You are on page 1of 7

MODUL SKOR ‘A’ PENGAJIAN AM

KERTAS 2
2007

MODUL 3
Edisi Pelajar

Unit Kurikulum
Jabatan Pelajaran Perak
Bahagian A

Soalan
Isu keganasan terhadap wanita bukanlah batu penghalang dalam usaha untuk mencapai
kesaksamaan, pembangunan dan kesejahteraan masyarakat. Walaupun pelbagai kempen telah dijalankan, namun
golongan ini terus menjadi mangsa keganasan.
Bincangkan faktor dan langkah bagi mengatasi isu keganasan terhadap wanita.

Kehendak soalan:
A.
B.

Pengenalan

A.
1.

2.

B.
3.

4.

Kesimpulan:

Bahagian B

Soalan

Penyakit demam denggi merupakan penyakit berjangkit yang berbahaya dan boleh membawa maut.
Kemunculan penyakit ini disebabkan oleh kurangnya kepekaan orang ramai terhadap kawasan persekitaran tempat
tinggal mereka.
Bincangkan faktor dan langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ini.

Kehendak soalan:
A.
B.

2
Pengenalan

A.
1.

2.

B.
3.

4.

Kesimpulan:

Bahagian C

Soalan 5(a)

“....Malaysia berpotensi menjadi destinasi pelancongan kesihatan berikutan taraf kemudahan yang baik dan kos rawatan
yang ditawarkan kompetetif berbanding negara-negara lain. Industri ini turut membantu menjana pertumbuhan
ekonomi dan meningkatkan imej negara. Langkah-langkah proaktif perlu diambil bagi menarik lebih ramai pelancong
asing mendapatkan perkhidmatan kesihatan di negara ini...”
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 : Pelancongan, 2006)

(i) Apakah sumbangan industri pelancongan kesihatan kepada negara?

Jawapan :

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, adangkan langkah-langkah yang berkesan
untuk menarik lebih ramai pelancong mendapatkan khidmat rawatan sambil melancong ke sini.

3
Jawapan:

5(b)

“Langkah kerajaan merealisasikan pendidikan negara bertaraf dunia terbukti dengan penubuhan Universiti Islam
Antarabangsa dan penubuhan institusi – intitusi pengajian tinggi swasta dari luar dan dalam negara. Kehadiran ramai
pelajar asing di UIA menunjukkan kita berupaya mewujudkan pusat kecemerlangan ilmu di peringkat serantau
mahupun di peringkat antarabangsa, sekaligus dapat meningkatkan aliran kemasukan wang dalam negara dan dapat
membaiki imbangan pembayaran negara”.
(Abdul Hamid bin Ahmad,“Pendidikan Bertaraf Dunia, Unit
Perdagangan ,2005)

(i) Apakah bukti yang menunjukkan bahawa pendidikan di Malaysia bertaraf dunia?

Jawapan:

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, huraikan langkah – langkah yang telah
diambil
oleh kerajaan dalam merealisasikan matlamat pendidikan bertaraf dunia?

Jawapan:

Soalan 6 (a)

“ Bagi sebahagian besar daripada kita, tenaga nuklear sering dikaitkan dengan bom atom dan imej
“kemusnahan” iaitu peperangan terdahulu dan masa kini. Sebaliknya, teknologi nuklear merupakan kejayaan besar
kepada perkembangan sains dan teknologi. Kuasa nuklear hanya menghasilkan 4 gram karbon dioksioda per kilowatt
sejam berbanding 446 gram yang dihasilkan daripada gas semula jadi dan 995 gram daripada arang batu. Hal ini
bermakna tenaga elektrik yang menggunakan kuasa nuklear adalah usaha terbaik untuk mengurangkan pelepasan gas
rumah hijau serta memberi banyak manfaat kepada manusia jika digunakan secara beretika.”

(Dipetik dan diubahsuai daripada Estidotmy, Mac 2003)

4
(i) Apakah maksud “kemusnahan ” dalam petikan ?

Jawapan:

________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, huraikan manfaat teknologi nuklear.

Jawapan:

________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________

6(b)

“…Akuakultur ialah aktiviti pembiakan dan penternakan haiwan dan tanaman akuatik. Akuakultur ini bertujuan untuk
sumber bekalan makanan , komersil, rekreasi dan tujuan saintifik. Akuakultur yang terancang boleh mewujudkan mesra
alam namun pengabaian yang serius boleh merosakkan alam sekitar.”
(Sumber dipetik dan diubahsuai daripada Era Hijau 2/1998)

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan akuakultur?

