You are on page 1of 6

900/2 STPM 2007

JABATAN PELAJARAN PERAK

PENGAJIAN AM
KERTAS 2 SET 1
LEARNING TO SCORE
(Tiga jam)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon :

Jawab enam soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap bahagian A, B, D dan E,
dan dua soalan dalam bahagian C.
Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian.
Markah untuk tiap-tiap bahagian diberikan dalam tanda [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada 6 halaman bercetak


Jabatan Pelajaran Negeri Perak 2007
Bahagian A

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250
hingga 300 patah perkataan. [25]

1. Isu ceti haram (Ah Long) dan perkembangannya berkait langsung dengan ekonomi dan
sosio budaya masyarakat Malaysia. Isu ini boleh mengancam ketenteraman awam jika
tidak dibanteras dengan segera.
Jelaskan bagaimana aktiviti ceti haram ini boleh berkembang dalam masyarakat Malaysia.

2. Patriotisme dikaitkan dengan semangat perjuangan dan pengorbanan yang berasaskan


nilai-nilai cinta, kasih sayang, kesanggupan dan komitmen seseorang manusia kepada
agama, bangsa dan negaranya. Bersempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang
ke 50, semangat ini haruslah ditanam di jiwa para remaja kita.
Bincangkan peranan remaja dalam merealisasikan semangat patriotisme ini.

Bahagian B

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250
hingga 300 patah perkataan. [25]

3. Kajian yang dijalankan telah membuktikan bahawa kemunculan penyakit diabetes


disebabkan oleh amalan pemakanan dan gaya hidup.
Bincangkan faktor dan langkah yang diambil untuk mengurangkan masalah penyakit ini.

4. Pelancaran MAESAT-3 memudahkan komunikasi dan penyebaran maklumat. Huraikan


keistimewaan satelit kepada manusia sejagat.

Bahagian C

Jawab dua soalan sahaja dalam bahagian ini. Pilih satu daripada soalan 5(a) atau 5(b) dan
satu daripada soalan 6(a) atau 6(b).

5(a) “.......... Kerenah warganegara Afrika yang tertumpu di ibu kota dengan kegiatan
menjual barangan tiruan dan kegiatan `Black Money‘ untuk memperoleh pendapatan mudah
mengusarkan penduduk tempatan. Warganegara Indonesia pula terlibat dalam pembunuhan
dan rompakan serta mula mengambilalih peluang ekonomi daripada kelompok tempatan.
Kerajaan telah merangka pelbagai kaedah untuk mengawal kemasukan dan kegiatan warga
asing ini.“
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Ekonomi, November 2006)

(i) Apakah rasional kerajaan mengawal kemasukan dan kegiatan warganegara asing?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan bincangkan cara
mengurangkan jumlah pekerja asing dalam negara.

ATAU

5(b) “.........Kekuatan institusi pengajian tinggi di Malaysia turut memacu pertumbuhan


dalam sektor perkhidmatan pengajian tinggi. Perkhidmatan ini dipasarkan ke luar negara
melalui sistem pendidikan jarak jauh, pendidikan maya dan pendidikan elektronik.
Perkhidmatan pengajian tinggi telah lama mendatangkan pendapatan lumayan kepada
negara-negara maju seperti Australia dan Britain.“
( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Ekonomi, 2006 )
(i) Apakah manfaat produk perkhidmatan pengajian tinggi kepada negara?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan langkah
untuk memajukan institusi pengajian tinggi di Malaysia

6(a) “Pelestarian kesuburan tanah berkait rapat dengan pengurusan sesuatu


tanah sama ada secara meluas atau insentif. Sistem tanah yang subur seharusnya
mengandungi bahan-bahan berikut seperti 2% bahan organik, 42% lempung, 55% pasir dan
1% hidupan dan makroorganisma tanah. Amatlah penting bahan-bahan berikut dilestari
untuk menentukan agar tanah ini berupaya menyokong pertumbuhan tanaman secara
berterusan.”
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Tanah Lestari,
Era Hijau, keluaran 2, 1997)

(i) Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan pelestarian kesuburan tanah.

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan langkah-
langkah untuk melestari kesuburan tanah.

ATAU

6(b) “Dioksin adalah sejenis bahan yang di dapati kekal di dalam persekitaran termasuk di
dalam badan manusia apabila larut di dalam lemak. Salah satu cara pembentukan dioksin
ialah akibat penggunaan alat insinerator bagi bahan-bahan buangan yang mengandungi
klorin. Keracunan dioksin ini hanya dapat dikesan melalui ujian-ujian makmal dan
pemeriksaan klinikal tertentu sahaja.”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Wan Normi Hasan, “Dioksin


membantutkan perkembangan mental dan fizikal,” Kosmik, Ogos 1999)

(i) Bagaimanakah keracunan dioksin boleh terjadi?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan kesan
dioksin terhadap kesihatan.

