You are on page 1of 45

Jenis Data

Jenis Data
Data suatu koleksi bit-bit Objek data atau pembolebubah atau pencam mempunyai 4 komponen berikut:
L lokasi yang menyimpan nilai suatu objek data.

Tindakan yang mengumpukkan lokasi kepada suatu objek data dipanggil pengumpulan (allocation) .

Pengumpukan statik pengumpukan sebelum perlaksanaan Pengumpukan dinamik pengumpukan semasa larian

N Nama yang digunakan untuk merujuk objek data V nilai objek data dan diwakilkan dalam bentuk kod pada

lokasi yang diumpukkan T - jenis data, yang mewakilkan bentuk nilai yang boleh disimpan oleh objek data
2

Klasifikasi Data
Dari pandangan pengguna, jenis data atau maklumat

boleh diklasifikasikan kepada:


Jenis data Built-in - yang sedia terkandung dalam definasi

bahasa dan boleh digunakan melalui pengisytiharan objek data


Jenis data takrifan pengguna (user-defined)

didefinasikan menggunakan pengisytiharan jenis sebelum boleh digunakan pada pengisytiharan objek data

Jenis Data Built-in


Boleh diklasifikasikan lagi kepada:
Jenis data primitif - nilainya dalam bentuk yang paling

asas dan tidak boleh dipermudahkan lagi. - kadangkala juga dipanggil jenis data tidak berstruktur - Contohnya: integer, nyata (real), Boolean, dan aksara
Jenis data komposit nilainya terdiri dari gabungan

beberapa nilai asas - kadangkala juga dipanggil jenis data berstruktur

- Contohnya: tatasusunan, rekod, rentetan, timbunan, dll.


Jenis data rekursif nilainya terdiri dari gabungan

beberapa nilai lain yang berjenis sama, contohnya: senarai


4

Jenis Data Primitif - Integer


Jenis integer (int) mempunyai julat set integer yang boleh

diwakilkan pada komputer


Julat ini bergantung kepada pengimplementasiannya pada

komputer.
Komputer bersaiz kecil menggunakan 2 bait untuk

menyimpan setiap integer, maka julat integer yang boleh digunakan adalah dari -32,768 kepada 32,767. Kenapa?
Hint: Gunakan 1 bait = 8 bit

Bit yang paling kiri digunakan untuk tanda -/+


Notasi 2s complement
5

Jenis Data Primitif Nyata (real)


Digunakan untuk nombor yang mempunyai titik

perpuluhan Boleh ditulis dalam dua bentuk:


Bahagian integer.bahagian pecahan : contohnya 10.45 Eksponen : contohnya 2.3E4 yang bersamaan dengan

23,400

Nombor nyata biasanya diwakilkan sebagai real atau float Ada bahasa yang menyediakan perwakilan nombor nyata

yang mempunyai ketepatan lebih tinggi seperti double dan long double

Jenis Data Primitif Boolean


Jenis data untuk mewakilkan nilai benar dan palsu Juga dipanggil jenis data logikal Pengoperasi jenis data ini adalah pengoperasi logikal, termasuk

DAN(AND), ATAU (OR), dan TIDAK (NOT).


Kebiasaanya, ruang yang diumpukkan untuk menyimpan jenis

data boolean adalah 1 bait.


Contoh implementasi dalam Java :
boolean flag=true;

boolean flag = false

Bahasa C tiada jenis boolean, tetapi menggunakan perwakilan

0 bagi palsu, dan 1 bagi benar.