Jawapan:

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan impak aktiviti akuakultur
terhadap alam sekitar?

Jawapan:

5
Bahagian D

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan pola pinjaman yang dikeluarkan mengikut jenis tanaman bagi tahun yang diliputi.

Sektor pertanian merupakan antara penyumbang pendapatan terbesar kepada ekonomi negara. Sektor
pertanian meliputi beberapa tanaman getah, kelapa sawit, perhutanan, pembalakan dan penternakan. Sektor
perbankan telah memperuntukkan pinjaman untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.
Pada tahun 1997, getah mendapat pinjaman sebanyak RM41.7 juta, manakala pada tahun berikutnya jumlah
ini berkurangan sebanyak RM 34.8 juta.Keluasan tanaman getah yang berkurangan pada tahun 1999 menyebabkan
tiada sebarang pinjaman diperuntukan bagi tahun tersebut. Pada tahun 2000, sektor ini mendapat pinjaman sebanyak
RM20.0 juta, sebelum merosot kepada RM 11.8 juta pada tahun 2001.
Kelapa sawit pula mendapat pinjaman yang lebih berbanding getah.Pada tahun 1997, sektor ini mendapat
pinjaman sebanyak RM274.5 juta, manakala pada tahun 1998 sebanyak RM 205.0 juta.Dalam tempoh masa 1999
hingga 2000, sektor ini mendapat pinjaman RM 369.5 juta. Daripada jumlah ini, sebanyak RM188.3 juta dipinjamkan
kepada sektor tanaman kelapa sawit pada tahun 1999, manakala bakinya adalah bagi tahun 2000. Pada tahun 2001 ,
tanaman ini mendapat pinjaman sebanyak RM175.9juta.
Sektor perhutanan dan pembalakan juga mendapat pinjaman . Dalam tempoh lima tahun dari tahun 1997
hingga tahun 2001, sektor ini mendapat pinjaman sebanyak RM 1 695.9 juta. Pada tahun 1997, pinjaman adalah
sebanyak 33.28 peratus daripada jumlah pinjaman dalam tempoh lima tahun.Peruntukan pinjaman kepada perhutanan
dan pembalakan bagi tahun 1998 dan 1999, masing – masing sebanyak RM368.2 juta dan RM 265.92 juta.Pada tahun
2000, pinjamannya adalah sebanyak RM 258.9 juta, manakala pada tahun 2001, pinjamannya adalah berkurang kepada
RM238.4 juta.
Lain- lain tanaman pertanian pula mendapat pinjaman sebanyak RM 1 093.3 juta dari tahun 1997 hingga tahun
1999. Pada tahun 1997, sejumlah RM 435.0 juta diperuntukan , manakala pada tahun berikutnya lain – lain sektor
pertanian mendapat pinjaman sebanyak RM319.7 juta. Pada tahun 1999, sebanyak RM 338.6 juta telah dipinjamkan.
Pada tahun 2000, pinjaman bagi sektor ini ialah sebanyak RM272.5 juta. Jumlah ini telah berkurangan sebanyak RM22
juta pada tahun 2001.
(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan
Malaysia, 2002)

Jawapan :
_________________________________________________________
_________________________________________________________

___________________________________
___________________________________

6
Bahagian E

Berdasarkan jadual, tafsirkan pola kes jenayah harta benda terpilih mengikut jenis bagi tempoh yang
dinyatakan. Jelaskan mengapa berlakunya peningkatan dalam beberapa jenis jenayah.

Malaysia: Jenayah Harta Benda Terpilih Yang Dilaporkan


Pada Tahun 2004 , 2006 dan 2008 (Anggaran)

Tahun 2004 2006 2008 (Anggaran)


Jenis Kes Jenayah (Kes) (Kes) (Kes)

Pecah rumah 28572 24904 28382


Kecurian kenderaan 64300 65076 66532
Ragut 15798 11536 8864
Lain – lain 24855 33080 31764
Jumlah 133525 134596 135542
(Sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada Polis Diraja Malaysia, 2006)

Jawapan

Pendahuluan

A. Pola Perubahan
Bil Idea Huraian
1

B. Pola Bandingan
1

C. Sebab
1

Penutup:

You might also like