You are on page 1of 7

5.

0 INTERVAL

5.1 DATA INTERVAL

Istilah Statistik banyak digunakan dalam pelbagai bidang pekerjaan mahupun


kehidupan. Statistik juga banyak digunakan dalam bidang penyelidikan bagi menentukan
perkembangan sesuatu perkara seperti harga, perkembangan populasi manusia, hasil
sesebuah pertanian dan sebagainya. Statistik merupakan sebuah alat yang begitu besar
fungsinya bagi memberikan gambaran tentang sesebuah perkara melalui perlbagai bentuk
seperti angka dan grafik. statistik dapat dikatakan sebagai sekumpulan cara yang berkaitan
dengan pengumpulan, pengolahan, penarikan kesimpulan terhadap data yang berbentuk
angka, dengan menggunakan sesuatu cara yang tertentu 1.

Statistik terbahagi kepada dua bahagian iaitu statistik deskriptif dan statistik
infransial. Statistik deskriptif merupakan statistik sederhana yang mana ianya berfungsi
untuk mengambarkan data-data yang terkumpul. Akan tetapi ianya tidak boleh digunakan
bagi mengeneralisasi data dalam bentuk lain. Statistik deskriptif banyak digunakan bagi
mempermudahkan penyampaian data serta maklumat dengan lebih cepat serta tepat.
Statistik infransial pula merupakan statistik yang digunakan bagi mengeneralisasi kelompok
atau sekumpulan data yang lebih luas berbanding data yang terkumpul. Statistik infransial
lebih kompleks dan rumit berbanding dengan statistik deskriptif. Ianya adalah kerana
statistik yang bersifat infrantial akan digunakan bagi mengeneralisasi data kepada kawasan
yang lebih luas.

Setiap daripada pengkaji yang menggunakan statistik perlulah tahu serta dapat
membahagikan data serta mengumpulkan data mengikut skala pengiraan yang betul. Ianya
adalah bagi memudahkan pengkaji serta pengkaji dapat memilih jenis statistik yang dapat
digunakan dalam proses pengolahan data. Setiap daripada data yang dikumpulkan dapat
dibahagikan menurut skala pengukuran. Data perlulah dibahagikan dalam empat jenis skala
iaitu (NOIR) Nominal, Ordinal, Interval dan Ratio 2.

1
Syafril (2010). konsep dasar Statistik. Sukabina Press LTD. Padang,Indonesia
2
Ibid
5.2 Maksud Skala Interval

Skala Interval mempunyai karakteristik ataupun sifat yang sama dengan skala
Nominal dan skala Ordinal. Akan tetapi, skala Interval mempunyai karakteristik tambahan
yang mana ianya mempunyai interval yang tetap. Skala Interval juga merupakan skala yang
memberi jarak interval sama berdasarkan kepada titik asal yang tidak tetap. Skala interval
bukan sahaja menyusun urutan objek atau kejadian berdasarkan jumlah yang diwakilinya,
akan tetapi ianya juga menetapkan interval yang sama diantara unit-unit ukuran. Skala
pengukuran data Interval merupakan taraf data yang tertinggi. Skala pengukuran data
Interval mempunyai semua kandungan data taraf ordinal 3. Akan tetapi, jarak diantara
nombor yang berurutan mempunyai makna dan data merupakan numerik. Setiap jarak
diwakili oleh perbezaan diantara nombor yang berurutan adalah sama.

Skala Interval merupakan pembahagian angka kepada set dari objek yang
mempunyai sifat-sifat saiz ordinal dan ditambah satu sifat lain iaitu jarak yang sama pada
ukuran dinamakan data Interval. Data ini memperlihatkan jarak yang sama dari ciri atau
sifat objek yang diukur. Akan tetapi saiz Interval tidak memberikan jumlah sebenar daripada
objek yang diukur. Data yang diperoleh dari hasil pengukuran menggunakan skala Interval
dinamakan sabagai data Interval4.