7

Jenis Data Primitif Aksara


Aksara boleh terdiri daripada abjad, digit, dan aksara istimewa Data aksara disimpan dalam bentuk kod numerik

Ada dua jenis kod numerik yang popular:


ASCII American Standard Code Information Interchange Unicode

Dalam kebanyakan bahasa pengaturcaraan misalnya C, setiap

aksara disimpan di dalam 1 bait Pada kebanyakan komputer 1 bait = 8 bit, maka sebanyak 28 = 256 perwakilan aksara boleh digunakan Java menggunakan kod numeric Unicode yang menggunakan 16 bit untuk setiap perwakilan aksara lebih banyak simbol boleh diwakilkan
8

Jenis Data Komposit


Terdiri daripada gabungan beberapa jenis data primitif Boleh diklasifikasikan kepada dua jenis: Heterogeneous elemennya terdiri dari jenis data berbeza Homogeneous elemennya terdiri dari jenis data yang sama Contoh jenis heterogeneous: rekod (Pascal) dan struktur (C)

Contoh jenis homogeneous : tatasusunan dan rentetan


Terdapat dua bentuk komposit: Fixed-size jenis data yang mana saiznya adalah tetap sepanjang perlaksanaan aturcara, seperti tatasusunan, rentetan, penunjuk, struktur, fungsi dan senarai Dynamic-size jenis data yang mana saiznya boleh berubah-ubah sepanjang perlaksanaan aturcara, bergantung kepada keperluan, seperti senarai terpaut, timbunan, dan giliran.
9

Jenis Data Komposit Tatasusunan


Suatu koleksi 2 atau lebih sel ingatan yang bersebelahan, yang

dipanggil elemen tatasusunan, yang dikaitkan dengan suatu nama simbolik untuk menyimpan suatu set data berjenis sama
Setiap elemen tatasusunan dirujuk menggunakan nama

tatasusunan dan indeks atau subskrip seperti berikut:

nama_tts[nilai_indeks] elemen
Contoh implementasi:

Fortran : REAL class(8) C dan C++ : int class[5]; Indeks di dalam Fortran bermula dengan 1, bermakna class(1) merujuk elemen yang pertama, manakala indeks di dalam C bermula dengan 0, bermakna class[0] merujuk elemen pertama. 10

Jenis Data Komposit Rentetan


Jenis data yang mempunyai nilai suatu jujukan aksara Disokong oleh kebanyakan bahasa pengaturcaraan moden Terdapat beberapa pendekatan:
sebagai rentetan yang tiada had panjang - bahasa ML Sebagai tatasusunan aksara yang membolehkan setiap aksara

dalam rentetan dirujuk C dan C++


Sebagai senarai aksara, yang membenarkan operasi yang sama

seperti di dalam senarai Miranda dan Prolog

Biasanya, beberapa operasi asas juga disediakan: seperti

mencipta rentetan, mengekstrak subrentetan, menyambungkan rentetan, dsb.


11

Jenis Data Komposit Terangkaan


Suatu set pemalar integer yang diwakilkan oleh pencam Contoh :
type hari (isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu, ahad)

yang mana: isnin = 1, selasa = 2, rabu = 3 , dan seterusnya Di dalam C, nilai integer bermula dengan 0, dan pernyataan yang setara adalah:
enum hari {isnin, selasa, rabu }

Nilai boleh bermula dengan suatu nilai lain jika dinyatakan,

contohnya :
enum hari {isnin=1, selasa, rabu, }
12

Jenis Data Komposit Penunjuk


Suatu pembolehubah berjenis penunjuk mengandungi alamat

lokasi suatu pembolehubah yang lain.


Penunjuk boleh digunakan untuk merujuk kepada nilai suatu

pembolehubah secara tidak langsung


Alamat boleh dioperasikan seperti entiti aritmetik yang lain; ia

boleh ditambah, ditolak, dibahagi dan didarab.


Manipulasi keatas alamat ini boleh menimbulkan masalah

seperti ruang ingatan yang tidak boleh digunakan, menyebabkannya rosak, dan membawa kepada crash
Pembolehubah data berjenis penunjuk perlu diisytiharkan

seperti pembolehubah lain


13

Jenis Data Komposit Penunjuk


Contoh dalam C:
int *pjk;

bermaksud bahawa suatu pembolehubah bernama pjk mengandungi alamat lokasi suatu pembolehubah lain yang berjenis integer.
Nilai awal kepada pembolehubah penunjuk boleh diumpukkan

menggunakan pernyataan umpukan.


