You are on page 1of 1

Pecahan jumlah kerusi Dewan Undangan Sabah Negeri dan Parlimen di

Parti PBS Usno Berjaya DAP Bebas


DATUK AYUB HAJI A M A N

DUN

Parlimen

40 7
1
-

10 5
-

4
1

JUMLAH

48

20

ENCIK A H M A D SHAH

PRS gugat kerajaan atau pembangkang?


Oleh LICHONG ANGKUI
J i k a dihitung, sejak selepas merdeka Sabah mempunyai sekurang-kurangnya 10 parti politik. Tetapi sebahagian besarnya hanya muncul dan bersuara lantang ketika menjelang pilihanraya, tetapi senyap semula selepas tewas. Ia masih terbukti sehingga kini. Hanya dua tiga parti politik mampu bertahan terus dalam alunan samudera politik tanahair. Mengikut catatan, semangat berpolitik di Sabah berputik sebelum merdeka walaupun mungkin ia a g a k terkemudian berbanding di Semenanjung. Parti politik p e r t a m a di Sabah ialah United National Kadazan Organisation (Unko) ditubuhkan pada Ogos 1961, tiga bulan selepas Tunku Abdul R a h m a n mengumumkan cadangan penubuhan M a l a y s i a pada 27 Mei 1961. Unko dipimpin oleh Donald Stephen (kemudian Tun Mohd Puad Stephen). Pada Jun 1962, sebuah lagi parti politik dinamakan Pertubuhan Kebangsaan Pasok Momogun (lebih dikenali sebagai Pasok Momogun) t a j a a n OKK Sedomon dan G S Sundang ditubuhkan. Dengan kelahiran dua parti politik itu, semangat berpolitik di kalangan rakyat Sabah ketika itu semakin membara. Hasilnya, Unko dan Pasok Momogun bergabung dan membentuk Parti Pertubuhan Kadazan Pasok-Momogun B e r s a t u (Upko) pada tahun 1964. Sebelum itu, pada Disember 1961 Tun Mustapha Datu Harun m e l a n c a r k a n Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno). Menyedari keadaan itu, kaum Cina turut menubuhkan parti mereka United Party dan Democratic Party yang akhirnya bercantum m e n j a d i Borneo U t a r a National P a r t y (Bunap). Setelah Sabah merdeka, Bunap dikenali sebagai Sabah National Party (Sanap). Parti lain sebelum merdeka termasuk Sabah Chinese Association (SCA) dan S a b a h I n d i a n C o n g r e s s (SIC). Bagaimanapun, kesemua parti itu b e r g a b u n g m e n j a d i satu pada Ogos 1962 dan dikenali sebagai Perikatan Sabah. Setelah merdeka, parti politik terus tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Antaranya termasuk B e r j a y a yang ditubuhkan pada 1975. Sedar (1976), Pesaka (1977), SCCP (1978), Pasok (1980), Usno (1979). Bersepadu (1984) dan Bersih (1984). Ini tidak termasuk parti politik yang 'melukut di tepi gantang" seperti Parti Murut Sabah ( P M S ) dan P a r t i Cina Sabah (PCS) yang lahir selepas B e r j a ya tewas kepada P B S pada tahun 1985. Dengan kemunculan P R S dalam a r e n a politik Sabah, bermakna satu perkembangan terbaru dalam gagasan semangat.