Setiap angka yang diperoleh menggunakan skala interval mempunyai makna yang
banyak dan lebih berbanding skala ordinal serta nominal. Skala interval bukan sahaja
mempunyai urutan angka, akan tetapi ianya juga memiliki jarak diantara angka yang
berurutan adalah sama. Oleh itu, skala Interval juga dikenali sebagai skala sama sela (Equal
Interval Scale)5.

5.3 Ciri- Ciri Skala Interval

1. Kategori data memiliki sifat saling berbeza serta tidak bersambung.

2. Kategori data mempunyai susunan yang logik.

3. Kategori data ditentukan skalanya berdasarkan kepada jumlah krakterisitik khas yang
dimilikinya.

3
Arief Furchan (1982) . Introduction to research in education. Surabaya : Usaha Nasional
4
Ibid
5
Al-Rasyid, H. Teknik Penarikan Sampel dan Penyusunan Skala. Siswazah UNPAD, Bandung, 1994.
4. Perbezaan sifat atau karakterisitik yang sama tergambar dalam perbezaan yang sama
dalam jumlah yang dikenakan pada kategori.

5. Angka 0 menggambarkan satu titik di dalam skala serta tidak memiliki nilai yang sebenar.

5.4 Contoh - Contoh Skala Interval

1. Contoh Pertama (suhu)

Sekiranya sesuatu ruang memiliki 0°c. Ianya bukanlah membawa maksud bahawa sebuah
ruang tersebut tidak memiliki suhu, akan tetapi 0°c merupakan suhu bilik tersebut. Ianya
adalah kerana pada skala Interval 0 bukan angka yang memiliki nilai yang sebenar.

2. Contoh kedua (Jam)

Sekiranya jam mengikut waktu 24 jam dan menunjukan waktu 00:00 bukanlah
menunjukkan bahawa waktu itu adalah kosong. Akan tetapi, waktu 00:00 adalah
menunjukkan waktu jam 12.00 Am.

3. Contoh Ketiga (usia)

Usia juga merupakan perkara yang dapat diukur menggunakan skala Interval. Sekiranya Jika
A berusia 20 tahun manakal B berusia 13 tahun, Maka bukan sahaja A adalah lebih tua
berbanding B akan tetapi B lebih tua 7 tahun berbanding A.

4. Contoh Keempat ( Pertanyaan)

Pertanyaan yang boleh diukur juga merupakan contoh bagi skala Interval. Contohnya :

1. Berapakah pendapatan keluarga anda selama sebulan?

2. Berapakah suhu(°c ) di kampung anda?


6.0 DATA RASIO

6.1 MAKSUD DATA RASIO

Data merupakan informasi penting mengenai keadaan subjek yang diteliti. Data juga
dapat didefiniskan sebagai gambaran tentang objek yang ada pada subjek penelitian. Suatu
penelitian itu berhasil atau tidak adalah bergantung dari data yang diperoleh dan dianalisis
oleh peneliti. Data yang sudah diperoleh tersebut, diolah dan dianalisis sesuai tujuan
penelitian. Oleh itu, perlu difahami bahawa penentuan teknik analisis suatu penelitian
tergantung dari tujuan dan skala data yang digunakan. Dengan demikian, peneliti harus
memahami mengenai jenis skala data beserta ciri-ciri skala data agar dapat menentukan
secara tepat teknik analisis penelitiannya. 6

Data rasio mempunyai kandungan yang sama sebagaimana data interval, tetapi data
rasio mempunyai nilai mutlak sifar dan rasio bagi dua nombor mempunyai makna. Nilai
mutlak sifar bermakna nilai sifar adalah tetap. Oleh itu wujud nilai sifar di dalam data yang
mewakili ketidakhadiran ciri-ciri yang dikaji. Nilai sifar tidak boleh diletakkan secara tidak
bertujuan kerana ianya mewakili titik tetap. Definisi ini membolehkan statistik mewujudkan
rasio dengan data. 7

Data interval dan rasio biasanya diperolehi daripada alatan yang biasanya digunakan
di dalam proses pengeluaran dan proses kejuruteraan. Di dalam ujian piawai kebangsaan
atau tatacara perakaunan piawai, ianya dipanggil data matrik dan kadangkala disebut
sebagai data kuantitatif.