Contohnya, jika pengisytiharan adalah:
int nom=3, *pjk;

Maka pernyataan umpukan


pjk = &nom;

akan menyebabkan alamat lokasi bagi pembolehubah nom disimpan sebagai nilai kepada pjk
14

Jenis Data Komposit Penunjuk


Suatu data objek penunjuk boleh menunjuk kepada suatu data

objek penunjuk yang lain yang menunjuk kepada integer.


Contoh:
int **pjkpjk;

Setiap * mewakili setiap paras rujukan

Contoh implementasi dalam C:


int nom=10, **pjkpjk; int *pjk = &nom;

pjkpjk = &pjk

Penunjuk tidak digunakan dalam Java

15

Jenis Data Komposit Struktur


Suatu jenis data terbitan dibina menggunakan objek-objek

data dari jenis yang berlainan Selalunya digunakan untuk menakrifkan rekod untuk disimpan ke dalam fail. Contoh implementasi dalam C:
struct kursus { int kod; char gred;

};

struct - pengenalan kepada definisi

kursus penanda nama kepada struktur

Penanda nama digunakan untuk pengisytiharan pembolehubah

berjenis struktur tersebut.


16

Jenis Data Komposit Struktur


Contoh pengisytiharan pembolehubah: struct kursus pengaturcaraan; Pembolehubah pengaturcaraan mempunyai 2 ahli: kod dan

gred. Setiap ahli boleh dicapai dengan menyelitkan titik di antara nama pembolehubah dan nama ahli seperti berikut:
kursus.kod

Implementasi dalam Pascal dan Cobol menggunakan perkataan record Cobol menyediakan kemudahan operasi rekod, seperti

menyalin keseluruhan rekod secara terus:


MOVE CORRESPONDING INPUT-RECORD TO OUTPUT-RECORD
17

Jenis Data Komposit Senarai


Mengandungi suatu susunan objek-objek yang boleh dirujuk

sebagai unsur pertama, unsur kedua, dan seterusnya.


Kriteria senarai:
Panjang senarai boleh berubah-ubah. Senari biasanya mengecil

dan berkembang di sepanjang perlaksanaan aturcara. Senarai yang tiada komponen (ahli) dipanggil senarai kosong
Senarai boleh berbentuk homogeneous atau hetergeneous Kemasukan pada senarai boleh samada satu objek, atau suatu

senarai lain

Operasi biasa bagi senarai adalah penyelitan, penghapusan,

penentuan panjang senarai dan penentuan samada senarai adalah kosong.


18

Jenis Data Komposit Senarai


Senarai adalah struktur data yang penting dalam bahasa

fungsian, seperti LISP, ML, dan Prolog


Unsur senarai dalam ML dan Prolog ditulis di antara [ dan ],

dan dipisahkan oleh , :


[1, 2, 3, 4] [ab, cd, ef];

Unsur senarai dalam Scheme dan LISP ditulis di antara ( dan ):


( x y z ) (x (a b c) () )

19

Jenis Data Komposit Senarai Terpaut


Suatu koleksi struktur yang saling merujuk antara satu sama

lain dan berbentuk linear.


Unsur-unsur struktur dipanggil nod dan suatu nod

dihubungkan dengan nod yang lain oleh pautan


Setiap nod mengandungi satu ahli penunjuk yang menunjuk

kepada suatu nod berjenis struktur yang sama


Setiap senarai terpaut boleh dicapai melalui suatu penunjuk

yang menunjuk kepada nod pertama


Pautan pada nod terakhir disetkan sebagai NULL
Data disimpan ke dalam senarai terpaut secara dinamik

20

Jenis Data Komposit Senarai Terpaut


Contoh implementasi dalam C:
struct nod { int kod; char gred; struct nod *nextpjk; };