ELAHIRAN Parti Rakyat Sabah ( P R S ) , diketuai oleh bekas Menteri di J a b a t a n Perdana Menteri, Datuk Dr J a m e s Ongkili, dalam gelanggang politik Sabah menimbulkan suasana dan persoalan baru mengenai arah politik negeri ini. Kemunculan semula Datuk Dr Ongkili setelah lama mendiamkan diri selepas bersara daripada kabinet Persekutuan juga membangkitkan tanda tanya mengenai aliran politik Sabah, setidak-tidaknya bagi jangkauan masa kini. Apakah P R S akan senasib dengan parti politik yang "melukut di tepi gantang" lain? Hanya keadaan menentukan. S e j a r a h membuktikan, banyak parti politik tumbuh sebelum pilihanraya tetapi hilang semula selepas tewas. Walaupun pilihanraya umum negeri hanya akan diadakan pada 1991, tetapi kelahiran P R S itu semacam menjadi petanda riak-riak politik yang girang. Kemunculan secara tiba-tiba itu menimbulkan dua persoalan penting. Pertama dengan barisan pucuk pimpinan yang didokongi oleh pemimpin dari pelbagai kaum, mampukah P R S menadahkan harapan menjadi alternatif kepada kegersangan dan kemelut yang membelit suasana politik Sabah selama ini? Kedua, dengan kesatuan bekas pemimpin B e r j a y a dalam P R S , dapatkah ia menggembleng keyakinan rakyat secara hakiki mengenai konsep dan ideologi pelbagai kaum atau multi-racial yang diakuinya sebagai payung perjuangan dan asas perlembagaan? Datuk Dr Ongkili, bekas penasihat B e r j a y a dan tokoh Kadazan yang berasal dari Tamparuli, mengasaskan P R S bersama enam tokoh lama B e r j a y a yang meninggalkan parti itu s e l e p a s tewas kepada P a r t i Bersatu Sabah ( P B S ) dalam pilihanraya umum negeri pada April 1985. Mereka ialah bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Tan Sri Haji Sunoh Marso (sebagai Timbalan Presiden PRS); bekas Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perum a h a n Negeri, Datuk Ayub Haji Aman (Setiausaha Agung); bekas Menteri Tenaga Rakyat dan Alam Sekitar, Encik Stephen Wong (Bendahari). Ahli Majlis Tertinggi (MT) yang lain termasuk bekas Pembantu Menteri Pembangunan Sumber, Encik Yapin Gimpoton: bekas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, E n c i k Ahmad Shah Tambakau dan bekas ahli MT Berjaya, Haji Jasni Piut. Untuk apa menubuhkan parti politik, khususnya P R S , walhal sudah banyak "parti nyamuk" gugur dan tumpas dalam perj u a n g a n m e r e k a . Adakah ia cuba menawarkan kepemimpinan politik baru yang ideal?

Menurut Datuk Dr Ongkili: DATUK DR JAMES ONGKILI " P R S bukan bertujuan mencabar parti politik yang sedia ada di negeri ini, tetapi menuju terus kepada rakyat dan menawarkan mereka corak kepemimpinan adil dan demokratik." Katanya, konsep utama P R S ialah pelbagai kaum. Mengikut perlembagaannya, P R S mempunyai tiga timbalan presiden iaitu mewakili Bumiputera bukan Islam, Bumiputera Islam dan Cina. "Tumpuan utamanya, ialah kira-kira 120,000 pengundi yang belum menyertai mana-mana parti politik di negeri ini," kata Datuk Dr Ongkili. Beliau berkata daftar terbaru Suruhanjaya Pilihanraya Negeri menunjukkan ada kira-kira 175,000 pengundi berdaftar di Sabah. Dianggarkan kira-kira satu pertiga daripada jumlah itu tidak menganggotai mana-mana parti politik. Menurutnya, pendaftaran P R S diluluskan pada 20 Januari lalu bercadang untuk menyertai komponen Barisan Nasional (BN) Dengan kelahiran P R S itu menjadikan Sabah mempunyai sekurang-kurangnya 10 parti politik kesemuanya. Selain P B S sebagai parti pemerintah, hanya dua parti pembangkang iaitu Usno dan B e r j a y a dianggap aktif dan mempunyai kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Sabah. Mengimbas sejenak perkembangan parti politik mutakhir di Sabah, memang tidak dinafikan gelagat dan kepelbagaiannya. Alirannya tidak menentu, kerap berkocak mengikut selera dan peredaran masa.

You might also like