Selain itu, rasio juga bermaksud saiz yang meliputi semua saiz di atas ditambah
dengan satu sifat yang lain, iaitu saiz yang memberikan keterangan tentang nilai mutlak
daripada objek yang diukur dinamakan saiz rasio (data rasio). Data nisbah, yang diperolehi
melalui pengukuran dengan skala nisbah mempunyai titik sifar. Oleh kerana ada nilai sifar,
maka data nisbah boleh dibuat dilipatgandakan dan dibahagikan. 8

6.2 SKALA RASIO

Setiap data memiliki ciri-ciri sehingga dalam mengumpulkan dan mengolahnya harus
berdasar ciri yang dimilikinya. Pembahasan mengenai cara pengumpulan dan pengolahan
data berdasar ciricirinya tersebut yang disebut sebagai skala pengukuran data. Skala data
6
J Supranto. (1987). Statistik, Teori Dan Aplikasi, Edisi Kelima. Jakarta: Penerbit Erlangga, Hlm 44
7
Ibid.
8
Moh. Nazir. (2003). Kaedah Penyelidikan Jakarta: Penerbit Ghalia Indonesia. Hlm 22
sangat penting (harus) dipahami oleh peneliti karena berkaitan dengan penentuan teknik
analisis penelitian. Penentuan teknik analisis suatu penelitian sangat berkaitan (tergantung)
pada skala data yang digunakan selain tergantung pada rumusan tujuan penelitian. 9

Skala rasio adalah skala pengukuran yang ditujukan pada hasil pengukuran yang
bisa dibedakan, diurutkan, memiliki jarak tertentu, dan bisa dibandingkan. Skala rasio
merupakan tingkatan skala paling tinggi dan paling lengkap dibanding skala-skala lainnya.
Jarak atau interval antara tingkatan sudah jelas, dan memiliki nilai 0 yang mutlak. Nilai 0
mutlak membawa maksud ianya tidak wujud. Skala rasio menjadi skala paling tinggi dari
tiga skala lainnya iaitu Nominal, Ordinal dan Interval. 10

Menurut Amri, skala rasio adalah skala data dengan kualiti paling tinggi. Pada skala
rasio, terdapat semua karakteristik skala nominal, ordinal dan skala interval ditambah
dengan sifat adanya nilai 0 yang bersifat mutlak. Nilai 0 mutlak ini maksudnya adalah nilai
dasar yang tidak boleh diubah walaupun menggunakan skala yang lain. Oleh karena itu,
pada skala ratio, pengukuran sudah mempunyai nilai perbandingan rasio. 11

Oleh itu, setiap peneliti harus memahami tentang data penelitiannya iaitu dari jenis
dan skala datanya kerana hal ini terkait dengan cara pengumpulan dan teknik analisis yang
digunakan. Jika tidak memahami skala data, maka peneliti dapat menggunakan teknik
analisis yang bukan caranya, bahkan salah dalam pengolahannya.

6.2 CIRI-CIRI DATA RASIO12

1. Dapat membezakan satu data dengan yang lain.

2. Data menunjukkan tingkatan antara menurun atau menaik.

3. Dapat menghasilkan rasio yang tetap.

4. Mempunyai nilai “0” yang mutlak.

9
Moh. Nazir. (2003). Kaedah Penyelidikan Jakarta: Penerbit Ghalia Indonesia. Hlm 22
10
Ibid.
11
Amri A., Junaidi. Yulmardi. (2009). Metodologi Penelitian Ekonomi dan Penerapannya.
Bogor: PB Press. Hlm 34
12
Ibid. Hlm 36
6.3 CONTOH-CONTOH SKALA RASIO