Seperti senarai, senarai terpaut mempunyai beberapa operasi

asas:
Penciptaan senarai terpaut Penciptaan nod baru

Penyelitan nod ke dalam senarai terpaut


Penghapusan nod dari senarai Penyemakan samada senarai terpaut kosong
21

Jenis Data Komposit Senarai Terpaut


Ruang ingatan untuk setiap nod dalam senarai terpaut

diumpukkan secara dinamik menggunakan fungsi malloc Contoh:


nodbaru = malloc(sizeof(struct nod));

Setiap kali sebuah nod baru ingin dicipta, ruang ingatan perlu

diumpukkan Begitu juga, setiap kali suatu nod dihapuskan, runga ingatan yang telah diumpukkan kepadanya perlu dibebaskan, menggunakan fungsi free Contoh :
free(nodbaru);

22

Jenis Data Komposit Timbunan


Struktur data berbentuk linear yang hanya boleh

dicapai dari atas (LIFO)


Mempunyai beberapa operasi asas:
Clear() mengosongkan timbunan IsEmpty() menyemak samada timbunan kosong IsFull() menyemak samada timbunan penuh Push(unsur) memasukkan unsur ke atas timbunan Pop() mengeluarkan unsur teratas timbunan

23

Pengikatan Jenis (Type Binding)


Pengikatan suatu hubungan, spt di antara atribut dengan

entiti atau di antara operasi dan simbol Masa pengikatan masa berlakunya proses pengikatan Contoh : suatu pengisytiharan akan menghasilkan suatu hubungan atau pengikatan di antara pencam yang diisytiharkan dengan entity (objek data) yang diwakilkannya. int A; Diterjemahkan sebagai : Suatu lokasi yang boleh memegang suatu nombor integer akan dicipta dan dirujuk menggunakan nama A Pencam A diikat kepada lokasi tertentu ( yang hanya diketahui oleh pengkompil) dan jenis Integer
24

Pengikatan Jenis (Type Binding)


Setiap objek data mempunyai pengikatan berikut: Pengikatan nama hubungan di antara objek data dengan nama pencam yang telah diisytiharkan Pengikatan jenis hubungan di antara objek data dengan jenis yang telah diisytiharkan Pengikatan nilai hubungan di antara objek data dengan nilai yang diumpukkan kepadanya Pengikatan lokasi hubungan di antara objek data dengan lokasi yang memegang nilai objek data tersebut Terdapat 3 jenis pengikatan, yang berdasarkan kepada masa

pengikatan:
Pengikatan masa-kompil
Pengikatan masa-muat Pengikatan masa -larian
25

Pengikatan masa-kompil
Juga dikenali sebagai pengikatan statik, atau pengikatan awal
Berlaku apabila aturcara diterjemahkan kepada bahasa

mesin semasa kompilasi Pengikatan nama dan jenis adalah beberapa contoh pengikatan masa-kompil

26

Pengikatan masa-muat
Berlaku apabila kod mesin yang telah diterjemahkan oleh pengkompil disimpan ke dalam lokasi-okasi ingatan
Pengikatan lokasi adalah tergolong dalam jenis ini Bergantung kepada bahasa, proses pengikatan ini boleh berlaku secara statik, atau dinamik

27

Pengikatan masa-larian
Juga dikenali sebagai pengikatan dinamik atau pengikatan lewat.
Ia berlaku semasa aturcara sedang dilarikan. Pengikatan nilai adalah tergolong dalam jenis ini

28

Pengikatan Jenis (Type Binding)


Secara umumnya, lebih lambat berlakunya pengikatan itu, lebih

fleksibel suatu bahasa itu. Manakala, lebih awal pengikatan berlaku, lebih efisen suatu bahasa itu. Setiap bahasa pengaturcaraan adalah berbeza dari segi atribut yang mana diikat secara statik dan atribut yang mana diikat secara dinamik. Bahasa fungsian misalnya, mengimplimenkan lebih banyak pengikatan dinamik berbanding bahasa imperatif Contoh pengikatan statik: int x = 2; Nilai 2 dan jenis integer diikat secara static kepada objek data bernama x
29

Pengikatan Jenis (Type Binding)


Contoh pengikatan dinamik:

main() { int x; x = 10; } Pernyataan umpukan x = 10 menyebabkan nilai 10 diikat secara dinamik kepada objek data bernama x.