Bahagian D

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
[15]

7. Merujuk kepada petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan bilangan saman yang dikeluarkan dan anggaran hasil kutipan saman atas
kesalahan trafik di Malaysia pada tempoh yang dilaporkan.

Ops Sikap yang dilancarkan kerajaan berjaya mengawal amalan pengguna jalan raya
walaupun kes kemalangan dan kematian semakin meningkat.
Menggunakan telefon bimbit semasa memandu kenderaan merupakan kesalahan
lalu lintas dan dikenakan saman RM300.00 dan pada tahun 2003 jumlah saman yang
dikeluarkan untuk kesalahan ini sebanyak 41 245 kes dan meningkat kepada 47 247 kes
pada tahun berikutnya.
Pada tahun 2005, pemandu kenderaan yang melanggar lampu isyarat mencatatkan
bilangan saman sebanyak 138 442 kes. Manakala bilangan saman atas kesalahan
menggunakan telefon bimbit semasa memandu sebanyak 52 009 kes dengan anggaran
hasil kutipan saman sebanyak RM 156 027.00 pada tempoh yang sama. Berlaku
peningkatan dalam anggaran hasil kutipan saman dari tahun 2003 yang berjumlah RM 123
735.00 dan menokok sebanyak RM 18 006.00 pada tahun berikutnya.
Pada tahun 2003, bilangan saman kepada pesalah trafik yang melanggar lampu
isyarat berjumlah 93 879 kes dan meningkat sebanyak 31.039% pada tahun 2004 dengan
anggaran nilai saman sebanyak RM 369 054.00 dan pada tahun 2005 meningkat kepada
RM 133 689.00 manakala anggaran hasil kutipan saman pada tahun 2003 berjumlah 281
637 kes.
Anggaran hasil kutipan saman bagi kesalahan memandu melebihi had laju pada
tahun 2003 berjumlah RM 6 576 276.00 dan menurun kepada RM 5 951 751.00 pada tahun
2005 , jumlah ini melebihi anggaran hasil kutipan saman pada tahun 2004 sebanyak RM
735 474.00. Bilangan saman trafik bagi kesalahan memandu melebihi had laju juga
mencatatkan peningkatan dari tahun 2003 apabila jumlah yang dilaporkan adalah 2 192 092
kes dan menurun kepada 1 738 759 kes pada tahun berikutnya sebelum meningkat semula
kepada 1 983 917 kes pada tahun 2005.
Manakala pada tahun 2005 pula bilangan saman trafik yang dikeluarkan atas
kesalahan memotong di garisan berkembar adalah sebanyak 38 664 kes, peningkatan
sebanyak 10 322 kes berbanding tahun 2003 dan bilangan saman pada tahun 2004
berjumlah 31 173 kes.
Bagi kesalahan tidak memakai tali pinggang keselamatan pula mencatatkan
anggaran hasil kutipan saman berjumlah RM 788 910.00 daripada RM 8 620 810.00 pada
tahun 2003, tetapi jumlah keseluruhan nilai saman pada tahun berikutnya jumlah
keseluruhannya menurun kepada RM 7 431 347.00 dengan anggaran hasil kutipan saman
bagi kes yang sama berjumlah RM 769 085.00 pada tahun 2004.
Pada tahun 2005, anggaran nilai saman bagi kesalahan tidak memakai tali
keselamatan ialah RM 726 145.00 daripada RM 7 365 241.00. Bilangan saman yang
dikeluarkan kepada pesalah trafik yang tidak memakai tali keselamatan pada tahun 2003
adalah sebanyak 157 782 kes dan menurun sebanyak 3 965 kes pada tahun berikutnya
sebelum merosot kepada 145 229 kes pada tahun 2005.
Kemalangan jalan raya dan kematian maut dapat dikurangkan jika pengguna jalan
raya mengutamakan keselamatan diri sendiri dan orang lain
( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Berita Harian, Februari 2006 )

8. Berdasarkan maklumat yang diberikan, sediakan graf garis yang sesuai untuk
menunjukkan aduan kes pencemaran secara kumulatif yang diterima oleh Jabatan Alam
Sekitar Malaysia dari tahun 2001 hingga 2005.

