarinya kerana mereka dapat mengenal huruf dan membunyikan vokal dan konsonan dengan baik.

4/29/2013

Kelemahan Kaedah Abjad / Huruf


Pelajar membaca dengan lancar mengikut cara tradisional tanpa memahami apa yang dibaca. Mereka mementingkan sebutan dan kelancaran membaca.

4/29/2013

Terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja. Membaca merangkak-rangkak dan tidak faham apa yang dibaca.

4/29/2013

Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi kerana pengajaran tidak secara keseluruhan yang bermakna.
Boleh membosankan terutama apabila mereka diberi latih tubi yang berlebihan.

4/29/2013

10

2. KAEDAH FONIK/BUNYI Membunyikan suku kata dan menyambungkan dengan suku kata yang lain. Contoh : bu + ku = buku bu + bu = bubu bu + lu = bulu bu + du = budu
4/29/2013 11

Membunyikan huruf-huruf dahulu, lepas itu menjadikannya suku kata dan akhirnya perkataan. contoh b (beh), a (ah) =ba t (te), u (uh) = tu ba + tu = batu

4/29/2013

12

Kebaikan Kaedah Fonik /Bunyi Sesuai dengan susuk BM kerana BM terdiri dari suku kata-suku kata yang hampir tetap bunyinya.

4/29/2013

13

Kaedah ini membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu walaupun perkataanperkataan itu di luar kosa kata mereka.

4/29/2013

14

Keburukan Kaedah Fonik / Bunyi

Bacaan pelajar tidak licin kerana perhatian pelajar tertumpu kepada suku katasuku kata, satu lepas satu.

4/29/2013

15

Tidak menarik hati kerana suku kata-suku kata yang diajar tidak mempunyai makna yang nyata kepada mereka

4/29/2013

16

3. KAEDAH SUKU KATA


Ia lanjutan dari kaedah abjad. Huruf vokal dan konsonan dicantumkan menjadi suku kata kemudian perkataan. contoh : ba + ju baju bo + la bola

4/29/2013

17

Pada permulaan pelajaran bacaan, penekanan kepada suku kata terbuka.Contoh : baca/ ja/ ka / la / pa / ra / ta bi ru / su bu ru / ku / di / mi bola / tak beri / li / si / la

4/29/2013

18

4. KAEDAH PANDANG DAN SEBUT Kaedah ini mementingkan dua perkara: i. membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar. contoh : mata

4/29/2013

19

ii. Membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita.

Kuda itu lari laju.

4/29/2013

20

Kebaikan Kaedah Pandang dan Sebut


Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa kanak-kanak kerana mereka mempelajari sesuatu cara keseluruhan dan menarik minat pelajar. Bersesuaian dengan resmi semula jadi pelajar mempelajari daripada keseluruhan kepada bahagianbahagiannya.

4/29/2013

21

Guru dapat melatih kanak-kanak membaca dengan sebutan dan rentak irama ataupun alunan suara yang betul dari mulanya.

4/29/2013

22

Kelemahan Kaedah Pandang dan Sebut Bacaan pelajar mungkin terhad kepada perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat yang telah diajarkan sahaja. Kaedah ini tidak membolehkan pelajar mengenal huruf secara formal. Lambat mengenal bunyi dan suku kata

4/29/2013

23

Pelajar tidak mempunyai asas yang kukuh yang membolehkan mereka membaca sendiri. Lambat tercapai kemahiran kecekapan membaca.

4/29/2013

24

5. KAEDAH SELURUH PERKATAAN Pengajaran dimulai dengan perkataan, frasa dan ayat.Contoh : Ayam. Ini ayam. Ini ayam jantan. Ayam jantan boleh berkokok.

4/29/2013

25

Kaedah ini amat popular dalam pengajaran bacaan B.Inggeris. Perkataan diperkenalkan kepada pelajar dengan menggunakan kadkad perkataan. Pelajar menyebut secara latih tubi.

ayam

ini

jantan berkokok

boleh

4/29/2013

26

Kaedah ini menekankan makna dalam bacaan. Perbendaharaan kata diperkenalkan dahulu sebelum diperkenalkan bunyi

4/29/2013

27

6. KAEDAH AYAT Kaedah ayat telah diperkenalkan pada tahun 1912 oleh Huvey. Huvey menekankan bahawa unit yang bermakna dalam bahasa ialah ayat bukan perkataan atau huruf. Ayat merupakan unit yang bermakna dalam bacaan.

4/29/2013

28

Kaedah ini tidak dapat dipraktikkan kerana dalam mengenal pasti perkataan, huruf dan suku kata merupakan elemen dasar yang perlu dikenal terlebih dahulu sebelum seseorang dapat membaca perkataan dan ayat.

4/29/2013

29

You might also like