30

Penyemakan Jenis (Type Checking)


Suatu proses di mana penterjemah menyemak atau menentukan

samada semua pengumpukan pemalar, pembolehubah, fungsian dan sebagainya di dalam aturcara adalah sah dari segi jenisnya. Contoh:
Z = X + 5 * Y;

Y mestilah suatu jenis yang membenarkan pendaraban dengan suatu integer, (5 * Y)

Proses penyemakan jenis melibatkan suatu pengujian

kesamaan yang mengandungi petua-petua tertentu untuk menentukan samada dua jenis yang diuji adalah sama.

31

Penyemakan Jenis (Type Checking)


Ujian ini digunakan untuk mengesan dan mengelak

ralat masa larian. Jika ujian ini tidak dilakukan, adalah menjadi tanggungjawab pengaturcara sendiri untuk melakukan penyemakan jenis Penyemakan jenis terdiri dari dua kategori, bergantung kepada masa berlakunya penyemakan tersebut:
Penyemakan masa-kompil Penyemakan masa-larian
32

Penyemakan Masa-kompil
Jenis disemak semasa kompilasi
Ianya dilakukan oleh pengkompil yang menyemak berdasarkan

kepada pernyataan pengisytiharan setiap objek data. Ia juga boleh dianggap sebagai penyemakan jenis statik, yang mana maklumat mengenai jenis suatu objek data ditentukan dan disemak semasa penterjemahan Penyemakan jenis ini mudah diimplimenkan dan tidak memerlukan ruang ingatan dan masa yang banyak, tetapi menggunakan petua yang kompleks dan terhad

33

Penyemakan Masa-larian
Jenis disemak semasa aturcara dilarikan, iaitu setiap kali

suatu objek data dalam aturcara dicapai. Ia juga boleh dianggap sebagai penyemakan jenis dinamik. Kaedah ini memerlukan masa dan runag ingatan yang tinggi kerana pengujian perlu dilakukan setiap kali suatu objek data dirujuk.

34

Penyemakan Jenis (Type Checking)


Suatu bahasa pengaturcaraan dikatakan sangat berjenis

(strongly typed) jika kesemua pengujian jenis yang boleh dilaksana dilakukan semasa kompilasi manaka selebihnya disemak semasa aturcara dilarikan. Dalam kes ini, kesemua objek data mesti mempunyai jenis yang ditakrifkan dengan baik, beserta dengan suatu set petua yang lengkap untuk membolehkan penyemakan jenis dilakukan semasa larian. Secara amnya, penyemakan jenis boleh menjamin keselamatan data Ada adalah satu contoh bahasa pengaturcaraan ayng sangat berjenis, manakala C adalah satu contoh bahasa pengaturcaraan yang tidak begitu berjenis.
35

Penyemakan Jenis (Type Checking)


Pascal juga boleh dikategorikan sebagai suatu bahasa yang

sangat berjenis Salah satu proses yang penting dalam penyemakan jenis adalan inferens jenis.
Dalam proses ini, jenis bagi suatu ungkapan ditentukan atau

disimpulkan (inferred) berdasarkan kepada jenis subungkapannya.


Contoh:
Jenis bagi ungkapan (A + B) adalah sama dengan jenis A, dan jenis B, sekiranya kedua-duanya sama.