Aktiviti manusia dalam sektor pembuatan, pembangunan dan perindustrian menyebabkan


pelbagai kes pencemaran, wujud ketidakstabilan ekologi alam sekitar dan mengancam
kehidupan.
Kebakaran yang berlaku di Indonesia dan kepesatan sektor perindustrian
meningkatkan gas kimia beracun menyebabkan pencemaran udara, terutama pada tahun
1997 dan pada tahun 2002 aduan yang dilaporkan meningkat sebanyak 140 kes berbanding
668 kes pada tahun sebelumnya.
Aduan kes pencemaran udara meningkat secara mendadak sehingga 177.04%
antara tahun 2003 hingga 2005. Pada tahun terakhir laporan jumlah aduan yang diterima
ialah 3053 kes, meningkat sebanyak 62 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun
2003 aduan kes ini meningkat sebanyak 294 kes berbanding tahun 2002.
Pertambahan jumlah kenderaan dan pembangunan hartanah meningkatkan kes
pencemaran bunyi. Kes pencemaran yang dilaporkan pada tahun 2001 berjumlah 102 kes
dan pada tahun 2002 serta tahun berikutnya masing-masing mencatatkan aduan sebanyak
179 kes dan 206 kes. Manakala pada tahun 2005 pula jumlah aduan yang dilaporkan adalah
267 kes telah merosot sebanyak 36 kes berbanding tahun sebelumnya.
Pada tahun 2004, petunjuk ekonomi negara positif dan telah melunjak sektor
pembuatan dan perindustrian. Sebanyak 2990 kes yang telah dilaporkan yang melibatkan
pencemaran air dan jumlah ini telah bertambah sebanyak 882 kes pada tahun 2004.
Pencemaran yang berpunca daripada aktiviti pembuangan sisa cecair dan pepejal terus
mencatatkan peningkatan jumlah aduan .Pada tahun 2001 jumlah aduan adalah sebanyak
866 kes dan meningkat sebanyak 86.95% atau 753 kes kepada 1619 kes pada tahun
berikutnya. Sebanyak 4625 kes yang dilaporkan pada tahun 2005 dan jumlah ini melebihi
sebanyak 2571 kes berbanding aduan kes pencemaran lain-lain pada tahun yang sama.
Aduan kes pencemaran lain-lain mencatatkan jumlah aduan yang tidak konsisten
dari tahun 2001 hingga 2005. Pada tahun 2001 jumlah aduan sebanyak 775 kes dan
menokok sebanyak 501 kes, pada tahun berikutnya. Walau bagaimanapun jumlah aduan
merosot sebanyak 251 kes pada tahun 2004 berbanding 1911 kes yang dilaporkan pada
tahun 2003.
Akta Kualiti Alam Sekitar ( EQA ) dan Peraturan Penilaian Kesan Alam Sekitar ( EIA )
mengandungi terma dan seksyen yang berkaitan dengan pencemaran udara, bunyi , air dan
lain-lain yang boleh dikenakan hukuman oleh pihak berkuasa jika bersabit kesalahan. Terma
ini secara langsung dapat mengurang risiko dan ancaman pencemaran kepada kehidupan
dan alam sekitar.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Jabatan Alam Sekitar, 2005)

Bahagian E

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. [15]

9. Berdasarkan carta di bawah, bandingkan aliran eksport sektor pembuatan dan nilai
perdagangan mengikut destinasi antara tahun 2000 dengan 2005.

Destinasi Eksport Utama Barangan Pembuatan 2000 – 2005 (%)

Brunai 0.8
Vietnam 1.8
Hong Kong China Negara Lain Indonesia 5.8
Jepun 5.0% 2.5% 15.1% Filipina 6.3
11.3% Thailand 11.6
Kesatuan
ASEAN
Eropah
27.7%
14.9%
Singapura 73.3

Amerika Syarikat
23.4% 2000
RM317.9 bilion

China Negara Lain


Hong Kong
6.1% 18.5% Brunai 0.9
7.0%
Jepun Vietnam 3.2
7.4% Indonesia 8.1
Kesatuan Filipina 4.5
Eropah
ASEAN Thailand 18.2
10.4%
27.2%
Singapura 64.2
Amerika Syarikat
23.4% 2005
RM429.9 bilion

Dipetik dan diubahsuaikan daripada Rancangan Malaysia Kesembilan,2006 – 2010


10. Berdasarkan carta di bawah, huraikan keadaan persekitaran mikro dan makro dalam
mempengaruhi strategi pemasaran sesebuah firma.

Persekitaran Pemasaran

Persekitaran Makro

Pengaruh sosial dan budaya


Perubahan struktur populasi

Persekitaran Mikro

Pembekal
Perantaraan
pemasaran

Strategi
Pemasaran
Firma

Lembaga
Lain-lain
Pengarah
jabatan

Pembangunan teknologi Pengaruh politik dan


undang-undang

Dipetik dan diubahsuaikan daripada Management Pearson


Education Asia Singapore Pte. Ltd, 2003

You might also like