Ini adalah antara contoh skala Rasio,

Contoh pertama adalah situasi pendapatan 4 orang pemandu, A, B, C dan D. Masing-


masing mempunyai pendapatan masing-masing sehari adalah RM 100, RM 300, RM 400 dan
RM 500. Jika dilihat dari segi nisbah pendapatan mereka, pemandu C mendapat 4 kali
pendapatan pemandu A. Pendapatan untuk pemandu D pula adalah 5 kali pendapatan
pemandu A. Manakala pendapatan pemandu C adalah 4/3 kali pendapatan pemandu B.
Situasi ini dinisbahkan seperti ini, nisbah antara pemandu C dan A adalah 4:1, nisbah antara
pemandu D dan A adalah 5:1, sedangkan nisbah antara pemandu C dan B adalah 4:3.
Nisbah pendapatan pemandu A dan C adalah 1:3, dan pendapatan pemandu C adalah 4 kali
pendapatan pemandu A.13

Contoh skala rasio yang kedua adalah berat badan bayi. Bayi ada 3 sampel, Bayi A,
B dan C yang mempunyai berat yang berlainan. Bayi A mempunyai berat 3 Kg. Bayi B
mempunyai berat 2 Kg dan bayi C mempunyai berat 1 Kg. Jika diukur dengan skala nisbah,
maka bayi A mempunyai nisbah berat badan 3 kali dari berat badan bayi C. Bayi B
mempunyai nisbah berat badan dua kali dari berat badan bayi C, dan bayi C mempunyai
nisbah berat badan tiga kali berat badan bayi A. Oleh itu, situasi contoh kedua ini dapat
disimpulkan dengan nisbah seperti ini, bayi A dan bayi C, nisbahnya adalah 1:3, manakala
bayi B dan bayi C ialah 2:1 dan bayi C dan bayi A, nisbahnya adalah 1:3. 14

Contoh ketiga diambil dari situasi keputusan peperiksaan pelajar di sebuah


sekolah. Sampel kali ini adalah Mukhris, Aida dan Nurul, masing-masing
mendapatkan markah 100 (A), Aida 80 (B) dan Nurul 60 (C). Jika dilihat dari skala
rasio, nilai Mukhris adalah lebih 20 berbanding nilai Aida, Aida pula memiliki nilai 20
juga daripada nilai Nurul dan Nurul kurang nilai 40 daripada nilai Mukhriz. Maka
terjadilah nisbah seperti ini, iaitu nilai Aida dan Mukhriz adalah 4:5, manakala nilai
Nurul dan Aida adalah 3:4 seterusnya nilai Nurul dan Mukhriz adalah 3:5>

13
Nurgiyantoro, B., Gunawan. Marzuki. (2000). Statistik Terapan untuk Penelitian Ilmu-Ilmu Sosial.
Yogyakarta: Gadjah Mada University Press. Hlm 52
14
Ibid.
Amri A., Junaidi. Yulmardi. (2009). Metodologi Penelitian Ekonomi dan
Penerapannya.

Bogor. PB Press

Nurgiyantoro, B., Gunawan. Marzuki. (2000). Statistik Terapan untuk Penelitian


Ilmu-Ilmu Sosial. Yogyakarta: Gadjah Mada University Press.

J Supranto. (1987). Statistik, Teori Dan Aplikasi, Edisi Kelima . Jakarta: Penerbit
Erlangga,

Moh. Nazir. (2003). Kaedah Penyelidikan Jakarta: Penerbit Ghalia Indonesia.

Syafril (2010). konsep dasar Statistik. Sukabina Press LTD. Padang,Indonesia

Al-Rasyid, H. Teknik Penarikan Sampel dan Penyusunan Skala. Siswazah UNPAD,


Bandung, 1994.

Arief Furchan (1982) . Introduction to research in education . Surabaya : Usaha


Nasional

You might also like