36

Penukaran Jenis (Type Conversion)


Dalam kes ini, kedua-dua jenis data boleh digabungkan untuk

menghasilkan ourput yang masih lagi betul. Inilah yang dikatakan jenis yang serasi (compatible) Dalam penyataan di atas, selepas suatu nilai nyata diperolehi daripada B+3.15, nilai ini dipangkas untuk membentuk nilai integer yang akan diumpukkan kepada A. Dalam suatu bahasa yang sangat berjenis seperti Modula-2, nombornombor nyata dan intger tidak boleh digabungkan dalam satu ungkapan aritmetik yang sama. Jika di dalam Modula-2, pernyataan di atas akan menghasilkan ralat jenis. Untuk itu, ia perlu ditulis sebegini: A = TRUNC (FLOAT(B) + 3.15);
37

Penukaran Jenis (Type Conversion)


Penukaran jenis berlaku apabila jenis bagi dua objek data yang

dinilai adalah berbeza. Contoh : A = B + 3.15;


Dalam pernyataan umpukan di atas, ungkapan di sebelah kanan

iaiatu B + 3.15 perlu dinilai dan nilai yang diperolehi perlu diumpukkan ke sebelah kiri iaitu kepada A. Andaikan A berjenis nyata, manakala B berjenis integer. Suatu nombor integer biasanya boleh diwakilkan dalam bentuk nombor nyata. Oleh itu, jika nilai bagi B diungkapkan dalam bentuk nyata, hasil penilaian yang betul boleh diumpukkan kepada A.
38

Penukaran Jenis Implisit


Sesetengah bahasa pengaturcaraan melakukan penukaran jenis secara implisit.
Contoh dalam Pascal :
x := y Ungkapan adalah sah sekiranya y berjenis integer, dan x berjenis nyata Nilai y akan ditukar ke bentuk nyata dan diumpukkan kepada x

39

Penukaran Jenis Implisit


Contoh dalam Java :
Byte A, B, C; A = B + C;
Jenis byte, short dan char dalam Java adalah lebih kecil

daripada int, maka ketiga-tiga jenis ini boleh ditukarkan kepada int. B dan C ditukarkan kepada int, dan jumlah (B + C) kemudiannya ditukarkan semula kepada byte untuk disimpan di dalam A

40

Penukaran Jenis Implisit


Contoh dalam C:
x = y + 2.5;
x dan y berjenis int. y ditukarkan ke bentuk nyata, hasil ( y + 2.5)

kemudiannya dipangkas untuk memberntuk int yang seterusnya disimpan di dalam x.

41

Penukaran Jenis Implisit Penukaran jenis secara implicit ini juga dirujuk sebagai
(coercion) pemaksaan. Satu kelebihan penukara secara implicit adalah kemudahan kepada pengaturcara yang tidak perlu menulis kod tambahan untuk melakukan penukaran jenis. Kelemahannya pula, kesilapan mungkin berlaku secara tidak sedar. Contoh dalam PL/1:
1/3 + 15 akan menghasilkan 5.33333333333333 pada sistem yang mempunyai ketepatan sehingga 15 digit. Ini adalah kerana berlaku limpahan yang disebabkan oleh kejituan yang mesti diutamakan.
42

Penukaran Jenis Implisit


Contoh dalam C

avg = sum / count; Andaikan avg berjenis nyata, manakala sum dan count berjenis int. Jika sum bernilai 15, manakala count bernilai 2, hasil (sum / count) yang diumpukkan kepada avg adalah 7.0 dan bukannya 7.5. Ini adalah kerana hasil pembahagian dipangkas dahulu untuk membentuk integer, keranan suatu integer dibahgai dengan integer menghasilkna integer juga. Apabila bentuk ini ditukarkan kepada nyata, nilai yang diberikan tidak lagi tepat.
43

Penukaran Jenis Data Eksplisit


Penukaran yang dilakukan dengan menaggil fungsi

yang dikhaskan untuk menukarkan jenis satu objek data kepada satu jenis yang lain. Contoh dalam Pascal:
trunc dan round

Contoh dalam Modula-2


TRUNC dan FLOAT

Bahasa C menggunakan konsep acu, contohnya:


int a; float b = 12.5; a = (int) b;
44

Tugasan 1
Adalah bahasa C dan Java mempunyai sistem

penyemakan yang kuat atau lemah ? Bagi setiap bahasa C dan Java, berikan contoh-contoh di mana penyemakan dilakukan secara statik dan dinamik.

45

You might also like